Ayam Masak Briyani

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 4 жов 2024
  • Resepi Ayam Masak Briyani yang mudah dengan menggunakan campuran rempah kari dan rempah kurma. Selamat mencuba!
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Ayam Masak Briyani. Lauk ini antara kegemaran saya sewaktu kecil dan sering saya masak sewaktu zaman pelajar dahulu. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur!
    Bahan utama yang kita perlukan 2kg daging ayam, ini cukup untuk 10 orang makan. 8 biji bawang merah besar, dihiris nipis seperti ini, untuk digoreng.
    Untuk bahan kisar, 4 biji bawang merah besar, 2inci halia dan 10 ulas bawang putih. Potong kecil seperti ini supaya mudah dikisar nanti.
    5 sudu besar (50g) rempah kurma, 5 sudu besar rempah kari, 7 biji buah pelaga, 7 kuntuk bunga cengkih dan 1 batang kayu manis. 1 sudu besar lada sulah, 8 sudu besar sos tomato, 3 sudu besar madu, 1/2 cawan (120ml) susu cair, 8 biji lada hijau, 2 biji buah tomato, dipotong seperti ini. 7 biji telur ayam.
    50g daun pudina, 50g daun ketumbar, 50g daun sup.
    Mula-mula kita akan kisarkan bawang, bawang putih dan halia. Tambahkan sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar. Kemudian kisar sehingga halus, dan ketepikan dahulu.
    Rebus telur sehingga masak, kopekkan kulit telur, dan goreng sehingga kuning keemasan seperti ini. Ulang sehingga semua telur telah digoreng, dan ketepikan.
    Panaskan minyak secukupnya untuk kita goreng bawang yang telah dihiris tadi. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang. Goreng dengan api yang sederhana kuat supaya tidak hangus. Bawang goreng ialah bahan yang sangat penting untuk resepi briyani ayam ini. Oleh itu perlu berhati-hati kerana jika bawang hangus, kuah akan berasa pahit. Bila bawang sudah mula menjadi garing kecilkan api kerana bawang sangat mudah hangus pada peringkat ini. Keluarkan bawang bila sudah berwarna begini. Jika kita tunggu hingga garing dalam minyak, bawang akan menjadi hangus kerana ianya akan terus masak walaupan telah dikeluarkan. Toskan bawang dan ketepikan.
    Gunakan minyak bekas goreng bawang untuk menumis bahan kisar tadi, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan untuk 4-5 minit dengan api sederhana. Kemudian masukkan cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Kemudian masukkan rempah kari. Dan rempah kurma. Gaulkan sebati sehingga menjadi pes. Kautkan rempah dibahagian tepi ke tengah, untuk elakkan hangus. Jika api terlalu kuat, kecil kan sedikit. Tambahkan sedikit air supaya rempah dapat dimasak lebih lama tanpa hangus. Kacau! Jangan Tak Kacau!
    Bila sudah pecah minyak seperti ini, masukkan daging ayam. Gaulkan supaya ayam dapat digoreng dalam pes rempah. Masukkan daun ketumbar. Daun pudina. Dan daun sup. Masukkan juga buah tomato. Gaulkan supaya rata. Tambah 2 cawan air. Sos tomato. Gaulkan.
    Masukkan bawang goreng. 1/2 cawan susu cair. 2 sudu kecil garam atau secukup rasa. Renihkan untuk 10 minit. Masukkan madu. Cili hijau. Renihkan 20 minit lagi.
    Tambah 1 sudu besar gula sebagai pengimbang rasa, dan1 sudu besar lada sulah. Gaulkan rata.
    Masukkan telur rebus yang digoreng tadi. Dan renihkan untuk 20 minit lagi. Lauk briyani perlu dimasak lama supaya rempah, bawang goreng , daun-daun menjadi sebati dengan kuah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasak terlalu cepat, ini akan menghasilkan rasa kuah yang kurang sedap.
    Ayam masak briyani siap untuk dimakan bersama nasi minyak ataupun nasi putih. Jika berminat untuk dapatkan resepi nasi minyak, sila tinggalkan komen. Boleh juga dimakan bersama roti bakar. Selamat mencuba!

КОМЕНТАРІ • 117

  • @nasserskitchen
    @nasserskitchen  2 роки тому +4

    Ini resepi Nasi Minyak . Selamat mencuba ua-cam.com/video/0GI0mZjsSHE/v-deo.html

  • @zaarizal
    @zaarizal 2 роки тому +5

    Yes tuan Nasir ,di tunggu resepi nasi minyak nt nak cuba terus msak ayam sekali, halal kan resepi nya ya semoga tuan selalu di murahkan rezeki

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      InsyaAllah saya akan kongsikan dalam masa terdekat. 😀

  • @norashikinabdulwahid3274
    @norashikinabdulwahid3274 2 роки тому +3

    Alhamdulillah...kongsi resepinya..Selamat berpuasa. Terima kasih

  • @hamidahzamhari4980
    @hamidahzamhari4980 2 роки тому +3

    Terima kasih atas perkongsian resepi di video ini, saya telah mencubanya, bukan setakat ayam masak biryani ini, tapi saya telah masak ayam dan nasi biryani juga guna resepi ini... sungguh sedap, saya sangat puas hati, terima kasih sekali lagi...

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 2 роки тому +3

    Alhamdulillah..
    Tkasih share resipi.

  • @mohdkassim8482
    @mohdkassim8482 5 місяців тому +1

    Tq chef..baru tahu rempah beriyani= kari + kurma💪

  • @faridahzainal135
    @faridahzainal135 2 роки тому +1

    Selalu guna rempah beriani je msk ayam tp yg chef kongsi ada kelainan. Nti nk cuba resepi chef nasser. Tkasih

  • @noorainiismail4391
    @noorainiismail4391 2 роки тому +2

    Boleh buat juadah raya..yez!

  • @fatimahangak3864
    @fatimahangak3864 3 місяці тому

    Mantap...mci mhu cuba...terima kasih...

  • @rosidabahrom9963
    @rosidabahrom9963 2 роки тому +2

    Nice and delicious, I will try to cook its.

  • @JafrinJChannel
    @JafrinJChannel 2 роки тому +1

    luar biasa resepinya..

  • @manisahsupaat4436
    @manisahsupaat4436 2 роки тому

    Saya suka mudah utk dipelajari bolih dptkn nasi briyani manta t.q

  • @WanNorehaWanNik
    @WanNorehaWanNik 7 місяців тому

    Sudah masak, sedap sangat terima kasih cef atas prkongsian resepi

  • @noorainiismail4391
    @noorainiismail4391 2 роки тому +2

    Selamat berpuasa Nassir..Nanti buat ni nampak sedap!

  • @Norhana-pp8fk
    @Norhana-pp8fk 2 роки тому

    Alhamdulillah,saya dah cuba masak briyani ni,dng menggantikn dng daging..
    Anak2, cakap sedap sngat😋

    • @Norhana-pp8fk
      @Norhana-pp8fk 2 роки тому

      Trima ksh, berkongi resepi..mudah ni 🥰

  • @fatimahsam5488
    @fatimahsam5488 2 роки тому +1

    Terimakasih kerana kongsi resepi.mungkin Akan sayacuba PADA Hari Raya nanti Dan selamat Hari Raya maaf zahir batin .

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 😀

  • @nabilnasser6964
    @nabilnasser6964 2 роки тому +2

    Very straightforward and easy recipe. Keep it up 👍🏼

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 2 роки тому +2

    Rempa yg senang dpt tqq serr lehh cubo ĺahh

  • @tokpaben9165
    @tokpaben9165 2 роки тому

    Nampak menyelerakan.

  • @fauziahabdullah5070
    @fauziahabdullah5070 2 роки тому +2

    Nak juga resepi Nasi minyak.

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      InsyaAllah saya akan kongsikan dalam masa terdekat 😀

  • @imahnadz4181
    @imahnadz4181 2 роки тому

    Nampak sedap, nk cuba utk buka puasa.

  • @jalinahgunsi2659
    @jalinahgunsi2659 Рік тому

    Nampak sedap sangat2.

  • @dapur_selasih
    @dapur_selasih 2 роки тому

    Sedapnyaa..trima ksh share resipe ya🙂👍👍

  • @masniedlamsin9618
    @masniedlamsin9618 2 роки тому +1

    Tq for the recipe chef ...slmt brpuasa

  • @zainabasmi2700
    @zainabasmi2700 2 роки тому

    Tq tuan.resepi idaman baru jumpa.syukur jumpa channel ni

  • @saniahahmad862
    @saniahahmad862 10 місяців тому

    Assalamualaikum chef
    Blh bgi Resepi, Umi nk Cuba memang sedap resepi chef ni .. t kasih berkongsi ilmu moga di murahkn rezeki chef..Aamiin.

  • @marsneif6374
    @marsneif6374 2 роки тому +1

    alhamdulillah....tq share resepi. nak jgk resepi nasi minyak dr tuan.

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому +1

      Sama-sama. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam masa terdekat. 😀

  • @ir.rijalulfikriofficial.2922
    @ir.rijalulfikriofficial.2922 2 роки тому

    Memang terbaikkk ya...👍🏻👍🏻👍🏻

  • @yuslinawatiyunus6916
    @yuslinawatiyunus6916 2 роки тому +1

    Salam abg Naseer terima kasih kongsi resepinya semoga dimurahkan rezeki sekeluarga aminnn YRA

  • @azizahbasir96
    @azizahbasir96 2 роки тому +2

    T. Kasih kasi resepi

  • @aidaangkasafoods
    @aidaangkasafoods 2 роки тому

    Terima kasih share resipi hebat ini! 🌹

  • @kaksyieda2052
    @kaksyieda2052 2 роки тому

    Terbaik Tuan 😃
    Blh cuba menu berbuka puasa 😃
    Nice video & tutorial
    Selamat berpuasa 😁.

  • @Maria-mj6ji
    @Maria-mj6ji 2 роки тому

    Hmmm looks yummy might give a tries 😋 thanks for sharing 👍

  • @jamalhadan581
    @jamalhadan581 2 роки тому

    Assalamualaikum..sdp nyerr
    nasi minyak resepi pula ya

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Saya akan keluarkan video nasi minyak dalam masa terdekat 😀

  • @rohayantitumiran8684
    @rohayantitumiran8684 2 роки тому +1

    Tq for the recipe sir .. look so yummy 🤤

  • @poziahothman4335
    @poziahothman4335 2 роки тому

    Thanks for sharing the recipe with us 😋 marvelous

  • @millaana2230
    @millaana2230 Рік тому

    Terimakasih 🙏 sudah dapat ilmu ❤

  • @adidalatiff692
    @adidalatiff692 2 роки тому

    Simple dan best

  • @narimahahmad5537
    @narimahahmad5537 Рік тому

    Sedap nya

  • @manisahsupaat4436
    @manisahsupaat4436 Рік тому +1

    T.kasih mudah sedap pasti di Cuba nasib jadi ke tak

  • @zanariahibr7789
    @zanariahibr7789 Рік тому

    Terbaik

  • @poziahothman4335
    @poziahothman4335 2 роки тому

    Nangis beb 🤤🤤🤤🤤

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 2 роки тому

    Terbaik chef. Tq

  • @Sz-io2em
    @Sz-io2em 2 роки тому +2

    Ramadan Kareem bro Nasser!
    Mcmn resepi nasi minyak tu? Dah lama teringin nk mkn ayam bryani dgn nasi minyak semenjak pkp ni 😅

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому +1

      Saya akan keluarkan video nasi minyak dalam masa terdekat 😀

    • @Sz-io2em
      @Sz-io2em 2 роки тому

      @@nasserskitchensy dah try ayam briyani tu dgn nasi serai smlm...wow!!! Mantap banget!

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому +1

      @@Sz-io2em Ini resepi Nasi Minyak. Selamat mecuba 😀 ua-cam.com/video/0GI0mZjsSHE/v-deo.html

  • @machinehead4436
    @machinehead4436 2 роки тому

    Salaam Pak Nasser, this resipi looks good for the coming hari raya. Thank you.

  • @fathihahnasihah1231
    @fathihahnasihah1231 2 роки тому

    Saya nak resepi nasi briyani ayam chef. Nak masak waktu raya nanti

  • @balkhesismail2173
    @balkhesismail2173 2 роки тому +1

    Mohon share Tuan. Stew daging dr Tuan sy dh try.. Alhamdulillah.. jadi.

  • @gadismelayu6959
    @gadismelayu6959 Рік тому

    Thank you for this recipe. My mom and the rest of my family loved it! So good, mama said “Boleh bukak kedai, Sha!”
    Highly recommend that you try this recipe!

  • @abidintelnora7699
    @abidintelnora7699 2 роки тому +1

    Mantap 👍👍👍

  • @azizahali3095
    @azizahali3095 2 роки тому

    Saya ingin d tunjukn cara memasak nasi beryani..dn nasi minyak...Chef

  • @thehouseisfullm.shuhaimi2563
    @thehouseisfullm.shuhaimi2563 2 роки тому

    Terima kasih chef Nasser👍

  • @ZAYDENKiD
    @ZAYDENKiD 5 місяців тому

    mantul

  • @abdlatiffkamarazaman6711
    @abdlatiffkamarazaman6711 2 роки тому

    Salam mantap

  • @rohaidahabdullah6995
    @rohaidahabdullah6995 2 роки тому +2

    Resepi nasi minyak

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      InsyaAllah saya akan kongsikan dalam masa terdekat. 😀

  • @zu0088
    @zu0088 4 місяці тому

    Salam Tuan,tu Daun sup ke Daun bawang?

  • @jamelahbadron6348
    @jamelahbadron6348 Рік тому

    Terima kasih atas resepi yg sgt bagus❤

  • @harugokudera3112
    @harugokudera3112 2 роки тому +1

    Sukaa

  • @mariamharun8348
    @mariamharun8348 5 місяців тому

    Alhamdulillaah. Mohon share. Terima kasih

  • @imahmohamad3057
    @imahmohamad3057 2 роки тому

    Tq chef naseer

  • @Rosliza-do5vs
    @Rosliza-do5vs Рік тому

    Assalamualaikum, nk tanya rempah kari tu rempah kari aym ke atau rempah beriani.

  • @lindayahaya3665
    @lindayahaya3665 2 роки тому

    Yummy .....Bole guna ghee tak?

  • @ainamanda2227
    @ainamanda2227 2 роки тому +1

    Nak resepi nasi minyak chef..

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Saya akan keluarkan video nasi minyak dalam masa terdekat 😀

  • @NursajidahWahab-wy8fi
    @NursajidahWahab-wy8fi 6 місяців тому

    boleh x klau pakai rempah beriyani terus

  • @haniyahlahada2987
    @haniyahlahada2987 2 роки тому +1

    Terima kasih..

  • @norshamishak2952
    @norshamishak2952 Рік тому

    Nak resepi nasi minyak

  • @minaibrahim3477
    @minaibrahim3477 Рік тому +1

    Selepas menonton terus beli bahan tapi salah terbeli rempah kurma dan biryani bukan rempah daging ,bagaimana boleh tk cik gunakan ,trima kasih

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Рік тому

      Kalau dah terbeli rempah briyani boleh guna sahaja rempah briyani tanpa dicampur. Guna kaedah yang sama macam dalam video. InsyaAllah ok.

  • @srikandi1853
    @srikandi1853 Рік тому +1

    Salam En Naser..kalau masak Briyani daging lembu ada kah sama bahan dan cara2nya?

  • @lynxhexagon
    @lynxhexagon 2 роки тому

    Assalamualaikum Tuan Nasser, saya nak resepi nasi minyak boleh?

  • @norainishair6344
    @norainishair6344 2 роки тому +1

    Salam chef. Sesuai tak mkn dgn nasi arab?

  • @firdaus-zd7fj
    @firdaus-zd7fj 2 роки тому

    terima kasih

  • @maktom578
    @maktom578 9 місяців тому

    7:36 Assalamualaikum tuan boleh tak bg resepi ayam masak baryani boleh tak?

  • @azizahsalleh1113
    @azizahsalleh1113 2 роки тому

    Salam,resepi buat Raita

  • @isnania-9672
    @isnania-9672 2 роки тому +1

    Rempah kurma itu terbuat dari apa saja?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Bahan-bahannya termasuk jintan, ketumbar, lada hitam, buah pelaga, kayu manis dan halba. Biasanya saya beli yang sudah siap dikedai sahaja jenama Adabi atau Babas. 😀

    • @isnania-9672
      @isnania-9672 2 роки тому

      Terima kasih, salam dari indonesia

  • @lengkuas
    @lengkuas 2 роки тому +1

    Kalau ganti ayam dengan daging lembu boleh ke?

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому +2

      Untuk briyani daging lembu dan kambing boleh rujuk video ini ua-cam.com/video/sCeyOIdEKuc/v-deo.html 😀

  • @rozeliahanwar1618
    @rozeliahanwar1618 2 роки тому +1

    Minat

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Saya akan keluarkan video nasi minyak dalam masa terdekat 😀

  • @Vikermajit
    @Vikermajit 11 днів тому

    Shifu

  • @norsiahshamibrahim907
    @norsiahshamibrahim907 2 роки тому +1

    Minat

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  2 роки тому

      Saya akan keluarkan video nasi minyak dalam masa terdekat 😀