1905 l SEJARAH DAN MISTERI MASJID JIN

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 вер 2024
  • Masjid Jin atau nama rasminya Masjid Kampung Pancang Bedena adalah salah satu masjid tertua di negeri Selangor. Masjid ini sering diimarahkan oleh golongan jin iaitu hamba-hamba Allah yang lain selain dari penduduk kampung sejak dari mula-mula di bina lagi hingga kini. Pertamanya minta maaf atas audio yang kurang memuaskan.
    Masjid ini dibina pada tahun 1905 iaitu kira-kira 117 tahun yang lalu. Terletak di Mukim Pancang Bedena daerah Sungai Besar, Sabak Bernam. Nama masjid ini di ambil sempena nama kampung ini iaitu Kampung Pancang Bedena.
    Nama Panchang Bedena ini pula, diambil sempena daripada peristiwa penemuan sebuah bedena besar iaitu tempayan bekas menyimpan harta karun di dasar laut yang kemudiannya dipancang kayu oleh penduduk kampung sebagai tanda untuk memudahkan orang kampung datang bagi membawanya ke daratan.
    Masjid ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Muhammad Shafie, menantu kepada Penghulu Haji Taib yang lebih dikenali sebagai Haji Taib Keramat iaitu orang pertama yang datang dan membuka kampung ini selepas Perang Selangor.
    Ikuti kisah-kisah aneh yang sering di alami oleh Imam Masjid ini dan juga penduduk kampung atau pengunjung masjid ini yang dicerita semula oleh Tuan Imam Haji Yakob bin Kamaruddin.
    Maaf atas audio yang kurang memuaskan memandangkan temuramah ini adalah berlaku secara tidak dirancang dan saya berkunjung ke masjid ini adalah tidak dirancang. Maaf sekali lagi dan terima kasih kerana sudi mendengar dan jangan lupa subscribe, like, komen dan share.
    #masjidjin #masjidtertua #sejarah

КОМЕНТАРІ • 42

  • @iuqs82
    @iuqs82 3 місяці тому +3

    Jgn takut hanya Allah shj je kita takut...dia pun mahluk Allah swt...

  • @AiC36
    @AiC36 Рік тому +5

    pernah berteduh dekat masjid ni...masa hujan lebat....masa tu nak ke sungai besar....ngam2 sampai berdekatan masjid ni...hujan lebat..terus belok motor masuk kawasan masjid dan duduk berteduh dekat tangga masjid....alhamdulillah tak ada apa....cuma keadaan waktu agak gelap dan suram...sebab hujan lebat....
    kisah masjid ni memang x dinafikan...ada kisah tersendiri....

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому +3

      Alhamdulillah. Saya suka masjid ni sebb cantik dan masih kekal masjid kayu.

  • @KekDerian
    @KekDerian 15 днів тому +1

    Masuk masjid bacalah doa masuk masjid Allah hummaftahli abwaba rahmatik atau sekurang2nya baca Assalamualaina waalaibadillahissalihin

    • @malayatube
      @malayatube  14 днів тому

      Alhamdulilah memang baca Tn. Tk de la saya nk baca kuat2 . Memang sentiasa baca dlm hati setiap kali melangkah masuk dan keluar alhamdulillah. Terima kasih atas ilmunya

  • @dapuribu3372
    @dapuribu3372 11 місяців тому +3

    Cantik masjid

    • @malayatube
      @malayatube  11 місяців тому

      Yup sgt cantik. Macam rumah lama😊

  • @JOKER-kc8gn
    @JOKER-kc8gn Рік тому +4

    Sy jatuh cinta ngan admin dengar suara dh trpikat 🥰🥰🥰

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому +1

      😄😄🤣🤣🤣suara sedap? Kita dgr sendiri mcm tk best tu yg malas nk record suara ni😁

    • @JOKER-kc8gn
      @JOKER-kc8gn Рік тому +1

      @@malayatube Sy nk kwin ngan admin 😍😍😍

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому +1

      @@JOKER-kc8gn 😳😳😳

  • @athufshafee7296
    @athufshafee7296 6 місяців тому +3

    siapa lalu kat dalam ruang solat masjid minit 5.10 ? 😅

    • @malayatube
      @malayatube  6 місяців тому

      Hah?? Ada ke..mana ada org time ni

    • @athufshafee7296
      @athufshafee7296 6 місяців тому +1

      @@malayatube jeng³ siapakah beliau?

    • @malayatube
      @malayatube  6 місяців тому

      @@athufshafee7296 🤣🤣🤣

  • @roseminiomar4051
    @roseminiomar4051 2 роки тому +3

    So interesting cerita ni..

  • @Zulzat-qb1gf
    @Zulzat-qb1gf Рік тому +3

    Hadir...

  • @sakh2331
    @sakh2331 Рік тому +5

    Tak tahu la betul atau tidak. Saya dan kawan saya berdua singgah ke Masjid Jin di Sabak Bernam untuk menunaikan solat Zohor. Setelah ambil wuduk di bawah, saya dan kawan saya masuk ke masjid tu, kemudian saya tutup pintu masjid tu sebab awalnya pintu masjid tu bertutup. Jadi kami nak memulakan solat. Kawan saya jadi imam, dan saya jadi makmum. Bila saya memulakan iqamah, sewaktu saya sebut "Asyhadu Allah Illaha'ilallah". Pangg!!!! Pintu masjid untuk ke ruang masjid tu terbukak dengan kuat sampai terhempas ke dinding. Kami berdua terkejut sebab bunyinya sangat kuat sampai kami berdua bertoleh ke belakang tengok sebab ingatkan orang masuk masjid tu. Rupanya tak ada orang.. Saya meneruskan iqamah dan memulakan solat Zohor dengan dalam hati berfikir positive iaitu dengan berbisik dalam hati "tadi tu angin tolak kot". Walaupun hati sedaya upaya nak cakap pintu tu terbukak dengan kuat disebabkan angin, tapi hati berat mengatakan pintu tu terbukak sebab "benda" tu buka. Tak tahu sama ada dia marah saya tutup pintu tu sewaktu kami masuk ke ruang solat atau apa 😭

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому +1

      Issshh scarynya.. time tu ada angin ke tak? Masa tu tau tk kisah masjid ni?

    • @sakh2331
      @sakh2331 Рік тому +3

      @@malayatube tak tahu kak, memang niat nak singgah solat dan bila google masjid/surau ni yang paling hampir. Sebab tu singgah situ. Tak sangka pulak masjid ni masjid jin.

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому +3

      @@sakh2331 😁😁😁ramai yg kena bila tk tau. Dia ngusik pd org yg tk tau..😁😁setakat usik camtu je la. Paling2 dia jadi makmum. Kalau tertido dia alihkan ke perigi 😁

  • @jintanmanis5000
    @jintanmanis5000 Рік тому +2

    Jin pun pergi masjid, kau? Tersentap diri sendiri😅

    • @malayatube
      @malayatube  Рік тому

      😁😁😁tau tak pe😁

    • @amshah8755
      @amshah8755 11 місяців тому +2

      Rezeki pada yang dapat solat bersama2 dengan jin islam..sy ada 1 tempat ni di sabak bernam juga..tapi ini surau kecil..lokasi sy tak nak bg tau..nanti orang datang buat rakaman pula kat sini..sy solat disini sorang2..kali terakhir sy solat disurau tu waktu isyak..rakaat pertama rasa ok..bila masuk rakaat kedua..terasa macam ada yang berdiri dibelakang sy..dan sy terus menguatkan bacaan sy..Al Fatihah dan surah2 pendek..sehinggalah habis..sy cakap dalam hati..tak apa la kalau mereka nak ikut aku solat..aku sedia mengimamkan..sebab mereka adalah jin islam..dan mereka juga adalah makhluk Allah SWT..jadi apa yang kita nak takutkan..

    • @malayatube
      @malayatube  11 місяців тому

      Pulak .Sya bukan nk buat paranormal saya tk minat benda2 camtu , tapi sebb lebih nk menjejak sejarah dan menulis buku sejarah masjid2 lama . Mendot keberkatan solat di masjid2 lama. Lain rasa bila solat di masjid2 atau surau2 lama ni

    • @cargiewinata1963
      @cargiewinata1963 5 місяців тому

      Masa setan jin beragama??