Rahsia Kuah Kacang Mak yang paling sedap | Peanut Sauce Recipe

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 20 сер 2018
  • Mom's recipe always the best!! 😄 Resepi kuah kacang mak saya ni resepi yang paling best dan paling yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu masa hari raya. Hari ni saya dan mak saya kongsikan resepi yang super sedap ni. Ada secret ingredient tau. hehe. Baca tips kat bawah ni kalau nak dapatkan kuah kacang yang paling sedap dan tahan lama.
    Resepi penuh : buatoranglapo....
    Tips:
    - Pastikan kacang digoreng sehingga betul2 garing dan sedikit gelap.
    - Cili dan bawang boleh ditambah atau dikurangkan jika mahu lebih pedas atau kurang pedas.
    - Kicap: secret ingredient 😂😂
    - Udang kering: optional
    - Tumis cili dan bawang sehingga betul2 masak dan bertukar menjadi warna gelap menggunakan api kecil.
    - Lepas masukkan kacang, masak kacang sehingga menggelegak dan biarkan sehingga kacang hilang rasa mentah (lebih kurang 15-20 minit).
    - Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut selera masing-masing. (kuah kacang memang sedap manis2 pedas. So jgn takut letak gula byk. hehe)
    - Masak lagi 10 minit selepas letak tepung (tepung boleh gantikan dengan biskut Marie)
    - Kuah kacang akan jadi lebih pekat bila sejuk.
    Bahan-Bahan :
    1 Cawan Minyak Masak
    500gm Kacang Tanah
    150gm Cili Kering
    2 Bawang Besar
    3 Cloves Bawang Putih
    1 Sb Udang Kering
    1/2 Cawan Minyak Masak
    1 Cawan Gula
    250g kabong palm sugar/melaka palm sugar
    2 1/2 Sb Garam
    2 Sb Kicap Manis
    400ml Air
    1 Sb Tepung Gandum (Campur Dengan Air)
    Ingredients :
    1 Cup Cooking Oil
    500gm Ground Nuts
    150gm Dried Chillies
    2 Onions
    3 Cloves Garlic
    1 Tbsp Dried Shrimp
    1/2 Cup Cooking Oil
    1 Cup Sugar
    250g Gula Kabong/Gula Melaka
    2 1/2 Tbsp Salt
    2 Tbsp Sweet Soy Sauce
    400ml Water
    1 Tbsp Wheat Flour (Mix With Water)
    #buatoranglapo #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Help us grow by removing adBlock. You don't have to pay us but ads are paying for us. Ads won't hurt you but blocking ads will hurt us. #saynotoadblock
    • Music
    Asia Cruise - Selfish (TBHD Remix) by THBD / thbdsultan #buatoranglapo
    Subscribe 2nd Channel Buat Orang lapo untuk behind the scene video - / @nazatulazman
    Join this channel to get access to perks:
    / @buatoranglapo .
    .
    Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee shp.ee/avd2zab
  • Навчання та стиль

КОМЕНТАРІ • 1,1 тис.

  • @BuatOrangLapo
    @BuatOrangLapo  6 років тому +281

    Mom's recipe always the best!! 😄 Resepi kuah kacang mak saya ni resepi yang paling best dan paling yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu masa hari raya. Hari ni saya dan mak saya kongsikan resepi yang super sedap ni. Ada secret ingredient tau. hehe. Baca tips kat bawah ni kalau nak dapatkan kuah kacang yang paling sedap dan tahan lama.
    Tips:
    - Pastikan kacang digoreng sehingga betul2 garing dan sedikit gelap.
    - Cili dan bawang boleh ditambah atau dikurangkan jika mahu lebih pedas atau kurang pedas.
    - Kicap: secret ingredient 😂😂
    - Tumis cili dan bawang sehingga betul2 masak dan bertukar menjadi warna gelap menggunakan api kecil.
    - Lepas masukkan kacang, masak kacang sehingga menggelegak dan biarkan sehingga kacang hilang rasa mentah (lebih kurang 15-20 minit).
    - Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut selera masing-masing. (kuah kacang memang sedap manis2 pedas. So jgn takut letak gula byk. hehe)
    - Masak lagi 10 minit selepas letak tepung (tepung boleh gantikan dengan biskut Marie)
    - Kuah kacang akan jadi lebih pekat bila sejuk.

    • @rrin2034
      @rrin2034 6 років тому +1

      Tq sis.. will be try this soon.. awesome n smple recepi.. 😉😉

    • @easylist4948
      @easylist4948 6 років тому +2

      tu klau taruk ayam sdp

    • @cikapplepie3936
      @cikapplepie3936 6 років тому +2

      Buat Orang Lapo lapooooonyaa..huwaaaaa sodihhhh aiii🤤🤤🤤🤤🤤🤤😭😭😭

    • @wanieabdullah5538
      @wanieabdullah5538 6 років тому +1

      Buat Orang Lapo sedapnye!

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому +1

      @@rrin2034 TQ2 😍👍🤩

  • @rharesh4451
    @rharesh4451 4 роки тому +47

    My mom have tried that recipe it's a divine God bless your mom, ma'am can you share or post kuih lepat pisang it's one of my favorite kuih Malaysia. My neighbor's are Malay & Chinese they share their food and my mom does the same. I'm a malayalee boy the following are my favorite kuih Malaysia kuih koci, kuih dadar gulung, kuih lepat pisang & most favorite is lemang. My Malay neighbor puan Habibah Hassan share her cooking's but she has gone to stay with God two weeks ago I can't believe puan Habibah Hassan is no more but her memories stay forever & her cooking is divine her children not pandai. Please forgive for sharing my sad story ma'am. Medical student ✌💙👍

  • @IcedCupcakes
    @IcedCupcakes 5 років тому +61

    Kacang kena gelap sikit, tu yg buat sdap sbnanya! Dulu saya pernah trhangus kacang sikit, tpi guna je buat kuah kacang lpstu smua puji sdp. Bila buat kuah kacang dgn kacang yg tak brp gelap, so-so je rasa dia. Oh and kena manis! Byk gula. And NO BELACAN. Saya geram btul bila org buat kuah kacang dgn blacan lpstu tak ckup gula. Tapi resipi ni perfect! Siap ada notes/tips dkat bawah. Kalau saya ajar org masak kuah kacang, mmg saya akan bgtau tu.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому +11

      😂😂 mmg betul sgt tu. Kacang tak cukup garing rasa mentah. Ade org tanya nape letak byk sgt gula. Tgk la pulak kuantiti air n kacangnya. Mmg byk. Takkan nk letak 1-2 Sudu gulu je kan. 😅 Btw thanks😊

    • @IcedCupcakes
      @IcedCupcakes 5 років тому +7

      Buat Orang Lapo haha tu la, dorg tak tau kuah kacang yg dorg suka mkn dkat kedai satay tu mmg byk gula pun. Lpstu complain knp kuah kacang sndiri tak rasa mcm dkt kedai? Huhu 😅

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому +1

      Tu la.😅😂

    • @MrsvioletQueen
      @MrsvioletQueen 5 років тому +5

      Pernh makan kuah kacang org tu buat masin..stress sisss.. kuah kacang mesti manis2.. urghhh

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      @@MrsvioletQueen 😂😂 kan.. betul sgt tu. Masin mmg tak sedap.😅

  • @illasalmon6312
    @illasalmon6312 4 місяці тому +3

    Hehehe. Tahun lepas 2023 buat guna resipi ni. Alhamdulillah ramai suka . Tahun ni 2024/4 guna resipi yang sama jugak. Terima kasih admin,semoga sihat,dan dilimpahkan rezeki buat keluarga . Halalkan ilmu yang diberi ❤❤❤😊

  • @suzanazainan2200
    @suzanazainan2200 3 роки тому +8

    MasyaaAllah
    I have to give a credit for u sebab berjaya membuatkan i memasak kuah kacang dgn jayanya setelah 43 tahun😂
    Mula2 agak was2 sebab ingredients Adk sgt simple. Tapi sebab some of the menus I tried from u Mmg sgt menjadi dan sedap jadi I force myself to try this one.
    And the results, my goodness! Sgt memuaskan hari. Keep in sharing dear🌸🌸🌸🥰🥰🥰

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Рік тому

      Alhamdulillah. Thanks So muchhhhh 🥰🥰🥰 n Sorry setelah bertahun2 baru terjumpa komen ni 😅

  • @MariaHisam8290
    @MariaHisam8290 4 роки тому +3

    Terima kasih share resepi kuah kacang yg mudah dan sedap
    Alhamdulillah skrng sy jual sate
    Semua org ckp kuah sedap
    Terima ksh sis 😊

  • @terataibiru9351
    @terataibiru9351 6 років тому +5

    Hari ni, 23-08-2018 saya tulis resipi sos kacang ni,, satu hari saya buat 😍😍,Terima kasih byk Cik mesti sedap giler

  • @abadilaila
    @abadilaila 3 роки тому +2

    Alhamdulillah sy ikut resepi ni. First time sy buat mak mertua suh buat. Alhamdulillah menjadi. Mereka kata sedap dan suka.

  • @amalinsabri
    @amalinsabri 3 роки тому +2

    Saya dah cubaaa resepi nii, memang sedap 👍🏼👍🏼👍🏼 cuma pedas sikit hehe. Bagi orang lidah kurang tahan pedas, boleh kurangkan separuh cili

  • @sabrinatiun3169
    @sabrinatiun3169 4 роки тому +4

    cara simple tapi sedap! selamat hari raya dan maaf zahir batin. semoga rezeki empunya resepi diluas-luaskan dan diberkati Allah.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  4 роки тому

      Sabrina Tiun terima kasih atas doanya 😍

  • @ayanadia06
    @ayanadia06 4 роки тому +21

    Thanks to your recipe, I can daresay that I finally graduated from cooking kuah kacang.

  • @asmaliana4328
    @asmaliana4328 5 років тому +1

    kuah kacang ni sy da buat masa raya bru ni. sy buat open house. suami pun suka. sbb sis xpnah buat kuah kacang. sis buat mkn ngn cucur udang. 🤗 suami sis kedah mali. hee.. tq BOL. sgt mudah n sdp.

  • @normarjan8012
    @normarjan8012 5 років тому +2

    Tgk kuah kacang ni,teringat masa nk raya haji 2018,ada minta resepi dr org trdekat..almaklum laa..kuah kacang ni kan byk versi cara masaknye...tanya org tu sbb nk tau,die buat cara mcm mane..
    Lalu raya haji pon tiba,buat la ikut versi org tu..dlm diam org tu boleh cerita kt org lain tntang saya minta resepi kuah kacang..kedengaran ayat sumbang...'buat kuah kacang pon tak tau'...hah?tu pon jd isu ke?...dlm gugel/u tube pon byk versi...
    Bagi saya..setiap org ade cara msing2..kdg kala nk juga try cara org lain juga..kot lebih sedap dekat tekak sndiri...
    Saya minta resepi nye ea sis..tq so much..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому +1

      Hehe.. biasa la manusia. Ade2 je. Tak payah kisah sgt. Janji diri sendiri bahagia 😅 betul ape awk ckp. Masakan ni mcm2 version ada. Alangkn ayam goreng pun byk versi. Cth ayam goreng kfc n mcd. Kan lain2 versi. Tp Namanya tetap ayam goreng. Lain cara, lain la rasanya. Takde betul takde Salah.janji sedap tekak sendiri makan. Kan.. eh terpanjang pulak sy bebel😆😆 ok silakan. Sama2. Hrp resepi ni kena dgn selera sis 😍

  • @norsyamimi6303
    @norsyamimi6303 6 років тому +23

    Sis, saya dah try buat resepi kuah kacang sis ni n superrr delicious 😋🌹 thank you share resepi ni.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Alhamdulillah. 👏😍💖 Sama2 😊

    • @nuramira4107
      @nuramira4107 3 роки тому +1

      Sis, bawang putih tu 3 ulas ke 3 labu?

    • @lnh8514
      @lnh8514 2 роки тому

      @@BuatOrangLapo mom berapa lama ni bumbu kacang dapat tahan di kulkas?

  • @ckilus3812
    @ckilus3812 6 років тому +6

    i approved of ur mom's kuah kacang recipe!!...easy and hassle free, a big plus! the taste is on point😋! felt a bit sceptical on the amount of sugar and salt but i have put faith on ur guarantees...pls say "terima kasih" to ur mum for her pleasurable dish!! i absolutely adore it!...i stored it in the freezer to keep it long lasting.😋😁
    ps: i omitted the udang kering😊

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Wow ... TQ TQ 😍💖 I'm so happy to hear this. Thanks for trying this recipe n nice comment.🤩

  • @ryunniekim2276
    @ryunniekim2276 2 роки тому +1

    Dah try resepi ni waktu ada jamuan hari raya😂 kawan kawan siap tanya siapa buat kuah kacang tu😂 sebab sedap..alhamdulillah ..terima kasih puan sbb share resepi ni🥰🌹

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  2 роки тому +1

      😁😁 Alhamdulillah. Sama2. Terima kasih sudi mencuba 😍😍

  • @myblinks8257
    @myblinks8257 5 років тому +1

    resepi my mom ada letak serbuk kari daging or ayam dan juga santan.. Ya Allah , klau korang try my mom punya kuah kacang confirm taun depan dtg lgi rumah..

    • @hazlina5637
      @hazlina5637 5 років тому +1

      nk resepi blh x?hehe

    • @myblinks8257
      @myblinks8257 5 років тому +2

      @@hazlina5637 sorry yer baru reply.. resepi dia 1)bawang putih , bawang merah, halia , lengkuas dan serai blender
      2)Serbuk Kari Ayam or Daging Bancuhlah dengan air.
      3)Chili kering blender
      Tumis bahan 1 smpi naik wangi, next masukkan serbuk kari tumis smpi wangi jugak dan next masukkan bahan 3.. lpas dh naik minyak and wangi masuk kacang tumbuk and masak dlm 15 minit gitu.. masukkan ayam. ayam dh keluar air skit masukkan santan, gula melaka and garam.. ayam dh masak and kuah pun dh didih..sedia untuk dihidang

    • @hazlina5637
      @hazlina5637 5 років тому

      @@myblinks8257
      ya allah,x sangka adik sudi bgi resepi kt akk.
      tq ye dik..muah,muah.
      😃😃😃😃😃😃😃😃

    • @myblinks8257
      @myblinks8257 5 років тому

      @@hazlina5637 emak sya bagitau serbuk kari tu bukan 1 paket guna, klau seekor ayam guna dalam 1 seduk nasi serbuk kari..

  • @NurulShahrilMdIsa
    @NurulShahrilMdIsa 5 років тому +10

    basuh udang kering dlm segenggam.. campak dlm kuah kacang bagi tambah kick.. perghhhhh! thorbaek la punya resipi hakaq.. hehehe.. mmg buat org lapo! ;)

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Mak sure punya resepi. Hehe.. btw TQ ye. Jgn lupa buat time Raya nnt.😅😂

    • @dleila2915
      @dleila2915 Рік тому +1

      Yup sama kuah kcng kami pn wajib buh udng kering..wangi n lmk2 sdp gitu..

    • @ninini-wa950
      @ninini-wa950 Рік тому

      Xde udang kering.blh gnti dgn apa ya

    • @NurulShahrilMdIsa
      @NurulShahrilMdIsa Рік тому

      @@ninini-wa950 takde tak payah letak la sis.. Boleh jer.. Dah ngam dah Sis Lapo ni punya menu.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H buat semua.. Enjoy!

    • @Qaisarasara15
      @Qaisarasara15 11 місяців тому +1

      Mcm husband sy xsuka ada udang kering. Tpi sbnrnya sedap letk udang kering. Naik baunya 😅

  • @nurbaayahzakariah5730
    @nurbaayahzakariah5730 4 роки тому +5

    saya dah try semalam..thank you for recipe. memang sedap!

  • @Rizalreez
    @Rizalreez 5 років тому

    Kalau famili aku punya kuah kacang, kitorang tak goreng kacang tu..tapi sangai je untuk buang kulit sebab bila tak buang kulit kacang tu, kuah kacang akan jadi gelap sangat pastu ada rasa macam kesat kasar2 sikit bila makan..tapi yang bestnya, dalam famili aku akan letak ayam atau ketulan daging kecik2 dalam kuah kacang..bila orang datang rumah, mula2 pelik2 tapi last2 mesti ayam atau daging tu habis dulu sebab benda tu termasak sekali dalam kuah kacang, sedap dia lain..unik..lagi satu yang best, kalau jumpa kat pasar, letak belimbing buluh dalam kuah kacang..pergh..sedap..

    • @rosmanpetir2953
      @rosmanpetir2953 5 років тому +1

      Kalau mak sy letak sotong kembang...sedap...

  • @izuibrhm8190
    @izuibrhm8190 4 роки тому +1

    Saya da cuba.rasa dia mmg A++.kena dgn selera & tekak sy n suami.tq share resepi yg best ni😊😀

  • @sitianesyah252
    @sitianesyah252 5 років тому +14

    Baru siap masak tdi😊 alhamdulillah menjadi😍😍😍 thankyou sis atas resepinya. Sy guna lada yg tak pedas tu bkn yg lada keriting kering tu tpi kuah ada rasa manis sikit la. Overall nice rasa dia😍 sebiji resepi sis ni sy ikut..mama pun puji smpai ckp lepasni dah bole kawin🤣

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      🤣🤣 Alhamdulillah. Lulus dah tu. Hehe. thanks so much. 😍💕

    • @sitianesyah252
      @sitianesyah252 5 років тому +1

      Welcome😍 lepasni nak try rendang ayam tu lagi. Suka sgt mkn rendang ayam masa raya tpi tak prnh cuba msk sndiri. InshaAllah esok sy try msk n bagi feedback lagi😘

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Ok2 👍 selamat mencuba. 😍

    • @sufiahdiyanah3001
      @sufiahdiyanah3001 5 років тому +1

      Saya pun anak yang ABC rasa katanya sedap. Pertama kali buat resepi ni.

    • @mlokmanm
      @mlokmanm 4 роки тому +1

      Dah kawin belum😅

  • @7405fizi
    @7405fizi 5 років тому +10

    Untung suami tukang masak ni... pndai msk bukan utk suami aje..tp utk anak2..boleh jamu tetamu..keluarga yg dtg...bg mkn tetamu ni banyk fadilat nya

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому +1

      😁😁 Alhamdulillah . Terima kasih 😊

  • @inaayangazman
    @inaayangazman 4 роки тому

    Lepaa ni buat kuah kacang guna resepi ni jer. Raya hari tu pun guna resepi ni, hari ni nak buat lagi untuk kali ke 3! 😂 thanks for the recipe. Semoga pahala terus mengalir.

  • @fikanordiaries3633
    @fikanordiaries3633 Рік тому +1

    Sama mcm mak sy buat, letak udang kering, cuma mak ade titik kan serai sikit. Resepi kuah kacang ni ade mcm2, ade yg letak lengkuas la, apa2 tgk org yg buat juga, klau pandai merasa, mmg sedap kuah kacang

  • @yasmine6761
    @yasmine6761 6 років тому +8

    Sesuatu yg baru bg saya... Belum pnh blend kacang dgn air, boh kicap and tepung.. Mesti try ni sok pagi.. TFS!! 🤗

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому +1

      Hehe.. Tu la cara mak sy utk bg kuah sedap. Jgn lupa baca tips kat description sebelum try 😄

    • @syahirahhussin5493
      @syahirahhussin5493 6 років тому +1

      Kan.. Cara mak sy lain. Leh gak try ni.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Hehe.. Cara masing2. Yg pasti masakan mak sendiri mesti paling sedap kn.😅

    • @ZANAUM2010
      @ZANAUM2010 6 років тому +1

      Ya x pernah lg

    • @laabwa
      @laabwa 5 років тому +2

      Sy pun x pernah blen kcg dgn air gitu..biasa guna blend kering. Then x taruk serai pula

  • @norhafizahomar3374
    @norhafizahomar3374 5 років тому +5

    Serius sedap! actually Raya haji aritu 1st time masak sendiri kuah kacang..n resepi sis sgt2 membantu utk newbies mcm sy. hehe....tq utk resepi ni...luv it❤❤

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      alhamdulillah.. sama2.. nanti boleh la cuba resepi yang lain pula ya 😊

  • @wakkhairi2815
    @wakkhairi2815 4 роки тому +1

    Waduh mbak..kok ngawe ngiler waei.nek.koyok.iki kuah aei kacang .pangan ngono waei pon enak.. Tak kaei cap jempol..👍👍👍👍👍

  • @syafridaida518
    @syafridaida518 5 років тому +2

    Thanks , ketupat , lontong, dengan kuah kacang ni pasti sedap betul apalagi ditambah sate ayam , jadi inspirasi untuk buke puasa hari ke 27 nanti

  • @muhammadamranothman9804
    @muhammadamranothman9804 4 роки тому +3

    Tq awak.. Mmg sedap giler resepi ni.. Saya baru buat tdi.. Mavelesss

  • @einaakak7956
    @einaakak7956 5 років тому +3

    Dh lame carik resepi kuah kacang yg menarik mcmnih.. Akhirnye.... Time ksh share ye..

  • @nurfatinanorazlin1226
    @nurfatinanorazlin1226 4 роки тому

    sye da buat. Sedap .first time buat. Nk makan ngan satey. Pkp takde org jual satey. So kite buat sendiri. halal kan resepi ye.😍

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  4 роки тому

      alhamdulillah. saya halalkan semua resepi yang saya kongsikan 😊

  • @earlytaryonoputri5050
    @earlytaryonoputri5050 5 років тому +1

    Ngeliat bumbu sma cara bikinya udah berasa sampe lidah nih rasanya akan seperti apaa.... hemmpp... enaak...

  • @amirsufyan3497
    @amirsufyan3497 5 років тому +6

    tq sis, sy dah buat...sedap sngat2!!!!

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Yea.. Alhamdulillah. Sama2. TQ bg feedback 😍💖

  • @mh-zq2fm
    @mh-zq2fm 5 років тому +5

    Terima kaseh byk
    Besok Hari Raya 2019
    Hari ini saya masak untuk berbuka hari terakhir dan untuk raya....Sedap ❤👍

  • @missy_naneylove3457
    @missy_naneylove3457 Рік тому

    Terima kasih awak. Saya rasa dah 3-4 kali raya saya guna resepi ni. Memang menjadi. Tu tak termasuk tetiba nak makan la, ada majlis la, ada orang nak makan la. Haha.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Рік тому +1

      🤭🤭 sama2. Alhamdulillah. Terima kasih sudi mencuba 🥰🥰

  • @livinglegend888
    @livinglegend888 5 років тому +1

    Mak sy letak lengkuas dan serai diketuk dan asam keping nk bg masam manis pedas. Aroma lengkuas tu sedap. Pastu nk lg lemak, sy letak peanut butter 1 bekas dlm periuk semasa masak..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Thanks for comment. Kami pulak tak suka kuah yg ade serai n lengkuas n seangkatan dgnnya😅 terpulang selera masing2.

  • @fikriazhar4780
    @fikriazhar4780 6 років тому +3

    Kuah kacang mcmniey lah yg sy nk
    merah nyuammi xde lah pucat kuah kacang yummi

  • @pecintailmu713
    @pecintailmu713 5 років тому +3

    Assalamualaikum kak. Alhamdulillah saya dh try buat hari ni... selasa 25/12/2018... MashaaAllah tabarakAllah... cumanya saya kurangkan saja bahan2 tersebut, sebab kacang yg ada tk sampai 500 gram... guna bahan yg ada ja... hee Apa2 pun terima kasih kak ats resepi... syukran jazakillahu khair... BarakAllahu fik. semoga Allah swt memberikan barakah kpd akak n family... Aamiin Ya Allah.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Waalaikumussalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doakn kami sekeluarga. In Sha Allah aamiin 😇💖😍

    • @iskandarriddzwan228
      @iskandarriddzwan228 5 років тому

      @@BuatOrangLapo boleh senaraikan tak..sebab ada bahan tak jelas..pastu cara rebuskn yang betul camner erk..biasanya saya buat lembik tak keras..o

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      bahan2 dia dah tersedia untuk disalin di bahagian description. beserta tips dan sebagainya. cuba cek bahagian description dulu.

  • @aliabu8676
    @aliabu8676 5 років тому

    Resepi yang simple dan sedap. Cuma saya biasa tambah lagi kulit kayu manis, bunga lawang, serai, halia, lengkuas, buah keras, belacan, daging atau ayam, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, susu pekat manis, santan dan asam jawa.

  • @kamisaharshad1686
    @kamisaharshad1686 3 роки тому +1

    Terima Kasih kongsi resepi... Memang menjadi dan... superb...
    Terboik.... N
    Very delicouuuuussss... 👍👍👍😋

  • @Rubyyy0103
    @Rubyyy0103 6 років тому +4

    Wahh😍 biase blend kacang pkai cara kering tak bubuh air pon .. kene try cara baru nii .. terbaikk sis💕👍

  • @terataibiru9351
    @terataibiru9351 6 років тому +4

    Setia tengok dari Hong Kong 😘😘,,

  • @shinee8874
    @shinee8874 4 роки тому +1

    first time seumur buat kuah kacang sbb xbalik raya.. ikut sebijik resepi ni sedap sgt2.. tq sis share resepi 👍👍👍

  • @faithhope1954
    @faithhope1954 2 роки тому

    Sa dh try buat resepi ni mmg sedap giler². Cuma sya gantikan cili kiring dgn serbuk cili kmudian goreng dgn bwg tu. Tq tau kongsi resepi ni ❤️

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  2 роки тому +1

      Alhamdulillah. Sama2. Terima kasih sudi mencuba dan bg feedback 😍

  • @naswannaasin760
    @naswannaasin760 4 роки тому +7

    Dah try resepi ni. And my whole family loved it💜 thank you for sharing this amazing recipe.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  4 роки тому

      You’re most welcome. Thanks for your feedback 🥰

  • @atiqahrazif4902
    @atiqahrazif4902 5 років тому +7

    Mudahnyaaaa recipe ni! Okay nak try lah nanti! Thank you for sharing this.

  • @yanaree8996
    @yanaree8996 4 роки тому +2

    Memang sedap. Bila buat kuah kacang memang follow resepi ni. Terima kasih atas perkongsian resepi😊 selamat hari raya🤗

  • @yuyuminamoto7956
    @yuyuminamoto7956 4 роки тому +3

    ad yg pertikai kan knpe goreng kacang tu cmner nk buang kulit nt.tu kn trpulang pd resepi msg2.. pd sy... ni resepi lagend la dh trai td mmg sdp..

  • @nooraineteh2312
    @nooraineteh2312 6 років тому +3

    Bubuh biskut marie mmg sedap kak. Mcm tips akak bagi tu. Biras saya buat kuah kacang style tu. Sooooodap😉👍

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Betul2. Penambah rasa kn selain utk bg pekat. Tp sy terlupe beli biskut marie nye😆

    • @pejuanghidup5123
      @pejuanghidup5123 5 років тому +1

      Brapa bnyak biskut tu nk kena ubuh saya ni laki tapi minat masak

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      2-3 keping je. Try letak satu2 tgk kepekatannya.

    • @rashidahmuahmadrasul1168
      @rashidahmuahmadrasul1168 2 роки тому

      Nak tanya, kacang tu berapa gram ye...

  • @aensann9729
    @aensann9729 5 років тому +3

    Ok nak msk ptg ni kuah kacang

  • @amaninaazumi6252
    @amaninaazumi6252 3 роки тому

    Baru try buat hari nie.. Alhmdulillah jadi, mmg sedap rase die cume saye tak pakai udang tukar dgn belacan hehehe.. Baru hbis puasa ganti semlam, nak smbut raya hari nie..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  3 роки тому

      Alhamdulillah. Terima kasih sudi mencuba dan bg feedback. 😍😍

  • @nursahira1458
    @nursahira1458 4 роки тому +2

    Saya baru try kak .. alhamdulillah sedap n menjadi .. 😍😍😍😍

  • @pokjuzul9309
    @pokjuzul9309 3 роки тому +3

    Malam ni buat..🤣🤣

  • @bunnybuing9768
    @bunnybuing9768 6 років тому +3

    Yeaayyy... Resepi baru.. Thanks akak😘😘. semua resepi akak lau pun first time buat tak pernah tak jadi tau.. Semoga akak dilimpahkan rezeki yang luas dan halal. Selamat hari raya aidil adha. Maaf zahir dan batin. Minta dihalalkan segala ilmu yg akak kongsikan ni.💕💕

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      selamat hari raya aidil adha.. Insya allah semua resepi yg saya kongsikan saya halalkan.. :)

  • @bnyneb9389
    @bnyneb9389 4 роки тому

    Da try resepi ni...sumpah sedap....senangnye lahai masak kuah kacang ni...raya sblm asyik buat rase x umph mcm yg ni..tq awk resepinya 💕

  • @auntyatul6876
    @auntyatul6876 4 роки тому

    Sgt2 sedap. Saya da try. Blik2 buat.. Ubh suai skit jdik rojak mee sabah, sedap sgt...

  • @mkanwar3208
    @mkanwar3208 5 років тому +6

    Terima kasih kerana kongsi resipi. Moga murah rezeki. Inshaa Allah😉

  • @amuthaselvaraj87
    @amuthaselvaraj87 4 роки тому +11

    The sauce was really delicious 🥰

  • @LindaLinda-mi2fo
    @LindaLinda-mi2fo 5 років тому +1

    sedap sangat,saya dah cuba,terima kasih atas resepinta.Anak2 suka sangat makan

  • @salwanirubae9108
    @salwanirubae9108 4 роки тому

    Assalamualaikum sis..sy ni sbnarnye x berape nk reti memasak..tp sejak sy tjmper channel sis ni..byk dh sy try msak ikut resepi sis..alhamdulillah..sumenye menjadi & sedap..terima kasih byk2 ye sis..Hanya Allah s.w.t shj dpt membalas kebaikan sis♥️

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  4 роки тому

      Alhamdulillah. Terima kasih atas doanya.

  • @suzanalee5798
    @suzanalee5798 5 років тому +6

    Done subscribed.. bahan semua da ada.. kicap manes lgi ..
    Gi kedai jap la.. buat orang lapo la. 😁
    Jadi da.. sedapnyaaa
    Terima kasih atas resepi kakak..
    My mum puji

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому +2

      Alhamdulillah. TQ so much subscribe channel Kami, sudi cuba resepi Kami dan bagi feedback 😍💖💖

  • @imnandros
    @imnandros 6 років тому +4

    Wow.. May I ask.. Bole x sis buat video tutorial about "behind the scene" how you record your video, how u make the pictures look so beautiful.. Profesional sgt.. 😅 What apps sis guna?

  • @sufiahdiyanah3001
    @sufiahdiyanah3001 5 років тому +1

    Saya baru ajer siap buat resepi ni. Terimakasih kongsi ilmu.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Alhamdulillah. Sama2 😍 hrp2 sedap 😅

  • @zaimasri4749
    @zaimasri4749 6 років тому +1

    At the last, muncul juga resepi ni. lama jugak tunggu..tq so much.. I wish daging dendeng recipe for this hari raya korban..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      😅 sama2. Me too. Tp nk mkn. Bukan nk masak😂 next time Insya Allah 😊

  • @saimahsulaiman9084
    @saimahsulaiman9084 6 років тому +3

    Assalamualaikum puan.. Selamat Hari Raya idul adha Maaf Zahir Batin! Tgk Jr pun dh terliur... Adeh

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Waalaikumussalam. Salam aidiladha. Terima kasih 💖

  • @sharifahamirajuliana608
    @sharifahamirajuliana608 5 років тому +6

    Nak share ya..Puan..terima kasih..👍⚘

  • @eryn.homeee
    @eryn.homeee 3 роки тому

    First time buat kuah kacang.. Senang & sedap tq 😍 suami puji gak ❤️

  • @mahanijemadi4960
    @mahanijemadi4960 5 років тому

    Tengok resepi tepat masa tekak teringin nak makan sambal kacang.video ni memang 'buat orang lapo.

  • @nadaizzatuljannah7117
    @nadaizzatuljannah7117 5 років тому +3

    I've tried it and its sooo tasty!! Thank u

  • @cyrusliu
    @cyrusliu 4 роки тому +3

    Thank you so much for your sharing 🙏🙏🙏. Love this so much. By the way do you have the recipe for the chicken satay yah? This kuah perfect match with the satay too. 🤤🤤🤤

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  4 роки тому

      You’re most welcome. Thanks too 🥰 sorry i dont have the chicken satay video 🤭 but i got fried beef satay if u like to try ☺️

    • @cyrusliu
      @cyrusliu 4 роки тому

      @@BuatOrangLapo okok. Please share with me the recipe 😊

  • @norhidayahabdulhalim9056
    @norhidayahabdulhalim9056 5 років тому +1

    Resepi akak dipagi raya 😘😘😘
    Nasi impit ngn sayor lodeh..nyummmmmehhhhhh

  • @nuradilahnazri7563
    @nuradilahnazri7563 6 років тому +1

    sedapnyer..sedap ni kalau mkn dgn cucur udang n tauhu sumbat..

  • @Ai_rez
    @Ai_rez 5 років тому +3

    and my mom's recipe smbl kacang also the best..

  • @diniyusrina3054
    @diniyusrina3054 3 роки тому +1

    Woww selalunya kupas buang kulit. Ni terus blend after goreng. Kena cubaaa. Thanks

  • @HunyeeBelle
    @HunyeeBelle 5 років тому +1

    Tq sis.sedap sgt kuah kacang ni.😙 mlm ni hidang utk org takbir pulak.Hubby ckp lulus!!

  • @hannahrifhan172
    @hannahrifhan172 3 роки тому +1

    sumpah sedap sis, my mom and dad suka jugak.. Tq for the recipe.. Now i dah pandai buat kuah kacang yeayyy😚

  • @hasnianimanap5890
    @hasnianimanap5890 6 років тому +1

    Baru lepas masak... Fuh... Menjadi pulak bila ikut resepi puan ni.. Tq.. Slm aidiladha..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Alhamdulillah 😊 Sama2. Salam aidiladha 😍

  • @shasjoe8087
    @shasjoe8087 5 років тому +1

    senang nya bt..selama ni sy berapa kali bt...asik failed je ..selama ni kacang tu sy sangai..rasa leceh je..sy beli dh siap tumbuk...pun tk sdp jgk..tq for resepi..tak sabar plak nk raya..haha

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      sabar2. Puasa dulu😆 tips dia kacang kena betul2 masak, Baru kuah Rasa sedap. Tp jgn terlebih garing pulak. Pahit pulak nnt😁 cili kena masak lama. Nnt baca tips kat description. selamat mencuba ye😊

  • @adnanabdul8142
    @adnanabdul8142 5 років тому +1

    Teringat kuah kacang nasi impit arwah mak ku....
    Tq BOL....MOGA MURAH REZEKI

  • @ara-ra_azaharaputrii3139
    @ara-ra_azaharaputrii3139 4 роки тому

    Terimekaseh lah ye sebab dah bagi tau kan kite kite recipe nih, saye dah cobe dan hasilnya Waaaaaw, baru kali nilah saye dan keluarge merasakan sauce kacang selezat niiiiii dan dari buatan sendiri

  • @wiynchris
    @wiynchris 4 роки тому

    Sya anak lelaki so sya x pernah cuba memasak hahaha... Pagi td suruh mak buat ni tp dia x nak, dia ckp esok je sbb harini dia busy (yeke.. Maybe dia x de mood nk bt senanye haha)... So ape lagi, sya try la saje2... Mana la tau jadi.. Saya ni nasi pun x reti nk bt... So td sya try resepi ni, sumpah menjadi dan sedap!! Thanks!! HAHAHA satu rumah suka.. Ceyy tiber rasa bangga plk LOL walhal tgok youtube hahahaha... Btw ini masakan ptama sya yg bjaya stakat ni slain maggi

  • @yellaa.6242
    @yellaa.6242 4 роки тому +1

    Sis..saya sedang buat ni..adoiiii..hangus lh pulak kacang sy tu😭tp sy teruskn je buat.semoga menjadi lh hendaknya😇

  • @mohdnazrul2013
    @mohdnazrul2013 6 років тому +2

    Kuah kcang it's my favorite..resepi yg bwu nie boleh try..thanks sis..selamat hari Raya aidiladha..untk sis skerluarga dry sya skerluarga..

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Sama2. Salam aidiladha jugak utk awk n family. Thanks 😊😊

    • @mohdnazrul2013
      @mohdnazrul2013 6 років тому

      @@BuatOrangLapo sma2 sis..lao sya dpat mkn kuah kcang n nsi impit nie mmg xckup 1pggan nie..hihi.

  • @nuruljannah3590
    @nuruljannah3590 5 років тому +1

    Sis sy dh try mmg superb!!! Just sy tmbhkn lgi kicap sbb buat rojak mee. Sy tukar gune udang kering geragau kecik tu. X sabar tunggu suami kte makan balik keje kang
    😍😍 Sis sy nk request buat popia basah next video sy suka yg tu🤤🤤

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Alhamdulillah 😍👍 kulit popia basah tu susah jugak nk buat. Nnt sy try dulu 😁

  • @fasrinanina
    @fasrinanina 4 роки тому +1

    Kalau saya tambah lengkuas dan serai di blend lagi sedappppp

  • @muhammadawisabdshahadan1117
    @muhammadawisabdshahadan1117 5 років тому +1

    Tak payah banyak cukup rasa kuah kacang dan sate dari 10 kedai dan pemilik yang berbeza pun akan dapat 10 rasa yang berlainan...kan?..dapnyerrr:-) sate kegemaran saya sate kambing yang dijual di kedai tepi jalan berhampiran jalan jambu meru klang...sedap rasanya,lain dari lain sebab cara perap dan kuahnya kicap...hahaha:-)

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  5 років тому

      Betul sgt Tu😊😊 oo.. boleh try nnt kot2 jalan ke Klang. Hehe. TQ

  • @lutfiahramadanihondo7918
    @lutfiahramadanihondo7918 4 роки тому +1

    terimah kasih ya makanan ini cocok untuk buka puasa, dan makanan untuk hari raya😀🙏

  • @farahshahira7309
    @farahshahira7309 4 роки тому

    Alhamdulilah first time try utk raya PKP ni.. mmg menjadi dan sedap sangatttt. Terima kasih utk resepi! 🥰

  • @aujohan
    @aujohan 6 років тому +1

    Terima kasih sis kongsi resepi kuah kacang...memang tengah plan nak buat kuah kacang

  • @enana4191
    @enana4191 5 років тому +1

    akhirnya jumpa resepi yg simple...thank you

  • @rindu99
    @rindu99 6 років тому +1

    Oh wow!! Thx for the recipe..lama dah x melayari buat orang lapo...lagu yg semakin canggih sekarang dan video2 masakan yg terbaik buat masa kini...keep it up sista! 2 thumbs up!

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому +1

      U'r welcome 😊 thanks for nice comment n compliment 🤩😍

  • @asrilsharil1044
    @asrilsharil1044 2 роки тому

    Dah cuba. Resepi menjadi dan dicari2 setiap tahun

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  2 роки тому

      Alhamdulillah. Terima kasih sudi mencuba dan bg feedback positive 👍🏻😁

  • @davidlim7465
    @davidlim7465 Рік тому

    Still the best kuah kacang video after so many years, thank you so much

  • @auntyatul6876
    @auntyatul6876 4 роки тому

    Ptama kali sa buat kuah kacang, trus mnjadi. Sedap sgt plk tu,..mmg tbaik wlau simple

  • @firaschew
    @firaschew 6 років тому +1

    Wooow..yg satu ni mmg favorite saya setiap masa. Terima ksh kak dan slmt hari raya.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  6 років тому

      Hehe. Boleh la cuba nnt. sama2. Salam aidiladha.😍

  • @user-zn3vb4kp9s
    @user-zn3vb4kp9s 4 місяці тому

    Wau pasti sedap tmksh dgn resep nya semoga bermanfaat Amin

  • @raveenarvanchellte3502
    @raveenarvanchellte3502 5 років тому +1

    Wow boleh cuba resepi ringkas dan mmg nampak sedap

  • @aliciauvangkitchen9880
    @aliciauvangkitchen9880 Рік тому +1

    Wow, memang nampak sedap kuah kacang tu sis, tak sabar nak cuba resipi ni... thanks for sharing this great recipe...

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Рік тому +1

      You’re most welcome. ☺️ selamat mencuba.

  • @SarMaNz
    @SarMaNz 11 місяців тому

    Kacang tu klu masak hangus sikit jadi pahit..lgi sedap kalau tambah gula merah n bagi tekstur warna lgi cantik