Tajwid: Hukum Mad - Ustaz Nasruddin Noori

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 сер 2024
  • MASJID AS-SOBIRIN, Lembah Keramat: masjida... | / masjidassobirin ---
    TAJWID: HUKUM MAD - USTAZ NASRUDDIN MOHAMED NOORI
    Kuliah Maghrib (Ahad), 16 Safar 1439 (b. 5 Nov 2017M)
    di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat
    Kitab: Kaedah Tajwid - Rasm Usthmani dalam Al-Quran
    Tonton video sebelum ini:
    • Tajwid: Hukum Idgham -...
    • Tajwid: Hukum Idgham -...
    • Tajwid: Hukum Idgham -...
    Belajar Tajwid Mudah ( hukum-hukum mad )
    • Belajar Tajwid Mudah (...
    UstazDon - Hukum Tajwid - Mad Silah
    • Video
    Apakah 5 Hukum Mad Yang WAJIB Diketahui?
    Bacaan Hukum Mad atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai bacaan panjang pendek adalah kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran.
    Kesilapan itu adalah:
    Bacaan yang panjang dibaca dengan pendek.
    Bacaan yang pendek dibaca dengan bacaan panjang.
    Mengapa terjadi begini?
    Sebab kita sudah terbiasa dengan menghafal nama-nama hukum tajwid. Sayangnya, kita sekadar hafal nama hukum, tapi tak faham! Buktinya? Kita tahu nama-nama hukum tapi apabila membaca tetap membaca dengan bacaan panjang dan pendek yang kurang tepat.
    Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang bacaan Mad (panjang), mari kita lihat dulu pengertiannya. Apa itu Mad?
    Pengertian Mad
    Pengertian Mad daripada segi bahasa ialah:
    *Memanjangkan atau menambahkan
    Mad pula daripada pengertian istilah ilmu tajwid:
    *Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad pada kadar 2 hingga 6 harkat.
    Apabila kita merujuk kepada buku-buku tajwid, kita akan jumpa ada pelbagai nama-nama hukum mad. Saya senaraikan nama-nama hukum mad.
    Ada 19 nama-nama hukum Mad, iaitu;
    Mad Asli
    Mad Asli Harfi
    Mad Iwad
    Mad Badal
    Mad Silah Qosirah
    Mad Silah Tawilah
    Mad Lin
    Mad Wajib Muttasil
    Mad Jaiz Munfasil
    Mad Aridh Lissukun
    Mad Lazim Kalimi Musaqol
    Mad Lazim Kalimi Mukhafaf
    Mad Lazim Harfi Musaqol
    Mad Lazim Harfi Mukhafof
    Mad Tabri’ah
    Mad Tamkin
    Mad Ta’zim
    Mad Syahibul Badal
    Mad Faraq
    Namun, dalam artikel kali ini saya tidak akan menerangkan kesemua 19 nama-nama hukum Mad. Saya akan menerangkan 5 nama-nama hukum Mad yang mudah untuk ditemui dalam Alquran. Supaya, selepas sahaja kita habis baca artikel ini boleh terus buka Alquran dan praktikal mencari nama-nama hukum ini.
    1.Mad Asli
    Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i. Ini adalah hukum mad yang paling senang ditemui dalam Alquran. Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif, Wau, dan Ya. Untuk Hukum Mad Asli, ada 3 keadaannya:
    1. ( ا ) Alif mati sebelumnya berbaris atas
    2. ( يْ ) Ya mati sebelumnya berbaris bawah
    3. ( وْ ) Wau mati sebelumnya berbaris hadapan
    Kadar bacaan Mad Asli adalah 2 Harkat. Apa jadi jika baca lebih daripada 2 harkat? Jadi salah dan kurang tepat! Kesilapan yang biasa dibuat adalah membaca dengan bacaan lebih daripada 2 harkat.
    2. Mad Silah Qosirah
    Hukum Mad Silah Qosirah ini berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ Simpul (ه). Panjang bacaan bagi hukum Mad ini adalah 2 Harkat sahaja.
    3. Mad Silah Towilah
    Hukum Mad Silah Towilah ini turut berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ simpul (ه). Hukum mad ini hampir menyamai Mad Silah Qosirah, cuma yang membezakan untuk mad ini adalah;
    Ha’ Simpul bertemu dengan hamzah
    Dibaca panjang 4 atau 5 Harkat
    Hukum Mad Silah Qosirah adalah yang diwarnakan dengan bulatan merah. Kita perhatikan Ha’ Simpul tidak berjumpa dengan hamzah bagi hukum ini.
    Hukum Mad Silah Towilah adalah yang dikotakkan dengan kotak berwarna biru. Bagi hukum ini pula, kita dapat lihat Ha’ Simpul berjumpa dengan huruf Hamzah selepasnya.
    4. Mad Iwadh
    Hukum mad ini berlaku ketika kita ingin mewakafkan bacaan sahaja. Ini tidak berlaku ketika kita membaca dipertengahan ayat.
    Ada 2 ciri utama bagi Hukum Mad Iwadh:
    Hanya berlaku ketika mewakafkan (matikan) bacaan
    Hanya berlaku kepada tanwin yang berbaris dengan baris atas
    Cara membacanya adalah;
    Menukarkan bacaan tanwin kepada bunyi berbaris atas biasa sahaja.
    Kadar bacaannya adalah 2 harkat.
    5. Mad Wajib Muttasil
    Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya) bertemu dengan huruf hamzah dalam kalimah yang sama. Hukum ini dapat dikenali melalui tanda ( ~ ). Sewaktu saya belajar ilmu tajwid dengan guru-guru saya, tanda ini ( ~ ) dikenali dengan pelbagai nama seperti tanda pedang, tanda melintang, tanda misai, tanda cacing. Ini bagi membantu ingatan dan supaya mudah mengecam tanda ini di dalam Alquran. Namun, dalam ilmu tajwid, tanda ini sebenarnya dipanggil sebagai Tanda Mad ( ~ ). Seperti yang saya terangkan, Mad Wajib Muttasil adalah Tanda Mad (~) bertemu dengan huruf-huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya).
    Berapa pula kadar bacaan panjangnya?
    Kadar bacaan panjangnya adalah dibaca 4 atau 5 harkat.
    www.celikalqura...

КОМЕНТАРІ • 29

  • @HjhNormahAMajid
    @HjhNormahAMajid Рік тому +1

    Terima Kaseh semuaga Ustaz sehat2 selalu sekeluarga Aamiin👍😊

  • @aliaajes8465
    @aliaajes8465 3 роки тому +4

    Terima kasih,bermanfaat sangat perkongsian nya 😊😊

  • @hajirosli4363
    @hajirosli4363 Рік тому

    Alhamdulillah

  • @mohamedsapian-dp9sg
    @mohamedsapian-dp9sg Рік тому

    Terima kasih Ustaz. Amat jelas👍

  • @maznahnah7666
    @maznahnah7666 2 роки тому

    Alhamdulillah ilmu yg cukup menaafaat

  • @kubahyahkuismail4727
    @kubahyahkuismail4727 3 роки тому

    Alhamdulilah Dapat Berlajar tajwit dari ustaz.tea-kasih

  • @iliasjamal1660
    @iliasjamal1660 2 роки тому

    Jazakallah Ustaz atas ilmu yg disampaikan..

  • @noorainishak1814
    @noorainishak1814 2 роки тому

    T.kasih ustaz amat brmafaat ilmu nya

  • @maylingmey4641
    @maylingmey4641 3 роки тому

    Alhamdulillah...Tkasih Ustaz atas pencerahan..

  • @abangzomadlorenzo4596
    @abangzomadlorenzo4596 3 роки тому +1

    Sangat membantu

  • @diahnovita4468
    @diahnovita4468 5 років тому +3

    Ustaz.....minta tolong ajarkan mengenai hukum idzgham maal ghunnah dan idzgham bilaghunnah...terima kasih

  • @monanghasibuan8551
    @monanghasibuan8551 6 років тому

    Makasih ustadz Nasrudin, telah donlowat, semoga Allah membalas kebaikan ustadz.

    • @assobirin2010
      @assobirin2010  6 років тому

      Alhamdulillah. Sama-sama kita SHARE video ini supaya lebih ramai mendapat manfaat, in sha Allah

  • @fauziakhanam7319
    @fauziakhanam7319 5 років тому

    terima kasih ustaz cara ustaz betui2 jelas jezakallah u khair

  • @huangmekka4431
    @huangmekka4431 5 років тому +1

    Sukron ustadz

  • @Payakumboh
    @Payakumboh 6 років тому

    Tkasih tuan....Allah jua yang dapat membalas usha murni pihak tuan.

    • @assobirin2010
      @assobirin2010  6 років тому

      In sha Allah, sama-sama kita share dan sebar-sebarkan supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat.

  • @malikeyeoftruebghosthack8958
    @malikeyeoftruebghosthack8958 5 років тому +1

    tahwid star is golden number mistere py lucifert

  • @hasbullahabhady1237
    @hasbullahabhady1237 5 років тому +1

    Terima kasih

  • @HjhNormahAMajid
    @HjhNormahAMajid Рік тому

    👍✅

  • @Abualiwahasan2712
    @Abualiwahasan2712 6 років тому

    izin belajar ustadz

  • @khairulamin958
    @khairulamin958 3 роки тому

    4:47 بحث على مد أصلي ثنائ

  • @muhammadfikrikamarudin1131
    @muhammadfikrikamarudin1131 4 роки тому

    maaf bertanya..ustaz ni pakai kitab ape ye?..nk rujuk

  • @maylingmey4641
    @maylingmey4641 3 роки тому

    "PELAJARILAH BAHASA ARAB KERANA ITU SEBAHAGIAN AGAMA KAMU"
    - Syaidina Umar al - Khattab -

  • @muhammadzamri5190
    @muhammadzamri5190 4 роки тому

    Assalamualaikum nak tnya, ustadz guna kitab apa ya?

  • @earwanab4681
    @earwanab4681 2 роки тому

    Picture

  • @davinaalfamaulidya6970
    @davinaalfamaulidya6970 5 років тому

    Mad 14 mad thobi`i

  • @zakiahjernih3764
    @zakiahjernih3764 2 роки тому +1

    Baca. Bukan ca bunyi ce. Bace. Sebut perkataan BM salah.

    • @kamallatib9529
      @kamallatib9529 10 місяців тому

      ..ini kelas tajwid.. ambil ilmunya.. jgn komen tatabahasanya..