ARC Bookreview DARAH DI TANDUO 2

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 чер 2023
  • " ..... tidak ada istilah lelaki keras hatinya tidak boleh menangis pada ketika itu. Luruh deras! Allah... Allah..." m.s 119
    Book Review
    Buku DARAH DI TANDUO 2
    Penulis: DHUHA STEFFA
    Penerbit: Dhuha Steffa (Januari 2022)
    Muka surat: 175
    1. Sekuel DDT kali ini hadir bernuansa “dark mode”, melangkah setapak ke medan tempur, pendedahan lebih berani, debaran adrenalin yang lebih laju, selami erti pengorbanan anggota keselamatan kerana “Pengorbanan Mereka Bukan Satu Sandiwara”.
    2. Belum habis “move on” dengan buku DDT1, Dhuha Steffa beranak lagi dengan DDT2. Jangkaan awal zuriatnya mungkin seiras, tapi sungguh rupanya tak sama. Malah lebih mengganas dengan kandungan yang mendebarkan disulami elemen kejutan. Meskipun atas pengkisahan semula namun pengalamannya tidak serupa membaca kolum surat khabar.
    3. Jika dahulu anda diselubungi cemas dengan penduduk kampung bersabung nyawa lari dari lokasi pertempuran tapi sebaliknya kali ini penulis menarik tangan pembaca menongkah zon selamat menuju ke medan kecamuk darah dan keringat.
    4. Berbeza dengan penulisan selesa dalam DDT1, Penulis kali ini terpaksa bergelumang dengan jargon militer dan mengasak pembaca untuk hadam bagi memahami setiap plot penceritaan. Namun tidak sia-sia sebab akhirnya pembaca dapat mengenal PGA, Vat 69, Tiger Platoon, ATM dan aset berharga negara yang lain.
    5. Lebih istimewa naskhah kali ini berdiri dengan dimensi berbeza apabila pandangan mereka yang terlibat secara langsung turut digabungkan sama, temui sosok protagonist ASP Shoggi, Pena Angkasa, Kpl Awang, Ustaz Adam (sekadar menyebut beberapa nama) malah beberapa nama antagonis turut ditemui seperti Vergilio, Datu Amir Bahar dan lain-lain.
    6. Semua bab mempunyai kekuatan tersendiri, namun jika diberi pilihan, saya tertarik bab 12 “Kekejaman Yang Tidak Terbayangkan”, sewaktu menyambut jenazah perwira yang terkorban, saat paling sukar untuk diimaginasi:
    “Tangan masing-masing terketar-ketar diiringi zikir dan doa yang tidak putus-putus. Air mata tidak mampu ditahan. Tidak ada istilah lelaki keras hatinya tidak boleh menangis pada ketika itu. Luruh deras!
    Allah …
    Allah …”
    7. Berbaloi rasanya pengalaman membaca kali ini, ternyata penulisan kreatif “from the horse’s mouth” berjaya menambat hati dan sekaligus mengangkat martabat penulisan bercorak militer. Benarlah kata Penulis “mungkin akan ada suara yang berbunyi… “, bagi saya inilah cabaran untuk penulis lain keluar dari kepompong selesa dalam mengangkat naskhah perang berdasarkan kisah benar.
    8. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang insiden Mac 2013, pasti lebih banyak lagi pengajaran dari insiden pencerobohan Sulu. Diharapkan usaha Penulis tidak tamat setakat DDT2, jejak penyelidikan dan teknik penulisan yang mencabar minda boleh diluaskan lagi kepada fiksyen militer atau roman sejarah barangkali?.
    9. Jika ramai yang mahukan produksi sejarah diangkat ke layar perak post produksi “Mat Kilau”, saya mungkin inginkan “Tanduo” menjadi wayang gambar epik, sehebat penyandang Oskar “Saving Private Ryan”. Berdiri sekelas dengan Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan dengan sentuhan magis pengarah Samsul Yusof atau Andrian Teh (sekadar menyebut beberapa nama). Untuk DDT2 selayaknya 5/5.
    Abu Razeen
    Baca “Putting To Rest”.
    The claim to Sabah
    By the self-proclaimed Sultanate of Sulu
    Abdul Ghani Patail
    Link bookreview Darah di Tanduo (1) m. story.php?stor...
    #aburazeenbookreview

КОМЕНТАРІ •