Pizza PASAR VS Pizza PREMIUM | Pilihan Terbaik

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 23 лип 2020
  • Download aplikasi Dego:
    Apple: apps.apple.com/my/app/dego-ap...
    Android: play.google.com/store/apps/de...
    Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini: pCC-GvJ7pz...
    - - - - - - - - - - - - - - - -
    Dalam episod ini, kami mencari pizza yang mempunyai nilai harga yang berbeza. Pizza merupakan salah satu jenis makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malayia. Makanan yang berasaskan dari doh roti dan mempunyai pelbagai jenis “topping” diatas nya seperti keju, sayur-sayuran dan daging.
    Untuk lokasi pertama, kami singgah ke Pasar Malam Seksyen 28 Shah Alam. Walaupun hanya menjual pizza di tapak pasar malam, namun Pizza D’Rahmat menjadi tumpuan kerana mempunyai lebih dari 10 jenis topping pizza dan harganya sangat berpatutan. Untuk 1 keping pizza regular hanya berharga RM2.
    📍Lokasi 1 » Pizza D’Rahmat
    Pasar Malam Shah Alam, Selangor
    ☎️ Telefon » 016-255 2569
    ⏰ Waktu Operasi »
    Pasar Malam Isnin Seksyen 28
    Pasar Malam Selasa Seksyen 17
    Pasar Malam Rabu Seksyen 24
    Pasar Malam Khamis Seksyen 27
    Pasar Malam Jumaat Seksyen 6
    Pasar Malam Sabtu Seksyen 19
    - - - - - - - - - - - - - - - -
    Meat & Eat merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pizza yang unik seperti Chicago Deep Dish Pizza dimana sangat sukar untuk didapati di mana-mana restoran di Malaysia. Hidangan Deep Dish Pizza ni berasal dari Chicago, US dan ketebalan pizza ini sangat berbeza daripada pizza yang dijual. Pizza Deep Dish yang seakan-akan pai ini hanya berharga RM 38. Restoran Meat & Eat juga menghidangkan pelbagai menu pizza, western, pasta dan lain-lain.
    📍Lokasi 2 » Meat & Eat
    40, Jalan PJU 1/45, Aman Suria 47301 Petaling Jaya
    ☎️ Telefon » 03-7886 9330
    ⏰ Waktu Operasi » Selasa sehingga Ahad dari 11 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10 malam
    - - - - - - - - - - - - - - - -
    Untuk lokasi terakhir, kami mencuba Steak & Cheese Pizza dari Fino Piza TTDI. Chef Shaufi berpengalaman dalam bidang pembuatan pizza lebih dari 10 tahun dan kini menetap di Kuala Lumpur dan membuka restoran sendiri. Pizza premium ini diperbuat dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dimana mereka mengunakan daging “sliced ausie rib eye” dan pizza tersebut berharga RM58 sahaja. Ada pelbagai jenis menu pizza premium yang dihidangkan di Restoran Fino Piza.
    📍Lokasi 3 » Fino Piza
    44, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
    ☎️ Telefon » 03-7733 7474
    ⏰ Waktu Operasi » Khamis sehingga Selasa dari 11 pagi hingga 10 malam
    Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis pizza yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan pizza yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.
    - - - - - - - - - - - - - - - - -
    📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
    Destinasi TV merupakan channel UA-cam di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
    Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di UA-cam adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist UA-cam Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
    ©️ Copyright & Disclaimer
    Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
    For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

КОМЕНТАРІ • 259

  • @ISD70
    @ISD70 4 роки тому +62

    Out of all these pizzas, the one from Fino is the closest to Italian authentic pizza with thin crust in wood fire oven.

  • @syahmiafi5113
    @syahmiafi5113 4 роки тому +27

    Memang paling Fav bila Amal dengan Azri riview.

  • @rasyidmuhammad6785
    @rasyidmuhammad6785 3 роки тому +13

    Saya bukan nk kutuk.. Tapi nk nasihat supaya peniaga pizza pasar jgn takut letak kuah pizza banyak. Honestly Saya sendiri condem pizza hut, domino's, Dan mana2 pizza mahal. Aku x beli pizza tapi suka buat.

  • @tomomok1982
    @tomomok1982 4 роки тому +25

    terbaikkkkkkk!

  • @user-kg2vq5sz8l
    @user-kg2vq5sz8l 4 роки тому +5

    bagus content ni mcm buzzfeed.. sbb slalu tertanye Malaysia punye ape yg best murah vs mahal

  • @sawadee7799
    @sawadee7799 3 роки тому +2

    Dh lama pehati 2 host ni ,selekeh giler

  • @companymann
    @companymann 4 роки тому +8

    Have been looking for Chicago pizza 4 ages! Thx!

  • @mrnajmi3978
    @mrnajmi3978 4 роки тому +4

    Best content mcm ni, Teruskan lagi content mcm ni👍❤

  • @zafriabdhalim277
    @zafriabdhalim277 4 роки тому +39

    Jauh lagi nak reach level worth it sebab steven dgn andrew memang my all time fav food host. But keep it up, you guys will do great

  • @nafazax9282
    @nafazax9282 3 роки тому +1

    episode kali ini dibawakan oleh dego

  • @mohamadhasbullahbinsulaima8009
    @mohamadhasbullahbinsulaima8009 4 роки тому +29

    Min, cuba la mari MIKER PIZZA ipoh, di padang ipoh, ramai kata sedap

  • @ohk2015
    @ohk2015 4 роки тому

    Rambut anak d Rahmat style baii.... 70an punya cutting ni rxz 3speed..pilihan terbaik mmg paling best video pon lawa dgn slowmo nya mmg terbaik

  • @newsletter1988
    @newsletter1988 4 роки тому +4

    Wahhhh favourite channel food review..kipidap..

  • @izzuddinmuklas778
    @izzuddinmuklas778 4 роки тому +1

    Aku harap korang teruskan content ni. Episod seminggu sekali pun takpe. Nak lagi nice luaskan scale area review korang. Pergi negeri lain ke. Maintain kan the quality 👍

  • @ryomenkambing5415
    @ryomenkambing5415 4 роки тому +3

    Uish FINO PIZZA masuk dlm ni eh,ak suka restaurant ni sedap giler pizza dia

  • @aminsabli637
    @aminsabli637 4 роки тому +15

    bagi pandangan saya la, pizza yang crust lembut tak sedap compare dengan pizza yang crust dia rangup

  • @nyonyamanis53
    @nyonyamanis53 4 роки тому +1

    Semoga lebih ramai support independent pizza shop....mcm sedap...

  • @muhammadamizee1586
    @muhammadamizee1586 4 роки тому +1

    pizza number 3 elok letak penaik tepung. agak nipis tp mmg superb

  • @ajismotovlogger300
    @ajismotovlogger300 4 роки тому +6

    Mat saleh lama tak nampak.. Dia p mana?

  • @armxn7
    @armxn7 4 роки тому +79

    Buat sate bang please