Ep. 140 - Travel Hack Umrah : Ni Cara Kami ke Mekah Dengan Kos Paling Rendah!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 23 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 153

  • @josephinegjames2520
    @josephinegjames2520 2 місяці тому +3

    info yg menarik dan detail utk sy yg non muslim..nk jejak sana mmg xdpt,mmpu tgk thru Leaving the nest 🥰

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому +2

      Betul tu, non-Muslim tak boleh masuk Mekah, tapi melalui video-video macam ni, at least korang boleh dapat gambaran dan faham sikit suasana kat sana. 😊
      Sekarang ni Kerajaan Arab Saudi dah makin terbuka untuk pelancong. Korang boleh lawat Madinah dan tempat-tempat menarik lain guna tourist visa. Contohnya Al Ula, tempat bersejarah dengan kota Hegra yang dah wujud sejak 5000-2000 sebelum Masihi. Lagi best, kos kat Saudi masih reasonable buat masa ni. 😊

  • @mohamadshah7946
    @mohamadshah7946 4 місяці тому +2

    Assalamualaikum.... Terasa rindu sangat utk ke Haramain ni lagi... Saya dan Is3 baru balik kerja kan manasik Haji 1445H lalu. 45hari. Sebelum ni dah 3x Allah rezeki kan buat Umrah. Anak ke2 & menantu akan menyusul Umrah pd hujung tahun 2024 ni..so Semua keluarga kami sudah berUmrah....
    Terharu tengok vlog Anak Beranak ni....
    Kami cadangan Nak Umrah dlm bln Ramadan pulak.
    Insya Allah.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Waalaikumsalam, SubhanAllah, sangat terharu dan gembira mendengar pengalaman Haji dan Umrah keluarga.
      Alhamdulillah, rezeki yang sangat besar buat sekeluarga untuk menunaikan ibadah di tanah suci, dan sekarang anak serta menantu pula yang akan menyusul.
      Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan Umrah yang mabrur. InsyaAllah, Umrah dalam bulan Ramadan sangat besar ganjarannya.
      Moga Allah SWT terus memberikan rezeki dan kesihatan untuk kita semua kembali ke Haramain. Amin.

  • @mahanisahselamat6756
    @mahanisahselamat6756 2 місяці тому +1

    Sy Subscriber baru. Subhanawallah, dulu sy pernah terbaca blog tentang umrah DIY, lepas tu cari tak jumpa dah blog tu. Bersyukur sangat sebab jumpa channel ni. 🎉 teruskan buat utube ye 🙂

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana support ! Rasa sangat bersyukur bila dapat berkongsi info tentang umrah DIY. Memang niat kitorang nak tunjukkan yang umrah boleh jadi mudah, mampu dibuat sendiri dan kosnya jauh lebih murah dari pakej.
      Terima kasih atas sokongan, doakan yang terbaik ya! 😊

  • @pntinibashri4999
    @pntinibashri4999 4 місяці тому +1

    Terus subscribe 😍both- wife n hasben sgt best buat vlog! Semoga family ini dlm rahmat Allah sentiasa amin

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Alhamdulillah, terima kasih banyak atas sokongan dan doa yang sangat bermakna. Kitorang amat bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan, termasuk sokongan ikhlas daripada Puan Tini Bashri.
      Doa kitorang juga agar Puan dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
      Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berkongsi kebaikan dan rezeki untuk kembali ke tanah suci. Amin, ya Rabb. ☺️

  • @mardiana_az
    @mardiana_az Місяць тому +1

    Bestnya tengok. Nak bawa anak ke mekah, tapi belum ada rezeki lagi. Terima kasih share info especially hotel, boleh planning untuk future if nak ke mekah nanti.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  Місяць тому +3

      Pasang niat dulu, InshaAllah Allah akan buka laluan dan permudahkan urusan. Mekah sentiasa tunggu kedatangan kita. Semoga rezeki tu datang tepat pada masanya. Aamiin 😊

  • @zamzuri313
    @zamzuri313 День тому

    Teringatnya pintu 79

  • @AweLeechannel
    @AweLeechannel 4 місяці тому +1

    MasayaAllah Tabarakallah…rindu suasana kat Mekkah….buat umrah DIY memang agak mencabar kan…kena2 utk dapatkan penginapan….terbaik perkongsiannya👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼comel tengok vanilla

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      @@AweLeechannel Terima kasih sebab sudi jadi antara yang terawal tengok travelogue umrah kitorang. Betul, suasana kat sini lain sangat2, sebab kita cuma fokus beribadah. Cuma tu lah, ingat saja nak try hotel lain tapi tak berkenan pulak. Lepas ni kalau ada kesempatan lagi ke Mekah, mungkin akan stay dekat Hyatt jugak sebab lebih mudah untuk ke masjid 🥹

  • @ahmadmuzakkir3737
    @ahmadmuzakkir3737 3 місяці тому +1

    Alhamdulillah sgt menarik ni, nk g jgk buat umrah transit insyallah smoga dipermudahkan

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +2

      Alhamdulillah! Seronok dengar bila ada orang tertarik dengan umrah DIY ni. InshaAllah, semoga urusan nak buat umrah transit dipermudahkan. Memang boleh jimat banyak dan akan dapat pengalaman baru. Kalau ada apa-apa soalan, feel free untuk tanya ye 😊

  • @nurulfarhabintijamaludinkp8504
    @nurulfarhabintijamaludinkp8504 3 місяці тому

    seronoknya tengok travelog awak..anak2 kami tgok terus teruja nak pi..mmg dok cari2 vlog utk bawa anak2 pula pi umrah..semoga awak sekeluarga dilimpahkan rezeki atas perkongsian menarik ni..

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +1

      Alhamdulillah, terima kasih banyak atas kata-kata semangat tu! Seronok sangat dengar anak-anak pun teruja nak pergi umrah. InsyaAllah, saya doakan semoga urusan dan rezeki kalian sekeluarga juga dipermudahkan untuk sampai ke sana. Teruskan menonton dan semoga perkongsian ni memberi manfaat buat semua. Amin! 😊

  • @mohdrosdi6905
    @mohdrosdi6905 4 місяці тому +2

    menarik.. umrah maqbullah inshaaAllah

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Amin amin Inshaallah.. semoga Tuan juga direzekikan ke tanah suci untuk kesekian kalinya. Inshaallah.. ☺️

  • @TheSitinabila
    @TheSitinabila 9 днів тому

    Terer la kak she n fmili g umrah diy .Moga ad rezeki jejak kaki dkt mekah ❤ comei vanilla ni ❤

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  9 днів тому

      InshaAllah Kak She doakan Nabila akan ada rezeki buat umrah siap pakej pergi dengan family, Amin 😊

  • @mashuriabdrazak3153
    @mashuriabdrazak3153 4 місяці тому +1

    baru jumpa terus subscribe terbaik👍🏼👍🏼

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Terima kasih banyak2 atas sokongan dan sudi luangkan masa tengok travelogue kami , semoga setiap perkongsian kami dapat memberi manfaat 🥹

    • @mashuriabdrazak3153
      @mashuriabdrazak3153 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest sangat bermanfaat dan teruja🥰

  • @temasek65
    @temasek65 3 місяці тому

    Alhamdulillah perjuangan untuk melaksanakan umrah anda sekeluarga tercapai! Tahniah!

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому

      Amin, InsyaAllah. Semoga anda juga diberi rezeki yang sama dan dapat menunaikan umrah bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas doa dan sokongan. 🥰🥰🥰

  • @raimiahmad3353
    @raimiahmad3353 4 місяці тому

    Alhamdulillah, seronok tgk vlog ni.
    Rindu Haramain ❤

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Terima kasih banyak kerana sudi tonton vlog ni!
      Semoga kita semua diberi peluang lagi untuk ke sana, inshaAllah. 🤗

    • @raimiahmad3353
      @raimiahmad3353 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest In shaa Allah, Aamiin ❤️

  • @grandmauti
    @grandmauti 4 місяці тому

    Thanks for sharing wonderful trip to Mekkah - Umroh, all the informatios are really details.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Glad you enjoyed it! Terima kasih juga sudi singgah & support channel kami. Semoga bermanfaat 😊

  • @AndyArdy-i2r
    @AndyArdy-i2r 4 місяці тому +8

    Alhamdullilah....umrah diy memang murah tap memcabar sb kena uruskan sendiri..comei vanilla pakai tudung..apapun muga dapat umrah yg makbul...

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +3

      Betul, silap sebab ingat nak cuba hotel lain tapi rupanya baik stay hotel yang sama je yang kami pernah stay dulu. Umrah diy memang sangat murah especially bila bawak kanak-kanak dapat jimat banyak. Contohnya Ground cost dekat umrah kali ni cuma RM3k sahaja untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak, alhamdulillah 🥹

  • @heromelayu3000
    @heromelayu3000 4 місяці тому +1

    assalamualaikum... last week saya stay kat Conrad Hotel. sebelah Hyatt. mmg best hotel2 situ dekat, murah n best

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому

      W’salam.. Terima kasih sebab sudi singgah ke travelogue kami.. Betul, kami pun suka hotel area situ, underrated sikit kawasan dia kan, tapi dekat sangat dekat entrance masjidil haram & tak terlalu crowded 😊

  • @zainabmahon6169
    @zainabmahon6169 3 місяці тому

    Alhamdulillah.. Tahun lepas saya dan suami pon nginap hotel yang sama. Memang bagus, dan dekat dengan masjidil haram. Breakfast nya memang lumayan sedap. InsyaAllah lain kali pon kami akan tempah hotel yang sama. 🤲🙏❤️🇸🇬🇸🇬🇸🇬

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +1

      MasyaAllah terima kasih atas sokongan, jauh puan datang komen dari Singapore, kitorang doakan semoga puan dijemput lagi ke Tanah Suci, insyaAllah 🥹
      Betul, hotel ni macam underrated, kalau dekat Malaysia tak banyak yang highlight hotel Grand Hyatt ni, walaupun location dia menarik dan dekat betul dengan masjid. Seronok bila balik masjid, dapat breakfast dekat sini, macam-macam ada 🥹

    • @zainabmahon6169
      @zainabmahon6169 3 місяці тому

      Aaminn ya robbal aalaminn. Terima kasih dengan doa ikhlas puan. InsyaAllah semoga kita semua dapat lagi beribadah di tanah haram.. Aaminn ❤️🇸🇬❤️🤲🙏

  • @mizventures8082
    @mizventures8082 2 місяці тому +2

    terima kasih bagi gambaran untuk mengerjakan umrah secara DIY. setiap penerangan saya dah catat dalam memori. nak apply visa tu mcm mana ye? plan nak bawak anak 4 org kecik2 ke sana tahun depan.

    • @kamalbinchemat7691
      @kamalbinchemat7691 2 місяці тому +1

      Online e visa dan ada insurans tau

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому +6

      Salam sis, saya cuba terangkan seringkas yang boleh ye. Ada beberapa jenis visa untuk ke Arab Saudi:
      eVisa - SAR 395
      • Medical Insurance Fees: Included
      • Entry : Multiple entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun.
      • Cara Memohon: Melalui official website: Visit Saudi Arabia.
      Visa on Arrival - SAR 300
      • Medical Insurance Fees: SAR 95
      • Entry: Boleh jadi multiple atau single entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun (bergantung pada kelulusan kementerian).
      • Cara apply : sampai je di Airport Saudi, gunakan self-service devices (KIOSK) atau terus ke passport control office untuk apply visa.
      Transit Visa (96 jam) - Percuma
      • Medical Insurance Fees: SAR 95
      • Kemasukan: Single entry, valid for 96 hours.
      • Cara Memohon: Boleh mohon semasa beli tiket di Saudia Airlines atau Flynas.
      • Benefit : Dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train. Apply thru website Saudia atau Flynas.
      Dalam video ini, kami apply Transit Visa. Kelulusan dijanjikan dalam tempoh 24 jam, tapi kitorang dapat dalam beberapa minit je.
      Buat Umrah sebenarnya lagi mudah daripada travel ke negara lain. Bila sampai di Jeddah, kita terus naik transport ke hotel di Mekah. Kalau tak boleh check-in lagi, kita boleh drop luggage dan terus buat Umrah. Sama juga bila tiba di Madinah, first, check-in dulu kat hotel. Kalau tak boleh, Ziarah Makam Nabi SAW. Lepas tu baru balik bilik. Fokus utama kita hanyalah dari hotel ke masjid. Aktiviti ziarah lain boleh kita selit sebagai aktiviti sampingan dalam itinerari.
      Dan nanti download apps Nusuk untuk book slot masuk Raudhah. Masa kami pergi, tak perlu lagi book slot untuk buat umrah. Tujuan Nusuk ni untuk elak terlalu crowded jemaah dalam satu masa.
      InshaAllah, kami doakan perjalanan umrah sis dan keluarga dipermudahkan dan diberkati. Harap penerangan ni membantu 😊

  • @mohdhilmicheaun8894
    @mohdhilmicheaun8894 4 місяці тому

    Tq share...vlog yg menarik!

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Terima kasih banyak atas sokongan! 😊 Jangan lupa untuk subscribe dan ikuti episod-episod seterusnya dalam siri travelogue ni. Ada banyak lagi pengalaman menarik yang bakal kitorang kongsi, termasuk trip ke 5 Negara Central Asia dan Timur Tengah lepas ni. Stay tuned! 😘😘😘

    • @kamalbinchemat7691
      @kamalbinchemat7691 2 місяці тому

      Jalan lurus nampak clock tower biasa hotel2 sekitar ayah dan aziziyah

  • @YenTravelTales
    @YenTravelTales 4 місяці тому

    ❤❤❤ Vaya-vanilla comelnyaa

  • @JamilahMahmood-r8j
    @JamilahMahmood-r8j 3 місяці тому +1

    Salam bolih beri tahu Cara yg cukup murah rasanya untok buat Umrah

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +2

      Wasalam
      Kalau nak buat umrah DIY dengan low bajet macam kitorang ni, ada beberapa cara untuk jimat.
      Pertama, cari tiket flight murah. Selalu check promo, book awal atau beli masa sale untuk dapat harga murah.
      Flight transit dari KL ke Jeddah melalui negara lain, macam Manila, Jakarta, Singapore pun kadang-kadang lebih murah.
      Untuk penginapan, tak perlu stay hotel mahal. Banyak hotel atau guesthouse bajet dekat Masjidil Haram yang selesa. RM600-RM700 boleh dapat 4-5 malam.
      Visa boleh apply online. Dan boleh atur pengangkutan dan penginapan ikut kelapangan dan kesuaian masa kita.
      dan kalau pergi ramai, share kos hotel & transportation akan jadi lebih murah.
      Untuk makan, cari je makanan kat food court, pasaraya, atau kedai makan biasa tepi jalan.
      elakkan pergi waktu puncak macam bulan Ramadan atau musim Haji sebab harga flight dan hotel memang mahal.

  • @jamsalleh7432
    @jamsalleh7432 4 місяці тому +1

    Terima kaseh dgn tips2 nya, maaf jgn marah puan cakap cepat sangat klu boleh cuba slowkan sikit.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      @@jamsalleh7432 Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue kami.. minta maaf juga part bercakap tu, sebab orang Kedah memang auto cakap laju, nanti saya cuba slowkan sedikit ye 😊

    • @mohamadshah7946
      @mohamadshah7946 4 місяці тому

      Saya terpaksa ulang2 tengok... 😊

  • @yobaaboy2024
    @yobaaboy2024 3 місяці тому

    mmg best g umrah cara diy..dpt pilih hotel yg kita nak

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому

      Setuju sangat! Buat umrah DIY ni memang banyak kelebihannya. Boleh pilih hotel ikut bajet dan keselesaan sendiri. Lagi puas hati sebab semua ikut cara kita 😊

  • @sara5933
    @sara5933 2 місяці тому

    betul no direct access.. akak naik bus shuttle last year.. tak boleh jalan kaki ke masjid sbb ada road works

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Haah, kitorang rasa tertipu sebab dalam website hotel Double Tree by Hilton tu kata ada direct access. Nasib baik juga masa tu book 2 tempat, satu dekat double Tree dan satu lagi Hyatt Regency Jabal Omar. Dekat Hyatt dapat rate okay juga dan jarak pun lagi dekat 😊

  • @hatazad
    @hatazad 4 місяці тому

    Terima kasih sharing trip umrah visa free ni. sebab memang ada rancang nak ke Umrah guna visa free 96jam ni. tapi masih lagi blur blur mcm mana step and process. bila try search youtube umrah DIY, ada video ni.. 👍👍👍

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +2

      Inshaallah nanti kami buat episod lain untuk buat umrah & cost breakdown.
      Sebab episod ni flow mula dari airport - haramain train - bus - hotel - umrah.
      Mungkin agak bercampur aduk sikit. Kalau kami masukkan terlalu details takut video jadi terlalu panjang.
      Apa yang kami cuba nak gambar dalam video ni adalah apa yang traveller umrah diy transit kena lalui. Dan ianya terpakai untuk umrah DIY lain juga.
      Walupun nampak “leceh sedikit” sebab kena urus sendiri tapi percayalah. Ianya sangat berbaloi. Dan lagi ramai orang yang mampu untuk tunaikan umrah ni.
      Sebab ground kos keseluruhan ni dalam RM5K lebih jer untuk 2 dewasa 2 kanak & yang paling penting stay dekat hotel 5 star yang sangat selesa & jarak ke Masjidil Haram kurang 50 meter.
      Trip umrah ni kami tak pergi madinah. Sebab 4 hari takut terkejar-kejar sangat. Tapi kalau korang sempat buat umrah & ziarah Madinah balik hari kos masih lagi tersangat murah.

    • @hatazad
      @hatazad 4 місяці тому

      MashaAllah Tabarakallah. memang ternanti2 video detail macam ni nanti. terima kasih sudi sharing pengalaman and trip. Semoga Tuan Puan sekeluarga di limpahi rahmatNYA ​@@LeavingTheNest

    • @FauziyahAbubakar-f2z
      @FauziyahAbubakar-f2z Місяць тому

      ye betul boleh ke bgi details cara umrah DIY mula dari kl n breakdown cost .. insyaallah mcik berhajat nk g ramai anak menantu n cucu2 syukur d rezkikan terjumpa vlog adik ni… alhamdulillah…. sudi sharing….

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  Місяць тому

      Assalamualaikum, Makcik!
      Alhamdulillah, syukur jika vlog saya dapat memberi inspirasi untuk makcik sekeluarga. Saya akan kongsikan cara Umrah DIY dan breakdown kos berdasarkan pengalaman saya. InshaAllah, makcik boleh jimat banyak dengan perancangan yang teliti.
      1. Flight Tiket
      * Kedua-dua hala: Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah atau Madinah.
      * Kos bajet:
      * Return flight (contoh: AirAsia X atau Saudia Airlines): RM2,000 - RM3,000.
      * Periksa promo tiket awal, biasanya 3-6 bulan sebelum tarikh perancangan.
      * Pro tip: Kalau transit di negara lain (contoh: Dubai atau Maldives), tambang lebih murah!
      2. Penginapan
      * Tempah hotel guna platform seperti Agoda, Booking.com, atau Airbnb.
      * Atau boleh terus ke website hotel jika ada contohnya www.hyatt.com
      * Cari hotel berhampiran Masjidil Haram atau Masjid Nabawi (pilih yang dalam jarak 500m jika bersama keluarga besar).
      * Kos Bajet: 3-5 Star Hotel
      * Mekah: RM700-RM800/malam (2-4 orang per bilik)
      * 2 minggu sebelum tarikh, hotel lebih murah.
      * Kalau terlalu awal atau lambat sangat jadi mahal
      3. Pengangkutan
      * Dari Jeddah ke Mekah:
      • Teksi: RM200-RM300 (untuk 4-6 orang).
      • Alternatif: Bas SAPTCO (RM50/seorang).
      * Haramain Train :
      Mekah ke Madinah:
      • Bas SAPTCO: RM50-RM70/seorang.
      • Kereta sewa: RM300-RM400 sehari (boleh kongsi kos).
      * atau boleh je naik ehailing macam careem/Uber, Kos lebih murah dari teksi biasa.
      * Haramain Train :
      Ekonomi Class: Lebih murah.
      Jarak perjalanan:
      • Jeddah - Makkah: Bermula sekitar SAR 40 - 50 (Ekonomi).
      • Jeddah - Madinah: Bermula sekitar SAR 150 - 170 (Ekonomi).
      • Makkah - Madinah: Bermula sekitar SAR 230 - 250 (Ekonomi).
      Book lebih awal, harga lagi murah. Kalau last minute atau peak season harga jadi mahal. Kadang-kadang kalau ada rezeki, dorang ada buat offer 50%.
      4. Makan dan Minum
      * Makanan boleh sangat jimat jika makcik beli di pasaraya atau kedai lokal.
      * Kos Bajet:
      • Makan : RM30-RM50/pax sehari
      5. Perbelanjaan Tambahan
      * eVisa : SAR 395 (website KSA) atau
      * Visa on Arrival: SAR 395 (apply masa sampai airport)
      * Ziarah tambahan (optional):
      * Ziarah tempat bersejarah di Mekah dan Madinah (kos dalam RM50-RM100/pax untuk van sewa).
      Tips Tambahan:
      1. Rancang Itinerary:
      • Buat pembahagian hari antara Mekah dan Madinah, contohnya:
      • Hari 1-4: Mekah (umrah & ibadah).
      • Hari 5-7: Madinah (ziarah dan ibadah).
      2. Sediakan Dokumen Lengkap:
      • Passport sah laku 6 bulan.
      • Salinan vaksinasi Meningococcal (wajib).
      3. Bawa Barang Keperluan:
      • Telekung, ihram, kasut/sandal mesra wudhu.
      • Power bank dan Pocket WiFi (untuk komunikasi keluarga).
      4. Dapatkan Aplikasi Penting:
      • Nusuk App: Untuk tempahan masuk ke Raudhah (Masjid Nabawi).
      • Google Maps dan Google Translate (untuk memudahkan perjalanan).
      Semoga niat makcik dipermudahkan dan makcik dapat bawa keluarga ke tanah suci dengan selesa dan penuh barakah. Amin Ya Rabb!

    • @FauziyahAbubakar-f2z
      @FauziyahAbubakar-f2z 21 день тому

      @@LeavingTheNest salam mcik baru tgk reply adik …. terjumpa dah lama cari reply adik……warga emas… x reti sgt dgn utube ni… terima kasih byk2 sharing semua . Alhamdulillah agar di berkati Allah n d lindungi NYA sentiasa. tkasih

  • @izis02
    @izis02 9 днів тому

    Salam.. seronok tgk vlog ni. Saya nak tau macam mana nak cari tiket macam ni? maksud saya Dubai ke KL dan ada transit sampai 96 jam.
    Terima kasih

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  9 днів тому +1

      Untuk transit ni, korang cuma boleh stay maksimum 96 jam je, lebih kurang 4 hari. Stopover program ni pula hanya valid kalau beli tiket dengan Flynas atau Saudia je.
      Paling senang, apply visa masa beli tiket flight, dan make sure beli direct dari website rasmi airline. Jangan beli dari third party macam trip.com atau Traveloka, sebab nanti visa program ni tak valid.
      Visa tu sebenarnya free, cuma ada medical fee dalam SAR95 je. Masa kitorang pergi hari tu, siap dapat 1 malam free stay kat hotel 4-star dekat Jeddah. Kalau pandai plan, memang berbaloi sebab boleh cover Mekah dan Madinah sekali.
      Tapi masa kitorang pergi, memang fokus nak buat Umrah je sebab risau anak-anak penat lepas baru balik dari Dubai.
      Hotel kat Mekah pun lagi murah dari Madinah. Kalau nak ziarah Madinah, better naik Haramain train balik hari je. Tak payah susah-susah nak pindah hotel atau angkut luggage, sebab benda tu boleh jadi memenatkan juga. 😊
      Kalau kurang jelas, boleh tanya je kat sini. Kalau saya free. InshaAllah saya akan cuba reply secepat yang boleh..😊

    • @izis02
      @izis02 9 днів тому

      @@LeavingTheNest wah.. tak sangka nak dapat reply sepanjang ni.. selalu creator video reply basic2.. sangat baik lah.. dah usha tiket saudi tadi.. betulla ada transit lama.. best2.. tqsm

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  9 днів тому +1

      @izis02 most welcome semoga dipermudahkan urusan nanti ye 😊

  • @cactusy9332
    @cactusy9332 11 днів тому

    Ooo exclude Madinahh ehh.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  11 днів тому

      Yang ni free transit maksimum 96 jam je. Kalau ikutkan, ni Umrah DIY ketiga kami lepas habis travel Manila dan Dubai. So, kitorang guna program stopover ni untuk buat Umrah sebelum balik Malaysia.
      Untuk 96 jam tu sebenarnya cukup je masa kalau nak cover Ziarah Madinah, tapi kami decide nak buat Umrah secara santai-santai je sebab takut anak-anak terlalu penat. 😊

  • @kangjajang
    @kangjajang 3 місяці тому

    Seronok nya

  • @hjabdrazakharonharon4950
    @hjabdrazakharonharon4950 2 місяці тому +1

    Alhamdulillah
    Umrah diy murah sangat mencabar
    Kalau boleh bagi detail mula2 nak pergi umrah sbb perlu ke visa umrah
    Dan boleh ke umrah diy terus dari Malaysia
    Maaf bertanya
    Sbb memang saya dah pergi umrah haji melalui pakej
    Tapi kalau ada murah lagi bagus

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Alhamdulillah, memang betul Umrah DIY ni agak mencabar, tapi dengan perancangan yang teliti, ia boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan. Urusan jadi lebih lancar, lebih fleksibel, dan paling penting kosnya lebih mampu untuk semua orang. Untuk visa Umrah pula, boleh terus apply dekat website Saudi.
      Ada 3 jenis visa yang boleh dipohon:
      1. eVisa - SAR 395
      • Medical Insurance: Dah termasuk
      • Entry: Multiple entry untuk 90 hari, valid selama setahun
      • Cara Apply: Dekat website rasmi Visit Saudi Arabia
      2. Visa on Arrival - SAR 300
      • Medical Insurance: SAR 95
      • Entry: Multiple atau single entry untuk 90 hari, valid setahun (bergantung kelulusan)
      • Cara Apply: Bila sampai di airport Saudi, guna self-service KIOSK atau terus ke passport control office untuk apply visa on arrival
      3. Transit Visa (96 jam stopover) - Percuma
      • Medical Insurance: SAR 95
      • Entry: Single entry, valid 96 jam sahaja
      • Cara Apply: Semasa beli tiket Saudia Airlines atau Flynas. Boleh dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train juga.
      Untuk DIY, saya sarankan buat untuk Umrah sahaja. Untuk Haji, lebih baik melalui pihak yang lebih arif untuk pengurusan yang lebih tersusun sebab Haji DIY mungkin akan menghadapi banyak masalah dengan pihak berkuasa Saudi.
      😊

    • @sara5933
      @sara5933 2 місяці тому

      maksud akak.. kita tak payah beli tourist visa for transit in jeddah?

    • @sara5933
      @sara5933 2 місяці тому

      kalau saya transit di dubai pun tak payah beli visa?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Tak perlu beli Tourist Visa atau Umrah Visa, cuma perlu bayar kos Transit Visa sahaja.
      Transit Visa ni sebenarnya free, tapi ada caj Medical Insurance sebanyak SAR 95.
      Visa ni hanya boleh apply kalau transit di Jeddah atau Madinah, dan mesti melalui dua airline sahaja iaitu Saudi Airlines atau Flynas. Tiket pula wajib beli terus dari website rasmi, tak boleh melalui 3rd party.
      Masa beli tiket tu, apply terus. Payment transit visa tu kita akan bayar sekali dengan harga tiket. 👌😊

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Kalau ke Dubai, kita Malaysian tak perlu apply Visa. Boleh keluar airport walaupun transit. 👌😊

  • @robzomba6536
    @robzomba6536 4 місяці тому +1

    Tq for sharing, nak tanya kalau naik flight ada beli seat/free seating? Ada tips ke kalau nak duduk sekali klu tak beli seat? TIA

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +2

      Boleh try buat online check in seawal mungkin. Kalau dah buat online check in awal tapi masih tak dapat seat sekali, boleh cuba request tukar seat dekat kaunter masa nak check in luggage. Boleh cuba datang awal ke kaunter jugak time tu so that peluang untuk tukar seat dan duduk sekali lebih tinggi 👍

    • @robzomba6536
      @robzomba6536 4 місяці тому +1

      @@LeavingTheNest terima kasih

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      @@robzomba6536sama-sama 😊

  • @tunazmihamzah1348
    @tunazmihamzah1348 12 днів тому

    Flight dari dubai ke kl lepas tu transit di jeddah 96 jam. Kalau Salah tlg betulkan

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  12 днів тому

      Betul, kami transit di Jeddah 96 jam dalam perjalanan dari Dubai ke KL 👍😊

  • @anipwmvp
    @anipwmvp 4 місяці тому +1

    amin

  • @kamalbinchemat7691
    @kamalbinchemat7691 4 місяці тому

    Kami dtg 1/14 Disember ni diy jer sadaf hotel jer

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Alhamdulillah. Dapat jemputan untuk Umrah. Semoga perjalanan umrah nanti dapat memberi ketenangan jiwa dan diperkuatkan iman.
      Jangan lupa menjaga kesihatan dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
      Selamat menunaikan umrah, semoga Tuan Kamal & pasangan pulang nanti dengan penuh kebaikan. 😃

    • @kamalbinchemat7691
      @kamalbinchemat7691 2 місяці тому

      @@LeavingTheNest ada kah di Airport KLIA perlu suntik vaksin

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Tak perlu. Sekarang dorang dah tak check vaksin macam dulu-dulu. Dulu kena ambil vaksin dulu baru dapat buat visa umrah 🥹

  • @farahshuib
    @farahshuib 4 місяці тому

    Terima kasih atas tipsnyaa..boleh saya tahu penggunaan stroller bila masuk train mcmana ya?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue umrah kitorang.. untuk stroller, lepas masuk train tu, kitorang lipat dan letak sekali dekat tempat simpan luggage 😊

    • @farahshuib
      @farahshuib 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest terima kasihhh utk reply di atas. Pihak hhr masih strict tak saiz luggage ya?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      @farahshuib haritu dorang tak check pun. Kitorang bawak luggage 28” so far okay. 👍👍

    • @farahshuib
      @farahshuib 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest tqq 🌸🌸insyaallah saya akan gunakan tips puan untuk umrah diy saya next Jan

  • @fazidaha
    @fazidaha 3 місяці тому

    Assalamualaikum sis, thank you for sharing your journey diy umrah dan keluarga, boleh saya tanya luggage sis tu size apa utk train?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому

      Waalaikumsalam! Terima kasih banyak sebab sudi follow perjalanan DIY umrah kami sekeluarga 😊. Untuk luggage, kitorang guna saiz 28 inci masa naik train. Memang muat dan takde masalah, alhamdulillah. Kalau ada apa-apa soalan lain, jangan segan-segan tanya ya! 😊

  • @pzulzarien90
    @pzulzarien90 29 днів тому

    Kos keselurhhan diy utk 4 org sefamili blh cecah brapa kalau begini? Sy dah pernah sekali solo stay dkt Conrad hotel sebelah jabal omar tu jgk.selesa sgt bila dkt.tp dgn TA kan.lps ni nak bwk isteri dgn anak 2 org nak diy mcm ni jgk.hotel jd perkara terpenting sb kt nak dkt dan selesa

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  28 днів тому

      Kalau buat DIY untuk 4 orang, kos semua sekali (flight, hotel, makan, transport) boleh jadi dalam RM15k-RM20k, bergantung pada hotel dan cara bajet. Kalau pilih hotel dekat Masjidil Haram, memang mahal sikit, tapi berbaloi sebab selesa, terutamanya kalau bawa anak-anak.
      Booking hotel macam Hyatt Jabal Omar ni, kalau buat awal (2-3 bulan) atau last minute, harga boleh naik. Waktu terbaik untuk booking 2 minggu sebelum. Kitorang pernah dapat harga RM600 semalam untuk bilik berempat, termasuk breakfast.
      Kitorang buat umrah transit, visa free, cuma bayar SAR100 untuk insurance. Tiket flight biasa dalam RM2500-RM3500 seorang, tapi kalau rezeki dapat harga murah, macam kitorang pernah dapat Jakarta-Madinah-Jakarta RM600 seorang.
      Untuk trip 10 hari ziarah & umrah DIY, kos lebih kurang RM20K:
      - Hotel Makkah & Madinah (10 hari): RM6000
      - Tiket flight untuk 4 orang: RM10,000
      - Baki RM4000 untuk makan, transport, souvenir, dan ziarah.
      Lagi murah flight dan hotel, lagi jimat kos umrah. Kalau plan betul, memang boleh dapat harga yang berpatutan. 😊

  • @danvilla89
    @danvilla89 4 місяці тому +1

    Salam sis,berapa harga transit visa ni?setahu sy dlm 80 euro jgk,kalau sy better ambil visa on arrival,harga lebih kurg tapi dapat multiple entry

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Wasalam, kami transit visa, Harga masa kami bayar haritu RM118. stopover maximum 4 hari & dapat free 1 malam hotel 4 star di Jeddah.
      Cuma kami tak stay jeddah sebab nak setelkan umrah cepat-cepat. Hotel dia bagi hari 1st day jer. Tak boleh pilih date.😊

    • @danvilla89
      @danvilla89 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest oo okay sis,tq for the info

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Welcome 🤗

  • @nurainawafa8210
    @nurainawafa8210 Місяць тому

    sis rekod pakai camera apa ? phone ja ka

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  Місяць тому

      Ye betul, kitorang rekod guna handphone je, setting video 4k 60fps 😊

  • @FatahAbdullah-z8f
    @FatahAbdullah-z8f 2 місяці тому

    Salam..macam mana nak isi nama tiket First & Last name untuk Saudi Airlines? contoh nama Muhammad Ali Bin Aziz

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому +2

      Salam, biasanya untuk Saudi Airlines, kami isi macam ni -
      First Name : Muhammad Ali bin
      Last Name : Aziz
      Hope it helps 😊

    • @FatahAbdullah-z8f
      @FatahAbdullah-z8f 2 місяці тому

      @@LeavingTheNest Oo kiranya sama mcm airlines yg lain

  • @ayu140808
    @ayu140808 2 місяці тому

    Asalammualaikum. May i know the size of your luggage tat u use?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  2 місяці тому

      Waalaikumusalam, My luggage size is 28” 😊

  • @nia_memorylane
    @nia_memorylane 4 місяці тому

    salam sister nak tanya, naik train boleh bawa luggage besar2 tu ya? I ingat kan tak bolehhh sebab travel agent bgtau mcm tu 😅 lagi satu nak tanya route dari mana ke mana ya? btw kami baru balik haji and rinduuuu sgt nak ke haramain bawa kids pula. thank you for sharing your great experience!

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Salam, boleh je bawak luggage besar, memang ada tempat storage yang disediakan untuk simpan luggage. Kitorang bawak 2pcs luggage 28”. Untuk yang umrah transit ni, kitorang dari Dubai balik KL transit Jeddah 4 hari.. terima kasih jugak sebab sudi spent your precious time tengok travelogue kitorang, semoga ada rezeki puan untuk bawak anak2 pulak nanti, insyaAllah 🥹✨

  • @norlianarani6419
    @norlianarani6419 4 місяці тому +2

    Maaf nak Tanya, total kos berapa? Saya teringin nak kesan dengan suami dan anak

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +6

      Umrah DIY kali ni, kami buat umrah transit. Free Visa cuma perlu bayar Insuran dalam RM 118 seorang. Free Visa ni akan dapat kalau beli tiket flight dengan Saudia Airlines & Flynas Airlines sahaja. Tiket haramain train pun dapat discount 50% bila kita pilih option umrah transit.
      Dan boleh stopover untuk maximum 4 hari ni termasuk free one night stay hotel 4 star di Jeddah.
      Umrah kali ni kami hanya stay Mekah & tak buat ziarah Madinah. Atas faktor dah pernah ziarah & takut anak-anak penat. Tapi kalau nak buat juga, boleh pergi balik hari. Sempat jer.
      Anggaran ground kos sepanjang 4 hari ni termasuk hotel 5 Star, transportation, makan lebih kurang RM 3k untuk 4 orang.
      Saya sengaja highlight 5 star sebab nak tunjukkan, yang kalau kita pergi sendiri, total ground cost dengan harga sedemikian, boleh cover hotel 5 star yang selesa & dekat dengan masjid berbanding jika pergi dengan pakej travel agent.

    • @kamalbinchemat7691
      @kamalbinchemat7691 4 місяці тому

      Iq cerdik

    • @YaFazka
      @YaFazka 4 місяці тому

      @@LeavingTheNestthanks for sharing cuma pendapat saya tak bole compare kos umrah diy dgn pakej umrah secara terus kerana jumlah hari dan aktiviti tak sama spt ziarah dan perkhidmatan mutawwif yg berpengalaman dlm sirah madinah/mekah (dapat ilmu dan pengajaran)
      bagi saya kelebihan umrah diy lebih pada ziarah pendek dan pilihan memilih hotel
      anyhow, keep sharing, terima kasih atas perkongsian

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +2

      @YaFazka Salam, terima kasih atas pandangan yang sangat baik. Betul, saya setuju bahawa Umrah DIY secara transit menggunakan kelebihan free stopover visa dari kerajaan Saudi Arabia dan pakej dari travel agency memang tak boleh dibandingkan secara *apple to apple*, terutamanya dari segi aktiviti ziarah, perkhidmatan mutawwif, dan pengalaman sirah di Madinah dan Mekah.
      Namun, untuk memberi gambaran yang lebih jelas dari segi kos, kos keseluruhan Umrah DIY pertama saya adalah RM1359 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM2800 seorang.
      Manakala untuk Umrah DIY kedua, ground cost RM2437 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM665 seorang.
      Jadi, walaupun ambil kira semua perbelanjaan ini, kosnya masih jauh lebih murah berbanding pakej travel agent.
      Selain itu, di sini juga kita boleh hire mutawwif jika diperlukan, dan kosnya masih lagi berpatutan.
      Yang penting, Umrah DIY ni memberi fleksibiliti dari segi bajet supaya setiap orang dapat mengutamakan untuk melaksanakan kewajiban yang dituntut dengan cara yang paling mampu.
      Terima kasih sekali lagi atas sokongan, pendapat dan pandangan Tuan/Puan. Semoga setiap perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca 👍😊

    • @fathillahhasan3956
      @fathillahhasan3956 4 місяці тому

      ​@@YaFazkasaya ikut insaff travel 22 hari 20mlm cuma 8k saja semua d uruskan.tiket hotel transport lawatan visa...mutawif n tour leader.

  • @azmiali-r3h
    @azmiali-r3h 8 днів тому

    kalau dari Malaysia sama jugak ke atau mahal?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  8 днів тому +1

      Kos utama untuk travel ni ada dua je: tiket flight dan penginapan.
      Untuk tiket flight, harga dalam range RM2500-RM3500 untuk return. Kalau dapat harga lebih murah dari tu, memang kena cepat-cepat grab!
      Untuk penginapan pula, hotel 4-5 star biasanya harga RM600 ke atas semalam. Tapi kalau tak kisah jauh sikit, boleh je dapat harga sekitar RM200 semalam. Cuma pastikan hotel tu ada free shuttle, especially di Makkah, sebab jalan kat sana berbukit.
      Makan minum kat sana masih murah. Public transport pun sama.
      Kalau nak kemana-mana boleh book guna ehailing Careem. Dan kebanyakkan peniaga sekitar Mekah dan Madinah boleh cakap Melayu 😊

    • @azmiali-r3h
      @azmiali-r3h 8 днів тому

      @@LeavingTheNest subhanallah tq reply

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  7 днів тому

      Sama sama 😊

  • @khairul-r2g
    @khairul-r2g Місяць тому

    salam pn untuk hotel kt jabal omar tu kena byr cash atau byr pkai cc?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  Місяць тому +1

      Wasalam, dua-dua pun boleh. Cash atau Debit/Credit Card 😊

  • @anipwmvp
    @anipwmvp 4 місяці тому +1

    bdk2 kecik kena vaksin jgk ka

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      Sekarang dorang tak check vaksin kalau nak masuk untuk buat umrah (sebelum ni wajib ambik vaksin meningococcal). Tapi both Emir & Vanilla kitorang akan ambil vaksin influenza setiap tahun. 😊

    • @anipwmvp
      @anipwmvp 4 місяці тому

      @@LeavingTheNest ohh noted

  • @MrPendekarLaut549
    @MrPendekarLaut549 2 місяці тому

    Assalamualaikum..nk tanya...masa check in hotel di jabal omar tu... deposit guna credit card atau cash?tq

  • @mohdrosdi6905
    @mohdrosdi6905 4 місяці тому

    kain ihram beli kt airport Dubai?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Tak, bawak dari Malaysia Tuan. Tapi boleh beli di Dubai. Sebab bila turun di Jeddah ke siap2 pakai sebelum sampai miqat.
      Kalau turun di Madinah dulu, boleh beli dekat sana je, lebih mudah. Tak berat beg, cost dalam SAR15-30 sahaja.

  • @akmalmohd914
    @akmalmohd914 3 місяці тому

    Umrah transit ni memang tak boleh masuk Madinah ziarah Rasulullah ka?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +1

      Boleh je nak ziarah ke Madinah masa umrah transit, tapi masa memang terhad. Visa transit tu valid untuk 96 jam je. Boleh buat day trip, naik Haramain train, ambil masa dalam 2 jam setengah dari Mekah. Kami tak pergi sebab baru lepas travel 2 minggu dari Manila ke Dubai. ☺️

  • @ximieonexox1013
    @ximieonexox1013 Місяць тому +1

    salam puan, anak perempuan umur berapa yer? dah tak pakai pampers kan? seronok tgk dia tak meragam dan tak asik nk suruh dukung.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  Місяць тому +2

      Salam, umur dia 4 tahun. Alhamdulillah rezeki jugak sebab jenis tak meragam. Betul, dia dah tak pakai pampers tapi untuk tawaf and masa tidur dekat hotel kitorang pakaikan je takut kalau dia nak terkencing tapi tak sempat nak ke toilet. ☺️

  • @naz13314
    @naz13314 4 місяці тому

    kenapa bagi nama anak vanilla?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +2

      Sebab suka nama bunga 😊
      Sama macam orang yang namakan anak Orked, Rose, Kamilia.. Vanilla sebenarnya sejenis bunga yang tergolong dalam species Orkid 😊

    • @fathillahhasan3956
      @fathillahhasan3956 4 місяці тому

      Ye laa mcm saya suka tengok org cantik yg pandai beragama sangat solehah jadi namakan anak Mirrah Diyana.Alhamdulillah.

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +1

      @fathillahhasan3956 Nama Mirrah Diyana sangat cantik! Seronok apabila dapat bagi nama yang bermakna dan menggambarkan keindahan serta keimanan.
      Semoga anak-anak kita sentiasa menjadi hamba yang solehah dan diberkati. 🥰

  • @lindayusof
    @lindayusof 4 місяці тому

    Bin Dawood kan ado😂

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Kitorang kalau Bin Dawood memang syiok dapat beli buah pelaga murah. Dah la fresh hijau lagi. Kat Malaysia mahal dan warna pun coklat 😂

  • @nizmo5886
    @nizmo5886 3 місяці тому

    Hilton jabal omar tkde la jauh smpai 1km 😂😂😂😂... Over lah....😂😂😂

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +5

      Betul Tuan , Hilton Jabal Omar memang tak jauh dengan Masjidil Haram, sebelah je dengan Hyatt Regency Jabal Omar yang kami stay dan jarak ke Masjidil Haram cuma 69 meter dan berada dalam bangunan yang sama dengan Jabal Omar Mall. Sangat dekat.
      Yang jauh seperti yang disebut dalam vlog adalah Double Tree by Hilton Jabal Omar. Jarak Double Tree by Hilton ke Hyatt Regency/Hilton Jabal Omar sahaja dah 850 meter (Google Maps) dan berbukit.
      Dalam apps Hilton memang dinyatakan jarak Double Tree by Hilton adalah 820 meter (0.51 miles) dan dinyatakan juga ada private access terus ke Jabal Omar Mall menjadikan jarak ke Masjidil Haram lebih dekat, sebab tu kami pilih untuk stay dekat situ at the first place,
      Tapi bila kami sampai, rupanya private access tu tak wujud pun untuk Double Tree by Hilton.
      We booked the place because of the private access facilities walaupun dalam apps memang dah bagitau jarak 820 meter lebih, tapi bila sampai private access tu tak wujud pun.
      It’s not about over reacting but that was how we felt when the real situation was not like what they mentioned in their apps and we didn’t expect a misleading info from a 4-star hotel.
      Terima kasih sebab sudi tengok travelogue umrah kami, didoakan semoga Allah sentiasa merahmati Tuan dalam urusan seharian. 😊

  • @mohamadfayadhmohamad218
    @mohamadfayadhmohamad218 4 місяці тому

    Untuk booking hotel di mekah madinah guna app apa ya?

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому +3

      Biasanya sebelum ni kami guna apps booking(dot)com untuk book hotel di Mekah dan Madinah. Cuma kali ni kami book direct guna apps hotel (World of Hyatt) sebab nak dapatkan membership rate yang lebih murah untuk hotel di Mekah. 😊

    • @SaffinaSulaiman-lg8hr
      @SaffinaSulaiman-lg8hr 3 місяці тому

      Assalamualaikum.puan tak ada bercadang utk buat pakej Umrah DIY ke☺️

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  3 місяці тому +1

      Waalaikumussalam. Buat masa ini, belum ada perancangan untuk buat pakej Umrah DIY lagi. Terima kasih atas cadangan. Kalau ada perkembangan nanti, saya akan maklumkan. 😊

  • @yusofhusni7808
    @yusofhusni7808 4 місяці тому

    Trmksh berkongsi video nya... Pak Arab pun penipu juga ekk

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Sama-sama Tuan. Pergi mana-mana negara pun ada. Sebab tu sentiasa kena beringat & berhati-hati. 😊

  • @imanhizwani9571
    @imanhizwani9571 4 місяці тому

    Hi, nak tanya the visa valid if tarikh flight within 90 days je ya? Takleh beli awal than that lahkan 🥹

    • @LeavingTheNest
      @LeavingTheNest  4 місяці тому

      Ye betul, stopover visa valid within 90 days je and maximum stay 96 jam.. 🥹