MENJEJAKI LOKASI | DI MANAKAH TAPAK PAWAGAM P. RAMLEE

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 сер 2024
  • #channel20sen
    Sewaktu P. Ramlee, H. M. Shah dan Salleh Ghani menubuhkan Rumpun Melayu Film Production, mereka telah menyewa panggung wayang lama, Queen Cinema yang terletak berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
    Perkara ini berlaku setelah P. Ramlee dan H. M. Shah keluar daripada syarikat Perusahaan Filem Nasional (PERFIMA) pada awal tahun 1973.
    Syarikat perfileman Rumpun Melayu itu bertujuan untuk menerbit, mengedar dan menayangkan filem-filem terbitan syarikat tersebut.
    Demi persahabatan H. M. Shah telah mengeluarkan kos sepenuhnya pengubahsuaian panggung usang Queen Cinema itu sebanyak RM100,000.
    P. Ramlee mencadangkan nama baru, iaitu Panggung Wayang Gambar Rumpun kepada Pawagam Rumpun dan akan dirasmikan pembukaannya pada 15 Ogos 1973.
    Namun, P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, H.M. Shah bersama Salleh Ghani dan Ramli Ismail meneruskan usaha untuk merealsasikan Pawagam Rumpun dan pawagam tersebut kemudian ditukar namanya menjadi PAWAGAM P. RAMLEE.

КОМЕНТАРІ • 161

  • @kenosalleh1838
    @kenosalleh1838 Рік тому +10

    Alfatihah buat tan sri p.ramlee, h.m.shah dan ayahanda saya salleh ghani. Saya kerap mengikut arwah ayahanda ke pawagam p.ramlee. Nama pawagam adalah hasil perbincangan antara p.ramlee dan salleh ghani di rumah kami di klang gate.

  • @mattjalinho1022
    @mattjalinho1022 Рік тому +10

    Suatu hari tapak pawagam p.ramlee yg kini deretan kedai jadi tempat niaga warga asing 🤭

  • @eykin125zr
    @eykin125zr Рік тому +17

    Sayang sangat² pawagam allahyarham p.ramlee di roboh begitu saja, kalau la pawagam p.ramlee tu masih ada..mesti gempak punya, mesti ramai yg akan datang.. semua tu hanya tinggal kenangan yg tak dapat di lupakan

    • @musalmahbtjamil-288
      @musalmahbtjamil-288 Місяць тому

      Sedih kan .. kalau orang melayu punya.. semua nak roboh..x ada kesedaran langsung nak pertahankan... Alfatihah di baca untuk arwah2 yg terlibat dlm penubuhan pawagam ini..

  • @MaxKukuwon84
    @MaxKukuwon84 Рік тому +8

    Sedih..p ramlee seolah olah tiada jasa pada negara ini..syg seribu kali syg pawagam pertama p ramlee tidak dijaga menjadi mata sejarah dimuka bumi malaysia utk anak2 modern mempelajari nostalgia abad purba seterusnya djadikan rujukan buat selama lamanya..

  • @andakmohd6220
    @andakmohd6220 Рік тому +8

    ini la sikap yg berkenaan,bnyk tempat2 utk di kenang generasi seterus nya,habis hapus di telan rakus...di mana Arkib Negara sekarang ni....kenapa tiada penjagaan sempurna utk bangsa Malaysia...sehingga tiada memorial utk anak cucu kita lawati...sebagai contoh bangunan keretapi tanah melayu,tiada langsung usaha utk di baik pulih,mata buta dengan wang ringgit....kecewa dengan sikap mereka2 ini...apa lagi nak kita bangga kan...dengan suasana ahli politik berebut kuasa yg tak sudah2

  • @hambajahil3242
    @hambajahil3242 Рік тому +7

    Thn 1981 aku dari terengganu merantau ke kuala lumpur..sempat lah aku melihat pawagam P.Ramlee walaupnn aku tak masuk..rasanya ketika itu sudah tak beroperasi kot.
    Seingat aku jika kita dari chow kit menuju ke pertama kompleks pawagam P.Ramlee di sebelah kiri tidak jauh dari jalan kurang lebih dlm 200m dari jalan besar..ketika itu kita org jalan kaki je almaklum lah baru tamat sekolah..mana ada duit..kerja masa tu pn cuci kereta di petrol pump utk sara hidup..dpt lah rm15 satu malam..siang tidur..ptg pegi lepak dkt pertama kompleks atau masuk pawagam coliseum sblm start kerja mlm😅😅
    Skrng tak tahu lah mcm mana rupanya..dh puluhan tahun tak masuk situ..

  • @kairinase
    @kairinase Рік тому +6

    DBKL memang camtu... pantang tengok orang senang! (Dia Banyak Kacau Lezeki)

  • @syukrimohamad262
    @syukrimohamad262 Рік тому +6

    Mohon PBT buat kan 1 tugu kecil bagi menandakan kawasan pawagam P. Ramlee

  • @jarrenmigiu7002
    @jarrenmigiu7002 Рік тому +6

    terus tiada kesan kesan langsung dikerjakan dbkl ni mmg tiada hati perut

  • @yazsentul
    @yazsentul Рік тому +5

    Pernah tengok wayang disini masa saya masih remaja....tapi satu je yg tak selesa.... Tempat duduk ada pepijat....

  • @ajumaat
    @ajumaat Рік тому +5

    Zaman dah berubah. Anak muda lebih minat tengok wayang kat shopping complex.😊. Tak kira lagi dengan teknologi wayang online, dsb. Alfatihah buat arwah teuku puteh dan rakan seperjuangan.

  • @shahril-pe4tz
    @shahril-pe4tz Рік тому +10

    P.Ramly bermula disingapura....zaman kegemilangan p.Ramly disingapura...sayang sekali kerajaan telah keluarkan singapura dari malaysia.

    • @mendanperkase7223
      @mendanperkase7223 Рік тому +1

      Keluar bersebab boh bukan suka suka.................mcmla tak tahu sapa kepala spore tu

    • @abcxyz8816
      @abcxyz8816 Рік тому +2

      Bukan begitu kisah sebenarnya......pemimpin PAP yg dipimpin oleh LKY telah menutup studio jln ampas kerana semua crew studio termasuk pelakon filem ketika itu telah menubuhkan kesatuan @ UNION bagi menuntut elaun @ OT @ royalti bonus keuntungan kpd pihak SHAW dan secara langsung membuatkan pemimpin LKY membuka mata dan menyedari UNION ni boleh menyatupadukan org2 Melayu di Singapura ketika itu. Bangsa kiasu ni telah mengarahkan studio jln ampas ditutup dan menyebabkan SHAW BROTHERS (SB) mempelawa arwah TS P.Ramlee supaya berkarya di Hong Kong kerana HQ SHAW di sana. Selepas itulah menyebabkan karya2 seniman agung kurang feel kerana kebanyakkan crew2 filem dan peralatan tidak sebaik spt di studio jln ampas. Jika x salah.....selepas penutupan studio tu baru Singapore keluar Malaysia. Betulkan sy jika silap.

  • @nikashrafvlog4695
    @nikashrafvlog4695 Рік тому +7

    saya pernah menonton film di sini..antaranya...kutukan dewata..mela(hindi) dan byk lagi lah....nostalgia masa silam...

    • @mendanperkase7223
      @mendanperkase7223 Рік тому +1

      dia kata takde ekon dan pakai kipas siling pastu kerusi kayu.....................selesa ke encik tgk wayang camtu?saya sempat tgk cathay dan kapitol je yg mmd selesa ada ekon

    • @zskippythebushkangaroo3989
      @zskippythebushkangaroo3989 Рік тому +1

      Itu jam dlm panggung wayang semua begitu guna kipas, semua sempoi, siap boleh merokok lagi, nonton pun rasa enjoy..

  • @azmisulaiman2627
    @azmisulaiman2627 Рік тому +5

    Aku pernah masuk pawagam P.Ramlee tengok cerita hindi Naseeb lakonan Amitab Belacan sekitar tahun 1980.

  • @lcb8888
    @lcb8888 Рік тому +7

    saya bangsa cina tapi suka sejarah,kalau boleh pakai Drone untuk dapatkan wajah keseluruhan kawasan itu

  • @Shak_Solo
    @Shak_Solo Рік тому +11

    Sepatut nya kerajaan ambil alih dan pelihara, bukan nk roboh kn...

    • @mohamadarif6067
      @mohamadarif6067 Рік тому +4

      Kerajaan bkn kisah dan hargai pm pasal2 seniman agung kt tanahair ni..tgok apa yg jadi kt arwah Tan Sri P.Ramlee ni..

    • @Shak_Solo
      @Shak_Solo Рік тому +3

      @@mohamadarif6067 sedih kan.padahal nilai sentiment tu sgt tggi..tidak boleh dijual beli.klau tidak pawagam P.Ramlee tu mesti sampsi ke generasi akn dtg. Saya pun x tau wujud nya pawagam P Ramlee tu huhuhu 🥺

    • @musalmahbtjamil-288
      @musalmahbtjamil-288 2 місяці тому

      Sedih dengar cerita seniman agung p.ramlee melalui pendedahan channel

  • @theturnerians5064
    @theturnerians5064 Рік тому +13

    Mesti DBKL menyesal robohkan bangunan nie. Sebab benda boleh jadi bahan sejarah. At least boleh di jadikan muzium seni, pameran peninggalan arwah. Boleh buat dewan persembahan warisan. At least boleh rolling sikit duit utk kos maintenance
    Serius DBKL bongok.

    • @abdulkhalil7803
      @abdulkhalil7803 Рік тому +1

      Puak2 tu apa yg org melayu punya semua dia nk kacau

    • @truecamera4757
      @truecamera4757 2 місяці тому

      Dh pemilik bangunan pun buat bodoh je nk buat cmne

  • @sanizakir3858
    @sanizakir3858 Рік тому +5

    Saya cadangkan somebody tolong binakan replika pawagamnya di sana. Jadikan muzium

  • @nazrimohamad7915
    @nazrimohamad7915 Рік тому +6

    Pernah tengok filem Indonesia 5 Cewek Jagoan di pawagam ini tahun 1981 dulu. Pelakon paling ingat Yati Octovia dan Eva Arnaz. Itulah 1st dan kali terakhir saya tengok wayang di Pawagam P. Ramlee ini.

  • @banies-pp2vy
    @banies-pp2vy Рік тому +8

    Pastu krajaan dlu jual abis tanah2..tegadai abis smpai berubah jd cm skrg...demi keuntungan..di jajah lg oleh wrga asing sbgainya.

  • @norhayatimohdtaib6356
    @norhayatimohdtaib6356 Рік тому +6

    Saya pun pernah mninton Filem Indonesia d sini..Akhir Sebuah Impian..lakunan Broery Marantika n Emilia Contessa..panas sbb xder aircond..hihi.

  • @bangautube3681
    @bangautube3681 Рік тому +6

    Terima kasih admin membawa kita ke tempat bersejarah ini..sygnya org awam tdk diperkenalkan dgn lbh mendalam mengenai pawagam ini.

  • @user-ml8zc7vh4r
    @user-ml8zc7vh4r Рік тому +4

    Nostalgia, pertengan thn 70an Sya sama kawan2 pernah nonton d pawagam P Ramli. Tp awas anda d temani pijat yg tak suka kita duduk diam. Pernah jumpa Osman botak dgn kuncu2 nya hadapan pawagam. Oh jd kenangan bro.😂

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +2

      Beruntung sangat bro ada kenangan di pawagam tu

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +15

    AL Fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya aamin ya Rabbal Alamin dipermudahkan segala nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +1

      Aamiin

    • @HindariSyirik
      @HindariSyirik Рік тому

      Pernah tak dengar mengenai mimpi Muhammad Qasim? Yang Allah Swt dan Nabi Muhammad saw ratusan kali hadir dalam mimpinya memberikan informasi mengenai akhir zaman.
      Sejak 30 tahun lalu, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw selalu hadir dalam mimpinya. Qasim kini berusia 47 tahun. Kali pertama Allah Swt dan Nabi Muhammad saw hadir dalam mimpinya ialah ketika berumur 12 tahun dan ketika berumur 17 tahun, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw terus muncul dalam mimpinya. Sejak itu Allah Swt telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad saw telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 300 kali. Pada tahun 2007, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw memberitahunya apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.
      Kali pertama pada bulan April 2014, Allah Swt memberitahunya, “Qasim, AKU ingin engkau menceritakan kepada seluruh dunia berkenaan tentang mimpimu dan AKU mahu semua orang tahu siapa dirimu”.
      Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikannya. Selepas itu, dia berhenti berkongsi mimpinya. Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad saw muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda saw berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”.
      Qasim sendiri tidak tahu kenapa Allah Swt dan Nabi Muhammad saw terus-menerus datang ke dalam mimpi-mimpinya. Dia hanyalah seorang muslim biasa, alim pun tidak. Cuma dia berkata jujur dan dia hanya ingin menjadi temannya Allah Swt. Dia tidak pernah melihat Allah Swt, dia hanya merasakan lewat mimpi-mimpinya bahwa Allah Swt berada di atas Arsh dan dia mendengar suaraNya atau melihat cahayaNya dari sana. Dalam kesemua mimpi itu, Qasim merasakan bahwa Allah Swt lebih dekat dari urat lehernya dan bagian depan kepalanya.
      Qasim hanya pernah melihat badannya Nabi Muhammad saw karena pandangannya selalu tertunduk dalam rasa penghormatan. Dalam beberapa mimpi, Qasim bersalaman dengan Nabi Muhammad saw dan memeluk baginda saw dan badan Qasim bersaksi bahwa itu adalah badan mulianya Nabi Muhammad saw.
      Allah Swt memberitahunya dalam banyak mimpi bahawa: "Qasim, suatu hari nanti AKU akan menolongmu dan memberi kejayaan kepadamu dan AKU akan menunaikan segala janjiKU walaupun hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum hari kiamat".
      Pada 10 April 2015, Nabi Muhammad saw berkata kepadanya di dalam mimpi: "Anakku Qasim, sebelum Hari Penghakiman, 4 tanda besar kiamat akan muncul. Tanda besar pertama adalah kemunculan dirimu anakku Qasim!".
      Dalam mimpi lain, Nabi Muhammad saw berkata kepadanya bahawa tanda besar kedua akan ditunjukkan pada tahun-tahun mendatang, iaitu kemunculan dajjal. Baginda saw juga menunjukkan kepadanya bahawa 2 tanda besar terakhir termasuk turunnya Nabi Isa as dan kemusnahan yang dilakukan oleh Ya'juj dan Ma'juj.
      Allah Swt dan Nabi Muhammad saw memberitahu Muhammad Qasim dalam mimpi: "Suatu hari nanti engkau akan mengeluarkan semua umat Islam dari kegelapan dan seluruh dunia akan dipenuhi dengan cahaya dan kedamaian. Semua ini akan bermula dari Pakistan".
      Dalam sebuah mimpi, Allah Swt memberitahu Muhammad Qasim: "Dunia ini tidak pernah dipenuhi dengan kesyirikan seperti saat ini". Allah Swt akan membantu umat Islam jika umat Islam menghindari syirik dan semua bentuknya. Kunci kejayaan umat Islam adalah dengan menjauhkan segala bentuk syirik.
      Wallahualam.

  • @firdaushotmohamad2806
    @firdaushotmohamad2806 Рік тому +4

    Sedihnya dan sayu apabila mengenang zaman silam.

  • @abdmunif1707
    @abdmunif1707 Рік тому +5

    Kebanyakan org masa lalu Dan kini kurang mementing sejarah. Kalau pawagam tu Masih wujud sesuai dijadikan muzium filem kebangsaan

  • @Shahrul_89
    @Shahrul_89 Рік тому +3

    Sungguh berjasa arwah P Ramlee kpd 🇲🇾 sehingga kini, al fatihah buatnya

  • @zuleezullee3537
    @zuleezullee3537 Рік тому +4

    Sy pernah tengok wayang di pawagam P RAMLEE 3kali sebelum ditutup tiada aircon tidak selesa tapi amat bersejarah

  • @HambaAllah-uq9jl
    @HambaAllah-uq9jl Рік тому +5

    Sedih xde langsung kesan bekas tapak pawagam

  • @Firdaus900
    @Firdaus900 Рік тому +4

    Salam Dari Singapura. Wah tk tau ni tapak pawagam P.Ramlee. saya pernah bercuti di KL Dan singgah makan mlm Di kedai Nur Ain Tu. Kalau saya tau ni tapak dia amek gambar buat kenangan

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +3

      Ada rezeki boleh datang lagi bro...

    • @Firdaus900
      @Firdaus900 Рік тому +2

      @@sallehderan InsyaAllah bro.

  • @ahmadsidek6833
    @ahmadsidek6833 Рік тому +4

    Yg saya tahu tahun 70an saya pernah menonton pawagam p.ramlee dkt cowkit road sebelah Kiri kg baru.dpn jln besar.pintu pun papan selit bolih nmpk drp luar.tapi kini semua sdh lenyap ditelan olih bangunan tinggi2.

  • @tokmanali529
    @tokmanali529 2 місяці тому +1

    Yes! Atok bertugas di Balai Polis Campbell bermula tahun 1980, sering melalui kawasan Jln.Dewan Sultan Sulaiman apabila keluar tugas "Bit" berjalan kaki, melintasi Pawagam P.Ramli. hari minggu/ahad ramai warga Indonesia mengunjungi pawagam P.Ramli untuk menonton filem Indonesia!! Nostalgik! Sayang sekali Pawagam yg dinamakan dengan nama seniman agung tanahair tidak dapat dipertahankan!!

  • @mrviralchannels
    @mrviralchannels Місяць тому +1

    Jasa p ramlee dalam industri hiburan Malaysia terlalulah besar.memang patut p ramlee dianugerahkan seniman agung

  • @aqliqahar7744
    @aqliqahar7744 Рік тому +4

    Sayang tidak dipulihara bangunan yang bersejarah ini.

  • @im2102
    @im2102 Рік тому +7

    Patutlah PRamlee selalu makan di restoran Kudu tu, dekat dgn pawagam rupanya

  • @haihaihai8454
    @haihaihai8454 Рік тому +4

    Tahun 70an dulu byk kali juga saya menonton wayang dipanggung ini

  • @abdulrahimabdullah1527
    @abdulrahimabdullah1527 Рік тому +8

    Di Subang Jaya juga dulu ada Pawagam P Ramlee

  • @LIZALEH.BUSKERS_CHANNEL2533
    @LIZALEH.BUSKERS_CHANNEL2533 Рік тому +3

    sayang seribu kali sayang pawagam p ramlee

  • @nizamsz
    @nizamsz Рік тому +9

    Yg peliknya kenapa terus diroboh .. lainlah klu xde permit atau lesen mcm kedai2 haram xpelah diroboh .. ni sekadar x baiki kerosakan aje .. patut gantung aje lesen sampai di baiki .. mcm ada yg x kena aje .. ke ada pihak x puas hati memandangkan p ramlee x disukai ramai artis ketika tu ..

    • @catcat250
      @catcat250 Рік тому +1

      Ini Malaysia bos... kerajaan yang ada dari dulu sampai la ni...hanya boneka je... yang menggerak kan orang lain...sendiri pikir lah siapakah yang dimaksudkan...ni lah penjajahan halus namanya...

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +3

    WOW 😣😣😣 menakjubkan sekali masyallah hebat nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤

  • @BlackWarrior_2024
    @BlackWarrior_2024 Рік тому +4

    Berdekatan dengan Medan Tuanku, pernah masuk ke Pawagam ini tak salah tahun 1977 menonton gambar filem Indonesia yang sering ditayangkan...

  • @dewimurni3987
    @dewimurni3987 Рік тому +6

    Teringat semasa dahulu.... di surat khabar hari-hari ada iklan panggung wayang dan filem yg akan ditayangkan siap dengan jam berapa tayangan termasuk Pewagam P.Ramlee.... sekarang hanya tinggal kenangan...

  • @sharonleong7120
    @sharonleong7120 Рік тому +6

    I like to watch your videos. It's always great and interesting. Thanks..👍👍👍😍😍😍

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +1

      Thank you too

    • @mazlanhusin4391
      @mazlanhusin4391 Рік тому

      Harap yg ada di P.Pinang iaitu rumah kelahiran TSPR di pelihara sebaik nya.
      Jgn jadi seperti Pawagam P.Ramlee, kini hanya tinggal kenangan.

  • @Pak.long90
    @Pak.long90 Рік тому +4

    Sekarang Digantikan Pawagam GSC Quill City Mall Kuala Lumpur

  • @asaruddinomar40
    @asaruddinomar40 Рік тому +3

    Saya pernah tngok .panggong wayang ni ..hujung thun 70an. dulu...
    Jlm nk pergi chow kit...

  • @Janggut40
    @Janggut40 Рік тому +2

    Walaupun bukan zaman p ramlee tapi saya suka tengok video ini. Rupanya sana tpt pawagamnya.

  • @s.mkamil9599
    @s.mkamil9599 2 місяці тому +1

    Saya pernah menonton filem2 seram Indonesia pd tahun 2 1974.ketika itu umor 12 tahun.tiket Saya rasa dlm 40- 50 sen saja .satu nostalgia.

  • @Hpoppo-vi8tq
    @Hpoppo-vi8tq 4 місяці тому +1

    Saya peminat setia. Cerita lagana p, Ramlee, dari zaman pesekolaham hinggalah saya sekarang dah masuk wargamas,saya minta 1 saja, ujutkan nama pagong. P, Ramlee,,

  • @zaharahmurad3598
    @zaharahmurad3598 2 місяці тому +1

    Saya pernah sekali tonton di Pawagam P.Ramlee tahun 1979/80 gambar Indonesia.

  • @khairulnajid3720
    @khairulnajid3720 Рік тому +2

    Setiap yang baru akan menjadi LAMA.
    Setiap yang baru sampai masa akan di LUPA.
    Lumrah Kehidupan DUNIA.

  • @beginningending7640
    @beginningending7640 Рік тому +3

    Sentiasa hadir menonton👍🏻

  • @raykal_raynelin1989
    @raykal_raynelin1989 Рік тому +3

    Sayang seribu kali sayang..

  • @tigerganeral5109
    @tigerganeral5109 Рік тому +3

    Trima kasih dgn info2 sebegini.. sayang bnyak kesan2 sejarah x dpat tngok😢🇲🇾

  • @user-er1oq3kw7t
    @user-er1oq3kw7t Рік тому +3

    Pernah pergi dulu... ya d blkng pejbt pos tuanku abd rahman

  • @mohdsukirmanmustafa9116
    @mohdsukirmanmustafa9116 Рік тому +2

    Kerap juga ke sini makan ikan singgang. Tak tahu pula ini tapak pawagam P. Ramlee. Ingat area jln tar.

  • @amirulmukminin580
    @amirulmukminin580 Рік тому +1

    Permata negara yg tiada ganti..

  • @rodziariffin7876
    @rodziariffin7876 Рік тому +2

    Kereta p ramlie...depan pawagam...

  • @zulkarnaenmohdz
    @zulkarnaenmohdz Рік тому +3

    Terima kasih kerana berkongsi

  • @norhayatimohdtaib6356
    @norhayatimohdtaib6356 Рік тому +2

    Saya pun pnh menonton filem indonesia..akhir sebuat impian..broery marantika n emilia contessa..panas sbb xder air cond..hihi

    • @shahyeop1275
      @shahyeop1275 Рік тому

      Saya pernah singgah ,meninjau dari luar Pawagam P.Ramlee..Rasa terharu dan bangga dgn kewujudan Pawagam P.Ramlee. Saya nampak seniman Osman Botak mungkin sbg penjaga Pawagam.
      Sedih bila tahu.. Pawagam P.Ramlee diroboh .

  • @sxqfiee
    @sxqfiee Рік тому +6

    Langsung tiada rasa estetika dgn projek yg diilhamkan oleh seniman negara

  • @acap27885
    @acap27885 Рік тому +2

    Done hadir support 😊

  • @rodziariffin7876
    @rodziariffin7876 Рік тому +1

    Terbaik tuan

  • @SabrinaWazien
    @SabrinaWazien 3 місяці тому +1

    Hadir tanda support!
    Video yg dihasilkan juga sangat menarik dan menambah ilmu mengenai sejarah...
    Sangat menarik ^^
    Keep it up~😍😍😍

    • @sallehderan
      @sallehderan  3 місяці тому +1

      Alhamdulillah terima kasih

  • @fazillahfaizanharithsufi6243
    @fazillahfaizanharithsufi6243 Рік тому +2

    Dulu kalau selak akhbar jumpa le pawagam p.ramlee ni , macam pawagam pawagam yg lain juga lido , cathay dan sbgnya masing masing iklankan filem yg sedang mereka tayangkan .

  • @napisahabidin8596
    @napisahabidin8596 Рік тому +1

    Al Fatihah buat semua Arwah telah pergi mendahului kita.Semoga semua Arwah di Cucuri Rahmat

  • @kamalsemantan6413
    @kamalsemantan6413 Рік тому +2

    dulu jadi tmpt parking bas ekpress

  • @endonabdullah3538
    @endonabdullah3538 Рік тому +3

    Assalam bang, cari lokasi filem Sembilu tempat orang bakar rumah awie..

  • @endonabdullah3538
    @endonabdullah3538 Рік тому +2

    Assalam bang, cari jejak lokasi filem Bara ,tempat Nashs Aziz diburu konco carlos❤

  • @weddeychew567
    @weddeychew567 Рік тому +2

    Tq info

  • @ismailjusoh7219
    @ismailjusoh7219 Рік тому +2

    Sekitar area Pustaka Antara lama tulah

  • @roszmanmohammad6147
    @roszmanmohammad6147 Місяць тому

    😢😢

  • @user-yr1bh3eb3c
    @user-yr1bh3eb3c 8 місяців тому +2

    salah owner pawagam tu la x nak bertanggung jawab x nak usahakan untuk naik taraf @ baik pulih supaya kekal selama nya

  • @ahmadkamalabdullah4889
    @ahmadkamalabdullah4889 Рік тому +3

    Minit 2.18, kalau tak salah, kelihatan macam kereta Datsun milik arwah depan pawagam tu, pernah lihat kereta ni di Muzium P Ramlee... Terima kasih admin...

  • @bahterasamudera1977
    @bahterasamudera1977 Рік тому +1

    Hadir

  • @GamingZone-dc4uw
    @GamingZone-dc4uw Рік тому +2

    Baru tau maksud pawagam tu apa panggung wayang gambar,terbaik bang

  • @mohdhafizshahrudin2298
    @mohdhafizshahrudin2298 Рік тому +4

    sapa perasan kereta p. ramlee :)

  • @muhammadanuar2768
    @muhammadanuar2768 Рік тому +1

    Sayang sekali dpt bangunan tu😢

  • @Reformist101
    @Reformist101 Рік тому +4

    nampak selekeh je kedai2 makan tu semua. harap pbt dapat upgrade lebih selesa

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +3

      Akan datang gerai makanan ini akan dipindahkan

  • @harunhamid5060
    @harunhamid5060 2 місяці тому +1

    Dulu kalau saya nak tengok filem hindi atau indon saya masuk pawagam P. Ramlee. Tapi kalau nak tengok filem inggeris saya masuk Odeon depan pertama kompleks

  • @trishashereer6536
    @trishashereer6536 Рік тому +2

    Yaa ,takpayah search .dalam kepala ada arah jalan dia tau dimana😂

  • @kimothemo
    @kimothemo Рік тому +4

    Patutlah Kudu claim yang P. Ramlee suka makan situ. Rupa-rupanya ada panggung masa tu.

  • @endonabdullah3538
    @endonabdullah3538 Рік тому +1

    Bang, cari jejak lokasi filem Bara, tempat polis mengejar Awie❤

  • @Pak1Andak_Montoya
    @Pak1Andak_Montoya Рік тому +3

    SIAPA PEMILIK SEBENAR TANAH TAPAK PAWAGAM ? YG TERNYATA SGT BERNILAI TINGGI

  • @roslimat4559
    @roslimat4559 4 місяці тому +1

    Bagaimana dgn Pawagam P Ramlee yg di bina di Subang Jaya...masa saya tinggal disana tahun 1985 - 1987 ada pawagam P Ramlee disana ...tetapi tidak aktif..mungkin setelah dirobohkan di Kg Baru KL maka diganti di Subang jaya....cuba Chanel 20 sen semak..

  • @TheSkapina
    @TheSkapina Рік тому

    Admin...kalo xsalah saya, di jln ulu klang berdepan simpang masuk ampang jaya tu pd awal 80an ada jugak pawagam p.ramlee. Skrg tapak tu kalo xsilap jd hotel flamingo.

  • @BalbirSingh-vt5mh
    @BalbirSingh-vt5mh Рік тому +3

    Says pernah tengok filem si badul.zamanat.great gambler di pawagam ini

  • @rulazharhazarul1223
    @rulazharhazarul1223 Рік тому +1

    Tun bnyak kenangan sampai skrang dia ada lagi.. jgn tanya politik tanya siapa penyanyi pujaan nya

  • @kureed79
    @kureed79 Рік тому +2

    Dkt tpt mkn nasi singgang

  • @mohdezeidy
    @mohdezeidy Рік тому +2

    Dulu selalu tengok filem Indonesia Roy Martin, kalau hujan tak pergi tengok punya sebab zin bising, toilet sangat sedih

  • @kuchingsiam5307
    @kuchingsiam5307 Рік тому +1

    Pernah masuk panggung ne tahun 1970an

    • @ariffino7566
      @ariffino7566 Рік тому

      Letakkanlah tanda dilokasi asal supaya diketahui umum

  • @johanharris2806
    @johanharris2806 Рік тому +2

    Jalan Tuanku Abdul Rahman (sempena nama YDP Agung yang pertama)

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +1

      Pembetulan tuan... Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia..

    • @zainuddinmohamad7357
      @zainuddinmohamad7357 Рік тому

      Benar,Jalan Tuanku Abdul Rahman(sempena YDP Agong pertama)

    • @johanharris2806
      @johanharris2806 Рік тому +1

      @@sallehderan Maaf min. Setau saya di KL tiada yg namanya jln tunku abd rahman, Jln TUANKU abd rahman ya ada.
      Bukan niat berdebat sekadar meluruskan fakta.

  • @wahidigemini2698
    @wahidigemini2698 Рік тому +3

    sy xpernah mask pawsgam pramli walaupun pernah duduk rumah setinggan di depan pawagam
    pramli lebihkurang tahun77-80an

  • @endonabdullah3538
    @endonabdullah3538 Рік тому +3

    Cari lokasi filem Bara Rosyam Nor bunuh Nasha Aziz❤

  • @endonabdullah3538
    @endonabdullah3538 Рік тому +1

    Bang, cari jejak lokasi filem Bayangsn Maut Bapa bunuh faizal hussin..

  • @azlan93lan43
    @azlan93lan43 Рік тому +1

    Admin review studio filem negara . studio ni dulu pemyuntingan filem rakaman sitkom .. Sekarang studio ni dah tak ada

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +1

      Untuk masuk ke studio filem ni mungkin sukar... Banyak karenah birokrasi...hu hu

    • @azlan93lan43
      @azlan93lan43 Рік тому +1

      @@sallehderan studio filem negara dah tak ada dulu tapak dia jalan gasing pj . Sekarang studio ni finas amik ..

    • @azlan93lan43
      @azlan93lan43 Рік тому +1

      Studio ni banyak terbit iklan tayang di tv1

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому

      @@azlan93lan43 ye betul

  • @catcat250
    @catcat250 Рік тому +2

    Bang tapak filem pasir bedengung jangan dilupakan...haha

    • @sallehderan
      @sallehderan  Рік тому +1

      🤣🤣😂pasir berdengung tak wujud pun

    • @catcat250
      @catcat250 Рік тому

      @@sallehderan 🤣

  • @mohdnajib9259
    @mohdnajib9259 Рік тому +3

    Tu lh DBKL klu tmpt utk Rkyt Malaysia
    Lju aje dorg but krja sepantas kilat
    Klu tmpt2 niaga wrga Asing bersepah dkt
    Kota rya KL x ada plk pihak DBKL musnah
    Pelik2 x pelik smu tu kuasa RASUAH pnya
    Pasal...

    • @HindariSyirik
      @HindariSyirik Рік тому +1

      Pernah tak dengar mengenai mimpi Muhammad Qasim? Yang Allah Swt dan Nabi Muhammad saw ratusan kali hadir dalam mimpinya memberikan informasi mengenai akhir zaman.
      Sejak 30 tahun lalu, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw selalu hadir dalam mimpinya. Qasim kini berusia 47 tahun. Kali pertama Allah Swt dan Nabi Muhammad saw hadir dalam mimpinya ialah ketika berumur 12 tahun dan ketika berumur 17 tahun, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw terus muncul dalam mimpinya. Sejak itu Allah Swt telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad saw telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 300 kali. Pada tahun 2007, Allah Swt dan Nabi Muhammad saw memberitahunya apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.
      Kali pertama pada bulan April 2014, Allah Swt memberitahunya, “Qasim, AKU ingin engkau menceritakan kepada seluruh dunia berkenaan tentang mimpimu dan AKU mahu semua orang tahu siapa dirimu”.
      Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikannya. Selepas itu, dia berhenti berkongsi mimpinya. Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad saw muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda saw berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”.
      Qasim sendiri tidak tahu kenapa Allah Swt dan Nabi Muhammad saw terus-menerus datang ke dalam mimpi-mimpinya. Dia hanyalah seorang muslim biasa, alim pun tidak. Cuma dia berkata jujur dan dia hanya ingin menjadi temannya Allah Swt. Dia tidak pernah melihat Allah Swt, dia hanya merasakan lewat mimpi-mimpinya bahwa Allah Swt berada di atas Arsh dan dia mendengar suaraNya atau melihat cahayaNya dari sana. Dalam kesemua mimpi itu, Qasim merasakan bahwa Allah Swt lebih dekat dari urat lehernya dan bagian depan kepalanya.
      Qasim hanya pernah melihat badannya Nabi Muhammad saw karena pandangannya selalu tertunduk dalam rasa penghormatan. Dalam beberapa mimpi, Qasim bersalaman dengan Nabi Muhammad saw dan memeluk baginda saw dan badan Qasim bersaksi bahwa itu adalah badan mulianya Nabi Muhammad saw.
      Allah Swt memberitahunya dalam banyak mimpi bahawa: "Qasim, suatu hari nanti AKU akan menolongmu dan memberi kejayaan kepadamu dan AKU akan menunaikan segala janjiKU walaupun hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum hari kiamat".
      Pada 10 April 2015, Nabi Muhammad saw berkata kepadanya di dalam mimpi: "Anakku Qasim, sebelum Hari Penghakiman, 4 tanda besar kiamat akan muncul. Tanda besar pertama adalah kemunculan dirimu anakku Qasim!".
      Dalam mimpi lain, Nabi Muhammad saw berkata kepadanya bahawa tanda besar kedua akan ditunjukkan pada tahun-tahun mendatang, iaitu kemunculan dajjal. Baginda saw juga menunjukkan kepadanya bahawa 2 tanda besar terakhir termasuk turunnya Nabi Isa as dan kemusnahan yang dilakukan oleh Ya'juj dan Ma'juj.
      Allah Swt dan Nabi Muhammad saw memberitahu Muhammad Qasim dalam mimpi: "Suatu hari nanti engkau akan mengeluarkan semua umat Islam dari kegelapan dan seluruh dunia akan dipenuhi dengan cahaya dan kedamaian. Semua ini akan bermula dari Pakistan".
      Dalam sebuah mimpi, Allah Swt memberitahu Muhammad Qasim: "Dunia ini tidak pernah dipenuhi dengan kesyirikan seperti saat ini". Allah Swt akan membantu umat Islam jika umat Islam menghindari syirik dan semua bentuknya. Kunci kejayaan umat Islam adalah dengan menjauhkan segala bentuk syirik.
      Wallahualam.

    • @AmeyBarkaylow
      @AmeyBarkaylow Рік тому

      ​@@HindariSyirik
      Al-Mahdi muncul terus mainkan peranannya permulaan persaudaraan sejagat menuju alam akhirat kekal abadi.
      The arrival of Al-Mahdi must be real/authentic, he came alone and continue to claim and play his role as the beginning of the world's universal brotherhood towards the eternal afterlife. World history and the Malay language with him.
      The same long time will turn around the resurrection life until the ancient man before Adam. say emerges Al-Mahdi 2023 - 2021 - 2020 - 2019 next 1 after century (AC) directly to before century (BC)
      At the same time, explore outer space to other planets according to the capabilities and technology allowed by the eternal ruler of nature, which has no beginning and no end.
      Everyone will witness in every event happened, there is an outbreak of self-incrimination, there are no lies, everyone witnesses together, there are no great nations... the only great thing is the creator of the world🙋‍♂️.

  • @Rafee-eg2bw
    @Rafee-eg2bw 2 місяці тому

    Sayang betul banyak tempat² lama dah diroboh kan,yg ade pun x dijaga..otak terlampau cerdik mmg susah..habis semua lenyap..

    • @hamidrahman3021
      @hamidrahman3021 2 місяці тому

      Nk buat mcm mna alasan nk kmjuan ngra...pdahal kerakusan untuk kpntingan sndri....tembolok sndri dmi keuntungn...

  • @muhammadfirdausbinazmi1222
    @muhammadfirdausbinazmi1222 10 місяців тому +4

    itu lah tu sepatutnye kerajaan tak patut roboh jalan yang bijak kerajaan baiki buat bagi jadi model macam panggung wayang yang ada dekat mall nampak sangat kerajaan nak buat duit dekat tapak tu😒😏😏

  • @amirulmukminin580
    @amirulmukminin580 Рік тому +4

    DBKL pn aihhh..

    • @kairinase
      @kairinase Рік тому +1

      Dia Banyak Kacau Lezeki!