[viral] PELAKU HUKUM G4NTUNG SAMPAI M4TI! JENAYAH KEKEJAMAN YANG PALING JARANG DITEMUI!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 жов 2024
  • Jenayah kejam paling jarang ditemui - Hakim
    Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu, sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
    Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, berkata kejadian itu berpunca daripada perbuatan tertuduh pertama hingga keenam.
    recommended by
    VISTONOL
    Tidak perlu laser jika mata anda mula kabur! Сukup gunakan ini!
    KETAHUI LANJUT
    Mereka ialah bekas penuntut UPNM, iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
    Hadhariah berkata, mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh itu dilakukan bukan sahaja mengejutkan hati nurani kehakiman’ tetapi juga hati nurani masyarakat.
    Beliau yang membacakan alasan penghakiman bertulis 93 muka surat dalam tempoh lebih tiga jam, berkata perbuatan sebegitu paling jarang ditemui daripada kes yang pernah berlaku membabitkan jenayah kekejaman yang amat merbahaya kepada masyarakat dan ia harus dihentikan.
    “Ibu bapa mana tidak merasa kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat simati dikembalikan ke pangkuan untuk dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati. Benar kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.
    “Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya dan luluhnya hati dan perasaan mereka apabila melihat keadaan anak mereka diperlakukan sebegini rupa oleh keenam-enam tertuduh ini seolah-olah tubuh badan simati ini tidak sedikit pun mempunyai nilai di kaca mata mereka sehingga mereka tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini.
    “Mahkamah tidak akan bertoleransi dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa sehingga membawa kepada kematian simati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” katanya.
    Oleh itu mahkamah sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap tertuduh di mana mereka hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
    Katanya, mahkamah memutuskan rayuan pendakwaan terhadap hukuman 18 tahun penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi sebelum ini diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati, manakala rayuan balas tertuduh terhadap hukuman ditolak.
    Sumber Berita
    1. harapandaily.c...
    2. harapandaily.c...
    #keszulfarhan #pelakuduhukumgantung #viral
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

КОМЕНТАРІ • 31

  • @azmeenlee1891
    @azmeenlee1891 2 місяці тому +29

    SETUJU SANGAT DENGAN keputusan mahkamah rayuan!!

  • @yazidismail9118
    @yazidismail9118 2 місяці тому +10

    Betul lah tu para Hakim... jenayah macam ni punya kejam akan mrerebak jika dikenakan hukuman ringan... setiap keputusan Hakim jadi perhatian masyarakat... padah melakukan jenayah...

  • @Mr123-n7i
    @Mr123-n7i 2 місяці тому +17

    AWAS !!!! KO PEMBUNUH !@!! HUKUM GANTUNG !!!!

  • @darussaminabdulrazak-oe9qx
    @darussaminabdulrazak-oe9qx 2 місяці тому +7

    Terbaik....selayaknya mereka dapat.

    • @zielaahmad974
      @zielaahmad974 2 місяці тому

      Sangat2 setuju dengan keputusan tuan hakim ..enam jahanammmm

  • @blackknight1176
    @blackknight1176 2 місяці тому +4

    Kata kata Panglima dan Pendekar Melayu dahulu kala... Hutang darah dibayar dengan darah ..hutang nyawa dibayar dengan nyawa.

  • @SyahRil-j5x
    @SyahRil-j5x 2 місяці тому +3

    Dahsyatnya seterika PANAS ditekap setiap bahagian badan. Menjerit jerit arwah tu. Allahuakbar. Takde otak ke depa 6 orang ni

  • @borhanentewr8031
    @borhanentewr8031 2 місяці тому +13

    terbaik

  • @rahmanhashim6202
    @rahmanhashim6202 2 місяці тому +8

    Bagus adil bos sokong

  • @yazeedkhan9151
    @yazeedkhan9151 2 місяці тому +1

    Sekarang giliran ahli keluarga 6 jahanam untuk merasai kehilangan anak, abang, adik, suami, bapa dan yang sama waktu dengannya. Kifarah, karma , what goes around come around.

  • @lloqBijan2020
    @lloqBijan2020 2 місяці тому

    keputusan yg sgt tepat

  • @amirhamzah-nf6pw
    @amirhamzah-nf6pw 2 місяці тому +3

    Sebakk bukan kerana pelaku terima hukuman..tapi..kerana Nama Nabi kita dipangkal nama pelaku..bermula dgn Muhamad..😢

  • @BlackSpade315
    @BlackSpade315 2 місяці тому +3

    Sebelum buli sampai ada yang mati, tolong pikir sebelum ada orang yang mati dan jika ditangkap, hukuman penjara selama lamanya atau tunggu dihukum gantung sampai mati…..

  • @yazeedkhan9151
    @yazeedkhan9151 2 місяці тому +1

    6 orang ni patut bersyukur kerana tahu tarikh kematian mereka. Mereka adalah insan terpilih Allah sempat diberi peluang bertaubat.

  • @mrhizzihizzi2189
    @mrhizzihizzi2189 2 місяці тому +2

    Keadilan terlaksana... Moga ALLAH ampuni dosa2 mereka bila menghadapi ALLAH...

  • @MohdHajon-hr6we
    @MohdHajon-hr6we 2 місяці тому +8

    Musnah,masa,depan,hang,berani,buat,tangong,aakibat,nya,

  • @mohdrazdi8214
    @mohdrazdi8214 2 місяці тому +6

    Bagus
    Gantung

  • @abdkarim2781
    @abdkarim2781 2 місяці тому +2

    Alhamdulillah tahniah hakim

  • @watsonquintin3241
    @watsonquintin3241 2 місяці тому +1

    Setimpal dengan perbuatan mereka,mana dail enam Lawan

  • @azizahnachar3045
    @azizahnachar3045 2 місяці тому +1

    Kalau anak aku pun aku marah....dera azab sampai mati

  • @hashimismail-rp7xm
    @hashimismail-rp7xm 2 місяці тому +1

    Tidak ada hati nuranike manusia2 spt ini ?

  • @mkbatanmkbatan3880
    @mkbatanmkbatan3880 2 місяці тому +5

    Patut digantong dia ingat msia ni negara rimba

  • @akimtailor8747
    @akimtailor8747 2 місяці тому +2

    saya ada anak,dapat merasakan perasaan orang tua

  • @abdulhalimjusoh2109
    @abdulhalimjusoh2109 2 місяці тому +1

    Semoga keputusan terbaru ini menjadikan peringatan dan pengajaran bahwa negara kita adalah negara hukum bukannya negara rimba agar kepada sesiapa yang punya niat atau merasakan fizikalnya kuat atau jiwa pemberani dengan tegal sanggup melakukan kekejaman kepada orang yang di anggap lemah atau tidak berdaya untuk melawannya!syabas kepada penegak hukum dan mereka yang bertungkus lumus mendapatkan kebenaran atau keadilan untuk Allahyarham Zulfarhan dan keluarganya........wallahuaklam

  • @masmatahari3745
    @masmatahari3745 2 місяці тому

    Hutang darah di bayar darah, tahniah terbela akhirnya.

  • @Mr123-n7i
    @Mr123-n7i 2 місяці тому +9

    NERAKA

  • @rohayahisa5106
    @rohayahisa5106 2 місяці тому

    Hutang nyawa dibalas nyawa.😢😢

  • @BaharanMasom
    @BaharanMasom 2 місяці тому

    Adakah ini salah satu contoh bahawa sistem pendidikan negara kita gagal, sehingga kes yang begitu kejam berlaku

  • @azmanmasri3672
    @azmanmasri3672 2 місяці тому +3

    Tahniah Hakim mahkamah Rayuan - sgt tidak adil hukuman yg asal penjara bberapa tahun shj ..yg baki lain 3thn shj...sedeyy..bkn sedih sbb kena hukum..sedih hukuman tak setimpal..
    masuk Rayuan - nah ko.. gantung sampai mampuss..
    Yg lain dpt bberapa thn..pun rasanya tak cukup..sbb ttp terlibat@punca..kurang pun 30thn..biar mereput.. keluar penjara pun dh tua..tunggu mampuss

  • @JuliaPeter8080-pm9lb
    @JuliaPeter8080-pm9lb 2 місяці тому

    Dicubit saja Kita sudah trasa sakit. Ini Kan Pula sepak trajang..dtumbuk...dtekap mguna Kan seterika ..wahai ak2 muda yg jahat ..kmana hilang Hati nurani kalian....perikmanusian anda smua tnglam dtelan bumi😢😢
    Hilang nya nywa seorang manusia yg tidak bsalah...
    Rest in peace zulfarhan. ..🙏

  • @bayurb6699
    @bayurb6699 2 місяці тому +1

    Alhamdulillah itulah hukuman yg sebaik2nya. Nyawa di balas nyawa. 6jahanam itu bukan manusia dan bukan juga haiwan tetapi syaiton laknatullah. Ibubapa 6jahanam ini jgn ralat yg anak2 kamu dihukum mampus sbb fizikal mereka tdk cedera sikit pun.. tidak spt Farhan..tersiksa! Akhirnya Allah menjemput arwah ini pulang ke negeri kekal abadi.
    Sbg ibu aku rasa ramai yg turut merasa pedih pilu tertekan teramat sayu dan hiba..spt apa yg ibu Farhan rasa. Anak yg lahir dgn sempurna dijaga dgn baik diberi makan dan didoakan dgn segala kebaikan tiba2 rakan2 sebaya yg tdk keluar 1sen pun menunjuk kuasa melakukan kekejaman kpd anak mereka. Apa hak 6jahanam tu berbuat begitu??
    Seandainya ibubapa yg hanya ada anak tunggal dilakukan sedemikian rupa.. adakah ibubapa itu akan berdiam diri?? Klu aku... aku siat2kan kulit mereka yg mendera anakku. Itupun belum puas rasa dihati! Kerana yg pergi tdk akan kembali lg.. Allahuyarabbi..