PARTI AMANAH KELUAR KERAJAAN! APA KATA DS MUHAMAD SABU BERKAIT ISU INI?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 лис 2024
  • Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.
    Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak mesyuarat agung luar biasa (EGM).
    "Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. Selesai.
    "Jika saya Peguam Negara (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendakwa pelaku jenayah yang didakwa tanpa takut atau pilih kasih, insyaAllah," katanya kepada Malaysiakini.
    ===================================================================================
    Presiden Amanah, Mohamad Sabu enggan mengulas cadangan agar parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan seperti dilontarkan ahli jawatankuasa Amanah nasional, Mohamed Hanipa Maidin.
    Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata, ini kerana dia mahu menumpukan kepada penganjuran pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 ketika ini.
    “Saya tak mahu komen, tumpu MAHA dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di Konvensyen Usahawan Agro Madani 2024, di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, hari ini.
    Semalam, Hanipa berkata dia kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.
    Sumber Berita
    1. www.malaysiaki...
    2. www.malaysiaki...
    #malaysia #kerajaanperpaduan #malaysiamadani
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

КОМЕНТАРІ • 60