Unboxing Nintendo Switch 2020 - Cara dapat BANYAK GAMES yang ramai tak tahu

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • Video Unboxing yang pertama saya cuba hasilkan, Unboxing Nintendo Switch... sebuah konsol permainan yang sememangnya sesuai untuk kaki games. Dalam video ini juga akan diterangkan cara untuk menggunakan USB Payload Injector bagi Nintendo Switch. Jom tengok!
    ** JANGAN LUPA SUBSCRIBE YA ***
    Nintendo Switch yang dilancarkan secara rasmi beberapa tahun yang lalu adalah konsol yang paling unik pernah dihasilkan. Ini kerana ia tidak terhad seperti konsol tradisional yang hanya boleh dimainkan pada televisyen, ia juga boleh berubah menjadi sebuah konsol mudah alih. Dengan ini pemilik boleh memainkan permainan kegemaran mereka di mana sahaja mereka berada.
    Nintendo Switch merupakan sebuah tablet yang dilengkapi skrin 6.2″ 720P dengan sokongan sesentuh. Ia diperkasakan pemproses Nvidia Tegra dan storan terbina Switch hanya sebesar 32 Gigabyte tetapi boleh ditambah dengan menggunakan kad MikroSD XC pada bahagian belakang konsol.
    Dengan setiap pembelian pemilik akan menerima kesemua barangan di bawah. Dua model akan dihasilkan dengan Joy-Con berwarna kelabu atau kombinasi warna biru dan merah. Tiada perbezaan harga untuk warna berbeza.
    Konsol Nintendo Switch (dengan skrin 6.2″)
    Nintendo Switch Dock (untuk sambungan ke televisyen)
    Joy-Con (Joy-Con R dan Joy-Con L)
    Joy-Con Grip
    Joy-Con Strip
    HDMI cable
    AC Adapter
    Butang 'power' dan 'volume' terletak pada bahagian atas bersama dengan slot untuk Game Card, 'port' audio 3.5mm dan lubang udara untuk penyejukan. Permainan yang dibeli adalah dalam bentuk katrij mini Game Card.
    Terdapat sepasang pembesar suara stereo pada bahagian hadapan untuk memberikan kualiti audio yang jelas. Pada sisi kiri dan kanan terdapat alur untuk menyambungkan pengawal permainan Joy-Con.
    Satu keistimewaan Nintendo ialah rekaan joystick atau Joy-Con yang unik. Mereka mempopularkan alat kawalan yang boleh mengesan pergerakan tangan sebelum mengubahkan kepada aksi di dalam permainan. Ini membuatkan Nintendo Wii menjadi antara konsol paling tinggi jualannya dalam sejarah permainan komputer.
    ---
    🎵 Track Info:
    Title: We Are One by Vexento
    Genre and Mood: Dance & Electronic + Bright
    ---
    #nintendoswitch #games #unboxing

КОМЕНТАРІ • 396