HABISLAH MUHYIDDIN! PERKEMBANGAN PANAS DAN HANYA TUNGGU MASA SAHAJA!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.
    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.
    “Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan.
    "Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
    Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.
    =====================================================================================
    Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai 'gila talak' apabila masih berhasrat untuk menjadi perdana menteri dan mempertikai peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan jawatan itu.
    Ahmad Zahid berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu jelas menunjukkan dia tidak boleh menerima hakikat mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan hasil perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    Tegas Ahmad Zahid kenyataan Muhyiddin itu juga mencerminkan Ahli Parlimen Pagoh itu sangat tidak bertatasusila terhadap seri paduka baginda.
    Sumber Berita
    1. www.malaysiaki...
    2. www.malaysiaki...
    #malaysia #tangkapmuhyiddin #pnbestmenghasut #viralvideo
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

КОМЕНТАРІ • 71