Inilah Bentuk KEMERDEKAAN Dalam BELAJAR Di Sekolah Malaysia 🇲🇾

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 гру 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    Video Source : • PENGGUNAAN IFP VIEWBOA...
    Belongs to our inspiring teacher ‪@CIKGURUTH‬
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #PendidikanMalaysia

КОМЕНТАРІ • 340

  • @iamaku60
    @iamaku60 Рік тому +81

    Nenek moyang kita berjuang menuntut kemerdekaan... kini zaman cucu cicitnya pula berjuang mengisi dan memaknakan sebuah kemerdekaan... moga terus maju jaya 🇲🇾 .. selamat hari merdeks

    • @mimitiara
      @mimitiara Рік тому +14

      Setuju sangat. Penat lelah Datuk Nenek moyang kita berjuang mati-matian untuk kemerdekaan, supaya generasi muda nya maju dan senang di masa hadapan nya. Al'Fatihah pada generasi lama kita yang sudah pergi.

  • @MrSafri71
    @MrSafri71 Рік тому +173

    bukan untuk anak² dan guru sahaja Sir Sastra and sir Aziz.. dgn e-Learning.. ibu ayah juga boleh melihat prestasi pembelajaran anak² mereka hanya melalui website khas parents..bayangkan anak² tak dapat menyembunyikan prestasi mereka didalam kelas lagi..😅

    • @zunaisu5499
      @zunaisu5499 Рік тому +19

      Betul 😅

    • @pronix7697
      @pronix7697 Рік тому +23

      Semoga sya pn dpt tgk prestasi cucu sya bila dia naik skolah rendah menengah nnti..skrg tadika lgi.,siaplh kau dik..wan skodeng keje skolah adik nnti...hehe..x sabar

  • @anjangsadangitam2184
    @anjangsadangitam2184 Рік тому +60

    Kerajaan Malaysia telah memberi peruntukkan yang besar kepada Pendidikan dan Kesihatan.

  • @osmankarim224
    @osmankarim224 Рік тому +49

    Cikgu, di sekolah saya mengajar, setiap kelas mempunyai TV dan kemudahan internet untuk sesi pembelajaran. Dan yang menariknya, sekolah saya ini ialah sekolah di pedalaman. Sekolah kampung.

  • @hafifahjoharhafifahjohar7734
    @hafifahjoharhafifahjohar7734 Рік тому +115

    Kerajaan Malaysia menyediakan screen paparan yang cikgu guna begitu juga kerajaan malaysia sediakan laptop buat pelajar.Semasa covid29 thn 2020 kerajaan malaysia berikan handphone kepada rakyat malaysia dimana masih ada anak anak yang masih belajar sekolah rendah, menengah sehingga universiti.Kerajaan malaysia utamakan Pendidikan serta Kesihatan cikgu sastra.

  • @kakn1918
    @kakn1918 Рік тому +13

    Sebutan dan panggilan yang betul di Malaysia:
    Sekolah rendah - murid2
    Sekolah menengah - pelajar2
    Universiti - mahasiswa/siswa

  • @idontknow9051
    @idontknow9051 Рік тому +10

    Bila pendidikan diutamakan terhasil lah mcam divideo sebab itu kerajaan bekal kan tab free kepada pelajar... untuk utamakan mutu pendidikan yg lebih bagus dlam negara

  • @jamiljamil6342
    @jamiljamil6342 Рік тому +74

    malaysia sudah merdeka 66 tahun.tetapi kemajuan melangkaui dari waktu 66 tahun.. ini la malaysia..rakyat adalah ( kerajaan ) .menteri menteri berkerja untuk rakyat.

    • @ayeipcvu3921
      @ayeipcvu3921 Рік тому +10

      Semenanjung tanah Melayu@Malaya Merdeka pada 31/8/1957(66tahun)
      Sarawak Merdeka pada 22/7/1963(60 tahun)
      Sabah Merdeka pada 31/8/1963(60 tahun)
      Malaysia ditubuhkan pada 16/9/1963(60 tahun)
      **Hanya Malaya sambut Merdeka 66 tahun..Di Sarawak sambutan kemerdekaan di sambut pada 22 Julai setiap tahun...pada 31Ogos kami di Sarawak kurang merayakannya lainlah kalau di Sabah dan Malaya...sambutan kemerdekaan besar besaran sebab tarikh Merdeka wilayah Malaya dan wilayah Sabah Sama tanggal 31 ogos cuma beza tahun saja..
      **Umur negara Malaysia baru 60 tahun bukan 66 tahun...sebab negara bernama Malaysia ujud/ada selapas Malaya, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak mencapai kemerdekaan masing masing pada tarikh yang tercatit....31ogos kurang sambutan di wilayah Sarawak..16 September baru meriah sambut Hari Malaysia.

    • @Ruriko.Y
      @Ruriko.Y Рік тому +11

      bukan semua menteri 😅tapi memang betul. dari segi penggunaan teknologi, Malaysia lebih maju dari sesetengah negara maju. di Malaysia hampir semua benda dah digital & urusan boleh setel secara online. di Jepun majoriti rekod masih pakai kertas, mesin fax masih digunakan. kat Malaysia mesin fax dah tak wujud agaknya. di Jerman nak tukar password email pun kena apply & hantar email lain dulu.

    • @a_min60
      @a_min60 Рік тому +9

      ​@@ayeipcvu3921, saudara awang, kalau masa kita boleh samakan demi perpaduan negara, mengapa kita tidak boleh samakan tarikh sambutan merdeka sebagai 31 Ogos? orang2 indonesia dan seluruh dunia tertawakan sarawak kerana tidak mahu bersama merayakan 31 Ogos sebagai hari kebangsaan negara!!

    • @paridahispara7741
      @paridahispara7741 Рік тому +15

      @@a_min60 setuju sangat,akak sendiri anak jati borneo sabah sangat teruja sama"sambut merdeka kerna tanpa🇲🇾kita sabah sarawak tidak akan sampai ketahap sekarang walaupun ada sedikit kekurangan,komen encik awang hanya akan mengundang komen yang tak baik dari netizen🇮🇩ini lah poin komen mereka suka,hati"guna lah perkataan yang baik"untuk tatapan para netizen🇲🇾🇮🇩🙏🙏

    • @oppor7s959
      @oppor7s959 Рік тому

      @@ayeipcvu3921 Sbb org mcm kamu inilah yg ketinggalan dlm kemajuan Malaysia.Oh ye,klau nama awang ni selalunya org Brunei...

  • @zainiabdmanap4982
    @zainiabdmanap4982 Рік тому +35

    Bersyukur murid² sekarang dpat belajar dgn peralatan canggih..zaman saya dlu nak beli buku latihan untuk menulis pun payah😢..slmt maju jaya kpada smua cikgu² dan smua murid²,truskan smangat💪mencurahkan dan mencari ilmu.

  • @hawaukau
    @hawaukau Рік тому +30

    Tahun 2003 pertama kali pembelajaran Matematik, Sains, Fizik, Kimia & Biologi dlm dwi bahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) bg pelajar sekolah rendah & menengah serentak di seluruh Malaysia serta penggunaan alat bantuan mengajar utk guru² pada waktu itu berupa set laptop, projektor, CD pengajaran mengikut mata pelajaran, layar putih boleh laras.
    Kemudian terus berkembang di zaman DS Najib Tun Razak, pemberian tablet serta laptop kpd pelajar² sekolah & universiti.
    Semoga di masa hadapan mungkin pembelajaran dgn menggunakan teknologi hologram pula. Mantap Malaysia ku. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-66 & Hari Malaysia ke-60 semua rakyat Malaysia. 🇲🇾❤️

  • @honeybee5293
    @honeybee5293 Рік тому +57

    Sekolah saya sudah ade smartboard ini bgi memudahkan pembelajaran muridd😊😊

  • @ammarahmed_
    @ammarahmed_ Рік тому +62

    Inilah hikmah terbesar dalam dunia pendidikan di Msia selepas pandemik Covid-19 melanda dunia. Kemahiran penggunaan teknologi guru dan murid secara umum semakin baik...

    • @fazimaibrahim7924
      @fazimaibrahim7924 Рік тому +3

      betul tuan,saya guru yg suka mengajar manual.namun asbab pendemik pihak ptadbiran mwajibkan kami mahir mggunakan IT..kami mgaplikasikan semua tknologi dlm pdidikan..terasa sgt 👍

  • @rubycoway2738
    @rubycoway2738 Рік тому +47

    Terima kasih Sastra...Sekolah ini tak jauh dr rumah sy di SERI MANJUNG,PERAK,MALAYSIA ..tetapi info tentg hebatnya sekolah ni melalui cannel cikgu sastra .Semoga cannel About Sastra bertambah maju n mantap saya doakan..aamiin

  • @Sarah-us7og
    @Sarah-us7og Рік тому +25

    Anak saya belajar di MRSM.. dan mmg wajib menggunakan fhon pintar untuk segala sistemnya dan juga pembelajarannya... Syukur Alhamdullilah... Terimakasih Ya Allah SWT.. Semoga ngra saudaraku Indonesia pun begitu ye... Aamiin🤲🤲❤

  • @hafifififi7044
    @hafifififi7044 Рік тому +12

    Di Malaysia kalau bab pelajaran MMG menteri sllu up to det...dgn sokongan ibu bapa pembelajaran budak2 semakin meningkat..

  • @faizalyaakob1483
    @faizalyaakob1483 Рік тому +22

    Semua teknologi wujud untuk memudahkan manusia juga bermata dua. Kalau disalahguna pasti akan memakan diri. Maka gunalah sebaik2nya. Satu kupasan yg menarik tentang nilai kemerdekaan..

  • @zamaruladha857
    @zamaruladha857 Рік тому +14

    Alhamdulillah anak saya 10 tahun pun dah agak mahir dalam mengunakan komputer, Microsoft PowerPoint, excel,word makin mantap.. 👍🏻

  • @hawazakaria4
    @hawazakaria4 Рік тому +56

    Subhanallah Alhamdulillah. Semoga semua sekolah di Malaysia memperoleh kemudahan ini. Bukan hanya sekolah tertentu shj😅
    Semoga system pendidikan Malaysia & Indonesia makin maju kehadapan. Amin2 Ya Allah..

  • @mohamadisa1886
    @mohamadisa1886 Рік тому +36

    Syukur kpd anak2 yg berpeluang dgn teknologi kini dlm dunia pembelajaran.
    Semoga menerusinya akan lebih mengenali keilmuan Allah yg Maha berilmu

  • @sara-eb2vs
    @sara-eb2vs Рік тому +23

    Dahulu guru2 Indonesia telah dikirimkan ke Malaysia untuk membimbing anak bangsa agar lebih berpendidikan. Kini atas kejayaan Malaysia dlm bidang pendidikan tidak salah Malaysia membantu Indonesia agar kedua negara beroleh kejayaan bersama untuk masa depan rakyat yg lebih bijak dan berpengetahuan. Apa yg penting jangan iri sesama kita.

  • @ermar-shad8500
    @ermar-shad8500 Рік тому +34

    Alhamdulillah..bersyukur menjadi anak malaysia..anak saya dapat laptop dari darjah 3 ke darjah 6 percuma di pinjamkan oleh kerajaan..anak2 buah saya yang cemerlang dalam peperiksaan dihadiahkan laptop 1malaysia ketika zaman najib tun razak..malaysia mementingkan pendidikan anak bangsa kerana hanya ilmu akan memajukan sesebuah negara..bukan kekuatan tenteranya..kalau kekuatan alat tentera kuat tapi tidak ada ilmu pun tidak berguna..akal kena pintar dan cergas, otak perlu berilmu baru negara kuat dan maju..

    • @norleezahamzah683
      @norleezahamzah683 Рік тому +1

      Contoh terdekat ialah macam Korea utara dan Korea selatan...yg maju mendunia sekarang Korea selatan kan..oppa

  • @Ruriko.Y
    @Ruriko.Y Рік тому +27

    saya ada beberapa orang kawan yang bekerja sebagai cikgu. zaman covid dulu waktu PKP etc, mereka mengajar, beri homework, buat quiz etc melalui whatsapp. saya ternganga kagum bila dengar kawan saya cerita proses itu. it was our darkest times and they had to be creative to make sure the kids still get their education.

  • @muliatimukri4182
    @muliatimukri4182 Рік тому +27

    Kemerdekaan pendidikan dihujung jari..kena sentiada kreatif utk adoptasi teknoloji yg maju berkembang bagi kemudahan ramai..Happy Merdeka Day Malaysia.

  • @matzininaham5371
    @matzininaham5371 Рік тому +11

    🇲🇾 MALAYSIA BOLEH
    🇲🇨 INDONESIA BISA

  • @rakawi7818
    @rakawi7818 Рік тому +30

    Ini adalah sebilangan kecil sekolah² rintis (pioneer schools) dalam mengaplikasikan pembelajaran menggunakan digital board, prospek yang sangat mengujakan fraterniti pendidikan negara.

  • @Aquanout28
    @Aquanout28 Рік тому +3

    Pelajar adalah modal insan. Generasi berilmu sgt penting utk masa hadapan malaysia. Gaji guru tinggi utk menarik minat bijak pandai memilih kerjaya guru. Guru mesti terdiri dari org yg bijak dan pandai, utk melahirkan anak murid yg bijak dan pandai juga.

  • @KacakPejuangKucing
    @KacakPejuangKucing Рік тому +15

    Sekolah saya pun ada smartboard ni..senang Dan menarik😎

  • @mdrozai684
    @mdrozai684 Рік тому +16

    Human Capital..Modal Insan..keutamaan Bajet Pendidikan Negara Malaysia..

  • @ozsdierusdi6071
    @ozsdierusdi6071 Рік тому +7

    Alhamdulilah bangga jadi rakyaat Malaysia semoga bermanfaat utk anak2 Kita insyaallah... Malaysia Boleh

  • @7Luffy_
    @7Luffy_ Рік тому +19

    The government has also distributed tablets to university students in Malaysia for use in learning and education.

  • @wafee2001
    @wafee2001 Рік тому +7

    Saya perhati dlm sumber web ketenteraan, investasi dlm bidang pertahanan lebih diutamakan drp investasi dlm bidang pendidikan. Keutamaan ini yg harus diubah demi generasi yg lebih dinamis dan berjaya agar kita sama2 terus seiring ke hadapan.

  • @saeffareez3337
    @saeffareez3337 Рік тому +30

    Hopefully Indonesian Education Ministry will look into this matter seriously for the future and benefits of so call, "Anak Bangsa Indonesia"..!!!
    Malaysia 🇲🇾 n 🇮🇩 Indonesia Maju Bersama as a Satu Rumpun🙏💖💜

  • @tengkufazlinatengkumustaph8649
    @tengkufazlinatengkumustaph8649 Рік тому +10

    Murid alaf baru jadi lebih berminat dengan subjek mathematik melalui applikasi ini. MashaAllah!

  • @baharudinrahmad2873
    @baharudinrahmad2873 Рік тому +15

    Alhamdulilah satu teknologi baru yg diadokasi diantara guru dan murid. Jangan dicemburukan akan kelebihan yg ada. Ambil pembelajaran nya demi memajukan anak anak netizen Indonesia semoga seiring kejayaannya. Berikan gambaran ini pada kementerian pendidikan Indonesia supaya mempertimbang teknologi ini demi mempertingkatkan pembelajaran di Indonesia.

  • @roselynna9736
    @roselynna9736 Рік тому +3

    Malaysia sedang mempersiapkan generasi muda berdaya saing menuju Dunia berteknologi tinggi

  • @robaiyahpkh
    @robaiyahpkh Рік тому +1

    Salam pada cikgu berdua datang lah lagi malysia buat conten sekolah2 dimalaysia

  • @GhostBirdy4565
    @GhostBirdy4565 Рік тому +3

    FYI Belanjawan@budget tahunan Malaysia paling tinggi adalah kementerian pendidikan & kementerian kesihatan... Bila rakyat sihat & cerdas maka pembelajaran yg didapatkan lebih optimum.

  • @izaniismail540
    @izaniismail540 Рік тому +6

    Beruntung dan bertuah nya anak-anak Malaysia..

  • @X_101
    @X_101 Рік тому +26

    SELAMAT MENGYAMBUT KEBANGSAAN KEMERDEKAAN KE 66 MALAYSIA👋👋MERDEKA🖐 ,,RAKYAT ALAM MELAYU BERBILANG BANGSA BERBAJU MELAYU DN BERBATIK ,,SEGAK DN MANIS GITUU,,VERSI 80AN-90AN DI PUTRA JAYA😘LOV U ALL MSIA 31/8..SELURUH RAKYAT SABAH SARAWAK MALAYSIA MERDEKA🎉🎉🎊SYUKUR ALAHAMDULLILAH..

  • @mimitiara
    @mimitiara Рік тому +22

    Alhamdulillah Malaysia. Terus maju. Semoga Indonesia jugak dapat peluang untuk anak2 sekolah nya. InshAllah. Kita maju bersama ya!!!

  • @MsKakYang
    @MsKakYang Рік тому +118

    Time aku belajar dulu, semua nie xwujud lg... Jeles giler aku... 😭

    • @zainiabdmanap4982
      @zainiabdmanap4982 Рік тому +22

      Tulatuuu😢..brrtuah murid² skrg,zman sya dlu pkai papan hitam dgn tulis pkai kapur aje..berdesing² ngilu tlinga dn gigi bila papan hitam tu berlaga dgn kapur masa ckgu mnulis😅😅

    • @auderyyn
      @auderyyn Рік тому +12

      Putih muka dan kepalaku hanya kerana didenda cikgu memadam tulisan di papan hitam ,berwarna warni bajuku kerana ditepuk dengan pemadam papan hitam yang berwarna warni ,kerana tiada yang papan hitam yang dulu mungkin tiada papan 'papan easy touch and go' sekarang ni ,teruskanlah memajukan negara dengan berpendidikkan yang pintar dan cergas wahai kerejaanku di masa ini dan masa masa masa akan datang ,selamat menyambut hari hari merdeka malaysia ke 66(2023)🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🎉🎉🎉🎉🎉

    • @erniemin
      @erniemin Рік тому +9

      Zaman sekolah rendah sy sempat guna papan hitam n kapur..masa sekolah menengah tu baru lah tukar ke white board n marker…beruntung anak zmn skrg..dpt belajar seiring zmn teknologi serba canggih..jgn sia2kan kemajuan yg kita kecapi ye ..bersyukurlah dgn segala kemudahan yg ada ini❤

    • @azlynor1237
      @azlynor1237 Рік тому +14

      Sampai habis kapur yg kecik² cikgu baling kt aku sbb nk kejut dari tidur dlm kelas..hahahaha

    • @zainiabdmanap4982
      @zainiabdmanap4982 Рік тому +13

      @@azlynor1237 kalau tak kapur yg kecik² tu kena baling kompom pemadam pun terbang kan,tapi yg pemadam kain yg bulat tu la😂😂.

  • @mohdzaid4633
    @mohdzaid4633 Рік тому +10

    Berkongsi ilmu pada saudara kita di indonesia

  • @umikalsom8272
    @umikalsom8272 Рік тому +17

    Ya cikgu2 bertiga, nanti jika ada kelapangan bolehlah cikgu2 pergi berkunjung/membuat lawatan kesekolah2 yg telah terpilih (pioneer schools) dalam menggunakan "smart board" ini. Sila buat permohonan dahulu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (Nyatakan Negeri dan Sekolah mana yg akan dilawati). InsyaaAllah dipermudahkan urusan cikgu2 bertiga. 😊

    • @iedabari519
      @iedabari519 Рік тому +2

      Ye betul sastra...lawati aja sekolahny...lebih brkesan...minta izin dulu ya...

    • @rumieal-hadi7390
      @rumieal-hadi7390 Рік тому +3

      ya saya setuju... jangan malu, malaysia dulu pun belajar daripada Indonesia juga. bawa usul kepada ketua sekolah kamu, buat surat rasmi hantar kepada Kementerian Pendidkan Malaysia. Datang secara rasmi (lawatan kerja) dan lihat sendiri. Saya pasti guru-guru dan sekolah yang dipilih akan mengaturkan acara kunjungan kalian dengan baik dan berkongsi pelbagai idea.

  • @idawati8413
    @idawati8413 Рік тому +6

    Iya. Di sini juga anak2 atau ibubapa...Gajet Handphone juga dimanfaatkan, digunakan untuk menghadiri meeting secara online seperti apps Google Meet dan Zoom meet. Sama ada untuk online classes, attending any courses etc. Sudah menjadi kebiasaan selepas covid19.

  • @mohdsaifuyazanmohdali2017
    @mohdsaifuyazanmohdali2017 Рік тому +14

    Salam dari Malaysia...semoga Allah s.w.t melindungi & merahmati Mr.Azis & Mr sekeluarga didunia & diakhirat...bila mahu datang ke Malaysia,kami sentiasa menunggu kedatangan kalian..

  • @suriaosman7339
    @suriaosman7339 9 місяців тому +1

    Malaysia sgt bertuah😢😢😢😢

  • @the_last_mohican
    @the_last_mohican Рік тому +8

    Suka dengan kata mr..kemerdekaan pendidikan❤

    • @erniemin
      @erniemin Рік тому +3

      Kan..lain cara penyampaian dn penerimaan kalau orang2 yg berilmu dn berfikiran positif..diorg selalu bagi pndapat yg bagus dlm setiap topik2 yg dibincangkan..semoga lebih ramai yg boleh memerdekakan pemikiran spt mana dua org cikgu ni❤terbaik mr sastra n friends

  • @aurafumemalaysia6790
    @aurafumemalaysia6790 Рік тому +8

    Benar gajet adalah sesuatu yang membantu... Dan menggunakannya dalam pendidikan adalah sesuatu yang sangat mrmbantu. Ini juga bermakna guru yang bakal mengajar perlu sangat-sangat bersedia untuk menerima persoalan yang kadangkala diluar jangkauan pemikiran normal untuk anak-anak seusia. Bermakna guru juga perlu bersedia mental dan fizikal untuk menjawab soalan secara bijak pada aras pemikiran yang tinggi dan kreeatif. Itulah cabaran terbesar seorang guru di Malaysia - menyesuaikan penyampaian yang benar dengan cara yang sesuai untuk usia sasaran.

  • @salmahyusof5315
    @salmahyusof5315 Рік тому +7

    Alhamdulillah..jangan iri..in Shaa Allah satu hari nanti Indonesia pun boleh maju ..yg penting anak bangsa tidak malas belajar, walaupun tinggal di pendalaman.. salam dari negeri sembilan Malaysia 🇲🇾

  • @JerryZaini-ww7ty
    @JerryZaini-ww7ty Рік тому +1

    Mencontohi yg baik itu harus, bukan saja 🇮🇩 kalau perlu dunia cikgu, demi masa depan dunia kita bersama.❤🇮🇩🇲🇾

  • @adingading3292
    @adingading3292 Рік тому +6

    Alhamdulillah semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki semua di mana pun kalian berada.salam kemerdakaan ke 66 tahun Malaysia Boleh.

  • @MIFTAH-MAULANA-e
    @MIFTAH-MAULANA-e Рік тому +3

    Di Malaysia pendidikan adalah perkara paling penting dan terdapat akta ibubapa yang sengaja tidak menghantar anak bersekolah akan didenda tidak melebihi Rm 30,000 a atau penjara tidak melebihi 20 tahun.Pendidikan di Malaysia diangkat menjadi perkara paling utama dalam bajet kewangan negara

  • @mrputera895
    @mrputera895 Рік тому +4

    Semasa cuti persekolahan jgk guru2 msh gunakan video conference utk mengajar.. hal2 pembelajaran diantar melalui wasap n parents pun blh semak dlm aplikasi utk melihat krja ank2

  • @zinambia6907
    @zinambia6907 Рік тому +32

    Ya malaysia dan indonesia terus membangun.

  • @olafpurple5950
    @olafpurple5950 Рік тому +9

    Assalamualaikum selamat pagi cikgu berdua, sekolah Seri bayu nie tak jauh dari rumah saya, tapi anak saya tak dapat masuk sini , ini salah satu sekolah berprestij tinggi atau sekolah wawasan....bagus sekolah nie. Tapi sekolah2 di Seri manjung byk sekolah yg bagus2.

  • @ciksuee
    @ciksuee Рік тому +13

    tiada yang mustahil... saya sebagai parent paling berharap buku teks dapat ditangani kerana masih perlu digunakan dan perlu dibawa ke sekolah..syabas kepada pihak kementerian dan sekolah yang begitu aktif dalam mengejar kemajuan..

  • @ashravicmehmet6055
    @ashravicmehmet6055 Рік тому +7

    Bukan semua sekolah di Malaysia Ada alat bantuan mengajar seperti itu. Kerajaan Malaysia belum mampu menyediakannya di semua sekolah. Semoga Indonesia tidak ketinggalan terlalu lama kerana Indonesia juga bukan negara yg miskin.

  • @fj8220
    @fj8220 Рік тому +3

    pembelajaran tingkat tinggi amat diperlukan bagi menjamin kualiti hidup yg lebih baik sesebush negara di samping jaringan kesihatan yg lestari serta sihat bakal melahirkan generasi yg bijak pandai malah cerdas lagi hebat.

  • @zakiomar3073
    @zakiomar3073 Рік тому +8

    Kurangkan perbelanjaan pertahanan dan utamakan perbelanjaan pendidikan. Pasti Indonesia akan turut maju

  • @suriyatimdsabry9218
    @suriyatimdsabry9218 Рік тому +4

    Ada juga Majikan@company membantu staff yg kurang berkemampuan utk dihadiahkan kepada anak2 yang memerlukan laptop utk pembelajaran di sekolah...😊

  • @askarsepoi
    @askarsepoi Рік тому +5

    Sebaiknya kita jangan saling membanding. Tapi lebih baik saling belajar apa kelebihan setiap negara. Apa juga yang sesuai dan bagus, kita contohi. Tidak kira, afrika, eropah, amerika, asia atau dari mana pun....

  • @roynelbobby1757
    @roynelbobby1757 Рік тому +2

    Pihak Kementerian Pelajaran Kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Laptop 1MALAYSIA . Suda lebih 10 tahun yg lalu . Dalam program ini , 90% dari pelajar Warga Malaysia menerima laptop secara percuma dari kerajaan . Dalam 10% lagi tidak menerima ole kerna mungkin pendapatan ibu bapa mereka mampu untuk membelikan anak2 mereka laptop . Hal ini sangat memudahkan para pelajar dlm menjalankn segala hal dalam pembelajaran d sekolah mahupun d rumah . Terdapat banyak duit tambahan berbentuk biasiswa yg diberikan secara percuma kepada pelajar secara perBulan atau Pertahun . Sangat bangga jadi warga Malaysia . Sebagai warga Malaysia , kami sangat berharap agar saudara2 dari INDONESIA boleh merasakan benda yg sama yg diberikan ole kerajaan INDONESIA untuk anak2 penerus bangsa negara❤❤❤❤

  • @kakn1918
    @kakn1918 Рік тому +7

    Seiring dengan perkembangan zaman. Pengajaran dan Pembelajaran semakin canggih. Kebanyakkan sekolah2 bandar telah menerima kemudahan teknologi tersebut dan sekolah2 luar bandar sedang di naik taraf.

  • @uminadrah3021
    @uminadrah3021 Рік тому +9

    Sekolah anak saya ada... tapi tak ada dalam semua bilik darjah... hanya ada dalam bilik digital... murid2 yang nk belajar kena masuk bilik tersebut

  • @AliMikey
    @AliMikey Рік тому +14

    Selamat menyabut hari Kebangsaan🇲🇾🇲🇾 ke 66, Merdeka. Terima kasih cikgu sastra dan kawan sbb selalu react kebaikan pasal Malaysia. Semoga system pendidikan kat Indonesia jgk semakin berjaya masa hadapan🇲🇾❤️🇮🇩

  • @saifulmusa6984
    @saifulmusa6984 Рік тому +11

    Moga cikgu bisa datangke malaysia buat lawatan sambil belajar ke kpm di putrajaya

  • @Amcm89
    @Amcm89 3 місяці тому +1

    Kami Malaysia punya sedikit kelebihan dlm teknologi komodenan,kemudahan fasiliti yg baik. Tp indonesia pnya kelebihan pnya jiwa2 bersih seperti kalian. Alangkah baik andai ada gabungn teknologi+jiwa bersih guru2 seperti kalian

  • @sitinursakinah2825
    @sitinursakinah2825 Рік тому +3

    Maksud kemerdekaan bkn hanya dri merdekanya sesebuah negara tetapi merdeka dri pelbagai aspek seperti pendidikan,kesihatan,ekonomi,kesejahteraan rakyat,pembangunan,ketenteraan etc.Malaysia sdh merdeka dri beberapa aspek malah harus mengupgrade aspek² tersebut agar dpt memanfaatkan kepada generasi² muda seterusnya

  • @zaitonmohdtahir6451
    @zaitonmohdtahir6451 Рік тому +7

    Semasa belajar methodoly of teaching ada subject... Technologi pendidikan.... teknologi ini merubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut kemodenan... Para pendidik sentiasa diberi pendedahan kpd technologi yg terbaharu, bersesuaian dgn dgn zaman... Bagi menambah aspirasi dlm pengajaran dan pembelajaran, hubungan 2 hala guru dan murid❤❤

  • @chenkim9953
    @chenkim9953 Рік тому +6

    Disini i pad juga diberi pinjam oleh pihak sekolah pada murid2 yang terpilih,untuk kemudahan pembelajaran sahaja.

  • @jalalkhaizi4197
    @jalalkhaizi4197 Рік тому +23

    Bravo ..🇲🇾 Semoga Republic Indonesia pun boleh Maju...💪🇲🇾🤝🇮🇩

  • @timungcina
    @timungcina Рік тому +4

    dikantor swasta dan kerajaan juga banyak sudah guna smart board seperti ni dan tidak lagi menggunakan projektor... ini bermula sejak wabak covid kerana banyak mesy online...

  • @awiezandrija587
    @awiezandrija587 Рік тому +10

    Hadir nyimak cikgu.happy always.❤❤❤

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Рік тому +3

      Selamat pagi Abang Awie 😍😍🙏🙏

    • @abdulrazali
      @abdulrazali Рік тому +1

      🎉 Malaysia Madani Merdeka 66 tahun🎉

  • @nidabadar9411
    @nidabadar9411 Рік тому +2

    Kelas saya ada LCD jer..xde smart whiteboard. Alhamdulillah sgt membantu. Nikmat apa lg yg kau dustakan.

  • @muhamadkhairulazuatbinhami5994

    Insyaallah semoga Indonesia dan Malaysia sama-sama maju kedepan didalam pendidikan demi menaik taraf pemikiran demi negara maju

  • @mohamadhafiz1858
    @mohamadhafiz1858 Рік тому +2

    Salam dan selamat pagi cikgu semua ... Dulu zaman sy sekolah xde gadget canggih cam ni dulu tulis kt black board guna kapur habis seluar berdebu skg pakai ujung jari jer advance giler... Btw selamat menyambut hari kebangsaan 🇲🇾❤🇮🇩

  • @fairusabdrahman749
    @fairusabdrahman749 Рік тому +2

    Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pelajar. Insyaallah.
    Aamiin 🤲🇲🇾

  • @blackknightshark7732
    @blackknightshark7732 Рік тому +2

    Alhamdulillah..pendekatan yg sgt efisien sesuai dgn perkembangan teknologi di bidang pendidikan.

  • @vivo9220
    @vivo9220 Рік тому +3

    Sàlam cikgu sastra n azis Selamat tghhari 🤗🤗🤗 Salam kemerdekaan malaysia dan indonesia 👍👍👍 pelaburan pelajaran akan membuah Kan hasil d kemudian Hari utk rakyat suma😁😁😁

  • @nurfaradilazulkefle8803
    @nurfaradilazulkefle8803 Рік тому +13

    Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu azis dan cikgu sastra☺️. semoga sihat selalu 🎉

  • @samsuddinmeorahmad5483
    @samsuddinmeorahmad5483 Рік тому +3

    pemerintah msia meletakkan pendidikan sebagai priority dalam belanjawan negara hampir 60% daripada annual budget negara digunakan untuk pendidikan.

  • @mohdfazli5259
    @mohdfazli5259 Рік тому +2

    Betul Itu Cikgu Teknologi Bukan Sejenis Kerosakan Tetapi Pemikiran Yg Sepatutnya Dididik Dan Dicipta Ubah Sebaik Yg Termampu Yg Terbaik 😆

  • @fahrurradzizaini
    @fahrurradzizaini Рік тому +1

    Terima kasih abaut sastera mempromosikan Malaysia..
    Anda memang terbaik

  • @noorazmanbabybuyongishak2284
    @noorazmanbabybuyongishak2284 Рік тому +5

    Salam cikgu., 2 jejaka bijak yg berhati bersih & yg punyai pemikiran berwawasan.. Semoga diberkati & dlm lindungan Nya senantiasa.. Kedua duanya pakai T-shirt hijau? Mcm mau lapor kerahan tentera je!? 😝🤣🤣

  • @julbeecosmas9127
    @julbeecosmas9127 Рік тому +13

    Tqvm Cikgux2 for reacting to this video 👍🏻 comment 8:33 - 8:40 dari Cigku Sastra and 9:20 - 10:00 dari Cigku Aziz is so true & on point.👍🏻 Bukan hp or laptop dijadikan org tu sebagai keyboard warrior. Support you guys from Msia ❤️🇲🇾

  • @nouraaziz8370
    @nouraaziz8370 Рік тому +4

    Terima kasih Sastra, Mr Ajis & Miss Tika.. kamu betul2 mewarnai hari saya. Hari-hari lps balik kerja I & hubby akan sama2 buka youtube sbb nak tau apa lg your latest reaction, content apa lg akan dikongsi… mmg x menghampakan.. harap dpt jmp you all semua if uolls dtg ke Msia nanti . Teruskan content2 yg bagus & menarik! 👌🏻love uolls 🌸

  • @nizamgtrnizamgtr
    @nizamgtrnizamgtr Рік тому +3

    Indonesia juga bisa punya teknologi seperti itu tapi syaratnya harus meningkatkan lagi kelajuan internetnya. Jika tidak sia2 aja..

  • @Amcm89
    @Amcm89 3 місяці тому +1

    Pggunaan gadjet di sekolah buat pelajar xguna fon di umah. Pelajar akan cari hal2,mainan2 lain selain gadjet. Mewujudkn minat dlm klgn pelajar utk bersosial berbanding dusuk di umah bersama fon. Itu satu kejayaan utama,mncapai objektif+menerapkn mnunjukkn sisi positif gadjet berbnding sisi buruk.

  • @syednabil8593
    @syednabil8593 Рік тому +2

    diMalaysia pelajar tidak dibenarkan membawa hp kesekolah...Utk tujuan pembelajaran hp Dan laptop sekolah digunakan setelah selesai sesi pembelajaran hp dan laptop dipulangkan semula kepada guru..

  • @hawasamin
    @hawasamin Рік тому +7

    Alhamdulillah JB 🇲🇾. Hadir.

  • @arfidahali6829
    @arfidahali6829 Рік тому +2

    Salam merdeka Cikgu berdua. Acik suka dengar komentar kalian. Jujur. Dalam iri ada positif nya 😊. Semuga dimasa depan sistem pelajaran Indonesia juga akan lebih berkembang dgn baik. InsyaAllah 😊

  • @hazlinahakim5517
    @hazlinahakim5517 Рік тому +2

    Anak-anak yang telah bekerja juga menggunakan gadget sebagai mode untuk belajar bahasa asing sehingga mendapat sijil/akreditasi sebagai 'batu loncatan' anak-anak mendapat pengikhtirafan di alam pekerjaan mereka. Upgrade diri bermakna upgrade ilmu dan income mereka.

  • @iedabari519
    @iedabari519 Рік тому +3

    Jelas sekali pengunaan viewboard ini menambah semangat mengajar guru& belajar murid2..mnjadi lebih mudah..mereka lebih tertarik & tidak bosan utk belajar...pembelajaran mnjadi sesuatu yg sgt menyeronokkn...yg dpt mnyerlahkn & meningkatkn kreativity guru & murid..syabas !!& terimakasih kerajaan malaysia.🤓😁🤗

  • @anaksulung6187
    @anaksulung6187 Рік тому +3

    Menggunakan teknologi dalam P&P sudah puluh tahun dilakukan di sampng kaedah lapangan sering dilalukan supaya pembelajaran lebih berkesan..menggunakan pancaindera mata,telinga dan sentuhan..semakin lama semakin canggih..bertuah budak2 sekarang..

  • @rumieal-hadi7390
    @rumieal-hadi7390 Рік тому +1

    Malaysia telah meletakkan asas yang sangat baik bermula pasca merdeka di mana peruntukan perbelanjaan/kewangan di utamakan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan sehingga ke hari ini. Dua Kementerian ini sangat penting. Malaysia pada awal lagi tidak begitu meletakkan perbelanjaan tinggi kepada Kementerian Keselamatan. Kami melihat ada lagi yang jauh penting bagi menjaga kemerdekaan kami.
    Bukan soal keselamatan itu tidak penting, tetapi jika kami boleh berjimat dahulu, maka kami harus utamakan memberi kesihatan yang baik kepada warga kerana jika tidak sihat bagai mana nak jaga negara, nak majukan negara. Badan tak sihat bermakna minda warganya juga tidak sihat sama. Seiring dengan kesihatan, maka diutamakan juga soal pendidikan. Jika tiada pendididkan bagaimana nak jaga negara, nak majukan negara. Bila ada pendidikan maka tumbuhlah minda warga yang mampu mencipta peralatan keselamatan tanpa perlu terlalu bergantung kepada dunia luar. Lihatlah sekarang ini Kementerian Pertahanan juga telah melahirkan pakar-pakar dalam aeroangkasa, enegineering dan lain-lain.
    Jadi merdeka yang sebenarnya, bukan hanya soal perang... ini soal minda yang mampu dipacu seiring dengan negara2 di seluruh dunia. Ini soal ilmu yang akhirnya melahirkan anak bangsa yang mampu menjaga keselamatan dan memakmurkan negaranya. DUNIA HARI INI TIDAK SEMUANYA BERPERANG DENGAN SENJATA TETAPI PASTI SAJA BOLEH BERPERANG MELALUI TEKNOLOGI. Teknologi pula boleh memajukan negara jika diguna dengan cara yang elok tetapi boleh juga merosakkan negara dan warga jika tidak dimanfaatkan dengan cara yang baik.

  • @mohdfaizuddinismail4597
    @mohdfaizuddinismail4597 Рік тому +2

    Aku suka lihat cikgu Azis membahas. Penuh dengan idea dan lancar.. Mantap cikgu2 yg kerennnn..

  • @yusmayusof5830
    @yusmayusof5830 Рік тому +3

    Sekolah saya baru menerima laptop terbaru sebyk 40 buah... Selain laptop d computer yang sudah sedia ada..menjadiiikan murid2 lebih afektif menggunakan teknologi dengan tunjuk ajar guru.

  • @QuBahar72
    @QuBahar72 Рік тому +1

    Di tahun 80an sekolah di Malaysia sudah ada kelas komputer mr.Sastra..

  • @onethree7931
    @onethree7931 5 місяців тому

    saya sudah pasang interraktif tv ini di hampir kesemua sekolah serata malaysia dr produk sharp viewsonic and other custom brand. even office juga guna. size almost 75 to 85 inch, complete with own os and windows too... super smart tv and easy to use for presentation. bukan baru saaya sudah pasang semenjak umur saya 30 sampai skrng sudah 41 tahun. bermakna sudah lama penggunakan system ini. ini kelebihan negara yg mempunyai semikonduktor dan digunakan untuk kemudahan rakyat dan negara. alhamdullilah syukur.

  • @IbnAbdRahman-jkk
    @IbnAbdRahman-jkk Рік тому +2

    Keren betul. Zaman kita dulu lain, sekarang lain.