Wang itu masalah kecil, masa yang dibuang untuk menunggu charging itu masalah besar. Betapa kaya pun, wang tu memang tak boleh beli balik masa yang dibuang! Hahahaaa
Tepat sekali. Sekali caj, kalau dah tinggal 10-20%, nak penuh ke 80%, kurang kurang 15-20 minit. Di Malaysia ni, charger banyak yang 22kWh, 50kWh, 60kWh memang sejam lebih la tunggu.
untuk orang takde duit memang rasa tak berbaloi haha , tapi pada yang ada duit ianya tkde masalah . jadi sila sedar diri 😂😂 jangan tanya la dia sedekah ke tidak. of course la diorng tahu bende tu, dia hanya nak share pengalaman
Betul. Agak mahal. Dan masa terbuang mcm tu je. Aku selalu balik terengganu dari johor duit minyak rm70 je. Ni nak g saja da rm2++ 🤣🤣 belum kira balik lagi agak mahal jugak laa. Masa perjalanan pun 4Jam je. Sampai rumah minyak 2-3 bar.
kalau kira congak2 balik kos charging,dan masa nak menunggu,jauh lagi jimat pakai petrol 😂 kena ingat,orang yang duit tak seberapa ni,mungkin banyak masa.manakala orang yg duit banyak berkepuk belum tentu bnyak msa 😝🤭
@@aufpathor112 kereta mahal enjin besar pakai ron95 pun tak ada masalah. Jadi kereta besar enjin besar kl-ganu ron95 isi bawah rm250 pergi balik tak habis.
@@saufichewan bateri EV Tesla tu mahal nak tukar. Kalau nak cakap parts kereta mmg kena pakai ori la. Mana ada parts OEM utk Tesla kalau pikir logic la. Kereta ford kat sini pun kena pakai parts ori. Jadi parts ori ni mahal. Bateri Tesla tu mmg mahal. Bukan boleh beli kat bengkel kereta biasa.
@@saufichewan kereta mini EV mungkin lebih murah sebab mmg boleh cas di rumah. Tapi tak sesuai jalan jauh la. Jepun dan china byk beralih ke kereta mini EV. Harga pun jauh lebih murah dari Tesla. Tapi kat Malaysia ni petrol masih murah. Jadi tak berapa cerdik la kita ikut trend depa yang ada sebabnye. Thailand yg minyak mahal pun tak pakai EV. Singapore logik la nak pakai. Negara kecik
ingat plan nak pergi healing .. 1.tapi kalau dah fikir pasal battery percentage... 2.tunggu battery siap berjam.. 3.duit charge battery lagy... 4.esok plak fikir kat mana nak charge... kesimpulanya .bukan healing lagi dah tapi lagi stress..
bgi aq kreta cas ni sesuai utuk second car ja..bukan bwak jauh2 sngt..klo smpai negeri jiran ok lh kut sbb patar balik ke rumah bru cas..contohnya dri slangor ke melaka mcam tu ok lah ulang alik memang tak risau psal cas2 ni
@@mohammadamir4486 mana ada fast charging. Pi tgk negara barat. Mmg lambat dia charge. Lagi jauh nak pergi lagi lama charge. Sampai satu malam charge. Bateri EV nak tukar pun bapak mahal.
Setakat ini, EV masih lagi belum praktikal untuk perjalanan jauh. Perlukan masa tambahan sebanyak 2jam lebih untuk cas dan kos tenaga dalam rm240 untuk 450km perjalanan.
@@shahnizar89 kalau factory claim jauh tu, memang tak boleh sampai nye. Kalau laju, 50% dari tu pun tak sampai. Kalau drive hiway biasa, 70% dari range tu boleh pakai. Kalau dalam bandar, mungkin lebih lagi. Charging plug biasa di rumah, 3.7kWh, sebenarnya dalam 2kWh je. Kalau bateri 100kWh, berapa jam tu nak penuh? Tak kira faktor voltage pada State of Charge tertentu lagi
@@saufichewan mmg la xkan sampai ikut range.. tapi kalau dia leh pegi 50% pun dah 350++ km.. 350km++ utk single charge.. mmg okay sgt2 dah.. dan dah dibuktikan pun dalam video kt youtube... satu lagi nak charge kat rumah kalau tarik wayar dr DB untuk rumah single phase boleh pegi 7.4kw/h.. utk rumah 3 phase boleh pegi 22kw/h.. dah ade dah pakar terangkan bab2 charge ev kat rumah ni..ade dlm youtube..
@@shahnizar89 350km tu kalau official claim 700km. Tesla model 3 claimed baru 600km kalau LR. Tu tak tahu ikut WLTP ke EPA ke. 350km tu bawak betul betul ikut speed limit 110kmh Pengalaman dengan Y, kalau laju, 140-180kmh, dapat 200-280km je.
Terima kasih pada bro fazli sbb share pengalaman dan cost utk charge kereta ev. Pasal cost mahal ke tak mahal terpulang kepada owner, bila harga kereta tesla range 400k-500k sepatutnya kos tu x menjadi masalah, sama la dengan owner yang beli kereta bmw 5 series / mercedes e-class... Harga pun lebih kurang sama so minyak 97 mahal pun x jadi masalah. Kita yang kurang berkemampuan ni toksah nak banding2 atau kecam. Cukup lah sekadar menambah ilmu pengetahuan dan usaha supaya dimurahkan rezeki seperti diorg. Tq
116 ringgit utk 50% cas total 550km+... Toyota vios aku 60 ringgit je da 500km.. boleh save 66 ringgit dengan masa 1 jam kot.. tp ikut suka hati ko la nk guna apa.. bukan hal aku 😁😁👏
Thanks bro Fazli yang cerita full story pasal situasi ev untuk long distance journey. So masing-masing ada point of view. So, jaga adab kita semua guys dalam berkomen. Tq juga pada bro Fazli atas content yang sangat bermanfaat. Keep a good work bro.
Harap² kerajaan Terengganu dapat kembangkan stesen ev di seluruh Terengganu Supaya dapat kembangkan penggunaan kerata ev di terengganu dan supaya pengguna² ev di pantai barat tidak perlu risau untuk mencari charging station untuk datang ke Terengganu
..why it s so expensive I thought it is supposed to be cheaper than Petrol.. that suck.. the pricing for electrical car is significantly more expensive than the petrol car with better interior. The only advantageous is the power only..
some companies will take huge advantage over this.. basically, this kind of car is practically for urban areas.. fully charged at home, get to work.. return from work, recharge..
Yang biasa kita dengar ev ni lagi murah dari petrol, biasanya dkat luar negara² western sana, sebab harga minyak mereka sangat mahal diorang takde subsidi untuk minyak dari kerajaan. Sebab tu dekat malaysia nampak mahal sebab kita banding dengan petrol yng harga nya antara yng termurah di dunia
@@Bangkit1987 even that.... the initial cost of the cheapest EV is still the price of a full spec altis even if there is a cheaper version, but cant go long distance, basically u need another car.. and that is another problem all together.. lol
Logiknya...Contoh: Skg ni nisbah EV 1:1000 petrol car. Sebab Tu bateri Mahal, cas Mahal, kereta pun Mahal. Akan datang bila nisbah 500:500..kat situ baru Kita nampak...dah sampai masa berpindah ke EV....bila...??..maybe 10-15tahun lagi...Tu pun kalau Kita ni panjang umur. Masa Tu minyak Akan berkurang Dan jadi Mahal .alternative...ialah battery Dan solar.
Pakai EV ni nampak macam advance, tp in term of lifestyle and practicality, berpatah balik ke zaman semasa guna steam engine dulu. Kena berhenti sana sini utk angkut air sbb steam dah habis.
Tarif kediaman ada subsidi. Bila tambah kos infra mmg akan mahal. Selagi minyak ada subsidi dan tiada oil tax mcm kat luar negara kos kereta elektrik mmg susah nak balik modal utk setiap keadaan.
In my humble opinion, EVs are still in its nascent stage, in Malaysia. Keberadaan charger (or lack thereof) di Malaysia sangat perlu ditambahbaik. Supercharger pun tiada. Kereta itu sendiri mahal, kos pengecasan mahal, serta masa yg diluangkan juga amat signifikan. (1 jam 3 minit, itupun daripada 36%, berjanggut bhai) Untuk marhaen seperti aku, nak miliki benda berteknologi ini, get/own it for what it can offer for today, not because the promises of the future. Mungkin dalam 10 tahun lagi kot? #LongLiveICE
Negara barat pn dh start nmpk mslh kete ev. Dr segi nk cas tu nmpk sgt dh. Isi minyak yg 10minit pn nk kena beratur. Klau ev ni nmpknya lg parah la. Kt negara barat kete ev susah/tkleh start klau cuaca terlalu sejuk mcm musim salji sbb ion battery kurg aktif. Kt sni plak cuaca panas. Musuh utama baterry & motor adalah suhu yg tinggi. Dr segi penjimatan tu rsanya tk la kt sni sbb petrol lg murah dr negara barat. Nk overhaul kete pn dh pening. Inikan pulak bateri besar gedabak ni. Npe diaorg tk adaptasikan teknologi formula 1? Tahap efisen yg tinggi untuk sistem ice.
Nk btul2 long range EV car, harga pmulaan dah atas rm7++k ke atas mgikut brand. Kbanyakan p'dapat, ev car dlm malaysia hanya sesuai dlm bandar atau jarak yg sedikit jauh. Tunggu ada stesen tukar battery mcm kat China baru sesuai malaysia nk guna pakai ev car, masa nk tukar battery pon xlama dlm 15minit saja.
EV car ni sebenarnya sgt sgt practical untuk jln dekat2 radius 40km ... kn ada spare ice punya kereta untuk long distance, lainla kalau kaya sgt, rumah ada amik pakej tesla super charger yg dgn solar roof panel tuh
Best info camni.. Mmg sagt terbaek bangat, santai dan sgt berinformasi. Kalau 5 Bintang saya bagi 6 bintang Tapi rasanya masih tak relevan lagi nak pakai sbb mahal bebeno chargingnya.. Lagi satu takda peace of mind sbb charging station masih tak banyak..
Berminat pula pas tengok kemenarikan Tesla ni. Check price di Google, RM300k ke RM500k. Charge sejam lebih, harga recharge dlm RM100 lebih. Terus lupakan impian cita2 nak mencuba memiliki. Stay on course nak R35 je lah
Setakat ni, caj tengah jalan, untuk top up sampai rumah, tak sampai RM40 pun. RM2.20/minit. Boleh jalan 75km. Dan ada reserve 10-15%. Harga, tak ada la sampai RM500k. Model 3 Performance, baru RM380k dapat. Second, RM300k dapat. Dari segi maintenance, Model 3 Performance, jauh murah dari R35. R35, model awal awal, gearbox selalu rosak. Tak ada repair, tukar terus gearbox. Model 3 Performance, boleh pecut 0-100kmh 3.3s. Ada kata boleh 3.1s. Top speed kalah la dengan R35, tapi tak teruk sangat, 260kmh. Dan pecutan dia, linear. Satu yang confirm kalah teruk dengan R35: range.
Kena guna technology tukar battery yg deplete dgn baru yg dh siap charged penuh, tukar terus jalan. Harga kereta dan bateri perlu subsidi utk rendahkan harga supaya ramai blh pki. Naikkan duti kereta fosil atau kenakan cukai karbon. Jgn kecam projek2 rare earth Lynas etc sbb bahan tu blh guna utk buat bateri kereta. Klu banyak kt sini blh la murah sikit.
yang ni logik spatutnya, and sistem ni brand motor EV dari china ada buat, dh masuk pasaran malaysia pun. Smpai dekt tmpat station minyak, just swap je dgn batteri yang disediakan di situ, so tak prlu tgu lama. Cuma buat masa ni bnda ni blum meluas lagi. cuma trfkir, kalau kereta EV mcm mana nak guna sistem swap batteri, brapa byk pulak station kena sediakan batteri swap.
Thanks for the sharing bro. Mmg minat sgt dgn EV. Skrg pakai PHEV. Cuma masih tak nampak kelestarian penggunaan EV di Malaysia selagi kerajaan tak beri subsidi. sy masih advocate penggunaan fossil fuel .
Tech ni masih baru dan bukan utk the masses lagi. Sebab tu kos dan masa menunggu hanya boleh di consider kalau nk guna ev car buat masa ni. Tunggu la Perodua ka apa yg buat ev yg mampu milik. bila sampai time tu, maybe cas utk lain2 nya makin murah dh.
Harga charge boleh bawak bincang lagi tapi nak menunggu charging time tu ambe xleh.not my virtue la nak tunggu total dekat 2 jam & rasa nervous tengok battery percentage kalu perjalanan jauh terutama charging stations kurang kena planning betul-betul nak berjalan
Business baru TNB la kalau buat charging station. Untung byk la dia. Rate boleh lebih rendah. Boleh upgrade speed charging. Autopay and etc. silap2 dia letak solar je kat bumbung station tu buat solar half-grid system utk EV charger tp org kena bayar. And dengarnya akan ada kereta ev yg akan guna wireless charging jugak. Mcm smartphone. Hahaha
aku cas kt hospital ja byq rm4 hg duduk la smpai kmlm pun rm4 tmpat gleneagle hospital parking smua da charging point.byk bmw n merc dok g cas sana rm116 cm tu aku da jimat rm112
Aku jenis malas nak stop.. Nak charge. Byk kali. So aku prefer dgn kenderaan yg aku pakai.. Sekali isi diesel euro 5 b7 dari bhp full tank lebih kurang 150..dah dapat 800km...
Penyelesaian utk masa caj bateri; beli generator sebiji letak dlm kereta. Boleh caj sambil bergerak..atau tampal body penuh dgn solar panel...hehhehe. Banyak perkara yg tak diberitahu sepenuhnya ttg EV. Di US byk EV yg tersadai setelah eksiden, kerana hanya pengeluar yg boleh repair EV dan kosnya mungkin bersamaan dgn harga sebiji kereta baru. Secara praktikal, EV tak mungkin ganti majoriti kereta petrol atas sebab kapasity grid elektrik buat masa ni tak mampu tanggung jika pemilik2 caj kereta dlm masa yg sama; spt balik kerja. Cuba selidik purata jangka hayat EV di US...mungkin tak selama kereta petrol.
Drpd beli generator baik beli engine terus modified letak dlm tesla tu 😂😂😂 nk lg mudah., beli sebiji proton saga baru.. settled your wasted time waiting full charge 😅😅
Masa byk trbuang pakai kete ev ni.. Dr 3jam prjalanan jd 5,6jam prjlnan..belom kira beratur tnggu turn lg..banding kete pakai petrol, masa x smpai 5min utk tuang myk..
Terima kasih Fazli atas review kereta EV. Sgt bermanfaat. Buat masa skarang ni, teknologi fast charging utk kereta elektrik masih lg xcukup pantas. Mujur xramai kereta EV lg, kalau x, mau tunggu berjam2 semata2 nk charging je...
Kat Malaysia je, teknologi fast charging xde lagi. Singapore, America, HongKong, semua dah ade, Malaysia je kuno lagi. Beza mat, kat sama, dorang charge 15 minit je, kat sini boleh cecah satu jam. Mmg betul kebelakamg teknologi kt Malaysia ni. Syedih
walaupun pakai petrol 2 primitif tp palai minyak xperlu tnggu lama mcm nk cas kete tesla 2 😂 lg 1 smakin tnggi rintanga smakin cpt betri 2 habis , pada masa akn dtg letrik akn btmbh mahal sbb adenye ev ni,
Kita yg marhaen masa bnyk digunakan utk kejar mcm²..tesla ni org dh solid kewangan je yg pakai..bisnes running je..so boleh hbskan masa relax² je tggu kete cas berejam..
Teknologi EV belum sampai lagi untuk golongan petengahan kebawah sebab harga kete mahal, charging station limited, cas charging yg mahal (lain kalo cas kat rumah) kos alat ganti.. (bateri ada hayat), nak tunggu cas lama lagi... Even kalo aku ada duit EV masih bukan pilihan.. Aku akan beli kete petrol lagi mahal.. Kete moden ni pun dah fuel efficient.. Maybe 5 - 10 tahun lagi ok kot baru teknologi EV akan evolved dan semua orang boleh beli. 😆.. Tapi terbaik la konten at least dapat ilmu pasal TESLA..
Thank you so much for the review brother! 👍👍 Will love more reviews on EVs your personal opinions on it, subscribed and keep you the good work! Love from KL!
keeeta ev masih xreleven kt mlysia ni..eloknya mana yg ada duit lebih boleh la beli ev utk kereta kedua hanya skdr jln2 dkt town n utk berlagak..kereta utama or jln jauh cri je kete murah2 mcm axia..
aku nampak kat sini ramai yang tak nak sentuh pasal bateri EV tu sendiri. Tesla punya bateri tu lebih kurang macam bateri Samsung Galaxy saja, tunggu masa nak kaput. Kemusnahan alam sekitar semata2 nak lombong raw material untuk sejibik bateri saja dah lebih dari setong petrol - toksah nak sembang eko friendly la. 'Tauke petrol monopoli harga sebab takmau hilang profit' - no, ni statement bangang. kita cakap bab praktikaliti. hangpa ingat letrik yang dok guna caj bateri enjin Tamiya hangpa tu mai dari mana? fossil fuel jugak mostly. daripada duk pusing sana sini menjadikan cost dia lebih kurang sama saja, baik guna method konvensional iaitu petrol saja. after sale EV (Tesla) saja pon dah nightmare. kita tanak sembang EV milik bangsa kayangan - it is what it is. kita nak tengok sustainability EV regardless brands kat M'sia itu sendiri, termasuk practicality dan of course economics and envi-friendly (that's the whole selling point of EV itself). jujur aku cakap, EV at this current point of time a big NO tak kira hang dok negara mana. eko friendly? pegi mampos. jimat petrol dan duit? sembang lubang jamban. tunggu finalized version of EV - sekarang ni EV macam time first basikal dicipta, brek takdak tayar depan besaq dari tayar belakang. tapayah nak ikut FOMO sangat. and ofkos, ada duit beli, takdak duit beli guna loan AEON.
Berdasarkan pengalaman abg, caj dari 30% ke 80% berapa minit bang? Bila stesen caj DC banyak nanti, caj sebegini paling praktikal utk elak buang masa "trickle charge phase".
Penggunaan EV ni bagus dapat minimumkan pollution tp kena bayar kos kereta dan kos charging tinggi. Bagi orang kurang mampu macam saya, kereta hybrid paling tepat untuk kurangkan kos petrol sambil kurangkan pollution. Paling penting masa isi petrol 10 minit je😀
Apa aq perasan, knp cas kt kl lebih mhl. Kt kl (50%+ - 100%) = rm116, kt gambang (30%+ - 100%) = rm116. Pdhl cas per minit kt stesen gambang lebih mhl.
Secara peribadi bg aku kos utk charge cukup mahal belum smpi kpg dh 2x charge kos dh Rm200++,mungkin sbb aku xbanyak duit mcm org lain, masa menunggu pun main peranan penting & bg aku bnyk buang masa.. Aku guna Gen2 jee Rm50 boleh jalan 320km kalau maintain 90-100kmj...laaagi jimat...
441km @ 98kWh, kalau pakai rate cas di rumah rm0.572/kWh, lebih kurang rm56 tapi in reality AC charging di rumah lalu inverter dalam kereta menghasilkan 10% energy loss, oldh itu jadi rm62. Kalau pakai kereta myvi, vios baru 441km lebih kurang rm60-65..., bawah rm70
Kalau bawa cermat skit, mungkin boleh save lebih banyak bateri. Ada juga yg review berbeza baki bateri kalau bawa 90km/j dgn 110km/j. Jadi kalau save dekat situ, save juga la nak kena charge kan. Lagipun ni kes charge sampai 100% ambil masa yg lama tu kos lebih tinggi. Kalau x charge sampai penuh, boleh jimat masa dan RM jgk tu. Mungkin next trip admin boleh cuba cara pemanduan yg lebih menjimatkan bateri, tapi xda la terlalu perlahan kan. Masih normal la org kata
Buat masa sekarang hanya orang yang berkempuan saja guna kereta EV ni.. berkemungkinan 10 atau 15 Tahun lagi barulah orang yang biasa boleh gunakan nya.. kita hanya mampu melihat dan menilai kebaikan dan keburukan kereta Ev buat masa Sekarang. TQ Keran memberi input yang berguna kepada semua.
Pemilik kereta elektrik atau apa2 yg guna bateri dan motor elektrik akan mula ada masalah selepas tahun pertama. Masa tu akan mula fikir lebih baik guna kereta ICE
sshnyaa pakai keta ni.. Nk tnggu utk charge pun dh dkt sejam atau lebih 🤣 pastu, nk cr kemudahan charge tu lg.. klu xjumpa, ada x pelan kontigensi yg bole guna pakai mcm pakai petrol plak ke?
Antara drawback pakai kerata full EV dekat malaysia compared dengan negara2 maju lain buat masa sekarang adalah charging station Macam US, diorang ade TESLA own fast charger station and its FREE of charge to use (for now) . memang betul nak tarik customer guna EV (lagi2 TESLA) Bayangkan rumah kau dekat ngn charging station tu....literally cost minyak kau sebelum ni mungkin sebulan rm 100 x 12 = RM1200, akan jadi "ZERO", free of charge
Hahaha kereta EV Tesla bapak mahal kat USA. Malaysia minyak murah. Negara pengeluar minyak mmg tak logik pakai EV . Mungkin kereta mini EV boleh la. Charge kat rumah pakai plug.
For me la, i will go to petrol car. Sebab apa yg aku nampak, kos charge itu sendiri memang mahal dan agak makan masa bila untuk charge berbanding dgn kereta petrol. Pergi kaunter, bayar, angkat nozel dan berlalu pergi
Selagi x da fast charger cam hp zaman sekarang 10-15 minit penuh, mmg x berbaloi, sbb kau ade rm berbillion sekali pun, masa x boleh beli... Orng balik nk cepat smpai.. 😅😅😅
Kerajaan perlu regulate harga per kw… untuk mengalakkan pengunaan kereta letrik. Tetapi satu deal breaker bagi saya ia lah harga replacement bateri… bayangkan 2nd hand value kereta letrik nanti macam mana bila orang tahu harga replacement bateri.
Ini kalau travel seorang diri, apa kata tuan travel bersama ahli keluarga lain berserta sedikit muatan. baru kita boleh tahu jarak sebenar jika pemilik EV ingin membeli utk kegunaan keluarga dgn 3 org anak.
Silap2 lepas ni charge takyah guna nozel tu..mcm handphone juga .masa mula2 byk pakai cable..last2 moden pakai wireless charger je..kereta pun mcm tu rasanya pada masa akan dtg..no need nozel..
Malaysia punya harga untuk cas sangat la mahal berbanding dengan di negara Sweden .Di Sweden saya pakai VW gtx ,10 ke 100 percent total baru Rm65 bersamaan 140kr {fast charging 80w}.. mostly 80percent rakyat Sweden beralih ke EV car sbb minyak di Sweden sngt la mahal iaitu Rm13/1l petrol dan rm16/1l diesel..
@@flyinghigh2000 elektrik tak murah tuan kalau datang nya musim sejuk ...mostly time winter rumah appartment nya range bill ialah 2-4 ribu ringgit malaysia sebulan ..kalau jenis rumah sebuah estimate bill api bleh cecah ke 6-7ribu ringgit sebulan ..
@@fadzlanhasanahmad4989 betul bang ..lgi2 sekarang inflation war antara ukraine dan russian ..lg meningkat kos barang seperti minyak masak ,petrol ,tepung dan lain2 lg
Lglah skrg bahan api naik kat semua negara eropah sb prg Ukraine dan rusia...lagilah musim sejuk ramai kata tak boleh bukak heater sangat sbb kis gilerrr mencanak
Nk tahu lh juga kereta tesla bila lebuhraya jem mcm mn? Dia charge mcm hibrid ke? Ye lh klau kereta ni bawa time perayaan okay ke? Dengan traffic jem smpai brjam2
Wang itu masalah kecil, masa yang dibuang untuk menunggu charging itu masalah besar. Betapa kaya pun, wang tu memang tak boleh beli balik masa yang dibuang! Hahahaaa
Tepat sekali. Sekali caj, kalau dah tinggal 10-20%, nak penuh ke 80%, kurang kurang 15-20 minit.
Di Malaysia ni, charger banyak yang 22kWh, 50kWh, 60kWh memang sejam lebih la tunggu.
@@saufichewan dekat situ la Dorang nk buat duit..
Akan ada fast charger utk kereta ev 😊
Why not both. Lol
nahhh power bank kan ada
Xberbaloi.
- Harga kereta mahal.
- Nk charge mahal.
- Longer time to recharge
- end up spending more on food while waiting.
betul2...setuju..charge tunggu lama la...bazir masa😂😂kena tunggu 10-20 tahun baru jadi kebiasaan kot...
memang mostly tesla user kt malaysia ni org kaya, bukannya rakyat marhaen yg biasa2 lol bagi dorg duit isn’t a problem
untuk orang takde duit memang rasa tak berbaloi haha , tapi pada yang ada duit ianya tkde masalah . jadi sila sedar diri 😂😂 jangan tanya la dia sedekah ke tidak. of course la diorng tahu bende tu, dia hanya nak share pengalaman
@@oreorebus mcm hp. Bila new technology Mmg mahal. Lama2 hopefully bila mature, maybe harga murah sikit. Mcm Byd dh nmpk harga murah sikit.
Betul. Agak mahal. Dan masa terbuang mcm tu je. Aku selalu balik terengganu dari johor duit minyak rm70 je. Ni nak g saja da rm2++ 🤣🤣 belum kira balik lagi agak mahal jugak laa. Masa perjalanan pun 4Jam je. Sampai rumah minyak 2-3 bar.
kalau kira congak2 balik kos charging,dan masa nak menunggu,jauh lagi jimat pakai petrol 😂
kena ingat,orang yang duit tak seberapa ni,mungkin banyak masa.manakala orang yg duit banyak berkepuk belum tentu bnyak msa 😝🤭
Tak juga. Kereta mahal enjin besar, minyak pun 97
Tapi ev boleh potong nissan gtr standard🤣 mahal lagi gtr rsanya nak daily
kelebihan ev ni ialah kos maintenance..xperlu tukar minyak hitam bagai..tp mahal juga tu kos charging tu huhu
@@akmalslash tak mahal untuk orang yang memang sebelum ni pakai kereta mahal mahal. Harga kereta pun 400k baiii
@@aufpathor112 kereta mahal enjin besar pakai ron95 pun tak ada masalah. Jadi kereta besar enjin besar kl-ganu ron95 isi bawah rm250 pergi balik tak habis.
Buat masa ini kereta EV utk orang yg duit tidak menjadi isu. Seronok tengok ramai orang kita yg dah mampu. T.kasih kerana berkongsi pengalaman.
EV tu utk negara yang barat. Sebab minyal diorang mahal. Tapi maintenance EV mahal
@@zzmmz3789 mahal macam mana tu maintainance EV?
@@saufichewan bateri EV Tesla tu mahal nak tukar. Kalau nak cakap parts kereta mmg kena pakai ori la. Mana ada parts OEM utk Tesla kalau pikir logic la. Kereta ford kat sini pun kena pakai parts ori. Jadi parts ori ni mahal. Bateri Tesla tu mmg mahal. Bukan boleh beli kat bengkel kereta biasa.
@@saufichewan kereta mini EV mungkin lebih murah sebab mmg boleh cas di rumah. Tapi tak sesuai jalan jauh la. Jepun dan china byk beralih ke kereta mini EV. Harga pun jauh lebih murah dari Tesla. Tapi kat Malaysia ni petrol masih murah. Jadi tak berapa cerdik la kita ikut trend depa yang ada sebabnye. Thailand yg minyak mahal pun tak pakai EV. Singapore logik la nak pakai. Negara kecik
@@zzmmz3789 you x perlu tukar lahh batteri tu. Phone you ade tukar battery ke?
ingat plan nak pergi healing ..
1.tapi kalau dah fikir pasal battery percentage...
2.tunggu battery siap berjam..
3.duit charge battery lagy...
4.esok plak fikir kat mana nak charge...
kesimpulanya .bukan healing lagi dah tapi lagi stress..
bgi aq kreta cas ni sesuai utuk second car ja..bukan bwak jauh2 sngt..klo smpai negeri jiran ok lh kut sbb patar balik ke rumah bru cas..contohnya dri slangor ke melaka mcam tu ok lah ulang alik memang tak risau psal cas2 ni
@@hmznteach Betul, EV hanya utk daily car.. Pergi kerja/beli barang harian/melancong dalam negeri shj, baru tak stress..
untuk short distance je. kalau long distance, memang stress.
Orang USA pun complaint. Kereta mahal. Charging lama. Bateri nak tukar pun mahal giler.
harga charge tu tidak la mahal untuk orang yang guna kereta RM400k, namum masa perjalanan + masa mengecas agak lama.. masa sangat penting
Jgn tgk sebagai pengguna kereta RM400k. Tgk sbgai pengguna kereta elektrik atau bateri kapasiti yg korg nak
Betul bro.. xberbaloi gila sekali charge berjam tunggu. Kalau range kl-pen ok la kot xde membazir masa sangat
ape yg berjam menunggu kalau pakai fast charging
@@mohammadamir4486 mana ada fast charging. Pi tgk negara barat. Mmg lambat dia charge. Lagi jauh nak pergi lagi lama charge. Sampai satu malam charge. Bateri EV nak tukar pun bapak mahal.
@@zzmmz3789 haha adela supercharger dia panggil 30min dh penuh, lama skitla drpd isi minyak tp berbaloi
Setakat ini, EV masih lagi belum praktikal untuk perjalanan jauh. Perlukan masa tambahan sebanyak 2jam lebih untuk cas dan kos tenaga dalam rm240 untuk 450km perjalanan.
Benar.. rm0.50/km..masa dan risiko. Kalau prt charging tak boleh access, siap beratur, naya....
ada EV yg boleh pegi jauh..mercedes eqs 450+ .. range 780km.. caj kat rumah 100% pastu boleh balik kg tanpa singgah charging station..
@@shahnizar89 kalau factory claim jauh tu, memang tak boleh sampai nye. Kalau laju, 50% dari tu pun tak sampai. Kalau drive hiway biasa, 70% dari range tu boleh pakai. Kalau dalam bandar, mungkin lebih lagi.
Charging plug biasa di rumah, 3.7kWh, sebenarnya dalam 2kWh je. Kalau bateri 100kWh, berapa jam tu nak penuh? Tak kira faktor voltage pada State of Charge tertentu lagi
@@saufichewan mmg la xkan sampai ikut range.. tapi kalau dia leh pegi 50% pun dah 350++ km.. 350km++ utk single charge.. mmg okay sgt2 dah.. dan dah dibuktikan pun dalam video kt youtube... satu lagi nak charge kat rumah kalau tarik wayar dr DB untuk rumah single phase boleh pegi 7.4kw/h.. utk rumah 3 phase boleh pegi 22kw/h.. dah ade dah pakar terangkan bab2 charge ev kat rumah ni..ade dlm youtube..
@@shahnizar89 350km tu kalau official claim 700km. Tesla model 3 claimed baru 600km kalau LR. Tu tak tahu ikut WLTP ke EPA ke.
350km tu bawak betul betul ikut speed limit 110kmh
Pengalaman dengan Y, kalau laju, 140-180kmh, dapat 200-280km je.
Kena charge agak lama
Terima kasih pada bro fazli sbb share pengalaman dan cost utk charge kereta ev.
Pasal cost mahal ke tak mahal terpulang kepada owner, bila harga kereta tesla range 400k-500k sepatutnya kos tu x menjadi masalah, sama la dengan owner yang beli kereta bmw 5 series / mercedes e-class... Harga pun lebih kurang sama so minyak 97 mahal pun x jadi masalah.
Kita yang kurang berkemampuan ni toksah nak banding2 atau kecam. Cukup lah sekadar menambah ilmu pengetahuan dan usaha supaya dimurahkan rezeki seperti diorg.
Tq
Setuju
5 series & e class cukup sekadar ron95. High compression engine Sahaja yg memerlukan pakai 97.
Keje mengecam je sbb tu tak kaya2. 🤣
masalahnya nk tunggu tu tak lalu..kesimpulannya lebih sesuai utk jarak dekat shj.
@@msafwanriffin BS.
116 ringgit utk 50% cas total 550km+... Toyota vios aku 60 ringgit je da 500km.. boleh save 66 ringgit dengan masa 1 jam kot.. tp ikut suka hati ko la nk guna apa.. bukan hal aku 😁😁👏
Thanks bro Fazli yang cerita full story pasal situasi ev untuk long distance journey. So masing-masing ada point of view. So, jaga adab kita semua guys dalam berkomen. Tq juga pada bro Fazli atas content yang sangat bermanfaat. Keep a good work bro.
Terbaik sebb mmg membantu sgt pelancong dri luar yg pakai EV untuk dtg ke negeri terengganu yg sedang membangun.
Harap² pelancong tak ada masalah dengan hal² mengecas EV meraka, Kang dapat bad experience pulak.🤭
Harap² kerajaan Terengganu dapat kembangkan stesen ev di seluruh Terengganu Supaya dapat kembangkan penggunaan kerata ev di terengganu dan supaya pengguna² ev di pantai barat tidak perlu risau untuk mencari charging station untuk datang ke Terengganu
..why it s so expensive I thought it is supposed to be cheaper than Petrol.. that suck.. the pricing for electrical car is significantly more expensive than the petrol car with better interior. The only advantageous is the power only..
some companies will take huge advantage over this..
basically, this kind of car is practically for urban areas.. fully charged at home, get to work.. return from work, recharge..
Yang biasa kita dengar ev ni lagi murah dari petrol, biasanya dkat luar negara² western sana, sebab harga minyak mereka sangat mahal diorang takde subsidi untuk minyak dari kerajaan. Sebab tu dekat malaysia nampak mahal sebab kita banding dengan petrol yng harga nya antara yng termurah di dunia
@@Bangkit1987 even that.... the initial cost of the cheapest EV is still the price of a full spec altis
even if there is a cheaper version, but cant go long distance, basically u need another car.. and that is another problem all together.. lol
It's expensive because the price is based on time not the amount of energy
Logiknya...Contoh:
Skg ni nisbah EV 1:1000 petrol car. Sebab Tu bateri Mahal, cas Mahal, kereta pun Mahal. Akan datang bila nisbah 500:500..kat situ baru Kita nampak...dah sampai masa berpindah ke EV....bila...??..maybe 10-15tahun lagi...Tu pun kalau Kita ni panjang umur. Masa Tu minyak Akan berkurang Dan jadi Mahal .alternative...ialah battery Dan solar.
Pakai EV ni nampak macam advance, tp in term of lifestyle and practicality, berpatah balik ke zaman semasa guna steam engine dulu. Kena berhenti sana sini utk angkut air sbb steam dah habis.
TNB patut ada charging station sendiri berdasarkan harga tariff TNB, sebab bila privatise, cost charging akan meningkat.
Tarif kediaman ada subsidi. Bila tambah kos infra mmg akan mahal. Selagi minyak ada subsidi dan tiada oil tax mcm kat luar negara kos kereta elektrik mmg susah nak balik modal utk setiap keadaan.
Dah ada dahh.
tnb tgh kerjasama dgn gamuda land untuk usahakan station bernama "Electron"
Bila demand tenaga elektrik dh tinggi nnti kos elektrik pn naik.
In my humble opinion, EVs are still in its nascent stage, in Malaysia.
Keberadaan charger (or lack thereof) di Malaysia sangat perlu ditambahbaik. Supercharger pun tiada. Kereta itu sendiri mahal, kos pengecasan mahal, serta masa yg diluangkan juga amat signifikan. (1 jam 3 minit, itupun daripada 36%, berjanggut bhai)
Untuk marhaen seperti aku, nak miliki benda berteknologi ini, get/own it for what it can offer for today, not because the promises of the future. Mungkin dalam 10 tahun lagi kot?
#LongLiveICE
Negara barat pn dh start nmpk mslh kete ev. Dr segi nk cas tu nmpk sgt dh. Isi minyak yg 10minit pn nk kena beratur. Klau ev ni nmpknya lg parah la. Kt negara barat kete ev susah/tkleh start klau cuaca terlalu sejuk mcm musim salji sbb ion battery kurg aktif. Kt sni plak cuaca panas. Musuh utama baterry & motor adalah suhu yg tinggi. Dr segi penjimatan tu rsanya tk la kt sni sbb petrol lg murah dr negara barat. Nk overhaul kete pn dh pening. Inikan pulak bateri besar gedabak ni. Npe diaorg tk adaptasikan teknologi formula 1? Tahap efisen yg tinggi untuk sistem ice.
Nk btul2 long range EV car, harga pmulaan dah atas rm7++k ke atas mgikut brand.
Kbanyakan p'dapat, ev car dlm malaysia hanya sesuai dlm bandar atau jarak yg sedikit jauh.
Tunggu ada stesen tukar battery mcm kat China baru sesuai malaysia nk guna pakai ev car, masa nk tukar battery pon xlama dlm 15minit saja.
tunggu nissan Ariya SUV EV masuk malaysia. max range ~600km. sesuai utk long range interstate driving.
EV car ni sebenarnya sgt sgt practical untuk jln dekat2 radius 40km ... kn ada spare ice punya kereta untuk long distance, lainla kalau kaya sgt, rumah ada amik pakej tesla super charger yg dgn solar roof panel tuh
Best info camni..
Mmg sagt terbaek bangat, santai dan sgt berinformasi.
Kalau 5 Bintang saya bagi 6 bintang
Tapi rasanya masih tak relevan lagi nak pakai sbb mahal bebeno chargingnya..
Lagi satu takda peace of mind sbb charging station masih tak banyak..
Berminat pula pas tengok kemenarikan Tesla ni. Check price di Google, RM300k ke RM500k. Charge sejam lebih, harga recharge dlm RM100 lebih. Terus lupakan impian cita2 nak mencuba memiliki. Stay on course nak R35 je lah
Setakat ni, caj tengah jalan, untuk top up sampai rumah, tak sampai RM40 pun. RM2.20/minit. Boleh jalan 75km. Dan ada reserve 10-15%.
Harga, tak ada la sampai RM500k. Model 3 Performance, baru RM380k dapat. Second, RM300k dapat.
Dari segi maintenance, Model 3 Performance, jauh murah dari R35. R35, model awal awal, gearbox selalu rosak. Tak ada repair, tukar terus gearbox.
Model 3 Performance, boleh pecut 0-100kmh 3.3s.
Ada kata boleh 3.1s.
Top speed kalah la dengan R35, tapi tak teruk sangat, 260kmh.
Dan pecutan dia, linear.
Satu yang confirm kalah teruk dengan R35: range.
Kena guna technology tukar battery yg deplete dgn baru yg dh siap charged penuh, tukar terus jalan.
Harga kereta dan bateri perlu subsidi utk rendahkan harga supaya ramai blh pki.
Naikkan duti kereta fosil atau kenakan cukai karbon.
Jgn kecam projek2 rare earth Lynas etc sbb bahan tu blh guna utk buat bateri kereta. Klu banyak kt sini blh la murah sikit.
yang ni logik spatutnya, and sistem ni brand motor EV dari china ada buat, dh masuk pasaran malaysia pun. Smpai dekt tmpat station minyak, just swap je dgn batteri yang disediakan di situ, so tak prlu tgu lama. Cuma buat masa ni bnda ni blum meluas lagi. cuma trfkir, kalau kereta EV mcm mana nak guna sistem swap batteri, brapa byk pulak station kena sediakan batteri swap.
Thanks for the sharing bro. Mmg minat sgt dgn EV. Skrg pakai PHEV. Cuma masih tak nampak kelestarian penggunaan EV di Malaysia selagi kerajaan tak beri subsidi. sy masih advocate penggunaan fossil fuel .
Tech ni masih baru dan bukan utk the masses lagi. Sebab tu kos dan masa menunggu hanya boleh di consider kalau nk guna ev car buat masa ni. Tunggu la Perodua ka apa yg buat ev yg mampu milik. bila sampai time tu, maybe cas utk lain2 nya makin murah dh.
Harga charge boleh bawak bincang lagi tapi nak menunggu charging time tu ambe xleh.not my virtue la nak tunggu total dekat 2 jam & rasa nervous tengok battery percentage kalu perjalanan jauh terutama charging stations kurang kena planning betul-betul nak berjalan
Business baru TNB la kalau buat charging station. Untung byk la dia. Rate boleh lebih rendah. Boleh upgrade speed charging. Autopay and etc. silap2 dia letak solar je kat bumbung station tu buat solar half-grid system utk EV charger tp org kena bayar. And dengarnya akan ada kereta ev yg akan guna wireless charging jugak. Mcm smartphone. Hahaha
aku cas kt hospital ja byq rm4 hg duduk la smpai kmlm pun rm4 tmpat gleneagle hospital parking smua da charging point.byk bmw n merc dok g cas sana rm116 cm tu aku da jimat rm112
Nampaknya family pakai alza je la. Ada anak kecil jenuh duk saja tggu charging
Aku jenis malas nak stop.. Nak charge. Byk kali. So aku prefer dgn kenderaan yg aku pakai.. Sekali isi diesel euro 5 b7 dari bhp full tank lebih kurang 150..dah dapat 800km...
Penyelesaian utk masa caj bateri; beli generator sebiji letak dlm kereta. Boleh caj sambil bergerak..atau tampal body penuh dgn solar panel...hehhehe.
Banyak perkara yg tak diberitahu sepenuhnya ttg EV. Di US byk EV yg tersadai setelah eksiden, kerana hanya pengeluar yg boleh repair EV dan kosnya mungkin bersamaan dgn harga sebiji kereta baru.
Secara praktikal, EV tak mungkin ganti majoriti kereta petrol atas sebab kapasity grid elektrik buat masa ni tak mampu tanggung jika pemilik2 caj kereta dlm masa yg sama; spt balik kerja.
Cuba selidik purata jangka hayat EV di US...mungkin tak selama kereta petrol.
Drpd beli generator baik beli engine terus modified letak dlm tesla tu 😂😂😂 nk lg mudah., beli sebiji proton saga baru.. settled your wasted time waiting full charge 😅😅
Info sangat2 berguna tu Fazli.
Rasanya lebih baik guna petrol..itu belum maintenance bateri lagi..mahu lebih 100k bila tukar bateri
Psal caj mahal tu no 2, msalah ny nk tunggu msa caj tu, dh brapa lama msa trbuang
aku sifatkan org2 yg pakai EV ni seorang yg penyabar 😆
Masa byk trbuang pakai kete ev ni.. Dr 3jam prjalanan jd 5,6jam prjlnan..belom kira beratur tnggu turn lg..banding kete pakai petrol, masa x smpai 5min utk tuang myk..
Terima kasih Fazli atas review kereta EV. Sgt bermanfaat. Buat masa skarang ni, teknologi fast charging utk kereta elektrik masih lg xcukup pantas. Mujur xramai kereta EV lg, kalau x, mau tunggu berjam2 semata2 nk charging je...
Kat Malaysia je, teknologi fast charging xde lagi. Singapore, America, HongKong, semua dah ade, Malaysia je kuno lagi. Beza mat, kat sama, dorang charge 15 minit je, kat sini boleh cecah satu jam. Mmg betul kebelakamg teknologi kt Malaysia ni. Syedih
@@zeroiman EV masih niche, belum jadi mainstream lagi. Masalah pengecasan itu dah satu hal, harga kereta itu sendiri dah mahal. Kena fikir benda itu.
walaupun pakai petrol 2 primitif tp palai minyak xperlu tnggu lama mcm nk cas kete tesla 2 😂
lg 1 smakin tnggi rintanga smakin cpt betri 2 habis , pada masa akn dtg letrik akn btmbh mahal sbb adenye ev ni,
Lebih jimat pakai hybrid lagi lah..full tank dr usj ke kuala terengganu 450km. Se tengah tank je petrol..full tank honda jazz baru rm82 40L.
Kita yg marhaen masa bnyk digunakan utk kejar mcm²..tesla ni org dh solid kewangan je yg pakai..bisnes running je..so boleh hbskan masa relax² je tggu kete cas berejam..
Teknologi EV belum sampai lagi untuk golongan petengahan kebawah sebab harga kete mahal, charging station limited, cas charging yg mahal (lain kalo cas kat rumah) kos alat ganti.. (bateri ada hayat), nak tunggu cas lama lagi...
Even kalo aku ada duit EV masih bukan pilihan.. Aku akan beli kete petrol lagi mahal.. Kete moden ni pun dah fuel efficient.. Maybe 5 - 10 tahun lagi ok kot baru teknologi EV akan evolved dan semua orang boleh beli. 😆.. Tapi terbaik la konten at least dapat ilmu pasal TESLA..
Guna hybrid EV. Alternator charging bateri ev. EV di highway. Enjin auto start untuk alternator charging bila ev bateri drop
Sy pun lgi suka hybrid minyak jimat jalan pun jauh
ua-cam.com/video/H5huTIbf3Nw/v-deo.html
Kalau ada kereta elektrik murah dan berkualiti teringin juga guna bawak jln jalan.
Dah tahu cara pelupusan bateri kereta nanti.lps lima tahun,berlambak pencemaran kimia bateri
Thank you so much for the review brother! 👍👍 Will love more reviews on EVs your personal opinions on it, subscribed and keep you the good work! Love from KL!
Alhamdulillah Tq sharing..
keeeta ev masih xreleven kt mlysia ni..eloknya mana yg ada duit lebih boleh la beli ev utk kereta kedua hanya skdr jln2 dkt town n utk berlagak..kereta utama or jln jauh cri je kete murah2 mcm axia..
efficient charge sampai 80% je, klu nak charge 100% buat overnight charge kat rumah sendiri je
mcm mana hg buat video ye masa dalam keta dengan mcm2 angle pdahal hg sorang ja..bijak la hg fazli
aku nampak kat sini ramai yang tak nak sentuh pasal bateri EV tu sendiri.
Tesla punya bateri tu lebih kurang macam bateri Samsung Galaxy saja, tunggu masa nak kaput.
Kemusnahan alam sekitar semata2 nak lombong raw material untuk sejibik bateri saja dah lebih dari setong petrol - toksah nak sembang eko friendly la.
'Tauke petrol monopoli harga sebab takmau hilang profit' - no, ni statement bangang. kita cakap bab praktikaliti. hangpa ingat letrik yang dok guna caj bateri enjin Tamiya hangpa tu mai dari mana? fossil fuel jugak mostly. daripada duk pusing sana sini menjadikan cost dia lebih kurang sama saja, baik guna method konvensional iaitu petrol saja.
after sale EV (Tesla) saja pon dah nightmare. kita tanak sembang EV milik bangsa kayangan - it is what it is. kita nak tengok sustainability EV regardless brands kat M'sia itu sendiri, termasuk practicality dan of course economics and envi-friendly (that's the whole selling point of EV itself).
jujur aku cakap, EV at this current point of time a big NO tak kira hang dok negara mana.
eko friendly? pegi mampos.
jimat petrol dan duit? sembang lubang jamban.
tunggu finalized version of EV - sekarang ni EV macam time first basikal dicipta, brek takdak tayar depan besaq dari tayar belakang. tapayah nak ikut FOMO sangat.
and ofkos, ada duit beli, takdak duit beli guna loan AEON.
Nicely constructed, suka aku membacanya.
Aku sokong hang bang...
teknologi masih belum matang.. atleast kalo nnt dh boleh charge 10 minit full.. baru la boleh ganti 90% fuel car
Thanks Fazli dedahkan kelemahan ev. Mak cik dah cancelled loan dgn AEON Credit. Tak jadi ambil Tesla. Mak cik nak ambil Honda Wave.
😆
Lam suor...haha
Angkat Vario 160 ah, mak cik. Apa barang Wave.
Berdasarkan pengalaman abg, caj dari 30% ke 80% berapa minit bang? Bila stesen caj DC banyak nanti, caj sebegini paling praktikal utk elak buang masa "trickle charge phase".
Rasanya belum praktikal lagi untuk semua pakai ev, katakan tgh emergency nk ke hospital,tapi kereta ada 20% bateri, nk menunggu cas tu agak lama
mahal juga kos charge ev ni ye...cm lg mahal dri petrol...
Penggunaan EV ni bagus dapat minimumkan pollution tp kena bayar kos kereta dan kos charging tinggi. Bagi orang kurang mampu macam saya, kereta hybrid paling tepat untuk kurangkan kos petrol sambil kurangkan pollution. Paling penting masa isi petrol 10 minit je😀
Apa aq perasan, knp cas kt kl lebih mhl. Kt kl (50%+ - 100%) = rm116, kt gambang (30%+ - 100%) = rm116. Pdhl cas per minit kt stesen gambang lebih mhl.
Mampuh kerah nok bayor
keta EV ni yg aku dgr kalau accident trbakar xde cara effective utk padamkan api dengan selamat. just tngu api habis baru abg bomba boleh buat kerja
1 jam 30 mahal juga tu der.. kalau isi minyak JB To KL Pegi balik Minyak angaran Rm130 Jer..lagi pun minyak seliter Rm 2.15
Secara peribadi bg aku kos utk charge cukup mahal belum smpi kpg dh 2x charge kos dh Rm200++,mungkin sbb aku xbanyak duit mcm org lain, masa menunggu pun main peranan penting & bg aku bnyk buang masa.. Aku guna Gen2 jee Rm50 boleh jalan 320km kalau maintain 90-100kmj...laaagi jimat...
441km @ 98kWh, kalau pakai rate cas di rumah rm0.572/kWh, lebih kurang rm56 tapi in reality AC charging di rumah lalu inverter dalam kereta menghasilkan 10% energy loss, oldh itu jadi rm62. Kalau pakai kereta myvi, vios baru 441km lebih kurang rm60-65..., bawah rm70
Should be per kWh... Bukan per minit sbab ev akn drop speed bila 80% n above
Soon... Good news
Kalau hari raya jenuh tunggu giliran nak cas. Pakai petrol pun sekali masuk stesyen minyak pun kna beratur lama kalau hari raya
Kalau bawa cermat skit, mungkin boleh save lebih banyak bateri. Ada juga yg review berbeza baki bateri kalau bawa 90km/j dgn 110km/j.
Jadi kalau save dekat situ, save juga la nak kena charge kan. Lagipun ni kes charge sampai 100% ambil masa yg lama tu kos lebih tinggi. Kalau x charge sampai penuh, boleh jimat masa dan RM jgk tu.
Mungkin next trip admin boleh cuba cara pemanduan yg lebih menjimatkan bateri, tapi xda la terlalu perlahan kan. Masih normal la org kata
Buat masa sekarang hanya orang yang berkempuan saja guna kereta EV ni.. berkemungkinan 10 atau 15 Tahun lagi barulah orang yang biasa boleh gunakan nya.. kita hanya mampu melihat dan menilai kebaikan dan keburukan kereta Ev buat masa Sekarang. TQ Keran memberi input yang berguna kepada semua.
Xbaloi untuk org biasa.. tp klau org yg minat boleh lah try..
Wow Mahal...tu Kita 50 percen dah...Tak berbaloi
Thank you for the review, a lot of good information. Gas is still king and much much cheaper (and fast).
Nk pkai kete ev untk jln jauh kne org yg penyabar kn😅, jnis org yg ngelabah nk cpt je jgn mmpi nk pkai walaupn mampu beli
Buat masa ni pakai NGV je, pergi balik kl dari taiping rm50 utk 2.0 cc :). Kalau dulu pakai kereta 1.3cc sekali isi penuh rm12 boleh la pi 220km :)
Nampak fazli tak pakai rim cover. Tak silap mengganggu aero kereta.
Pemilik kereta elektrik atau apa2 yg guna bateri dan motor elektrik akan mula ada masalah selepas tahun pertama. Masa tu akan mula fikir lebih baik guna kereta ICE
sshnyaa pakai keta ni.. Nk tnggu utk charge pun dh dkt sejam atau lebih 🤣 pastu, nk cr kemudahan charge tu lg.. klu xjumpa, ada x pelan kontigensi yg bole guna pakai mcm pakai petrol plak ke?
Alhamdulillah viva sy jimat bang. Isi minyak full tank 70 amek masa 2 minit. KL-setiu x habis pon minyak tu..
Besor dere pas bos😂
Antara drawback pakai kerata full EV dekat malaysia compared dengan negara2 maju lain buat masa sekarang adalah charging station
Macam US, diorang ade TESLA own fast charger station and its FREE of charge to use (for now) . memang betul nak tarik customer guna EV (lagi2 TESLA)
Bayangkan rumah kau dekat ngn charging station tu....literally cost minyak kau sebelum ni mungkin sebulan rm 100 x 12 = RM1200, akan jadi "ZERO", free of charge
tgk video depa beratur macam mana pulak. lagi teruk dari ngv taxi beratur dulu.
Kereta 800k jimat apanya
Hahaha kereta EV Tesla bapak mahal kat USA. Malaysia minyak murah. Negara pengeluar minyak mmg tak logik pakai EV . Mungkin kereta mini EV boleh la. Charge kat rumah pakai plug.
@Harold Yeoh USA tak lama tu EV . Maintenance Tesla pun mahal gilo. Bateri Tesla tu Mahal nk tukar
@@formyself9201 ko banding apa 800k. tu kan Hyundai Kona, BYD, Ora ada bawah 150k
syabas tuan jadi perintis utk EV. kita rakyat biasa ni mampu tgk je, tggu dalam masa 10 - 20 tahun lagi kita join eh 🤣
wow nice fazli
For me la, i will go to petrol car. Sebab apa yg aku nampak, kos charge itu sendiri memang mahal dan agak makan masa bila untuk charge berbanding dgn kereta petrol. Pergi kaunter, bayar, angkat nozel dan berlalu pergi
Powerlah... Tapi banyak pembaziran disitu, maybe lagi 2-3 tahun ada improvement. So ramai2 lah pakai kereta ni. 😁
You mean, bila harga kereta EV dah berpatutan? Sebab kalau harga meraban, EV akan kekal menjadi niche.
Selagi x da fast charger cam hp zaman sekarang 10-15 minit penuh, mmg x berbaloi, sbb kau ade rm berbillion sekali pun, masa x boleh beli... Orng balik nk cepat smpai.. 😅😅😅
Inn syaa Allah TNB dlm usaha menyediakn setiap RNR serta murah..Wallahu A'lam
Bil elektrik domestik pun x murah2... Asyik naik je... Awak ingat akan jadi murah ke? Diorang ni meniaga. Hahaha
jd mahal sbb caj by minutes.. ptut kne cas by watt.. sbb klu tgh cas, tmpt tu x fully power, rugi la user ... cas lama, tp x naik mne pn percentage
Lamanya charge banding isi petrol sat je.
Kerajaan perlu regulate harga per kw… untuk mengalakkan pengunaan kereta letrik. Tetapi satu deal breaker bagi saya ia lah harga replacement bateri… bayangkan 2nd hand value kereta letrik nanti macam mana bila orang tahu harga replacement bateri.
Tulah diorang ni tak pikir. Bateri kereta EV ni mahal nauu. Orang2 USA pun komplen. Majoriti diorang pun dah nampak kelemahan EV ni
Abg balik terengganu ke pergi thailand ? Saya ambik masa pergi terenggnu dlam 5 jam paling lambat
klu balik raya pisang juga ni klu banyak kereta ev..
Kan.. cuba 1/3 org malaysia pkai ev.. jem dkat rnr ja.. tunggu caj..
@@AreUKoyak tu la harap ada banyak lagi lepas ni..sbb orang malaysia pun dah ramai juga pakai ev
@@AreUKoyak dkt luar negara dah jadi. jem teruk dkt charging station.
Ini kalau travel seorang diri, apa kata tuan travel bersama ahli keluarga lain berserta sedikit muatan. baru kita boleh tahu jarak sebenar jika pemilik EV ingin membeli utk kegunaan keluarga dgn 3 org anak.
X berbaloi tpi kalau charge dekat rumah berbaloi tpi kalau kat luar tu menyirap jugak nk kena tunggu
Kalau charge kat rumah mahu seminggu baru penuh😂
xminat la nk kena charger smpai 1jam..isi myk 5 mnt pnuh dh ..baik pakai hybrid car..
Mesti jantung dup dap mana la charge ni naye woi kalau abis tengah2 jalan yg sunyi
Silap2 lepas ni charge takyah guna nozel tu..mcm handphone juga .masa mula2 byk pakai cable..last2 moden pakai wireless charger je..kereta pun mcm tu rasanya pada masa akan dtg..no need nozel..
Dia nie buat bsnes apa smpai bole guna keta Tesla chrger.?.
kl-gambang dah dekat 240rm charging..
Kena buat mcm dkat china dtg tempat cas terus swap battery yg kosong dgn yg full .. lebih better dan xbuang masa..
Betul
Bos,deme memang kemah keming👍👍
buat masa sekarang, mmg mahal lagi..may be in future,,who knows...
Malaysia punya harga untuk cas sangat la mahal berbanding dengan di negara Sweden .Di Sweden saya pakai VW gtx ,10 ke 100 percent total baru Rm65 bersamaan 140kr {fast charging 80w}..
mostly 80percent rakyat Sweden beralih ke EV car sbb minyak di Sweden sngt la mahal iaitu Rm13/1l petrol dan rm16/1l diesel..
mampus tu bang 16rm /1 litre, dekat Brunei 32cent = RM1.05 per litre for Diesel
Sweden elektrik murah la banding negara eropah lain. Patut la ramai tukar ke ev.
@@flyinghigh2000 elektrik tak murah tuan kalau datang nya musim sejuk ...mostly time winter rumah appartment nya range bill ialah 2-4 ribu ringgit malaysia sebulan ..kalau jenis rumah sebuah estimate bill api bleh cecah ke 6-7ribu ringgit sebulan ..
@@fadzlanhasanahmad4989 betul bang ..lgi2 sekarang inflation war antara ukraine dan russian ..lg meningkat kos barang seperti minyak masak ,petrol ,tepung dan lain2 lg
Lglah skrg bahan api naik kat semua negara eropah sb prg Ukraine dan rusia...lagilah musim sejuk ramai kata tak boleh bukak heater sangat sbb kis gilerrr mencanak
Untuk kete pusing2 dlm town & cas kete kt umah ok la.
Nk tahu lh juga kereta tesla bila lebuhraya jem mcm mn? Dia charge mcm hibrid ke? Ye lh klau kereta ni bawa time perayaan okay ke? Dengan traffic jem smpai brjam2