Resepi Apam Kampung Lembut | Sukatan Cawan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 жов 2024
  • Resepi Apam Kampung Lembut:
    Bahan-bahan:
    Tepung gandum - 3 cawan
    Air suam - 2 cawan
    Gula merah - 1 cawan
    Gula - 2 sudu makan
    Yis mauripan - 1 pek (11g)
    Kelapa parut - secukupnya
    Cara-cara:
    1. Masukkan gula merah ke dalam bekas air suam. Kacau sebati hingga larut.
    2. Kemudian, dalam bekas tepung gandum, masukkan yis dan gula. (Pastikan guna bekas besar supaya adunan tak melimpah lepas dah rehatkan nanti)
    3. Seterusnya, boleh masukkan bancuhan air gula merah tadi tapi tapis dahulu supaya tak ada bendasing masuk sekali.
    4. Kacau sebati ke semua bahan sehingga sebati.
    5. Rehatkan adunan apam lebih kurang 1 jam setengah.
    6. Adunan apam akan naik dua kali ganda dari asal.
    7. Masukkan ke dalam loyang. (sapu loyang dengan minyak dahulu untuk elakkan melekat nanti)
    8. Kukus apam 45 minit.
    9. Bila dah siap, boleh kukus kelapa parut pula lebih kurang 5 minit.
    Selamat mencuba.
    Jangan lupa untuk like, subscribe, share dan comment video Ain Elas!

КОМЕНТАРІ • 94

  • @ibuidah58
    @ibuidah58 Рік тому +1

    Alhamdulillah terima kasih kerana sudi berkongsi resepi apam yg simple dan cepat di buat dan cepat di masak, saya sedang mengukus ni..apam gandum kegemaran saya.

  • @normawatihashim4724
    @normawatihashim4724 Рік тому +1

    Alhamdulillah terima kasih memang jadi

  • @noorazlinabaharuddin9463
    @noorazlinabaharuddin9463 3 роки тому +8

    Terima kasih share resepi ni. Sedap saya dh cuba..sekarang ni bnyk buat utk rakan2 yg suka kuih kmpng..😀

  • @khadeejanor8158
    @khadeejanor8158 3 роки тому +2

    salam, saya dah cuba mmg sedap, tapi saya guna gula melaka satu buku.. mmg sedap, gebu, manis.. tkasih cik ain.. semoga cik ain dilimpahi rezeki dan kesihatan yg baik.. 😀

  • @rubiahsulaiman1492
    @rubiahsulaiman1492 3 роки тому +2

    Sedapnya apam gula merah saya nak cuba buat terima kasih kasi resepi untuk semua orang👍👍👍👍

  • @norlizaadanan7622
    @norlizaadanan7622 3 роки тому +12

    Bahan2nya
    2 cwn air suam
    1 cwn gula merah
    2 sudu mkn gula putih
    3 cwn tepung gandum
    11g mauripan
    Cara2nya.
    Cairkan gula merah dgn 2 cwn air
    Masuk mauripan dlm tepung dan Gaul. .
    Masukkan air gula merah & blend supaya hancur. Rehatkan bancuhan selama 1 jam.
    Kemudian pindah dlm bekas & kukus hingga masak

  • @hasnahabggapar7587
    @hasnahabggapar7587 3 роки тому +2

    Alhmdulillah.. Cantik nak cuba nanti

  • @galaxyj1ace514
    @galaxyj1ace514 3 роки тому

    Memang padu lah apam kampung ni . Memang saya suka sangat...bukan senua orang boleh buat walau pun mudah...di Negeri sembilan banyak kuih apam kampung ni...tapi di pahang nak mencari...fuuuh...tak jumpa

  • @hnsconstruction772
    @hnsconstruction772 3 роки тому +2

    Sedap apam ni yg sellu mak kita buat mse kecik2 dlu

  • @hafizuddinhassanbasri7435
    @hafizuddinhassanbasri7435 4 роки тому +3

    sedap suara ain...jelas penerangannya,,terbaik.tq
    nampak gebu betul apam ni...simpl tapi menarik.....nampak sedap sangat. tahniah

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому

      Ketuk-ketuk Dapur terima kasih

    • @khadijahsenong9858
      @khadijahsenong9858 4 роки тому

      Salam. Cawan teh tu berapa ml? Akak suka mkn apam kampung. Teringin pula . Arwah mak akak selalu buat. Tq

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому

      Khadijah Senong 250 ml

  • @linamuhammad861
    @linamuhammad861 3 роки тому +3

    Alhamdulillah
    Terima kasih share resipi...

  • @zulaziziazizi4521
    @zulaziziazizi4521 2 роки тому

    Ok senang je nmpknya. Blh buat. Tq

  • @sabariahbakri7475
    @sabariahbakri7475 3 роки тому +2

    great job Ain..muda lagi dah pandai msak masakn kueh tradisional...tq very much

  • @rokiahhcm1905
    @rokiahhcm1905 3 роки тому +1

    Tq Ain . Cantik kue apam. Dah buat. Sodap. Alhamdulillah.

    • @mussalmah6033
      @mussalmah6033 3 роки тому

      Ain nak tanya maurifan tu yeast ye

  • @mohdhasdihasdi4037
    @mohdhasdihasdi4037 3 роки тому +1

    Wah,kuih Kesukaan ni

  • @jankhan5037
    @jankhan5037 3 роки тому +2

    Saya dah cuba..mudah dan sedap. Thank you share resipi

  • @norulhuddarafie4553
    @norulhuddarafie4553 Рік тому

    Terima kasih, ingin mencuba.😊🥰

  • @keluarga95
    @keluarga95 3 роки тому +1

    Terima kasih.sis akak dh cuba buat sedap

  • @syukaliya7807
    @syukaliya7807 Рік тому

    Dah cuba,menjadi dengan jayanya. Terima kasih berkongsi ilmu. Semoga ain sentiasa di murahkan rezeki

  • @adiraakasyah5421
    @adiraakasyah5421 3 роки тому

    Sy dah buat alhmdllah jadikk tq mintak halal ilmu

  • @xrpbold6264
    @xrpbold6264 3 роки тому

    Lembut nya apam ni. Sedap.

  • @reenareena8836
    @reenareena8836 3 роки тому

    Thanks dng recepinya ya..👍👍👍

  • @chetombintiahmad1995
    @chetombintiahmad1995 3 роки тому

    Nampak mudah saya nk cuba buat

    • @ainelas00
      @ainelas00  3 роки тому

      Yaa memang mudah..selamat mencuba🤗

  • @batromkeniscope4922
    @batromkeniscope4922 Рік тому

    Lucu jugak chef ni....tadi tak pakai bekas yg besar dah knape.....🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  • @kalsom123
    @kalsom123 3 роки тому

    Dah buat.. memang sedap dan lembut

  • @asmahamary7106
    @asmahamary7106 3 роки тому

    Tq. Kongsi resepi..

  • @tinnyaw8431
    @tinnyaw8431 11 місяців тому

    Thanks for sharing,
    Can give recipe in English pls.. thanks.

  • @keluarga95
    @keluarga95 3 роки тому +2

    Tq sis kongsi resepi..
    Bole cuba buat ni..

  • @pnnurulchannel
    @pnnurulchannel 4 роки тому +3

    Sedapnya. 😋😋

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому +1

      Pn Nurul Channel terima kasih

  • @nurasyikinbintimohdfadlisy130
    @nurasyikinbintimohdfadlisy130 4 роки тому

    Sya dh try memang sdpp👍👍👍👍👍😋

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому

      Nurasyikinbintimohdfadli SYIKIN terima kasih sudi cuba🤗

  • @ramizahsupri710
    @ramizahsupri710 3 роки тому +2

    Terima kaseh syg..

  • @faridahsamah79samah32
    @faridahsamah79samah32 3 роки тому

    Tq dh cuba

  • @keluarga95
    @keluarga95 3 роки тому

    Alhamdiulillah..saya dh buat..semoga sis dimurahkan rezeki

  • @ainazmy7363
    @ainazmy7363 3 роки тому +1

    nak buatt🤗🤗

  • @Abdsiat
    @Abdsiat 2 роки тому

    Terima kasih Sis..!

  • @zalehazin1137
    @zalehazin1137 3 роки тому +4

    Trima kasih..memang sedap😋

  • @mojo4599
    @mojo4599 2 роки тому

    Super ❤️😗

  • @salmahpolani2798
    @salmahpolani2798 3 роки тому

    Saya suka..tahniah Ain

  • @wannurainiwanabdullah8748
    @wannurainiwanabdullah8748 3 роки тому

    Sedapp

  • @rizrmohds4617
    @rizrmohds4617 3 роки тому +2

    Ok...InsyaAllah esok nak buat.

  • @farzyusof8465
    @farzyusof8465 3 роки тому

    Alhamdulillah menjadi la sis, thanks sudi share resipi 😊😁

  • @nurjannah9155
    @nurjannah9155 4 роки тому +1

    Dah cuba masak apam nie.. Lembut dan cukup rasa x manis sgt. T. Kasih kongsi resipi...

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому +1

      Nur Jannah terima kasih cuba..

  • @mahadevi3483
    @mahadevi3483 3 роки тому

    Tq

  • @mdnoormdnoor8346
    @mdnoormdnoor8346 3 роки тому +2

    Dear,
    Cantik apam adik... Mmg pakai semua yis tu ke..
    Boleh ke saya campor tepung gandum dan tepong beras, 1:2

  • @nursyafinaaaa
    @nursyafinaaaa 2 роки тому

    suara jelas, resipi simple. semua ok kecuali musik tu. agak mengganggu konsentrasi

  • @sunartihuse6432
    @sunartihuse6432 4 роки тому +2

    nilah cara buat yg btl

  • @shahiratalib274
    @shahiratalib274 3 роки тому

    Hai ain, tq 4 sharing...tp,air suam segelas ke 2 gelas? Dlm video 1 cwn dlm description 2 cwn.

    • @ainelas00
      @ainelas00  3 роки тому +1

      2 cawan (guna cawan minum teh) tu sy dah combine 2 cawan teh ke dalam gelas besar..maaf kalau keliru

    • @shahiratalib274
      @shahiratalib274 3 роки тому

      @@ainelas00 tq ain da buat itu hari.. Mmg jadi resepinya.. Hehe

  • @nurbaitizaidin88
    @nurbaitizaidin88 4 роки тому

    Ok

  • @potatocute155
    @potatocute155 3 роки тому

    Guna gula melaka boleh tak?

  • @hairinyen2022
    @hairinyen2022 2 роки тому

    Salam...nak tnya ukuran tepung..gula merah n air suam semua nya guna ukuran cawan yg sama ke...

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 Рік тому

    Apam pokodot ad00 ajare y000

  • @ctymlh7635
    @ctymlh7635 3 роки тому +1

    kalau guna gula melaka tak boleh ke 😅

    • @hayatiems2265
      @hayatiems2265 2 роки тому

      Boleh jer, saya ketuk² gula melaka jadi hancur, masak dgn sukatan air tadi add daun pandan. Tak perlu sampai mendidih, cuma nak hancurkan gula tu jer pastu tapiskan gula tadi, sejukkan.

  • @Julie_80
    @Julie_80 3 роки тому

    Tepung gandum itu tepung beras kah ?

    • @ainelas00
      @ainelas00  3 роки тому

      Tepung gandum tak sama dengan tepung beras..berbeza

  • @Mayanaz367
    @Mayanaz367 3 роки тому

    Boleh taw x satu paket yis tu bersamaan dgn berapa sudu yer? Kt rumah xade yis paket kecik gitu paket besar terus

  • @kbbfreezy5998
    @kbbfreezy5998 3 роки тому

    apple kampong

  • @momok6978
    @momok6978 3 роки тому +1

    Saiz loyang 4 segi brp inci

  • @thanachumy3067
    @thanachumy3067 4 роки тому +1

    Klau tak pakai yis blh tk

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому

      Thana Chumy yis bahan utama..kena ada🙂

    • @sitishafiah5478
      @sitishafiah5478 3 роки тому

      X pakai yis x jd apam la sis

  • @roziemohdali3201
    @roziemohdali3201 4 роки тому +2

    Resepi ok tapi x boleh letak yis sepaket 11g tu apam jd pahit terlebih yis..guna setgh paket jew je tong sampah apam kg sy😭😭😭

    • @fadzilahabod8466
      @fadzilahabod8466 4 роки тому

      Yis tu ikut sukatan tepung. Kàlau takut pahit, tepung kena lebih. Saya letak 4 cawan tepung dan yis 1 paket.

  • @baxssylatak999
    @baxssylatak999 4 роки тому

    ukuran gelas tu guna gelas yg sama ke semua?

    • @ainelas00
      @ainelas00  4 роки тому +1

      Baxssy Latak ya semua guna cawan yg sama..

    • @baxssylatak999
      @baxssylatak999 4 роки тому

      Ain Elas ok thankyou sis

  • @hidayahminatmasak629
    @hidayahminatmasak629 4 роки тому

    Kak loyang size apa

  • @mizaalwani5972
    @mizaalwani5972 4 роки тому

    Sis, loyang brp inci ya

  • @momok6978
    @momok6978 3 роки тому

    Loyang saiz

  • @batromkeniscope4922
    @batromkeniscope4922 Рік тому

    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  • @putrypertiwi6977
    @putrypertiwi6977 3 роки тому

    salam. loyang brape inci

  • @amirullatif7752
    @amirullatif7752 3 роки тому

    Cf see,,Z

  • @nurbaitizaidin88
    @nurbaitizaidin88 4 роки тому

    Ok