Kacang Panjang Rebus Asam - Resepi Warisan Sihat

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • Resepi kacang panjang rebus asam ini satu resepi warisan yang kurang dikenali. Tiada minyak lansung digunakan dalam resepi mudah ini. Selamat mencuba! #kacang_panjang #resep
    * SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi hari ini satu resepi warisan yang sihat, Kacang Panjang Rebus Asam. Sangat mudah disediakan tanpa setitik pun minyak. Jika mahu cuba cara masak kacang panjang zaman silam, boleh cuba resepi. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur!
    Bahan utama yang kita perlukan kacang panjang, 300g di potong begini. 1 sudu besar pes asam jawa. 1biji bawang merah besar, 5 ulas bawang putih, 3 biji cili merah, 1 sudu kecil belacan. Dan sedikit ikan bilis, dalam 15g. Kesemua bahan-bahan ini perlu dikisar dengan sedikit air. Sehingga halus, seperti ini.
    Masukkan 3 cawan atau 750ml air ke dalam periuk.Nyalakan api dan kemudian tambah bahan kisar tadi. Dan akhir sekali , kacang panjang. Kacau! Jangan Tak Kacau!
    Bila sudah mendidih, kecilkan api, dan renihkan untuk 5-8 minit. Masukkan 1 sudu besar pes asam jawa. Kacau sehingga larut. Tambah 2 sudu kecil garam , 2 sudu kecil gula. Kemudian rasa sedikit, untuk pastikan rasa masam, masin dan manisnya seimbang kerana setiap kali kita masak bahan-bahan tidak 100% sama. Kali ini kurang masam sedikit, jadi saya tambah sedikit lagi pes asam jawa. Kalau suka, boleh tambah sedikit serbuk perasa. Renihkan 1-2 minit lagi dan kacang panjang rebus asam, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

КОМЕНТАРІ • 13

  • @mjzani83luck
    @mjzani83luck 5 днів тому

    letak tempe lagi wow

  • @faradillatahir2307
    @faradillatahir2307 10 місяців тому +1

    kacang masak asam rebus ni regu nya ngan ikan goreng..sambal belacan..walahhh!xberani nak claim lauk ni asal negeri mana.fav arwah parents.selain kacang panjang boleh juga guna sayur bendir.tapi kat kl xjumpa lauk bending ni.biasa belah selatan.😄

  • @AnisSyafinaz-se5wv
    @AnisSyafinaz-se5wv Рік тому +1

    Makcik saya masih selalu masak lauk ni cuma tak letak cili sebab dia tak tahan pedas. Sedap rasa masam2, kuah wajib hirup sampai licin

  • @rubiahbahari9848
    @rubiahbahari9848 Рік тому +1

    Kacang panjang masak begini memang enakkk👍😄

  • @azizahsabar7820
    @azizahsabar7820 Рік тому +1

    Ini klu orang boyan namanya kuah celok. Sayurnya blh ditukar sayur kobis.

  • @rehanAlias88
    @rehanAlias88 Рік тому

    Lauk lejen nie ya Allah sdpnye...

  • @noorharon5885
    @noorharon5885 Рік тому

    Hampir lupa masakan ni😢 aruah mak saya selalu masak mcmni dulu2 tahun 80-an ketika saya masih dibawah umur. Terima kasih kongsi resepi. Saya nk buat nnt . Sukses🎉 boleh buh udang atau ikan bilis putih fresh medium size kan saya ingt2 lupa dah ni

  • @kamariahabdulrahim5185
    @kamariahabdulrahim5185 Рік тому

    T.kasih atas menu sedap sehat

  • @DapurSuriAti
    @DapurSuriAti Рік тому

    Nak cuba masakan ni.. nampak sedap menyelerakan

  • @OrkidsChannel
    @OrkidsChannel Рік тому

    sedapnya,nanti nak cuba buat,terima kasih chef

  • @anizaaprillianaprillian2601

    Hemmmm rase sedap nie...?? Nak try buat buka puase😊😊

  • @nyaibunian
    @nyaibunian Рік тому

    ini time kalo nak hirup kuah nya nak kena duk one coner jangan ada gangguan dok.. takut tersedak wehh hahaha..Tapi apa pun memang sedap😋👍👍

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Рік тому

    Morning chef. Hmm… rasa kuahnya memang sedap.. cuma… kalau sayurnya ditukar dengan yang lain boleh tak. Tq chef…