Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

BERJIRAN DENGAN PASANGAN CINA, TAK SANGKA BEGINI LAYANAN DITERIMA

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 жов 2022
  • Terima kasih kepada owner video💞..Sila hubungi admin untuk kredit atau delete video..Penonton dialu2kan untuk follow akaun tiktok/fb/ig/twitter pemilik asal video🥰🥰
    *Jika anda ada sebarang idea atau pendapat, boleh tinggalkan di ruangan komen.
    Artikel berkenaan video ini anda boleh baca di PAGE NUR MUHD di link berikut : / nur-muhd-107908757727174
    *Sebarang isu, tawaran perniagaan atau apa saja, sila email ke : nurmuhamadholdings@gmail.com
    Tekan link ini untuk dapatkan diskaun sebelum pembelian : invle.co/clbavzu, invle.co/clbs4i0
    ==============================
    Benda yang wajib ada di rumah anda :
    Meter oksigen /oximeter : shope.ee/5UsGg...
    Thermometer Sukat Suhu Badan : shope.ee/7KJus...
    Hand sanitizer dettol (200ml) : shope.ee/3V6R0...
    CCTV 1080P IP Camera Wireless Wifi Camera shope.ee/9p03L...
    ============================
    Benda wajib ada dalam kenderaan anda :
    Portable Pam Tayar Kereta : shope.ee/2fXJz...
    Pemadam Api Kereta Lulus PUSPAKOM : shope.ee/2VDtn...
    70mai Dashcam Pro Plus+ A500S Car Recorder 1944P Rear Cam A500 Night Vision ADAS Parking Mode : shope.ee/20HdC...
    =============================
    Produk VIRAL anda patut cuba :
    Sambal Nyet Berapi by KhairulAming : shope.ee/79zjM...
    =============================
    Barang wajib anda bawa bila keluar rumah :
    Mask / topeng muka DuckBill 3D : shope.ee/6Uk2a...
    Mini Hand Sanitizer 30ml : shope.ee/20HdE...
    Tissue Basah (1pc) Travel pek : shope.ee/79zjN...
    **************************************
    Disclaimer : Artikel, Gambar, muzik ataupun video yang terdapat dalam channel ini diambil dari pelbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dimiliki dan dipegang sepenuhnya oleh sumber tersebut.
    ALL CLIPS, FOOTAGES AND MEDIA USED BELONG TO THEIR RESPECTIVE OWNERS AS CREDITED IN THE VIDEO.
    COPYRIGHT Disclaimer Under Section 107 of the COPYRIGHT ACT 1976, allowance is made for fair use for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, education and research
    #VIDEOVIRAL
    #VIRALMALAYSIA
    #tiktokmalaysia
    #TRENDINGMALAYSIA
    #TIKTOKVIRAL
    #INFOTERKINI
    #infosemasa
    #nurmuhd

КОМЕНТАРІ • 744

  • @fydaestrada8
    @fydaestrada8 Рік тому +333

    🇲🇾🇲🇾 Malaysian Da lama hidup mcm ni❤️❤️❤️🥰🥰 mgkin x semeriah sblm arus kemodenan.. Tp ramai malaysian appreciate each other😊🥰

    • @zainalajis6333
      @zainalajis6333 Рік тому +7

      Betul tu

    • @fahmiiyad3968
      @fahmiiyad3968 Рік тому +17

      Mmg mcm ni la yg sepatutnya tp klu dh nak dekat pru,melayu hentam melayu pula,sbnrnya politik ni lah yg memuak²kn rakyat semua kaum..

    • @rubiahosman2789
      @rubiahosman2789 Рік тому +4

      @@zainalajis6333 ll

    • @fydaestrada8
      @fydaestrada8 Рік тому +10

      @@fahmiiyad3968 setuju. Pening fikir pasal politik malaysia 🤦‍♀️

    • @rosmawatimohdali3112
      @rosmawatimohdali3112 Рік тому +1

      Dulu pun kamu duduk sebelah kedai cina dan hubungan kami amat rapat. Taukey cina selalu shj belanja macam2 jajan kpd kami sb kami miskin. Tak terbalas budi baik taukey itu!

  • @BlackRose-ir2fj
    @BlackRose-ir2fj Рік тому +662

    Aku x ada jiran bangsa cina. Tapi aku pernah kerja dengan syarikat guaman yang diterajui oleh bangsa cina. Dari bos, peguam2 sampai ke kerani semua cina. Bila tiba aku dipanggil interview, bos tu ckp dia nak ambil pekerja melayu pulak jadi kerani. Alhamdulillah aku dpt kerja tu. Mula2 aku risau sebab kawan2 aku cerita mcam2 pasal perangai bangsa ni. Tapi dari mula aku kerja, mereka semua x lokek ilmu. Kita yg kena pandai bawak diri masuk tempat kerja mereka. Disebabkan aku ni jenis byk tanya dan nak belajar, mereka ni semua pulak jenis kuat kerja, dari aku dpt kerja kerani aku diajar pulak jumpa client, sediakan kontrak dn etc. Patutnya mereka confirmkan aku cukup 6 bulan sebagai percubaan tapi 3 bulan je aku dah diterima kerja tetap. Bab berkawan, dah tentu la mereka pun ada klik mereka, mereka pun bergossip juga, tapi aku jenis x ambik pot malah makin lama aku dah boleh bergurau dgn mereka dan boleh berbahasa mandarin walau x lancar. Mereka kutuk aku pun aku boleh kutuk balik guna bahasa mereka, dan kami sama2 gelak sebab masing2 senang bergurau. Tapi jodoh aku dgn company tu x lama sebab aku dpt tawaran sambung belajar ambik degree. Dan aku ambik jurusan undang2. Last day aku kerja, boss and semua staff belanja aku makan. Even peguam2 company tu pun x ada sorang yg sombong. Layan aku sama seperti staff mereka yg berbangsa cina. Itulah pengalaman baik aku berkerja dgn mereka. Oh ya, company tu x ada ruang solat utk aku, sebab pejabat tu x lah besar mana dan mereka pertama kali ada staf melayu, jadi bos aku tu pergi jumpa bos company melayu kat sebelah bangunan aku kerja mohon kebenaran untuk aku tumpang solat kat company bos melayu tu. Allahu, sampai mcm tu sekali dia fikir untuk aku. Rezeki aku berjumpa dgn majikan dan kawan2 kerja yg baik walaupun mereka berbangsa cina.

    • @shaarijali2339
      @shaarijali2339 Рік тому +25

      Nasib kau memang baik la kalau macam tu..tapi ada juga yg tak bernasib baik yg bos tak bagi puasa dan dipukul…

    • @senotolsambrono5495
      @senotolsambrono5495 Рік тому +16

      Segelintir jewk yg cm tu...saya juga pernah keje dgn bangsa tu..memang ok...cume meke xad kesetiaan kepada raja n negara...segelintir dpd kebnyakkn...maka kamu ada ijazah yg bagus...tentulah sbb kamu masih ada maza nk z
      Sambung habiskan pengajian juga impian..moga maju jaya....

    • @Daniel_0778
      @Daniel_0778 Рік тому +36

      Dieorang ok je, ak kat U pun kawan je ngn orang cina… benda ok ke tak individu bukan bangsa!!

    • @josephyap1007
      @josephyap1007 Рік тому +33

      Kata secara jujur mana mana bangsa Ada baik atau buruk perangai (bukan racial) terpulang kepada individua itu

    • @SkyJusTv
      @SkyJusTv Рік тому +10

      Pernah kerja sama cina 9 tahun? Semua bangsa sama saja.. tapi baik² pun mereka tetap lebihkan bangsa mereka..biasa dari keturun honkkin..cina ada 3 jenis bangsa.. 1 bangsa honkkin ni kuat sikit kaum..jd xsemua bagus xsemua okay.. sama saja mcm melayu,kene org kelate lebihkan kaul mereka..sama juga india cina..kaum dan kaum susah untuk bergaul dgn kaum lain..kalau gaul pun just kerja

  • @yuehchinfoo9574
    @yuehchinfoo9574 Рік тому +229

    Semasa saya kecik,jiran depan blakang kiri kanan semua bangsa Melayu,seronok zaman kanak kanak saya.🥰🥰🥰

    • @Miji.371
      @Miji.371 Рік тому +4

      👍🏻

    • @hayatimohd1079
      @hayatimohd1079 Рік тому +9

      Alhamdullillah.. sebenarnya Indah bila kite menghargai hidup kejiranan n DPT Pula YG sentiasa dpt saling menghormati..💞

    • @dewijuita7422
      @dewijuita7422 Рік тому +3

      Sekarang mesti dah tak kecik lagi kan..🤣🤣🤣🤣

    • @yuehchinfoo9574
      @yuehchinfoo9574 Рік тому +12

      @@dewijuita7422 Sekarang dah besar tua daa masing masing bawa haluan...😅tapi rindu pada jiran jiran melayu teman sepermainan tu tetap ada.🥰🥰🥰

    • @amirulashwad417
      @amirulashwad417 Рік тому +1

      💞

  • @sherlyntan6905
    @sherlyntan6905 Рік тому +143

    Dulu waktu kecil, saya berjiran dengan keluarga Melayu. Seronok sungguh setibanya masa Hari Raya apabila dijemput ke rumah. Yang pasti kuih-muih tradisional melayu yang enak telah dihidangkan di atas meja. Teringat juga kawan saya Cik Azura yang kami sembang bersama. Rasa rilek saja bila berteman dengan kawan baik ini. Harap perpaduan di negara berterusan sebegini dan persahabatahan samakin kukuh antara berbilang kaum. Inilah yang dikatakan Keluarga Malaysia. Malaysia boleh!

    • @muntadarmahmud1948
      @muntadarmahmud1948 Рік тому +7

      Yg suka mengapi2 kan kaum org politik ..paham2 dh lah parti mana ..kita org melayu memang senang berkawan dgn kaum cina. Org cina berdisplin .rajin .

    • @muntadarmahmud1948
      @muntadarmahmud1948 Рік тому +1

      Yg suka mengapi2 kan kaum org politik ..paham2 dh lah parti mana ..kita org melayu memang senang berkawan dgn kaum cina. Org cina berdisplin .rajin .

    • @AziziAlias
      @AziziAlias 2 місяці тому

      @@muntadarmahmud1948 Parti walaun lah...

  • @rgmike302
    @rgmike302 Рік тому +73

    Dulu zaman 1990 duduk dkt flat sentul & hang tuah .. mmg semua mesra2 baik2 xkira melayu cina india .. ingt lagi masa Christmas .. ade lagi pakcik pakai baju santa claus pergi rumah ke rumah .. kanak2 ikut2 lari2 belakang ... masa tu mane ade racist.. klu family2 sape2 ade masalah kewangan .. yg ketua dkt flat sana siap kumpul lagi .. rindu zaman2 tu

    • @jcangie5667
      @jcangie5667 Рік тому +11

      zaman tu org tak buat istilah "tuan rumah" atau "pendatang" atau " tuan tanah" atau "penumpang". cuba beringat sapa yg buat istilah begini? buat pecah belah rakyat je.

  • @yusasmayusoff8046
    @yusasmayusoff8046 Рік тому +125

    Di sekitar tahun 80an dulu, kami tinggal berjiran dengan keluarga cina dan india. Selalu bertukar2 juadah tak kira musim perayaan atau hari biasa. Walaupun keluarga India tu si ayahnya kerja doktor tapi mereka tidak sombong. Saya masih kecil waktu itu, pernah sakit perut teruk, bila dapat tahu saja, doktor jiran india itu datang ke rumah untuk melihat keadaan saya dan membantu.
    Jiran cina pula, datang membawa anak kecilnya yang baru lahir ke rumah saya, meminta ibubapa saya menamakan anak mereka dengan nama melayu (untuk tujuan berubat kerana bayi itu sakit). Bapa saya menamakannya Yazid. Nama itu kekal digunakan oleh keluarga mereka, AhJit jadinya 🤗
    Bahagia kan masyarakat muhibbah di zaman itu? 🥰🇲🇾

    • @furen84
      @furen84 Рік тому +3

      Tapi sampai sekarang pun ok lah, dulu duduk di kampung saya jiran semua saya kebanyakan melayu, kita ok je, ada ustaz pun. Xpernah kita kacau sama lain, nampak orang kita pun greet satu sama lain, ada bincang dan cakap bermacam-macam. Walaupun skrg sudah pindah ke town tapi bila balik kampung semua orang sama je. Xda apa-apa pun.

    • @everybodyisequal7805
      @everybodyisequal7805 Рік тому +5

      Politik yang tidak sihat dari ahli2 politik tamak, gila kuasa,,mementingkan diri sendiri dan tiada intergriti yang cuba memisahkan dan mengasing2asingkan kita... Politik yg mcm itulah yg mesti kita hindarkan dan buang jauh2 dari hati kita org Malaysia yg berbilang kaum, budaya, adat resam dan agama...
      Ingat, kita bukan bangsa melayu, bukan bangsa cina, bukan bangsa india, bukan bangsa iban, bukan bangsa kadazan dan kita bukan bangsa lain2.. Kita rakyat Malaysia.. Bangsa Malaysia... Bersatulah demi Malaysia yang lebih maju, aman sentosa dan disegani oleh seluruh dunia.. Buang segala yg negatif dan sentiasa positif... DEMI MALAYSIA 💪👍😄

  • @senthilsundaram1685
    @senthilsundaram1685 Рік тому +32

    This is how I grew up…. They were the best part of my life ….50 years later , we are still best of friends … these are the best experiences in life .

  • @rizrmohds4617
    @rizrmohds4617 Рік тому +276

    Semasa umur saya 4 tahun , jiran kanan saya Cina, depan rumah India, jiran kiri Melayu. Selalu mereka bertegur sapa dengan emak ayah saya dan kami adik beradik. Tiada halangan budaya. Sehingga sekarang, saya masih ingat kebaikan mereka...

    • @mohdkhir8861
      @mohdkhir8861 Рік тому +10

      yg best ptg2 boleh duduk bersembang..aiap kongsi rezeki.

    • @You_know21
      @You_know21 Рік тому +10

      Saya ada jiran cina dri kecil, smpai skrang rapat biarpun dah 22 tahun. Dah 2 tahun die keje kat kl. Kdg2 je die balik sabah 😔 Asal dpt jumpa mesti mata nak nangis je wey 😭

    • @sugunamaivilys1484
      @sugunamaivilys1484 Рік тому +6

      Suke baca mcm nie

    • @mikeyork160
      @mikeyork160 Рік тому

      Untung la...saya depan belakang kanan kiri india...x tahan bau colok hari2...mlm mggu mabuk2...last2 pindah walaupun rumah tu rumah sendiri...

  • @mrsk6354
    @mrsk6354 Рік тому +43

    Jiran lama saya cina. Selalu hadiahkan buah & coklat kpd anak lelaki saya. He is so kind

  • @ariftasek8686
    @ariftasek8686 Рік тому +97

    Yang mana kawan² yg berjiran berlainan bangsa tolonglah upload@kongsi video utk tatapan kami. Kami teringin sangat nk tengok keakraban kita sebagai rakyat malaysia yg berbilang kaum. Terima kasih.

    • @nurcahayatimur4012
      @nurcahayatimur4012 Рік тому +1

      Haha .. dulu 8 tahun duduk berjiran dengan orang Cina dan India serta Benggali. Ada jiran cina petang2 tolak kerusi roda mak pusing taman . Saya joging dgn anak India belakang rumah. Saya sakit jiran cina saya tolong hantar gi hospital.Bukan benda pelik bagi kami. Cuma zaman tu orang takdelah upload di media sosial. Yelah zaman tu FB belum adapun ,apatah lagi tik tok. Hidup harmoni je.

  • @osmankassim8921
    @osmankassim8921 Рік тому +429

    Yg merosakkan perpaduan kaum di Malaysia ialah parti politik...

  • @bbmagicaltoy5348
    @bbmagicaltoy5348 Рік тому +144

    Rasa bangganya! Satu Malaysia!!!💪💪💪

    • @nurmuhd
      @nurmuhd  Рік тому +12

      Ya..saya pun bangga jadi anak malaysia

  • @benjamelalhanafi7791
    @benjamelalhanafi7791 Рік тому +16

    Saya pun ada jiran cina,memang baik dan selalu tolong tgk2 kan mak saya bila saya keluar daerah dsb.yang saya paling hargai dan sanjung sikap mereka dua suami isteri,walau mereka dh agak tua,bilawaktu xdaa air,mereka berdua tolong angkut air kedalam rumah mak saya kerana mak saya pun umur dh lebih 90 tahun..Allahuakhbar,terbaik mereka ini

  • @schmuelsonsradang4301
    @schmuelsonsradang4301 Рік тому +25

    Saya berkerja 4 tahun di Batu Pahat Johor sekitar tahun 2005-2008. Tinggal berseorangan di kawasan Pesta, Bandar Penggaram. Boleh kata area tu 80% Melayu. Di mana2 saya pergi berjalan kaki hampir semua orang kenal dan ramah; Bukit Pasir, Summit Mall, Taman Soga, Kpg. Solok Wan Moh, Broleh, Kpg. Istana, dll.
    Seorang bekas tentera bersara bernama Pak Ayub sentiasa memberi perhatian dalam.memastikan keadaan saya baik2, seolah keluarga angkat. Begitu juga dengan jiran2, mereka sangat menghormati. Batu Pahat adalah antara bandar di Malaysia yang saya akan ingat sehingga ke akhir hayat, begitu juga insan2 mulia yang budiman yang saya kenali di sana.

    • @chonghui769
      @chonghui769 2 місяці тому

      Alamak. Aku separuh orang BP...

  • @niagarawaterfalls
    @niagarawaterfalls Рік тому +44

    Bangsa apapun ada yg baik ada yg x..Yg penting kita kena baik dulu..Kalau kita baik,lama² dorang pun akan baik dgn kita..

    • @norsham5164
      @norsham5164 Рік тому +3

      Betul tu

    • @aizatjunaidi69
      @aizatjunaidi69 Рік тому +4

      Tak semestinya ada org kita dah buat baik dgn dier tak semestinya dier akan buat baik dgn kita

    • @mieraden317
      @mieraden317 Рік тому +1

      Sejuk hAti dgr👍

    • @Rssuku
      @Rssuku Рік тому +2

      Kita buat baik dgn org yg x baik dgn kita yg untungnya kt akhirat kita jgk nt

  • @anokkelantan3870
    @anokkelantan3870 Рік тому +42

    Seronok tgok semua kaum di Malaysia ni bersatu hati,,,xkira agama dan bangsa,,,kita 1 bangsa 1 negara kita 1 Malaysia,,,semoga keamanan negara kita terus kekal tanpa sengketa,,,teringat sahabat aku yg sorg Indian mati cancel usus 4tahun lalu sgt² baik org nya ank² dan isteri selalu wassap bg tau keadaan dia ketika sakit,,,dan aku org pertama yg tau dia skit ak hanya mampu bantu apa yg patut bila dia da xda ank isteri dia xtau mna duduk nombor telefon pun da tkar

  • @SharomSharom-dh1ci
    @SharomSharom-dh1ci Рік тому +38

    This shows how big family malaysia respect one another....lives in harmony....greet one another....such a wonderfull community...

  • @halidkassim8119
    @halidkassim8119 Рік тому +46

    Best dpt jiran mcmna ni..seronokkan...hidup harmoni...semoga keharmonian..dpt diwujudkan kembali..

  • @suhaidiyusoff7826
    @suhaidiyusoff7826 Рік тому +18

    Kita blh hidup harmoni dgn masyarakat berlainan bangsa dan agama. Hanya org politik yg terdesak melaga2kannya

  • @ABANG-we5vh
    @ABANG-we5vh Рік тому +22

    Dulu masa saya tinggal d Razak Mansion, Salak Selatan, KL... ada 2 jiran macam ni.... sangat2 baik... satu family tu selalu beli barang untuk 2 anak lelaki saya... dah macam cucu dia... jiran yang sebelah rumah tu... Uncle Woon dan isteri.... kalau saya g kerja... dorang tolong ambil baju d ampaian kalau tiba2 hujan... dua2 family ni memang sangat baik...

    • @norainimeorhashim1578
      @norainimeorhashim1578 Рік тому +2

      Awak, saya dulu pun prnah tinggal di flat Razak Mansion, blok 15 betul2 dpn sekolah rendah sg besi. Jiran sebelah saya 2 2 cina alhamdulillah baik2 semuanya bukan dorang saja baik2 nk kata sepanjang corridor tu semua baik2 masyarakat majmuk, ada India dan bangsa Sikh.

  • @roslinaabdhamid
    @roslinaabdhamid Рік тому +13

    Seronok juga bila ada jiran tetangga mcm ni. Ngajo SMJK 27 tahun mmg byk dpt manfaat berguna kenali kaum ini. Moga Malaysia terus aman damai dan makmur.

  • @salizashariff7145
    @salizashariff7145 Рік тому +27

    Saya akan mmg rasa terharu bila tgk bila berbilang bahasa bersatu Dan berbaik.seronok tgk. Saya pun dikelilingi oleh jiran bkn melayu yang baik2 semua. Alhamdulillah

  • @nasrulkamarazaman830
    @nasrulkamarazaman830 Рік тому +57

    Itulah semangat 1-malaysia..saling hormat menghormati antara satu sama lain..ini satu contoh yg baik buat kite semua sebagai rakyat malaysia good job👍👍👍.

  • @zolrenjer3034
    @zolrenjer3034 Рік тому +24

    Bahagianya jika semua rakyat Malaysia hidup harmoni begini.

  • @shaarijali2339
    @shaarijali2339 Рік тому +25

    Malaysia terkenal dengan keharmonian berbilang bangsa..aman damai hormat menghormati antara satu sama lain..jangan lah ada yg memainkan isu perkauman kita semua adalah keluarga Malaysia

  • @Muhammad-uu3nu
    @Muhammad-uu3nu Рік тому +14

    Masa di Univ hampir 30 tahun dulu, saya selalu guna printer kepunyaan seoramg rakan cina. Tapi dia semtiasa menolak kalau saya nak bayar maklumlah ink bukannya murah. Saya tahu dia dpd keluarga senang tapi memang tak sombong. Tapi lepas grad saya tak jumpa lagi sahabat saya ni. Saya harap dia berjaya di luar sana dan saya tak akan lupa kebaikan dia.

  • @mohdasri7774
    @mohdasri7774 Рік тому +9

    Teruskan wahai rakyat Malaysia hidup harmoni saling menghormati antara jiran tetangga dalam Islam amat di tuntut

  • @khooahok4589
    @khooahok4589 Рік тому +27

    Rakyat hidup harmoni yang melagakan kaum orang politik demi kuasa dan kekayaan
    Jiran saya ramai melayu hidup harmoni tiada masaalah

  • @azzobrienchannel1777
    @azzobrienchannel1777 Рік тому +9

    Ya Allah, dpt jiran baik adalah satu rezeki. Untung sgt dpt jiran mcm tu lagi2 yg berbeza bangsa dan agama... Mmg beruntung

  • @justme-you-9225
    @justme-you-9225 Рік тому +14

    Semoga keharmonian yg unik
    ini kan kembali menghiasi hidup kte bagai d era 70 & 80 an dlu.
    Biarpun kini kian menghilang.
    🤗 🤗 🤗

  • @suharnokar9431
    @suharnokar9431 Рік тому +36

    Begitu lah kita sebagai rakyat Malaysia,hidup berjiran ni perlu ada ramah mesra antara satu sama lain. Baru lah hidup kita sepakat dan harmoni d samping keluarga. So,budayakan lah satu bangsa satu Malaysia. Bangun dan bangkitkan lah budaya harmoni satu Malaysia. Nescaya,Malaysia Boleh..........👍👍👍👍👍

  • @ismailali4306
    @ismailali4306 Рік тому +26

    Bangga rasanya kita dapat hidup berharmoni bersatu padu antara kaum bangsa agama. Hidup bersangka baik itulah formula menuju kesejahteraan, tak ada persengketaan antara kita. Terbaik keluarga malaysia yang selalu kita laungkan ..

  • @lithium8847
    @lithium8847 Рік тому +21

    Badness, greedyness or selfishness doesn't reflects on religion, races or skin colour its on the person itself

  • @elnizamelias9014
    @elnizamelias9014 Рік тому +21

    Terbaik. Perpaduan mcm ni yg kita mahukan, tidak kira bangsa & agama, hidup bermasyarakat aman damai makmur

  • @eusoffazizol2925
    @eusoffazizol2925 Рік тому +124

    Aku d keliling oleh jiran2 bukan melayu hampir 20 tahun....tak ada masalah pun...jumpa sebangsa cuma dmasjid saja....

  • @chingte
    @chingte Рік тому +8

    Dulu prnah bkrja dgn mcm² bangsa, ada jepun, cina, india, iban, kdazan pn ada trmsuklh warga asing dr pelbagai negara. Biasa la kja kilang dulu. alhamdulillah..mereka semua ok dn baik². Smpai skrg ak dh kja sndiri, selalu jga brurusan dgn bngsa² lain, trmasuk cina dn india. Dan rezeki ak selalu bruntung dpt kenalan dr mreka yg jga bagus², friendly dn menghormati. Semoga Malaysia terus maju dn rakyat terus bersatu dlm prpaduan!!. Malaysian boleh!!😄☺🤗

  • @suhaimihasan3965
    @suhaimihasan3965 Рік тому +5

    Sejuk hati melihat kejiranan seperti ini,kasih syg bkn melihat bangsa atau warna kulit..alangkah harmoninya ...👍✨

  • @hooihoungtan1740
    @hooihoungtan1740 Рік тому +10

    Manusia biasanya baik , politikus yang berlajar dari ajaran divide and conquer utk senang nak mengawal masyarakat.

  • @noritabtmuhamedmuhamed6510
    @noritabtmuhamedmuhamed6510 Рік тому +7

    Allah Huakbar kebahagian yg seperti ini yg kita rindukan. Hidup harmoni sesama manusia tak kira bangsa n agama. Islam pun mengajar kita mnghormati sesama manusia. Terbaik

  • @azfaa2178
    @azfaa2178 Рік тому +10

    Terbaik dan saya tersangat rindu dengan keadaan sebgini. Teringat saya pada zaman remaja dulu... Jiran jiran berbilang bangsa yang tidak pernah mengerti penat lelah untuk menolong antara satu sama lain... Terima kasih to the Kg Tunku chapter. (1970 - 1997) circa.
    Gone but never forgotten...

  • @auau1481
    @auau1481 Рік тому +5

    Macam ini la..bagus...kita rakyat Malaysia mesti bersatu hati,,👍👍👍💓💓💓jadikan la..satu Malaysia bersatu hati..tolong menolong antara satu sama lain..jangan kira agama atau bangsa....god bless all

  • @rozitahbintiahmad608
    @rozitahbintiahmad608 Рік тому +23

    Akak hidup berpindah randah n tak pernah dpt berjiran gan melayu memang dapat jiran china n India tapi mereka semua baik2.kami hidup harmoni n bertegur sapa n caring each others.

  • @lizashahara1664
    @lizashahara1664 Рік тому +14

    Inilah namanya keluarga Malaysia dan satu Malaysia. Tak semua bangsa tak berhati perut dan sombong. Sentiasa berbaik dgn jiran mane tahu kalau ada kesusahan jiran2 akan tolong satu sama lain.

  • @mohdfairuzamirbakeryfairuz4457
    @mohdfairuzamirbakeryfairuz4457 Рік тому +14

    Malaysia negara harmoni...hidup berbilang kaum....aman n damai...

  • @Frost-653
    @Frost-653 Рік тому +8

    Now thats is what we called HARMONY. Race is race, religion is religion but we r still human who occupied this earth

  • @mllebellabella9803
    @mllebellabella9803 Рік тому +9

    rindu nye zaman kecik dulu.... macam ni jugak... berjiran dengan bangsa cina.. dari atas sampai bawah smua ramah2.. mesti bertegur sapa tak kira muda or tua. setiap kali perayaan mesti bkongsi makanan... mcm jiran saya cina dia bagi kacang2...air bkarbonat...jajan... kalau raya kita mak slalu bgi ketupat... rendang.. kuah kacang... dia orang suka sangat.. serius aku rindu... rindu teman kecik aku dulu...

    • @KUKUMAIL
      @KUKUMAIL Рік тому

      Those days have gone, gone gone, gone.

  • @rzals6844
    @rzals6844 Рік тому +45

    Alhamdulillah...setidak²nya pasangan cina dpt menumpang seronok dgn adanya kanak² sebesar tu..malah dlm kepercayaan org cina ni kanak² ni bawak rezeki dan klu nak diikutkan pon ibu bapa yg keluar mencari rezeki itu lah rezeki anak² tu..kita sebagai org tua hanya usaha mencarinya utk anak²..

  • @nurezanie6705
    @nurezanie6705 Рік тому +42

    Jiran ku cina dan india baik sgt sentiasa berbagi rezeki...ank sentiasa main ke rumah mereka..bersyukur sgt..rezeki jugak jiran yg baik²tuan rumah kami masa pkp sentiasa call tanye brg makan ank²mcmner..

    • @nurmuhd
      @nurmuhd  Рік тому +5

      Seronoknya...🥰🥰

  • @einindera7163
    @einindera7163 Рік тому +17

    Ini baru namanya jiran....saling hormat menghormati....hidup aman dan harmoni......wow.....mantap...👍👍👍

  • @hamidahkamis5284
    @hamidahkamis5284 Рік тому +3

    Sweet🥰 harap semua kita mcm ni. Hidup aman , ambil berat sesama kita dgn sikap Terbaik Sekali kerana kita keluarga yg besar dlm sebuah negara. 💞💞💞

  • @khairulazharabuhasan7264
    @khairulazharabuhasan7264 Рік тому +11

    Tiada masalah… saya dalam group kereta dlm 200 org yg majoritinya 90% kaum cina…. Smua mcm brothers dan tak ada jurang antara kami…. Semuanya rapat ….Tiap hari kami ber whatsapp mcm2 topik tanpa libatkan politik…..dah jadi sahabat baik….kami share almost everything….

  • @rukiahbaba4630
    @rukiahbaba4630 Рік тому +9

    yg suka melaga2kan jiran ni adalah pemimpin politik yg extreme...

  • @gadgetmit
    @gadgetmit Рік тому +5

    Masa belajar di Universiti dulu di Selangor geng rapat saya budak Bidayuh, Melanau, Kadazan, Sino, Dusun, Melayu, India, Cina - pernah sama bilik (roomate) dari kolej sampai ke menyewa luar, memang rapat. Makan pun sama ja. Sampai kawan Melayu saya dulu masa nak graduation (dia Senior kami) cakap masa dia dah abis tu sempat pesan "baguskan sikit pointer geng, study smart," lepas tu tahun akhir betul buat terbaik dan dapat result bagus. Sampai sekarang saya ingat lagi. Kawan yg betul-betul kawan susah dan senang👍👍👍 harap semua geng Universiti dulu berjaya dan bahagia🙏

  • @namieangel220
    @namieangel220 Рік тому +3

    Jiran yang baik,beretika dan sopan, bertanggung jawab.👍🏻👍🏻

  • @fitriazmizaahmadzaki8414
    @fitriazmizaahmadzaki8414 Рік тому +1

    Rezeki yg paling besar allah bagi adalah agama, kesihatan, keluarga yg baik serta jiran yg saling mendokong.. bukanlah wang segala2nya..

  • @kamanorizalkamarudin3961
    @kamanorizalkamarudin3961 Рік тому +2

    Seronok nya hidup berjiran begini. Kalau lah seluruh Malaysia hidup begini, indah nyaaaaaa.

  • @joharieyussofwaddahjoharie7045

    Beginilah rakyat yg harmoni.saya sangat suka semangat prrkauman begini.respect u all.

  • @hidupdikampungdanbercucukt1739

    Dapat duit rezeki,, dpt makan rezeki,, dpt jiran2 yang baik jugak rezeki,, yg penting harus bersyukur,, 😍😍

  • @hamidtonr252
    @hamidtonr252 Рік тому +5

    Boleh dikatakan sebahagian besar dari kita hidup berjiran harmoni dan saling menghormati dan ada jg sebahagian kecil yg masih begelut perasaan dgn karenah jiran² yg negatif serba serbi.Pegangan amalan politik perkauman ala Malaysia juga sedikit sebanyak memberi impak yg tidak baik kpd masyarakat kerana masih ada lagi tokoh² politik seronok memainkan lagu dan irama perkauman demi survival politik kuno yg masih kuat bertapak dlm negara kita.

  • @johnnylim641
    @johnnylim641 Рік тому +45

    Masa enam puluhan, orang orang Malaysia bersikat begini - tak kira kaum. Semua hidup berharmoni. Sekarang kerana orang orang politik yang bermainkan agama dan kaum membuat kita tak semesra seperti dulu. Orang orang politik sebegini harus di hapuskan dari arena politik agar Malaysia kembali beraman dan berharmoni.

    • @wadyvelomuniandy829
      @wadyvelomuniandy829 Рік тому +5

      Agree. Politics Dan Agama patut pisahkan. Ia sesuai dinegara Malaysia 🇲🇾 ini. Dizaman 60an 70an kami ada ramai kaum melayu yg berjiran. India cina melayu nasrani nampak tak semagat waktu itu.selepas ada satu tpm yg rasis pecah belahkan keharmonian itu dihati anak anak muda. Tapi orang orang lama masih berharmoni hingga kini.malangnya anak muda tak begitu mesra saya berumur 55thn. Bayangkan kerinduan itu.

    • @aroni1813
      @aroni1813 Рік тому +7

      @@wadyvelomuniandy829 bagi kami orang Islam, agama & politik x boleh di pisahkn. Tapi mesti di fahamkn dan dihidupkn. Bukan nama saja Islam tapi rasuah & tak amanah. Tangung jwb sbagai pemimpin dlm Islam sgt berat. Kalau faham Islam nk rebut jawatan dlm politik tu pun takut. Dan Islam juga ajar supaya adil pd semua tak kira bangsa dan agama. Moga kali ni yg jadi pemimpin dari org Islam faham dan ikut ajaran Islam betul2. Dan yg bukan Islam pula yg amanah. Penat dgn yg mengaku Islam tapi tak faham RASUAH tu dosa besar. Tak jlnkn tangungjwb pun dosa. Moga Malaysia kita aman & maju terus .

    • @a2schanel295
      @a2schanel295 Рік тому +1

      aroni apa kau cakap?Islam dan politik tak boleh dipisahkan ! Kau jgn sedap cakap Aje, TIADA KEWAJIBAN DALAM BERPOLITIK,CUMA DIHARUSKAN,PAHAM KAU! jgn jadi penunggang agama,sikit2 agama,ubah sikit mindset,jgn taksub sgt dgn politik,takde faedah

    • @rohizanchedan4287
      @rohizanchedan4287 Рік тому +6

      @@a2schanel295 yg x faham sebenar nya kamu.
      Belajar sejarah Rasulullah.
      Nabi tidak duduk di tikar sembahyang saja dan mengentel tasbih.
      Nabi urus negara khusus nya Mekah ,Madinah dan negara2 Islam dlm jajahannya.Berurusan dgn
      negara2 bukan Islam juga.Mengembangkan syiar Islam tanpa paksaan,tetapi ada syarat2nya.kalau itu bukan politik nama nya apa?

    • @aroni1813
      @aroni1813 Рік тому +2

      @@a2schanel295 Tak taksub pun dgn politik. Hakikat sbagai org Islam dari bangun tdo smpai tdo smula, tu utk Allah. Islam x ajar supaya taksub.Masaalahnya pemimpin politik kat atas tu tamak kuasa sbb taksub harta. Nama Islam tapi tak kisah asal masuk je ok. Mkn pun harus gak sdr. Tapi boleh jadi haram & harus gak. Politik kalau tak ambil tahu, main pangkah je, awak rasa Allah tak tanya? Saya terangkn utk sdr yg kata politik & agama perlu dipisahkn. Sbb politik dan agama dipisahkn la tu yg rasuah, salah guna kuasa dan segala mcm yg bertentang dgn agama Ok je buat . Agama nk letak kat mana kalau jadi org politik?

  • @salmoncan1831
    @salmoncan1831 Рік тому +7

    Semoga kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Hidup Malaysia.

  • @shriarul3666
    @shriarul3666 Рік тому +5

    Aku berjiran dengan keluarga bangsa Melayu. Memang best siap berbuka puasa, duduk atas tikar dan makan bersama². Makcik tu siap letak sarapan bungkusan Nasi lemak untuk saya sebelum pergi berniaga. Sampai ke hari ni saya sedih tak dapat berjumpa dengan arwah keluarga, entah kemana hilang nya.

  • @navetaontodok8822
    @navetaontodok8822 Рік тому +1

    I live at SABAH with mix neighbors.. 😊 is all ok and normal. Love this such an amazing video. Hoping it's forever in harmony

  • @azizkse5457
    @azizkse5457 Рік тому +9

    Anak perempuan saya dulu pun dijaga oleh keluarga China yang sangat pembersih.
    Nasib ketika jam 12.00 hingga jam 2.00 ptg tu anak saya time tidor. Auntie tu cuma jaga dia jika terbangun.

  • @mohamadroslanbinismailmoha4063

    Seingat Saya Kat Kampung dulu dah pun mengamalkan Hidup Satu Malaysia...Saya sentiasa merindui zaman dulu-dulu satu Kampung Hidup harmoni..cina India melayu..seronok dapat berkongsi belajar kebudayaan mereka..tapi sekarang.. Hanya boleh kongsi pengalaman TU dgn anak-anak jaa....semua tu tinggal kenangan ja... ikhlas bagitau ni...

  • @roziahali6974
    @roziahali6974 Рік тому +21

    Mmg patut mcm ni hidup berjiran, tak kira bangsa atau agama. Semua pun makhluk ALLAH

  • @oklatufhirdaushelmi
    @oklatufhirdaushelmi Рік тому +2

    Moga moga kita semua dpt jadikan contoh.. dan kita di kurniakan zuriat n keturunan yg baik2.. sentiasa menghormati setiap makhluk Allah swt.. Aameen 🤲🏻.. 🫶🏻🫰🏻

  • @Fadzli86
    @Fadzli86 2 місяці тому

    Ini lah semangat satu malaysia yang patut di contohi,kita hidup berbilang kaum harus sepakat👍

  • @rustiatiabdulrazak7033
    @rustiatiabdulrazak7033 Рік тому +3

    Masa skolah rndh drjh 1-3,duduk kat kg raja uda,jiran sebelah org India..baik sngt..masa arwah emk bersalin di hospital..aunty tu antakan lauk nasi..baik jugak dngn ank²nya...moga deorang baik² aje walau di mana berada..

  • @RB-rp6ud
    @RB-rp6ud Рік тому +8

    Sebenarnya kita semua tak kira apa latrbelaknag kaum atau ugama sebenarnya boleh “get along” dengan senang. Yang penting kita sailing hormat-menghormati. Lihatlah bagaimana orang Sabah & Sarawak yang begitu mesra sesama mereka walaupun mereka daripada berbilang etnik, budaya & agama.

  • @elis841
    @elis841 Рік тому +5

    Semoga kita selalu di kelilingi orang yg baik,baik Aamiin,,

  • @HambaAllah88766
    @HambaAllah88766 Рік тому +1

    Terbaik...bagus hidup berjiran wpun berlainan bangsa baik jiran...aku pun pernah masa kecik hidup berjiran dgn fmly Cina...Aunty Uncle tu baik sgt...yg best p raya CNY dapat ayaq kotak,gula2 dgn Ang Pau...aku p dgn kkwn yg lain,kami duk d flat,Aunty Uncle tu sembang bgtau depa ada cucu sebaya kami...zaman 80an best sgt2,kwn dgn kkwn Cina,kami bertukar2 setem,main guli,badminton,kapal terbang kertas,main toi,jengkek kapal terbang,gasing...zaman ni ikut time sukan apa yg tgh ada dlm tv game tu laaa kami pakat main😂😂😂 best sgt🥰🥰

  • @kimiangah4523
    @kimiangah4523 Рік тому +1

    Alhamdulilah seperti kejiranan diperumahan aku kiri mr rajen and family kanan mr lee depan encik habib very nice Alhamdulilah dapat kejiranan begini.🇲🇾👍🫰

  • @mohamadafifi3317
    @mohamadafifi3317 Рік тому +2

    Berbudilah kpd sesiapa pun ...nescaya tdak akan rugi...bahkan ada manfaatnya...

  • @mary9519
    @mary9519 Рік тому +2

    My friends and neighbors of all bangsa are my friends jiran lama melayu saya ....macam keluarga sendiri... we care for each other bad time and good times. Hudup KELUARGA MALAYSIA 😘

  • @suhaimiayub4872
    @suhaimiayub4872 Рік тому +14

    👍👍👍...Jgnlh diganggu-gugat Keamanan & keharmonian kaum yg tlh t'jalin sesama kita,d'bumi M'SIA yg t'cinta ini...Membinanya,Memerlukan Masa Bertahun².Menghancurkannya,Hanya Dgn Sekelip Mata.. Jgn biarkn hasutan & fitnah ORG POLITIK,Musnahkan PERPADUAN KAUM d'Masia..

  • @fazly81
    @fazly81 Рік тому +12

    aku pon berjiran dgn cina memang baik keluarga nya,anak nya yg darjah 5 tu aku selalu ajak dtg rumah main game bola Fifa 22,power juga dia,aku selalu kalah

  • @telegnes4500
    @telegnes4500 Рік тому +1

    Aw…. This is adorable. Well done to you all. 👍👍👍👍

  • @jeffjeff2634
    @jeffjeff2634 Рік тому +3

    orang Yang baik Akan jumpa orang baik,,kalau Kita takenyusahkan orang suatu Hari Kita dijalan Yang mudah

  • @fadzilabdullah9394
    @fadzilabdullah9394 2 місяці тому

    Assalam..alhamdulillah..agar malaysia nanti..semua lapisan bangsa boleh hidup aman ,harmoni dan bahagia...selamanya..aamiin

  • @msarif8649
    @msarif8649 Рік тому +1

    Ramai yg berhati mulia... Kita sama sja yg beza agama... Berbaiklah sesama jiran tidk kira apa bangsa dan agamanya apa2 yg terjadi jiranlah yg lebih mengetahui bkn keluarha kita yg tinggal jauh dari kita...

  • @yeongkarsoon481
    @yeongkarsoon481 Рік тому +16

    sbnarnya anak² adalah jambatan keharmonian.

  • @eddios8939
    @eddios8939 Рік тому +1

    Cam ni berjiran sejuk mata memandang,berjiran harus berbaik hati wlopun bangsa apa,keharmonian jiran itu penting

  • @apitameer4324
    @apitameer4324 Рік тому +3

    budak berdua ni akan ingat sampai besar jasa uncle tu...

  • @RJadventure
    @RJadventure Рік тому +2

    beginilah hidup pelbagai kaum dicontohi
    hormat, toleransi dan harmoni
    inilah malaysia yg diharapkan
    bukan syak, curiga dan salah sangkaan
    terbaik!!

  • @mustafaursyal5648
    @mustafaursyal5648 Рік тому +1

    Semua agama suruh buat baik hormat sesama manusia dan agama lain.. Apa susah. Ikut saja mesti semua ok

  • @yokelanyap6025
    @yokelanyap6025 Рік тому +3

    Rakyat Malaysia memang penting suasana kemesraan , cuma kita dipecah belahkan oleh gol politik saja

  • @mohdsaufichewil7227
    @mohdsaufichewil7227 2 місяці тому

    Uncle ni contoh perpaduan pelbagai rakyat di Malaysia..

  • @muizmorsid8018
    @muizmorsid8018 Рік тому +3

    bagus lah macam ni...gaduh2 apa dapat... masing-masing hidup kat dunia ni x lama mana pun..

  • @noressam8121
    @noressam8121 Рік тому +3

    Damai itu indah, terbaik Malaysian

  • @roziahali6974
    @roziahali6974 Рік тому +7

    Dulu jiran sy mcm ni lah. Ada india, cina, melayu. Seronok dulu2

  • @taring_74
    @taring_74 Рік тому +20

    Politik perkauman memisahkan kita..

  • @murnimunira7437
    @murnimunira7437 Рік тому

    Alhamdulillah..begitulah yg Islam sarankan supaya berbaik sesama insan.. terbaiklah

  • @aminahmohamed5503
    @aminahmohamed5503 Рік тому +46

    Saya warga emas berusia 67tahun.berjiran dengan 2keluarga melayu Dan 3keluarga cina.Sungguh sedih berjiran dengan keluarga melayu yg sombong Dan tak beradab sedangankan warga china menghormati saya Dan ambil berat akan diri saya kerana mereka menganggap saya sebagai nenek mereka bukan Dari keluarga melayu yg sombong Dan tak menghormati saya.Saya bersyukur anak anak saya tidak saperti mereka.Ingatlah suatu hari kita akan tua juga.

  • @abdrashidabubakar7076
    @abdrashidabubakar7076 Рік тому +1

    Saya juga pernah berjiran semasa tinggal di Taman Selayang Jaya, Selangor sekitar tahun 1986, Kami sangat erat berkawan, X ada masalah pun, sering bantu kembantu. Anak2 mereka juga sangat menghormati Kami, berjiran selama lebih 3 tahun.

  • @iera09
    @iera09 Рік тому +31

    Punya lama duk Malaysia...mmg cina ramai yg baik2

    • @erine6762
      @erine6762 Рік тому +12

      Betoi² setuju. Kalau mai rumah kita memang hurmatnye.
      Pernah bapa sedara saya buta sebelah mata, nk lintas jln, ada sorg budak India ni pegang tgn dia, tolong bg lintas.
      Ada sorg nelayan cina, kalau ada ribut atau alun, dia akan tunggu sapa yg nk ke laut, dia akan bg tahu, bahawa ada alun, dan tiada org turun ke laut.
      Heran, sejak bila timbulnye isu perkauman.

    • @unclerahim7301
      @unclerahim7301 Рік тому +9

      @@erine6762 sejak bermula nya era politik PAS semua nya tak boleh.

    • @iera09
      @iera09 Рік тому +4

      @@erine6762 iya...bukan perkara luar biasa pun....dah biasa

    • @Rssuku
      @Rssuku Рік тому +8

      Arwah TGNA jaga rakyat kelantan elok jer aman makmur harmoni

    • @rixjek84jek42
      @rixjek84jek42 Рік тому +3

      di sabah dan sarawak pekara seperti itu sudah menjadi pekara biasa . kita hormat mereka dan mereka juga hormat kita .

  • @alifayyed2160
    @alifayyed2160 Рік тому +1

    Politik telah meracuni perpaduan masyarakat majmuk Malaysia..slowly n softly..

  • @damdamWoo
    @damdamWoo Рік тому +2

    Kita semua baik baik saja…hanya ahli politik saja main dengan isu bangsa yang tak wujud dan kita jadi mangsa! Bangunlah warga Malaysia!

  • @firdausblauk8695
    @firdausblauk8695 2 місяці тому

    Terbaiikkk n satu ATI tngok gelagat beliau tu...bebuat baik akan diblas baik suatu Ari ni...

  • @zamriamin7820
    @zamriamin7820 Рік тому +1

    Begini sepatutnya kita hidup berbilang bangsa...terbaik uncle