HIGHLIGHT: Episod 7 | Kau, Aku, Kita
Вставка
- Опубліковано 5 вер 2024
- HIGHLIGHT: Episod 7 | Kau, Aku, Kita
‘Kau, Aku, Kita’ memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih. Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya. Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan, seorang ahli perniagaan berjaya, yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status. Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru. Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman? Nantikan drama bersiri ‘Kau, Aku, Kita’ yang akan menemui penonton mulai 28 Oktober, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam eksklusif di TV3. ‘Kau, Aku, Kita’ merupakan adaptasi novel nukilan Orkid Edyliyne yang diangkat ke skrin TV oleh produksi JS Pictures.
Pelakon: Syarul Ridzwan, Janna Nick, Jinggo, Isey Fazlisham, Isey Titan, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria
#KauAkuKita
Tonton episod penuh di :
www.tonton.com.my
extra.tonton.co...
suka2 sya nk tgok espisot9 tlong la....
Episode 7 kau aku kita paling banyak buat mata masuk habuk
best giler
cerita ni memang best giler..tapi sayang episodnya pendek sangat..boleh sambung lagi tak??
dino din A7 buku nye pon nipis je..tu yg jln ctew pendek je
ALL THE BEST👍
all the best
Kalau iman dgn aus bersatu kan bgus!!!!...
Best je cerita kau,aku,kita ni
nk yg full alalalala terlepas td
saya perminat iman firdaus
Saya nak jumpa artis yang saya sebut tadi saya teringinnnn sangattttt
kalau cet hana cepat kan bagus
hujan punya sebab
Saya wani saya peminat syarul ridzwan dan janna nick
Muhammad Hafizul
so...
mana yg full puas cari ta jumpe😭😭😭😭
Natrah Jef iflix ade free je
nnti bgi full punye ehhh
yg full x dak ka
Awat iman dgn aus x bersatu ja....
nak yg full
full nye mana😟😟😟
X kan kak janna baru umur 19 kot????...
Hi
apa lah orang yg buat cet ni
apa punya cerita lah tersakut-sakut
apa punya cerita lah tersakut