Kongsi pengalaman dengan Si Omel, Forza 250. Apa yang saya rasa..

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 січ 2022
  • Alhamdulillah setelah dua bulan saya menjadikan omel sebagai tunggangan saya yang sah, saya share dengan sahabat semua apa yang saya rasa tentang dia. Pastinya ada kekurangan dari segi penyampaian sebab saya bukanlah orang yang pakar untuk review😄.
    Namun sedaya upaya saya sampaikan apa yang saya rasa dari hati tentang Omel. harapnya sahabat semua dapat terima dan dapat jugak info tentang bangsa si Omel ni. Takde niat saya nak bandingkan Omel dengan bangsa-bangsa skuter yang lain, sebab tiap yang ada mesti ada lebih dan ada kurangnya..
    Pun tak bermaksud saya nak bermegah-megah dengan kurniaan Ilahi. macam yang saya katakan tadi, saya cuma nak share apa yang saya rasa dan berkongsi pengetahuan kadar yang ada🤗. Moga ada manfaat untuk kita semua, terima kasih😉.
  • Авто та транспорт

КОМЕНТАРІ • 161

  • @hilmihassan4286
    @hilmihassan4286 2 роки тому +1

    Terbaek bro..suka cara penyampaian bersahaja. Teruskan dgn video2 baru..

  • @randomvideos3356
    @randomvideos3356 2 роки тому +1

    Nice sharing bro..mantap penyampaian, terima kasih 👍🏻👍🏻👍🏻

  • @fathisyauqi8046
    @fathisyauqi8046 2 роки тому +2

    Terbaik tuan perkonsiannya. Saya pakai xmax sekarang. Moga tuan terus hasilkan video2 menarik dan bermaklumat di youtube ni.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Terima kasih. Tak kisah apa brand motor kita pakai..kita semua bersaudara dalam agama dan andai ada dikalangan kita yang susah, kita akan bantu tanpa mengira brand apa dia pakai..itu yang jadi keutamaan🤗

  • @radenthologyal-misqi693
    @radenthologyal-misqi693 Рік тому +1

    Steady bang Jay. Suka saya tgk vlog abang.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      Alhamdulillah tq jugak raden sudi suport🤗

  • @ajib_abil_ardani
    @ajib_abil_ardani 2 роки тому +2

    Terbaik bossku 🇲🇾

  • @Djhkm1000
    @Djhkm1000 7 місяців тому +1

    Terima kasih atas perkongsian tuan

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  7 місяців тому

      Sama2. Terima kasih sudi singgah

  • @ratchetcybertronian2247
    @ratchetcybertronian2247 2 роки тому +1

    terbaik bro

  • @jeplowbye4661
    @jeplowbye4661 2 роки тому +1

    cara penyampaian santai dan ada kelakar tapi jelas👍

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Mekasih sudi komen san singgah🤗. Maap kalau ada yang kurang

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 2 роки тому +2

    Review abg memang bagus dan bersifaf rendah diri lepastu Amalkan SOP ketika Buat Video.👍🏻😷

  • @helmihasan-personal93
    @helmihasan-personal93 2 роки тому +1

    penerangan yang bagus

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Terima kasih sudi singgah dn komen😄

  • @mahadirzamri7994
    @mahadirzamri7994 2 роки тому

    Padu Tuan Syeikh. Brp tu?

  • @andinurtianto3137
    @andinurtianto3137 2 роки тому +1

    Kerrrren bang jay,,awak nunggu yg next honda forza 2022-23..buat temenin yg 2019 sudah dirumah...nyaman dan halus mesinya...

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Insya Allah amin..mudah2an Allah makbulkan doanya. Nanti kalau udah dapat forza, bagitau ya😉

    • @andinurtianto3137
      @andinurtianto3137 2 роки тому

      Iya bang,salam sehat selalu dan salam sukses dari ,Jakarta...ammin ya roball alamin bang....🤲🙏...juga buat abang..honda forzanya makin kerren dan selalu awet...

  • @FnDuK
    @FnDuK 2 роки тому

    Salam tuan. Bagus la perkongsian ni. Dpt byk contact2 yg saya tak tau nak cari kat mana... Terbaekk bang

  • @sketsa_rider
    @sketsa_rider 2 роки тому +11

    Saya hari2 bawa moto.. belum pernah jumpa lagi honda forza kat jalan..forza ni kategori motor rare jarang kat jalanan..klu persaing ia xmax 250 byk dah.. tapi windshield tu..bole naik atas bawah klu s1k bole buat mcm ni kan best 😁

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Nanti saya mintak honda park sebijik forza dpn rmh adam. Tiap2 ari dpt tgk😝

  • @daviddawson9941
    @daviddawson9941 2 роки тому +11

    Hi Abang Jay,
    Thanks for sharing this, i wanted to buy xmax but after i see your video, i have decided to buy Forza, hope to see you share more after i buy Forza
    By the way, i saw you today when i go back home, actually we are staying at the same area :)
    Thanks
    DD

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +4

      Surprise. Where do you see me? Thank you for subscribing to my channel. I really appreciate it 🤗. next time if you see me anywhere, don't be shy to say hi😉. ride safe bro. Sory broken english🙈

    • @daviddawson9941
      @daviddawson9941 2 роки тому +3

      😊 i saw you at the traffic light just before to McD, around 9.30pm, i recognise your number 414 and the blue sticker, i wanted to hello you but you were too fast with your Forza, i was only with SYM200 so cant cope with you but i surprised when you turn to McD because i always use the same way to go home as well
      Actually i only started to see you video last week and i was thinking to see you one day but i really didn’t expect that i will see you today
      No worry about english, kita orang utara, Pulau Pinang 😊

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +3

      @@daviddawson9941 laaa...saya perasan david masa kat trafick light. David ada kat sebelah belakang (kanan) saya kan? Saya nampak ikut side mirror🤭

    • @daviddawson9941
      @daviddawson9941 2 роки тому +3

      @@ustazjaafar Exactly, betul tu, i kat belakang sebelah kanan, I mcm keliru dan mcm tak percaya, Abang Jay kah atau orang lain kah, tak sangka cepat jumpa tadi, padahal baru view video tak sampai seminggu, kalau u stop lat McD, mesti saya tegur, harap boleh berjumpa lagi 😊

  • @jrsevenmerata6421
    @jrsevenmerata6421 2 роки тому +1

    thank you sharing ‘kasih sayang’ omel👍

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Sama2. Terima kasih sudi singgah🤗

  • @muhammadarshad-mt3qw
    @muhammadarshad-mt3qw 2 роки тому +1

    Nnt jgn lupa share kos maintenance bang

  • @berrieberrie1555
    @berrieberrie1555 2 роки тому +1

    terbaik, banyak info menarik..bagi saya cuma design side mirror dia tu aiseh. macam tolak markah sikit. yang lain Honda memang terbaik la berbanding XMAX250. side mirror dia tu boleh tukar dengan yang biasa tak? macam xmax? terima kasih^^

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Ye, sesetengah org memang takleh blah dgn side mirul dia😄. Saya rasa memang ada dah org modi side mirul tu. Dia ejas buat macam xmax. Kekadang tgk cantik jugak🤭

  • @muhamadnormohdramli7928
    @muhamadnormohdramli7928 2 роки тому

    Assalam tuan .. kat mana buat seat tu kalau boleh share tempat tu

  • @shah8592
    @shah8592 2 роки тому +5

    Terbaik review bang..Saya pakai Elegan 250 ABS ja..Itu pun dah puas hati...Menarik info abg pasal servis skuter BMW lama tuan..mahal bebeno sampai 4k ye..Apa yg ditukarnya?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +4

      Elegan 250 pun mantap..bagi saya kalau utk kelas 250, lebih kurang je..sebab bagi saya bukan brand yg penting..tapi silaturrahim🤗

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 Рік тому

    Jadi Berbaloi Ke Abg Kalau Nak Pakai Forza ini Utk Jangka masa Yg Panjang Berbanding 250CC Lain?

  • @mkhairsulaiman3474
    @mkhairsulaiman3474 2 роки тому +2

    Skuter jenama Honda ni memang bagus dan selesa. Saya pakai skuter honda PCX yg first model. Dh 9 tahun saya pakai.TAPI.. masaalah nya bila nk servis kt kedai2 biasa.. spart part payah. Servis minyak itam je yg boleh. Spart part kena oder dulu.. dh sampai baru boleh servis. Nk Senang..pegi je servis center Honda... tu je masaalah nya. Tk macam moto skuter jenis Yamaha atau Modenas Elegan..banyakje part2 dia dan senang dapat. Harap Honda dpt upgrade tentang spare part tu supaya mesra pengguna Honda.. yg penting mudah di dapati. Tu je.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Input yang baik terutamanya untuk saya yang baru pakai. Terima kasih😄

  • @kj-kymcojockey2884
    @kj-kymcojockey2884 Рік тому +1

    Saya mampu modenas elegan 250 ABS je...Alhamdulillah...sahabat scooterian..

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому +1

      Alhamdulillah, molek sangat dah tu. Yang penting, bahagia dan tenang🤗

  • @edy7178
    @edy7178 2 роки тому

    hi bro apa jenis Rack utk top box .. mana beli

  • @shafiqaida
    @shafiqaida 2 роки тому +1

    Handbrake Honda ada apply kat model Click tp kat Forza n ADV xde benda tu.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Baik, alhamdulillah terima kasih👍🏼

  • @allskoolguru
    @allskoolguru Рік тому

    hi sir can share with me the windscreen shopee link? thx

  • @mofazr2034
    @mofazr2034 2 роки тому +1

    Brake hold ada dah dkt nvx v1 lg bang..🤗

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Aduhhhh tu yang ralat..saya hold pakai kaki jela😆

  • @NizanArshad
    @NizanArshad 2 роки тому +3

    Tahniah Abg Jay. Terima kasih Walkaround dan pencerahan yang ringkas dan jujur. Cuma nak tanya, seat boleh tahan ride 2 jam ?.. thanks in advance.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Lepas saya ejas kat has cushion, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ejas. Pernah ride non stop 2 jam. Tapi naik sorang. Tak pernah try ride jauh dengan pillion lagi😄

    • @NizanArshad
      @NizanArshad 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar Alhamdulillah. Saya dah boleh decide my next Skuter Idaman. Teruskan berkongsi dan berkarya.. pengalaman tuan sangat2 membantu.. 🤗

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@NizanArshad didoakan mudah urusan dan diberkati pilihan. Usah panggil saya tuan..🤗

    • @NizanArshad
      @NizanArshad 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar baiklah Jay..😁

  • @rusydialjauhari7495
    @rusydialjauhari7495 2 роки тому +2

    Abg Jay ...boleh test ride tak.... hehehe (ust Rusydi Al-jauhari ni)

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Allahu wahai tuanguru yg dikasihi..hamba amat berbesar hati😍🤗

  • @habibsolhi2100
    @habibsolhi2100 2 роки тому +1

    abg cikgu ke???nice review bangg

  • @zailanz
    @zailanz 2 роки тому +3

    Tq review yg bagus. Saya dah 6 bulan pakai, satu je nak modify, seat keras 😅. Boleh share alamat/contact kedai mod seat tu?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +2

      Tima kasih😄. Nama kedai tu has cushion, subang mas. Lepas saya modified seat omel, perubahan yg berlaku ialah riding position saya lebih baik. Tapi tak menambah kualiti empuk seat..

    • @abam1roy194
      @abam1roy194 10 місяців тому +1

      Saya pakai Adv150..dpt motor seat mmg wat sakit pinggang..lepas tu saya pakai jaring cover seat yg anti kucing tu terus ok..xberapa keras sgt n sakit pinggang da hilang..

  • @hahpopp211
    @hahpopp211 2 роки тому +3

    Bila beli scooter maxi 250 tk kira model first tukar suspension system dan tyr.pemanduan pasti berbeza.

  • @maszwndy
    @maszwndy Рік тому +1

    Setakat bawa 120 lagi baik pakai adv150... Lagi ringan sekitar 140kg je... Salam perkenalan... Tgh fikir2 nak beli forza

  • @davidjames4282
    @davidjames4282 2 роки тому +2

    Done subscribe

  • @PakDie
    @PakDie 2 роки тому +4

    saya beli xmax ready stok kedai bagi harga rm26k+++..memang sama harga dengan forza 250.froza sebelum ni dekat rm30k...xamx ni harga jualan rm21k+++.tapi tu kedai memang main harga xmax..ada rzeqi nak jugak beli sebijik forza ni.tapi tu la dah ada 2bijik maxi scooter 250..

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Tahniah ada xmax. Kita sama2 guna dua roda..moga ada manfaat utk kita insya Allah🤗🤲🏼

    • @PakDie
      @PakDie 2 роки тому

      @@ustazjaafar InsyaAllah

  • @khaimuhamad5688
    @khaimuhamad5688 2 роки тому +1

    Bab brek holl tu sy bersetuju sbb sy pun alami pekara yg sama nak plk berenti kat kawasan curam tp utk pengetahuan tuan honda vario ada brek holl

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Ya saya dah tgk vario. Pelik sgguh moto 26k lebih takde brake hold. Benda basic sangat.

    • @khaimuhamad5688
      @khaimuhamad5688 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar tu la,1 lg kelemahan yg sy tgk pd skuter klw bwk budak2 duduk depan mase berhenti klw ank terpulas terutel mau beseleqak

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@khaimuhamad5688 huhuhu ni saya lupa nak hlight. Point bagus ni

  • @amirradzi9678
    @amirradzi9678 Рік тому +2

    Pkl brp abang shooting video ni? Selalu ramai orang jogging kat tasik shah alam. Pencerahan yg bagus. Dah melepasi umur 5 series ni minat pula saya dengan scooter touring ni. InshaAllah ada rezeki boleh ambil nanti. Kenderaan buat pi kerja sampai ke pencen.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      Dalam pkl 11.30 kalau tak silap. Lama dah😅

  • @shamsiahibrahim58
    @shamsiahibrahim58 2 роки тому +1

    Servis kt Honda dealer atau workshop biasa boleh Tuan Admin..
    Long Distance stable tak bawa.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Servis kat Honda lagi insya Allah. Paling tak pun sampai hahis waranty (dua tahun). Long diatance alhamdulillah baik dan selesa😄

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 Рік тому

    Service paling Mahal Berapa Anggaran Utk Forza 250 ini?

  • @ashadi5118
    @ashadi5118 2 роки тому +2

    Bleh tahu stiker moto buat kat kedai mna bang, mmg cantik la dan berapa kos termasuk pasang...

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Armorblaze. Kedai tu tepi MRR2, ampang. Kos rm500. Tinggal motor sehari

  • @ongcicong
    @ongcicong 16 днів тому +1

    Abang boleh menperkenalkan info tempat yang kamu modify seat di kedai subang ?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  15 днів тому +1

      @@ongcicong no 5, jalan sm 5, taman subang mas. Nama kedai, HAS CUSHION

    • @ongcicong
      @ongcicong 15 днів тому +1

      @@ustazjaafar thank you

  • @rottfazri6708
    @rottfazri6708 2 роки тому +1

    bestla forza ni. xmax x stim tgk 😆

  • @tarmizeemizee2483
    @tarmizeemizee2483 11 місяців тому

    major service berapa bang RM ????

  • @MATNOQ765
    @MATNOQ765 2 роки тому +3

    Assalam bang...boleh bagi detail tayar tak...model & size..sy nk cari

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +2

      Battlah SC2 depan 120/70 R15, belakang 140/70 R14

  • @nazeemnawi
    @nazeemnawi 2 роки тому +4

    Assalamualaikum. Brake hold / parking brake ada dkt Honda Vario 150 bang 😃, Forza tak ada ye?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Waalaikumussalam wr, Aduhhh yeke? Ke saya yang tak jumpa cari😆.

    • @nazeemnawi
      @nazeemnawi 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar tak tau la bang klu forza, klu takde, tak syok la moto mahal..huhu

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@nazeemnawi ya..ralat..sebab regenya pun 26k lebih

  • @jabxmyhc
    @jabxmyhc 2 роки тому +1

    Assalamualaikum tuan. Blh tahu monorack box tu jenis apa? Blh dpt dimana

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Wsalam wr. GIVI. Saya beli kat Welly Batu Caves.

  • @rambotangading
    @rambotangading 2 роки тому +1

    Boss..bg lokasi kedai buat stiker tu...cantik mantap....tqvm

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Waze/google maps ARMOBLAZE. Jalan Lingkaran Tengah II

    • @rambotangading
      @rambotangading 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar tq boss

  • @megmeg2949
    @megmeg2949 2 роки тому +1

    Bg saya klu ada cruise control lebih baik

  • @firjtx1211
    @firjtx1211 2 роки тому

    Fening forza dgn xmax ni

  • @mazyus4779
    @mazyus4779 2 роки тому

    nk ty bang absorber pro fender boleh dpt di mana ya?
    kalau ada lokasi lagi baik tq bang

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Kontek bro sayan +60 13 759 4544. Saya beli melalui dia aritu.

  • @muhdfirdausmuhamadlutpi4388
    @muhdfirdausmuhamadlutpi4388 Рік тому +1

    Salam abg jay ...sticker moto ni abg buat kt mne

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      Wsalam wr..saya buat kat satu kedai di ampang. Tapi saya tak rekmen buat kat situ dah..masa saya nak buat stiker utk motor baru saya baru2 ni, 3 bulan kena tunggu..macam menunggu motor baru..buat stiker je pun..

    • @muhdfirdausmuhamadlutpi4388
      @muhdfirdausmuhamadlutpi4388 Рік тому +1

      ​@@ustazjaafar oh yeke....ok2...klau ade kedai lain yg bgus...mntk rekomen bang.tq2

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 Рік тому +1

    Sy Betul2 Minat Forza 250 Ini Kalau Ada Rezeki Lebih Tapi Sy Ada Beberapa Soalan Nak Tanya Pada Abg Jay?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      Saya doakan mudah urusan memiliki forza. Mana yg saya boleh jawab, saya try jawab.

  • @jueviolegrace1444
    @jueviolegrace1444 2 роки тому +2

    Kalau ikut owner manual dia suruh tukar engine oil setiap 12k km

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Info baik ni. Dengan big wing kena tukar setiap 3k. Lepas habis waranty boleh try paling tidak setiap 10k km

  • @ahmadfadhilalias725
    @ahmadfadhilalias725 День тому +1

    Ouh,forza xde break hold/hand break ye?..xsilap xmax ade

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  16 годин тому +1

      @@ahmadfadhilalias725 ya. Memang takde. Melainkan kalau nak pasang after market punya.

  • @amriabdulaziz7009
    @amriabdulaziz7009 2 роки тому +1

    Si Bambam service kat mana? Saya baru pakai C650 sport. Rasanya service kat BMW mahal kot? Apa pendapat? TQ

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Bambam dulu pernah service kat auto bavaria ara damansara (dulu beli kat situ). Pastu pernah jgk service kat BMW motorrad chear kat puchong. Sempat la dua kali service. 10000km dan 20000km. Lepas service kali kedua tu saya jual😅. Keras sgt harga dia. Tak padan dgn cc.
      Tahniah dah pakai c650. Padu tu👍🏼

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Bambam dulu pernah service kat auto bavaria ara damansara (dulu beli kat situ). Pastu pernah jgk service kat BMW motorrad chear kat puchong. Sempat la dua kali service. 10000km dan 20000km. Lepas service kali kedua tu saya jual😅. Keras sgt harga dia. Tak padan dgn cc.
      Tahniah dah pakai c650. Padu tu👍🏼

    • @nanoadv3914
      @nanoadv3914 2 роки тому

      Shamscootsport ttdi jaya mmg specialist bmw dan european scooter boleh survey kedai tu

  • @nikahmadfaisal8582
    @nikahmadfaisal8582 2 роки тому +1

    Boleh saya tahu elektrik pam model apa?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Xiaomi mini inflatable pump air..search kat shopee ada. Rm155.

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 2 роки тому +1

    Sy ada soalan Kalau Utk Org Berat 55 kg Tinggi 170cm okey tak pakai?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Alamak slim sangat tu😄. Should be okay dengan ketinggian tu. Saya tinggi sikit. 176. Tapi lepas tu saya modified seat. So lebih selesa.

  • @shakirdarius1772
    @shakirdarius1772 2 роки тому +1

    Boleh tau sblm abg beli moto ni ada berapa brand ada dlm list sblm beli & knp beli forza?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Saya memang target forza. Sebabnya ialah design dan kos mantenan yang masih sesuai dgn kelasnya😄

    • @shakirdarius1772
      @shakirdarius1772 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar mmg minat dgn forza ni jgk tp nk tggu model 350 berapa harga dia nti baru decide

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      @@shakirdarius1772 insya Allah moga dimudahkan🤲🏼

  • @mizaatue
    @mizaatue 2 роки тому +1

    bang, boleh share link ke details ke, on rack dan box tu tak..menarik gak ada box tu..

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Rack big wing JB pasang masa ambik mito. Box tu saya beli kat welly advance batu caves. Harga dalam 450..

    • @mizaatue
      @mizaatue 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar ooo..pasang terus dekat kedai ya..baik2.berapa anggaran harga rack tu ya..
      Insyaallah,xde aral akan dapat forza juga dlm minggu ni.cadang nak pakai box gak.haha.tbiasa pakai box da sejak dlu.

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@mizaatue rack tu saya req free dengan big wing. Asalnya saya dapat beberapa barang free. Macam helmet, baju ujan dll. Tapi saya tolak semua tu sebab dah ada dan saya req free rack utk letak box. Diaorang setuju😆. Saya rasa kalau beli rack tu, anggaran 300 jugak

    • @mizaatue
      @mizaatue 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar owh..gitu.baik bang.menarik juga tu..baju hujan ada beberapa da tu.haha.
      Terima kasih ya.selamat berbuka bang

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      @@mizaatue sesama. Tima kasih sudi singgah. Tahniah tak lama lagi nak dapat forza baru😄. Tido dengan moto la jawabnya😆

  • @anakajaib6854
    @anakajaib6854 2 роки тому +1

    Tudiaaa..servis sampai 4k++ noo bmw tu... makan modaiiiii

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Ya major service utk c400gt 4k lebih😅

  • @ShahrulSyed
    @ShahrulSyed 2 роки тому +1

    Assalamualaikum, windscreen Tu standard ke tukar lain

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      Waalaikumussalam wr, tukar lain. Kos dalam 150

    • @ZairieRH
      @ZairieRH 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar Blh kasi link yg jual windscreen tu ker? TQ

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@ZairieRH Ni no dia 012 229 3329. Whatsapp pun boleh. Chinese guy, tapi baik😉

  • @malcomjames4763
    @malcomjames4763 Рік тому +1

    Kalau Nak Beli Ada Ready Stock Atau Kena Order Dulu?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      Saya dulu oder dulu. Tunggu dekat2 sebulan. Rasanya sekarang paling kejap pun dalam sebulan dua..

    • @malcomjames4763
      @malcomjames4763 Рік тому +1

      @@ustazjaafar Ooh Okey Terima Kasih Abg Jay Semoga Abg Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur Amin Ya Rabbanal Alamin.🤲🏻

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  Рік тому

      @@malcomjames4763 Allahumma Amin..didoakan kebaikan untuk kita bersama🤗

    • @malcomjames4763
      @malcomjames4763 Рік тому

      @@ustazjaafar 👍🏻👌🏻😊

  • @Oriolus1
    @Oriolus1 2 роки тому +4

    Salam Abg saya nak bertanya untuk Honda Forza 250 ni berapa RM kos major service?major service tu termasuk CVT service ke?

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +2

      Wsalam wr, maaf..saya belum sempat buat major service lagi. Milege baru 3600😄. Nanti masa buat major service, saya update insya Allah

    • @Oriolus1
      @Oriolus1 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar ok abg saya tunggu video update terima kasih

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      @@Oriolus1 terima kasih sudi singgah

    • @Oriolus1
      @Oriolus1 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar done subscribe abg👍👍👍

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      @@Oriolus1 terima kasih banyak🙏🏻. Moga panjang umur dan diberkati rezeki

  • @raigamuramasa2015
    @raigamuramasa2015 2 роки тому +1

    Aksoseri tu abg psg sendiri ker...

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому +1

      Saya beli kat shopee pastu gi kedai moto, mintak tlg diaorang pasang..bayar upah sikitla..absober tu upah dia rm50..yg trotel grip, brake lever, rm30😄

    • @raigamuramasa2015
      @raigamuramasa2015 2 роки тому +1

      @@ustazjaafar thanks boss bg info...sy pun br belajar nk main skuter 250 ni...

    • @ustazjaafar
      @ustazjaafar  2 роки тому

      @@raigamuramasa2015 aksesory forza buat masa ni tak berapa banyak lagi. Kena tunggu sikit.

  • @user-zo5bt3od2w
    @user-zo5bt3od2w 2 роки тому +1

    Seat honda biasa tu la honda