Aku akan bagi full review Myvi vs Persona sebab dua2 kereta ni aku pakai, bini aku beli persona, aku beli myvi, nampak mcm terbalik tp tu hakikat, dua2 kereta ni pun aku yang drive selalu sebab aku takut kalau bini aku drive mcm pelesit, di bawah ni review aku, aku akan breakdown tentang kedua2 kereta ni, tapi tak semua la sebab kt comment ja :- PROTON PERSONA 1.6 Premium CVT (mileage dah cecah 45k+ KM) KELEBIHAN :- 1. Handling mantap, kat selekoh atau nak elak halangan mmg senyum. 2. minyak okay2 je, tak sehebat myvi walaupun drive highway, myvi lagi jimat tapi tak banyak dalam 5-10% ja 3. keselesaan mmg mantap sebab boot besar dan seat selesa, kalau drive jauh takde rasa sakit atau pening. 4. suspension aku boleh katakan terbaik berbanding myvi, langgar lubang atau terlanggar bumper, persona boleh handle dengan baik 5. built quality aku agak terkejut sebab proton dapat buat dengan baik, NVH boleh tahan, tapi tak sehebat japan car, moto lalu kt sebelah pun tak dengar dan agak bahaya sebenarnya. 6. bab safety aku taknak comment sebab dia subjective, kalau dah ajal, bawak mercedes pun boleh meninggal, tapi kalau atas kertas persona ada kelebihan. 7. maintenance biasa je dalam RM300+ kalau kt CS, kalau kt luar lagi murah kot tapi aku tak pernah cuba 8. Interior biasa ja tapi lebih berkualiti berbanding myvi. dua2 guna steering electric tapi persona lagi sedap sebab dapat rasa feedback lepas ambil selekoh tajam atau langgar lobang. KEKURANGAN :- 1. design aku akui mmg mcm lipas atas jalan, nampak tua, bulky, tak nampak moden, mcm takde hala tuju, depan okay, belakang mcm hampeh 2. gearbox CVT paling aku tak minat kt persona ni, takde feels jerking, bunyi pun mendatar, agak slow pickup lagi2 bila nak memotong, tapi once dah laju 100+ kmh lajak dia agak selesa, 120kmh nak ke 160kmh ajak laju, best untuk pemanduan highway dan bunyi angin bila laju tak kuat, dengar sayu2 je. 3. legroom untuk penumpang belakang tak berapa besar mcm myvi. 4. itu je kut, cuma concern aku pada gearbox CVT dan pickup acceleration kereta agak lemau. 5. harga market senang jatuh, aku baru pakai 2 tahun dah turun dalam 20k. PERODUA MYVI 1.5 AV (mileage dah 38K+ km) KELEBIHAN:- 1. design mmg lawa jauh beza dari persona, untuk anak muda mmg ngam dengan MYVI. design interior biasa2 je 2. leg room besar tapi seat kecik 3. compartment banyak, siap ada charge kt seat 4. lampu LED dia mmg terang kt jalan, kalau balek kampung tak risau jalan gelap 5. senang nak parking sebab compact car 6. pickup lagi better dari persona sebab kereta dia ringan plus dia guna engine berkualiti dari toyota dan durable 7. spare parts & accesories mmg bersepah dan banyak, pening aku nak beli yang mana sebab semua lawa2. KEKURANGAN :- 1. handling mcm sampan, aku rasa semua perodua mcm tu sebab chasis biasa dan kereta ringan, perodua pun tak bagi high spec punya part selain dari engine dia. kalau bawak 130kmh, kereta dah mcm kereta terbang, lagi2 lalu sebelah lori atau bas 2. high speed conering aku lagi suka persona, sebab myvi kalau high speed conering mmg rasa mcm nak terbang dan rasa tak yakin, pernah sekali terbabas amek selekoh nasib sempat counter balek steering 3. interior aku berani cakap mcm murah sikit berbanding persona, kalau tekan2 dashboard atau bahagian pintu tu, mmg macam lembik, tak keras mcm persona 4. maintenance lebih kurang persona cuma perodua ada recall balek untuk tukar fuel pump, at least dia recall dan tak buat bodoh. 5. bunyi rattling memang kuat dekat myvi, kalau langgar lubang satu kereta bunyi, bunyi dashboard dan bunyi dari boot belakang, bunyi2 dashboard bunyi chasis agak kuat, NVH boleh tahan, yang aku tak faham kenapa default setting eco mode on. 6. satu lagi pasal seat myvi, punya laa kecik mcm baby seat, separuh peha je cover, sebab tu rasa legroom besar, kalau duduk belakang lagi kecik + headrest tak rasa langsung. kalau duduk belakang memang pening, tak tahu kenapa, aku rasa suspension setting tak berapa cantik, kalau duduk belakang dalam 1 jam driving mmg rasa pening & nak muntah. KESIMPULAN :- myvi dan persona masing2 ada kelebihan dan kekurangan, dua kereta ni mmg sesuai nak di bandingkan sebab harga lebih kurang. kalau aku boleh pilih aku jujur akan pilih PROTON PERSONA sebab :- 1. lebih besar dan selesa 2. handling 3. interior quality kalau cerita pasal after sale service proton mmg tak boleh lawan perodua, tapi kena ingt after sales service ni bukanya tiap hari kau perlukan, keselesan dan handling tu kau akan guna everytime kau drive. lagipun loan kereta biasa 7-9 tahun, dalam tempoh tu mcm2 boleh jadi, ntah2 dah ada 3-4 anak, bini dah dua, nak bawak scandal. betul kata Naz, kena fikir jugak kegunaan masa depan sebab bukan pakai kereta 1-2 tahun tukar lain, lain laa kalau beli cash. itu sahaja dari saya, harap review jujur saya ni dapat memberi sedikit manfaat kepada anda untuk memilih kereta.
Sama laa. Kalau duduk belakang mesti rasa pening kecuali kalau aku drive. Okay tak ada masalah. Macam mana pun family first sebab bila guna myvi lama dapat rasa susah bila anak 2. Bro. Itu bukan skandal tapi PA. Hahahah. Ayat cover sikit 🤣
Saya pakai Proton Waja. Dah 19 tahun. perbatuan dah lebih 600,000km. enjin dan kotak belum servis lagi, masih baik. Selesa untuk jalan jauh. Handling sedap. Saya apakai sampai hari ini. Kemudian saya beli Proton Exora. Usia dah 12 tahun masih elok dan selesa juga untuk jalan jauh, walaupun enjin Campro CPS. Proton Ok kalau pandai jaga dan tahun cara pemanduan yg betul. Kalau saya saya pilij Proton Persona untuk jalan jauh tapi Myvi pun OK. Masing-masing punya minat tapi jangan lah perlekehkan antara satu sama lain.
Sebagai pengguna myvi dah 7 tahun, apa yang dicakap tu mmg betul sekali. Isu terbesar adalah saiz boot. Saya beli sebelum kawin, lepas kawin nak balik kampung la, banyak barang dll mmg susah sikit. Wife ada saga tapi problem saga ni nak bawah jauh sakit kaki & ruang tempat duduk agak sempit, myvi lagi luas & selesa. So skarang sayay angkut Proton S70, tempat duduk luas selesa, boot pun luas
Dulu sebelum beli kereta pertama aku, persona dgn myvi adalah pilihan utama dengan budget bayaran bulanan yg setakat aku mampu. Lama jugak utk aku buat pilihan, sebab aku fikir nak pakai kereta ni lama, kena bayar 9 tahun. Aku start tgk youtube search apa kelebihan dan kekurangan antara 2 kereta ni. Aku pergi ke pameran kereta kat maeps serdang test drive persona. Aku tgk kerangka body dia gunakan teknologi hpf, boot yg sgt luas, boleh bawak brg banyak sesuai utk aku yg baru berkahwin nak berkeluarga. Handling dia mmg baik, stable. Test ambil corner mmg confident. Tapi aku tak terus buat keputusan, aku tunggu dulu myvi baru masa tu belum keluar lagi. Aku hold dulu. Then ada pameran kereta lagi, aku pergi, ada pelancaran myvi teaser masa tu. Mmg tak dinafikan myvi jauh lebih sporty dan cantik. Aku tengok review² ttg myvi. Myvi ada kelebihan lebih jimat minyak, body cantik, headlamp led, mmg utk org yg berjiwa muda dan of coz engine lebih tahan lasak dan resale value yg lebih tinggi berbanding persona. Dalam fikiran aku, aku beli kereta ni utk pakai selama mana yg boleh aku pakai. Aku tak fikir utk jual balik. Aku nak kereta yg selesa utk keluarga, ada space utk simpan barang yg byk kalau jalan jauh dan balik kampung. Dan yg paling penting sekali, aku nak kereta yg provide safety features yg terbaik utk keselamatan ahli keluarga aku kalau berlaku apa² kemalangan yg tak diingini (naudzubillahiminzalik). Kebetulan masa tu byk aku tgk org accident teruk pakai preve tp cabin @ penumpang hanya cedera ringan. Mmg aku impressed giler. Dan disebabkan itulah aku memilih proton persona sebagai kereta pertama aku, mengatasi myvi yg terkenal dgn jimat minyak. Bg aku duit utk isi minyak bukan masalah utama. Tapi keselamatan aku dan family yg aku titikberatkan dlm pemilihan utk jangka masa panjang. Alhamdulillah aku dah pakai persona 2 tahun lebih, mileage 76k, setakat ni tak pernah ada apa² masalah. Yg penting jaga waktu service je. Top speed pernah capai 180km/h. Mmg stabil dan confident ambik cornering, tapi tayar mesti tukar dulu daa. Tayar stock Silverst0ne mmg failed. Hahaha. Overall aku berpuas hati dgn persona aku, psl cvt tu aku faham byk org risau, tapi kalau kita pandai cara bawak dan servis on time InshaaAllah takde apa² masalah. Tq nazz abdullah buat review ni, aku percaya ramai yg penasaran mcm aku dulu. Dgn adanya video ni mudah²an dapat bantu korang buat keputusan dalam ambilkira kriteria pemilihan kereta yg korang akan bayar selama 7-9 tahun.
@@zaidyusoh8985 kalau dapat bos try dulu test drive dua² kereta ni. Ambil masa yg cukup untuk belek habis² dulu. Sebab beli kereta ni bukan boleh terburu². Then buat keputusan sendiri. Baru bos akan puas hati dan takkan menyesal sebab dengar kata orang.
Antara sebab yang sama juga aku beli Saga FL dulu berbanding Axia sebagai kereta pertama aku ketika mula kerja. Sebab, bila aku kawin sampai anak dua Saga tu jugak yang biasanya memenuhi keperluan bawak barang baby. Bini aku pulak bila dpt anak pertama, beli Axia untuk bini aku ulang alik balik kerja dan hantar anak ke pengasuh jer. Jalan dekat2 pergi kedai kejap pun pakai axia. Bila dapat gaji, nak beli barang dapur stock 2 minggu, memang Saga tu la yang berguna. Sekarang dah anak tiga, Saga dah jual, angkat New Persona nie. Lebih selesa dan ruang bonet lebih besar. Anak2 pun gembira tengok youtube kat LCD Screen dalam kereta dengan kualiti bunyi yang baik.
Bagi orang yg pakai kereta dlm tempoh yg lama, memang berbaloi pakai proton sbb kepuasan memandu.. Kalau pakai kejap, nak tukar2 kereta ambeklah myvi.. Sy ada proton n myvi tapi lbh sayang proton..speaker pon mmg terbaikk
Myvi sesuai untuk org perempuan yg masih bujang manaka Pesona sesuai untuk lelaki bujang yang akan berkahwin dan punya keluarga sendiri... Bagi saya masing2 ada kelebihan..
Sy bujang lagi dan dah test drive dua2 last decides amek persona. Utk long term. Dgn bulanan yg lebih kurang dpt extra bonet cc lebih skit haha n safety2 yg ade
Sy dah beli 2,2 model ni. Nak main dlm bandar dan pergi pasar naik myvi, balik kg naik persona. Setiap model ni ada kelebihan masing2. Tapi persona lagi sedap.
Umur 27 tahun. Belum kahwin... dah ada Protom X70. Memang rezeki kita ni lain lain. Apa apa pun kepada yang baru nak beli kereta. Bagi saya, video ni cukup bagus explaination dia.
@@muhammadsyahrulnaim6273 itulah dalam kehidupan ini kena bijak, macam saya tidak sekolah tiada SPM.. boleh aja beli rumah. Saya merantau seawal umur17 thn. Selepas itu saya cari pengalaman, dan Alhamdulillah saya sekarang... Bukan saya yang dahulu
sy pakai persona..memang minyak boleh tahan tp... sesuai untuk yang berkeluarga... lg pun proton sekarang x mcm wira zaman dulu :) ... kerusi persona sedap... kalau buat cornering badan lekat x terbuang.. hihihi dah pakai baru faham... handling boleh tahan.. nak potong naik gunung pun sedap...hihihi
Sy ikutkn suka myvi. Design lawa. Lgi2 utk bujang laki mcm sy. Umur 22. Nmpk style. Tpi sy fikir long term. So sy dah beli persona. Sedan. Ruang bonet luas. Sy fikir kalau amik kete myvi byr loan 9 tahun. Kereta kecik. So sy terus amik persona. Dlm masa 9 tahun sy masih berbaloi. Biarlah org kata kete org tua, kereta cepat rosak lah hape hahaha. Apa2 barang kalau tak reti jaga. Rosak juga. Sy fikir kemudahan sy. 😂😂😂. Nak pergi bercuti nk bwk barang bnyk. Bwk family. Best. Sy ikut keperluan. Terpaksa buang kemahuan 🤣🤣🤣 tapi terpulang masing2. Ini pemikiran sy. ✌🏻
Sebelum korang nak beli persona tu, harap bersabar sedikit tunggu persona facelift 2021. Perubahan punch CVT gearbox ke 4AT rasanya berbaloi. Persoalan myvi vs persona ni mmg bermain di fikiran terutamanya utk fresh graduate sbgai kereta pertama.
timing chain lah... RV tinggi,Jimat minyak, senang parking,Tahan... Persona ruang boot besar handling sedap cuma spearprt proton come lah jaga after sales
Pd aku, kalo kalian org yg suka memandu, suka late braking, suka dengo tayar berkokok bila layan selekoh2 pendek, x cemas bila lalu jln yg ada genangan air, x pentingkan paras rupa, bontot x kebas driving berjam2, x kesah dgn layout enjin yg guna timing belt, persona sesuai dgn korang. Tp, kalo nk nmpk muda, stylish, sporty, jimat myk, enjin guna timing chain yg x perlu fikir nk tuko timing belt, yg x pentingkan performance, yg xda nk buang tebiat bila jumpa jln2 berselekoh, yg x risau pedal brek kejap jauh kejap dkt, yg x kesah dgn _jerking_ pd gear 1, korang boleh amek myvi baru tu. Ok x pndpt aku yg pernah guna myvi ni..? Bila dh pakai myvi, barulah aku tahu yg myvi ni bkn keter yg sesuai utk aku..😁😁😁😁
timing belt bukan tiap bulan tiap tahun nak tukar...100 000km tu dah berapa tahun kan 😁 kalau chain tak.pandai jaga myk pelincir nak gegar abis...kalau nak tukar makan modal...keta aku vios pakai chain bunyi kasar jugak...xleh overhaul kena tukar engine 😅
Aku pilih myvi sbb aku owner myvi hehehei. 2009 - 2021. Masih gagah di jln raya. X pnah rosak or breakdown tgh jln. Worth your money. Yg penting dh hbs baya ahaha..
Proton after sale sangat teruk. Hantar Persona sbb radio x function dgn lampu air bag menyala, diorang blh suruh refer kedai luar alasan sbb diorang xda software utk radio yg airbag pulak diorang suruh buat check wiring luar😪. So, sbb ape wujudnye Pusat Service Proton kalau x blh nk solve masalah?
@@fuzashahrul5644 Dah complain kat website proton. Alih2 kte pulak kna marah dgn staff sbb buat complain. Setel dgn manager diorang jer. malas nk panjang cerita.
Dua jenis kereta ni la yg buat aku berfikir sampai berbulan-bulan nak ambil mana satu dengan timbang tara keluasan, tempat duduk, cc, size rim, hp enjin dan kekuatan..hampir setahun jg la sy fikir dalam2 akhirnya sy putuskan beli bas..
Abang nazz saya nak Tanya . Saya jumpa proton preve 2018(last refinement) saya lihat di mudah.my. . Berharga RM39k. Jadi bebaloi tak kalau saya beli kereta dalam keadaan bujang berumur 18 OK. Hehehehe
Persona vs myvi i akan pilih myvi. Kat rumah saya ade persona and axia, persona lg bnyk masalah berbanding axia saya. Walaupun jarak jauh tak selesa ngan axia tapi saya still prefer axia sebab takde masalah pun. Lg lg dengan cvt gearbox persona and bnyk provblem dengan steering persona laa i pun ckp yg sc proton still mereka tak tahu ape masalahnyaa
sy masih setia dgn proton bang nazz...waja cps sbiji...beli pulak proton wira se ori kilang x usik ape2 lg...nice lah tu kan...tp mak mertua punya sy suggest die amik axia...hahaha...sm2 ade kelibihan kekurangan...x gtu...sukses slalu bang...👍🏻👍🏻👍🏻
actually Proton ibarat Honda, Perodua ibarat Toyota. kenapa? sebb Proton klw ko lenjan enjin sangat merdu, x kuat dengar dan power memang mantap, saya owner Saga 1.3 premium dan ini aku nak cerita pengalaman bawak kereta sendiri. oh handling memang tip top dh try buat dekat Pineng otw nk balik jalan yang corner nk naik jambatan, bawak 80kmh tayar langsung x slide. lagi satu besi kereta memang rasa mcm besi waja haha, aku duduk atas bonnet, sandar dekat fender memang x melembung. Perodua pulak ni kereta mak aku Viva Elite, enjin memang respond ko tekan sikit memang dia pergi cuma dalam speed 10-60kmh la, lebih tu ko kena tekan dalam baru respond, engine memang Perodua sama mcm Toyota guna pi lama mana 10th keatas ka engine tetap x dk isu. of course jimat minyak la tapi jangan harap nak bawak dekat highway mcm org gila 140kmh, kereta terbang satgi jawabnya😅 material besi x solid sampai sekarang x tau kenapa duduk sandar dekat fender pun dh masuk dalam nasib x kemek. kesimpulannya, semua kereta ada kebaikannya keburukan sendiri, klw nk drive feeling yang senyap, lenjan 150kmh x rasa, ambik corner dengan confident, nak boot yg luas, ambik Proton. kelemahan parking susah skit sebb besar, minyak x save x tau sebb apa dari dulu lagi. klw nak kereta jimat minya, jalan dekat² no hal ez to drive, suka main keluar simpang tekan minyak terus respond, design lawa blh buat masuk barang x ori tukar suspension, body kit, copy right apa semua, pilih Perodua. kelemahan, body x kuat, terlalu ringan, handling siap dgn body roll, boot kecik. that all tq*
Saya prefer Persona over Myvi utk long term usage. So saya beli Persona dan saya berpuas hati. Cuma harapnya Proton dapat jaga customer dengan after sale service mereka.
@@madmohd4434 smpai bila nk bujang...lebih baik...beli kereta yg ada ruang yg besar..sbb,dulu...sblm sy beli persona...mmg nk amik myvi...tp,bila fikir masa depan....lebih baik beli keta besar ckit dr myvi.... Smua tu,ikut kesesuaian masing²....
Kelebihan Myvi -sistem safety terkini cth a.s.a 2.0 yg boleh guna sehingga 80kmh -praktikal -minyat jimat -design yg lagi cantik -enjin yang lasak dan tahan (teknologi toyota/daihatsu) -sparepart murah -maintenance murah (teknologi toyota/daihatsu memang maintenance murah) -sesuai untuk daily use (cth.pergi balik kerja) Kelebihan persona -handling tak perlu ckp memang terbaik -boot besar -kabin lebih senyap -sound system lebih baik -better nvh -untuk jalan jauh memang sesuai tapi minyak makan lebih berbanding myvi Dengar citer ramai complain pasal service center proton ni lembab dan after sales kelaut ,nak tukar getah pintu pun kena tunggu 2 minggu baru stock ada😅
Saya pengguna persona tp tahun 2013, pernah juga merasa myvi, bagi saya persona lebih sedap dari segi handling, perjalanan jauh & juga bandar. Myvi pula lebih sedap utk perjalanan dlm bandar,minyak. Kalau org yg ad kereta lain okeylah ambk, tp ni pendapat saya laa, maaf andai ad kekurangan.
Betul macam Naz cakap. Pengalaman. Masa nak mula2 beli kereta ambik Myvi sebab hatcback, senang nak park sebab kecik, lagi bergaya dari Persona. Tapi bila dah jadi ayah, rupa kereta dah tak penting, apa lagi penting practicality. Persona ada boot yang jauh lagi besar dari Myvi. Sampai sekarang agak terkilan. Bayangkan nak balik kampung dipahang bawa isteri, anak dan barang2 baby. Thumbs up utk Naz and team!
jangan nyesal. sekurang dah dapat enjoy sikit. daripada awal² dah kete family sedan.. sampai tua tak merasa sporty simple car. bila dah kawen pun utk kete kecik ni kita akan jadi minimalist, tak perlu brg² byk. perkara bagus juga
sy penguna dan pemilik proton iriz model 2014 dan slalu juga bawa perodua myvi 2019(kereta kakak) tak pernah bawa persona model 16+ tp sy yakin kereta nie sngat berbaloi utk dibeli khas buat jejaka2 malaysia. power ada handling ada jimat minyak juga dan yg paling pting looks premium car huhu
Saya baru beli myvi av 1.5 2020 , jujur saya ckp go for iriz or persona , sbab myvi ni design , features , safety technology mmg terbaik , tpi comfort out , saya bwk iriz 2019 kwn sye lagi sedap n selesa
sama. saya owned both. myvi n persona.. dlm kes ni sya blh lah cakap lebih.. sya myvi wife persona.. bila kawin 2 pakai.. have to say, myvi a bit useless when u start a family,, kalau ade sedan.. selesa dn space tu lebih kpda persona.. tmbh lgi performance persona better skit dri myvi.. ride and handling tkyah cite lah.. sedan.. proton handling plak tu.. of course persona menang.. anyhow, duit memasing.. tpi klu ade anak muda luar sna bca komen ni, dengor lah ckap abg ni. ^^
@@NazzAbdullah yg hatchback c segment hidupkan blk. Krg bersaing pasal cukai kereta mahal sgt. Desak krjn turunkan cukai kereta supaya kereta segment C diminati oleh owg muda.
Sy pn guna myvi. Pilihlah persona. Sbb ketegori bekeluarga ni perlukan keta yg luas skit. Nk2 klw anak aktif. Myvi pn bgus dalam kelas dia, persona pn ada kelebihan dalam kelas dia.
Betol bang.. pilih kereta mengikut keperluan dan kemampuan.. walaupun proton ramai yg kecam.. serius sy ckp dh 10 tahun sy bersama proton preve, xpernah mengecewakan sy dri segi keselesaan dan kemampuan.. perodua pun not bad tp untuk keselesaan keluarga sy lebih suggest kn proton.. #KalauTakBolehIsiMinyakJanganGunaKereta
saya tengah tungu loan untuk honda city baru tapi bila fikir2kan saya baru nk beli first car rasa macam terlebih pun ada klau nak ambil honda city, agak apa pendapat abg nazz. bantu saya untuk buat pilihan yang bijak takut nnti menyesal di kemudian hari
Dr pandangan saya utk harga honda city bttr beli proton exora tu sebab 7 seater and then boleh guna kalau masa mco hilang kerja utk bisnes gerai tepi jalan. Hahahahaa
Honda city is a good car.. Tp apa pun beli ikut kmampuan masing2.. Yg penting kita jgn bayar duit kereta lebih drp 1/3 drp keseluruhan gaji bersih kita.. Max 1/3.. 🙏🏽🙏🏽
Kira betul betul bila nk beli kereta. Jangan hanya pikir bayaran bulanan. Pikir jugak setiap tahun nk renew insurans, tayar (incase tayar bocor), maintenance (in case terlanggar atau terkena bumper,divider etc). Just my 2 cent
Kalau boleh sabar sikit, saya cadangkan tunggu persona yg baru nanti. Sebab persona dngan city sama2 sedan sekmen B. Saiz pun lebih kurang. Tapi xsilap city bru ni lebih lebar dn lebih rendah dri model lama. Persona yg bakal keluar ni x thu lgi spek dia. Persona 2019 jauh lebih bik dri model 2016. Mungkin yg akan dtg ni lebih bik.
Beli saga flx 2013 mmg quality out.. relay kipas asik rosak. Lampu kerap terbakar. Mcm voltage x sekata. Sama jgk dgn preve. Tu proton yg dulu lah. Yg latest ni x tau. Tp bila dh kena cmtu, kepercayaan menurun. Now sy drive myvi 2018. Sy suke. Tp g kje ride motor 😅. Sbb lg seronok ride dari drive.
Saya pakai Saga FLX 2012, selalu jalan jauh. Banyak gak problem. Tahun lepas baru beli Persona. Banyak sangat beza. Berbaloi beli kalau selalu jalan jauh.
Aku ada persona 2009 manual dan myvi lagibest 1.5 manual. Aku belum berkeluarga. Bg aku myvi jimat mintak.aku guna utk g kerja. Persona aku guna bila balik kpg. Persona sedap,handling.minyak long distance sama ja antara persona dan myvi. Tp in town myvi is good.
kalo da rancang nk kawin so better ambik pesona terus, sebab barang family kompom akan bertambah......sambil barang barang kerja disumbat kat space yg lebih besar..................myvi untuk yg tak bawa banyak benda, untuk santai, yg tk kawin kawin walapun da abis belajar, myvi still pilihan yg baik
terbaik bro Naz highlight kan benda yang betul. nak beli jangan ikut orang. kena fikir keperluan diri. kalau aku, auto pilih proton persona la. safety dan handling lebih dipercayai.
Saga lebih jimat minyak kalau long distance berbanding bezza..seat position utk driver dan penumpang lebih kt saga..aircond xyah cakap la kalau proton,nvh pon senyap saga..bezza ok klau town..minyak jimat dlm town..seat plak kecik,seat blakang plak tegak..ruang boot lebih kat bezza..tp x elok bwak brang penuh boot selalu..rosak suspension dengan bearing tayar nanti..masing² guna 4AT gearbox..so pilihan dekat tangan tuan..ni pengalaman sy test drive dua² model ni dan review dari owner yg dh pakai model ni.
Sy pengguna proton persona premium ruby red 2021.. dah service pertama 1000km... Alhamdulillah syukur. .sgt puas hati pakai persona ni.. nikmat pemanduan yg sgt ohsem..CVT lagg pun hampir tiada..respon cepat... penggunaan minyak plak pada sy lebih sikit dari perodua ..kalau dulu sy pakai Myvi biasa isi rm20..tapi persona sy isi rm30 utk km yg sama.pada sy masih jimat lagi..dan yg paling the best handling persona ni.dpt rasa keseronokan memandu kereta yg tak pernah sy rasa selama ni..akan guna dgn cermat kereta persona ni .sy plak jenis tak suka drive laju..al maklum lah pemandu tanker Shell..dah biasa dgn kelajuan 75km/j haha.. ape2 pun setakat ni sy amat berpuas hati dgn Proton persona premium 2021..pandu cermat jiwa selamat..ingatlah insan yg tersayang 🌟🌟🌟🌟🌟
assalamualaikum bang..saya dalam planning nk agkt persona executive 2021 ni..terima kasih atas review yg penuh isi dan berguna..cuma part minyak tu kan, maksudnya kalau kita bwk jalan raya standard bukan high way dgn kelajuan yg standard, minyak dia kuat jgk ke?
cabin persona jauh lebih padu dari myvi ..part ni yang patut diutamakan bagi keselamatan ahli keluarga dan diri sendiri..yang king of highway, silap hari boleh go owhh jangan bangga sangat pandu laju-laju ..yang cakap tentang market value ,jangan lah kau pandang kereta perdana macam kereta eropah dan japan memang tak sama lah market value lepas 6/7 tahun .. so tak nak drop sangat harga nak jual balik ambilah loan singkat ,jangan kau lenjang kereta tu sampai seksa kereta tu ,dalam setahun 10 kali berubat memang payah lah ... 5 tahun paling bagus untuk loan ...
Bagi saya myvi dan persona dua2 ok..tapi ikut kemampuan dan kesukaan masing2 kereta mana yg nk d beli antara dua ni..bagi saya beli persona cun sebb akan dtg kita akn bkeluarga ada ank tak la bfkr nk trde in ambik yg besar n luas bonet lagi..
@@NazzAbdullah sebelum beli saya tengok semua review bro Nazz pasal kereta2 dalam bajet saya. Last2 sepakat suami isteri angkat persona sebijik. Terima kasih Nazz Abdullah
Org beli myvi ni biasanya as a 2nd car. Student pun banyak beli. Sebab beli senang bawak senang maintain senang parking memana. Harga lebih kurang. Tapi of course 7 tahun keatas nanti mesti rasa nk jual sebab nak “upgrade”. Myvi tahu jelah resale value macam mana. Kau still boleh buat downpayment just jual je kereta tu tanpa keluar satu sen. Sebab tulah myvi ni no 1 di malaysia. Pikir ye malaysian kenapa org pilih myvi ni
Bli myvi.. bila nak jln jauh dah kawen dan ad anak.. pinjam kereta abg, pinjam kereta adik, pinjam kereta ayah, pinjam kereta member.. bila tanya knapa.. myvi mne muat nak bwk buai, beg, bakul susu, pampers, stroller.. bagi aku myvi ni praktikal sebagai 2nd car dan untuk gadis2/bini2.. sebab kereta bkn nak pakai 3 ke 4 tahun je melainkan anda anak Aliff syukri.. Dato vida.. mintak je dpt audi.. x minat audi tukar wira.. x minat wira dah tukar kancil.. hbs trend kancil.. tukar mira..
Saya pengguna kereta 'hatchback'dan sedan, hatchback antara kelebihanya senang 'parking' serta memotong kerana saiznya lebih kecil, sedan antara kelebihan nya adalah bonet ruagan bagasi besar dan terpisah dari ruang kabin jadi bila isi barangan berbau baunya kurang sedikt tampa perlu letakan barangan tersebut dalam bekas tertutup, karpetnya senang cuci jika terkena kotoran /mudah untuk dibuka kerana berasingan dari karpet kabin berbanding kereta hatchback, model baru hatchback mungkin berbeza
Persona dan Myvi memang kereta Segmen B yang berbaloi tapi akhirnya saya pilih Persona sebab memikirkan saya ini lelaki dan bakal ketua keluarga, perlu kereta dan boot besar. Kalau perempuan tak apalah pilih Myvi untuk kemudahan parking dan memandu, kereta keluarga minta suami pula yang beli 😇.
Saya masih lagi berbelah bahagi antara myvi vs persona. Ya, on paper proton akan menang dri segi specs, space dan practicality tapi after sell proton, masya allah pernah trkena kat ayah sndiri.. menyesal weh.. gearbox nk baiki 7k
Sebab tuu dorang collab dgn geely. Nak kurangkan kos dan banyakkan sparepart barang rebadge. Perodua tuu mudah sbb barang rebadge daihatsu toyota sbb tuu banyak sparepart.
dlm warranty claim je.. myvi pun ade je kes gitu bos.. klu luar warranty myvi pun harge tu gak klu gearbox rosak. haha.. percayalah sedara, saya own both.. persona akan lebih byk gunanya dn lebih byk selesanya.. myvi awal² brguna, dh brkeluarga a bit useless dan uncomfortable for family car.. bkn on paper je.. real exp
Yang kes Exora punta hos turbo sampai 2 minggu tu masih boleh terima lagi....yang sakit hatinya absorber belakang X70 sampai nak dekat 3 bulan baru dapat
Betul2..Masa Sy bujang ,dah kawin & ada anak sorg sy guna persona, bila dpt anak no 2 tukar kpd alza, tambah lg sorg anak yg ke3 sy tukar kpd aruz plk.. Wife guna myvi so kereta tu kereta kedua utk kerja..bila anak ramai byk brg2 nk kena bwk huhu..
Aku pemilik proton persona lama 09 . Tp klau diberi pilihan skrg ni untuk pilih prsona 20 dan myvi . Aku akan pilih myvi disebabkan design yg lawa dan jimat dri segi fc . Tp skrg ni tetap dngn pilihan hati proton persona 07 campro 1.6 manual . Handling , top speed atas highway sngt mantap bawa penumpang penuh kreta siap bonet penuh masih steady 180kmh .
kete perodua ni ringan... sebab tu jimat minyak.. tapi kalau tertepis sikit je dh melayang bahkan ade yg terbalik lagi... bukan nak kecam ke ape ke tapi untuk safety sebab kete proton ni body solid... bawak pon sedap... tapi kalau kita bawak kete bagus mcm mana pon orang lain bawak x bagus boleh jadi punca jugak... itu yg takut tu... sekian luahan owner persona elegance yg gagah perkasa di highway😁🙏
ua-cam.com/video/0HfpvpoLkyU/v-deo.html 🙊
Bang nak tanya... Klau pilihan antara ativa H dan persona premium mna yg lagi ok klau mngikut abg laa????
Aku akan bagi full review Myvi vs Persona sebab dua2 kereta ni aku pakai, bini aku beli persona, aku beli myvi, nampak mcm terbalik tp tu hakikat, dua2 kereta ni pun aku yang drive selalu sebab aku takut kalau bini aku drive mcm pelesit, di bawah ni review aku, aku akan breakdown tentang kedua2 kereta ni, tapi tak semua la sebab kt comment ja :-
PROTON PERSONA 1.6 Premium CVT (mileage dah cecah 45k+ KM)
KELEBIHAN :-
1. Handling mantap, kat selekoh atau nak elak halangan mmg senyum.
2. minyak okay2 je, tak sehebat myvi walaupun drive highway, myvi lagi jimat tapi tak banyak dalam 5-10% ja
3. keselesaan mmg mantap sebab boot besar dan seat selesa, kalau drive jauh takde rasa sakit atau pening.
4. suspension aku boleh katakan terbaik berbanding myvi, langgar lubang atau terlanggar bumper, persona boleh handle dengan baik
5. built quality aku agak terkejut sebab proton dapat buat dengan baik, NVH boleh tahan, tapi tak sehebat japan car, moto lalu kt sebelah pun tak dengar dan agak bahaya sebenarnya.
6. bab safety aku taknak comment sebab dia subjective, kalau dah ajal, bawak mercedes pun boleh meninggal, tapi kalau atas kertas persona ada kelebihan.
7. maintenance biasa je dalam RM300+ kalau kt CS, kalau kt luar lagi murah kot tapi aku tak pernah cuba
8. Interior biasa ja tapi lebih berkualiti berbanding myvi. dua2 guna steering electric tapi persona lagi sedap sebab dapat rasa feedback lepas ambil selekoh tajam atau langgar lobang.
KEKURANGAN :-
1. design aku akui mmg mcm lipas atas jalan, nampak tua, bulky, tak nampak moden, mcm takde hala tuju, depan okay, belakang mcm hampeh
2. gearbox CVT paling aku tak minat kt persona ni, takde feels jerking, bunyi pun mendatar, agak slow pickup lagi2 bila nak memotong, tapi once dah laju 100+ kmh lajak dia agak selesa, 120kmh nak ke 160kmh ajak laju, best untuk pemanduan highway dan bunyi angin bila laju tak kuat, dengar sayu2 je.
3. legroom untuk penumpang belakang tak berapa besar mcm myvi.
4. itu je kut, cuma concern aku pada gearbox CVT dan pickup acceleration kereta agak lemau.
5. harga market senang jatuh, aku baru pakai 2 tahun dah turun dalam 20k.
PERODUA MYVI 1.5 AV (mileage dah 38K+ km)
KELEBIHAN:-
1. design mmg lawa jauh beza dari persona, untuk anak muda mmg ngam dengan MYVI. design interior biasa2 je
2. leg room besar tapi seat kecik
3. compartment banyak, siap ada charge kt seat
4. lampu LED dia mmg terang kt jalan, kalau balek kampung tak risau jalan gelap
5. senang nak parking sebab compact car
6. pickup lagi better dari persona sebab kereta dia ringan plus dia guna engine berkualiti dari toyota dan durable
7. spare parts & accesories mmg bersepah dan banyak, pening aku nak beli yang mana sebab semua lawa2.
KEKURANGAN :-
1. handling mcm sampan, aku rasa semua perodua mcm tu sebab chasis biasa dan kereta ringan, perodua pun tak bagi high spec punya part selain dari engine dia. kalau bawak 130kmh, kereta dah mcm kereta terbang, lagi2 lalu sebelah lori atau bas
2. high speed conering aku lagi suka persona, sebab myvi kalau high speed conering mmg rasa mcm nak terbang dan rasa tak yakin, pernah sekali terbabas amek selekoh nasib sempat counter balek steering
3. interior aku berani cakap mcm murah sikit berbanding persona, kalau tekan2 dashboard atau bahagian pintu tu, mmg macam lembik, tak keras mcm persona
4. maintenance lebih kurang persona cuma perodua ada recall balek untuk tukar fuel pump, at least dia recall dan tak buat bodoh.
5. bunyi rattling memang kuat dekat myvi, kalau langgar lubang satu kereta bunyi, bunyi dashboard dan bunyi dari boot belakang, bunyi2 dashboard bunyi chasis agak kuat, NVH boleh tahan, yang aku tak faham kenapa default setting eco mode on.
6. satu lagi pasal seat myvi, punya laa kecik mcm baby seat, separuh peha je cover, sebab tu rasa legroom besar, kalau duduk belakang lagi kecik + headrest tak rasa langsung. kalau duduk belakang memang pening, tak tahu kenapa, aku rasa suspension setting tak berapa cantik, kalau duduk belakang dalam 1 jam driving mmg rasa pening & nak muntah.
KESIMPULAN :-
myvi dan persona masing2 ada kelebihan dan kekurangan, dua kereta ni mmg sesuai nak di bandingkan sebab harga lebih kurang. kalau aku boleh pilih aku jujur akan pilih PROTON PERSONA sebab :-
1. lebih besar dan selesa
2. handling
3. interior quality
kalau cerita pasal after sale service proton mmg tak boleh lawan perodua, tapi kena ingt after sales service ni bukanya tiap hari kau perlukan, keselesan dan handling tu kau akan guna everytime kau drive. lagipun loan kereta biasa 7-9 tahun, dalam tempoh tu mcm2 boleh jadi, ntah2 dah ada 3-4 anak, bini dah dua, nak bawak scandal. betul kata Naz, kena fikir jugak kegunaan masa depan sebab bukan pakai kereta 1-2 tahun tukar lain, lain laa kalau beli cash. itu sahaja dari saya, harap review jujur saya ni dapat memberi sedikit manfaat kepada anda untuk memilih kereta.
Best comparison 👍... Tapi bawak skandal tu kena selit gak eh🤣..btw, tq boss untuk tips yg diberikan
Mantap bang sy setuju smua point tu
Sama laa. Kalau duduk belakang mesti rasa pening kecuali kalau aku drive. Okay tak ada masalah. Macam mana pun family first sebab bila guna myvi lama dapat rasa susah bila anak 2. Bro. Itu bukan skandal tapi PA. Hahahah. Ayat cover sikit 🤣
Mantop pak abu👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Seat blakang utk persona brp? 2 atau 3? Sorry sy mmg x tahu..
Perghhh rindu gila🤣🤣 lma x keluaq bidio bang nazz👍🏻❤
😅🙏🏽🙏🏽❤️❤️❤️.. Tq sgt2 sbb tak jemu memonton.. 🙏🏽
@@NazzAbdullah 👌🏻
Saya pakai Proton Waja. Dah 19 tahun. perbatuan dah lebih 600,000km. enjin dan kotak belum servis lagi, masih baik. Selesa untuk jalan jauh. Handling sedap. Saya apakai sampai hari ini. Kemudian saya beli Proton Exora. Usia dah 12 tahun masih elok dan selesa juga untuk jalan jauh, walaupun enjin Campro CPS. Proton Ok kalau pandai jaga dan tahun cara pemanduan yg betul. Kalau saya saya pilij Proton Persona untuk jalan jauh tapi Myvi pun OK. Masing-masing punya minat tapi jangan lah perlekehkan antara satu sama lain.
Saya guna waja tahun 2000 dah 21 tahun engine masih mantap. Clutch ada hal sikit.
Sebagai pengguna myvi dah 7 tahun, apa yang dicakap tu mmg betul sekali. Isu terbesar adalah saiz boot. Saya beli sebelum kawin, lepas kawin nak balik kampung la, banyak barang dll mmg susah sikit. Wife ada saga tapi problem saga ni nak bawah jauh sakit kaki & ruang tempat duduk agak sempit, myvi lagi luas & selesa. So skarang sayay angkut Proton S70, tempat duduk luas selesa, boot pun luas
Dulu sebelum beli kereta pertama aku, persona dgn myvi adalah pilihan utama dengan budget bayaran bulanan yg setakat aku mampu. Lama jugak utk aku buat pilihan, sebab aku fikir nak pakai kereta ni lama, kena bayar 9 tahun. Aku start tgk youtube search apa kelebihan dan kekurangan antara 2 kereta ni. Aku pergi ke pameran kereta kat maeps serdang test drive persona. Aku tgk kerangka body dia gunakan teknologi hpf, boot yg sgt luas, boleh bawak brg banyak sesuai utk aku yg baru berkahwin nak berkeluarga. Handling dia mmg baik, stable. Test ambil corner mmg confident. Tapi aku tak terus buat keputusan, aku tunggu dulu myvi baru masa tu belum keluar lagi. Aku hold dulu.
Then ada pameran kereta lagi, aku pergi, ada pelancaran myvi teaser masa tu. Mmg tak dinafikan myvi jauh lebih sporty dan cantik. Aku tengok review² ttg myvi. Myvi ada kelebihan lebih jimat minyak, body cantik, headlamp led, mmg utk org yg berjiwa muda dan of coz engine lebih tahan lasak dan resale value yg lebih tinggi berbanding persona.
Dalam fikiran aku, aku beli kereta ni utk pakai selama mana yg boleh aku pakai. Aku tak fikir utk jual balik. Aku nak kereta yg selesa utk keluarga, ada space utk simpan barang yg byk kalau jalan jauh dan balik kampung. Dan yg paling penting sekali, aku nak kereta yg provide safety features yg terbaik utk keselamatan ahli keluarga aku kalau berlaku apa² kemalangan yg tak diingini (naudzubillahiminzalik). Kebetulan masa tu byk aku tgk org accident teruk pakai preve tp cabin @ penumpang hanya cedera ringan. Mmg aku impressed giler. Dan disebabkan itulah aku memilih proton persona sebagai kereta pertama aku, mengatasi myvi yg terkenal dgn jimat minyak. Bg aku duit utk isi minyak bukan masalah utama. Tapi keselamatan aku dan family yg aku titikberatkan dlm pemilihan utk jangka masa panjang.
Alhamdulillah aku dah pakai persona 2 tahun lebih, mileage 76k, setakat ni tak pernah ada apa² masalah. Yg penting jaga waktu service je. Top speed pernah capai 180km/h. Mmg stabil dan confident ambik cornering, tapi tayar mesti tukar dulu daa. Tayar stock Silverst0ne mmg failed. Hahaha.
Overall aku berpuas hati dgn persona aku, psl cvt tu aku faham byk org risau, tapi kalau kita pandai cara bawak dan servis on time InshaaAllah takde apa² masalah.
Tq nazz abdullah buat review ni, aku percaya ramai yg penasaran mcm aku dulu. Dgn adanya video ni mudah²an dapat bantu korang buat keputusan dalam ambilkira kriteria pemilihan kereta yg korang akan bayar selama 7-9 tahun.
Nice comment. Respect sama boss😎
Saya pon sama bang. Keliru antara myvi atau persona. Tapi untuk long term. Better persona kn?
Setuju, kalau long term sampai berkeluarga ambeklah pesona.. Nak jalan2 jauh nanti x saket badan.. Hehe
@@zaidyusoh8985 kalau dapat bos try dulu test drive dua² kereta ni. Ambil masa yg cukup untuk belek habis² dulu. Sebab beli kereta ni bukan boleh terburu². Then buat keputusan sendiri. Baru bos akan puas hati dan takkan menyesal sebab dengar kata orang.
@@cheersall9396 hehe betul tu bro.. seat persona depn dengan belakang memang selesa habis. Tak lenguh kalau jalan jauh..
Antara sebab yang sama juga aku beli Saga FL dulu berbanding Axia sebagai kereta pertama aku ketika mula kerja. Sebab, bila aku kawin sampai anak dua Saga tu jugak yang biasanya memenuhi keperluan bawak barang baby. Bini aku pulak bila dpt anak pertama, beli Axia untuk bini aku ulang alik balik kerja dan hantar anak ke pengasuh jer. Jalan dekat2 pergi kedai kejap pun pakai axia. Bila dapat gaji, nak beli barang dapur stock 2 minggu, memang Saga tu la yang berguna. Sekarang dah anak tiga, Saga dah jual, angkat New Persona nie. Lebih selesa dan ruang bonet lebih besar. Anak2 pun gembira tengok youtube kat LCD Screen dalam kereta dengan kualiti bunyi yang baik.
Tambah sikit jalan jauh keluarga selesa, driver tak letih, anak nyeyak tidur kt belakang
Bagi orang yg pakai kereta dlm tempoh yg lama, memang berbaloi pakai proton sbb kepuasan memandu.. Kalau pakai kejap, nak tukar2 kereta ambeklah myvi.. Sy ada proton n myvi tapi lbh sayang proton..speaker pon mmg terbaikk
Proton sistem audio terbaik
Betul bang. even Proton Saga baru audio system dah best. mmg lyn lagu dalam kereta hehehe
Myvi sesuai untuk org perempuan yg masih bujang manaka Pesona sesuai untuk lelaki bujang yang akan berkahwin dan punya keluarga sendiri...
Bagi saya masing2 ada kelebihan..
Sy ada proton iriz, sy ada myvi..tolak tepi masalah sbb dua2 ada masalah.. Keseronokan memandu adalah iriz..Tak Tipu
Srs iriz laju.. Handling padu.. 🤣 Tkejut time bawak.. 195kmh cam xde pape
@@luqmanSS iriz 1.6 ka bro?
@@ohhfahmie9776 haah.. Proton bagi pakai time servis x70
@@luqmanSS ohh. Iriz mmg padu 👍🏻
Tu sebab orang UK pakai utk pergi rally, Iriz R5, sebab chasis kuat dan body buat dari ultra high tensile steel.
Sy bujang lagi dan dah test drive dua2 last decides amek persona. Utk long term. Dgn bulanan yg lebih kurang dpt extra bonet cc lebih skit haha n safety2 yg ade
Tak lupa 6 airbags
Rakyat yang bijak
Sy dah beli 2,2 model ni. Nak main dlm bandar dan pergi pasar naik myvi, balik kg naik persona. Setiap model ni ada kelebihan masing2. Tapi persona lagi sedap.
Tak nafi jimat enjin dual vvti myvi. Tapi bila pegang stering persona, memang takut dah nk bawak myvi. Proton tune handling with safety memang A.
Umur 27 tahun. Belum kahwin... dah ada Protom X70. Memang rezeki kita ni lain lain. Apa apa pun kepada yang baru nak beli kereta. Bagi saya, video ni cukup bagus explaination dia.
Betul Saya belum kahwin 25 dah boleh beli rumah... Btl tuan pengalaman tak sama
@@marcomarin9058 rezeki bang. Bukan pengalaman.
@@muhammadsyahrulnaim6273 betullah tu ada orang gaji mahal-mahal tapi rumah pun tak boleh beli lagi 😁
@@marcomarin9058 ada orang. Gaji mahal mahal bukan tak dapat beli rumah. Pergi sewa rumah.... huhu...
@@muhammadsyahrulnaim6273 itulah dalam kehidupan ini kena bijak, macam saya tidak sekolah tiada SPM.. boleh aja beli rumah. Saya merantau seawal umur17 thn. Selepas itu saya cari pengalaman, dan Alhamdulillah saya sekarang... Bukan saya yang dahulu
sy pakai persona..memang minyak boleh tahan tp... sesuai untuk yang berkeluarga... lg pun proton sekarang x mcm wira zaman dulu :) ... kerusi persona sedap... kalau buat cornering badan lekat x terbuang.. hihihi dah pakai baru faham... handling boleh tahan.. nak potong naik gunung pun sedap...hihihi
Mmg yg jauh beza handling Myvi dgn Persona. X payah drive.. duduk kt kerusi pemandu je dah rasa beza yg mana lebih selesa utk pemanduan jauh
@@maevox ni ak dah test drive dari kota kinabalu sampai lahad datu lebih kurang 9jam perjalan dan ada berhenti lah... memang boleh tahan...
Dah pakai P setahun...mmg mantap...nak pecut, overtake..bawa brg..bwk fmly..tak ada mslh..myak pun ok..dpt stream lagu..berbaloi..
Sy ikutkn suka myvi. Design lawa. Lgi2 utk bujang laki mcm sy. Umur 22. Nmpk style. Tpi sy fikir long term. So sy dah beli persona. Sedan. Ruang bonet luas. Sy fikir kalau amik kete myvi byr loan 9 tahun. Kereta kecik. So sy terus amik persona. Dlm masa 9 tahun sy masih berbaloi. Biarlah org kata kete org tua, kereta cepat rosak lah hape hahaha. Apa2 barang kalau tak reti jaga. Rosak juga. Sy fikir kemudahan sy. 😂😂😂. Nak pergi bercuti nk bwk barang bnyk. Bwk family. Best. Sy ikut keperluan. Terpaksa buang kemahuan 🤣🤣🤣 tapi terpulang masing2. Ini pemikiran sy. ✌🏻
Bagus. Tapi kalau beli myvi pun kena beli kereta besar macam exora ke, baru berbaloi.
Bijak sgt.
Sebelum korang nak beli persona tu, harap bersabar sedikit tunggu persona facelift 2021. Perubahan punch CVT gearbox ke 4AT rasanya berbaloi.
Persoalan myvi vs persona ni mmg bermain di fikiran terutamanya utk fresh graduate sbgai kereta pertama.
Bulan berapa tu agak2?
@@ahmadkhawarizmi109 Tu saya tak pasti.
Kalo btl tkr pd 4at... Kompom market naik kowt... Good luck
@@ahmadkhawarizmi109 mei. Atau ogos
timing chain lah... RV tinggi,Jimat minyak, senang parking,Tahan... Persona ruang boot besar handling sedap cuma spearprt proton come lah jaga after sales
Pd aku, kalo kalian org yg suka memandu, suka late braking, suka dengo tayar berkokok bila layan selekoh2 pendek, x cemas bila lalu jln yg ada genangan air, x pentingkan paras rupa, bontot x kebas driving berjam2, x kesah dgn layout enjin yg guna timing belt, persona sesuai dgn korang.
Tp, kalo nk nmpk muda, stylish, sporty, jimat myk, enjin guna timing chain yg x perlu fikir nk tuko timing belt, yg x pentingkan performance, yg xda nk buang tebiat bila jumpa jln2 berselekoh, yg x risau pedal brek kejap jauh kejap dkt, yg x kesah dgn _jerking_ pd gear 1, korang boleh amek myvi baru tu.
Ok x pndpt aku yg pernah guna myvi ni..? Bila dh pakai myvi, barulah aku tahu yg myvi ni bkn keter yg sesuai utk aku..😁😁😁😁
Tacit knowledge ni bro. Setuju sangat 👍🏼
timing belt bukan tiap bulan tiap tahun nak tukar...100 000km tu dah berapa tahun kan 😁 kalau chain tak.pandai jaga myk pelincir nak gegar abis...kalau nak tukar makan modal...keta aku vios pakai chain bunyi kasar jugak...xleh overhaul kena tukar engine 😅
@@metallutca sama2 sahabat..👍👍👍
@@deigorossixchrome2293 yezza..setuju sgt tu. Tp kena tuko enjin terus ka..? X bleh ganti timing chain & pretensioner je ke..? Aiiyoo.. kopak poket woo..
X faham.. cuba explain part myvi
Pesona servis rm 250,,my vi brpe
Saya service rm118 je bro kat centre
Klu minyak itam saja 118,,tu 250 full servis,,hehe,,
@@pantaiselatan817 hehe ok bro.
Mane banyak kemalangan?...persona atau myvi?
😂. Kna kira percentage jgk. Eksiden per total kereta otr.
Tapi mmg org beli myvi ni sebab sporty design. So bawak pun mcm hare.
@@msfss7312 hahahaha...iya sbb design menarik, dan kecik sedap bwk kt bandar..parking pon best, bila semua tu best mmg macam harem la bwk...hahahaha
Jangan main main dgn persona, besi dari ultra high tensile, langgar hrv, hrv terbalik sebab besi biasa
Aku pilih myvi sbb aku owner myvi hehehei. 2009 - 2021. Masih gagah di jln raya. X pnah rosak or breakdown tgh jln. Worth your money. Yg penting dh hbs baya ahaha..
Sama. Sy pun beli myvi pada tahun 2009. Smpai skg masih elok tak penah rosak.
saya dulu pernah jugak pening nak pilih myvi or persona. bila fikir luas dalaman, saiz bonet dan reliability, saya terus angkat alza.
Bijak bang..
Alza tk bnyk problem 🤣
alza di hiway x sedap
Isu Alza keselamatan 😔
ajee gampang
Proton after sale sangat teruk. Hantar Persona sbb radio x function dgn lampu air bag menyala, diorang blh suruh refer kedai luar alasan sbb diorang xda software utk radio yg airbag pulak diorang suruh buat check wiring luar😪. So, sbb ape wujudnye Pusat Service Proton kalau x blh nk solve masalah?
Bro call jer terus Proton Hq,,mmg masalh mcm ni menyakitkan hati,,patut dh tk der masalah2 mcm ni,,
@@fuzashahrul5644 Dah complain kat website proton. Alih2 kte pulak kna marah dgn staff sbb buat complain. Setel dgn manager diorang jer. malas nk panjang cerita.
Dua jenis kereta ni la yg buat aku berfikir sampai berbulan-bulan nak ambil mana satu dengan timbang tara keluasan, tempat duduk, cc, size rim, hp enjin dan kekuatan..hampir setahun jg la sy fikir dalam2 akhirnya sy putuskan beli bas..
Ahahahaha😂
Abang nazz saya nak Tanya . Saya jumpa proton preve 2018(last refinement) saya lihat di mudah.my. . Berharga RM39k. Jadi bebaloi tak kalau saya beli kereta dalam keadaan bujang berumur 18 OK. Hehehehe
Salam.. Harga tu ok.. Cuma kene ingat preve segmen c, besar.. Minyak dia & servis dia tak semurah kereta segmen b..
Persona vs myvi i akan pilih myvi. Kat rumah saya ade persona and axia, persona lg bnyk masalah berbanding axia saya. Walaupun jarak jauh tak selesa ngan axia tapi saya still prefer axia sebab takde masalah pun. Lg lg dengan cvt gearbox persona and bnyk provblem dengan steering persona laa i pun ckp yg sc proton still mereka tak tahu ape masalahnyaa
sy masih setia dgn proton bang nazz...waja cps sbiji...beli pulak proton wira se ori kilang x usik ape2 lg...nice lah tu kan...tp mak mertua punya sy suggest die amik axia...hahaha...sm2 ade kelibihan kekurangan...x gtu...sukses slalu bang...👍🏻👍🏻👍🏻
actually Proton ibarat Honda, Perodua ibarat Toyota. kenapa? sebb Proton klw ko lenjan enjin sangat merdu, x kuat dengar dan power memang mantap, saya owner Saga 1.3 premium dan ini aku nak cerita pengalaman bawak kereta sendiri. oh handling memang tip top dh try buat dekat Pineng otw nk balik jalan yang corner nk naik jambatan, bawak 80kmh tayar langsung x slide. lagi satu besi kereta memang rasa mcm besi waja haha, aku duduk atas bonnet, sandar dekat fender memang x melembung.
Perodua pulak ni kereta mak aku Viva Elite, enjin memang respond ko tekan sikit memang dia pergi cuma dalam speed 10-60kmh la, lebih tu ko kena tekan dalam baru respond, engine memang Perodua sama mcm Toyota guna pi lama mana 10th keatas ka engine tetap x dk isu. of course jimat minyak la tapi jangan harap nak bawak dekat highway mcm org gila 140kmh, kereta terbang satgi jawabnya😅 material besi x solid sampai sekarang x tau kenapa duduk sandar dekat fender pun dh masuk dalam nasib x kemek.
kesimpulannya, semua kereta ada kebaikannya keburukan sendiri, klw nk drive feeling yang senyap, lenjan 150kmh x rasa, ambik corner dengan confident, nak boot yg luas, ambik Proton. kelemahan parking susah skit sebb besar, minyak x save x tau sebb apa dari dulu lagi.
klw nak kereta jimat minya, jalan dekat² no hal ez to drive, suka main keluar simpang tekan minyak terus respond, design lawa blh buat masuk barang x ori tukar suspension, body kit, copy right apa semua, pilih Perodua.
kelemahan, body x kuat, terlalu ringan, handling siap dgn body roll, boot kecik.
that all tq*
Passive safety features
Saya prefer Persona over Myvi utk long term usage. So saya beli Persona dan saya berpuas hati. Cuma harapnya Proton dapat jaga customer dengan after sale service mereka.
Better persona....sesuai....utk bujang & family
utk bujang myvi
@@madmohd4434 smpai bila nk bujang...lebih baik...beli kereta yg ada ruang yg besar..sbb,dulu...sblm sy beli persona...mmg nk amik myvi...tp,bila fikir masa depan....lebih baik beli keta besar ckit dr myvi.... Smua tu,ikut kesesuaian masing²....
Bujang terlajak bolelah guna myvi😅
@@manusiabiasa112 terlajak pun...smpai masa...kawin gak...😄😄
Kelebihan Myvi
-sistem safety terkini cth a.s.a 2.0 yg boleh guna sehingga 80kmh
-praktikal
-minyat jimat
-design yg lagi cantik
-enjin yang lasak dan tahan (teknologi toyota/daihatsu)
-sparepart murah
-maintenance murah (teknologi toyota/daihatsu memang maintenance murah)
-sesuai untuk daily use (cth.pergi balik kerja)
Kelebihan persona
-handling tak perlu ckp memang terbaik
-boot besar
-kabin lebih senyap
-sound system lebih baik
-better nvh
-untuk jalan jauh memang sesuai tapi minyak makan lebih berbanding myvi
Dengar citer ramai complain pasal service center proton ni lembab dan after sales kelaut ,nak tukar getah pintu pun kena tunggu 2 minggu baru stock ada😅
Abang Nazz,antara Axia dgn Iriz,yg mna lbih baik sbg second car.Boleh ulang-alik kerja SP-Pendang.
Klu perjalanan lebih drp 25km, lalu jalan highway / jln besar.. iriz.. Klu dekat2, jalan kampung atau dalam bandar, axia
tahniah nazz.... terbaik
Untuk family yg kerap balik kampung, jauh2 tentulah persona. Feel comfortable, safe and fun handling
Sy antara pengguna persona, menetap di jb kg di klantan. Balik kg slalu drive 8-9 jam. Boleh dikatakan persona sngat selesa dan best bawak jlan jauh.
Waiting for persona / Iriz 2021
tengah tunggu juga ni, harap dapat keluar sebelum bulan jun 2021, jimat sikit duit 😂
@@mardhiahrazakmlk7639 kan sbb tax break ni kan, harap ada sistem ADAS jugak
Ini video yang saya tunggu2, sebab memang tengah keliru nak pilih mana satu antara dua ni xD
Semoga membantu.. 🙏🏽
Saya pengguna persona tp tahun 2013, pernah juga merasa myvi, bagi saya persona lebih sedap dari segi handling, perjalanan jauh & juga bandar. Myvi pula lebih sedap utk perjalanan dlm bandar,minyak. Kalau org yg ad kereta lain okeylah ambk, tp ni pendapat saya laa, maaf andai ad kekurangan.
Betul macam Naz cakap. Pengalaman. Masa nak mula2 beli kereta ambik Myvi sebab hatcback, senang nak park sebab kecik, lagi bergaya dari Persona. Tapi bila dah jadi ayah, rupa kereta dah tak penting, apa lagi penting practicality. Persona ada boot yang jauh lagi besar dari Myvi. Sampai sekarang agak terkilan. Bayangkan nak balik kampung dipahang bawa isteri, anak dan barang2 baby. Thumbs up utk Naz and team!
nasib kita sama bro. lepas jadi ayah rasa menyesal pula ambil myvi
Tapi ad member.. lepas ada anak bli myvi..
jangan nyesal. sekurang dah dapat enjoy sikit. daripada awal² dah kete family sedan.. sampai tua tak merasa sporty simple car. bila dah kawen pun utk kete kecik ni kita akan jadi minimalist, tak perlu brg² byk. perkara bagus juga
Tak kisah la mane2 keta pon, yg penting masuk simpang bagi signal dan tak bawak keta mcm haramjadah
😆😆
🤣🤣🤣🤣🤣
😂😂😂😂 marah betul tu
saba bro.. haha.. kita kasi honk satu kali..
Abang nazz... Nak tanya proton x70 yang baru takde ke... Ada berita apa apa tak?
Spaturnya ada facelift.. Tp mungkin delay lagi sbb pkp
@@NazzAbdullah versi facelit mesti yang geely boyue Pro tu kan
pilih apa sahaja asalkan product malaysia
Bang, toyota gt86 okay lagi tak kalau beli zaman sekarang?
sy penguna dan pemilik proton iriz model 2014 dan slalu juga bawa perodua myvi 2019(kereta kakak) tak pernah bawa persona model 16+ tp sy yakin kereta nie sngat berbaloi utk dibeli khas buat jejaka2 malaysia. power ada handling ada jimat minyak juga dan yg paling pting looks premium car huhu
Yes video baru....kami akan sentiasa ada disini utk abg nazz walau baru sesaat kluar🤭😆👍🏻.....strategy, fight, concuer x de ke bang😂🙏
😭😭😭🙏🏽🙏🏽🙏🏽❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Saya baru beli myvi av 1.5 2020 , jujur saya ckp go for iriz or persona , sbab myvi ni design , features , safety technology mmg terbaik , tpi comfort out , saya bwk iriz 2019 kwn sye lagi sedap n selesa
Safety technology tuu. Kalau error tetibe or x respon menjadi tin sadin jawab yer lembut sngt 😅😅
ye betul setuju... aku baru trade in myvi 2nd gen dgn iriz 2019....jauh berbeza comfort dia
sama. saya owned both. myvi n persona.. dlm kes ni sya blh lah cakap lebih.. sya myvi wife persona..
bila kawin 2 pakai.. have to say, myvi a bit useless when u start a family,, kalau ade sedan.. selesa dn space tu lebih kpda persona.. tmbh lgi performance persona better skit dri myvi.. ride and handling tkyah cite lah.. sedan.. proton handling plak tu.. of course persona menang..
anyhow, duit memasing.. tpi klu ade anak muda luar sna bca komen ni, dengor lah ckap abg ni. ^^
Sy pakai iriz 2014, dah test drive myvi, ingat nak tradein.. Mmg x sanggup nak tinggalkan iriz..suka myvi sbb comel jer
Kalau segmen c ?
Segmen c (sedan) malaysia skrg tak byk.. Masing2 ssah nk bsaing dgn civic.. Elantra mahal, corolla, mazda 3 mahal. Lancer, jetta, inspira, preve dah tarik diri.. 😅
@@NazzAbdullah yg hatchback c segment hidupkan blk. Krg bersaing pasal cukai kereta mahal sgt. Desak krjn turunkan cukai kereta supaya kereta segment C diminati oleh owg muda.
Rasa macam lama pulak Abang Nazz tak post video
Huhu.. Maaf kesibukan sikit.. Anyway tq sbb tak jemu menonton.. 😁🙏🏽❤️
Sy pn guna myvi. Pilihlah persona. Sbb ketegori bekeluarga ni perlukan keta yg luas skit. Nk2 klw anak aktif. Myvi pn bgus dalam kelas dia, persona pn ada kelebihan dalam kelas dia.
Betol bang.. pilih kereta mengikut keperluan dan kemampuan.. walaupun proton ramai yg kecam.. serius sy ckp dh 10 tahun sy bersama proton preve, xpernah mengecewakan sy dri segi keselesaan dan kemampuan.. perodua pun not bad tp untuk keselesaan keluarga sy lebih suggest kn proton.. #KalauTakBolehIsiMinyakJanganGunaKereta
Power topik
Lame nye tak keluar video
Maaf.. Tq masih support sy.. 😢🙏🏽
@@NazzAbdullah takdehal memang sentiasa support😊
Bro, bleh tak buat perbandingan antara City, Vios dan Almera 2020. Tgh bingung ni. 😵
Thanks in advance 🙏🏻
Hm. Masing2 ada kelebihan.. Ikut safety & spec almera ada kelebihan.. Tp ttp ada kekurangan dia bhagian lain
@@NazzAbdullah sy tgh cari dlm range rm80k. Tgk City E mcm tak bnyk beza dgn city S. Rasa berbaloi ambik Vios E. Tp design mcm city lagi cantik.
Encik Nazz. Boleh tak buat perbandingan antara Saga Premium dan Bezza Varian X. Mana yang berbaloi untuk kereta pertama saya.
saya tengah tungu loan untuk honda city baru tapi bila fikir2kan saya baru nk beli first car rasa macam terlebih pun ada klau nak ambil honda city, agak apa pendapat abg nazz. bantu saya untuk buat pilihan yang bijak takut nnti menyesal di kemudian hari
Dr pandangan saya utk harga honda city bttr beli proton exora tu sebab 7 seater and then boleh guna kalau masa mco hilang kerja utk bisnes gerai tepi jalan. Hahahahaa
Honda city is a good car.. Tp apa pun beli ikut kmampuan masing2.. Yg penting kita jgn bayar duit kereta lebih drp 1/3 drp keseluruhan gaji bersih kita.. Max 1/3.. 🙏🏽🙏🏽
Kira betul betul bila nk beli kereta. Jangan hanya pikir bayaran bulanan. Pikir jugak setiap tahun nk renew insurans, tayar (incase tayar bocor), maintenance (in case terlanggar atau terkena bumper,divider etc). Just my 2 cent
Kalau boleh sabar sikit, saya cadangkan tunggu persona yg baru nanti. Sebab persona dngan city sama2 sedan sekmen B. Saiz pun lebih kurang. Tapi xsilap city bru ni lebih lebar dn lebih rendah dri model lama. Persona yg bakal keluar ni x thu lgi spek dia. Persona 2019 jauh lebih bik dri model 2016. Mungkin yg akan dtg ni lebih bik.
@@hafizabkadir2579 agree on u bro. Bttr tunggu laa
Dua2 Akan facelift tahun ni, tunggu je😉
Facelift tu mcm mana yer? Sy baru nk beli pesona ni. Mohon pencerahan
Assalamualaikum Abang Nazz!!! 😍🤩
Wsalam.. 😉👍🏻
Beli saga flx 2013 mmg quality out.. relay kipas asik rosak. Lampu kerap terbakar. Mcm voltage x sekata. Sama jgk dgn preve. Tu proton yg dulu lah. Yg latest ni x tau. Tp bila dh kena cmtu, kepercayaan menurun. Now sy drive myvi 2018. Sy suke. Tp g kje ride motor 😅. Sbb lg seronok ride dari drive.
Sy pki satria 1st model, ok je, maybe lps tu guna enjin campro, tu yg byk masalah 😅
Saya pakai Saga FLX 2012, selalu jalan jauh. Banyak gak problem.
Tahun lepas baru beli Persona. Banyak sangat beza. Berbaloi beli kalau selalu jalan jauh.
Mak saya pakai preve turbo 2012 dan kakak preve turbo 2013, masih laju berdesup, dan tiada masalah
Senang citer mcm ni jer laa...
PROTON tetap no.1 khas utk org lelaki....
PERODUA tetap no.2 khas utk org perempuan....
Benda simple jer kan.....
Aku ada persona 2009 manual dan myvi lagibest 1.5 manual. Aku belum berkeluarga. Bg aku myvi jimat mintak.aku guna utk g kerja. Persona aku guna bila balik kpg. Persona sedap,handling.minyak long distance sama ja antara persona dan myvi. Tp in town myvi is good.
Sy baru angkat myvi bulan lepas. Tau2 masuk tahun baru kena pkp, kereta tersadai kt rumah tak jln.hahaha
Sama bro , bulan 3 tahun lepas, baru beli seminggu dah duduk diam lat rumah
@@fossa4353 takpe bro kereta xbyk jln mileage kurang. Tp yg xtahan tu bulan2 tetap kena byr ke bank walaupun kete xjln 😆😆
Pada pandangan saya la abg Nazz. Second car better axia drpd myvi. More compact dan jimat minyak.
betul. kalau takat takat nak pegi pasar basah, pasar tani; boleh je cilok parking tepi jalan.
Ni br btul...
Kenapa Proton x buat facelift Proton Waja? Design lagi menarik dari Proton Persona
waja diganti preve.. bagi pendapat aku design waja still evergreen sampai sekarang 👍
@@zayn252 betul tu... kalau cat luntur tu biasalah kereta lama...
Bro.. Persona 2021 ada keluar tak??
Dgr cite proton persona dah facelift lagi betol ke?
Betul dah ada test drive kat lebuhraya
@@MohdKhairunNaimAbdulRahim kalo model n design yg sama baik x payah. Tukar ja dgm model geely yg baru pd segment yg sama.
kalo da rancang nk kawin so better ambik pesona terus, sebab barang family kompom akan bertambah......sambil barang barang kerja disumbat kat space yg lebih besar..................myvi untuk yg tak bawa banyak benda, untuk santai, yg tk kawin kawin walapun da abis belajar, myvi still pilihan yg baik
Yg ni saya tunggu2 review dari nazz
Kalau aku akn pilih persona...
1- bawak lg sedap dr myvi
2- dah ada 2 ank kecil...agkut buai mana2 xdak hal...
terbaik bro Naz highlight kan benda yang betul.
nak beli jangan ikut orang.
kena fikir keperluan diri.
kalau aku, auto pilih proton persona la.
safety dan handling lebih dipercayai.
saya mcm berminat dgn kereta gt86
This I like 👍🏻
Ok tak kalau ambil Perodua Bezza 2020 untuk jalan jauh ?
Boleh...tpi klu utk jlan jauh baik saga 2019..tpi test drive dlu dua”modal tu
@@kentangpremium4047 ouh ok bang tq
@@nazafisahrom3243 wc
Nope nope nope . Menyesal saya huhu
Saga lebih jimat minyak kalau long distance berbanding bezza..seat position utk driver dan penumpang lebih kt saga..aircond xyah cakap la kalau proton,nvh pon senyap saga..bezza ok klau town..minyak jimat dlm town..seat plak kecik,seat blakang plak tegak..ruang boot lebih kat bezza..tp x elok bwak brang penuh boot selalu..rosak suspension dengan bearing tayar nanti..masing² guna 4AT gearbox..so pilihan dekat tangan tuan..ni pengalaman sy test drive dua² model ni dan review dari owner yg dh pakai model ni.
wira pastu mods jdi evo 3
hahaha zaman wira xde lah saingan rancak mcm ni
Same✌️
Sy pengguna proton persona premium ruby red 2021.. dah service pertama 1000km... Alhamdulillah syukur. .sgt puas hati pakai persona ni.. nikmat pemanduan yg sgt ohsem..CVT lagg pun hampir tiada..respon cepat... penggunaan minyak plak pada sy lebih sikit dari perodua ..kalau dulu sy pakai Myvi biasa isi rm20..tapi persona sy isi rm30 utk km yg sama.pada sy masih jimat lagi..dan yg paling the best handling persona ni.dpt rasa keseronokan memandu kereta yg tak pernah sy rasa selama ni..akan guna dgn cermat kereta persona ni .sy plak jenis tak suka drive laju..al maklum lah pemandu tanker Shell..dah biasa dgn kelajuan 75km/j haha.. ape2 pun setakat ni sy amat berpuas hati dgn Proton persona premium 2021..pandu cermat jiwa selamat..ingatlah insan yg tersayang 🌟🌟🌟🌟🌟
Bunyi angin masa bawak kete kuat tak? Atau dah kurang bunyi?
@@harfiz444 kurang sgt Bro..bunyi tayar tu biasa lah
Kalao respond dari seorang pilot tanker Shell, mmg bole dipercayai...tq Abg Tanker...
@@dhanapalaathuraliye5207 sama² Bro... 🙏
assalamualaikum bang..saya dalam planning nk agkt persona executive 2021 ni..terima kasih atas review yg penuh isi dan berguna..cuma part minyak tu kan, maksudnya kalau kita bwk jalan raya standard bukan high way dgn kelajuan yg standard, minyak dia kuat jgk ke?
cabin persona jauh lebih padu dari myvi ..part ni yang patut diutamakan bagi keselamatan ahli keluarga dan diri sendiri..yang king of highway, silap hari boleh go owhh jangan bangga sangat pandu laju-laju ..yang cakap tentang market value ,jangan lah kau pandang kereta perdana macam kereta eropah dan japan memang tak sama lah market value lepas 6/7 tahun .. so tak nak drop sangat harga nak jual balik ambilah loan singkat ,jangan kau lenjang kereta tu sampai seksa kereta tu ,dalam setahun 10 kali berubat memang payah lah ... 5 tahun paling bagus untuk loan ...
NICE
Student kalau mak ayah kaya boleh la pakai kereta. Kalau family biasa pakai motor je.
a’salam abg nazz nak tanya mcm mana khidmat lepas juslan ? servis ? mana lagi better? harap abg nazz dpt jwab pertanyaan saya ..
Proton persona dia dah potong angka jualan vios dan city jangan kata persona tak laku
sbb vios dan city lbih mhal.
Bagi saya myvi dan persona dua2 ok..tapi ikut kemampuan dan kesukaan masing2 kereta mana yg nk d beli antara dua ni..bagi saya beli persona cun sebb akan dtg kita akn bkeluarga ada ank tak la bfkr nk trde in ambik yg besar n luas bonet lagi..
Fuhh xsalah saya beli persona. Baru kahwin and 1st car. Umo dlm 27 tahun. So far mmg puas hati
☺️👍🏻
@@NazzAbdullah sebelum beli saya tengok semua review bro Nazz pasal kereta2 dalam bajet saya. Last2 sepakat suami isteri angkat persona sebijik. Terima kasih Nazz Abdullah
Org beli myvi ni biasanya as a 2nd car. Student pun banyak beli. Sebab beli senang bawak senang maintain senang parking memana. Harga lebih kurang. Tapi of course 7 tahun keatas nanti mesti rasa nk jual sebab nak “upgrade”. Myvi tahu jelah resale value macam mana. Kau still boleh buat downpayment just jual je kereta tu tanpa keluar satu sen. Sebab tulah myvi ni no 1 di malaysia. Pikir ye malaysian kenapa org pilih myvi ni
Bapa saya belikan abang student iriz, sebab besi high tensile
Bli myvi.. bila nak jln jauh dah kawen dan ad anak.. pinjam kereta abg, pinjam kereta adik, pinjam kereta ayah, pinjam kereta member.. bila tanya knapa.. myvi mne muat nak bwk buai, beg, bakul susu, pampers, stroller.. bagi aku myvi ni praktikal sebagai 2nd car dan untuk gadis2/bini2.. sebab kereta bkn nak pakai 3 ke 4 tahun je melainkan anda anak Aliff syukri.. Dato vida.. mintak je dpt audi.. x minat audi tukar wira.. x minat wira dah tukar kancil.. hbs trend kancil.. tukar mira..
Apahal downgrade tu😂
@@MuhammadAzlishamBinSalleh sja.. asyik upgrade je 🤣🤣🤣
Betul,aku pakai saga boleh angkut penuh 1 kete,siap bwk katil single lagi. Ruang mmg puas hati sngt2. Ak bwk pun santai2 je.
@@ahmadfaiz9382 Kan.. kalo ikut minat dah angkat kereta 2 pintu je.. sporty
Hahaha comment hg lawak 🤣👍🏼
Saya pengguna kereta 'hatchback'dan sedan, hatchback antara kelebihanya senang 'parking' serta memotong kerana saiznya lebih kecil, sedan antara kelebihan nya adalah bonet ruagan bagasi besar dan terpisah dari ruang kabin jadi bila isi barangan berbau baunya kurang sedikt tampa perlu letakan barangan tersebut dalam bekas tertutup, karpetnya senang cuci jika terkena kotoran /mudah untuk dibuka kerana berasingan dari karpet kabin berbanding kereta hatchback, model baru hatchback mungkin berbeza
Kalau nakkan sebuah kereta yang serba boleh, maka Myvi lah pilihan paling sesuai😆
Persona dan Myvi memang kereta Segmen B yang berbaloi tapi akhirnya saya pilih Persona sebab memikirkan saya ini lelaki dan bakal ketua keluarga, perlu kereta dan boot besar. Kalau perempuan tak apalah pilih Myvi untuk kemudahan parking dan memandu, kereta keluarga minta suami pula yang beli 😇.
Saya masih lagi berbelah bahagi antara myvi vs persona. Ya, on paper proton akan menang dri segi specs, space dan practicality tapi after sell proton, masya allah pernah trkena kat ayah sndiri.. menyesal weh.. gearbox nk baiki 7k
Sebab tuu dorang collab dgn geely. Nak kurangkan kos dan banyakkan sparepart barang rebadge. Perodua tuu mudah sbb barang rebadge daihatsu toyota sbb tuu banyak sparepart.
dlm warranty claim je.. myvi pun ade je kes gitu bos.. klu luar warranty myvi pun harge tu gak klu gearbox rosak. haha..
percayalah sedara, saya own both.. persona akan lebih byk gunanya dn lebih byk selesanya.. myvi awal² brguna, dh brkeluarga a bit useless dan uncomfortable for family car.. bkn on paper je.. real exp
@@taroahh6201 tq for advice.
Yang kes Exora punta hos turbo sampai 2 minggu tu masih boleh terima lagi....yang sakit hatinya absorber belakang X70 sampai nak dekat 3 bulan baru dapat
Betul2..Masa Sy bujang ,dah kawin & ada anak sorg sy guna persona, bila dpt anak no 2 tukar kpd alza, tambah lg sorg anak yg ke3 sy tukar kpd aruz plk..
Wife guna myvi so kereta tu kereta kedua utk kerja..bila anak ramai byk brg2 nk kena bwk huhu..
Sy ingat nak beli persona tapi cek review macam banyak problem dalam masa 1 tahun selepas beli dan aftersale service kurang memuaskan
Aku pemilik proton persona lama 09 . Tp klau diberi pilihan skrg ni untuk pilih prsona 20 dan myvi . Aku akan pilih myvi disebabkan design yg lawa dan jimat dri segi fc . Tp skrg ni tetap dngn pilihan hati proton persona 07 campro 1.6 manual . Handling , top speed atas highway sngt mantap bawa penumpang penuh kreta siap bonet penuh masih steady 180kmh .
terbaik... vid ni dtg time tgh fikir perbandingan antara dua ni. 😁👍
kete perodua ni ringan... sebab tu jimat minyak.. tapi kalau tertepis sikit je dh melayang bahkan ade yg terbalik lagi... bukan nak kecam ke ape ke tapi untuk safety sebab kete proton ni body solid... bawak pon sedap... tapi kalau kita bawak kete bagus mcm mana pon orang lain bawak x bagus boleh jadi punca jugak... itu yg takut tu... sekian luahan owner persona elegance yg gagah perkasa di highway😁🙏
axia vs saga please
next.... exora vs xpander
Nak handling dan sedap bawak - Persona
Nak jimat minyak dan tahan lasak - Myvi
Yup plus
Kalau bujang terlajak-myvi
Klaau tula kereta kau gi kerja,balik kampung,jumpa bini muda-persona
Kalau sy nak beli kereta second hand, mana lg bagus, persona ke myvi? Mybe utk tahun 2014 ke
untuk tahun 2014, ambik Myvi Icon 1.3 X
@@rahmansallehin icon 2015
@@zayn252 haha. Ya lupa. Icon tahun 2015.
Saya cadangkan proton buat persona wagon. Pasti berbaloi untuk family besar. Lampu blkg ubah sikit nampak tajam. Pasti cun.
Lama dh tak tgok channel ni tau2 dh 400k subs heee tahniah bro naz
☺️🙏🏽❤️❤️
4 bulan dah pakai persona. Rasa ni kereta local plg best pernah pakai.