PAHLAWAN WALK MARKET | PAHLAWAN WALK NIGHT MARKET | TEMPAT MENARIK DI MELAKA | TEMPAT WAJIB SINGGAH

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 вер 2024
  • Assalamualaikum..
    Di video kali ni Abang dan keluarga jalan-jalan ke satu tempat yang sangat popular di Melaka. Kali ni abang dan keluarga berkunjung ke salah satu tempat menarik di melaka Bandaraya Bersejarah khususnya dan salah satu tempat menarik di Malaysia amnya. Kami berkunjung ke sini untuk makan malam sambil cuci mata melihat pelbagai barangan, pakaian, cenderamata dan banyak lagi barang-barang yang dijual disini. Tempat yang abang maksudkan itu ialah Pahlawan Walk Market di Bandar Hilir, Melaka. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik di melaka. Sebelum anda berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di melaka, ini adalah tempat wajib singgah yang terdapat di Melaka. Di sebelah malam pula, di sekitar tempat ini ada Pahlawan Night Market. Pahlawan Walk Market ini adalah berdekatan dengan Menara Taming Sari, Gereja St Paul dan Kota A Famosa.
    Lokasi Pahlawan Walk Market :
    maps.app.goo.g...
    Singgah juga ke Blog Addashuk
    www.addashuk.com
    Alamat :
    Jalan PM 4, Plaza Mahkota 75000, Melaka
    Waktu Operasi Pahlawan Walk Market :
    Dibuka setiap hari
    Isnin - Ahad : 10.00 pagi - 10.00 malam
    Waktu Operasi Pahlawan Walk Night Market :
    Isnin - Khamis : Tutup,
    Jumaat - Ahad : 6.00 petang - 12.00 malam
    Pahlawan Walk Market telah dibina pada 10 Oktober 2010 yang bertempat di bangunan Newton, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka. Sebanyak lebih kurang 64 lot kedai yang terdapat disini yang boleh disewa oleh peniaga atau orang ramai untuk menjalankan perniagaan sebagai punca pendapatan mereka. Oleh kerana kawasannya di dalam bangunan maka bilangan tapak yang dibuka untuk berniaga adalah sangat terhad dan sedikit berbanding dengan Pahlawan Walk Uptown. Pahlawan Walk Market ini adalah inisiatif dari pihak syarikat sendiri untuk menubuhkannya dengan menyewa tapak dari pemilik bangunan Newton. Pihak syarikat juga amat mengutamakan golongan dari bumiputra untuk menyewa dan membuka perniagaan di sini kerana ingin membantu menaikkan taraf hidup orang melayu di kawasan bandar.
    Jadi, kepada sesiapa yang berminat perlulah pergi ke pejabat Prima Wawasan Sdn Bhd untuk proses mendaftar, membuat "agreement" dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kepada penyewa. Pahlawan Walk Market beroperasi pada setiap hari isnin hingga ahad, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan akan menjadi tumpuan para pelancong dari luar negara pada setiap hujung minggu. Antara barangan yang dijual adalah pelbagai jenis kraftangan, pelbagai jenis baju, kasut, beg, hiasan rumah dan makanan kering. Semua barang disini dijual pada harga yang berpatutan dan boleh dirunding.
    So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui kedai wajib singgah di Melaka khususnya, kedai wajib singgah di Malaysia amnya.
    Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum...
    Ini adalah video review Pahlawan Walk Market dan Pahlawan Walk Night Market iaitu salah satu tempat menarik di Melaka, Kedai ini juga adalah kedai wajib singgah di Melaka.
    #pahlawanWalkMarket #pahlawanWalkNightMarket #tempatMenarikDiMelaka #makanSedapDiMelaka #melaka #tempatMenarikDiMalaysia #malaysiafood
    Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee.
    Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 30 Pro
    s.shopee.com.m...
    Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4
    s.shopee.com.m...
    Guna Microphone Saramonic Blink 500
    s.shopee.com.m...
    Video Dron guna DJI Mini 4 Pro
    s.shopee.com.m...
    Transcript

КОМЕНТАРІ • 2

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel 4 місяці тому +1

    Sini memang meriah..sentiasa ramai org lagi² hujung minggu😊

    • @Addashuk
      @Addashuk  4 місяці тому

      Betul tu tuan.. Pergi hr tu memang meriah dkt area menara taming sari