🔴 Setanggi Syurga 2020 - INTEAM & KHAI BAHAR (Official Music Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 11 тис.

  • @silentdjvlog5837
    @silentdjvlog5837 4 роки тому +11853

    ak mngenali islam dgan lagu raihan,inteam,hijjaz..alhmdulilah di kelantan..aku mngucapkn dua khalimah syahadah..10 tahun dah..

  • @seventeenelevenmusic1711
    @seventeenelevenmusic1711  4 роки тому +1883

    Korang jangan lupa share like dan subscribe okeyh!!!
    lyric untuk korang guys!
    Lirik
    Percaya kata janjiMu
    Kerna ku yakin apa digenggamMu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati
    Tersiksa jiwa merindu
    Bagai terkurung dibasah tengkujuh
    Kewangian aroma bunga
    Tak menggugah keteguhan iman
    Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
    Pada redup renung mata yang menipu
    Tuntas ku mendaki puncak cinta teragung ... Woo
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
    Kerna awan itu rapuh
    Dendam tak pernah menyala dan membakar
    Oleh putih salju yang berguguran
    Kerna dosa itu ... Lebih hitam dan kelam
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh
    Tuk bernaung
    Ku anyam rindu menjadi hamparan
    Kerna ku pasti adanya pertemuan
    Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
    Tak bertemu pengucapan
    Percaya kata janjiMu
    Kerna ku yakin apa digenggamMu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati

  • @InteamDigital
    @InteamDigital 4 роки тому +1891

    Salam, ini nukilan dari penulis lirik lagu ini sendiri iaitu saudara Ito Lara bagi menghuraikan maksud lagu ini;
    Setanggi Syurga - Inteam
    Aku yakin…janji Allah itu pasti
    Pada sinar hidayah
    yang menyuluh ke hati
    Ada syurga yang menanti
    dengan keharuman setanggi
    bukan kilauan sebilah belati
    yang melukai dan menyakiti
    Rela aku kebasahan dalam lebat hujan
    Bagai seorang kekasih kerinduan
    Menanti sebuah pertemuan
    Dunia yang penuh acuman dan hasutan
    Telah jauh aku sisihkan
    kurintis onak duri dijalanan
    dengan teguh keimanan
    Setelah kutemui cinta hakiki
    Tidak aku terpesona lagi
    Pada redup renungan mata cinta duniawi
    Indah pada bibir yang mengucapi
    Namun penuh dusta di hati
    Izinkan aku mengatakan
    Apa yang selama ini menganak di hati
    Aku terlalu takut meletakkan harapan
    Dan menginap di bawah bumbung keredupan
    Bagai awan menghamili hujan
    Sekali guruh berdentuman
    Akan bersimpungan, kerapuhan dan berderaian
    Dan tidak ada lagi
    iri serta dendam dalam kehidupan
    Bila hati telah dingin
    dari mengintai kesilapan orang
    kerana sedar dosa kesilapan sendiri
    lebih hitam dan kelam
    menutup jalan pulang
    Biarlah aku merintih dalam kerinduan
    Menanti detik dijemput kematian
    Kelak nanti dapat aku buktikan
    Cintaku ini adalah cinta keagungan
    Berada di hadapan-Mu nanti
    Aku hilang pengucapan
    Jestru segala pujian dan sanjungan
    Telah habis aku lafaskan
    Namun belum dapat aku jelaskan
    Bila dapat aku melihat
    wajah-Mu Tuhan
    Itulah impian
    Sewangi dan seharum
    Setanggi Syurgawi
    ITO Lara

    • @jueiman295
      @jueiman295 4 роки тому +7

      Terima kasih

    • @cikyayaya4224
      @cikyayaya4224 4 роки тому +9

      Terima kasih abg ito lara ♥️

    • @nur9775
      @nur9775 4 роки тому +6

      Terima Kasih

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +6

      Terima kasih Inteam. Lagu yang penuh makna. Lirik yang hebat dan terbaik. Tahniah Ito lara

    • @alwayslove_474
      @alwayslove_474 4 роки тому +15

      Terbaik..bgsnya klu comment ni blh di pin kan

  • @harfiz444
    @harfiz444 4 роки тому +2012

    Julai 2011 aku memeluk Islam masa umur aku 21 tahun..aku dengar lagu2 kumpulan nasyid Raihan..Rabbani masa kanak² dan masa remaja muncul pula kumpulan nasyid INTEAM..UNIC membawa kelainan ke dalam lagu Nasyid..selain dari lagu Nasyid dari kumpulan yang sebutkan tadi..rancangan TV bertajuk Jejak Rasul yang dihostkan oleh saudara Zainal Ariffin turut membuatkan aku tertarik dgn Islam sebab rancangan tu membuka hati aku untuk mengetahui kisah Nabi dan Rasul..bagaimana mulianya sifat2 Nabi dan Rasul..lagi terpegun dgn kisah Nabi Muhammad..terima kasih Allah..aku bukan convert tapi aku revert ke ISLAM..walau pelbagai ujian dan dugaan yg datang..aku tetap berpegang teguh pada agama Allah yg satu ini..sekarang aku dah berkahwin 4 tahun..doakan aku agar dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..

  • @penahitam5413
    @penahitam5413 4 роки тому +413

    Ingat lg msa tu..di daerah sy ada buat ptandingan nyasid semua kpg..sempena maulidur rasul..tp oleh krana kpg sy ramai yg beragama kristian..dn sy tringin kpg sy join ptandingan nasyid tsebut..jd sy ajak kwn2 kristian sy join nasyid tsebut..mrka smua setuju..spanjang latihan smua org kpg sy..xkira agama xkira bangsa bsatu hati utk memastikn kpg sy ikut ptandingan tsebut..alhamdulillah...kpg sy tempat ke 3..lagu ini yg d perdendangakn..setanggi syurga..
    Alhamdulillah..skarang kwn2 kristian sy ada yg dah masuk islam...alhamdulillah

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +15

      Allah..Alhamdulilah..:)

    • @mencaribahagia4747
      @mencaribahagia4747 4 роки тому +12

      Wah.. menarik cerita awak. Di sabah atau di sarawak?

    • @penahitam5413
      @penahitam5413 4 роки тому +22

      @@mencaribahagia4747 sarawak..di daerah sy ramai kristian..majority...ketua kampung pun org kristian..tp smau mraka bsatu hati utk mjayakn program tsebut..skarang pun alhamdulillah..mreka smua pun mnrima apa jua kgiatan terutamya bkaitan dgn islam..

    • @anaani5500
      @anaani5500 4 роки тому +18

      Alhamdulillah..dh byk sy baca komen2 mcm ni..nasyid bukan hanya lagu..sbb tu kita kena support nasyid supaya generasi seterusnya merasai keindahannya mcm kita.

    • @linn2554
      @linn2554 4 роки тому +8

      Alhamdulillah.. bersemangat rasa.. bila baca kisah mcm ni.. hidayah Allah

  • @adiherdian321
    @adiherdian321 4 роки тому +299

    Salam dari nasyid Indonesia saya penggemar Nasyid² Malaysia dari kecil nasyidnya bikin hati tenang...malaysia likenya mana 🙏

  • @sugarrush3768
    @sugarrush3768 4 роки тому +493

    SETANGGI SYURGA 2020
    INTEAM X KHAI BAHAR
    KB
    Percaya kata janjimu
    Kerna ku yakin apa di genggammu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati
    HAZAMIN
    Oh .. Tersiksa jiwa merindu
    Bagai terkurung di basah tengkujuh
    Kewangian aroma bunga
    Tak menggugat keteguhan iman
    HISYAM
    Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
    Pada redup renung mata yang menipu
    Tuntas ku mendaki puncak cinta teragung
    KB
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    SYAH
    Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
    Kerna awan itu rapuh
    OOOOOO OOOO
    ALL
    Yang membawa ke syurga hakiki ..
    SYAH
    Yang abadi..
    HAZAMIN
    Dendam tak marak menyala dan membakar
    Oleh putih salju yang berguguran
    Kerna dosa itu (SYAH - Kerna dosa itu) lebih hitam dan kelam
    RAHIM
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
    KB
    Ku anyam rindu menjadi hamparan
    Kerna ku pasti adanya pertemuan
    SYAH
    Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
    Tak bertemu pengucapan
    HAZAMIN
    Percaya kata janjimu
    Kernaku yakin apa digenggammu
    KB
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati

  • @Agaksedap
    @Agaksedap 4 роки тому +139

    Suara khai aku tak heran sgt sbb mmg range org muda....yg in team ni...suara menten mantap dr dulu...tak tenggelam lgsung dgn khai....

    • @edyedy5515
      @edyedy5515 8 місяців тому

      Kacau la suara dia dalam ni,tk sedap langsung

    • @ummulshahirah7531
      @ummulshahirah7531 4 місяці тому

      Suara diorg maintain main range atau x. Tu yg sdp sbb x perlu lenggok pun sdp

  • @Loc7hart
    @Loc7hart 4 роки тому +327

    Makna lirik ⤵️
    Percaya kata janjiMu
    Kerna ku yakin apa di genggamMu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati
    Rangkap ni bermaksud mereka yakin dengan janji2 Allah,dan apa yang Allah janjikan pada hambanya yang beriman,iaitu SYURGA,bukanlah kata-kata yang sementara.(bukan kilauan sebilah belati)
    perasan tak belati(sjnis pisau),bila diarahkan ke arah cahaya,ia berkilau.tapi bila tak diarahkan,ia takkan berkilau lagi.Kan sementara namanya.
    Tersiksa jiwa merindu
    Bagai terkurung dibasah tengkujuh
    Kewangian aroma bunga
    Tak menggugah keteguhan iman
    Makna : Rindu yang teramat pada Allah dan janji2Nya.Hinggakan harta dunia pun tak dapat menggugat iman mereka.
    Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
    Pada redup renung mata yang menipu
    Tuntas ku mendaki
    Puncak cinta teragung
    Makna : Cinta dunia tak pernah hilang pada mereka yang tertipu dengan keindahan dunia.Jadi,bagi mereka yang inginkan cinta Allah,pergilah cari!
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
    (Kerna awan itu rapuh)
    Makna: Betapa takutnya seorang hamba pada Allah pada sesuatu yang tak akan kekal ( tempat berteduh ), kerana benda itu pastinya akan rapuh
    Bahagia buat mereka
    Yang bertemu cinta yang teragung
    Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
    Dendam tak marak menyala dan membakar
    Oleh putih salju yang berguguran
    Kerna dosa itu
    Lebih hitam dan kelam
    Makna : Dendam(ataupun sifat mazmumah) yang boleh disifatkan sprti api takkan berjaya dikuasai oleh perkara maaruf,sesungguhnya dosa itu amat hitam dan bahaya.
    Ku anyam rindu menjadi hamparan
    Kerna ku pasti adanya pertemuan
    Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
    Tak bertemu pengucapan
    Makna : Hamba Allah terus berasa rindu pada Allah dan yakin akan bertemu dengannya nanti di akhirat.Dan pada ketika itu cintanya akan terbukti dengan masuk ke dalam syurga,sehingga tak terkata.
    Sumber: Google ukhwah.com
    Lirik: Ito Lara

  • @nadhiraizat752
    @nadhiraizat752 4 роки тому +109

    Ramadhan 2019, Raihan ft Alif Satar - Sesungguhnya❤
    Ramadhan 2020, InTeam ft Khai Bahar - Setanggi Syurga❤
    #SetanggiSyurga2020

  • @ijatshuqery6051
    @ijatshuqery6051 4 роки тому +508

    Raihan Ft alif satar. = Sesungguhnya
    Hijjaz Ft tomok. = Sumayyah
    Inteam Ft khai bahar. = Setanggi syurga
    Harap ada banyak lagi lah collab macam ni

    • @kmz9.9
      @kmz9.9 4 роки тому +7

      Unic -apak n Caprice tpi bkn cover

    • @SUZILALHAbdWahidTV
      @SUZILALHAbdWahidTV 4 роки тому +5

      Naim Daniel - Rabbani

    • @Ayambotakgila
      @Ayambotakgila 4 роки тому +5

      ustaz nazrey ft ariff bahran..sebenarnya cinta

    • @syarifahabdulnasir8453
      @syarifahabdulnasir8453 4 роки тому +2

      Tomok semua orang dah boikot.

    • @hanifhamdan9235
      @hanifhamdan9235 4 роки тому

      @@syarifahabdulnasir8453 kenapa nk boikot? dia buat salah teruk sgt ke?

  • @marymengan6089
    @marymengan6089 2 роки тому +329

    walaupun sy bukan muslim tpi sy suka dan minat dengar lagu" macam ni. sebab bagi sy , bila sy dengar lagu ni , hati sy akan rasa tenang sangat" terutama bila ada masalah, lepastu terus dengar lagu.. semua masalah yang sy hidapi terus hilang sebab hati sy tenang sngt" ❤️

    • @nurhafifi4897
      @nurhafifi4897 2 роки тому +5

      semoga terus dengar ya.. banyak lagi lagu2 ‘
      nasyid yang menenangkan.. ❤❤

    • @drafunkktm
      @drafunkktm Рік тому +16

      Itu namanya 'hidayah' /cahaya tuhan saudara... Dia beri pada hambaNya yang mencariNya.. semoga saudara dan kita semua mendapat hidayah itu sebelum menutup mata😊

    • @LANGTVCHANNEL
      @LANGTVCHANNEL Рік тому +1

      Respect for you

    • @hasmawihamzah1338
      @hasmawihamzah1338 Рік тому +2

      @nico3349hbs tu agama hang agama apa?xpaksa ka tgok byk ja bt benda menyusahkan penganut nya

    • @umizalleha38
      @umizalleha38 Рік тому +2

      @nico3349 ..agama fitrah adalah islam

  • @Lynaa06
    @Lynaa06 4 роки тому +268

    Wahh, inteam. Mmg minat sangat lagu2 diaorang dulu. Masa awal2 kemunculan diaorang, masa tu akak kt uni, hari2 la layan lagu diaorang. 20 tahun yg lalu? Lebih kot. Tak sangka collaborate dgn khai, penyanyi muda yg akak rasa suara mmg sedap. Good luck!

    • @NurIslam-dq5nk
      @NurIslam-dq5nk 4 роки тому

      Aku first dengar lagu kasih kekasih dalam bas balik jb Dari terengganu.. Aku ingat lagu India.. Baru Nak komplen.. 🤣 🤣 Skali dengar.. Wow

  • @feven7849
    @feven7849 4 роки тому +289

    malaysian's nasyid celebrity is the top in the world no doubt , raihan in team dll

  • @saidatulmawardah9329
    @saidatulmawardah9329 4 роки тому +795

    Lagu sesungguhnya dan setanggi syurga dua2 lagu kegemaran. Raihan, Inteam..antara kmpulan nasyid yg diminati juga. Lagu mereka smua best. Apapun tak sabar dgr duet Inteam dan Khai Bahar.

    • @ahmadfahmimohamadtamrin5090
      @ahmadfahmimohamadtamrin5090 4 роки тому +1

      Kalau fatin husna bekerja sama dengan inteam lagu nur kasih ok gak

    • @ahmadfahmimohamadtamrin5090
      @ahmadfahmimohamadtamrin5090 4 роки тому +3

      @MUHAMMAD BUNYAMIN BIN ABDUL RAHIM - kalau fatinhusna best gak inteam feat fatinhusna lagu nur kasih

    • @ayasuraya5800
      @ayasuraya5800 4 роки тому

      MasyaAllah 😍 🌹

    • @roseedora6018
      @roseedora6018 4 роки тому +2

      Alhamdulillah syahdu merdu....menusuk dalam ke jiwaku...." Ya Allah Sesungguhnya ku Idamkan Setanggi Syurga" 💖🌹

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +4

      @@roseedora6018 kalau hayati lirik lagu ni rasa penuh kehambaan..banyk dosa yg dilakukan....versi 2020 pun hebat :'(

  • @Moko306
    @Moko306 4 роки тому +109

    Kenapa aku bru degar lagu seenak ini.
    Salam untuk saudara malaysia dari kami Indonesia 🇲🇨🇲🇾

    • @blackcat819
      @blackcat819 4 роки тому +3

      Cuba dgr lagu
      Shamsul yusuf -satu kalimah
      Ical mosh-fitnah
      Ayien rahman- sirah bumi & khalid alwalid
      Ni smua nasyid bru the best recomended

    • @robyukiya9806
      @robyukiya9806 3 роки тому +1

      Slm 🇮🇩❤️

    • @abc-fg9xw
      @abc-fg9xw 8 місяців тому

      lagu2 nasyid dr hijjaz & inteam memang terbaik semuanya..

    • @hayati3866
      @hayati3866 8 місяців тому

      Dah ada lagu baru lagi inteam x khai bahar… Rabiatul Adawiyah

  • @CikWanieS
    @CikWanieS 4 роки тому +148

    In loveee.. Siapa peminat Khai & In Team sini komen sikittt 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️

  • @RashdanRoslan
    @RashdanRoslan 4 роки тому +233

    Selalunya kalau lagu yang diberi nafas baru akan jadi kurang best, tapi izinkan saya beri exception kepada Khai Bahar dan Inteam. Kedua-dua versi (2004&2020) punya kekuatan masing-masing. Tahniah 👍🏻✨

    • @alwayslove_474
      @alwayslove_474 4 роки тому +7

      Ye tuan, kedua-dua versi best

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +4

      Betul tu. 2 versi 2004 dan 2020 ada kekuatan dan juga dari segi susunan muziknya

    • @hazimahramli7529
      @hazimahramli7529 4 роки тому +5

      kan,saya rasa ori punya lagi best tapi betullah dua² ada kekuatan sendiri

    • @rafiemarkam5865
      @rafiemarkam5865 4 роки тому +2

      Betol.. Ini mmg ngam.. Ade 1 lagu ukays diberi nafas baru oleh pyanyi pompuan.. Aku xboleh terima genre baru tu.. Hhmmmm

    • @LenovoA-ib8oz
      @LenovoA-ib8oz 4 роки тому

      Kena dgr bnyk kali bru tau best ke x? Tp bila d beri nafas bru dgr mcm x best sgt tp bleh la ..khai tahun ni bnyk sgt keluar kan lagu .ratu ku la hati nyawa la .mana satu nk undi ni bnyk sgt ..patotnya satu ja album ni rasa dh 4 lagu dia thn ni termasuk dgn ismail izani..mula2 ramai dgr lama2 boring jenuh nk undi bnyk sgt ..

  • @InteamDigital
    @InteamDigital 4 роки тому +546

    Trending naik no 2 balik, alhamdulillah... kena bantu banyakkan share link di wassap group, story insta, twitter dan fb.. inshaAllah akan membantu trending.. bukan sekadar view saja ya.. terima kasih atas sokongan semua

  • @asrulhaniffyahya3335
    @asrulhaniffyahya3335 Місяць тому +2

    'Āli `Imrān:106 - (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
    'Āli `Imrān:107 - Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
    P/s: Ini tambahan dari sy..tiada disebut dalam Tazkirah Jumaat yg dihadiri Ustaz yer..

  • @muhammadirhamishak5457
    @muhammadirhamishak5457 4 роки тому +61

    Budak2 baru mesti baru tahu lagu ni, hakhakhak.. Org yg dh berumur, tipu aa x pernah dgr lagu ni.. Lagu yg pernah jadi siulan suatu ketika dulu, giler kau lagu ni x best.. Yg versi 2020 ni pun sedappp teroksss bhai, enjoyyy drp buah tangan dorang utk bulan Ramadan nnti, selamat berpuasa semua

  • @hamzahnorazmi5380
    @hamzahnorazmi5380 4 роки тому +342

    Genre nasyid dah mula mengikut trend peredaraan zaman. Menghidupkan semula lagu2 yang lama supaya diberi nafas yang baru supaya dapat menarik golongan muda untuk dengar lagu nasyid ni. Tahniah. Bagi yang biasa dengan zaman raihan, unic, inteam hijjaz mirwana, dengar balik lagu diberi nafas baru, macam buat kita throwback zaman nasyid dekat kaset.

    • @mar01ari
      @mar01ari 4 роки тому +4

      Setuju, krn zaman 2020 adalah zmn yg mencabar, semoga dapat menarik minat anak2 muda utk mendengar dan menhayatinya...laguni amat menusuk kalbu kerana mempunyai penghayatan apabila diberi nafas baru. Syabas dan tahniah.

    • @wijdansaif3705
      @wijdansaif3705 4 роки тому +1

      Sangat setuju

    • @doktorayam
      @doktorayam 4 роки тому +1

      menunggu Rabbani buat kolaborasi versi baru lagu Intifada

    • @nurulainnajihahbintirosli891
      @nurulainnajihahbintirosli891 4 роки тому +1

      Yes betul

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +1

      Setuju

  • @noorhanmohdnor8277
    @noorhanmohdnor8277 4 роки тому +160

    Koloborasi Inteam dgn khai bahar memang terbaik..masing2 punya suara Ya Allah menyusuk ke kalbu . Syahdu sangat...congrats guys...jom tranding no 1 di utube..mari kita ramai sokong.

  • @miracles1244
    @miracles1244 2 роки тому +177

    Percaya kata janji-Mu
    Kerna ku yakin apa di genggam-Mu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati
    Oh tersiksa jiwa merindu
    Bagai terkurung dibasah tengkujuh
    Kewangian aroma bunga
    Tak menggugat keteguhan iman
    Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
    Pada redup renung mata yang menipu
    Tuntas ku mendaki
    Puncak cinta teragung oh
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
    Karna awan itu rapuh
    Wo-ho
    Bahagia buat mereka
    Yang bertemu cinta yang teragung
    Ho
    Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
    Dendam tak marak menyala dan membakar
    Oleh putih salju yang berguguran
    Kerna dosa itu (kerna dosa itu)
    Lebih hitam dan kelam
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
    Ku anyam rindu menjadi hamparan
    Kerna ku pasti adanya pertemuan
    Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
    Tak bertemu pengucapan
    Percaya kata janji-Mu
    Kerna ku yakin apa di genggam-Mu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati

    • @adiraraub5896
      @adiraraub5896 11 місяців тому

      terima kasih untuk memberikan liriks 😊

  • @maiyakb1182
    @maiyakb1182 4 роки тому +51

    menangis dengar lagu ni. kerana dari dlu AURA lagu ni terlalu istimewa..dah la..Suara Khai Bahar ni mmg favourite saya dengar terus sampai ke hati. . inteam pun suara ttp merdu mcm dlu #setanggisyurga2020
    lps ni bleh la duet lagu Nur Kasih pula.

  • @NurIryani
    @NurIryani 4 роки тому +54

    selalunya lagu yg diberi nafas baru ni susah sikit telinga ni nk terima sbb lg suka yg original..tapiiiiii utk yg ni....terbaikkkk...sekali dgr da jatuh cinta😍😍

  • @huumairaakhaibahar2465
    @huumairaakhaibahar2465 4 роки тому +46

    Suka part ooooo khai tu...sekali dengar dah nak seiras suara syah inteam laaa....tahniah Inteam dan Khai..Moga ada byk lagi cover Inteam x Khai...

  • @asrulhaniffyahya3335
    @asrulhaniffyahya3335 Місяць тому +2

    An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • @anismardziah5495
    @anismardziah5495 4 роки тому +147

    To honest, saya adalah pendengar setia version dulu. But then, bila dapat tahu akan keluar Setanggi Syurga 2020, memang buat countdown. But once dah dengar bila released tadi, subhanallah. Merdu ! Hati jadi sebak. 😭❤
    Tahniah Inteam dan Khai Bahar ! ❤
    Teruskan demi menaikkan nasyid semulaa !

  • @mushi175
    @mushi175 4 роки тому +270

    😭 nangis la mcm ni,sedap dan sampai sgt pada hati ni.
    Membesar dgn nasyid especiallly inteam. Die hard fans inteam,tak sgka inteam masih maintain kualiti,vokal dan kesatuan kumpulan.
    Khai bahar, suara dia mmg sesuai utk lagu sebegini. Version baru atau lama dua2 sedap. Pada version2020 ni kt hilang part yg ramai2 "bahagia,buat mereka bertemu cinta yg teragung,uuuu yg membawa kesyurga hakiki dan abadi"
    Tapi dah dicover dgn penambahan lain yg menyedapkan. Kasi trending guyss!!

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +7

      Sy pun tercari2 bait ayat lagu ni dlm versi baru " bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang agung" tapi versi 2020 tetap memukau dgn alunan melodi dan vokal mantap antara mereka semua. Best.

    • @syazwankarim
      @syazwankarim 4 роки тому +5

      2:17 ada, tapi tinggal sebahagian “yang membawa ke syurga hakiki dan abadi..”
      kalau perasan ada satu lagi lirik paling last versi asal yg tiada dalam version ni “kata janjimu... seharum setanggi syurga..”

    • @mushi175
      @mushi175 4 роки тому +3

      @@syazwankarim aah..tp slow je dkt blkg..hee..so harmoni utk part tu xad mcm asal..tp sedp je kan

    • @ayuheliza762
      @ayuheliza762 4 роки тому +1

      mushi175 jom share link dengan kawan2 lain

    • @mushi175
      @mushi175 4 роки тому +3

      @Mata Telinga dia ahli awal inteam kan,yg low note mmg utk dia..tp khai dpt amik part dia ok je..xad rezeki nk dgr suhaimi dlm setanggi syurga 2020

  • @husnizaim4518
    @husnizaim4518 4 роки тому +46

    Tahniah inteam.. Vokal mantop semuanya. Versi improvise ni lebih menyengat. Khai bahar juga terbaik.. Suka part kuanyam rindu menjadi hamparan

  • @asrulhaniffyahya3335
    @asrulhaniffyahya3335 Місяць тому +2

    At-Tawbah:111 - Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

  • @MohdHanif-lq4sc
    @MohdHanif-lq4sc 4 роки тому +73

    siapa yg masih suka nasyid ni ...ya Allah menggamit memori 😢

  • @mmrmmr1414
    @mmrmmr1414 4 роки тому +181

    Syukur .. aku banyak mengenali islam melalui lagu2 nasyid selain drpd ayat2 suci AlQuran. Doakn sy utk langkah setrusnya dan belajar tentang islam dgn lebih mendalam. Semoga hati ini terbuka nnti..

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +2

      Alhamdulilah...semoga terus kuat diteguhkan hati utk terus mendalami agama islam yg indah ini. Aamiin

    • @NISA-uw9ty
      @NISA-uw9ty 4 роки тому +1

      Semoga Allah akn memberi awak petunjuk dan hidayah agar lebih mendalami islam

    • @mmrmmr1414
      @mmrmmr1414 4 роки тому

      Saidah Nafisah Doakan saya ya..

    • @mmrmmr1414
      @mmrmmr1414 4 роки тому +2

      Ahzam Adlahx terima kasih. Doakan saya

    • @hidayatulhusna597
      @hidayatulhusna597 4 роки тому +1

      Salam dari medan indonesia, smg Allah delalu tuntun engkau dan beroleh hidayahNya

  • @ammarahmadzawawi9810
    @ammarahmadzawawi9810 4 роки тому +261

    Woww trending wehhh !!! 👍🏼👍🏼👍🏼 Aku rasa ni jelah cara utk selamatkan penyanyi nasyid drpd terus dilupakan . Cara yg paling relevan utk masa skrg, iaitu ambik penyanyi yg popular (suara sedap) ft dgn mana2 kumpulan nasyid.. hope lpas ni boleh tgk balik kategori nasyid di ABPBH 😇😇😇

    • @jeffzain5277
      @jeffzain5277 4 роки тому +13

      Mmg bagus lagu nasyid camni trending!!👍👍👍 bila trending moga ramai org terutama anak2 muda yg suka kpop ke ape ke akan tgk & slowly menghayati lagu nasyid yg penuh nasihat dan pengajaran

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +10

      Alhamdulilah ...walaupun trending turun naik tapi satu langkah yg bagus kumpulan nasyid berkolaborasi dgn penyanyi lain..saya tgk satu perkembangan positif untuk industri nasyid...setuju harap dapat tgk kategori nasyid bulan sahaja di ABPBH dan anugerah2 yang lain juga..😊

    • @erisaanne8837
      @erisaanne8837 4 роки тому

      😴😴😴😝

    • @ezanyaziz
      @ezanyaziz 4 роки тому +3

      Tq to Aliff Satar n Raihan... Pelopor lagu nasyid dengan nafas baharu....harap lagu2 nasyid kumpulan lain akan menyusul

  • @asrulhaniffyahya3335
    @asrulhaniffyahya3335 Місяць тому +2

    Al-Munāfiqūn:10 - Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

  • @tacendalavender8895
    @tacendalavender8895 4 роки тому +277

    kadang2 ada perkara yang kita nak, tapi tak dapat.tapi bila melihat perjalanan kareer khai bahar, cover2 lagu termasuklah lagu inteam, kump nasyid kegemaran ramai org suatu masa dulu, zaman kegemilangan dimana nasyid memonopoli carta lagu, kemudian diberi rezeki bergandingan bersama setelah 16 tahun kemudian, saya rasa macam magic. dan menjadi antara salah seorang yang masih hidup menyaksikan kolaborasi seperti ini, saya rasa bangga. Bangga sebagai peminat inteam dan juga khai bahar. Jika lagu nafas baru ni lambat mendaki puncak sekali pun, percayalah, lagu ini ada memorinya sendiri di hati peminat masing2 dan saya rasa antara impian khai juga yang telah tertunai.

    • @maiyakb1182
      @maiyakb1182 4 роки тому +9

      setuju.. memori terindah utk kita juga peminat khai bahar & peminat lagu2 Nasyid inteam. dua generasi berbeza tpi rezeki dari Allah telah tertulis mereka bergabung utk lagu yg istimewa ini. Alhamdulillah #setanggisyurga2020

    • @normahmasri6430
      @normahmasri6430 4 роки тому +5

      Alhamdulilah semoga lagu nii pon akan trending sbb dinyanyikan dgn penuh kasih sayang InsyaAllah Aamiin3X

    • @ibukepadaanakanakyangsoleh5779
      @ibukepadaanakanakyangsoleh5779 4 роки тому +2

      @@normahmasri6430 Aamiin..aamiin

    • @NISA-uw9ty
      @NISA-uw9ty 4 роки тому +1

      @@normahmasri6430 amiinn.. Ya Rabb

    • @hajaashah3624
      @hajaashah3624 4 роки тому

      @@normahmasri6430 #11 on trending 😍

  • @septirahayu4385
    @septirahayu4385 4 роки тому +88

    Saya dari Indonesia 🇲🇨
    Peminat nasyid2 Malaysia. Raihan, Inteam, Rabbani, dan lain-lain...
    Berharap lagu2 top nasyid yang berjaya dizamannya di aransemen ulang, dinyanyikan ulang dengan mengajak penyanyi muda berbakat seperti Khai Bahar dan Alif Satar. Semoga dapat menguatkan iman para kawula muda. Proud of Nasyid Malaysia ❤️👍

  • @syahirahnasir3727
    @syahirahnasir3727 3 місяці тому +2

    Dengar lagu ni teringat arwah sahabat pernah nyanyi lagu ni hantar recording whatssap.. Arwah baru meninggal 7/6 lalu.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman🤲🏻

  • @lailamanja633
    @lailamanja633 4 роки тому +77

    Sy minat sangat2 kat khai bahar ni.. Suara dia tu.. Macam ada magnet... Datang la seramai mana pun Artis baru...hati x pernah berubah arah kat artis lain hihiii... InshaAllah... bila satu hari nanti dia dah berkahwin... sy akan terus sokong dia ..

  • @dmoon_is6223
    @dmoon_is6223 4 роки тому +105

    Saya fans khai, saya fans in team, tp saya dengar lagu ni bukan sebab saya fans sesiapa, saya dengar lagu ni sebab lagu ni ada jiwa, rasa macam terisi ruang2 hati yg kosong

  • @ameenasyahirah677
    @ameenasyahirah677 4 роки тому +217

    Saya generasi tahun 2000 hehe tapi bila mv ni keluar best sangat sebab boleh nyanyi sekali dari awal sampai habis. Ni sebab saya tengok ada satu video khai dia nyanyi lagu inteam setanggi syurga, sekali dengar memang tak cakap banyak terus fall in love dengan melodi dan dia punya lirik. Pastu terus cari setanggi syurga punya mv, pastu mula la dengar lagu lagu inteam, ada yang sebelum ni pernah dengar jugak hehe tapi tak perasan .Apa apa pun Terima Kasih dan Tahniah! Inteam & Khai Bahar, haish takleh move on laaaa.

  • @elainedelillah1443
    @elainedelillah1443 11 місяців тому +11

    Cara nyanyian khai bahar waktu pembukaan dan penutup lagu sebijik arwah suhaimi saad.. terasa ss ada dlm grup ni.. nak nangis 😢

    • @princessnur2394
      @princessnur2394 11 місяців тому +3

      Setuju sangat. Suara merdu..lemak2 sengau dia .seiras.

  • @cikyayaya4224
    @cikyayaya4224 4 роки тому +81

    Masa mula2 dpt tau psl kolabrasi khai n inteam ni mmg excited sungguh2, ramai yg nangis pon ye sbb tau khai mmg minat dan kerap cover lagu2 Nasyid. Cerita psl mak dia pasang kaset nasyid dr pagi sampai petang sampai khai boleh hafal semua lagu2 Nasyid tu mmg itu lah cerita yg selalu khai sebut2 dr dulu lg. Mungkin blh juga ckp dia terdidik dlm lagu, selalu mendengar lagu2 yg baik yg menyuburkan dan menguatkan jiwa, semoga ada byk lg kerjasama seumpama ini d masa akn dtg. Insya Allah

    • @ifrah_hanim
      @ifrah_hanim 4 роки тому +6

      Terharu

    • @aynnar2387
      @aynnar2387 4 роки тому +6

      Betul. Kalau kita sebagai fans dia pun bangga, terharu, excited bila dia dpt berkerjasama dgn inteam, apatah lagi mak dia kan.. Allahu Rabb, cantik sungguh perancangan Dia.

    • @myralee9552
      @myralee9552 4 роки тому +5

      betul .setuju.nak lagi nak lagi please

  • @iwanreezuan2378
    @iwanreezuan2378 4 роки тому +53

    Awat sedap sgt sora ang khai bahar... Dari dlu(zaman smule nyanyi bawah katil 2 tgkat) smpi skrg klu org tya sora pynyi laki paling sedap is khai bahar... Pnynyi pompuan(tokti)...nnti jmpa kat utara naaa insyaAllah...smoga success slalu khai bahar... 👍👍👍

  • @asiahmahazim9457
    @asiahmahazim9457 4 роки тому +44

    3 hari jer lagi kita bakal bertemu dengan tetamu yang dirindui, RAMADHAN KAREEM!😍💚💚💚
    Sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan ya Allah 😊 Semoga kita semua dapat menikmatinya dengan penuh rasa keinsafan 🥰 Aamiin 🤲

  • @erikcoverchannel9531
    @erikcoverchannel9531 Рік тому +4

    Syukur tahun ini adalah tahun ke 11 saya ikut puasa bersama family kakak saya. Moga tahun ini ada hidayah buat diri saya.

  • @eddiesulaiman
    @eddiesulaiman 4 роки тому +328

    0:33 Hold into Your promise
    0:38 Believe of what is in Your hand
    (Having faith in God’s promise)
    0:43 The scent of heavenly incense
    0:49 Not a shine of a blade
    (The promise of a place in heaven is eternal)
    0:53 Distress of longing soul,
    0:59 Imprisoned and soaked under the continuous rain,
    (Longing for God’s love, in the continuous worldly trial)
    1:04 The scent of flowers
    1:09 Does not threaten the strength of faith
    (Worldly splendour does not affect the faith)
    1:16 Love never flutters and melts
    1:21 At the faint reflection of deceitful eyes
    (Faith never shaken by worldly desires)
    1:27 I'm done climbing
    1:31 The pinnacle of the greatest love
    (Completing my journey towards the greatest love)
    1:38 Allow me to recite the word
    1:43 The word of my heart, easily understood
    (Please hear my small confession)
    1:49 Terrified to take shelter under the shade
    1:57 Because the cloud is fragile
    (I’m scared to rely on something ephemeral)
    2:26 Grudge does not blaze and burn
    2:32 Under the falling white snow
    (Good deed will clean your soul)
    2:37 Because of sin
    2:42 Is darker than dark.
    (But sin will drag you into darkness)
    2:46 Allow me to recite the word
    2:51 The word of my heart, easily understood
    (Please hear my small confession)
    2:56 Terrified to take shelter under the shade
    3:06 Weaving my love
    3:12 Because I know I will meet You
    (preparing myself to meet You (God) in the afterlife)
    3:17 There, I will confess my pure love (to God)
    3:26 That cannot be express in worldly words.
    3:33 Hold into Your promise
    3:38 Believe what is in Your hand
    (Having faith in God’s promise)
    3:44 The scent of heavenly incense
    3:49 Not a shine of a blade
    (The promise of a place in heaven is eternal)

  • @kamaujang8310
    @kamaujang8310 4 роки тому +62

    RAIHAN DGN ALIF SATAR.... KHAI BAHAR dgn inteam....bgus juga ada gandingan gandingan mcm ni.... Pnyanyi ada chance la nyanyi lagu nasyid....tak da la nyanyi lagu cintan cintun saja kan.... Good good.. Job gais

    • @NISA-uw9ty
      @NISA-uw9ty 4 роки тому +6

      Khai bahar dh ada 2 lagu yg berunsur nasyid.Cinta Syurga ft Dato Siti dan Cahaya 114.Tak lupa lagu Ratuku khas utk pesakit buah pinggang.

    • @irmabarawid3715
      @irmabarawid3715 4 роки тому +1

      Hijjaz dengan Tomok

  • @nordiana8207
    @nordiana8207 4 роки тому +293

    Sapa yg repeat dgr setanggi syurga hari ni? Hehe.. mantap kan.

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +1

      Saya hehe
      Selamat berbuka puasa nanti ☺

    • @ChengKerLeDeck
      @ChengKerLeDeck 4 роки тому +1

      i repeat so many times..i just can't count

    • @mad-bu8jl
      @mad-bu8jl 4 роки тому

      Mantap.
      ua-cam.com/video/NiNfKpUBf8o/v-deo.html

    • @zubaidahshamsudin4176
      @zubaidahshamsudin4176 4 роки тому

      Setiap hari repeat..lagu ni tak jemu2 didengari...

  • @noorshahidahmohdyusoff5047
    @noorshahidahmohdyusoff5047 2 роки тому +7

    Dari zaman matric UIA tahun 2003-2004 popular lagu ni. masa tu nyanyi je. harini dengar new version baru faham lirik dia

  • @nickaling994
    @nickaling994 4 роки тому +44

    Teringat balik zaman remaja dulu bila dengar lagu nasyid 😧 Nakal-nakal dulu pun, lagu nasyid mesti dengar 😁
    Dulu-dulu, kalau sedih, mesti dengar lagu-lagu nasyid. Roh nasyid tuu, dari dulu sampai sekarang, segar di hati.
    Alangkah indahnya semua kumpulan nasyid lain pun buat comeback dan bagi roh baru pada lagu-lagu nasyid lama.
    We miss the old days 💖

  • @msnowflake4015
    @msnowflake4015 4 роки тому +203

    Mesti semua orang kata lagu ni lagu cinta jer kan..tapi cuba korang lihat betul-betul lirik lagu tu..lagu tu sebenarnya mempunyai maksud yang amat mendalam..kena hayati sebenar-benarnya lirik lagu ni..cinta kepadaNYA..cinta kepada ALLAH..satu hari nanti kita akan kembali kepadaNYA..apa pendapat anda kalau dosa-dosa yang kita lakukan selama ini berwarna??dan prang boleh lihat betapa gelap dan banyaknya dosa kita..mesti kita malu kan..?? kalau ada orang boleh nampak dosa kita pun kita sudah malu..apatah lagi dengan ALLAH yang senantiasa memerhatikan kita..setiap detik dan waktu..malulah kita kepada ALLAH..kita terbangun dari tidur..kita bersyukur kepadaNYA..kerana DIA memelihara rahsia kita..Ya ALLAH..betapa aku senantiasa ingin mencintaiMU..Ya ALLAH izinkanlah aku,insan yang hina ini bercinta denganMU..kerana tiada cinta yang lebih suci selain cinta kepadaMU Ya Rabb😢

    • @jepah5287
      @jepah5287 4 роки тому +2

      Composer nya pun bukan orang sembarangan 🇲🇾👏🍿🎧

    • @NurNur-qm4jj
      @NurNur-qm4jj 4 роки тому +5

      Cinta Teragung cinta kepada Allah

    • @rbtul.adwyh105
      @rbtul.adwyh105 4 роки тому +2

      @@NurNur-qm4jj Betul💯

    • @orangjalanan1325
      @orangjalanan1325 4 роки тому +1

      😭😭😭

    • @nurulmardhiah1105
      @nurulmardhiah1105 4 роки тому +4

      mmg lagu cinta..tapi bkn pada manusia..pada Allah semata..sbb tu ke syurga utk jumpa denganNya.....

  • @nazarahafiy
    @nazarahafiy 4 роки тому +40

    Kalau Ramadhan 2019 dpt dgr Raihan dan Aliff Satar, Ramadhan 2020 inteam dan khai bahar pulak. Mmg lagu2 yang sgt diminati.

  • @lailihasan3076
    @lailihasan3076 4 роки тому +21

    Suara semua memang tak berubah dari dulu sampai lah sekarang...Idola sepanjang zaman
    #inteamdihati
    #mogaterussukses

  • @ariffsyah5834
    @ariffsyah5834 4 роки тому +86

    Perbanyakkan lagi remake nasyid mcm ni. Terasa kembali ke era kegemilangan nasyid suatu ketika dulu! Jujur aku rindu 😭

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +2

      betul tu..menggamit memori apabila buat remake ini dan sbb dulu era kegemilangan nasyid hebat juga

    • @hajaashah3624
      @hajaashah3624 4 роки тому +2

      Masa zaman kanak kanak sy membesar dengan kegemilangan nasyid..lagu ni bring back memories ❤

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +1

      @@hajaashah3624 Kan byk kenangan dalam lagu ini :-)

    • @kakasy9357
      @kakasy9357 4 роки тому +1

      Betul..

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +1

      Harapnya begitu :'(

  • @norhaslintukiman6088
    @norhaslintukiman6088 4 роки тому +44

    INTEAM MASIH BERBISA...gandingan terbaik dgn Khai Bahar. Syabass!! takleh move on Setanggi Syurga 2020... Hopefully ada lagi next versi lagu yg diberi nafas baru mcm ni...road to trending #1.

  • @HambaAllah-xd4fl
    @HambaAllah-xd4fl 4 роки тому +63

    Jujur kalau compare dgn yang asal, saya pilih lagu asal.. Tp anak saya yang bru 15 tahun yang x pernah dengar versi lama sebelum ni ,kata lebih sedap versi baru. Lebih segar katanya.
    Gitulah kan, yang dah terbiasa dengan rentak lama, mungkin ambil masa sikit untuk terima yang baru, tapi pendengar baru lebih memilih yang ini. Maknanya kedua2 nya sangat sedap! Tahniah khai dan inteam. Sangat minat suara khai. Sejuk didengar!

    • @Norsofiana
      @Norsofiana 4 роки тому

      Samalah kita...lagi suka versi asal, mungkin dah terbiasa..

    • @NurHidayah-kc3it
      @NurHidayah-kc3it 4 роки тому +2

      Versi lama x mendayu.... Time MCO ni.. dgr lagu sayu... Mendayu... Boleh gugat emosi... tp sedap je... Congratz both inteam n khai bahar

    • @hanizahrosli4829
      @hanizahrosli4829 4 роки тому

      Setuju....rentak ni lebih menarik minat generasi kini.

  • @nazirienazlie5714
    @nazirienazlie5714 4 роки тому +11

    Padu suara syah dan khai bahar. Yg high pitch sesuai utk 2 org ini. Yg 3 lagi slow dan merdu.. Terbaikk

  • @dianalinda1994
    @dianalinda1994 4 роки тому +59

    saya walaupun bukan non muslim tapi saya suka sangat lagu nasyid..seperti saya suka lagu rohani..sangat tenang dengan lagu alunan muzik nya..☺☺☺

  • @azlanhaziki2588
    @azlanhaziki2588 4 роки тому +46

    Aku harap makin banyak lagu-lagu nashid lama diberi nafas baharu, mengembalikan semula zaman kegemilangan nashid negara♥️♥️

  • @Nurdza
    @Nurdza 4 роки тому +167

    I'm not muslim but i like this song. Semua lagu kumpulan Inteam saya suka sebab nice to hear it. And i'm so glad that they release new song n colab with my fav artis to, Khai Bahar..

  • @muhamadisa4854
    @muhamadisa4854 4 роки тому +7

    lirik seakan makna org yg rindu terpendam pada Pencipta .. menunggu masa mati kerana itu sempadan bertemu Pencipta

  • @tacendalavender8895
    @tacendalavender8895 4 роки тому +49

    khai ni sesuai bwk lagu tenang2 damai2 mcm ni la... dia memg ada skill untuk variasi kan teknik2 vokal dia (aku pun tak tau nk explain camana hahah)...tp aku rasa lgu2 mcm ni lebih seronok dengar dengan aman... lg2 mlm2 kalau dgr tiba earpod out of batery, xdela terkejutkan org lain sb suara dia naissss je gitu...haaaa

    • @adilin_ilyn
      @adilin_ilyn 4 роки тому +13

      Setuju.. Dia ada tone suara yg 'mendamaikan'

    • @HambaAllah-xd4fl
      @HambaAllah-xd4fl 4 роки тому +3

      On my own ya Allah.. Sangat setuju.. Mgkin suara tu terpancar dari hati seorang yang berakhlak baik. Wajah sejuk dilihat, suara nyaman didengar.

    • @rosaaziz8313
      @rosaaziz8313 4 роки тому +2

      Setuju..lagu Ku Mohon - sheila majid yg khai nyanyi di RTM beberapa tahun sudah...soothing ja dengaq suara dia...dgn earphone lg la...

  • @sugarrush3768
    @sugarrush3768 4 роки тому +65

    Yang pernah dengar lagu-lagu Kumpulan Nasyid In-Team mesti familiar dengan lagu Setanggi Syurga kan?
    Kali ni Khai Bahar featuring dlm lagu tu dgn arrangement baru.
    Lain macam vibe dia. Lirik dia buat rasa sebak
    Crtwtfahmyrosly

  • @bizziboddy297
    @bizziboddy297 4 роки тому +50

    Kalau menyanyi secara harmoni, kita x dpt mendengar keunikan suara masing2 secara maksima. So better la versi ni. Masing2 suara sedap. Syg la kalau tersembunyi di sebalik harmoni je.

    • @NISA-uw9ty
      @NISA-uw9ty 4 роки тому +3

      Setuju

    • @uaq9442
      @uaq9442 4 роки тому +4

      Tp nasyid kan kena ada harmoni? Ada suara solo, bass n 2nd voice
      .Itu aturan biasa masa zmn sekolah dulu.Kenangan betul.. . 😅😬

  • @joah1030
    @joah1030 4 роки тому +7

    Dengar Khai Bahar duet dgn inteam dlm lagu ni teringat pulak dkt arwah Aden Edcoustic.

  • @fakhrulhaziq7436
    @fakhrulhaziq7436 4 роки тому +168

    Respect Khai sbb Artis legend macam DCT dgn InTeam nak berduet dengan dia.. Semoga murah rezeki dan terus humble

    • @mmocha3909
      @mmocha3909 4 роки тому +9

      Tq sbb selalu share video khai dari belum jd artis lg...

    • @nur9775
      @nur9775 4 роки тому +7

      Tq sbb selalu support KB.

    • @nordiana8207
      @nordiana8207 4 роки тому +8

      Alhamdulillah.. rezeki khai

    • @fakhrulhaziq7436
      @fakhrulhaziq7436 4 роки тому +6

      axis xy sama2.. X menyesal support orang macam dia, masih lagi humble walau dah terkenal..

    • @fakhrulhaziq7436
      @fakhrulhaziq7436 4 роки тому +3

      NUR yaa sama2 support dia

  • @luqmansamsudin6183
    @luqmansamsudin6183 4 роки тому +191

    Lirik Lagu Setanggi Syurga ❤
    Percaya kata janjiMu
    Kerna ku yakin apa di genggamMu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati
    Tersiksa jiwa merindu
    Bagai terkurung dibasah tengkujuh
    Kewangian aroma bunga
    Tak menggugah keteguhan iman
    Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
    Pada redup renung mata yang menipu
    Tuntas ku mendaki
    Puncak cinta teragung
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
    (Kerna awan itu rapuh)
    Dendam tak marak menyala dan membakar
    Oleh putih salju yang berguguran
    Kerna dosa itu
    Lebih hitam dan kelam
    Izinkan aku melafazkan kata
    Bicara hati yang mudah diterjemah
    Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
    Ku anyam rindu menjadi hamparan
    Kerna ku pasti adanya pertemuan
    Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
    Tak bertemu pengucapan
    Percaya kata janjiMu
    Kerna ku yakin apa di genggamMu
    Keharuman setanggi syurga
    Bukan kilauan sebilah belati

  • @ahmadmuiz1266
    @ahmadmuiz1266 4 роки тому +78

    Pliss gais kasi trending no1.. X sanggup la tengok yg trending melalaikan and pendedahan aurat.. Support gais💚💚

    • @mencaribahagia4747
      @mencaribahagia4747 4 роки тому +3

      Kat malaysia ni bkn melayu/islam je tgk youtube. Kompem mv kpop tu org cina, india, kadazan, melanau dan org melayu sendiri berduyun2 tgk.

    • @ayuheliza762
      @ayuheliza762 4 роки тому

      Ahmad Muiz setuju dengan awak geram je kita tengok

    • @Irfan-cz2eg
      @Irfan-cz2eg 4 роки тому

      Betul , ayuh support nasyid kita utk Islam ❤️🌈

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому

      Sentiasa support nasyid..lagu2 nasyid ini best kalau hayati betul2

  • @muhammadluqmanul
    @muhammadluqmanul 4 роки тому +7

    Abg Shah padu, dari aku kecil sampai besar memang terbaik vokal dia

  • @penerajumisichannel9531
    @penerajumisichannel9531 4 роки тому +366

    Suara mereka mmg xdinafikan trlalu merdu.. Tp yang aku pelik.. Nape muka diorg sama je dr muda smpai skrg ek? Haha.. Aku tgok muka aku dlu zaman skolah.. Skrg dh 30 nmpak gk tua.. Diorg ni maintain je dr awal 2000 hahaha sape setuju meh like cikit.

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +13

      Hehe setuju..tak nampak berumur diorang ni..awet muda dgn cara mereka.

    • @hazarulashraf114
      @hazarulashraf114 4 роки тому +9

      Tu laa..aku pulak tetiba rasa mcm back to school😂

    • @ahmadluqman6957
      @ahmadluqman6957 4 роки тому +33

      Jaga solat, jaga wudhu, quran tak tinggal

    • @nuramirajohari3998
      @nuramirajohari3998 4 роки тому +6

      @@ahmadluqman6957 setuju.

    • @ahmadluqman6957
      @ahmadluqman6957 4 роки тому +3

      @@nuramirajohari3998 penyeri wajah 😊👍

  • @nuyyyul
    @nuyyyul 4 роки тому +108

    Alhamdullilah 🤲🏻 Mak Ros mesti teruja n bersyukur sgt Khai dpat duet dgan Kumpulan Inteam.... n kami as fans pun excited n rasa ada buah tangan hadiah dr Khai utk bulan Ramadhan ni since kita pun semua PKP so bole la ulang naikkn views lagu Setanggi Syurga 2020 ni 😍 Moga nanti banyak lg lagu Nasyid yg Khai dpat collab sama camni sbb suara Khai genre apa pun sesuai... mana nk taw dpat rangkul Anugerah Nasyid 2020 pulak inshaAllah 🤲🏻🌹❤️

  • @IzzamHayat
    @IzzamHayat 4 роки тому +638

    Ibu saya telah kembali bertemu Penciptanya pada 11 Ramadan. Rindu sgt pada arwah mak. Airmata mengalir mendengar bait2 lagu ni... “ku anyam rindu menjadi hamparan kerna ku pasti adanya pertemuan”. Rehat ye mak... kita jumpa kat sana nnt 😢 Al-Fatihah

    • @alwayslove_474
      @alwayslove_474 4 роки тому +8

      Salam takziah.. InsyaAllah, amalan yg tak terputus adalah doa dari anak2 yg solleh

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +6

      Salam takziah..semoga Allah tempatkan arwah di tempat kalangan orang yg beriman dan soleh. Aamiin

    • @kamariah2114
      @kamariah2114 4 роки тому +4

      sabarlah duhai hati..redha adalah jalan terbaik utk setiap ujian..sy pun khilangan mak 2 thun lps..mula2 xleh terima jgk tp bile mulut dan hati sy ucap aku redha dgn tkdir ini htiku trus lega..

    • @nabilahyahaya3327
      @nabilahyahaya3327 4 роки тому +3

      Semoga kuat.. Semoga Allah mengurniakan syurga buat mak awak.. Meninggal di bulan Ramadhan.. MashaAllah.. Husnul khatimah..

    • @mad-bu8jl
      @mad-bu8jl 4 роки тому +1

      Alfatihah.
      ua-cam.com/video/NiNfKpUBf8o/v-deo.html

  • @asrulhaniffyahya3335
    @asrulhaniffyahya3335 Місяць тому +1

    As-Sajdah:12 - Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

  • @maisarah0523
    @maisarah0523 4 роки тому +93

    KHAI BAHAR PERMATA KECIL YG SENTIASA CUBA UNTUK TERUS BERSINAR...malam ni SELAMAT BERTARAWIH & BERSAHUR SEMUA

  • @cikyayaya4224
    @cikyayaya4224 4 роки тому +50

    Lagu2 sebegini sgt sesuai di ketengahkan supaya dlm mencari hiburan pon kita masih sentiasa diingatkan dan rindukan keharuman setanggi syurga Allah. Terima kasih kepada semua yg terlibat mengangkat kembali karya indah ini dan terima kasih abg ito lara utk lirik yg Sgt puitis nan menyentuh hati

  • @humbleheart7112
    @humbleheart7112 4 роки тому +70

    Sejujurnya, pernah rasa berdebar bila dapat tahu akn ada SetanggiSyurga2020 Inteam feat Khai Bahar. Bimbang tak berjaya seimbang dgn versi asal.. Bimbang terlebih 'remake' semata2 nak beri kelainan dr versi asal yg mmg dah sdp. Bimbang juga ada part hight note sahut menyahut yg keterlaluan sehingga melenyapkan rasa dan penghayatan lagu memandangkan kelebihan khai pd nota2 tinggi. Tapi syukur, versi ini dimanfaatkan dgn begitu baik, sesedap rasa, malah ada suatu 'RASA ISTIMEWA' ketika mendengarnya, yg tak perlu dizahirkan dan dibanding2 disini.. Cukuplah utk dirasa dgn hati sendiri. Congrats Inteam & Khai Bahar! Jazakumullah buat inteam kerana memilih kesayangan kami, one & only Khai Bahar. Moga naskhah ini dapat menyuburkan hati2 yg ingin mengambil manfaat dan kebaikan.. Syukur, Alhamdulillah!
    "ku anyam rindu menjadi hamparan.. Kerna ku pasti adanya pertemuan"..

    • @ibukepadaanakanakyangsoleh5779
      @ibukepadaanakanakyangsoleh5779 4 роки тому +2

      kann..akhirnya jumpa juga komen ni..dari tadi cari..hihi

    • @humbleheart7112
      @humbleheart7112 4 роки тому +3

      @@ibukepadaanakanakyangsoleh5779 cari komen ni? Kenapa? Hihi.. Ada2 je..

    • @ibukepadaanakanakyangsoleh5779
      @ibukepadaanakanakyangsoleh5779 4 роки тому +2

      @@humbleheart7112 sbb komen awak sllu melekat di hati saya..

    • @humbleheart7112
      @humbleheart7112 4 роки тому +4

      @@ibukepadaanakanakyangsoleh5779 Ohh.. Biasa je.. Alhamdulillah.. Mungkin kerana kita saling menyokong insan yg sama barangkali. Hihi.. Dulu kini & selamanya InsyaAllah.

  • @trianuramanah_vlog
    @trianuramanah_vlog 4 роки тому +47

    Saya dari Indonesia.. tapi suka banget sama lagu-lagu Nasyid seperti ini.

  • @paninaomar4728
    @paninaomar4728 4 роки тому +49

    X kisah lar trending no berapa pun...bg sy kalian sgt awesome....lama dan baru bergabung...teruskan gabungan kalian dgn lagu2 yg lain....In Sya Allah there are something behind it....betulkn niat kpd yg baik2 yer....ignore all the annoying comments... sayang kalian semua....

  • @fariqhraito
    @fariqhraito 4 роки тому +106

    Nilah lagu 1st In Team yg aku jatuh cinta! Kenangan zaman sekolah sentiasa dihati! Time ni, baru nk kenal bagaimana mahu mencari identiti diri, penerimaan dan penolakan, hidup bertimbunkan buku dan keseronokan alam remaja, zaman dimana engkau hanya perlu belajar dan bermain, zaman dimana engkau bergelak dengan rakan2 dan havoc bersama2, lebih terasa sekiranya engkau stay kat asrama!😭😭😭....lagu ni merupakan peneman kepada kala hari diwaktu kita mencari petunjuk sekiranya kita tersasar sedikit. Lagu ini mengimbau kenangan zaman sekolah. Aku hidup di masa dimana MP3 Player ada, zaman asyik dengar Radio Era dan sanggup call IKIM FM untuk undi lagu nasyid favourite! Siap jugak mintak lirik pd kwn2 yg ada internet kat umah tlg tuliskan...siap bagi upah dorg lagi😂😂😂. Forever, Setanggi Syurga dan Ratu Syahadah alwayyssss my fav In Team's song!!!!!🙏🙏🙏😭😭😭

    • @juitaadmiral1874
      @juitaadmiral1874 4 роки тому

      ALLAHUAKBAR×7. Yup betui tu..miss that moment..sweet n sour moment 😍😘😗😂😅😗💖💗💝

    • @fariqhraito
      @fariqhraito 4 роки тому

      @@juitaadmiral1874 muda mudi baru nk kenal dunia dulu😂😂😂

    • @juitaadmiral1874
      @juitaadmiral1874 4 роки тому

      @@fariqhraito ya..zmn muda mudi..skrung dh tua..allahuakbar 🤗

    • @fariqhraito
      @fariqhraito 4 роки тому

      @@juitaadmiral1874 bykkan amalan...amin🙏🙏🙏...tp dulu ingat ag..siap call IKIM FM utk undi lagu dlm carta IKIM 😂😂😂

    • @juitaadmiral1874
      @juitaadmiral1874 4 роки тому

      Ooo..ya ka..sy xpenah undi2 time tu..cuma slalu amik headset radio kecik comei tu..selit kat telinga time prep..konon2nya studi la..hihih..padahai dok berangan ngar lagu2 nasyid..😂😘

  • @lailamanja633
    @lailamanja633 4 роки тому +69

    Makin tua makin mantop pula suara abang2 inteam ni.. Setanggi syurga 2020 ni.. Menyerlahkan suara dyeorang sbb menyanyi sorang2...jadi teserlah kekuatan vokal masing2..versi Lama banyak harmoni...suara khai bahar...xyah cakap la..semua pun tau...kelebihan khai mampu membawa semua jenre lagu.....harap sangat lepas setanggi syurga ni ada lagi colobrasi khai dengan inteam.. Next lagu KASIH KEKASIH pula ye..

    • @hudahnni7363
      @hudahnni7363 4 роки тому

      Kasih kekasihhhh 😍😍😍😍

    • @lailamanja633
      @lailamanja633 4 роки тому

      Kan... Antara lirik yg deep sangat..
      1. 'sebelum di ijabkabul ..syari'at tetap membataskan '

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому

      @@lailamanja633 Lagu popular Inteam ini..kalau tak silap beberapa kali jadi juara carta Era satu ketika dulu.. :)

    • @lailamanja633
      @lailamanja633 4 роки тому

      @Saidah Nafisah yeke.. xtau sy hihiii..sbb x ikut perkembangan dyeorang.. cuma suka dgn lagu2 dia je.. Paling suka Kasih Kekasih tu

  • @bungalily95
    @bungalily95 4 роки тому +15

    peberettt song ni... Ya Allah... suara semua maintainnnn...😍😍😍😘..sore khaiiiii.... ngam ngn lagu ni... smpai ke hati semuaaa...dr zaman skolah smpai laaa ni.....

  • @yoyok17
    @yoyok17 4 роки тому +134

    Suara Khai merasuk dan menyatu dengan Inteam, suara lembut merdu bersatu dengan Hazamin, suara note tinggi bersatu dengan Syah, sehingga nampak pelangi indah di setanggi syurga...Good Job Kolaborasi nya.. semoga kolaborasi ini bisa lanjut ke lagu2 Inteam lainnya..

    • @jeffzain5277
      @jeffzain5277 4 роки тому +13

      Hisyam & Rahim pun suara sedap.. tu yg bila bergabung mantap banget👍👍👍

    • @HambaAllah-xd4fl
      @HambaAllah-xd4fl 4 роки тому +10

      Jeff Zain ye.. Inteam ni complete suaranya... Bergabung plk dgn khai. Lg mantap

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +11

      Semua ahli kumpulan inteam ada pakej suara yg mantap..masing2 mainkan peranan..tmbh dgn alunan suara khai bahar complete kolaborasi ini..

    • @Mel_chai
      @Mel_chai 4 роки тому +9

      Kolaborasi yg cukup mantap.. ahli2 Inteam ada warna suara yg sgt sedap , feat pula dgn Khai Bahar yg sememangnya mempunyai warna suara yg merdu dan gemersik .. lagu dan lirik yg terbaik maka terhasil lah satu karya yg hebat!

    • @lailamanja633
      @lailamanja633 4 роки тому +7

      Yup suara khai dah merasuk sy sejak 4 tahun lepas 😀

  • @farahsasuke3019
    @farahsasuke3019 4 роки тому +49

    Versi lama : ada ss, harmoni, sayu
    Versi baru : ada kb, lebih jelas/fresh, tonjolkan vocal masing2..
    Kesimpulannya, dua2 versi best & menyentuh hati...harap sangat beri nafas baru pd semua lagu nasyid yg ada dan kembalikan zaman kegemilangan nasyid😘😘

    • @suhairulabdullah
      @suhairulabdullah 4 роки тому +3

      Versi baru ni tambah hisyam juga, versi lama hisyam tak ada.

    • @lailamanja633
      @lailamanja633 4 роки тому +3

      Yup.. Setuju sangat.. harap2 abang2 Inteam baca ni kan

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому

      Kan..dua- dua versi best dan ada kekuatan :)

  • @umairahumar5984
    @umairahumar5984 4 роки тому +41

    Lagu ni jadi sedap didengar sbb masing² pandai mainkan karektor suara masing².. bkn nk mnunjuk² suara siapa lg bagus.. ha gitew.. mmg xda part harmoni..tp yg mendengar pasti akn rasa lagu ini complete!

    • @nordiana8207
      @nordiana8207 4 роки тому +6

      Setuju..masing2 ada peranan menyedapkn lagu ni

    • @HambaAllah-xd4fl
      @HambaAllah-xd4fl 4 роки тому +5

      Umairah Umar ya.. Nmpak sangat masing2 jujur mengalunkan suara. Tanpa menunjuk hebat. Kita tengok pun sejuk mata. 😊

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +5

      setuju..penghayatan yang mereka beri kepada lagu ini sepenuh hati.

    • @Mel_chai
      @Mel_chai 4 роки тому +8

      Ya.. suka begini .. terserlah karakter suara masing2, penuh warna dan semua ahli2 Inteam serta Khai membawa lagu serta maksud itu dgn kemas, bersahaja, tulus, ihklas hingga terus sampai ke hati ..

  • @nurzairinazulaikhazaini3881
    @nurzairinazulaikhazaini3881 4 роки тому +32

    Alhamdulillah lagu setanggi syurga dinaikkan semula dengan intonasi yg unik..

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +4

      Alhamdulilah. Susunan muzik yg versi ni slow, dan syahdu. Tapi tetap best :)

  • @ahmadkhalif3080
    @ahmadkhalif3080 4 роки тому +45

    Selain dari lagu setanggi syurga, lagu pemergianmu dari inteam buat aku mengalirkan air mata..lagu kisah pemergian Rasulullah s.a.w..lirik yg syahdu dan menusuk ke hati..

  • @st.zaqiyadarajat5558
    @st.zaqiyadarajat5558 4 роки тому +54

    Gue tuh suka pop Indonesia dan jg suka nasyid Malaysia. Inteam nih salah satu y yg saya suka sejak gue mondok di pesantren. Dr gue kecil di pikiran gue tuh org Malaysia islam y islam banget rata2 alim. Maka y kalau bikin lagu nasyid bagus2 dan gue suka. Nenangin pokok y. Sukses terus Inteam., Salam dari Indonesia.

  • @fatihahadnan1334
    @fatihahadnan1334 4 роки тому +67

    MasyaAllah sedap gabungan ni. Kalau dilihat dan didengar Setanggi Syurga album inteam 04..lagunya lebih laju Dan background music yang lebih kuat. Lirik tak begitu menyerlah. Masih sedap dengan suara Suhaimi. Dulu tak perasan pun ada lirik 'ku anyam rindu menjadi hamparan' 😅
    Tapi untuk Setanggi Syurga 2020 ni lebih perlahan music, motion dan highlight kepada lirik & penghayatan. Arrangements Yang fresh & kolaborasi yang tepat. Khai bahar ada tone seperti Suhaimi. Sedap!! Dok ulang byk kali esp 'ku anyam rindu menjadi hamparan' 😂

    • @bieatul3724
      @bieatul3724 4 роки тому +3

      Betul sgt. Khai ada tone suhaimi. Yg lain suara sama je mcm dulu. Miss zaman nasyid geng milenium thn 2000 an.

    • @Lagendanovel
      @Lagendanovel 4 роки тому +2

      Sy buat ringtone fon part Ku Anyam Rindu Menjadi Hamparan

  • @godgod9121
    @godgod9121 2 роки тому +8

    Semoga manusia berubah menjadi lebih baik sedar atas kesalahan masing2. 🤲

  • @tashafaeih5812
    @tashafaeih5812 4 роки тому +340

    Like sapa yang tengah tengok

  • @alwayslove_474
    @alwayslove_474 4 роки тому +59

    Dulu2 masa Inteam masuk GGV saya ada berharap diorg jemput Khai sbg artis jemputan..tp x sangka, tercapai dgn cara lain..dlm satu MV pulak tu. Alhamdulillah.. Allahuakbar.

  • @Insyirahsalleh
    @Insyirahsalleh 4 роки тому +109

    Honestly mmg minat sgt2 inteam dr kecik. Mmg slalu sgt dgr lagu setanggi syurga versi lama. Bila keluar versi baru ni, mula2 macam takleh terima sgt sbb dh biasa dgr versi lama en. Tapi, tak tahu kenapa, asyik repeat and repeat dan terus repeat yg bru ni. Betul lah lagu ni mmg berhantu..Lagu ni mmg ada soul tersendiri. Sbbtu org still dgr lagu ni smpai skrg tak kisah versi bru ke lama. Well done inteam dan khai bahar. Alhamdulillah. Teruskan dgn dakwah2 sebegini. Sbb ada jenis org cepat bermuhasabah bila dgr lagu2 yg berunsurkan ketuhanan. Moga semuanya dpt manfaat yang baik. Aamiin InshaAllah

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +8

      Alhamdulilah.. lagu ini tak jemu nak dgr setiap hari kan..tak kira dari versi lama atau baru tetap nak repeat juga dgr..saya tiap2 hari juga dgr lagu ini..seolah2 membayangkan syurga itu indah, dan penuh warna warni..
      Tahniah Inteam dan Khai Bahar bawakan #setanggisyurga2020 ini. Tetap hebat dan meresap dalam jiwa bila mendengar

    • @hajaashah3624
      @hajaashah3624 4 роки тому +5

      Amin..insyaAllh

    • @alynasyazwani1828
      @alynasyazwani1828 4 роки тому

      Versi lama memng terbaikk

    • @zubaidahshamsudin4176
      @zubaidahshamsudin4176 4 роки тому +1

      Betul tu sy pn satu hari entah berapa kali dgr... Shahdu sgt...

  • @Dakwah1minit
    @Dakwah1minit Рік тому +6

    Assalamuaikum
    Ya Allah sukanya lagu2 inteam
    sampai sekarang duk dengar suka zaman2 nasyid camni
    hadir dari 4/2023
    Dah selawat belom
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

  • @haiqalirwan6887
    @haiqalirwan6887 4 роки тому +52

    Gandingan shah dan khai bahar utk part tinggi memang padu ahhh !

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +1

      Setuju

    • @azreenwardah3723
      @azreenwardah3723 4 роки тому

      Yep..lagi sorg syam tu pun boleh je tarik part tggi..dalam inteam depa 2 je yg boleh tariknya..2 lagi tu suara depa terlalu berlemak..jadi nak tarik tu susah..tapi kalau part mendayu2 haaa mmg depa win😂

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому

      @@azreenwardah3723 hehe setuju..btul juga tu..syam blh tarik part tggi tpi dgn cara dia..dlm lagu "Dia pun ada tarik..huhu

  • @nurfalihin8021
    @nurfalihin8021 4 роки тому +87

    kami dahagakan lagu nasyid yg segar & evergreen n maksud sampai ke dasar hati.Lama x dengar lagu ni..Moga ramai lagi artis membawa message dakwah seperti in team.... lahir di muka bumi malaysia

    • @saidatulmawardah9329
      @saidatulmawardah9329 4 роки тому +1

      Tahun lepas Raihan dan Alif Satar..lagu ni mmg sy dgr deep sgt..sampai dalam hati msj apa yg nk disampaikan..sedih time bait " yang membawa ke syurga hakiki..:'(

    • @blacksheep1069
      @blacksheep1069 4 роки тому

      Btl do..yg ada lagu "berckp" hujung pangkal pun xtau apa

  • @ahmadsaid8055
    @ahmadsaid8055 4 роки тому +114

    Lain macam feel kalau layan nasyid ni...teringat balik zaman kegemilangan nasyid dulu2...apa pun mmg mantap

  • @latifahahmad6859
    @latifahahmad6859 4 роки тому +17

    2016 khai cover lagu ni..2020 feat dgn inteam..percaturan allah lebih indah untuk khai bahar

  • @umairahumar5984
    @umairahumar5984 4 роки тому +57

    Dulu nyanyi jer..tak cuba nak hayati bait lirik yg puitis ni..ye la kan budak² lg...
    Eh nk cakap ni...version ni lbh segar la... terasa sampai ke hati..ye la kali ni dengar dan cuba faham maksud tersirat lirik ni.. scroll punya scroll tejumpa official inteam punyer penjelasan pasal lagu ni... waa... mendalam maksudnye... tumpah airmata pg ni...
    Anyway, syabas Inteam! Tahniah Khai. Collaboration yg terbaik! Smoga industri nasyid kembali gemilang di Malaysia. Yg pnting blh tarik crowd muda mudi gen y, gen z berhibur sambil mendidik jiwa..
    #inteam #khaibahar #setanggisyurga2020

    • @RUSLANRAMLY
      @RUSLANRAMLY 4 роки тому +2

      Masyaallah meremang

    • @muhammadraizbinishak1558
      @muhammadraizbinishak1558 4 роки тому +1

      tgk la siapa penulis lirik dia. tgk lirik tanpa muzik dah sampai feel tu

    • @saidahnafisah7825
      @saidahnafisah7825 4 роки тому +1

      Hebat lirik lagu "Setanggi syurga ni sangat puitis tak tahu nak cakap mmg deep dgr sampai ke hati 😢