Malaysian Food Life : Cari lokan di lubuk rahsia. Rendang lokan yang sangat sedap !!
Вставка
- Опубліковано 6 лют 2025
- Hari ni kita mecari lokan pulak. Lokan biasa banyak di hutan paya bakau yang berlumpur atau paya yang bayak pokok nipah. Misi mencari lokan tak semudah yang di sangka ,kena tunggu air surut, baru mudah nak mecari. Tapi nak mengharung selut dan meraduk air bukan kerja yang mudah. Oleh itu tak hairanlah kalau lokan di jual dengan harga yang agak mahal di pasaran. Jangan lupa bawa kait atau parang tumpul untuk mengais lokan yang terbenam di dalam lumpur.
Lokan biasa enak di masak lemak cili api, di buat sambal atau rendang. Kalau masak lokan pasti teringat arwah mak ita. Lokan antara makanan kesukaan mak ita.
Hari ni ita sediakan rendang lokan, sedap tau rendang lokan ni.. sedap sangat-sangat anda harus cuba!
Ita juga lawankan dengan bayam merah tumis air. Kebetulan bayam di kebun dah boleh di tuai. Jadilah hidangan mudah dan ringkas untuk kami sekeluarga.
Lokan yang telah di punggut hendaklah di cuci bersih.
Kemudiaan masukkan dalam periuk dan rebus tanpa air. Air dari lokan akan keluar semasa proses merebus nanti.
Masa rebus juga tak perlu letak garam tau ! nanti hilang rasa manis lokan.
Bila lokan dah terbuka tu dah masak lah.
Keluarka isi lokan
RENDANG LOKAN
1 magkuk isi lokan
4 helai daun limau purut ~ mayang
1 helai daun kunyit ~ mayang
2 batang serai ~ di titik
1 biji satan
1 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar kari ikan
1 buku kecil gula melaka
garam
gula
perisa
Bahan Kisar
5 ulas bawang merahh
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 inc kunyit
1/2 inc lengkuas
1 inc belacan
3 biji buah keras
Cara masak rujuk Video
BAYAM MERAH TUMIS AIR
2 cekak bayam ~ di potong
2 biji lada merah ~ hiris
1 labu bawang besar ~ hiris
5 ekor udang
garam dan secukup rasa
Bahan Tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc belacan
1 sudu besar udang kering
Cara masak rujuk video
terima kasih sudi menoton, jangan lupa subscride, like , komen dan share
janga lupa cuba tau!
Kameraman: ⭐⭐⭐⭐⭐
Editor: ⭐⭐⭐⭐⭐
Tukang masak: ⭐⭐⭐⭐⭐
Cara penyediaan: ⭐⭐⭐⭐⭐
Channel ni lebih layak Jutaan subscriber.!!
Terbaik proses dari A-Z👍👍
Alhamdulillah ❤️❤️❤️🤲🏻
Terima kasih byk2 🤩
❤️❤️❤️
Who ever yang buat content ni. Sangat2 lah power. Mashaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. Rindu ibu saya. Doa kan ibu saya di alam sana tenang ya. 😊
Alhamdulillah terima kasih byk2 bob ❤️
Doa yg sama juga utk bob dan family
Terima kasih sudi singgah 🥰
Semuga ayah n ibu Bob diampuni Allah segala kesalahan n dosa2 mereka n semuga mereka bahagia di sana. Aamiin !! 🤲🤲
@@araaab5730 Aaminn. Terima kasih. 🤲🏻
nice video.. kombinasi klasik moden. kutip lokan, petik sayur, kikir kelapa, giling tumisan, hidang beralaskan daun.. aduhai mmg terbaik la kak. sy bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
Alhamdulillah 🤩 terima kasih byk2 dik
Saya selalu tgk org cina buat video gini sebb x jmp lagi org melayu buat..akhirnyaaa.. Sy jumpa..dengan muzik dia..bestnya..backgrond yg menunjukkan betapa indahnya masyrakat kita ..indahnya resam kita.. Love it!
Alhamdulillah terima kasih 🙏
Klau mcm ni ibu saya masak🥺, susah sya nak diet ni makcik hahah. Jdi rindu pula sya dngan msakan ibu saya apbila tngok video makcik ni, ssungguhnya msakan ibu itu air tngan ibu itu mrupakan yang trbaik dripda segala yang terbaik🥺♥️. Apapun videonya cantik dan kemas makcik sya suka🙏🏻 bukan shaja mnarik ttapi smpaikan buat sya rindu akan msakan ibu sya ttapi apakan daya smbung skolah dinegeri orng trpaksa brjauhan dngan kluarga balik pun 5 bulan skali🥺.
Terima kasih byk2 😍🙏
Fuhh persembahan video dari mula sampai habis sangat terbaik dan profesional!
Terima kasih 😀
Rindunya channel Puan Azlita.. Baru sekarang muncul semula.. Alhamdulillah .. Terima kasih sebab selalu membawa kami mengenang nostalgia zaman lalu .. Semoga channel ini terus berkembang & sentiasa menghidangkan jamuan mata yang sesedap rasa untuk semua 🌹🌹🌹
Alhamdulillah terima kasih juga sudi singgah sini dan sentiasa support chanel ni 🙏
Cantik batu giling Puan..
Terima kasih ❤️
Alamak alunan muzik syahdu sangat , cara masakan memang asli kita nenek moyang dulu2 , rasa nya lagi sedap 😋 teringat arwah nenek 😢
Video yg menggamit nostalgia lalu 😭😭😭. Teringat zaman bertarung nyawa dulu ketika mencari lokan demi sesuap nasi. Akibat licin dlm lumpur paya, nyaris tertusuk sabit di badan sendiri. Guna sabit ni dgn ketuk dan kesan bunyi kulit cengkerang lokan dalam air tanah lumpur sbb tak nampak kerana air paya kan keruh. Bersumpah Demi Allah Yg Maha Kaya lagi Maha Penyayang. Tangan sempat menahan tapi terbelah hingga nampak tulang. Tangan dah pulih seperti sedia kala tanpa sebarang jahitan. Masa tu tawakal je guna franch oil dan balut luka. Lama juga nak betul2 sembuh. Itulah kali terakhir terus berhenti dari mencari Lokan. Syukur Allah masih panjangkan umur. Percaturan Allah Maha Indah. Percayalah Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia sia jika kita benar2 beriman kepadanya. Jgn lupa Surah Al Kahfi dan Al Mulk. Kekejaman Raja Kaisar Hederianus dlm kisah Ashabul Kahfi akan berulang semula di Zaman Dajjal dengan lebih kejam bersama fitnah terbesar dalam sejarah manusia dan dunia. Rindunya Desiran Batu Giling 😭😭😭
Seronoknya ..teringat zaman kecik² kutip lokan bawah kolong rumah ..lps tu main masak² dgn kawan² kat tepi rumah ..terbaik videonya puan ..👍
Alhamdulillah 🙏 terima kasih 😄
best lah layan video channel ni. terbaik. bukan senang nak complete kan video . jom support semua.
seronok juga kan mencari lokan ni..lagi2 yang masih segar..tentu sedap masak campur sayur kampung..🥰🥰🥰
Teringat zaman kanak2 dulu tahun 1990-an. Suka dengan lokan ni. Laa ni dah susah nak dapat lokan. Zaman sekarang ni, jangan kata nak tengok orang jual lokan, nak mencari lokan pun memang tak ada. Lokan ni buat rendang sedap, masak rebus sedap, masak tumis dengan sayur2 kampung pun memang sedap. ❤️❤️❤️❤️❤️
Tmpt sy d sabah banyak ja😐
Fuhh rendang lokan tu….🤤🤤 btl2 tradisional punya style dari awal sampai habis memasak….aduhh lapo la pulak
😄 Terima kasih
Respect la kat akak. Seni bakery pandai, masak2 pandai, pandai gunakan alat2 memasak tradisional, ambil video dan tangkap gbambar pandai, edit video pandai. Cantik pulak tu. Cuma satu ja. Takda subtitle B.Inggeris. kalau ada, lagi banyak international fans yg dtg. Video2 akak esp myg gubahan dari cream tu dah boleh cecah juta2 viewers kalau ada sub English. Semoga channel akak yg berkualiti ni akan terus berkembang
Terima kasih dik
Insyaallah akan di perbaiki lagi
Terima kasih atas segala usul dan cadangan
Ya betul tu, seharusnya ada English subtitle , viewers sejauh Alaska pun boleh tonton 😀
@@crashcox
Yes betul. Mcm channel village kitchen dr Sri Lanka. Ada subtitles nya. Jd sng utk follow. Subscribers dr mrata n mrk jwb tiap komen yg ada.
stuju,,,video ni dan resepinya...world class dh,,mat saleh suka resepi org2 nusantara....semoga dapat banyak pahala dr perkongsian..Aamiin,
Sedap ke rendang lokan...tak makan lak... tngok cam sedap sgt tu...lapar pulak perut ni😁...
Sedap 👍🏻 nanti blh cuba
MashaAllah... Sungguh mengasyikkan muzik dan persembahan video yg sgt menarik. Penyediaan resepi yg penuh nostalgia, mengimbau kenangan zaman kanak kanak. Tahniah 🌹
Alhamdulillah terima kasih ❤️🙏
Seronoknya...
Persembahan Videography yang tidak pernah
mengecewakan . Terima kasih Puan Azlita . Thumbs up .
Alhamdulillah terima kasih 🙏
Lauk yg simple lagi menyelerakan. Can see that your cooking is authentic masakan kampung 👍👍👍👍
Thank You 🙏 ☺️
WOW Luv ur sharing... Am 1st time here
Thank You ❤️
Salam kenal.best tengok terbaik content ni👍👍👍😊
Terima kasih ☺️
Zaman sekolah dulu baca blog kak Ita, dah kerja ni tengok video kak Ita pula..👍
Masya Allah rasa tenang dan kemelayuan tuu..muzik tak bising sgt so boleh dngar lagi bunyi² lain..baru jumpa channel ni moga terus sukses
padu video mcm tgk dokumentari dlm tv..
Syurga boh posing pokok baye.. Subhanallah
Al-Fatihah buat arwah mak..terima kasih sudah berkongsi resepinya..Lokan pun fresh pasti lebih sedap..
Amin terima kasih dik
Hello Cik how are you doing?
Sedapnya lokan kak ita. Fav saya. Menggamit memori betul background music ni
Kan sedap lokan 😋
padu..done sapot bersama SHAM BAKAU ANGLER
Terima kasih bro 😊
Bestnya. Video pun xboring... makanan nmpk sedap... yaAllah teringat zaman kecik2 rindunya...
Alhamdulillah terima kasih byk 😍❤️
gempak la cara content video ni, mmg teringat zaman duduk kg dlu.
Terima kasih ☺️
Siput kemudi, lokan dan belitung.. Mmg best. Suka beli isi siput belitung kat kampung.. Balik buat rendang.. Fav suami 😁😁
👍🏻
Wahh bestnye dpt lokan..lama xmkn lokan ni
Comelnya batu giling
Tiap kali tgk video puan, sayu sgt2. Teringat pada yg telah tiada. Rindu masakan dan kenangan dengan arwah nenek😢. Terima kasih dengan video2 yg sangat unik dan menarik
Alhamdulillah terima kasih dudi singgah ❤️
First time dgr & tgk rendang lokan..😁
meleleh air liur saya tertelan air ludah, batu giling tersadai dekat rumah mak dah takde🥺😭 dari singapura🇸🇬 ala jiran kak ita lah...
😄
Allhamduillah...teringat masa kecik2 dulu...selalu ke paya bakau mencari kerang ni..
Kami panggil timung
😄
bestnye mcmni
I am your fan..from reading your first blog..then got some issues changed another blog..i felt sad on what happened last few yrs....may he rest in peace..happy to see you again in youtube..
Thank You 🙏 ☺️❤️
Sedap nya rendang lokan dan bayam merah tumis... Tq perkongsian resepi nya...
Alhamdulillah 🤲🏻 Sama2 ☺️
Walaupun belum pernah makan tapi boleh terbayang betapa sedapnya rendang lokan ni. Biasanya saya makan rendang kerang je.
sungguh mehiburkan vd kak sangat suka terbaik kak👍
Ya Allah..Bestnya lokan fresh. Mesti rasa sedap & manis rendang tu..
Waahhh..sedap rendang lokan dengan bayam merah kak..saya hadir memberi sokongan semoga terus maju dan terus semanggat
Alhamdulillah terima kasih atas sokongan
Ya Allah Kak Ita, Tetiber lalu kat wall UA-cam saya. Terus lapar tengok.
memang cantik video ni. sinematografi yg bagus. background muzik pon A. sound clear. mmg berbakat buat drama. well done. overall is very good
Alhamdulillah terima kasih byk2 🙏❤️
Nostalgia betulll.. kukuran nyor, batu giling n lesung batu....kena ada dapur kayu satu lg ,,,🥰🥰
Insyaallah akan di usahakan , Terima kasih bg idea 😄
Eeee best nya. Teringat suasana kecik2 dulu. Walau x lalui semua sprt apa yg Ita lakonkan semula ni..
Terbaik.Masakan asli dari kampong tiada gantinya.
😊
Guna batu giling.. mmg terbaik
😊
Rindu arwah mak abah cr lokan seronok sgt2 mse kecil
Seronok tengok rumah kampong bersih ya
😍
Masyaa Allah. Sedapnyaaa kak Ita!!! Thank you so much for this soothing video. Very therapeutic.
Alhamdulillah terima kasih juga dik 🙏
@@AzlitaAzizMasamManis lots of hearts to you kak ita dear. ❤️💓💕
Sedap tu lokan
Masa aku umur belasan tahun, seronok cari lokan di hutan bakau. Tapi kene hati2 ular bakau. Alamak, tengok rumah puan teringat rumah kampong tempat pekerja tok saya. Lantai batang pinang yg di belah empat. Klau tengah mkn nasi ayam pun tumpang patuk dari bawah. Itu lh zaman tahun 60an.
Kenangan mengusik jiwa kan.. bila ingatkan masa lalu 😄
Teringat masa kecik2 dulu tolong parut kelapa,perah santan. Sekarang pakai santan kotak je
Tringat rumah saudara mara kat kg arwah moyang sya. Relax je dorg hidang rendang lokan ni time Raya kat tetamu. Bgi kita, ni rendang mewah. Bgi dorg biasa² je sb mudah dpt sb rumah dkat laut & paya bkau. Lama jugak xmkn rendang ni. Klu Xdpt cari lokan, buat rendang kerang pun puas hati dah ni ❤️
Kan sedap rendang lokan ni
Seronok tengok ..teringat masa kecil dulu selalu dgn mak cari lokan guris2 dgn belakang parang kalau dapat gembira bukan main lagi😂😂
Kan 😊 seronok cari lokan ni
Seronok yer akak dah bersiaran kembali..lama sy tunggu video kreatif akak..rasa suasana ala kg..
😍
kampung saya namanya Sungai Lokan. Sebab kampung saya lubuk lokan. Boleh dapat saiz besar mangkuk. Tapi itu dulu....
Waaa besar tu.. tp masih ada lg lah lokan kat situ
Lama dah tak makan lokan... emmm sedapnya..
Sedapnya..lama tak mkn rendang lokan. Esok nk cari lokanlah😅😅
Cantiknya video ni. Keluar dekat timeline saya terus subscribe hehe.
Alhamdulillah terima kasih byk2 🙏❤️
Saya suka semuanya sedap belaka
Bestnye tgok org masak gune alat tradisional dlu2
😄
Terbaek.teruskan berkarya
Terima kasih 🙏
suka rendang, selamat dari thailand.
Sedapnya rendang lokan... makan pulak dgn pulut sedap😊
Masha Allah, best tu!
Cantikk video Puan.. First class 👍
Alhamdulillah terima kasih 🙏
Memang sangat sedap jika buat manual perencahnya
Alhamdulillah
Terima kasih kungsikan cara memasak, nanti makcik nak cuba, nampak sedap jer.
Alhamdulillah 😍 Sama2
Hello Makcik how are you doing?
I'm good thank You 🙏
@@AzlitaAzizMasamManis You’re welcome. Where are you writing from?
Alhamdulillah..trima kasih
Kengan mengusik jiwa.semoga sehat slalu n di limpah rahmat dan rezki..aamiin
Aminn 🤲🏻 Alhamdulillah terima kasih ya
Sedapnya kak ita masak lokan. Video dan background music menakjubkan.
Alhamdulillah terima kasih 🙏
Kl balik kg kt kelantan mesti g tok bali beli lokan.. makan ramai2.. bakar n buat gulai lemak putih... 🤤🤤🤤 sedapnya.. rendang lokan x pernah cuba lg. Terima kasih resepi puan azlita
Sama2 😄 terima kasih juga sudi singgah
bestnye duduk kampong !ada negri konyol tu dia org da nyahkn kampong sekarang ada hati nk cakap kampong spirit faham2 je la negri mana tu 😂
Mesti sangat sedap.
😋
@@AzlitaAzizMasamManis pantai pantai sekitar Johor belah Batu pahat, pontian, Yang Masih Belum terjejas memang Kaya dengan hasil laut.
Dulu area seberang jambatan muar ...kesang etc. Banyak kayu bakau.
Sekarang tak tahu la bagaimana
Kalau Di itali dia tumis bawang, fresh tomatoes atau tin ones, sikit chili pedas(cam cili flake pun ok), letak Lokan. Letak pokok daun sadri tiga empat ikat racik halus halus,
Gantikan sayur..
Sedap.. habis carb control.🤭🤭🤭
Bagus pakai wader..
Menarik betul.Lagi menarik klu guna kuali lagend..musik latar pun menarik.Macam masuk semula ke zaman 70an..
Terima kasih byk2 😊 Insyaallah akan di usahakan
Done Subscribe
Terbaik video dan lagu nya serta kandungan nya,,,
Alhamdulillah terima kasih byk2 🙏☺️
Mmg best ni
Terbaikk👍👍👍
Sedapnya azita
😋
Bravo puan. Aku teringat arwah mak.
Al Fatihah utk arwah maknya
Baru jumpe channel ni.. Serious ar.. Terbaik gile larhhh!! Shot video cantik.. Editing cun.. Masakan pn nice.. Untung suami akak..
Alhamdulillah terima kasih byk2 😄
@@AzlitaAzizMasamManis sama2 akak.. Xcakap banyak terus sye subscribe dgn loceng skli.. 😊
Masya Allahh ,mesti sedap ...
😋
Wah sis azlita pun tahu cari lukan.. sedap tu..
teringat zaman tamadun kemelayuan dulu2 ❤️❤️
editing level kayangan .. Good Job !!!
Terima kasih byk2 😄
Sedapnyaaaaa lokan....🤤🤤🤤 Terima kasih atas content camni! Terbaik sangat2 puan! ❤️❤️❤️❤️❤️
Alhamdulillah terima kasih byk2 ❤️🙏
sedapnya alunan irama klasik sambil menonton video...terbuai dibuatnya...tak pernah makan lokan ni..mesti sedap ye puan...
Alhamdulillah Insyaallah boleh cuba sedap 👍🏻
cara tradisional memang sedap rasanya
Alhamdulillah 😍❤️
mantab betul penataan video dan selingannya...antara channel utube tempatan berkualiti...jazakallah...
kalau boleh sy ingin tahu karya siapa ye muzik klasik melayu ni...trima kasih
Alhamdulillah terima kasih byk2 🙏❤️
lokan amat bagus dimasak bersama kobis dn bawang putih..
Oh ya ke 😋 ilmu baru, Insyaallah blh cuba
Terima kasih berkongsi resepi
assalamualaikum.. saya sgt2 bminat dgn cara tertib mmasak awk la... mmg mantap der...
Waalaikumussalam
Terima kasih byk2 tuan 😄
Best Enjoy sungguh layan video di Channel ni 🤩👏🏻Lokan kutip sendiri, sayur bayamnye pun petik sendiri je di kebun sendiri Hasilnya masak masakkan super lazat sekali 🤤👏🏻
Sentiasa setia hadir ke Channel ini bersama like istimewa 😉👍🏻 dan support terus kejayaan Channel ini dgn menonton videonya sampai habis tanpa skip iklan 🤩💪🏻
Kenangan mengusik jiwa😄
Alhamdulillah terima kasih byk2 ya 🙏😍 atas sokongan
ingat pulak saya masa budak mak ajak Cari lokan...rindu masa budak2 dlu😊❤️
Sangat inspirasi. Walaupun ada alatan moden, batu giling jugak menjadi pilihan hati. Teruskan akak untuk buat content mcm ni. Sangat lurveeeeeee
Terima kasih dik atas sokongan dan sudi singgah sini 🙏
Cantik tempatnya boss ku
sedapya kalau lokan tu bakar ats arang n letak minyak sikit😋
😋