MUAY THAI Kelab Kuda Merah Shah Alam

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 лют 2025
  • Peninju mewakili KKMSAS, Amirul Ariffin menyifatkan kejohanan itu akan membuka mata lebih banyak pihak terhadap muaythai kerana anak muda tempatan mempunyai potensi dan kelas tersendiri dalam sukan terbabit.
    “Dalam perlawanan itu, saya berjaya mengharungi tiga pusingan daripada lima pusingan dipertandingkan. Boleh dikatakan rezeki memihak saya apabila dalam pusingan ketiga, Pet Rung mengundurkan diri akibat kecederaan. Secara tidak langsung ini melayakkan saya mempertahankan tali pinggang dan bergelar juara kategori itu.
    “Selain itu, reputasi Rosli antara jurulatih berpengalaman menyebabkan saya yakin dengan diri meskipun kalah dari segi pengalaman kerana Pet Rung sering menyertai pertandingan di Thailand. Ini satu kelebihan buat atlet KKMSAS kerana mereka diasuh untuk menang selain keselamatan diri,” katanya.
    Selaku penaja utama, wakil GC MAX, Husna Hanafi melihat relevan menaja acara mahupun minuman kesihatan kerana sukan berkenaan mempunyai reputasi sendiri dalam kalangan peminat seni mempertahankan diri.
    “Muay thai bukan sesuatu yang asing dan saya lihat sukan ini menerima penyertaan besar dalam kalangan anggota keselamatan atau peminat sukan.
    “Menerusi penajaan ini, saya membantu mereka yang aktif bersukan kekal dengan stamina selain secara tidak langsung reputasi minuman ini mampu berkembang sebaris dengan minuman kesihatan yang sering diambil atlet,” katanya sambil mengalu-alukan orang ramai mengunjungi laman facebook GC Max Fat Burner.

КОМЕНТАРІ •