Masjid Razaleigh (Baru), Gua Musang, Kelantan | Masjidil Haram Mekah | Masjid Gua Musang (4k Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 вер 2024
  • Masjid Razaleigh (Baharu), Gua Musang, Kelantan
    Pada Mac 2012, YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah telah mengemukakan cadangan kepada ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah untuk membaik pulih masjid lama yang telah uzur dan sering dinaiki air saban tahun. Mereka kemudiannya bersetuju untuk membina masjid baharu di tapak balai polis lama yang terletak kira-kira 500 meter dari tapak asal.
    Bangunan Masjid Razaleigh yang baharu dibina kerana bangunan yang lama tidak lagi mampu menampung tambahan jemaah yang semakin meningkat saban tahun. Hal ini kerana pertambahan penduduk di bandar Gua Musang sejak awal 2000-an dengan wujudnya taman perumahan baru antaranya Bandar Utama, Taman Cindai dan banyak lagi perumahan lain di dalam mukim Bandar Baru.
    Sebelum terbinanya masjid yang yang baharu, para jemaah dari taman perumahan tersebut serta seluruh kawasan bandar dan sekitarnya meliputi Kg Tanah Puteh hingga ke Bandar Utama, dari Chin Teck hingga ke Kg Kundor terpaksa bersolat jumaat di Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra.
    Dengan terbinanya masjid tersebut, dapatlah ia menampung lebih ramai jemaah dari anak mukim Bandar Lama untuk solat di masjid mukim mereka sendiri.
    Selain masjid ini, ada beberapa masjid lain di Gua Musang yang sedang dinaiktaraf. Antaranya, Masjid Taman Wangi, Masjid Nur Iman Taman Damar - Kesedar Jaya, Masjid Al-Muqarrabin Kg Kundur dan Masjid At-Taqwa Kg Lembaga. Terdapat juga masjid yang masih dalam peringkat cadangan iaitu Masjid Kg Tanah Puteh.
    Selain itu, masjid lama tidak lagi sesuai untuk solat jumaat kerana tiada tempat letak kenderaan yang mencukupi bagi menampung kehadiran jemaah yang terlau ramai; memandangkan masjid tersebut terletak di celah-celah petempatan di Bandar Lama. Parkir yang sedia ada juga terletak agak jauh dari masjid. Ianya menyukarkan para jemaah lebih-lebih lagi jika membawa kereta.
    asjid yang lama tidak sesuai digunakan kerana masjid tersebut sering dilanda banjir. Kedudukan masjid yang terletak di tepi Sungai Galas juga mendedahkan masjid kepada risiko banjir dan tanah runtuh di tebing sungai.
    Banjir yang berlaku saban tahun menyebabkan masjid dan peralatannya rosak dan sering diganti dengan yang baharu. Banjir paling teruk berlaku pada akhir 2014 (dua tahun selepas cadangan naiktaraf diutarakan) yang menenggelamkan masjid dan mengakibatkan kerugian yang besar. Oleh sebab itu, banjir pada tahun tersebut menjadi faktor terbesar pembinaan masjid baharu kerana kemungkinan besar banjir akan berlaku lagi pada masa akan datang.
    Masjid baharu ini mula dibina pada April 2016. Masjid yang berkeluasan 99,000 kaki persegi ini bernilai lebih RM32 juta. Masjid ini dibina menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang mana idea tersebut datang daripada YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang sendiri.
    Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin. Ia dibina di atas tapak Balai Polis Lama Gua Musang seluas 1.5 hektar.
    Bangunan baharu dijangka mampu menampung sehingga 3,500 orang jemaah (termasuk kawasan halaman masjid). Masjid baharu ini dilengkapi sembilan buah menara setinggi 30 meter dan lapan buah kubah mirip Masjidil Haram di Makkah.
    Masjid ini juga mempunyai dua mihrab, halaman menyerupai mataf (tempat tawaf) yang bernama As-Sahn Asy-Syarif (الصحن الشريف)serta mempunyai 15 buah pintu iaitu:
    - Pintu Raja Fahd (باب الملك فهد [الرئيسية]) [pintu utama]
    - Pintu Al-Qibli A (باب القبلي - أ)
    - Pintu Al-Qibli B (باب القبلي - ب)
    - Pintu Raja 'Abdul 'Aziz (باب الملك عبد العزيز)
    - Pintu Ajyad (باب أجياد)
    - Pintu Nabi Isma‌‌‌il (باب إسماعيل عليه السلام)
    - Pintu Ali ra (باب علي رضي اللّٰه عنه)
    - Pintu Marwah (باب المروة)
    - Pintu Nabi (saw) (باب النبي عليه الصلاة والسلام)
    - Pintu Al-Fath (باب الفتح)
    - Pintu An-Nadwah (باب الندوة) Pintu Al-Madinatain (باب المدينتين)
    - Pintu Umrah (باب العمرة)
    - Pintu Al-Imam A (باب الإمام - أ)
    #malaysia #fawwazmedia
    ---------------------
    The Legend of Narmer by WombatNoisesAudio | / user-734462061
    Creative Commons Attribution 3.0 Unported License
    creativecommon...
    Music promoted by www.chosic.com...

КОМЕНТАРІ • 8