Nasi Goreng Kampung Pedas - Paling Mudah

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 лис 2022
  • Resepi nasi goreng kampung tanpa sayur yang mudah. Selamat mencuba! Resepi lengkap di www.nasserskitchen.com/resepi... #nasigoreng #nasigorengkampung #nasigorengmurah
    * SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi Goreng Kampung tanpa sayur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan khasnya untuk orang yang baru belajar memasak. Bahannya pun sedikit sahaja. Jom kita ke dapur!
    Untuk 4 hidangan kita perlukan 800g nasi , lebih kurang 2 pot beras. Pastikan nasi sudah sejuk sebelum digoreng kerana nasi yang baru dimasak tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng. Yang terbaik nasi yang dimasak semalam.
    KIta juga perlukan 4 biji telur. 2 biji bawang merah. 13 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih. Buangkan sedikit biji cili pada untuk kurangkan pedas dan potong bawang merah dan bawang putih seperti ini. Untuk nasi goreng kampung wajib juga ada ikan bilis, 50g.
    Kesemua bahan-bahan ini, bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis perlu dikisar. Kalau nak tumbuk pun boleh juga. Tidak perlu kisar halus sangat, begini sudah mencukupi. Selepas dikisar, masukkan ke dalam bekas dan ketepikan dahulu.
    Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi. Kecilkan sedikit api supaya bahan kisar tidak hangus. Ini adalah langkag yang penting, bahan tumisan perlu cukup masak tetapi tidak boleh terlalu garing. Tambah 1 sudu kecil garam. Garam akan menarik air keluar daripada bahan tumisan dan mempercepatkan proses masak. Sentiasa gaulkan bahan timisan supaya masak sekata. Setelah 3-4 minit, bahan tumisan akan kelihatan garing sedikit seperti ini.
    Kumpulkan bahan tumisan ketepi kuali untuk kita goreng telur. Sekarang masukkan telur. Jangan kacau telur terlalu laju, perlahan-lahan sahaja. Kita mahu bentukkan jaluran putih dan kuning telur seperti ini. Telur akan mula kelihatan masak sepenuhnya.
    Sekarang kita gaulkan dengan bahan tumisan tadi sehingga sebati. Masukkan nasi. Gaulkan nasi, telur dan bahan tumisan supaya rata. cerai-ceraikan nasi seperti ini. Kuatkan api dan tambah 1 sudu kecil garam lagi atau secukup rasa. Memasak nasi goreng, perlu gunakan api yang kuat di peringkat akhir masak. Jika suka boleh tambah sedikit serbuk perasa. Dan gaulkan.
    Kalau mahu tambah sayur seperti kangkung atau kobis boleh tambah diperingkat ini, tapi anak-anak saya suka yang kosong begini sahaja. Kalau nak tambah rencah tambahan seperti ayam atau udang pun boleh juga ikut cita rasa masing-masing.
    Nasi goreng kampung, siap untuk dihidangkan bersama taburan ikan bilis goreng, Selamat mencuba!
  • Навчання та стиль

КОМЕНТАРІ • 46

  • @nasserskitchen
    @nasserskitchen  Рік тому +3

    Dapatkan Pes Rendang Nasser's Kitchen di shope.ee/3KvyOkSyVE

  • @dunianinura
    @dunianinura 10 місяців тому +1

    Wah bestnya.. Nice sharing

  • @rosmawati4949
    @rosmawati4949 10 місяців тому +2

    Mas goreng enak banget saya suka ❤👍👍👍

  • @mariahjamil8259
    @mariahjamil8259 9 місяців тому +3

    Terima kasih Chef Nasir resepi nya. Alhamdulillah 😊🤲🥰🌹.
    Dari bunda d Muar Johor Malaysia 😊❤

  • @noorlian1881
    @noorlian1881 4 місяці тому +1

    Terima kasih sudah mau berbagi ilmu untuk saya

  • @nasserskitchen
    @nasserskitchen  Рік тому +1

    Resepi lengkap di laman web Nasser's Kitchen www.nasserskitchen.com/resepi/resepi-nasi-goreng-kampung-pedas-tanpa-sayur/

  • @kingwierdogaming2658
    @kingwierdogaming2658 7 місяців тому +1

    Done buat ..tekak tibe2 teringin nk buat nasi goreng kampung .. Perghhh sejibik jadi rasa yg tekak ni nak .. Fav nasi goreng kg nih .. 21/11/2023 😊

  • @serba_serbi
    @serba_serbi Рік тому +1

    Nasi goreng favorit saya rasanya mantap 😋💞

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Рік тому +4

    Hahaha… menu terbaik sarapan pagi sebelum keluar pergi mengundi bersama rombongan anak- anak.😊😊. TQ CHEF NASSER.

  • @iguava
    @iguava Рік тому +2

    Yang macam ni lah yang saya cari. Kalau tak ada telur pun saya suka. Terima kasih berkongsi resepinya 🙏🏻

  • @Syazwa516
    @Syazwa516 Рік тому +1

    Sedap...Sy suke

  • @iluvkfood
    @iluvkfood Рік тому

    Banyak tips yg sy dapat, tq chef

  • @kamariahabdulrahim5185
    @kamariahabdulrahim5185 10 місяців тому

    الحمد الله T.kasih chef luas rezki😊

  • @CarolKishen
    @CarolKishen 10 місяців тому

    Simple.je.mesti sedap😋😋😋

  • @rubiahbahari9848
    @rubiahbahari9848 Рік тому

    Terbaik chef resepi nya

  • @IrmaTendengan85
    @IrmaTendengan85 5 місяців тому

    Enak

  • @Mama_ELL
    @Mama_ELL 7 місяців тому

    Mantap nadi goreng nya bun❤

  • @sabrinaliza9673
    @sabrinaliza9673 8 місяців тому

    Maksh byk resep Nye nak Cuba lah

  • @mahanibintikadirmahanibint3115

    Trbaik chef

  • @Naredaabubakar-zb7kc
    @Naredaabubakar-zb7kc Рік тому

    Sedap Mantapppp 👍👍👍👍👍

  • @zahrahahmad7672
    @zahrahahmad7672 8 місяців тому

    terima kasih resepi..

  • @gulammirza2270
    @gulammirza2270 Рік тому

    Sedap Sedap Sedap

  • @VanisaVikasari
    @VanisaVikasari 4 місяці тому

    Mantap👍😊

  • @maktom578
    @maktom578 6 місяців тому

    👍saya akan cuba utk membuat nasi goreng kampong cara sdr nasir kitchen...😊

  • @JC-ud8ds
    @JC-ud8ds 7 місяців тому

    Terima Kasih❤

  • @user-pi5cr8vj3g
    @user-pi5cr8vj3g 10 місяців тому

    It's nice to eat. ❤

  • @faridahmatjad4572
    @faridahmatjad4572 10 місяців тому

    ❤❤Terima kasih..

  • @teddyteddy1282
    @teddyteddy1282 10 місяців тому

    Sedap nye 🐈 yummy 😋💗💚👍

  • @rjvlog1493
    @rjvlog1493 11 місяців тому

    Wow yummy firieng❤❤❤❤

  • @user-wv1kh9bg9q
    @user-wv1kh9bg9q 3 місяці тому

  • @wawancmg4735
    @wawancmg4735 8 місяців тому

    Mcm ade yg kurang tu bang..letak belacan sikit bru mantap 😊👍

  • @rubiahaziz9557
    @rubiahaziz9557 Рік тому

    👍👌🙏

  • @AmarAmar-bj3uf
    @AmarAmar-bj3uf 2 місяці тому

    Hallo chef.. nak resepi nasi lemak opah upin ipin boleh tak?😂

  • @aishabasimin6702
    @aishabasimin6702 10 місяців тому

    Sedap chef, dah pernah buat ikut cara chef, cuma saya campurkan cili merah dan kurangkan cili padi. Dan derhaka resipi, saya taruh sayur kacang pjg dan lobak merah...nti klu takde sayur kena komplin pula.
    Btw, mana dpt spatula tu?

  • @user-uw9bx
    @user-uw9bx Рік тому

    Mudah sekali diikuti, salam dari kalimantan timur 🇮🇩

  • @aiwakun3370
    @aiwakun3370 9 місяців тому

    Kalau di mix langsung telor ama bumbu apakah merubah rasa chef ?

  • @mohdatanbinkadir3022
    @mohdatanbinkadir3022 11 місяців тому

    Sepatutnya ada kangkong berserta ikan bilis garing digaul bersama.

  • @HAFIZAZAYANABINTIAZRULAZREEZAL
    @HAFIZAZAYANABINTIAZRULAZREEZAL 10 місяців тому +1

    kalau tak letak telutr dan ikan bilis takpe kan?

  • @AMIINKEREN
    @AMIINKEREN Рік тому

    Anies Baswedan

  • @rulazharhazarul1223
    @rulazharhazarul1223 10 місяців тому

    Kurang 1 bahan ~ belacan