EP : 05 JELAJAH PEMBINAAN PROJEK ECRL | ECRL BUKIT MERBAU | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DJI MINI 2
Вставка
- Опубліковано 3 лют 2025
- Kali ini kita akan melihat rakaman dari udara kerja-kerja pembinaan landasan ECRL Bukit Merbau iaitu landasan ECRL yang melintasi jalan dari Kok Lanas ke Selising, Pasir Puteh Kelantan. Kini keseluruhan kerja-kerja pembinaan landasan ECRL telah melebihi 30% pada Julai 2022. Untuk rekod pembinaan ECRL ini adalah sepanjang 665km dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. Pembinaan jajaran ECRL ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Pembinaan landasan ECRL ini dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C.
Seksyen A
Kota Bharu - Dungun iaitu sejauh 210KM.
6 Stesen iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun.
Seksyen B
Dungun - Mentakab iaitu sejauh 210KM + 41KM
10 Stesen iaitu Dungun, Kemasik, Chukai, Cherating, Kuantan Port City, Kota SAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Mentakab.
Seksyen C
Mentakab - Port Klang iaitu sejauh 172KM + 32KM
5 Stesen iaitu Bentong, Gombak Utara, ITT Gombak, Serendah dan Port Kelang.
Untuk menonton 6 Episod video ECRL Progress 2022 di lokasi lain, sila klik pada link dibawah
Episod 01 ECRL Tunjong Kota Bharu
• EP : 01 JELAJAH PEMBIN...
Episod 02 ECRL Padang Kala Melor
• EP : 02 JELAJAH PEMBIN...
Episod 03 ECRL Padang Raja Melor
• EP : 03 JELAJAH PEMBIN...
Episod 04 ECRL Bukit Akar Pasir Puteh
• EP : 04 JELAJAH PEMBIN...
Episod 05 ECRL Bukit Merbau Pasir Puteh
• EP : 05 JELAJAH PEMBIN...
Episod 06 ECRL Kampung Kandis Pasir Puteh
• EP : 06 JELAJAH PEMBIN...
Untuk rekod jajaran ECRL ini adalah sepanjang 43.8km dari Stesen ECRL Pasir Puteh ke Stesen ECRL Tunjong. East Coast Rail Link ataupun dipanggil ECRL ini mempunyai 2 stesen di Kelantan iaitu stesen Tunjong untuk penumpang dan stesen Pasir Puteh untuk penumpang dan kargo.
Dengan adanya East Coast Rail Link Malaysia ini kelak akan menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu ke Lembah Klang iaitu mengambil masa 4 jam sahaja. Projek Laluan Rel Pantai Timur ataupun dipanggil ECRL ini adalah dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL). MRLSB adalah sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Kontraktor yang dilantik untuk pembinaan ECRL ini adalah China Communication Contruction Company Ltd. (CCCC) sebagai Kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC). ECRL ini adalah satu rangkaian keretapi elektrik yang akan menghubungkan negeri yang berada di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dengan Lembah Klang. Tiga negeri Pantai Timur ECRL Kelantan, ECRL Terengganu dan ECRL Pahang.
Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2. Subscribe Addashuk Films untuk tidak ketinggalan video di lokasi lain nya. Terima kasih kerana menonton.