KUMP 2 SET 17 INTERVENSI KAUNSELING TERHADAP ISU KESEJAHTERAAN EMOSI MURID DI SEKOLAH

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 57

  • @hanunnadzirahbintimohdanua6134
    @hanunnadzirahbintimohdanua6134 14 годин тому

    Di dalam sesi kaunseling pelajar akan mendapat bimbingan untuk mengatur pemikiran dan mengawal emosi mereka dengan baik. Dengan ini, mereka akan lebih matang dan bijak mengambil langkah untuk mengekalkan kesejahteraan emosi kendiri.

  • @HaziqahAbdulHadi
    @HaziqahAbdulHadi День тому

    P143898 HAZIQAH BINTI ABDUL HADI: Terima kasih Kumpulan 2 pembentangan yang sangat jelas dan baik. Dari pembentangan ini dapat saya lihat, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan emosi pelajar di sekolah terjejas, antaranya buli dan masalah keluarga. Intervensi kaunseling seperti pendidikan dan latihan emosi dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi pelajar.

  • @aidamatyasin28
    @aidamatyasin28 День тому

    P139970 - AIDA BINTI MAT YASIN
    Terima kasih kumpulan 2 atas perkongsian yang dilakukan. Pembentangan bahagian implikasi dan cadangan sangat menarik kerana cadangan yg dicadangkan bagi menangani implikasi tersebut boleh dilihat secara terus. Oleh itu, kesejahteraan emosi murid di sekolah dapat ditingkatkan dengan pelaksanaan cadangan-cadangan yang diberikan.

  • @NURULHAFIRABINTIRAPIEN
    @NURULHAFIRABINTIRAPIEN 2 години тому

    P142599 NURUL HAFIRA BINTI RAPIEN
    Terima kasih kumpulan 2 di atas pembentangan yang sangat jelas dan tidak membosankan.. secara keseluruhannya intervensi kaunseling untuk pelajar sekolah sangat penting bagi membantu mereka tidak melibatkan diri dengan masalah sosial dan membantu mereka menangani emosi dengan baik

  • @patricialua6069
    @patricialua6069 7 годин тому

    P139791 PATRICIA LUA ANAK SEBARANG: Pendekatan yang digunakan bersesuaian dalam membantu murid mengawal kemarahan atau emosi murid. Hal ini kerana, ketenteraman emosi setiap murid di sekolah amat penting dan seseorang kaunselor itu perlu memahami emosi yang dihadapi oleh pelajar dan mengetahui isu-isu yang terlibat serta menemukan jalan penyelesaian yang bersesuaian di samping dapat melahirkan potensi individu secara menyeluruh dan mewujudkan insan yang berguna pada masa hadapan.Terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan 2 atas perkongsian yang disampaikan.

  • @VANAESSAEVANGELISTABINTIDAMIAN
    @VANAESSAEVANGELISTABINTIDAMIAN 14 годин тому

    Pembentangan rakan-rakan mengenai intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi murid di sekolah amat bermakna dan relevan dengan cabaran yang dihadapi dalam sistem pendidikan masa kini. Saya sangat menghargai penjelasan anda yang menyeluruh, terutama dalam mengenal pasti strategi intervensi yang berkesan. Penyampaian anda jelas dan menunjukkan kefahaman yang mendalam terhadap topik ini. Tahniah atas usaha yang cemerlang.
    - P143974 Vanaessa Evangelista Binti Damian

  • @nabiharozali7184
    @nabiharozali7184 10 годин тому

    P141031 NURUL AIN NABIHA BINTI MAT ROZALI
    Topik “Intervensi Kaunseling Terhadap Isu Kesejahteraan Emosi Murid di Sekolah” merupakan satu isu yang amat penting dan relevan dalam usaha membentuk persekitaran pendidikan yang holistik dan inklusif. Pembentangan mengenai topik ini mampu memberikan panduan berkesan kepada kaunselor sekolah, guru, serta pihak pentadbiran dalam menangani cabaran emosi yang dihadapi murid.

  • @NURQURRATULAINBINTIROSDI
    @NURQURRATULAINBINTIROSDI 4 години тому

    P139178 NUR QURRATULAIN BINTI ROSDI
    Terima kasih kumpulan 2 atas pembentangan topik ini. Intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi murid di sekolah adalah langkah penting untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran kehidupan, mencapai potensi diri, dan menjalani kehidupan yang seimbang.

  • @syazwinazati17
    @syazwinazati17 День тому

    P140398 NURSYAZWINA IZZATI BINTI AZAKI
    Terima kasih Kumpulan 2 atas penerangan yang cukup jelas tentang INTERVENSI KAUNSELING TERHADAP ISU KESEJAHTERAAN EMOSI MURID DI SEKOLAH. Pada pendapat saya, intervensi kaunseling terhadap kesejahteraan emosi murid adalah sangat penting kerana murid tidak ketinggalan untuk turut mengalami konflik atau permasalahan psokologi dalam diri mereka. Melalui intervensi kaunseling yang dijalankan, murid akan mendapat kesedaran atau celik akal untuk menyusun atau merancang cara supaya sentiasa dapat mengawal emosi dan menghasilkan tingkah laku yang positif. Kepelbagaian integrasi elemen kaunseling seperti kerohanian dan terapi seni yang diterapkan ketika sesi kaunseling diharapkan mampu melahirkan murid yang hebat dalam pelbagai sudut.

  • @NurZettyFirhanBtZaidin
    @NurZettyFirhanBtZaidin День тому

    P142544-NUR ZETTY FIRHAN BT ZAIDIN..Terima kasih dan tahniah Kumpulan 2 pembentangan yang sangat jelas dan baik. Dari pembentangan ini dapat saya lihat, terdapat beberapa kajian lepas yang sesuai dan perbincgn yang sangat jelas mengenai intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi pelajar..

  • @aizataizani
    @aizataizani День тому

    P143297 MOHD AIZAT AIZANI BIN MD YUSOF: Perbincangan yang sangat menarik dan bermanfaat! Video ini berjaya mengetengahkan kepentingan kecekapan kaunselor dalam memahami pelbagai latar belakang budaya, terutamanya dalam konteks sekolah. Syabas kepada kumpulan atas penyampaian yang jelas dan padat!

  • @eldrinbudin5745
    @eldrinbudin5745 5 годин тому

    P141527 (ELDRIN ANAK AHIA): Program intervensi kaunseling ini amat digalakkan untuk membantu pelajar yang bermasalah Dengan adanya strategi2 yang baik. Terima kasih kump 2.

  • @lyaenasyahirah1558
    @lyaenasyahirah1558 День тому

    P141634-NUR LIYANA SYAHIRAH BINTI RUSLI (Video ini sangat menarik kerana dinyatakan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesejahteraan emosi pelajar. Intervensi ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menghadapi tekanan akademik dan sosial. Dengan ini juga, pencapaian pelajar akan terjaga kerana emosi pelajar dijaga.)

  • @DAYANGNORZIEYANABINTIAWANGKELA

    P139578 - DAYANG NORZIEYANA
    Saya sangat bersetuju dengan pembentangan daripada rakan-rakan Kumpulan 2 mengenai peranan penting intervensi kaunseling dalam menangani isu kesejahteraan emosi murid di sekolah.
    Tekanan akademik yang tinggi, masalah rumah tangga, dan hubungan yang tidak baik sesama rakan sebaya adalah antara isu utama yang memberi kesan besar terhadap emosi dan kesejahteraan pelajar di Malaysia.
    Dengan intervensi yang tepat, kaunseling dapat membantu pelajar mengatasi tekanan dan masalah yang dihadapi, sekaligus meningkatkan kesejahteraan emosi mereka dan menyokong perkembangan positif dalam akademik pelajar.

  • @AmiraxAzli
    @AmiraxAzli 17 годин тому

    P139089 NUR AMIRA ARIFA NOR AZLI
    Terima kasih atas perbentangan yang disampaikan kumpulan 2 🥰 Isi kandungan sangat jelas, teratur, dan menarik. Penyampaian penuh keyakinan, dengan contoh relevan yang membantu audiens memahami topik dengan baik.

  • @irnanatasha7888
    @irnanatasha7888 День тому

    P138840 - IRNA NATASHA BINTI JUNAIDI
    Pembentangan ini benar-benar membuka minda saya terhadap intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi murid di sekolah. Saya kini lebih faham tentang pentingnya isu kesejahteraan emosi murid di sekolah dan bagaimana ia boleh diterapkan dalam kehidupan sebagai seorang murid tersebut.Terima kasih kerana memberi pandangan yang bernas !.

  • @syafisulehan9134
    @syafisulehan9134 5 годин тому

    P141653 (NUR SYAFI SYAZANA BT MOHD SULEHAN)- Pembentangan yang sangat jelas dan menarik dari kumpulan 2. Saya bersetuju bahawa kesejahteraan emosi pelajar adalah sangat penting kerana ianya dapat mempengaruhi perkembangan akademik, sosial pelajar. Berdasarkan pembentangan ini, saya mendapati beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan emosi pelajar. Namun begitu, saya percaya bahawa kerjasama antara unit kaunseling sekolah, guru-guru, ibu bapa bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kesejahteraan emosi dapat menyumbang kepada perkembangan akademik dan sosial yang lebih baik di kalangan pelajar.

  • @rostutong9935
    @rostutong9935 3 години тому

    P140458 ROS VEVEIIS ANAK TUTONG: Berdasarkan pembentangan bagi topik kumpulan 2, sememangnya kesejahteraan emosi murid amat perlu dititikberatkan kerana ia akan memperi impak yang negatif jika tidak ditangani dengan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, saya amat menyokong cadangan yang telah dikemukakan di dalam pembentangan ini.

  • @SAHARENNABINTISAIMEE
    @SAHARENNABINTISAIMEE 23 години тому

    P140131-SAHARENNA BINTI SAIMEE
    Tahniah untuk kumpulan 2 atas pembentangan dan isi kandungan yang sangat baik. Daripada pembentangan ini sangat jelas menunjukkan bahawa intervensi kaunseling yang berkesan mampu meningkatkan kesejahteraan emosi para pelajar. pada pendapat saya, intervensi kaunseling ini sangat penting dilaksanakan bagi menangani masalah yang lebih serius di kalangan pelajar seperti PTSD yang boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk contohnya seperti membunuh diri. oleh itu, selain dari intervensi yang dijalankan, semua pihak juga perlu bekerjasama dan sentiasa peka dalam memastikan masalah berkaitan kesejahteraan emosi murid ini dapat ditangani dengan baik.

  • @VALENTINABRIDGETANAKMOSESCHEND

    P139881 VALENTINA BRIDGET ANAK MOSES CHENDANG
    Terima kasih kumpulan 2.Pengisian isi yang jelas telah diutarakan.Jelaslah kaedah intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi murid di sekolah amatlah penting untuk melahirkan murid yang positif dan juga mampu berdaya saing dalam menghasilkan murid yang dinamik dan berjaya di masa hadapan.

  • @AZRAHANIBINTIREFDIN
    @AZRAHANIBINTIREFDIN 2 години тому

    P144104 AZRA HANI BINTI REFDIN:
    Intervensi kaunseling perlu memberi tumpuan kepada langkah pencegahan awal seperti mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan emosi dan memberikan sokongan sebelum masalah menjadi lebih serius. Sebagai contoh, program kesedaran mental di sekolah atau sesi kaunseling kelompok bertujuan bagi membina kemahiran pengurusan emosi.

  • @hambaallah2531
    @hambaallah2531 10 годин тому

    P139757 NURSAKINAH BINTI YUSSUF
    Saya mencadangkan agar program ini diperluaskan dengan lebih banyak sesi kaunseling berkala dan juga melibatkan ibu bapa dalam usaha ini. Kerjasama antara sekolah dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kesejahteraan emosi murid dapat dijaga dengan lebih berkesan.

  • @SITINURNAJIHA-lu6fh
    @SITINURNAJIHA-lu6fh День тому

    P141428 - SITI NUR NAJIHA BINTI JUSOH
    Saya bersetuju dengan isu kesejahteraan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Di sini dapat kita lihat betapa pentingnya intervensi kaunselor di sekolah bagi menangani masalah emosi pelajar dan pandangan kaunselor terhadap Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) pelajar yang menjadi mangsa buli serta cadangan untuk mengatasi permasalahan tersebut. Tahniah dan terima kasih kumpulan 2.

  • @izuanhafiz1046
    @izuanhafiz1046 День тому

    P140327 MOHAMAD IZUAN HAFIZ BIN MOHD ROZI: Syabas untuk semua ahli Kumpulan 2. Pembentangan yang cukup menarik dan setiap maklumat yang disampaikan sangat jelas. Berdasarkan pembentangan ini, jelas bahawa guru kaunseling perlu lebih cakna atau peka terhadap emosi murid kerana emosi yang kurang stabil boleh mengganggu proses pembelajaran murid itu sendiri. Oleh itu, saya bersetuju dengan tindakan pihak kaunselor sekolah yang telah merancang pelbagai strategi berkesan untuk memastikan murid sentiasa berada dalam emosi yang baik sepanjang proses PdP mereka.

  • @NORSATIRAHBINTIROSLAN
    @NORSATIRAHBINTIROSLAN День тому

    P139053 - NORSATIRAH BINTI ROSLAN
    Terima kasih kumpulan 2. Video pembentangan ini memberikan perspektif yang jelas tentang pentingnya intervensi kaunseling dalam isu kesejahteraan emosi murid. Cabaran seperti tekanan akademik, masalah keluarga, dan hubungan sosial memerlukan pendekatan kaunseling yang berkesan. Program pengurusan emosi dan sokongan juga, seperti yang dicadangkan sangat penting untuk membantu murid mencapai keseimbangan psikologi dan emosi di sekolah.

  • @NURULANAQIRUKAINIBINTIMOHDRUSL

    P139260 NURUL ANAQI RUKAINI BINTI MOHD RUSLI
    Syabas dan tahniah untuk Kumpulan 2 di atas pembentangan ini. Melalui perkongsian video ini, saya mendapat beberapa ilmu baharu di mana intervensi yang perlu dilakukan oleh kaunseling dalam menangani kemarahan murid di sekolah. Perkongsian ini juga memfokuskan kesejahteraan emosi murid di sekolah. Murid dilanda pelbagai emosi dan oleh sebab itu kaunselor perlu mengatasi masalah ini dengan baik.

  • @NURZARITHSOFEABINTIMOHAMED
    @NURZARITHSOFEABINTIMOHAMED День тому

    P139216 NUR ZARITH SOFEA BINTI MOHAMED : Tahniah kumpulan 2! Daripada pembentangan kumpulan anda, jelaslah bahawa Intervensi kaunseling di sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu serta meningkatkan kesejahteraan emosi murid. Kerana pada pendapat saya, kesejahteraan emosi murid berkait rapat dengan prestasi mereka dalam bidang akademik.

  • @emyliabija5350
    @emyliabija5350 День тому

    P141529 EMYLIA BIJA ANAKJEFFERY
    Pembentangan yang sangat bermanfaat. Daripada pembentangan ini, dapat dilihat bahawa kaunselor di sekolah dapat menangani isu kesejahteraan emosi di sekolah .

  • @greenashayu1285
    @greenashayu1285 11 годин тому

    P139603 GREENA SHAYU ANAK TIMBANG
    Terima kasih Kumpulan 2 diatas penerangan yang sangat jelas. Kaedah intervensi kaunseling terhadap isu kesejahteraan emosi murid di sekolah sangat penting dalam membentuk dan melahirkan murid yang berpikiran positif dan juga mampu berdaya saing dalam menghasilkan murid yang dinamik dan berjaya pada masa hadapan.

  • @HasfazilahMokhta
    @HasfazilahMokhta День тому

    P138776 HASFAZILAH BINTI MOKHTA
    Terima kasih atas pembentangan yang sangat jelas dan menarik. Melalui pembentangan ini, saya mendapati bahawa intervensi kaunseling yang berkesan dapat membantu murid mengenal pasti dan menguruskan emosi mereka dengan cara yang sihat.

  • @pharsaphoenix7256
    @pharsaphoenix7256 День тому

    P138921 BADRUL ALAINA BINTI CHE KASIM
    Tahniah atas pembentangan ini. Intervensi ini sangat relevan dan komprehensif. Saya bersetuju dengan penggabunggan CBT, REBT dan elemen kerohanian untuk menangani isu kemarahan murid. Pendekatan ini sangat membantu murid mengurus emosi dan tingkah laku secara positif di samping menyediakan ruang yang selamat untuk meluahkan perasaan.

  • @khadijahhusna1354
    @khadijahhusna1354 2 дні тому

    P141061 - SITI KHADIJAH HUSNA BINTI ROSLY AMIN
    Saya bersetuju dengan cadangan yamg dibincangkan di dalam pembentangan ini iaitu tentang mengadakan program pengurusan emosi. Oleh kerana, program tersebut mengajar cara untuk mengawal pernafasan ketika emosi tidak stabil, cara berkomunikasi dengan baik dan cara untuk pelajar menghadapi sebarang konflik.

  • @aidasaidi5649
    @aidasaidi5649 День тому

    NURUL AIDA BINTI MOHD SAIDI
    P141685 KUMP5 SET 17
    Melalui video ini, para pembentang memberi kesedaran bahawa Kaunseling dapat memberi sokongan kepada pelajar yang menghadapi tekanan atau cabaran dalam kehidupan mereka, membantu mereka menguruskan perasaan dan mengembangkan kemahiran untuk mengatasi masalah

  • @NURAINBINTIZAKARIA
    @NURAINBINTIZAKARIA 2 дні тому

    P139070 NUR AIN BINTI ZAKARIA
    Terima kasih kumpulan 2 atas pembentangan yang menarik. Dari pembentangan ini saya dapat pelajari bahawa intervensi awal melalui kaunseling boleh mencegah isu seperti kebimbangan, kemurungan, dan tekanan daripada menjadi lebih serius, sekaligus melindungi kesejahteraan mental jangka panjang murid.

  • @SolehahMutalif
    @SolehahMutalif 2 дні тому

    P141382 - NURUL SOLEHAH BINTI AB. MUTALIF
    Video ini memberikan penerangan yang sangat bermakna tentang intervensi kaunseling dalam menangani isu kesejahteraan emosi murid di sekolah. Saya dapat memahami bagaimana pendekatan kaunseling boleh membantu murid mengatasi tekanan emosi serta meningkatkan keseimbangan mental mereka. Penjelasan tentang hal ini benar-benar membuka perspektif baru bagi saya sebagai bakal pendidik.

  • @xaininsofiax
    @xaininsofiax 2 дні тому

    P141489 AININ SOFIA BINTI MOHD WAHID
    Terima kasih Kumpulan 2 untuk pembentangan yang menarik ini. Saya dapat simpulkan bahawa pendekatan kaunseling yang berbeza, seperti kaunseling berkelompok, terapi seni, dan bimbingan berasaskan agama, terbukti berkesan dalam menangani isu kesejahteraan emosi murid di sekolah.

  • @nikiii_93
    @nikiii_93 10 годин тому

    P140239 NIK NUR FATIN AFIFAH BINTI NIK AZIZ
    Terima kasih Kumpulan 2,
    Pembentangan yang sangat jelas dan mudah difahami. Hasil pembentangan video ini menjelaskan intervensi kaunseling seperti latihan emosi yang mana didapati dapat membantu menangani cabaran emosi pelajar dan langkah untuk mengekalkan kesejahteraan emosi pelajar :)

  • @wankhairiyahwanibrahim5430
    @wankhairiyahwanibrahim5430 2 дні тому

    P139420 WAN KHAIRIYAH BINTI WAN IBRAHIM
    Terima kasih kumpulan 2. Menerusi video pembentangan ini membuatkan saya lebih mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bagaimana intervensi kaunseling dalam menangani kemarahan murid sekolah

  • @sarahzaki9964
    @sarahzaki9964 2 дні тому

    P141590 - NUR SARAH BINTI MOHD ZAKI
    Penerangan yang jelas diberikan oleh Kumpulan 2 ini. Saya dapat memahami isu atau permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar serta intervensi yang sesuai dilaksanakan untuk bersama-sama menangani isu kesejahteraan emosi murid di sekolah.

  • @nadhirahsh.9326
    @nadhirahsh.9326 2 дні тому

    P139860 - SITI NUR NADHIRAH BT SH MOHD ZAIDI
    Cadangan untuk menekankan pendidikan emosi dalam kurikulum sangat bernas. Pendidikan emosi membantu pelajar untuk faham dan menguruskan emosi mereka dengan lebih baik.

  • @aisyahhaziman
    @aisyahhaziman 2 дні тому

    P141727 AISYAH BT HAZIMAN
    Goodjob ..saya dapat belajar cara nak mengawal emosi pelajar dengan baik dan lebih memahami pelajar dengan ada sentuhan human touch.

  • @NURANISFADHILABINTICHEDERAMAN
    @NURANISFADHILABINTICHEDERAMAN 2 дні тому

    P140366 - NUR ANIS FADHILA BINTI CHE DERAMAN
    Isu-isu yang dinyatakan sememangnya boleh menggangu para pelajar sehingga boleh menjejaskan gangguan mental dan fizikal mereka . Oleh itu, tugas sebagai kaunselor bukan sahaja mendengar malah membantu mereka untuk mengawal emosi dengan lebih baik dan stabil.

  • @anglicessicaemad3313
    @anglicessicaemad3313 11 годин тому

    P143454 Anglicessica Emad anak Winston Tachil
    Pembentangan yang jelas dari kumpulan 2. Tajuk yang dipilih juga menggambarkan masalah yang dihadapi oleh ramai pelajar pada masa sekarang disebabkan oleh beberapa latar belakang seperti yang dijelaskan oleh kumpulan 2. Disini saya boleh mengambil iktibar bahawa pentingnya penjagaan emosi pelajar beserta cara-cara menangani masalah ini.

  • @SaA-cd1hd
    @SaA-cd1hd 2 дні тому

    P139801 - SANDRA ANAK ANGGAT
    Video pembentangan ini telah membuka mata saya tentang pentingnya peranan kaunselor dan intervensi yang sesuai dilaksanakan bagi membantu pelajar yang mempunyai permasalahan dalam emosi.

  • @ananjhh7180
    @ananjhh7180 День тому

    AINNAJIHAH P138790
    Tahniah kepada pembentang!
    Apa yang saya dapati ialah isu-isu seperti tekanan akademik, buli, dan masalah keluarga yang mempengaruhi emosi pelajar. Selain itu, teknik seperti kaunseling berkumpulan dan terapi seni dibincangkan sebagai cara untuk membantu pelajar mengurus emosi mereka. Cadangan juga diberikan untuk meningkatkan sokongan emosi melalui pendidikan dan kerjasama antara sekolah, keluarga, dan masyarakat.

  • @hannannasiruddin6238
    @hannannasiruddin6238 День тому

    P140480 NUR HANNAN AINAA BINTI MAT ZAIB
    Dengan in kita dapat melihat intervensi kaunseling ini merupakan satu proses profesional yang dijalankan oleh kaunselor terlatih dalam menangani masalah isu kesejahteraan emosi di sekolah.

  • @AINULHUSNABINTISAPUAN-w9b
    @AINULHUSNABINTISAPUAN-w9b 2 дні тому

    P138792- AINUL HUSNA BT SAPUAN.
    Penerangan yang baik dari kumpulan 2. Melalui pembentangan ini, saya dapati bahawa salah satu kaedah yang berkesan bagi menangani isu kesejahteraan emosi pelajar di sekolah adalah melalui pendekatan kerohanian kerana kepercayaan yang teguh kepada agama masing masing memberi ketenangan kepada diri pelajar.

  • @Syahrilkassim20
    @Syahrilkassim20 День тому

    P140065 MOHD SYAHRIL BIN MOHD KASSIM
    Terima kasih atas pembentangann yang telah disampaikan. Pembentangan yang telah dibentangkan oleh kumpulan 2 telah menunjukkan betapa pentingnya intervensi dalam menangani kemarahan murid di sekolah. Selain itu, pihak kaunselor juga bertanggungjawab dalam perkembangan kesihatan mental pelajar di sekolah. Dengan ini, saya setuju jika pihak kauselor akan mengajar mereka cara untuk mengawal emosi para pelajar agar dapat menghasilkan emosi dan tingkah laku yang lebih baik bagi masa hadapan mereka kelak.

  • @Masliza0202
    @Masliza0202 День тому

    P140045 MASLIZA SUHAIDA BINTI MAT
    Tahniah kumpulan 2, melalui pembentangan ini saya dapat mengetahui tentang bagaimana cara kaunselor untuk menangani isu kesejahteraan emosi pelajar serta kesan yang dihadapi jika tidak ditangani dengan cara yang betul

  • @Vianney-ao
    @Vianney-ao День тому

    P139521 - ALVIANNEY ALPHONSUS
    Daripada pembentangan ini, saya dapat pelajari bahawa intervensi kaunseling memainkan peranan penting dalam menangani isu kesejahteraan emosi murid di sekolah. Pendekatan seperti kaunseling berkumpulan, terapi seni, dan bimbingan berasaskan agama membantu murid mengatasi masalah emosi yang mereka hadapi, serta membangunkan tingkah laku yang lebih positif.

  • @nickaj4594
    @nickaj4594 2 дні тому

    P142443 NICKSON AJANG ANU
    Berdasarkan video ini, saya mendapati Intervensi kaunseling penting kerana ia membantu murid mengurus emosi, meningkatkan kesejahteraan mental, serta menyokong pembelajaran dan perkembangan mereka di sekolah.

  • @Sabrinabb94
    @Sabrinabb94 10 годин тому

    Sabrina Bibi anak Maurice (P141875)
    Berdasarkan pembentangan oleh kumpulan 2, jelaslah bahawa kesejahteraan emosi pelajar ini memainkan peranan yang penting kerana ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Peningkatan prestasi akademik ini seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup pelajar dan menyumbang kesejahteraan keluarga.