Syed Ahdross Al-Qadry Syed Ahmad Al-Qadry (atau S. Rossley, 1943-2017) mula terlibat dalam lakonan setelah memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Pertandingan Drama anjuran Seriwana, Singapura pada 1964. Arwah diambil berlakon oleh pengarah filem S. Kadarisman untuk filem Anak Buloh Betong (1966) keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production (MFP) di studio Jalan Ampas, Singapura. Atas bantuan composer Kassim Masdor, arwah mula mnembuat rakaman dengan EMI Singapura mulai 1970 dengan EP yang ini. Rakaman terakhir arwah ialah dengan Saloma untuk lagu Kembara Rasa dari LP bertajuk Lagu Anak rantau keluaran Indra Records pada 1981. Sekiranya tidak berlakon atau menyanyi, arwah menyara kehidupannya dengan mengusahakan kedai gunting rambut. Arwah pernah berkahwin dengan pelakon TV Singapura iaitu Fauziah Zie. Anak mereka, Fido Ahdross mewarisi bakat lakonan dari kedua orang tuanya.