Ucapan YAB PM Di Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 2 жов 2024
  • Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia bersama-sama pimpinan Kerajaan Uzbekistan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Jamshid Khodjaev.
    Forum ini turut dihadiri lebih 200 tokoh industri dan ketua-ketua syarikat pelbagai sektor dari Malaysia dan Uzbekistan, yang sempat berdialog bersama saya bagi mengetahui secara jelas dasar dan hala tuju negara.
    Antara yang hadir termasuklah syarikat-syarikat Uzbekistan dengan pendapatan tahunan lebih RM1 bilion seperti Eriell Group, Korzinka, Orient Group, Murad Buildings dan Asklepiy Group, selain syarikat-syarikat Malaysia seperti Petronas, KWSP, Khazanah, Proton, Sunway Group dan Sime Darby.
    Dalam ucapan, saya nyatakan keyakinan terhadap potensi kerjasama Malaysia-Uzbekistan dalam pelbagai sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, E&E, halal dan kewangan Islam, selain bidang-bidang baharu seperti teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
    Saya turut berpandangan syarikat dan agensi di Malaysia perlu belajar daripada keupayaan Uzbekistan mencetus perubahan, pemodenan dan kemajuan ekonomi dalam tempoh singkat.
    Meskipun negara seperti Malaysia dan Uzbekistan banyak bergantung pada pelaburan negara-negara besar, namun masa hadapan kita amat bergantung pada keupayaan membina kekuatan sendiri.
    Kedua-dua negara perlu menggunakan kekuatan masing-masing untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan. Kolaborasi sesama negara sedang membangun perlu diperkukuh untuk sama-sama menyokong pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara terlibat.
    Usai sesi dialog, saya dan Jamshid menyaksikan pertukaran enam memorandum persefahaman (MoU) antara agensi kerajaan serta syarikat Malaysia dan Uzbekistan. MoU ini turut membabitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan universiti tempatan.
    Insya-Allah, Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia ini dijangka menjana hasil eksport sekurang-kurangnya RM710 juta, yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Agensi-agensi perlu mempermudah dan menyegerakan urusan pelaburan ini.

КОМЕНТАРІ • 50

  • @drzuraimyali7690
    @drzuraimyali7690 4 місяці тому +24

    Syukur AlhamdulilLah. Bertambah exports 710m. Semoga bertambah berkat dan rakyat Malaysia mendapat manfaat besar hasil kunjungan mahabbah untuk mengukuhkan hubungan kedua2 negara. Malaysia mempunyai potensi besar sebagaimana ayahanda DSAI sebut jika keyakinan, tatakelola dan amanah kuasa dilaksanakan dengan nilai dan adab yang tinggi. Tahniah ayahanda DSAI dan terima kasih kerana bekerja keras demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin mujadid abad ini ❤.😊

  • @MattiusMujah
    @MattiusMujah 4 місяці тому +20

    Terbaik PMx berkerja kuat tak kira siang dan malam semoga Malaysia dipandang tinggi oleh dunia luar dan dihormati ....Malaysia akan cemerlang dan terbilang dibawah pimpinan dsai 👍👍👍🇲🇾🇲🇾🇲🇾💪💪💪💪❤️❤️❤️❤️💙💙💙💙

  • @mahhasanmat7634
    @mahhasanmat7634 4 місяці тому +12

    👍Thoyyib kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan PMX DSAI semuga terus sukses dan cemerlang ke arah utk memacukan ekonomi negara melalui pelaburan dari luar negara

  • @hestypiper1062
    @hestypiper1062 4 місяці тому +20

    Alhamdulillah terbaik PMX semuga panjang umur amin

  • @samsinarnur3503
    @samsinarnur3503 4 місяці тому +19

    be the best among the best DSAI

  • @bai7201
    @bai7201 4 місяці тому +5

    Alhamdulillah.. MasyaAllah laquwataillabillah.. Syabas DSAI.. Terima Kasih dari rakyat Malaysia atas kebijaksanaan, kerja keras dan sungguh² utk negara, rakyat dan sejagat.. Allah pasti bantu pemimpin² dan rakyat yg beriman, jujur, amanah, tidak khianat dan berakhlak baik..

  • @SamionAmin
    @SamionAmin 4 місяці тому +17

    Terbaik dsai. GO GO GO ACHIEVE THE GOAL OF SUCCESS.

  • @muaythai9366
    @muaythai9366 4 місяці тому +9

    Terbaik pmx utk malaysia❤️💪👍

  • @awag4428
    @awag4428 4 місяці тому +6

    Rabbana, lindungi PMX dan sejahterakan Ummah.

  • @smt2868
    @smt2868 4 місяці тому +17

    Kalau dilihat dari kesunguhan berkerja tanpa batas waktu dan usia. Rasa tak percaya madih ada yg mempertikai kepimpinan DSAI

    • @shafiqali8689
      @shafiqali8689 4 місяці тому +3

      Dorang bukan mempertikai, tapi sengaja taknak mengaku usaha pmx tu. Sebab tu dorang banyak mainkan isu remeh temeh sebab nak alih perhatian rakyat supaya nampak keburukan dari kebaikan.

  • @Carl29330
    @Carl29330 4 місяці тому +10

    Long live Uzbekistan! 🇺🇿

  • @SahakAhmed
    @SahakAhmed 4 місяці тому +9

    jalan terus pmx jangan pedulikan golongan Khawarij yang terpenting ialah ekonomi rakyat dan negara perlu didahulukan,, bawa pulang seberapa banyak pelabur2 luar negara untuk invest in malaysia,, malaysia prime minister the best forever 😊

  • @shahrezza7834
    @shahrezza7834 4 місяці тому +12

    My PM ❤🇲🇾

  • @Sobian680
    @Sobian680 4 місяці тому +10

    Alhamdulillah.......

  • @DarrellAmarFirdaus
    @DarrellAmarFirdaus 4 місяці тому +5

    Alhamdulliah...PMX kita membawa Malaysia ke arah negara lebih sukses dari segi ekonomi serta bersaing dengan negara serantau khususnya dan juga dunia amnya...insyallah

  • @World_Literature-Movie_Tycoon
    @World_Literature-Movie_Tycoon 4 місяці тому +9

    Alhamdulillahirabbilalamin

  • @mohdfirdausdonon5695
    @mohdfirdausdonon5695 4 місяці тому +1

    Rezeki tidak datang begolek. Malaysia PM Mr Anwar, looking for good relationship and investors to invest in Malaysia. Salute to you malaysia pm Mr Anwar.

  • @JaybonGozila
    @JaybonGozila 4 місяці тому +1

    PMX TERBAIK ...KELAS DUNIA💗

  • @syedahmad4581
    @syedahmad4581 4 місяці тому +3

    Banyak kerja selepas lawatan, bertambah pendapatan

  • @JamesLeBond69
    @JamesLeBond69 4 місяці тому +7

    👍👍👍

  • @pirateroadrunner7676
    @pirateroadrunner7676 4 місяці тому +3

    Ya allah swt sihatkn kesihatan PMX ,perjuagan PMX untuk malaysia & seluruh dunia islam ☪️ , kemajuwan pendidikan kelahiran & segala yg diperlukan dunia & aqirat, ilmu and 0 dlm kehidupan , tiada daya & upaya dgn izin mu ya allah swt , segala puji bağı mu allah swt maha segala maha ,amin amin amin🎉❤

  • @drzuraimyali7690
    @drzuraimyali7690 4 місяці тому +1

    Hasil pelaburan negara Asia Barat 2.1b. Export 710m. Dianugerahkan pakaian rasmi tertinggi Chapan Bukhara. Tahniah ayahanda DSAI dan terima kasih atas usaha keras ayahanda DSAI demi rakyat dan negara Malaysia. Ayahanda DSAI dihormati seluruh dunia. Diberikan penghormatan tertinggi di Bukhara tempat Imam Bukhari dan Sahih Bukhari merupakan kitab hadis paling sahih selepas Al-Quran. Selayaknya ayahanda DSAI berhak mendapatkan gelaran Bukhari abad ini. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin ❤. Jangan lupa singgung pencapaian kunjungan ayahanda DSAI di Asia Tengah dalam perhimpunan penjawat awam bagi memaknai erti mencari 'sahabat setia'. Hubungan akrab dan sahabat setia wahana bagi mengukuhkan keyakinan bagi mendepani tantangan marcapada yang kian rumit. Allah kasih ayahanda DSAI dan seluruh kepimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia.😊

  • @cyamerols
    @cyamerols 4 місяці тому +3

    Jadikan Malaysia ini sebagai bisnes center utk asia tenggara, kerana kita mempunyai kawasan logistik yg strategik.. jika singapore, thailand dan Vietnam boleh, kenapa kita tak boleh.. yg penting cara kerja penjawat awam harus bersaing dengan syarikat korporat dari segi skill kerja nya.. jgn mengular sangat penjawat awam ni, nanti menjadi barah kepada semua orang.. amalkan sikap masa itu emas..

  • @norazlinakamaruzaman1421
    @norazlinakamaruzaman1421 4 місяці тому +1

    Alhamdulillah Malaysia Madani terus komited......aameen YA ROBB bi Iznillah

  • @tvbudak-budak1121
    @tvbudak-budak1121 4 місяці тому

    Jangan menuduh anuar ibrahim peliwat xbaik berdosa

  • @davincicode-no9sj
    @davincicode-no9sj 4 місяці тому +1

    Salam PMX Anwar
    Saya pandukan Tuan
    Kepada EBOOK READER
    Iaitu Peranti Khas Bacaan Buku Elektronik
    Ini adalah kesesuaian masa kini
    Saya harap Tuan dapat Teroka
    Bidang ini - Amin

  • @SalmanAditia-td9br
    @SalmanAditia-td9br 4 місяці тому

    Rakyat Indonesia tidak Ikhlas PT PAL Transfer Teknologi Ke Malingsia Dan kerjaka Maharajalele., Nanti Kalau sudah PT PAL Kerjakan Dan selesai., Bentar Di Claim lagi., Buatan Anak Tempatan., Sejujurnya Rakyat Indonesia 90% Mau Indonesia Perang., Biar Di Situ Di lihat Negara Mana Yang Kuat. Karena Kami pingin Hancurkan Kesombongan Kalian itu yang Tong kosong bunyi nyaring.,🇲🇾👎

  • @HandSome-jz1hv
    @HandSome-jz1hv 4 місяці тому +1

    Remember 01 pm.
    Do no pm remember.
    Think 01 to de isi.
    Anse Namber 01 power.
    Lok 7,8,9,10.
    From 01.
    But original do no pm tank.
    Maybe anderseten 01.

  • @masrurbasirun5507
    @masrurbasirun5507 4 місяці тому

    Pmx tak letih letih Tarek pelaburan n tingkat kan perdagangan kedua Dua buah negara,pembangkang tak letih letih buat kacau utk negara sendiri

  • @loziaffm6977
    @loziaffm6977 4 місяці тому

    “ Langkoh gape die kite nok wat lepaih ni deyy “ - …..

  • @halimrahman7504
    @halimrahman7504 4 місяці тому +3

    Terbaeek pmx.
    Rakyat sejahtera Malaysia Maju

  • @ashrafabdullah648
    @ashrafabdullah648 4 місяці тому +1

    walaun tgh pikir nk comment apa... atau tgh buka kamus English bahasa melayu.

  • @ryuwartanabe8891
    @ryuwartanabe8891 4 місяці тому +1

    team media anwar, please letak subtitle melayu. or substitle english . please

    • @ctzaimr
      @ctzaimr 4 місяці тому +1

      Adjust language translation kat setting tu. Malay x de, pilih Indonesia

    • @ryuwartanabe8891
      @ryuwartanabe8891 4 місяці тому

      @@ctzaimr terima kasih

  • @radhyshamsudin1371
    @radhyshamsudin1371 4 місяці тому +3

    PMX tak boleh lawan kehebatan Mahyuddin dan hj hadiii...depat 2 ni kalau berucap..1 triilion pelabur akan masuk ke malaysia.

    • @ctzaimr
      @ctzaimr 4 місяці тому +1

      Pelabur ke pelebur? 😂😂😂

  • @Suararakyatsuarakeramatm
    @Suararakyatsuarakeramatm 4 місяці тому

    Anwar peliwat😂😂😂

  • @oang...3264
    @oang...3264 4 місяці тому +4

    ....👶🍼....MAT KILAU DI ZAMAN KINI...! ✊👍👍👍💯✨🌟💝💐💐💐❤️🥳🎉

    • @willanand3830
      @willanand3830 4 місяці тому +1

      meraung2 hadi bawang dan din tompok melihat kekuatan pmx Nasib mereka bertambah kabur, Duit berjuta billion sudah lari dari tin2 milo mereka. Hidup bagaikan mimpi buat sang sakau2 ni sekarang.

  • @Adrablck
    @Adrablck 4 місяці тому

    MCM tu je bersatu kena nampak perasaan tu je org Malaysia banggaaa sampai sanggup sendiri mampusssspun bangkai hanjing..
    Bersatu semua kena nampak perasaan aku pun bersatu bukan zaman paklah pulak tu ntahapa2 lah org Malaysia rekod dunia semua makin bangga ntahapa2 punya bersatu..
    Bersatu kena nampak perasaan aku pun bukan aku yg kena reverse psikology mcm2pun.
    Bersatu kena nampak perasaan aku pun dah terang2 dorgpun tau takat dorg ajal xkiralah nak aku pulih xnak pulih.
    Ntahapa2 lah org Malaysia siap ntahapa2 lah yg MCM tu pun bersatu.
    Tengoklah modal pun semata2 modal kejayaan bdak katek rasa boleh tunjuk terglamer tu je dorg rasa bukan zaman paklah pulak tu semua dah kena bersatu bangga dah kejayaan paling terhebat DLM dunia..
    Tengoklah modal kejayaan bdak katek rasa boleh tunjuk terglamer masuk paper pun mesti dorg ajal.
    Xkanlah MCM tu pun dah kejayaan.
    Siap bertahun.
    Xsangka bukan zaman paklah pulak tu ntahapa2 lah semua makin bangga MCM tu pun bersatu bukan zaman paklah siap xboleh buat dorg musuh dah boleh nampak dorg paling terhebat DLM dunia.
    Sampai betul2 separuh pun dah mampusss pulak tu ntahapa2 lah org Malaysia...
    Sampaiii MCM tu je bersatu zaman anwar MCM tu pun bersatu zaman anwar ntahapa2 punya bersatu..
    Pasal MCM ni je bdak katek rasa dah kejayaan paling terhebat boleh tunjuk terglamer dah rasa terhebat..
    Ntahapa2 lah org Malaysia rekod dunia..
    Takat kejayaan gah menang sorak menyalak ari2 cakap perasaan tu je satu2nya kejayaan bdak katek rasa boleh tunjuk terglamer dorg rasa MCM tu pun bersatu bukan zaman paklah ntahapa2 punya bersatu pun aku xtau..
    Xpernah DLM dunia gah menang sorak menyalak ari2 cakap perasaan pun dah kejayaan mana2 negara pun mesti dorg ajal.
    Bukan setahun..
    Awal2 pun dah tulis MCM ni..
    Xsangka org Malaysia rekod dunia terbukti bangga MCM tu pun bersatu bukan zaman paklah pulak tu ntahapa2 lah org Malaysia.
    Mestilah tulis MCM ni je makin hrap2 semuapun selain dorg tu betul2 mampuspun bangkai hanjing..
    Ingatkan seari 2 je tulis..
    Xsangka semua makin bangga dorg pulak tu makin terkuat menyalak ari2 punyalah terang2 dorg pun tau takat dorg ajal xkiralah nak aku pulih xnak pulih..
    Sebab tu takat ulang2..
    Xsangka semua makin bangga MCM tu pun bersatu sampai 18tahun zaman anwar MCM tu pun bersatu zaman anwar ntahapa2 punya bersatu.