DI GERBANG AL-QUDS | KARYA KZ

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 вер 2024
  • Salam semua, sajak yang di karang ileh Sheikna KZ dan disampaikan oleh beliau dan Widadul wahidah ini mengisahkan tentang himpunan pengalaman sewaktu beliau berada di sana. Semoga terhibur.
    #alaqsa #palestine #savepalestine #lensaaf
    Di Gerbang Al-Quds
    Hembusan sang bayu
    Terdengar suara azan mendayu
    Di gerbang muka pintumu
    Tertuang segala rindu
    Dalam dakapanmu
    Diriku hanyut dengan keindahanmu
    Terukir sentuhan halus di setiap sudutmu
    Tersirat erti kudus di segenap penjuru
    Di perkaranganmu,
    Ku jejaki sejarah suci
    Salasilah utusan-utusan Ilahi
    Riwayat perjalanan akhir Nabi
    Susunan Tuhan Mahasuci
    Sesuatu yang diabadi
    Tuntunan umat hari ini
    Tuk diyakini
    Di perkaranganmu,
    Ku merasai isi hatimu
    Di balik saujana menghijau nan luas
    Dirimu terpenjara dan dibatas
    Dengan tembok keangkuhan
    Dengan dinding keegoan
    Dengan senjata yang tajam
    Dengan mata yang dirakam
    Penderitaan demi penderitaan
    Setengah abad sudah berjalan
    Luka semalam belum terawat
    Luka hari ini tiada ubat
    Kau merintih di balik senyuman
    Kau bersedih dalam berdiam
    Kau bicara tanpa kata
    Kau menulis tanpa tinta
    Di gerbang nan sepi
    Ku mengundur diri
    Melangkah pergi
    Membawa sekeping hati
    Hati yang terus membaca
    Hati yang terus berdoa
    Hati yang menaruh harapan
    Kepada Tuhan
    Kebaikan buatmu di masa hadapan.
    سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
    KZ
    8 Disember 2019
    Amman, Jordan.

КОМЕНТАРІ • 6

  • @POPUPTRIGGER
    @POPUPTRIGGER 3 роки тому

    Hadir pertama sob...digerbang al quds..semoga rakyat palestina terbebas dari penjajahan y sob

  • @muhammadbinmohdaffandi437
    @muhammadbinmohdaffandi437 3 роки тому +2

    Salam bang, mintak request lagu anakku sazali boleh?

  • @muhamadsolihin3316
    @muhamadsolihin3316 3 роки тому +1

    Salam bang .. sempena nak raya ni tutorial lagu raya 1 boleh ? Heee😁

  • @afiqnormazlan5884
    @afiqnormazlan5884 3 роки тому

    Assalamualaikum bang.. Bila nk buat tutorial lgi.. Klau boleh nk request lagu
    Sungai lui - aizad .. Please

  • @bebashidup480
    @bebashidup480 3 роки тому

    Nak req lagu bertaut daripada nadin amizah

  • @irfanismady1521
    @irfanismady1521 3 роки тому

    Bang....org melayu takde seruling versi sendiri ke??