Apam tokyo atau kuih seri manja lembut berongga. mudah dengan sukatan cawan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 січ 2023
  • Apam tokyo recipe.Hi semua , kali ni MalayKitchen nak berkongsi resepi kuih apam yang sangat menarik iaitu Apam tokyo atau Apam Sri Manja. Kuih apam lembut berinti kastad yang sangat sedap . Mudah sahaja tanpa menggunakan acuan khusus dan proses masak yang cepat. Selain daripada inti kastad boleh juga diganti dengan inti pandan, kaya atau coklat. Selamat mencuba.
    Resepi apam tokyo / sri manja
    Bahagian inti apam:
    Bahan-bahan :
    1 cawan air
    1 cawan susu cair
    1/2 cawan tepung kastad
    1/3 cawan gula
    1 sk garam
    Cara-cara :
    1. Masukan semua bahan ke dalam periuk/kuali dan kacau rata semua bahan. Apabila semua bahan larut dan sebati,buka api dan masak sehingga bancuhan pekat ,likat dan berkilat.
    2. Apabila inti kastad sejuk, masukan ke dalam piping bag.
    Bahagian kulit / lempeng apam :
    Bahan-bahan :
    1 cawan air
    1 cawan susu cair
    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan gula
    1 biji telur A
    1/2 sudu teh soda bikarbonat
    Sedikit garam
    2 sudu besar minyak jagung
    Cara-cara :
    1. Masukan semua bahan ke dalam pengisar /blender. Kisar sehingga halus.
    2. Tuang ke dalam mangkuk dan perap selama 10 minit.
    3. Gunakan kuali leper/rata dan senduk bancuhan tadi menggunakan senduk sayur dan tuang perlahan ke dalam kuali yang sudah panas.
    3. Apabila terbit gelembung berongga dan hilang warna tepung, pipe inti kastad di tengah. Kemudian lipat dan kepit kuih supaya melekat di bahagian hujungnya. Boleh angkat dan ulang proses masak sehingga bancuhan tepung habis.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE UA-cam kami :
    / malaykitchen
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitchen
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen #apamtokyo #apam
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 57

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Рік тому +3

    sedap sangt kuih apam tokyo ni. mesti cuba..anak-anak pasti suka. 😘

  • @AbcdEfgh-mw3mw
    @AbcdEfgh-mw3mw 3 місяці тому

    Saya dh buat memang menjadi dan sedap sangat

  • @INDERANICE
    @INDERANICE Рік тому +2

    Wow menarik dan sedap

  • @adamfawwaz1052
    @adamfawwaz1052 9 місяців тому

    Sedap sgt...tq sis resepinya❤️❤️

  • @jounwijn
    @jounwijn Рік тому

    Kue yang sanga 👍😋👍😋👍😋

  • @indramuda5148
    @indramuda5148 Рік тому

    Sedap nampak....nak simpan dln wassup dulu nanti buat......tq resepinya.

  • @istersenyeme
    @istersenyeme Рік тому +1

    ellerinize sağlık çok güzel oldu afiyetle yiyin 👌👍🎉🎊

  • @mamalia05
    @mamalia05 Рік тому

    Mantab resepnya kak, salam kenal

  • @sarmilavishnukanth6181
    @sarmilavishnukanth6181 Рік тому

    WOW SUPERB SISTER MALAY KITCHEN APAM TOKYO ATAU KUIH SERI MANJA LEMBUT BERONGGA.MUDAH DENGAN SUKATAN CAWAN SISTER MALAYA KITCHEN THANKS FOR YOUR COOKING TIPS AND COOKING ALL SO VERY USEFUL VERY BEAUTY WELL DONE KEEP IT UP VANAKKAM VALTHUKKAL VAZHGA VAZHGLAMUDAN NANDRI VANAKKAM WELCOME OKAY SISTER OK THANKS SISTER MALAY KITCHEN 🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏

  • @norafizanorafiza1116
    @norafizanorafiza1116 Рік тому +1

    Sedap kuih ni..nak cuba buat nnt..😋
    Tkasih malay kitchen semoga trus maju jaya

  • @navaradnamnavaradnamnavam1104

    Wow superb sister malay kitchen apam toyko atau kuih seri manja lembut berongga.mudah dengan sukatan cawan sister thanks for your cooking tips & cooking all so very useful very nice veralaval valthukkal welldone keepitup welcome vanakkam vazhga vazhglamudan nandri vanakkam valthukkal oky sister malay kitchen.🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Thank you so much. Feel glad you like it.

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +1

    Sedapnya weiii Cuba buat la nanti terima kasih

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Hehe betul. Mudah guna blender dan xperlu acuan. 🙂

  • @ismailsurina9235
    @ismailsurina9235 Рік тому

    Assalamualaikum manja..nampak sedap sgt kuih apam Tokyo ni👍👍..MMG msti kna try bt..tq share resepi nya..moga terus maju jaya👍👍

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому +1

      Wsalam. Sama sama. Mesti cuba. Sedap sangat 🥰

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 Рік тому +1

    Sedap sungguh apam tokyo.xpetnah mkn .nanti nak buat.t.kasih beri resepi.jumpa. lagi.bye....

  • @haitongoni2017
    @haitongoni2017 Рік тому +1

    terimakasih resep" nya.kak.😘🙏

  • @hanisahabdullah1123
    @hanisahabdullah1123 11 місяців тому

    Tq share resepi ni. Nmpk mudah kann. Semoga kami semua dpt mmbuat lmping ni dgn baik.. Semoga sentiasa sihat dn berjaya dlm kehidupan. Aamiin

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  11 місяців тому

      Amin..terima kasih utk kata2 yg baik. Doakan kami share resepi lain yg lebih baik dan dpt memberi manfaat. Selamat mencuba

  • @salmaiahbintibujang6765
    @salmaiahbintibujang6765 Рік тому +1

    😋😋

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 8 місяців тому

    Tqqq kakk nok Nikon y000😅😅😅

  • @RainbowsMermaid5868
    @RainbowsMermaid5868 Рік тому +1

    I dah subscribed,recipes menarik , ringkas dan nampak sedap. ❤

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому +1

      Terima kasih. Mesti cuba menu ni. Sedap dan simple 🥰

  • @istersenyeme
    @istersenyeme Рік тому +1

    19.lk 🎈🌟🎉🎊

  • @justcookwithsha
    @justcookwithsha Рік тому

    Hi my friends... Look delicious and tasty 🤤🤤🤤i will try later 😘🥰🥰

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Hi friends, very delicious and simple to make. Must try. Tq 🥰

  • @zahj5855
    @zahj5855 Рік тому

    Minum dengan teh tarikkkk…kena kan Manja. In Syaa Allah saya akan buat. Tkasih resepi nya sis🤗

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Kena dgn teh tarik kurang manis 😊. Memang sedap 🥰

  • @noormt6294
    @noormt6294 Рік тому

    Sedap dan mudah ..boleh buat breakfast esok

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Mesti cuba. Sedap sangat 🥰

    • @noormt6294
      @noormt6294 Рік тому +1

      @@malaykitchen terima kasih dengan resepi yang mudah difahami. Keep it up!👌😍

    • @noormt6294
      @noormt6294 Рік тому +1

      @@malaykitchen terima kasih dengan resepi yang mudah difahami. Keep it up!👌😍

  • @jounwijn
    @jounwijn Рік тому

    sangat

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 Рік тому

    Skrg musim durian...klu masuk kan durian dlm adunan kastad tu lg sedap agak nya...

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Kreatif..boleh juga tu..mesti lebih harum dan sedap

  • @penangviral
    @penangviral Місяць тому

    Salaam, ukhti. Nak tau, bolehkah kastad dan adunan lempeng dibuat overnight dan masak keesokan pagi? Jika adunan lebih lebih, boleh simpan? Syukran.

  • @embunzarra
    @embunzarra 5 місяців тому

    Kalau jual 1pc kire bape ye?

  • @rahmanabas454
    @rahmanabas454 Рік тому

    Sdpnya

  • @mariadelmardelgadodieguez7507
    @mariadelmardelgadodieguez7507 Рік тому +2

    Por favor activa los subtítulos para otros idiomas

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 10 місяців тому

    Aslmkm manja
    Bila kuih dah sejuk adakah ia msh lembut. Perlu smpn dlm bekas bertutup ker. Ingat nak bt bwk gi kenduri. Saya takut kuih nya keras.

  • @muralivaishnavi3276
    @muralivaishnavi3276 Рік тому

    WOW SUPERB SISTER MALAY KITCHEN APAM TOKYO ATAU KUIH SERI MANJA LEMBUT BERONGGA.MUDAH DENGAN SUKATAN SISTER THANKS FOR YOUR COOKING TIPS VIDEO AND COOKING ALL SO VERY MUCH USEFUL VIDEO WELL DONE USEFUL VIDEO KEEP IT UP VANAKKAM NANNDRI SISTER VALTHUKKAL WELCOME VANAKKAM VAZHGA VAZHMUDAN SISTER NANNDRI VANAKKAM SISTER MALAY KITCHEN. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Thank you very much. Easy and delicious too, please try.

  • @nurulamalina2242
    @nurulamalina2242 Рік тому

    Knpa sy buat dia jdi patah Ye msa nk lipat tu🤣

  • @amzibie3661
    @amzibie3661 Рік тому

    Sis manja, kalau sukatan gula yg sis buat tu rasa manis sgt tak? Saya nk buat untuk mak dgn kakak. Depa suka manis light2 saja.

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Resepi manja tak berapa manis dah. Tapi kalau nak kurang lagi manis. Boleh kurangkan gula.

    • @amzibie3661
      @amzibie3661 Рік тому

      Ok kalau mcm tu. Baik terima kasih 😊