BUNG BRATAK EXPLORATION

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 жов 2024
  • 📍Bung Bratak Heritage Centre
    Bau, Sarawak
    Bung Bratak Heritage Centre terletak di Kg. Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak.
    Secara ringkas sejarahnya, Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838 ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak manakala orang-orang dewasa telah dibunuh dan kanak-kanak diculik dan dilarikan. Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni. Namun dari masa ke semasa penduduk Bung Bratak telah berpindah ke tempat lain. Kini Bung Bratak merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.
    Puncak tertinggi direkodkan bagi Bung Bratak adalah 161 mdpl. Untuk ke Puncak, pengunjung boleh meneruskan pendakian dari belakang kafe di kawasan tersebut.
    Untuk ke sini, boleh parking kenderaan di bawah kaki bukit dan mendaki secara santai (exercise) melalui anak-anak tangga selama 20-30 minit. Udara yang nyaman serta permandangan menghadap ke Gunung Singai dan Serapi nyata menyedapkan mata memandang dan melegakan penat pendakian. Boleh juga memandu terus ke atas jika menggunakan 4x4 atau motosikal kerana kecerunan yang tinggi.
    Tarikan utama di sini adalah sambutan Festival Bung Bratak yang diadakan pada 1 Mei setiap tahun.
    #BungBratakHeritageCentre #BBHC #Bidayuh #BungBratak #SarawakTravel #SarawakMoreToDiscover #SupportLocal #TourismMalaysia #TourismSarawak #CutiCutiMalaysia #MOTAC

КОМЕНТАРІ • 1