Sy setuju.. Dh lama sy sebarkan, haramkan balak seluruh Malaysia nih. Habis semua rosak, sungai dulu jernih sekarang dh mcm teh tarik, ikan pn tk nk duduk dh, dulu kt kampung berkabus Pagi2 skrg panas, jalan byk rosak, aktiviti rasuah dlm balak ni mmg tinggi (open secret)..
betul2. bg aku pemimpin melayu/ islam di negara nie tahu tu.. sebb tu pembangunan di kl pun masih ada pokok2.. selepas berpuluh tahun highway di Malaysia masih mcm tu jugak.. cuma kerakusan sesetengah pihak.. mcm di penang korg dah boleh tengok scenry hijau mmg dampak dah kurang.. sikap tamat bukan islam mcm nie korang dah boleh nilai sendiri.
Agak tak tepat. Pembalakan berlaku kat tgh2 hutan sana jauh dari jalan/highway. If tgk google map yg hijau tu sekarang ni adelah banyak pokok sawit bukan lagi khazanah hutan which is sgt menyedihkan
Dah kat negara dia takde kelapa sawit mmg lah cantik... Samalah mcm org M'sia gi europe, amik gambar salji dan kata cantik...diorang pun gelak jugak. 😅🤭
Pernah cikgu saya criter yg kwnnya dari Jepun sibuk ambil gambar hutan Msia dari tgkp bas. Kata kwnnya : "Cantiknya tersusun rapi pokok2 di hutan Msia" sedangkan bas yg dinaiki melalui hiway seblah ladang getah. Bila diberitau ia adalah pokok getah dan bukannya hutan, dia bertambah terkejut dan tetap memuji kecantikan pemandangan ladang getah tu.
Tahun 2001 aku pernah bawa 2 orang kawan aku British dari KLIA ke Temerloh...melalui karak highway...wow mereka terkejut dan terpesona dengan panaorama dan landscape Karak Highway...
Pembangunan perlu sekali dengan membangunkan mentaliti. Hutan tebal sampah banyak pun buat apa kan. Huhuhu Hutan tepi highway itu syiokk woo layan time drive..
@@HalifSaat Lepas dorang sendiri dah tarah hutan2 dorang, baru dorang percaya climate change lah, sumber oksigenlah, sebab tu dorang tak bagi negara ada hutan hujan tropika mcm Malaysia, Indonesia, Brazil ni tebang hutan2, biar negara2 membangun stagnant kt taraf tu aja, dan negara2 depa terus maju. "Kemajuan" kita diiktiraf atas apa label yg dorang nak beri kpd kita, bukan atas erti kata kemajuan yg sebenar. Sebab tu Singapore diiktiraf maju, Malaysia masih membangun sedangkan segala apa ada kt Singapore kt Malaysia pun ada. Sama jugak mcm China, majulah mcm mana pun, tetap tak diiktiraf. Tak payah terpedaya la dgn dakyah european bro. Baru semalam aku tengok berita pasal solar farm di China kene hentam dgn mat2 salleh ni sebab rosakkan hutan, sedangkan negara depa berlambak solar farm🤣
Betul.. Aku setuju... Aku duduk di ausi ni suda 3 tahun lebih.. Aku rindu Malaysia.. Sb kita kaya dengan alam semula jadi.. Hijau... Aku rindu semua tu..
Betul bang, saya seorang Landscape arkitek, memang itu tugas kami untuk menjaga alam sekitar, hutan2 dan environment di Malaysia. Tp sedih kadang2 banyak developer yang sanggup tebas hutan semua untuk memdapatkan untung. Saya juga dah travel beberapa negara maju dan saya setuju scenery malaysia sangat uniq. Perlukan banyak kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar di negara kita.👌🏻
Perlu lebih banyak kempen menyampaikan mesej-mesej (educate message) yang mampu membangunkan mentliti, kesedaran dan hal berkaitan. Ramai nak maju negara. Tapi tak ramai bersedia untuk maju mentaliti.
Ada penguatkuasa yg menjaga tapi tidak umanah. Contohny 5000 ekar hutan diceroboh tanam durian diPahang kerana orang Pej. Tanah dan Perhutanan tak amanah.
Salam. Aku pun tertanya-tanya kenapa malaysia punya development lebih kepada bina bangunan tinggi dalam kawasan kecil, sampai penduduk jadi padat. Saya rasa perlua seimbang alam sekitar dengan pembangunan. Ni contoh di selangor. Sekarang saya stay kedah dan lebih suka tinggal di kawasan yang penduduk tak padat.
Pembangunan jugak penting sebab bila pembangunan berkembang ekonomi pun berkembang..rakyat pun dapat kerja dalam pelbagai bidang dalam masa yang sama khazanah negara perlu dijaga jugak. Takkan kita nak buat semua Dalam negara ni hutan je tak ada pembangunan Yang boleh menjana pendapatan negara Dan jugak bagi rezeki kepada rakyat Kita..tengok contoh negara kat Afrika memang Kaya dengan khazanah Alam sekitae tapi ekonomi macam mana rakyat mereka miskin tak cukup makan..
Sebut pembangunan bukan saja pembangunan fizikal semata-mata. Mentaliti & minda juga adalah pembangunan. Tak guna simpan khazanah atau kejar pembangunan negara yang pesat tapi mentaliti masih rendah. Semua kene balance.
Apa yg mat salleh tu kata adalah betul..kerajaan dan rakyat malaysia patut awal2 bekerjasama menjaga kehijauan serta kraslian alam fauna dan flora kita
Orang negara maju mmg suka tengok alam semula jadi yg indah sbb dinegara mereka dah tak ada. Tapi negara yg belum maju takkan org nya nak duduk dlm hutan saja tunggu orang datang tengok. Pembangunan perlu untuk mencipta pekerjaan yg berbagai bukan pelancungan saja. Rasanya negara kita punya perancangan yg bersepadu agar maju dan kekalkan khazanah alam yg ada.
Kita bukan kejar pembangunan, tp ia adalah keperluan rakyat untuk ada fasiliti - fasiliti ini contohnya Hospital, kediaman, kegioatan ekonomi, pejabat dan sebagainya. Mungkin malaysia kena lebih kreatif, buat bandar dalam hutan...
Akhirnya aku jumpa jugak video ni ,sesuai untuk sesetengah saudara kita dari Sabah dan Sarawak yg inginkan kemajuan korang cuba fahamkan video ni alam itu indah
Kita tak boleh menolak pembangunan secara total. Tapi kita boleh bangkitkan kesedaran pembalakan haram, meningkatkan penjagaan hutan,penjagaan sampah ke laut, penjagaan sungai dan khazanah lain dari tangan2 jahat yang rakus yang sentiasa ambil kesempatan. semua negeri di Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak yang masih 'fresh' sumber alam mereka.
Betul tu bang jaga la alam yg masih ada di semenanjung pun hanya tertumpu dkt KL saja di tempat lain itu kemajuannya mungkin nampak pada banyaknya pembukaan kawasan perumahan tetapi harganya kadang melampau siapa pun tak mampu contoh Selangor terlampau banyak kawasan perumahan baru saya pun tidak tahu siapa pembelinya ada saja kawasan baru di buka dulu kawasan banyak hutan skrg lalu lg banyak rumah 🤦🏻kalau dulu dari jauh nampak kawasan bukit skrg bukit pun tak ada habis rata jalan baru sana sini tapi tak tau la mungkin pemaju yg buka ,yela semenanjung nampak maju sebab perdagangan antara dua negara jiran singapore dan Thailand tapi jika nampak semenanjung maju tu jgn salahkan kami kami tidak tahu apa2 yg berkuasa pemaju sama kerajaan saja kasihan kami jika lihat komen dari sana seolah olah kami saja yg nampak maju tapi hakikatnya yg nampak maju itu di Selangor dan KL saja dan sekarang Johor saya tidak tahu itu hasil usaha kerajaan negeri atau pusat , baru2 ini kawan saya berpindah ke Sarawak di berkerja dgn syarikat hartanah dari IJM land berhad mungkin akan ada pembukaan kawasan di sana buat kawasan perumahan
bagi aku la pembangunan tuh sebenarnya tak penting tapi dalam kita menuju ka arah digitalisasi...baik ceruk ulu tuh tanam kabel fiber banyak2....bukannya wireless broadband yg putus2.....TM ada modal banyak buat apa???? Buncitkan perut CEO????
Ya sy setuju ngan mat salleh tu...sy pnh merantau beberapa negara...dn memang betol pelancung memang suka apa yg asli pd sesebuah negara...bkn hutan batu buatan...negara luar sgt hebat pembangunan tp ada yg ngorbankan keaslian bumi...kita msh ada.. Very fresh...
mat saleh itu memang betul. Negri Malaysia memang sangatlah cintik viewnya. di mana mana tempat , sejauh mata memandang adalah pemandangan teramat elok...beruntunglah Rakyat malaysia. potensi destinasi pelancongan amatlah banyak yang belum di bangun.... salam serumpun dari Surabaya indonesia
Memang betul bro..aku dulu pernah b.kerja di taman negara..banyak aku dengar cerita dari mat2 saleh ni..mereka datang malaysia bukan nak tgk bangunan yg tinggi2 pon...mereka nk tgk hutan dan kehidupan liar... Ini cerita aku masa b.kerja di taman negara 20tahun dulu..ada pelancong dari canada ni...dia cakap dengan aku dia nk tgk binatang liar yg ada kat sini,xkira lah apa2 pon janji binatang..kalau aku tunjuk kat dia binatang tu,dia nk bagi aku duit 50dollar..aku dengan kawan aku pon pikir🤔....aku pon dapat idea lah,,petang tu jgk aku jmpe kawan aku yg memang asal kat situ jgk la...aku nk pinjam kerbau dia jap..esok aku pulang,,dia kata ok je....aku pon bawak lah kerbau dia tu ikat kat pokok kelapa sawit....malam tu jgk aku bawak mat saleh tu dengan wife dia naik 4x4 masuk kebun kelapa sawit tempat aku ikat kerbau tu tadi....sampai je kat tempat kerbau tu,aku pon cakap lah kat dia,ni lah kerbau liar yg hidup kat sini,dia punya seronok tu xboleh bawak bincang,sampai xnk balik malam tu..aku pon xtahu lah bape banyak gambar kerbau tu dia ambik....padahal itu lah kerbau yg aku ikat petang tadi.😁....bukan niat aku pon nk bt mcm tu kn...tapi kalau fikir kn balik nk cari celah mane kerbau liar kat malaysia ni...sekurang2 nye aku tidak m.ngecewakan d,orang,,dapat jgk lah d,orang tgk kerbau.......dah lah datang dari jauh,nk tgk binatang,,kalau xde binatang kang kecewa pulak...jadi aku buat lah mcm ni...sukurang2 nye mereka ni suka..☺...itu lah kisah nye dapat aku 50dollar dia bagi dengan belanje mkn sekali malam tu.....sekian
Wahh.... kreatif sungguh ya... best dengar cerita2 mcm nie.. Kadang2 kelakar. Tapi harap generasi kita akan datang sempatlah tengok saki baki khazanah negara yang ada kan.. 👉👈
Cakap dia betul..mungkin banyak negara dia pergi sudah tidak kelihatan rimbunan hijau..tapi tidak semestinya negara kita tak boleh maju...biarlah negara kita terus maju disamping memilihara kazanah yang kita ada..jangan jadikan negara kita seperti negara maju lain yang kawasan hijau mereka hampir tidak ada.
Ya betui. Pengalaman.bekerja.di.Kuala.Terangganu selama.6 tahun tu. (1992-1997 ) Puas berjln/rewang. Habis pulau redah. Tapi pengalaman berulang balik hujung minggu ke hometown saya di.Kuantan.plg.mengasyikkan. Naik.bas express.masa tu. tak tidurlah.dok.ralit.tgk.panaroma spjg perjalanan. Nak2.area tepi pantai dr Chendering/.Rhu.Muda/ area rantau abg/.sampailer.ke.Kijal...mmg lawa view.dia. Belum.kira port makan lagi. Mmg seronok. Then bila.dah transfer balik Kuantan.(1997-2003) Time ni dah ada kereta sendiri..pantang ada cuti ke sanalah. Mmg.enjoy travel sepjg perjalanan tu. Then.ke.KL.(2003-2020).Tak.nafikan Terengganu tempat terbaik utk holiday. Skrg ni dek PKP jer sangkut tak.kemana2. Hu..hu..hu..
Sesetengah orang bila dengar pendapat dari omputih, dia rasa dia dapat fatwa dari langit... semua betui, dia orang sendiri pun tak reti nak jaga "khazanah" sendiri, banyak yang dah punah. Zaman Malaysia dah ada pembangunan ni pun masih ada yang rasa orang Malaysia masih dok dalam hutan, inikan pulak kalau tak ada. Dan yang kononnya percinta alam sekitar ni pulak, sebenarnya makhluk hipokrit. Rumah sendiri pun diperbuat dari khazanah hutan... kayu dan simen, lepas tu sembang perlu jaga... perlu jaga macamlah orang selepas dia ada tak perlu rumah, banguanan, ofis dsb.
Di Sabah Sarawak masih terjaga kazanah alam menghijau walaupun ada pembalakan haram ... KLU boleh hentikan kekal ... Malaysia ni memang cantik sebenarnya .. ada tarikan tersendiri tidak terdapat dinegara lain
Sy ambik degree perhutanan tropika antarabangsa. Lecturer sy cakap omputih ni sibuk dgn hutan kita, nak ban palm oil dsb memburukkan palm oil sampai ekonomi kita terjejas. Yang diorang nampak kita tebang hutan tapi diorang tak nampak pun usaha kita untuk conserv hutan. Palm oil malaysia ada certification and kita tak suka hati tebang pokok, produk hutan kita pun ada certification. Malaysia tetapkan berapa percent tah setiap negeri untuk ada hutan simpan. Lagipun negara malaysia baru 63 tahun merdeka masih banyak yang perlu diberi perhatian dari segi facility berbanding negara yang sudah beratus ratus tahun merdeka seperti yang dibandingkan. Belum masuk lagi cerita mereka yang menjarah hasil bumi kita sebelum ni. Kali ni, apa salahnya kita "clearkan tanah" untuk perbangunan kita? Lagipun negara kita mana ada tanah yang naturally kosong seperti amerika yang tanahnya kosong seluas mata memandang. Bukan mengejar kemajuan tapi untuk keselesan rakyat. Contoh jalan raya pan borneo. keadaan jalan sekarang sebelum pan borneo sangat menyusahkan. Biarlah rakyat merasakan keselesaan dengan hasil bumi yang diberikan. Insyallah kelestarian hutan masih terjaga. Omputih ni kita nak buat jalan pun bising kita tebang pokok. Dia punya negara jalan cantik boleh pulak. Hmmm
Hopefully video ni sampai pd pihak yang berwajib dan rakyat di setiap lapisan masyarakat.. Biar kita lbh menjaga kelestarian alam.. Setuju sgt2 kita sangat beruntung.. 👍👍👍
Salam bro.. sya x stuju n sya rasa jerman tu dia x tau apa2. Dia nmpk hal pembangunan. Tpi dia x nmpk hal2 ekonomi pnduduk. Yg mn tnpa pmbngunn tiada pluang kje. Dan pnduduk perlu pndptn tetap. Lgi pun pmbngunn yg kita buat tidak pesat. Kira perlukn lebih 20 tahun utk buat stu bndar lengkap. Sya paham sgt org2 barat ni. Perangai mereka spt org cina india kita. Specially cina kita yg slalu salahkn melayu krn negara x maju. Org barat ni Bila kita tiada apa2 spt mereka dia kata kita kebelkang . bila kita na buat suatu kmajuan dia kata kita salah majukn hartanah lah. Rosak ekosistem lah. Dia na kita ikut selera dia. Apa kita buat semua salah pd dia. Bro teliti betul2. 30 thun dulu kita x bnyk pembangun dia sebut kita from the jungle. Maka produc2 kira di sangka x brkualitikn. Pd hal jepun iktiraf tu. Kita x musnahkn hutan kita n lain2 wildlife. Kita adalah org2 yg bijaksana n penuh hikmah. Kita tahu berapa kerugian kita jika hutan kita tidak banyk. sya masak sgt dgn org2 barat. Yg jahanm kn bumi ni bukan kita. Tpi kaum dia. Bro teliti semua yg trjdi akibt onar dia. Lepas tu dia sibuk2 na betulkn org lain. Cth lain... Bro tengok apa jdi kpd negara china. China na bangkit dr kmiskinan akibt perang yg org barat obor2kan hingga ambik masa 60 tahun. Bila china dah naik sikit mereka set china sampai na hampir kembali kpd 60 tahun dulu. mcm2 diaorg crite kburukn china. sekarang ni china pelan2 naik smula. Spt sya katakn. Kita orgnya bijaksana. Kita tahu jga alam kita dan tidak spt mereka org2 barat. Kata2 sya nmpk kasar bro.. tpi ini realiti mereka. Mohon maaf jika trsilap fakta.
Betul apa yg. di perkatakan.Contohnya waktu saya belajar di Pulau Pinang tahun 1977 saya seronok sangat dengan permandangan di Pulau tersebut.Tapi bila pergi ke sana sekarang sudah jadi hutan batu bata.Habis bukit di tarah dan kehijauan pemandangan sudah pupus.
kita ada bnyk hutan simpan actually,ikutkn pmbngunan kite pesat hnya di bandar2 bsr... even KL pun ibukota Malaysia,ko cri kt eu sna ada x dlm ibukota dieorg pnuh hijau mcm Malaysia..Malaysia even bndr bsr mcm KL pokok besar2 beb...even panas terik ko still bole jln kaki and redup..tp take positive la ape yg mat saleh tu ckp,jaga hutan2 yg ada,pmbngunan xslh,klau xda pmbngunan rakyat sndri pun ssh beb..lgi2 bab rumah.. bndr2 bsr kt Malaysia xbnyk pun..yg sngt pesat dan padat bgi aku hnya bbrpe je mcm selangor,KL,Johor ngan P.Pinang..yg lain still okay bnyk flora fauna..
Part pembangunan terancang tak ada masalah. Yang kita risau tangan2 sembunyi yang meranapkan hutan dengan pembalakan haram. Yang ada kuasa pulak buat2 tak nampak sebab...(haaa sambung malas nak cakap). Selain kita sendiri tak jaga. Buang sampah merata. Ada hutan penuh dengan sampah pun tak jadi apa..
@@HalifSaat mslh yg brkuasa tu xtau nk ckp pe,sbb diri sndri da tua bangka,xda kesedaran brtapa untungnye lahir kt malaysia..tp bile jdi mcm ni,wang ringgit lbih pnting dr mnjga alam sekitar..jnii kenyang duit bwh meja(kalau ada😏) kes durian tu pun tngk jela nnti ape jdi..ikutkn xperlu smpai naik mahkamah sbb trng lg brsluh milik krjaan ngeri.. ingt bile pgng kuasa syok ke?kt dunia bole lps,kt sna kelak akn ditnye🔥🔥🔥 mslh smpah mslh diri sndri..aku pun pantang tngk org jnis buang smpah mrata2,dlu kaki hiking,skit mata tngk smpah ats2 puncak..da bg kbnrn tak dijaga,nnti bile dittp kata mnghlng aktiviti sihat sma gak tmpt brkelah air trjun. last skli trpulang pda diri msing2 tuk mnjaga bumi bertuah ni
@T_T Leader sistem peparitan gak bro..xsmstinya 100% kurng pokok serap air..bro tanam pokok bnyk2,lps tu siram air bnyk2 banjir gak..bkn begitu cara pokok bkrja..bro klau minum air bnyk2 tnpa hnti pun xlalu bro.melimpah air😅
Betul tu bro,tmpt aku ni tiap2 hari nmpk mat salleh daki bukit..dorg dtg sini semata mata nak menikmati keindahan alam semulajadi yg kita ada ja,tak kebulur dah dorg nak tgok banggunan tggi2..masa aku tgah type komen ni pun aku nmpj ada 2 org mat bersiap2 nak daki bukit..
Pandangan mat salleh yg baru 2 bulan dtg Malaysia. Saya tak setuju. Mungkin dia lupa Malaysia pernah mendahului China membina bangunan tertinggi di dunia pada thn 90an wlaupun China adalah negara maju pd ketika itu. Selepas Malaysia buat, baru China berlumba-lumba buat bangunan tinggi, begitu juga negara-negara lain. Mereka yg cuba mengejar kemajuan Malaysia sebenarnya. Tak hairan jika Mat Saleh berpndngn kita tak perlu kejar pembangunan sebab mereka tak ingin kita membangun pun. Apatah lagi Malaysia adalah negara majoriti Islam. Pembangunan sgt perlu utk meletakkan Malaysia sbg negara maju, kita bukan tebang semua hutan pun. Bukan nak biar semua hutan jadi gurun sahara pun. Kita sbenarnya ada keseimbangan dalam menguruskan hal itu. Kita lbh kenal negara kita daripada dia. Mungkin dia blm menerokai keindahan alam flora & fauna yg banyak di Malaysia. Kita dah jaga banyak hutan, sarankan pada dia pergi masuk ke hutan-hutan Malaysia, buktikan bagaimana Malaysia menjaga kesimbangan alam & pembangunan.
saya stand for this... malaysia antara negara2 yg less rate pollution compared to other south east asea country yg pernah saya pergi... plus jabatan perhilitan malaysia pun ada undang2 nya nk tebang2 tu semua bukan suka2 hati jer boleh tebang... yg malaysia perlu is orang2 yang berilmu and innovative. see how germany handle produk dorang dalam bidang automotif and all.. raw materials bnyak dorang ambik dari negara asean... sbb murah n negara2 asean kaya dgn raw materials... pastuuu european nk pandang2 rendah dgn orang asean pulak... i was like mirror mana mirror.. lolsss...
Terima kasih atas komentar. Benda ni simple saja. Dia bagi pendapat peribadi. Jauh sekali nak merendah2 kan. Borak kedai kopi bertukar2 pandangan. Begitulah Menjaga khazanah alam ini maksud tersirat dia bukan tak boleh tebas sampai jadi sahara yang dimaksudkan. Tapi jaga jangan buang sampah merata dalam hutan itu juga nama dia jaga khazanah alam. Buat apa simpan hutan tapi rupa dah macam tempat pembuangan sampah. Senang cerita pembangunan mentaliti itu jauh lebih penting dari pembangunan kota raya. Haaaa.. Mentaliti maju akan seiring dengan majunya sebuah negara. Majunya pembangunan sana sini belum tentu mentaliti rakyat akan turut serta maju. Peace Yo!✌
Kita buat cara Kita la...mat Salleh ni pun bukan betul sangat...singapura pun hutan Tak Ada tapi diiktiraf sebagai negara maju... Yang penting rakyat Kita berpendidikan Dan mempunyai mental kelas pertama...
Kemajuan dan pemeliharaan perlu seimbang ekonomi dan perhubungan adalah penting Yg perlu diberi perhatian kepada peneroka haram jadah ni perlu dibenteras sekeras kerasnya
@@HalifSaat bro,tokey balak haram nih majoritinya dah usia emas.....sedangkan bangsa diorang yg muda tak pandang balak nih....diorang cakap Internet tuh untung...forex,bitcoin,dropship dan segala bagai bisnes online....once bila tokeh2 usia emas tuh dah pindah ke alam arwah....anak cucu diorang akan tinggalkan bisnes nih....fokus kat bisnes online yg tak payah berpanas berpeluh....
mat saleh ne pemikiran hanya nak kita tetap tinggal tanpa pembangunan, kekal tanpa maju, sebab mereka akan datang ramai2 tengok kita, padahal kat negara dia orang banyak buat kemusnahan alam semulajadi...sebolehnya mereka nak kita kekal semua untuk mereka sama2 menikmati.
Biasalah mat saleh kan . Kita perlukan pembangunan jugak untuk maju . Bila negara maju teknologi juga sedikit sebanyak maju . Mat saleh kata itu ini tapi hairannya semakin ramai foreigners dekat Malaysia ni . Kadang2 apa yg diorang cakap tak semestinya seratus peratus betul . Kita yg rakyat Malaysia ni seharusnya lebih memahami situasi dalam negara sendiri berbanding kata-kata dari orang luar . Peace out ✌️ #proudtobemalaysian
bang pembangunan terpenting dalam sebuah negara adalah pembangunan mentaliti rakyat. Bukan pembangunan fizikal. Itu yang cuba dia sampaikan. Tak guna ada hutan tapi dah rupa dah macam tempat pembuangan sampah.. haaa... clear?
Tiap kali aku balik kampung,aku suka drive lorong kiri sebab nak menikmati keindahan alam..ramai orang Malaysia tak sedar yang sebenarnya negara kita ni dicemburui oleh negara-negara lain kerana keindahan alam, berbilang bangsa,etnik dan agama..yang mana benda ni bersatu dalam sebuah negara dan tiada penindasan atas bangsa-bangsa tertentu,semua dijaga sama adil
perlu pembangunan jg, utk kemajuan dan keselesaan rakyat..dah seimbang tu..dlm bandar pun penuh dgn tanaman dan pokok2, burung, monyet dan binatang kecil yg lain..
Lebih tepat lagi hal yang tersirat adalah pembangunan terpenting adalah pembangunan mentaliti. Tak guna negara nak maju tapi mentaliti masih di takuk sama.
mat jerman ckp 100% betul... masa aku di Calirfornia pnduduk.tmpatan bngga dgn Red Wood yg rata2 besar dan tinggi.. tapi hutan hujan tropika yg trtua di dunia kita miliki lebih jauh hebat drpd sgalanya.
Hutan jenis tu, pokok diorang cepat membesar berbanding dengan pokok hutan hujan tropika mengambil masa yang sangat lama untuk menjadi sebesar pokok2 red wood. Lagipun redwood dikenali sebagai antara pokok di dunia yang paling cepat pertumbuhanya. Jadi walaupun hutan hujan teopika tak bnyk pokok sebesar tu tak semestinya hutan kita tidak terjaga. Memang jarang2 nampak pokok sebesar itu kat malaysia sb ambil masa lama. Kalau nak tgk, pergi hutan dara/ primary forest sebab hutan bejuta tahun lama kan....
Pelancong datang sekali sekala bro kita yg tinggal ni mahu pembangunan jgn jadi kera dihutan disusukan anak dirumah kelaparan. Pembangunan bukan utk bersaing tapi utk meneruskan kehidupan. Pelancongan hanya, satu sektor ekonomi utk Malaysia, cuma dlm menjaga Alam kita kena bertimbang rasa bukan gelojoh menjarah hutan.
Mesej tersirat yang nak disampaikan lebih besar dari kera di hutan &ekonomi yang bro faham. Ia berkaitan Mentaliti. Maju mana pun negara mentaliti tak maju tak guna. Simpan khazanah banyak mana pun dia sumbat sampah dalam itu tak jadi apa. Begitulah..
Itukan pendapat awak..saya ok jer..bagi saya,mmg kita perlu kemajuan tapi xyah kejar sgt ngan barat hingga hutan simpan dan eko sistem kita terjejas.hidup ni perlu keseimbangan dalam segala hal.peace😎😎
@@zuliylyana7059 benda simple je kan.. Nak kejar kemajuan. Mesti kene seimbang. Perkara paling utama adalah pembangunan mentaliti (ini mesej tersirat ramai tak nampak). Barulah ada khazanah di jaga. Barulah bila maju seiring dengan pembangunan. Bukan negara maju tapi masih mentaliti kelas ketiga. Peace yo jugak✌
😊 terbaik amat... Mereka yg berauthoriti selayaknya bhgian depa kena pk dan bertindak.. Alam Terbentang Menjadi Guru Jalis Ardi Gerik Recreation And Nature Association
Keseimbangan juga penting.. Pembangunan dan pemeliharaan khazanah.. Cuma yg paling penting kejujuran dari penguatkuasaan supaya jgn sampai mengkhianati amanah, tamak haloba dan kufur nikmat
Betul bro apa yg mat saleh jerman tu kata....kalau nak jasi negara maju dah terlalu banyak dah kota2 yg maju kat dunia ni tetapi sampai satu masa kemajuan tu nanti dah jadi sesuatu yg dah tak dikejar lagi oleh mereka....mereka cari sesuatu yg lain pulak contohnya kedamaian yg mereka tak mampu miliki di kota2 maju....jadi mana diorang tuju? Tentulah negara2 yg masih lagi kaya dengan flora dan fauna macam malaysia,indonesia dan negara sekitarnya.....
Ye mmg kena jg hutan semua tu..pembangunan juga perlu..cumanya perancangan perlu lebih teratur.. Tapi ye, negara diorg yg kutuk malaysia juga peratusan hutan sgt rendah.
Mamat german ini antara seglintir manusia yg sayangkan alam semula jadi. Itulah kelebihan mnjadi pngembara dan musafir. Bnyk dpt pngalaman dan ilmu. Memang betul di eropah lagi terok pmbangunan dan pncemaran alam, tapi itulah keburukan nya. Dia bercakap mngikut pemerhatian, ilmu dan pngalaman mngembara. Dinegara kita terlalu tinggi manusia2 yg obses kearah kemodenan, kemajuan. Ramai spesis yg telalu tamak demi nk hidup senang. Kebobrokan puak politikus rakus kuasa dan usahawan gila dan tamak. Maka bergelumang dlm rasuah dan penyelewengan. Pembangunan tidak salah tapi harus seimbang dgn mnjaga alam semulajadi dan kelestarian. Pengurusan utk mnjaga hutan dan keindahan alami mesti serius dan ikhlas.
View dia.. skenari dia .. 😂😂😂 ke scenery dik..(sineri) .. anyways mat salleh mmg nk tgk benda yg tak ada dlm negara dia.. eg pantai cantik ke hutan paling tua ke .. bintang pelik2 ke.. org asli dok atas rumah kayu ke (mcm masuk zoo)… benda2 ni penting utk kita jaga sbb utk keaslian.. tapi bab kemajuan bandar tu pun penting.. rakyat negara kita layak menikmati apa yg mat mat salleh tu dah nikmati contohnya bandar yg selamat dan infrasttruvture yg bagus… cuma kita kena dan perlu pelihara keaslian hutan2 kita ..pantai2 kita… kena ada keseimbangan la… mat salleh mmg nk tgk benda2 authentic di negara lain tp jgn la sampai kita pun x dapat rasa apa yg dia org nikmati dinegara moden dia org
Betul,ank angkat mak sya mat saleh siap dtg rumah aku lg sbb katanya nk tengok pokok getah scra live pastu nk tgok susu getah tu..terabur jg b.i aku..bangga jg jd kluarga penoreh ni
Aku nk bgi pndpt tmpt aku sndiri.. Sabah.. smua tahu sabah trkenal dgn gunung kinabalu.. dlu tahun 90an sepanjng jln memang sejuk2 gila byk pokok.. kundasang cantik byk pokok2 iklim sejuk boleh nmpk. View gunung jgn ckp memang awesome... Tp skrg kundasang semak dgn pbangunan, byk pokok kena tebang, suhu pn dh panas, dulu 2 hri aku x mandi sbb sejuk sgt time brcuti.. Aku harap kerjaan dapat bertindak perbesarkan rizab kerajaan area sana.. buat penanaman semula pokok.. kundasang x seindah dulu dah
Halif Saat, saya pernah orang Jepun pun cakap macam tu... Kita seolah-olah tak value khazanah negara kita. In fact, walaupun aku bukan seorang traveller macam kamu, tapi aku suka bergaul dengan beberapa (bukan semua) expat yang ada di KL ni. Rata-rata mereka berkata benda serupa. Negara kita unik tetapi kita pulak asyik nak meniru apa yang negara lain ada...
Aku dulu dari Pulau Tinggi, Mersing nak bersaing dengan Langkawi atau Tioman pun bapak giler nak kejar. Jadi, rupa2nya kalau resort kita biarkan minimalist mungkin ianya akan menarik diver, penulis buku dan nature lover. Resort kami pula fokus pada keramahan sesama hos dan tetamu.
Subhanallah, Allahu Akbar.saya bkan siapa2...cuma dari renungan n pandangan sendiri. Allah SWT jdkan bukit bukau, gunung ganang n hutan belantara sebagai pasak bumi. Bila d ceroboh apa lg yg kita ada untuk lindungi bumi Malaysia yg bertuah ini. Fikir2kan lah , Assalamu'alaikum
Betul bang, masalahnya ahli politik punya pemikiran. Dia bangga bangunan tinggi2 dari ada khazanah hutan, sungai bukit bukau. Ahli politik malaysia la yang sebenarnya merosakan negara dalam diam. Belum kira kroni depa lagi
Malaysia pun masih bijak juga sebab tu ada Jabatan Perhutanan yang menjaga hutan2 negara kita nie, Hutan Simpan, Hutan Kekal, Taman Negara, Taman Wetland, Taman Paya Gambut,,,, tidak akan diusik hutan2 ini selagi mana dijaga,,,, pembangunan tetap diteruskan bagi melestarikan kehidupan mendatang
Tulh ak dulu kecik 2 suka sngat nk duduk kt bandar ...tapi bila dh brumur ni kwasan kehijauan jdi pilihanku atau di tepi laut rasa fresh bro atau prkmpungan hijau yg ad sungai ...tmpat mcm tu lh ak nk rehat xlama lgi... Insyaallah
Pelancong bukannya nak lihat kepada pembangunan yang melampau-lampau dan tak terkawal di Malaysia, tetapi nak melihat dan menikmati keindahan alam sekitar Flora dan Fauna serta warisan tradisional serta perpaduan kepelbagaian kaum dinegara kita. Pembangunan ditempat mereka dah lebih maju dari Malaysia, sebab itulah mereka nak melihat aspek tradisional dan keindahan alam sekitar yang masih lagi kekal dan bertahan dinegara-negara lain.
Betul tu sahabat. Sepanjang highway PLUS dari Simpang Pulau ke Padang Rengas habis gunung gunung batu kapur ditarah oleh para pelombong kuari batu kapor. Adakah khazanah negara dirompak olah golongan golingan atas kepentingan diri masing masing
Kita sukar untuk mensyukuri sesuatu nikmat yang telah sedia ada.. malah kita menginginkan sesuatu yang dipunyai orang lain dan melupakan keunikan dan kelebihan kepunyaan diri sendiri..
Assalam,bro,,memang betul,,kalau kat Europe,memang Susah nak nafas,sebab angin nya nipis,Tu lah diaorang suka pokok,,kalau musim luruh lagi parah,,,darah hidung,Aku sokong,,,,
Ye btl apa yg disampaikan pelancong Jerman dgn admin tu...... Mmg sungguh sedih klu hutan2 kita semua semakin lama semakin diceroboh dan digondoli oleh manusia2 yg rakus....
Pernah sekali pergi ke abu dhabi tahun 2012, pemandu teksi tanya saya dari mana? Jawab malaysia, dia kata malaysia indah banyak pokok dan tumbuhan hijau. Di uae di pedalaman luar bandar pokok kurma tinggi 20 kaki. Itu saja tumbuhan yang ada. Yang ada bukit warna kelabu dan coklat. Tiada tumbuhan lain berbanding mslaysia pokok cecah 40 kaki tinggi. Pemandu teksi asal bangladesh jawab sedih tengok keliling kota tak indah seperti malaysia.
Halah2 kita ambil stu pengajaran utk kita lebih jadi negara y terbaik ..bkn x terima trus apa2 komen org mungkin dia lihat tu lebih dl depan mata dia bkn depan mata kita so jaga elok hutan2 kesayangan kita👍💕
Betul pandangan Mat Saleh tu, org putih x heran dgn negara maju, bangunan tinggi smpi ke awan tpi diorng dtg sni nk tgok benda yg nature, asli seperti hutan, rmh² tradisional, budaya, mknan, cara hidup kita dll.
Betul sgt2 bila sgla hutan blntara kita jga seeloknya ia mmmg psti jdi tarikan pelancong krna pmndngan indah alam smuljdi spjg prjlnan mmbuat mata tdk brkedip malah ingin mlihat & mlihat lgi apalgi strusnya krna alam ciptaan tuhan ini sdh smstinya jdi terapi yg menenangkn lgi2 jika direnung dgn nilai keimanan akn kekuasaan Allah dialam smsta ini..spt dikatakn dlm kitab Al hikam bhwa Allah tahu ada diklngn hambanya yg tdk sabar mnyksikn wajah Allah swt maka dgn kasih syg Allah diprlihatkn dhulu apa yg asli dr ciptaannya didunia ini yg jelas trpampang didepan mta kita
Setuju dgn mamat german tu. Malaysia ni penduduk tk ramai pun, tp bina bangunan tinggi tak ingat dunia, buat shopping complex besar besaran, tp kesudahan kosong.
Ambil contoh negara macam New Zealand,Norway,Sweden, Finland, Denmark, Switzerland, Iceland,Bahamas.Negara2 ni maju sebab kualiti hidup,kes jenayah sedikit , kadar kemiskinan rendah , infrastruktur yang mencukupi dan banyak aspek lagi tapi bukanlah sebab bangunan tinggi tinggi.Kebersihan negara kita perlu dipertingkatkan lagi,alam sekitar perlu dipelihara.Infrastruktur biar bagi lengkap terutamanya di Sabah Sarawak Kelantan.Pasal pembangunan tu,binalah jika perlu dan janganlah pula bina semata-mata untuk menunjukje.Dan juga hutan kita sekurang-kurangnya 50% ke atas.Ambil contoh negara Jepun,Sweden.Saya ni cuma nak bagi cadangan je.Kalau tak setuju, bagi lah sebab☺️
Dapatkah kita memelihara hutan dan alam semulajadi kita dgn kehausan dan kerakusan pembangunan...aku melihat bukit yg indah di tarah...hutan di jajah..hingga hidupan keluar krn tiada lg yg tinggal.. habitat di gangu gugat...aku merenung apa akan jd akan dtg.....sedih...kita rakus mengejar kemajuan...kita masih x sedar keistimewaan yg kita ada smpi ada org luar yg menyedarkan kita...
Bagi saya, itu pandangan pukul rata. Tak semua tempat di Malaysia itu kejar pembangunan. Kalau Lembah Kelang memanglah nampak kejar pembangunan. Itu yang sampai kalut bila Indonesia buat moratorium untuk hantar TKI ke Malaysia. That German Backpacker is entitled to his opinion. Tapi kalau sayalah berhadapan dengan orang seperti ini, saya akan argue balik mana-mana yang boleh. Tak kata kita ni tak boleh terima pendapat tapi ada baiknya kita jadi defensive jugak at some points. Terutamanya kalau pendapat yang negatif.
Bangkai gajah nak sorok mana lagi tuan. Orang masuk rumah kita dan tengok dengan mata kepala sendiri. Kita semua setuju pembangunan itu penting. Selesai satu part... Tapi macam mana pembangunan itu di buat/dijalankan menjadi pertikaian. Dengan Korupsi, pembalakan haram yang memusnahkan eko sistem alam dengan pencemaran sungai, pembuangan sampah di tepi pantai dan banyak lagi kemusnahan alam yang lain. ini semua perlukan satu lagi pembangunan yang di panggil 'pembangunan mentaliti' bukan setakat pembangunan fizikal di lembah klang yang tuan nampak itu saja. Apa yang nak kita nak defensif lagi. Akui dan betulkan. Bukan ego dan nafikan.
@@HalifSaat Takkan nak terima bulat-bulat, Orang komen negatif pasal negara kita, kita pun jadi pak angguk sahaja. Bukan nak kata ego atau tak boleh nak terima hakikat tapi negara mereka pun bukannya baik sangat. Maju pun sebab mentekedarah hasil bumi Afrika. Pasal bangkai gajah, itu hal dalaman kita. Senang cerita lah, kerosakan alam di Tanah Melayu aka Malaya yang dia nampak. Yelah kan, sumber tak berkat, hasil pun jadi bom jangkamasa.
@@ibrahimalli2474 Benda dah betul. Kita dah tahu dan orang pun dah terang2 nampak dah bangkai gajah. Nak nafi lagi buat apa. Malu? Benda betul kita akui dan betulkan. Tak perlu malu pun. "negara mereka pun bukannya baik sangat".rasanya inilah statement paling pukul rata. Orang sembang kopi berbual sama backpack. Dah tentu Pendapatan pun individu. Terus bantai negara orang tak baik sangat.. ermm Ada ramai dekat dunia ni yang rakyat mereka sendiri tak setuju apa yang negara mereka lakukan. Masalah orang kita ramai malu nak akui. Masih nak tegakan benang basah. Kalau boleh simpan nak simpan . Itu sebab sampai hari ni perompak negara masih bebas berpolitik dan berparti. Rasuah susah nak banteras. Sebab tak nak akui. Nak nafi. nak simpan lagi.. ermm letey laaa kalau masih ada mindset macam ni
@@ibrahimalli2474 lepas sendiri bagi statement pukul rata, kata negara orang tak baik dan tidak mahu akui kelemahan dalam negara sendiri depan mata. Akhirnya jalan paling mudah adalah judge harga diri orang yang tak pernah kita jumpa walau sekali. 😆 Terima kasih & Tahniah!
Aku setuju bang apa kata pelancong asing tu cakap..yg penting ekonomi stabil,rakyat hidup bahagia..kmudahan bagus,Alam ciptaan Allah harus dnikmati,dsyukuri..manusia suka mbuat kerosakn di muka bumi..tidak cukup ka nikmat Allah berikn?
Bukan kata mat Salleh tu saja..aku sendiri pon dah lama berfikiran mcm tu..buat apa Klau membangun dgn bandar2 besar dan kita tidak kuasai ekonomi..puas hati bila aku jalan di kwsn pendalaman dan kampung biar tak maju pon tak apa..rasa puas
Orang luar memang cakap sedap je. Komplain negara kita memusnah ini memusnah itu tapi negara mereka cammana. Contoh isu kelapa sawit, bila ada pembangunan mesti ada terkorban. Tapi yang hypocrite deme tu kata kita menyebabkan kepupusan Flora/fauna sebab tamak duit tapi negara mereka lagi teruk tak komplain nak boikot product tu product ni. Bukan yang dia cakap jaga alam semulajadi tu salah tapi measure yang kekadang disaran hypocritically impractical tapi kalau kita tak ikut kitalah villain. Tak kira apa pun negara yang bukan negara barat busy tetap salah.
Part depa busy hal negara lain itu setuju. Cuma mat saleh dalam video ni dia pun keluarkan pendapat peribadi. Macam orang borak kedai kopi. Mungkin suara dari seorang pencinta alam. Mungkin.. Mana baik ambil Tak baik buang kan.. Peace ✌
Sy org asli , pembalakan adalah sampah di negara ini.. selain merosakkan khazanah , ia juga merosakkkan jalan raya😢
Semoga kita sama2 bangkitkan kesedaran. Pembalakan haram adalah antara punca kerosakan hutan.
Saya setuju..sanoli.
Setuju...
betul sangat..org asli mesti bersatu halau si anjing anjing yg bawak keluar balak ni..
Sy setuju.. Dh lama sy sebarkan, haramkan balak seluruh Malaysia nih.
Habis semua rosak, sungai dulu jernih sekarang dh mcm teh tarik, ikan pn tk nk duduk dh, dulu kt kampung berkabus Pagi2 skrg panas, jalan byk rosak, aktiviti rasuah dlm balak ni mmg tinggi (open secret)..
Satu lagi yg paling penting ialah kebersihan. Itu yang paling aku nk rakyat Malaysia jaga. Tak kisah lah sampah kecil-kecilan pun.
Ini antara perihal terpenting mesej yang nak disampaikan dalam video perihal 'Menjaga Khazanah'
Bukan nak kejar kemajuan yg membabi buta tp demi keselesaan & kesejahteraan rakyat...kemajuan & pembangunan yg lestari tu penting
betul2. bg aku pemimpin melayu/ islam di negara nie tahu tu.. sebb tu pembangunan di kl pun masih ada pokok2.. selepas berpuluh tahun highway di Malaysia masih mcm tu jugak.. cuma kerakusan sesetengah pihak.. mcm di penang korg dah boleh tengok scenry hijau mmg dampak dah kurang.. sikap tamat bukan islam mcm nie korang dah boleh nilai sendiri.
Nk ikut mat saleh,depa dh cuci hutan depa,kecoh psl negara org.
kena seimbang pembangunan & khazanah. dua2 kena jaga
Betul. Kesian, nak buat jalan pun diorang bising kita tebang pokok.
Btul2 sbb bnde ni bukan penting utk alam sekitar, penting utk penduduk juga. Yg paling penting kelestarian dalam menjaga sumber alam
Di Malaysia kira2 59.5% masih hutan. Semoga hutan2 terus dipelihara.
Harapnya begitulah.. :)
@@HalifSaat at current rate of deforestation... percentage tu akan jatuh dgn cepat
@@iskandarbahari4693 ada kemungkinan besar rate tuh x tepat sebab banyak pembalakan haram masih ligat dan rakus yang bebas.
Agak tak tepat. Pembalakan berlaku kat tgh2 hutan sana jauh dari jalan/highway. If tgk google map yg hijau tu sekarang ni adelah banyak pokok sawit bukan lagi khazanah hutan which is sgt menyedihkan
@@kgdangar2 definitely yess bruhh...
Betul tu bina bangunan hanya ambil masa setahun tapi untuk pokok membesar ambil masa berpuluh tahun
👍👍👍👍
👍👍👍
SAMA AKU PERNAH NAIK BAS DENGAN MAT SALLEH. DIA SNAP GAMBAR KELAPA SAWIT DIA KATA CANTIK😂😂😂
Hahaha adoiii... Ini kelakar.. 🤣
Dah kat negara dia takde kelapa sawit mmg lah cantik...
Samalah mcm org M'sia gi europe, amik gambar salji dan kata cantik...diorang pun gelak jugak.
😅🤭
Pernah cikgu saya criter yg kwnnya dari Jepun sibuk ambil gambar hutan Msia dari tgkp bas. Kata kwnnya : "Cantiknya tersusun rapi pokok2 di hutan Msia" sedangkan bas yg dinaiki melalui hiway seblah ladang getah. Bila diberitau ia adalah pokok getah dan bukannya hutan, dia bertambah terkejut dan tetap memuji kecantikan pemandangan ladang getah tu.
😅🤣🤣
HAHAHAHAHAHHA WTF
Tahun 2001 aku pernah bawa 2 orang kawan aku British dari KLIA ke Temerloh...melalui karak highway...wow mereka terkejut dan terpesona dengan panaorama dan landscape Karak Highway...
Kita membangun bukan sebab nak bersaing dgn dieorg..
Tp setuju jugak pasal hutan tepi highway tu..biarlah kekalkan
Pembangunan perlu sekali dengan membangunkan mentaliti. Hutan tebal sampah banyak pun buat apa kan. Huhuhu
Hutan tepi highway itu syiokk woo layan time drive..
@@HalifSaat Lepas dorang sendiri dah tarah hutan2 dorang, baru dorang percaya climate change lah, sumber oksigenlah, sebab tu dorang tak bagi negara ada hutan hujan tropika mcm Malaysia, Indonesia, Brazil ni tebang hutan2, biar negara2 membangun stagnant kt taraf tu aja, dan negara2 depa terus maju. "Kemajuan" kita diiktiraf atas apa label yg dorang nak beri kpd kita, bukan atas erti kata kemajuan yg sebenar. Sebab tu Singapore diiktiraf maju, Malaysia masih membangun sedangkan segala apa ada kt Singapore kt Malaysia pun ada. Sama jugak mcm China, majulah mcm mana pun, tetap tak diiktiraf. Tak payah terpedaya la dgn dakyah european bro. Baru semalam aku tengok berita pasal solar farm di China kene hentam dgn mat2 salleh ni sebab rosakkan hutan, sedangkan negara depa berlambak solar farm🤣
Betul, buat bangunan & deforestation tu bukan sebab utk pelancongan. Tu sebab ekonomi. Tapi bukan maksud aku setuju ye dengan deforestation.
Aku setuju. Bila Aku travel apa yg Aku suka tengok adalah alam. Pokok, sungai, pantai, Bukit, gunung, perkampungan. Aku stres tengok hutan batu
Betul.. Aku setuju... Aku duduk di ausi ni suda 3 tahun lebih.. Aku rindu Malaysia.. Sb kita kaya dengan alam semula jadi.. Hijau... Aku rindu semua tu..
Lain kan hijau Malaysia dengan hijau Ausi.. Hiau kita memukau..
Balik lah merempat sini
Kalau g Dubai lagi terasa...fake ....balik Malaysia mmg lebih bersyukur dengan keindahan Malaysia...
Betul bang, saya seorang Landscape arkitek, memang itu tugas kami untuk menjaga alam sekitar, hutan2 dan environment di Malaysia. Tp sedih kadang2 banyak developer yang sanggup tebas hutan semua untuk memdapatkan untung. Saya juga dah travel beberapa negara maju dan saya setuju scenery malaysia sangat uniq. Perlukan banyak kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar di negara kita.👌🏻
Perlu lebih banyak kempen menyampaikan mesej-mesej (educate message) yang mampu membangunkan mentliti, kesedaran dan hal berkaitan.
Ramai nak maju negara. Tapi tak ramai bersedia untuk maju mentaliti.
Ada penguatkuasa yg menjaga tapi tidak umanah. Contohny 5000 ekar hutan diceroboh tanam durian diPahang kerana orang Pej. Tanah dan Perhutanan tak amanah.
Salam. Aku pun tertanya-tanya kenapa malaysia punya development lebih kepada bina bangunan tinggi dalam kawasan kecil, sampai penduduk jadi padat. Saya rasa perlua seimbang alam sekitar dengan pembangunan. Ni contoh di selangor. Sekarang saya stay kedah dan lebih suka tinggal di kawasan yang penduduk tak padat.
Pembangunan jugak penting sebab bila pembangunan berkembang ekonomi pun berkembang..rakyat pun dapat kerja dalam pelbagai bidang dalam masa yang sama khazanah negara perlu dijaga jugak. Takkan kita nak buat semua Dalam negara ni hutan je tak ada pembangunan Yang boleh menjana pendapatan negara Dan jugak bagi rezeki kepada rakyat Kita..tengok contoh negara kat Afrika memang Kaya dengan khazanah Alam sekitae tapi ekonomi macam mana rakyat mereka miskin tak cukup makan..
Sebut pembangunan bukan saja pembangunan fizikal semata-mata. Mentaliti & minda juga adalah pembangunan. Tak guna simpan khazanah atau kejar pembangunan negara yang pesat tapi mentaliti masih rendah. Semua kene balance.
@@HalifSaat bro... bila mereka balik ke negara asal dioarang akan teruskan kehidupan moden.. dan kita? Ermmm
@@amrizam7851 Mereka biarlah mereka dengan kehidupan mereka yang baik ambil yang buruk tinggalkan. Settle.
klau pmbngunan merata.tak da alam.nak dpt air dri mna.hrp air hujan.bukan kah pokok dlm hutan tu mnghasilkan air?
@@shantallewa4358 pokok x menghasilkan air tp utk mengukuhkan tanah tuning bukit dr runtime disamping bg oxygen
Apa yg mat salleh tu kata adalah betul..kerajaan dan rakyat malaysia patut awal2 bekerjasama menjaga kehijauan serta kraslian alam fauna dan flora kita
Ya betul. Tiada siapa kata kita nak tolak pembangunan. Yang kita mahukan perubahan mentaliti berkenaan 'penjagaan khazanah alam' 👍👍
Orang negara maju mmg suka tengok alam semula jadi yg indah sbb dinegara mereka dah tak ada. Tapi negara yg belum maju takkan org nya nak duduk dlm hutan saja tunggu orang datang tengok. Pembangunan perlu untuk mencipta pekerjaan yg berbagai bukan pelancungan saja. Rasanya negara kita punya perancangan yg bersepadu agar maju dan kekalkan khazanah alam yg ada.
Kita bukan kejar pembangunan, tp ia adalah keperluan rakyat untuk ada fasiliti - fasiliti ini contohnya Hospital, kediaman, kegioatan ekonomi, pejabat dan sebagainya. Mungkin malaysia kena lebih kreatif, buat bandar dalam hutan...
Saya setuju.🤩🤩🤩
Pembangunan yg merosakan ekosistem
betul tu..dulu smsa TM memerintah..beliau tlh mngrhkn spya KL dijdikn bandar taman..iaitu bnykkn pokok² dlm KL..dan klw nk tahu..dlm KL ada hutan tebal..
Akhirnya aku jumpa jugak video ni ,sesuai untuk sesetengah saudara kita dari Sabah dan Sarawak yg inginkan kemajuan korang cuba fahamkan video ni alam itu indah
Kita tak boleh menolak pembangunan secara total. Tapi kita boleh bangkitkan kesedaran pembalakan haram, meningkatkan penjagaan hutan,penjagaan sampah ke laut, penjagaan sungai dan khazanah lain dari tangan2 jahat yang rakus yang sentiasa ambil kesempatan. semua negeri di Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak yang masih 'fresh' sumber alam mereka.
tapi masalah nya kmi mmg perlu maju bro......MA63 pun smpai skrang belum settle.... tapi bahagian menjaga alam tu saya setuju.
Betul tu bang jaga la alam yg masih ada di semenanjung pun hanya tertumpu dkt KL saja di tempat lain itu kemajuannya mungkin nampak pada banyaknya pembukaan kawasan perumahan tetapi harganya kadang melampau siapa pun tak mampu contoh Selangor terlampau banyak kawasan perumahan baru saya pun tidak tahu siapa pembelinya ada saja kawasan baru di buka dulu kawasan banyak hutan skrg lalu lg banyak rumah 🤦🏻kalau dulu dari jauh nampak kawasan bukit skrg bukit pun tak ada habis rata jalan baru sana sini tapi tak tau la mungkin pemaju yg buka ,yela semenanjung nampak maju sebab perdagangan antara dua negara jiran singapore dan Thailand tapi jika nampak semenanjung maju tu jgn salahkan kami kami tidak tahu apa2 yg berkuasa pemaju sama kerajaan saja kasihan kami jika lihat komen dari sana seolah olah kami saja yg nampak maju tapi hakikatnya yg nampak maju itu di Selangor dan KL saja dan sekarang Johor saya tidak tahu itu hasil usaha kerajaan negeri atau pusat
, baru2 ini kawan saya berpindah ke Sarawak di berkerja dgn syarikat hartanah dari IJM land berhad mungkin akan ada pembukaan kawasan di sana buat kawasan perumahan
bagi aku la pembangunan tuh sebenarnya tak penting tapi dalam kita menuju ka arah digitalisasi...baik ceruk ulu tuh tanam kabel fiber banyak2....bukannya wireless broadband yg putus2.....TM ada modal banyak buat apa???? Buncitkan perut CEO????
Ya sy setuju ngan mat salleh tu...sy pnh merantau beberapa negara...dn memang betol pelancung memang suka apa yg asli pd sesebuah negara...bkn hutan batu buatan...negara luar sgt hebat pembangunan tp ada yg ngorbankan keaslian bumi...kita msh ada..
Very fresh...
mat saleh itu memang betul.
Negri Malaysia memang sangatlah cintik viewnya.
di mana mana tempat , sejauh mata memandang adalah pemandangan teramat elok...beruntunglah Rakyat malaysia. potensi destinasi pelancongan amatlah banyak yang belum di bangun....
salam serumpun dari Surabaya indonesia
Tapi penebangan hutan ni kadang masalah
Memang betul bro..aku dulu pernah b.kerja di taman negara..banyak aku dengar cerita dari mat2 saleh ni..mereka datang malaysia bukan nak tgk bangunan yg tinggi2 pon...mereka nk tgk hutan dan kehidupan liar...
Ini cerita aku masa b.kerja di taman negara 20tahun dulu..ada pelancong dari canada ni...dia cakap dengan aku dia nk tgk binatang liar yg ada kat sini,xkira lah apa2 pon janji binatang..kalau aku tunjuk kat dia binatang tu,dia nk bagi aku duit 50dollar..aku dengan kawan aku pon pikir🤔....aku pon dapat idea lah,,petang tu jgk aku jmpe kawan aku yg memang asal kat situ jgk la...aku nk pinjam kerbau dia jap..esok aku pulang,,dia kata ok je....aku pon bawak lah kerbau dia tu ikat kat pokok kelapa sawit....malam tu jgk aku bawak mat saleh tu dengan wife dia naik 4x4 masuk kebun kelapa sawit tempat aku ikat kerbau tu tadi....sampai je kat tempat kerbau tu,aku pon cakap lah kat dia,ni lah kerbau liar yg hidup kat sini,dia punya seronok tu xboleh bawak bincang,sampai xnk balik malam tu..aku pon xtahu lah bape banyak gambar kerbau tu dia ambik....padahal itu lah kerbau yg aku ikat petang tadi.😁....bukan niat aku pon nk bt mcm tu kn...tapi kalau fikir kn balik nk cari celah mane kerbau liar kat malaysia ni...sekurang2 nye aku tidak m.ngecewakan d,orang,,dapat jgk lah d,orang tgk kerbau.......dah lah datang dari jauh,nk tgk binatang,,kalau xde binatang kang kecewa pulak...jadi aku buat lah mcm ni...sukurang2 nye mereka ni suka..☺...itu lah kisah nye dapat aku 50dollar dia bagi dengan belanje mkn sekali malam tu.....sekian
Wahh.... kreatif sungguh ya... best dengar cerita2 mcm nie.. Kadang2 kelakar. Tapi harap generasi kita akan datang sempatlah tengok saki baki khazanah negara yang ada kan.. 👉👈
Betul bro..harta sebenar negara kita adalah alam sekitar. Kejar pembangunan sampai bila2 pun takkan habis. Bangga dgn khazanah kita.
Btul la tu tepi, klau tiada pembngunan Kat mlysia mcm Mna nak maju. Tak kan la selamanya kita dduk seperti zaman 70han yg Mna hidup serba kekurangan.
Cakap dia betul..mungkin banyak negara dia pergi sudah tidak kelihatan rimbunan hijau..tapi tidak semestinya negara kita tak boleh maju...biarlah negara kita terus maju disamping memilihara kazanah yang kita ada..jangan jadikan negara kita seperti negara maju lain yang kawasan hijau mereka hampir tidak ada.
Terengganu paling best-sepanjang2 perjalanan pantai nan membiru.
Sabah pon area kinabalu- terjumpa jer terus tarik nafas kagum. Breathtaking!
Saja2. 😁
Ya betui. Pengalaman.bekerja.di.Kuala.Terangganu selama.6 tahun tu. (1992-1997 ) Puas berjln/rewang. Habis pulau redah. Tapi pengalaman berulang balik hujung minggu ke hometown saya di.Kuantan.plg.mengasyikkan. Naik.bas express.masa tu. tak tidurlah.dok.ralit.tgk.panaroma spjg perjalanan. Nak2.area tepi pantai dr Chendering/.Rhu.Muda/ area rantau abg/.sampailer.ke.Kijal...mmg lawa view.dia. Belum.kira port makan lagi. Mmg seronok. Then bila.dah transfer balik Kuantan.(1997-2003) Time ni dah ada kereta sendiri..pantang ada cuti ke sanalah. Mmg.enjoy travel sepjg perjalanan tu. Then.ke.KL.(2003-2020).Tak.nafikan Terengganu tempat terbaik utk holiday. Skrg ni dek PKP jer sangkut tak.kemana2. Hu..hu..hu..
Sesetengah orang bila dengar pendapat dari omputih, dia rasa dia dapat fatwa dari langit... semua betui, dia orang sendiri pun tak reti nak jaga "khazanah" sendiri, banyak yang dah punah. Zaman Malaysia dah ada pembangunan ni pun masih ada yang rasa orang Malaysia masih dok dalam hutan, inikan pulak kalau tak ada. Dan yang kononnya percinta alam sekitar ni pulak, sebenarnya makhluk hipokrit. Rumah sendiri pun diperbuat dari khazanah hutan... kayu dan simen, lepas tu sembang perlu jaga... perlu jaga macamlah orang selepas dia ada tak perlu rumah, banguanan, ofis dsb.
semoga channel ni cepat berkembang..dh belanja 1 subscribe❤️❤️❤️..
nice content
Di Sabah Sarawak masih terjaga kazanah alam menghijau walaupun ada pembalakan haram ... KLU boleh hentikan kekal ... Malaysia ni memang cantik sebenarnya .. ada tarikan tersendiri tidak terdapat dinegara lain
Sy ambik degree perhutanan tropika antarabangsa. Lecturer sy cakap omputih ni sibuk dgn hutan kita, nak ban palm oil dsb memburukkan palm oil sampai ekonomi kita terjejas. Yang diorang nampak kita tebang hutan tapi diorang tak nampak pun usaha kita untuk conserv hutan. Palm oil malaysia ada certification and kita tak suka hati tebang pokok, produk hutan kita pun ada certification. Malaysia tetapkan berapa percent tah setiap negeri untuk ada hutan simpan.
Lagipun negara malaysia baru 63 tahun merdeka masih banyak yang perlu diberi perhatian dari segi facility berbanding negara yang sudah beratus ratus tahun merdeka seperti yang dibandingkan. Belum masuk lagi cerita mereka yang menjarah hasil bumi kita sebelum ni. Kali ni, apa salahnya kita "clearkan tanah" untuk perbangunan kita? Lagipun negara kita mana ada tanah yang naturally kosong seperti amerika yang tanahnya kosong seluas mata memandang.
Bukan mengejar kemajuan tapi untuk keselesan rakyat. Contoh jalan raya pan borneo. keadaan jalan sekarang sebelum pan borneo sangat menyusahkan. Biarlah rakyat merasakan keselesaan dengan hasil bumi yang diberikan. Insyallah kelestarian hutan masih terjaga. Omputih ni kita nak buat jalan pun bising kita tebang pokok. Dia punya negara jalan cantik boleh pulak. Hmmm
Betul sangat...
Harap_harap..seimbangkan pembangunan dan pemuliharaan ALAM SEKITAR..
Ya Cik Puan.. Kita perlu ke next level bukan dari pembangunan saja. Mentaliti juga perlu seiring.
Betul cik puan. Kita perlu ke next level. Bukan segi pembangunan saja. Dari sudut mentaliti juga perlu seiring. 👍
lyn bro. suka content. simple, chill & pushing harder sgt. sempoi. aku support bang
Hopefully video ni sampai pd pihak yang berwajib dan rakyat di setiap lapisan masyarakat.. Biar kita lbh menjaga kelestarian alam.. Setuju sgt2 kita sangat beruntung.. 👍👍👍
Salam bro.. sya x stuju n sya rasa jerman tu dia x tau apa2. Dia nmpk hal pembangunan. Tpi dia x nmpk hal2 ekonomi pnduduk. Yg mn tnpa pmbngunn tiada pluang kje. Dan pnduduk perlu pndptn tetap. Lgi pun pmbngunn yg kita buat tidak pesat. Kira perlukn lebih 20 tahun utk buat stu bndar lengkap. Sya paham sgt org2 barat ni. Perangai mereka spt org cina india kita. Specially cina kita yg slalu salahkn melayu krn negara x maju. Org barat ni Bila kita tiada apa2 spt mereka dia kata kita kebelkang . bila kita na buat suatu kmajuan dia kata kita salah majukn hartanah lah. Rosak ekosistem lah. Dia na kita ikut selera dia. Apa kita buat semua salah pd dia. Bro teliti betul2. 30 thun dulu kita x bnyk pembangun dia sebut kita from the jungle. Maka produc2 kira di sangka x brkualitikn. Pd hal jepun iktiraf tu. Kita x musnahkn hutan kita n lain2 wildlife. Kita adalah org2 yg bijaksana n penuh hikmah. Kita tahu berapa kerugian kita jika hutan kita tidak banyk. sya masak sgt dgn org2 barat. Yg jahanm kn bumi ni bukan kita. Tpi kaum dia. Bro teliti semua yg trjdi akibt onar dia. Lepas tu dia sibuk2 na betulkn org lain. Cth lain... Bro tengok apa jdi kpd negara china. China na bangkit dr kmiskinan akibt perang yg org barat obor2kan hingga ambik masa 60 tahun. Bila china dah naik sikit mereka set china sampai na hampir kembali kpd 60 tahun dulu. mcm2 diaorg crite kburukn china. sekarang ni china pelan2 naik smula. Spt sya katakn. Kita orgnya bijaksana. Kita tahu jga alam kita dan tidak spt mereka org2 barat. Kata2 sya nmpk kasar bro.. tpi ini realiti mereka. Mohon maaf jika trsilap fakta.
Betul apa yg. di perkatakan.Contohnya waktu saya belajar di Pulau Pinang tahun 1977 saya seronok sangat dengan permandangan di Pulau tersebut.Tapi bila pergi ke sana sekarang sudah jadi hutan batu bata.Habis bukit di tarah dan kehijauan pemandangan sudah pupus.
kita ada bnyk hutan simpan actually,ikutkn pmbngunan kite pesat hnya di bandar2 bsr... even KL pun ibukota Malaysia,ko cri kt eu sna ada x dlm ibukota dieorg pnuh hijau mcm Malaysia..Malaysia even bndr bsr mcm KL pokok besar2 beb...even panas terik ko still bole jln kaki and redup..tp take positive la ape yg mat saleh tu ckp,jaga hutan2 yg ada,pmbngunan xslh,klau xda pmbngunan rakyat sndri pun ssh beb..lgi2 bab rumah.. bndr2 bsr kt Malaysia xbnyk pun..yg sngt pesat dan padat bgi aku hnya bbrpe je mcm selangor,KL,Johor ngan P.Pinang..yg lain still okay bnyk flora fauna..
Part pembangunan terancang tak ada masalah. Yang kita risau tangan2 sembunyi yang meranapkan hutan dengan pembalakan haram. Yang ada kuasa pulak buat2 tak nampak sebab...(haaa sambung malas nak cakap). Selain kita sendiri tak jaga. Buang sampah merata. Ada hutan penuh dengan sampah pun tak jadi apa..
@@HalifSaat mslh yg brkuasa tu xtau nk ckp pe,sbb diri sndri da tua bangka,xda kesedaran brtapa untungnye lahir kt malaysia..tp bile jdi mcm ni,wang ringgit lbih pnting dr mnjga alam sekitar..jnii kenyang duit bwh meja(kalau ada😏) kes durian tu pun tngk jela nnti ape jdi..ikutkn xperlu smpai naik mahkamah sbb trng lg brsluh milik krjaan ngeri.. ingt bile pgng kuasa syok ke?kt dunia bole lps,kt sna kelak akn ditnye🔥🔥🔥 mslh smpah mslh diri sndri..aku pun pantang tngk org jnis buang smpah mrata2,dlu kaki hiking,skit mata tngk smpah ats2 puncak..da bg kbnrn tak dijaga,nnti bile dittp kata mnghlng aktiviti sihat sma gak tmpt brkelah air trjun. last skli trpulang pda diri msing2 tuk mnjaga bumi bertuah ni
@T_T Leader sistem peparitan gak bro..xsmstinya 100% kurng pokok serap air..bro tanam pokok bnyk2,lps tu siram air bnyk2 banjir gak..bkn begitu cara pokok bkrja..bro klau minum air bnyk2 tnpa hnti pun xlalu bro.melimpah air😅
Betul tu bro,tmpt aku ni tiap2 hari nmpk mat salleh daki bukit..dorg dtg sini semata mata nak menikmati keindahan alam semulajadi yg kita ada ja,tak kebulur dah dorg nak tgok banggunan tggi2..masa aku tgah type komen ni pun aku nmpj ada 2 org mat bersiap2 nak daki bukit..
Fuh... duduk mana tuuh bro.. Pasti view awesome kawasan rumah tuh... hehehe
@@HalifSaat dok Penang,view biasa2 jer 😅
Malaysia masih ketinggalan dari segi kebersihan. Improve tu dulu baru kejar pembangunan yg lain.
Ini yang kita gelar mentaliti tuan. Ada tersirat dalam video.
Pandangan mat salleh yg baru 2 bulan dtg Malaysia. Saya tak setuju. Mungkin dia lupa Malaysia pernah mendahului China membina bangunan tertinggi di dunia pada thn 90an wlaupun China adalah negara maju pd ketika itu. Selepas Malaysia buat, baru China berlumba-lumba buat bangunan tinggi, begitu juga negara-negara lain. Mereka yg cuba mengejar kemajuan Malaysia sebenarnya. Tak hairan jika Mat Saleh berpndngn kita tak perlu kejar pembangunan sebab mereka tak ingin kita membangun pun. Apatah lagi Malaysia adalah negara majoriti Islam. Pembangunan sgt perlu utk meletakkan Malaysia sbg negara maju, kita bukan tebang semua hutan pun. Bukan nak biar semua hutan jadi gurun sahara pun. Kita sbenarnya ada keseimbangan dalam menguruskan hal itu. Kita lbh kenal negara kita daripada dia. Mungkin dia blm menerokai keindahan alam flora & fauna yg banyak di Malaysia. Kita dah jaga banyak hutan, sarankan pada dia pergi masuk ke hutan-hutan Malaysia, buktikan bagaimana Malaysia menjaga kesimbangan alam & pembangunan.
saya stand for this... malaysia antara negara2 yg less rate pollution compared to other south east asea country yg pernah saya pergi... plus jabatan perhilitan malaysia pun ada undang2 nya nk tebang2 tu semua bukan suka2 hati jer boleh tebang... yg malaysia perlu is orang2 yang berilmu and innovative. see how germany handle produk dorang dalam bidang automotif and all.. raw materials bnyak dorang ambik dari negara asean... sbb murah n negara2 asean kaya dgn raw materials... pastuuu european nk pandang2 rendah dgn orang asean pulak... i was like mirror mana mirror.. lolsss...
Terima kasih atas komentar. Benda ni simple saja. Dia bagi pendapat peribadi. Jauh sekali nak merendah2 kan. Borak kedai kopi bertukar2 pandangan. Begitulah
Menjaga khazanah alam ini maksud tersirat dia bukan tak boleh tebas sampai jadi sahara yang dimaksudkan. Tapi jaga jangan buang sampah merata dalam hutan itu juga nama dia jaga khazanah alam. Buat apa simpan hutan tapi rupa dah macam tempat pembuangan sampah.
Senang cerita pembangunan mentaliti itu jauh lebih penting dari pembangunan kota raya. Haaaa.. Mentaliti maju akan seiring dengan majunya sebuah negara. Majunya pembangunan sana sini belum tentu mentaliti rakyat akan turut serta maju. Peace Yo!✌
Seronok layan perjalanan kat highway yang ada banyak pokok2 gunung2 ni, macam kat ipoh.
Kita buat cara Kita la...mat Salleh ni pun bukan betul sangat...singapura pun hutan Tak Ada tapi diiktiraf sebagai negara maju...
Yang penting rakyat Kita berpendidikan Dan mempunyai mental kelas pertama...
Ya betul kata kamu.
Btul bro..., Sedih aku klo tgk hutan kena tebang, bukit kena kokah... Kt Malaysia ramai yg tamak
Kemajuan dan pemeliharaan perlu seimbang ekonomi dan perhubungan adalah penting
Yg perlu diberi perhatian kepada peneroka haram jadah ni perlu dibenteras sekeras kerasnya
yess bro.. tokey balak haram nilah yang perlu di kawal ketat dan ia pasti berkaitan orang2 atasan politik.. hahaha
@@HalifSaat bro,tokey balak haram nih majoritinya dah usia emas.....sedangkan bangsa diorang yg muda tak pandang balak nih....diorang cakap Internet tuh untung...forex,bitcoin,dropship dan segala bagai bisnes online....once bila tokeh2 usia emas tuh dah pindah ke alam arwah....anak cucu diorang akan tinggalkan bisnes nih....fokus kat bisnes online yg tak payah berpanas berpeluh....
mat saleh ne pemikiran hanya nak kita tetap tinggal tanpa pembangunan, kekal tanpa maju, sebab mereka akan datang ramai2 tengok kita, padahal kat negara dia orang banyak buat kemusnahan alam semulajadi...sebolehnya mereka nak kita kekal semua untuk mereka sama2 menikmati.
Biasalah mat saleh kan . Kita perlukan pembangunan jugak untuk maju . Bila negara maju teknologi juga sedikit sebanyak maju . Mat saleh kata itu ini tapi hairannya semakin ramai foreigners dekat Malaysia ni . Kadang2 apa yg diorang cakap tak semestinya seratus peratus betul . Kita yg rakyat Malaysia ni seharusnya lebih memahami situasi dalam negara sendiri berbanding kata-kata dari orang luar . Peace out ✌️ #proudtobemalaysian
bang pembangunan terpenting dalam sebuah negara adalah pembangunan mentaliti rakyat. Bukan pembangunan fizikal. Itu yang cuba dia sampaikan. Tak guna ada hutan tapi dah rupa dah macam tempat pembuangan sampah.. haaa... clear?
All the best bro👍🏻☺️🇬🇧🇲🇾🌎✈️
Thanks Bro ❤❤❤💕
Tiap kali aku balik kampung,aku suka drive lorong kiri sebab nak menikmati keindahan alam..ramai orang Malaysia tak sedar yang sebenarnya negara kita ni dicemburui oleh negara-negara lain kerana keindahan alam, berbilang bangsa,etnik dan agama..yang mana benda ni bersatu dalam sebuah negara dan tiada penindasan atas bangsa-bangsa tertentu,semua dijaga sama adil
Bkn rakyat tak jaga tp ada org yg rakus nak kaya cepat dan mudah
Dua2 perlu main peranan.
PERLIS CANTIK JUGAK BANG !!!
Aku harap Malaysia dapat jagalah khazanah kita🥺
Moga kita sama2 dapat jaga..😥
Done sub bro. Harap channel awak akan berkembang maju pada masa akan datang. 👍🏼
perlu pembangunan jg, utk kemajuan dan keselesaan rakyat..dah seimbang tu..dlm bandar pun penuh dgn tanaman dan pokok2, burung, monyet dan binatang kecil yg lain..
Lebih tepat lagi hal yang tersirat adalah pembangunan terpenting adalah pembangunan mentaliti. Tak guna negara nak maju tapi mentaliti masih di takuk sama.
mat jerman ckp 100% betul... masa aku di Calirfornia pnduduk.tmpatan bngga dgn Red Wood yg rata2 besar dan tinggi.. tapi hutan hujan tropika yg trtua di dunia kita miliki lebih jauh hebat drpd sgalanya.
Hutan jenis tu, pokok diorang cepat membesar berbanding dengan pokok hutan hujan tropika mengambil masa yang sangat lama untuk menjadi sebesar pokok2 red wood. Lagipun redwood dikenali sebagai antara pokok di dunia yang paling cepat pertumbuhanya. Jadi walaupun hutan hujan teopika tak bnyk pokok sebesar tu tak semestinya hutan kita tidak terjaga. Memang jarang2 nampak pokok sebesar itu kat malaysia sb ambil masa lama. Kalau nak tgk, pergi hutan dara/ primary forest sebab hutan bejuta tahun lama kan....
Pelancong datang sekali sekala bro kita yg tinggal ni mahu pembangunan jgn jadi kera dihutan disusukan anak dirumah kelaparan. Pembangunan bukan utk bersaing tapi utk meneruskan kehidupan. Pelancongan hanya, satu sektor ekonomi utk Malaysia, cuma dlm menjaga Alam kita kena bertimbang rasa bukan gelojoh menjarah hutan.
Mesej tersirat yang nak disampaikan lebih besar dari kera di hutan &ekonomi yang bro faham. Ia berkaitan Mentaliti. Maju mana pun negara mentaliti tak maju tak guna. Simpan khazanah banyak mana pun dia sumbat sampah dalam itu tak jadi apa. Begitulah..
Pembangunan itu penting.. semakin byk pembangunan semakin byklah peluang pekerjaan...
Betul tu gua sokong mat Saleh ni tak perlu pembangunan mereka suka alam semula jadi penuh kehijauan . diaorg dah maju 100 tahun yg lalu
Sebenarnya diorang bangunkan mentaliti dulu. Inilah yang tersirat.
Sangat setuju dgn mat saleh German tu
Itukan pendapat awak..saya ok jer..bagi saya,mmg kita perlu kemajuan tapi xyah kejar sgt ngan barat hingga hutan simpan dan eko sistem kita terjejas.hidup ni perlu keseimbangan dalam segala hal.peace😎😎
Dia tak suruh pun kita hidup macam di papua tu. Hidup dekat sana pun boleh. Bumi yang kita duduk ni luas.
@@zuliylyana7059 benda simple je kan.. Nak kejar kemajuan. Mesti kene seimbang. Perkara paling utama adalah pembangunan mentaliti (ini mesej tersirat ramai tak nampak). Barulah ada khazanah di jaga. Barulah bila maju seiring dengan pembangunan. Bukan negara maju tapi masih mentaliti kelas ketiga. Peace yo jugak✌
@@ishakismail1084 Tepat bossskuu..
@@HalifSaat Terima Kasih, Sahabat.
😊 terbaik amat...
Mereka yg berauthoriti selayaknya bhgian depa kena pk dan bertindak..
Alam Terbentang Menjadi Guru
Jalis Ardi
Gerik Recreation And Nature Association
Khazanah negara perlu jaga..betul tu bro.. Permbangunan xplu dikejar..
Very deep bro..
#jgnsampaitergadaitanahnenekmoyangkita
Keseimbangan juga penting.. Pembangunan dan pemeliharaan khazanah.. Cuma yg paling penting kejujuran dari penguatkuasaan supaya jgn sampai mengkhianati amanah, tamak haloba dan kufur nikmat
Betul bro apa yg mat saleh jerman tu kata....kalau nak jasi negara maju dah terlalu banyak dah kota2 yg maju kat dunia ni tetapi sampai satu masa kemajuan tu nanti dah jadi sesuatu yg dah tak dikejar lagi oleh mereka....mereka cari sesuatu yg lain pulak contohnya kedamaian yg mereka tak mampu miliki di kota2 maju....jadi mana diorang tuju? Tentulah negara2 yg masih lagi kaya dengan flora dan fauna macam malaysia,indonesia dan negara sekitarnya.....
betullll...
Bagi saya betul juga apa yang dicakapkan itu tadi.Jaga khazanah yang ada dalam negara kita ini.
jaga khazanah bukan maksud tinggalkan terus pembangunan kan... simple je..
Ye mmg kena jg hutan semua tu..pembangunan juga perlu..cumanya perancangan perlu lebih teratur..
Tapi ye, negara diorg yg kutuk malaysia juga peratusan hutan sgt rendah.
Anggap jelah mat saleh itu hanya suara kerdil orang yang menentang kerakusan alam. Bukan dia nak kutuk pun.. hehe
Mamat german ini antara seglintir manusia yg sayangkan alam semula jadi. Itulah kelebihan mnjadi pngembara dan musafir. Bnyk dpt pngalaman dan ilmu. Memang betul di eropah lagi terok pmbangunan dan pncemaran alam, tapi itulah keburukan nya. Dia bercakap mngikut pemerhatian, ilmu dan pngalaman mngembara.
Dinegara kita terlalu tinggi manusia2 yg obses kearah kemodenan, kemajuan. Ramai spesis yg telalu tamak demi nk hidup senang. Kebobrokan puak politikus rakus kuasa dan usahawan gila dan tamak. Maka bergelumang dlm rasuah dan penyelewengan.
Pembangunan tidak salah tapi harus seimbang dgn mnjaga alam semulajadi dan kelestarian. Pengurusan utk mnjaga hutan dan keindahan alami mesti serius dan ikhlas.
ketidaksedaraan pemaju yg ada hal unik kat maaysia yg menyebabkan khzanah negara kita terabai ....
View dia.. skenari dia .. 😂😂😂 ke scenery dik..(sineri) .. anyways mat salleh mmg nk tgk benda yg tak ada dlm negara dia.. eg pantai cantik ke hutan paling tua ke .. bintang pelik2 ke.. org asli dok atas rumah kayu ke (mcm masuk zoo)… benda2 ni penting utk kita jaga sbb utk keaslian.. tapi bab kemajuan bandar tu pun penting.. rakyat negara kita layak menikmati apa yg mat mat salleh tu dah nikmati contohnya bandar yg selamat dan infrasttruvture yg bagus… cuma kita kena dan perlu pelihara keaslian hutan2 kita ..pantai2 kita… kena ada keseimbangan la… mat salleh mmg nk tgk benda2 authentic di negara lain tp jgn la sampai kita pun x dapat rasa apa yg dia org nikmati dinegara moden dia org
Betul,ank angkat mak sya mat saleh siap dtg rumah aku lg sbb katanya nk tengok pokok getah scra live pastu nk tgok susu getah tu..terabur jg b.i aku..bangga jg jd kluarga penoreh ni
Aku nk bgi pndpt tmpt aku sndiri.. Sabah.. smua tahu sabah trkenal dgn gunung kinabalu.. dlu tahun 90an sepanjng jln memang sejuk2 gila byk pokok.. kundasang cantik byk pokok2 iklim sejuk boleh nmpk. View gunung jgn ckp memang awesome... Tp skrg kundasang semak dgn pbangunan, byk pokok kena tebang, suhu pn dh panas, dulu 2 hri aku x mandi sbb sejuk sgt time brcuti.. Aku harap kerjaan dapat bertindak perbesarkan rizab kerajaan area sana.. buat penanaman semula pokok.. kundasang x seindah dulu dah
Betul tu..mat saleh x hairan pun dgn kota concrit.dia org ska lbih ska tmpat hijau cz dia org ska mnjelajah ska hiking.
Halif Saat, saya pernah orang Jepun pun cakap macam tu... Kita seolah-olah tak value khazanah negara kita. In fact, walaupun aku bukan seorang traveller macam kamu, tapi aku suka bergaul dengan beberapa (bukan semua) expat yang ada di KL ni. Rata-rata mereka berkata benda serupa. Negara kita unik tetapi kita pulak asyik nak meniru apa yang negara lain ada...
Ya betul. Ramai cakap macam tuh.. Setuju.
Aku dulu dari Pulau Tinggi, Mersing nak bersaing dengan Langkawi atau Tioman pun bapak giler nak kejar. Jadi, rupa2nya kalau resort kita biarkan minimalist mungkin ianya akan menarik diver, penulis buku dan nature lover. Resort kami pula fokus pada keramahan sesama hos dan tetamu.
Subhanallah, Allahu Akbar.saya bkan siapa2...cuma dari renungan n pandangan sendiri. Allah SWT jdkan bukit bukau, gunung ganang n hutan belantara sebagai pasak bumi. Bila d ceroboh apa lg yg kita ada untuk lindungi bumi Malaysia yg bertuah ini. Fikir2kan lah , Assalamu'alaikum
Betul bang, masalahnya ahli politik punya pemikiran. Dia bangga bangunan tinggi2 dari ada khazanah hutan, sungai bukit bukau. Ahli politik malaysia la yang sebenarnya merosakan negara dalam diam. Belum kira kroni depa lagi
speechless lah part politikus nie.. Kawan2 dok area khazanah yang masih tersimpan ni tahulah macam mana rakusnya tangan2 tersembunyi.
Malaysia pun masih bijak juga sebab tu ada Jabatan Perhutanan yang menjaga hutan2 negara kita nie, Hutan Simpan, Hutan Kekal, Taman Negara, Taman Wetland, Taman Paya Gambut,,,, tidak akan diusik hutan2 ini selagi mana dijaga,,,, pembangunan tetap diteruskan bagi melestarikan kehidupan mendatang
Betoi..Kita spatutnya membangun bersama tradisi kita.kita jadi kita,jangan jadi orang lain
Betol tu macam kat selangor ni hutan dia tebang. Dan buat perumahan untuk orang2 kaya... Kesudahan terbengkalai yg duduk cicak dan ular
Bila cakap hal selangor ni teringat kes satu menteri fasola ni.. hutan reakreasi habissss kene tarah... haaaaa...
Kat Selangor bukan hutan saja yg dirembat, trek batu 3 tmpt racingpun habis dirembat.
Tulh ak dulu kecik 2 suka sngat nk duduk kt bandar ...tapi bila dh brumur ni kwasan kehijauan jdi pilihanku atau di tepi laut rasa fresh bro atau prkmpungan hijau yg ad sungai ...tmpat mcm tu lh ak nk rehat xlama lgi... Insyaallah
Betul... macam kat tempat saya Taiping... sekarang banyak bukit dah ditarah...
Pelancong bukannya nak lihat kepada pembangunan yang melampau-lampau dan tak terkawal di Malaysia, tetapi nak melihat dan menikmati keindahan alam sekitar Flora dan Fauna serta warisan tradisional serta perpaduan kepelbagaian kaum dinegara kita. Pembangunan ditempat mereka dah lebih maju dari Malaysia, sebab itulah mereka nak melihat aspek tradisional dan keindahan alam sekitar yang masih lagi kekal dan bertahan dinegara-negara lain.
Betul tu sahabat. Sepanjang highway PLUS dari Simpang Pulau ke Padang Rengas habis gunung gunung batu kapur ditarah oleh para pelombong kuari batu kapor. Adakah khazanah negara dirompak olah golongan golingan atas kepentingan diri masing masing
Kita sukar untuk mensyukuri sesuatu nikmat yang telah sedia ada.. malah kita menginginkan sesuatu yang dipunyai orang lain dan melupakan keunikan dan kelebihan kepunyaan diri sendiri..
Assalam,bro,,memang betul,,kalau kat Europe,memang Susah nak nafas,sebab angin nya nipis,Tu lah diaorang suka pokok,,kalau musim luruh lagi parah,,,darah hidung,Aku sokong,,,,
Ye btl apa yg disampaikan pelancong Jerman dgn admin tu...... Mmg sungguh sedih klu hutan2 kita semua semakin lama semakin diceroboh dan digondoli oleh manusia2 yg rakus....
Pernah sekali pergi ke abu dhabi tahun 2012, pemandu teksi tanya saya dari mana? Jawab malaysia, dia kata malaysia indah banyak pokok dan tumbuhan hijau. Di uae di pedalaman luar bandar pokok kurma tinggi 20 kaki. Itu saja tumbuhan yang ada. Yang ada bukit warna kelabu dan coklat. Tiada tumbuhan lain berbanding mslaysia pokok cecah 40 kaki tinggi.
Pemandu teksi asal bangladesh jawab sedih tengok keliling kota tak indah seperti malaysia.
Mat Salih Germany tu nampaknya sependapat dengan aku. Sangat2 setuju!!!!👍
Saya pun harap kita semua lebih cakna
Halah2 kita ambil stu pengajaran utk kita lebih jadi negara y terbaik ..bkn x terima trus apa2 komen org mungkin dia lihat tu lebih dl depan mata dia bkn depan mata kita so jaga elok hutan2 kesayangan kita👍💕
👍✌️
Aku setuju bro... kadang kita tak hargai apa yg kita ada hingga suatu masa nanti kita kehilangannya baru kita sedar... :(
Betul ...jaga apa yg ada
👍👍👍
Betul pandangan Mat Saleh tu, org putih x heran dgn negara maju, bangunan tinggi smpi ke awan tpi diorng dtg sni nk tgok benda yg nature, asli seperti hutan, rmh² tradisional, budaya, mknan, cara hidup kita dll.
Betul setuju sangat.. Perkongsian yg sangat menarik. Dapat buka mata kita semua.. Hebat u bro and mat salleh jerman tu...
Setuju komen Mat Saleh tu. Diharap setiap kerajaan negeri dinegara kita akan menghadkan pembangunan yg akan melenyapkan hutan atau tumbuhan.
Betul sgt2 bila sgla hutan blntara kita jga seeloknya ia mmmg psti jdi tarikan pelancong krna pmndngan indah alam smuljdi spjg prjlnan mmbuat mata tdk brkedip malah ingin mlihat & mlihat lgi apalgi strusnya krna alam ciptaan tuhan ini sdh smstinya jdi terapi yg menenangkn lgi2 jika direnung dgn nilai keimanan akn kekuasaan Allah dialam smsta ini..spt dikatakn dlm kitab Al hikam bhwa Allah tahu ada diklngn hambanya yg tdk sabar mnyksikn wajah Allah swt maka dgn kasih syg Allah diprlihatkn dhulu apa yg asli dr ciptaannya didunia ini yg jelas trpampang didepan mta kita
Setuju dgn mamat german tu. Malaysia ni penduduk tk ramai pun, tp bina bangunan tinggi tak ingat dunia, buat shopping complex besar besaran, tp kesudahan kosong.
Memang betul pun mat saleh tu cakap...
👍👍👍
Sangat benar spt yang diperkatakan itu.. Alam Semula Jadi kena jaga. Itu warisan nenek moyang kita. HUTAN batu biar lah Di negara maju sahaja.
Ambil contoh negara macam New Zealand,Norway,Sweden, Finland, Denmark, Switzerland, Iceland,Bahamas.Negara2 ni maju sebab kualiti hidup,kes jenayah sedikit , kadar kemiskinan rendah , infrastruktur yang mencukupi dan banyak aspek lagi tapi bukanlah sebab bangunan tinggi tinggi.Kebersihan negara kita perlu dipertingkatkan lagi,alam sekitar perlu dipelihara.Infrastruktur biar bagi lengkap terutamanya di Sabah Sarawak Kelantan.Pasal pembangunan tu,binalah jika perlu dan janganlah pula bina semata-mata untuk menunjukje.Dan juga hutan kita sekurang-kurangnya 50% ke atas.Ambil contoh negara Jepun,Sweden.Saya ni cuma nak bagi cadangan je.Kalau tak setuju, bagi lah sebab☺️
Nk tengok permandangan yg menarik. Sila lalui jalan lojing menuju ke cameron higland. Perh.. menusuk jiwa..😁
Wahhh... google pun dah rare... lojing ni kene 4x4 je ker?
@@HalifSaat jln berkembar. Tapi naik turun bukit.. bnyak hutan simpan
Dapatkah kita memelihara hutan dan alam semulajadi kita dgn kehausan dan kerakusan pembangunan...aku melihat bukit yg indah di tarah...hutan di jajah..hingga hidupan keluar krn tiada lg yg tinggal.. habitat di gangu gugat...aku merenung apa akan jd akan dtg.....sedih...kita rakus mengejar kemajuan...kita masih x sedar keistimewaan yg kita ada smpi ada org luar yg menyedarkan kita...
Bagi saya, itu pandangan pukul rata. Tak semua tempat di Malaysia itu kejar pembangunan. Kalau Lembah Kelang memanglah nampak kejar pembangunan. Itu yang sampai kalut bila Indonesia buat moratorium untuk hantar TKI ke Malaysia. That German Backpacker is entitled to his opinion. Tapi kalau sayalah berhadapan dengan orang seperti ini, saya akan argue balik mana-mana yang boleh. Tak kata kita ni tak boleh terima pendapat tapi ada baiknya kita jadi defensive jugak at some points. Terutamanya kalau pendapat yang negatif.
Bangkai gajah nak sorok mana lagi tuan. Orang masuk rumah kita dan tengok dengan mata kepala sendiri. Kita semua setuju pembangunan itu penting. Selesai satu part... Tapi macam mana pembangunan itu di buat/dijalankan menjadi pertikaian. Dengan Korupsi, pembalakan haram yang memusnahkan eko sistem alam dengan pencemaran sungai, pembuangan sampah di tepi pantai dan banyak lagi kemusnahan alam yang lain. ini semua perlukan satu lagi pembangunan yang di panggil 'pembangunan mentaliti' bukan setakat pembangunan fizikal di lembah klang yang tuan nampak itu saja.
Apa yang nak kita nak defensif lagi. Akui dan betulkan. Bukan ego dan nafikan.
@@HalifSaat Takkan nak terima bulat-bulat, Orang komen negatif pasal negara kita, kita pun jadi pak angguk sahaja. Bukan nak kata ego atau tak boleh nak terima hakikat tapi negara mereka pun bukannya baik sangat. Maju pun sebab mentekedarah hasil bumi Afrika. Pasal bangkai gajah, itu hal dalaman kita. Senang cerita lah, kerosakan alam di Tanah Melayu aka Malaya yang dia nampak. Yelah kan, sumber tak berkat, hasil pun jadi bom jangkamasa.
@@ibrahimalli2474 Benda dah betul. Kita dah tahu dan orang pun dah terang2 nampak dah bangkai gajah. Nak nafi lagi buat apa. Malu? Benda betul kita akui dan betulkan. Tak perlu malu pun.
"negara mereka pun bukannya baik sangat".rasanya inilah statement paling pukul rata. Orang sembang kopi berbual sama backpack. Dah tentu Pendapatan pun individu. Terus bantai negara orang tak baik sangat.. ermm
Ada ramai dekat dunia ni yang rakyat mereka sendiri tak setuju apa yang negara mereka lakukan.
Masalah orang kita ramai malu nak akui. Masih nak tegakan benang basah. Kalau boleh simpan nak simpan . Itu sebab sampai hari ni perompak negara masih bebas berpolitik dan berparti. Rasuah susah nak banteras. Sebab tak nak akui. Nak nafi. nak simpan lagi.. ermm letey laaa kalau masih ada mindset macam ni
@@HalifSaat You are content creator, harga diri letak tepi yang penting dapat view. Understandable.
@@ibrahimalli2474 lepas sendiri bagi statement pukul rata, kata negara orang tak baik dan tidak mahu akui kelemahan dalam negara sendiri depan mata. Akhirnya jalan paling mudah adalah judge harga diri orang yang tak pernah kita jumpa walau sekali. 😆
Terima kasih & Tahniah!
Aku setuju bang apa kata pelancong asing tu cakap..yg penting ekonomi stabil,rakyat hidup bahagia..kmudahan bagus,Alam ciptaan Allah harus dnikmati,dsyukuri..manusia suka mbuat kerosakn di muka bumi..tidak cukup ka nikmat Allah berikn?
Maksudnya makim berkembang satu2 tempat .maka ingat..ada org lain yg dpt peluang bukan org tempatan..itv maksud tesiratnya...
Betul tu.Kita orang tempatan tengok aje. Orang lain yang dapat untungnya.
dapatkan...? Awesome bruhh..
@@ishakismail1084 yeaahh...!
Setuju 👍
Steady bruuhhh...
Fahaman mt slh tu sempit sikit. Klu kat hutan tu ada kerja kosong utk smua rakyat mlysia bolehla x kejar pbngunan.
Bukan kata mat Salleh tu saja..aku sendiri pon dah lama berfikiran mcm tu..buat apa Klau membangun dgn bandar2 besar dan kita tidak kuasai ekonomi..puas hati bila aku jalan di kwsn pendalaman dan kampung biar tak maju pon tak apa..rasa puas
Lepak hutan. Jalan kat kampung. Fuh lain maciamm kan dia punya feel. Ada pulak sungai.... pergh.. fuh .. semua bunyi keluar lah.. hahahha 😅
Terbaik passsss banget.
Setuju. Aku rsa view malaysia ni cantik kalo sambil travel. Kalo di thailand pun x mcm malaysia. Sbb aku pernah travel satu thailand