Mendaki & Menuruni Bukit (KPP02)
Вставка
- Опубліковано 6 лют 2025
- #tutorialmemandu #mendakibukit
Video ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehendak latihan & pengujian ''mendaki & menuruni bukit'' .
Mendaki Dan Menuruni Bukit adalah salah satu daripada sukatan pelajaran bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02).
Video ini juga membantu calon-calon yang sedang menjalani Latihan/Ujian Penilaian/ujian JPJ, di mana pihak kami membuat penerangan lengkap berkaitan kehendak seperti yang dilampirkan di dalam borang pengujian Motokar Manual BAHAGIAN II (kelas D).
Bagi mendapatkan latihan pemanduan untuk menghadapi "mendaki & menuruni bukit" sila rujuk dengan mana-mana pengajar yang bertauliah(SPIM).
sekian terima kasih
"ke arah melahirkan pemandu yang berhemah"
Kurikulum Pendidikan Pemandu 02
Kurikulum Pendidikan Pemandu 02 (modul motokar manual)
Kurikulum Pendidikan Pemandu 02 ataupun singkatannya 'KPP02' adalah latihan yang perlu dilakukan oleh calon memandu secara praktikal selama 5 ½ jam ketika menjalani proses mendapatkan lesen memandu motokar Kelas D.
Dalam proses pembelajaran secara praktikal, calon akan melalui 8 perkara utama bagi latihan KPP02, kemudian setelah mahir perkara yang sama akan dinilai di peringkat penilaian oleh penguji bertauliah (QTI) dan penguji JPJ, ianya dikenali sebagai Ujian Bahagian ll.
Di sini saya paparkan video berkaitan dengan kehendak latihan/pengujian bagi KPP02 berkaitan 8 perkara yang perlu calon memandu tempuhi sehingga berpengetahuan dan berkemahiran.
1. Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
• Rutin Pemeriksaan Kend...
• Rutin Pemeriksaan Kend...
2. Rutin Sebelum Memandu (RSM).
• Triton Vs Hilux
3. Mendaki dan Menuruni Bukit.
• Mendaki & Menuruni Buk...
4. Pergerakan Di Selekoh 'Z'
• Pergerakan Di Selekoh ...
5. Pergerakan Di Selekoh 'S'
• Pergerakan Di Selekoh ...
6. Pergerakan Tiga Penjuru
• Pergerakan Tiga Penjur...
7. Memakir Sisi
• Memakir Sisi (KPP02)
8. Afektif
(video dalam proses pembikinan)
Semoga video yang saya kongsikan ini dapat memudahkan calon bagi memahami kehendak latihan KPP02 dan pengujian bahagian ll.
Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan segala urusan 😊
Disinilah tempat saya belajar dan lulus hanya dengan sekali percubaan. Apa pun sepanjang saya belajar disini pengalaman saya benar2 teruja. Selain tenaga pengajar yang proffesional kawasnman pembelajaran juga selesa, ada surau dan tandas yang selesa. Semoga AMPT terus kekal hingga generasi anak cucu kita, amin.
alhamdulillah, aaminn
pompuan ni paling sempoi aku tgok, tenang sangat tgok cara dia bawak... susah sangat lah nak jumpa jenis pemandu wanita camni, kalaulah semua pemandu wanita mcm yg divideo ni kan best... hehe dah la comel pandai drive plak tu...
Assalamualaikum,cikgu kalau di bukit ,kita dh agkt tgn hon lpstu enjin kereta mati tpi tk undur blkg pon, dikira gagal dk cikgu
Tak gagal selagi masa masih ada, masa 3 minit
@@midinms terima kasih
@@fatin8989 sama sama☺️
Alhamdulillah dok tengok video video ni akhirnya pass jugak test jpj
Alhamdulillah ✌️☺️
Cg kena ngorat ngn ank murid erk...hahahahahahhahahaha best la cg pnye vdeo. Doakan sy pandai bawak kete enjin tak mati sokmo...😭😭nebes la ms blajar drive😅
saya sayang bukit
❤️
huh? macam mana tu? hahaha
Walaupun cikgu sy grang.amen lepas jugak naik bukit
👍👍👍 Garang dalam proses menyampaikan ilmu 😊 bukan saja saja garang haha😅
@@midinms betul tu cikgu
Alhamdulilah tips berguna untuk saya pergi belalajar kpp02,Kppp03,bukit niey susah sikit kena pandai balanca kan clutch dan padel mintak..ohhh sini dia bagi masa berapa minit cikgu..terbaik semua video saya akan terapkan sebagai panduan saya.kelak selepas tamat di intitut ini insyallah doakan saya cepat belajar mudah faham,dan mudah terima teguran setiap jurulatih yang mengajar..saya nk tanya cikgu midin SELEKOH Z BERAPA MINIT,DAN SELEKOS S BERAPA MINIT DAN PERGERAKAN 3 PENJURU BERAPA,DAN PAKIR SISI..5 MINIT KAN,"
Rendahnya bukit
Posisi kamera yang menjadikan ianya nampak rendah, padahal bukit tu menepati ketinggian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ
Klo jpj engin mati gagal eh?
Kalau enjin mati tetapi tayar hadapan tidak mengundur keluar dari garisan kuning tu belum gagal. Gagal sekiranya mati enjin dan mengundur ke belakang.
Gagal sekiranya mati enjin dan masa melebihi 3 minit
@@midinms Trimakasih Ksi info nya bang video abg smua nya jlas n snang d pham 🙌🏻
Berpa kelajuan di guna masa memdaki
Penggunaan gear 1 sekitar 5-10km/j, tak laju pun sebab nak kena berhenti di puncak bukit tu😊
@@midinms tq cikgu
U r welcome 😊
Lawak btul cikgu ni mengajor hahah
Cikgu nak tanya, minute ke 2:47, apa yang menyebabkan kereta undur ke belakang? Thank you,,
Penyebab kenapa kereta mengundur ke belakang adalah disebabkan oleh calon menekan klac semula ketika brek tangan dilepaskan. Calon sepatutnya mengimbangi klac dan pemecut sehingga kereta dalam keadaan bersedia untuk mendaki ke depan kemudian baru la lepaskan brek tangan.
@@midinms terima kasih cikgu! 👍🏻
@@jiminiefairy4580 sama sama😊
Ini laki bini ni 😂😂😂 btw good joob untuk video ni
Kalau di dunia luar, ya. Hahaha
Tapi kalau dalam lakonan ni watak cikgu dengn anak murid haha
Cikgu, kalau nak reverse then kat depan ada bukit curam.. Sambil nak adjust kedudukan kereta nak reverse tu, dia termaju ke hadapan walaupun x tekan minyak dan dah cuba kawal clutch dan pedal brek tapi kereta tetap termaju kat yang bukit curam tu. Apa nak buat? Clutch jenis tinggi
Agak pelik kejadiannya 🤣, klac ada masalah tu
Mcm video matlutfi plak.. sbb ada music background cmni...
Why nampak bukit sini rendahh...tempat sy ya rabbi ...... Gerun .... Tinggi nau... Anyway...tq for the vdeo ... 😀
Rendah gila bukit.. Aku punya bukit tinggi gila😢😢😢
Mira Eira sebenarnya sudut darjah mendaki bukit tersebut telah menepati kehendak JPJ, mungkin kedudukan kamera mempengaruhi pandangan yang menjadi bukit tu nampak rendah huhu, jangan bersedih ye sebab semua bukit di seluruh institut memandu sama je hehe.
Semoga berjaya mendaki dengan sempurna
Ptg n sy test lesen sy tkut bukit litar s n parking 😢.....ptg n hri kdua.. Ye insha allah lme2 blh laaaaa..
Midin MS silap litar z huhu
Mira Eira memang saya akui memakir sisi, selekoh z, & mendaki bukit sudah menjadi kawasan yang ditakuti oleh calon. kamu jangan takut, hadapi dengan tenang. Pastikan asas teori kamu lengkap, ketahui apa yang kamu akan lakukan. Fikir dulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Pengawalan pedal cekam,brek,pemecut mesti dikawal dengan betul. Aplikasikan teknik yang betul bagi pegangan dan pusingan stereng.
In shaa Allah kamu akan berjaya menghadapinya dengan tenang. Yakin pada diri
Tq cg atas nasihat.. Sy pnh excident msa ambk lesen mto trok n xdpt lesen pon, so sy jd trauma bile nk tekan minyk. Alhamdulilah ok da skit cume parking n bukit tkut2. Insha allah lme2 ok..semoga di permudahkan. Amin
NERVES PLAK NK TEST JPJ NI....DOAKAN SY LULUS TEST JPJ NANTI YER...MKIN DKAT DGN TARIKH MAKIN NERVES PLAK...4/9/2018....DOAKAN SY LULUS YER
Da lulus ke blom?.. Hihihi
ayat last paling manang,"yes lulus" 😂😂😂
Md Syafi'e hahaha jika mengikut kehendak pengujian mesti lulus
haha btl bro,nice video btw.sgt2 membantu pelajar 👍👍👍
Nk tnye klu kita x nmpk tayar msuk dlm grisan kuning,blh buka tali pinggang x..
Tak boleh buka tali pinggang dalam ujian, dalam latihan boleh la. Untuk memudahkan penglihatan kamu macam mana nak memastikan roda hadapan 100% dalam garisan kuning mudah sahaja, pastikan cermin pandang sisi kanan selari dengan tiang penanda/kon yang disediakan. Tak perlu buka tali pinggang dan jengok keluar
Buka tali pinggang semasa ujian terus gagal serta merta
Ya allah..mse qti sy buka tali pinggang..nsb lah lulus..isnin dpn da jpj..doakn sy lulus ye cikgu..
Esok saya jpj.. semoga lulus.. amin😂 nebes ni.. hmm
tahniah
Kalau masa kat bukit tak tarik handbrake takpe ke? Saya try tapi susah nak balance clutch ngan minyak.
Kalau tak tarik brek tangan maknanya tak dapat la kemahiran yang sepatutnya diperoleh.
Elemen bukit tu nak bagi kemahiran pengawalan klac, pemecut, dan brek tangan.
Penggunaan brek tangan sangat penting jika kita berhenti di kawasan berbukit.
Susah macam mana sekalipun kamu tetap kena belajar penggunaan brek tangan tu. Memang agar sukar untuk memperoleh kemahiran pengawalan klac, pemecut, brek tangan, dan stereng dalam masa yang sama. Lama lama okay la bila kaki kanan dah faham dan mahir penggunaan pedal pemecut, bila kaki kiri pandai imbang klac, bila tangan kiri tahu ketika mana brek tangan perlu dilepaskan, bila tangan kanan dengan tenangnya mengawal stereng 😊
Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kemahiran mendaki bukit 👍
Aaminn
@@midinms terima kasih😁tapi masih approved kan guna brek kaki sahaja
@@nursyasya5798 janji naik bukit dah dikira lulus 😅
Bukit kat Institut Memandu tu tak tinggi dan masih lepas untuk proses mendaki jika teknik tekan brek kaki tanpa menggunakan brek tangan,
Kalau pemanduan di jalan raya yang sebenar mungkin kamu akan berhadapan dengan bukit yang tinggi sudutnya,jika kamu diduga dengan situasi terpaksa berhenti di bukit tinggi tu, tanpa brek tangan pasti tak lepas punya untuk proses mendaki semula.
Genting Highlands, Cameron Highlands banyak bukit tinggi tinggi, kemahiran penggunaan brek tangan bagi kereta manual sangat penting dalam pemanduan di kawasan bukit.
Belajarlah untuk kemudahan pemanduan di jalan raya sebenar 😊
@@midinms noted☺saya risau tak dapat balance clutch dan minyak sebab cepat nervous😅terima kasih👍🏻
@@nursyasya5798 in shaa Allah, nanti lama lama boleh la tu 😁
Stgi sya ada jpj test doakan sya lulus ye
Semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus dalam ujian JPJ yang kamu akan hadapi nanti. Aaminn
Trima kasih..Alhamdulillah saya sudah lulus..even dpt kreta yng problem & usang waktu jpj test..dngn klac trsngt rendah,gear ketat,streng longgar gila..sya blajar guna minyk ja klac tk angkat sngt sbb klac mcm rosak angkat pelan² pon still mati enjin
@@shafzaf6397 sama sama 😊
Alhamdulillah, tahniah.
Semoga menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya 👍👍👍
Esk sy test jpj..
Doakan sy lulus..
Semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus dalam ujian JPJ esok 😊 Aaminn
@@midinms alhamdulillah lulus sudah.. . Terima kasih diatas doanya.
@@rosmunaliza782 alhamdulillah, tahniah 👍👍👍 semoga menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya dan sentiasa dilindungi Allah
Saya nak tanya hanya dekat bukit dan parking sisi sahaja ke yg kena hon Dan angkat tangan? Tempat lain perlu tak hon? Terima kasih
Ya, bukit dan parkir sisi sahaja yang diberikan pemarkahan untuk hon/angkat tangan. Tempat lain kalau tekan hon pun tak dapat markah😅
doakan saya jpj minggu dpan.huhu hari rabu.😥😢
Semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus dalam ujian JPJ minggu depan 👍
tq.saya risau bukit.asyik terundur je.tyr dh masuk garisan kuning.bile nk maju ke dpn panik lps tu kete terundur.bole ajar step yg pling senang tak.
@@azimahsahlan7744 punca terundur tu sebab klac ditekan.
Kamu kena tahu fungsi klac adalah untuk menyambung kuasa enjin apabila ianya dilepaskan, apabila klac ditekan ianya akan memisah kuasa enjin.
Jadi tips yang saya boleh cadangkan adalah kamu perlu mengimbangi klac ketika ianya mengalami proses penyambungan kuasa enjin, tahan kaki kamu di pedal klac tu ketika terasa seperti kereta hendak kedepan, kemudian lepas brek tangan, pastikan kaki sentiasa dalam keadaan menahan klac tersebut, elakkan daripada melepas habis klac tersebut kerana ianya akan mengakibatkan enjin mati.
Selamat mencuba 👍
esok jpj 😭 im not ready at all cikgu
natasya shuhada get ready
@@santaitv2684 Cikgu. i dh dpt lesen dhhh. tenkiuuu teacher 😘
alhamdulillah, tahniah. maaf kerana terlepas pandang komen kamu huhuhu
sye rase,bukit tu tak rendah,cume jln die yg pnjang,sbab tu la nmpak rendah
mcm mana nak bagitahu kalau kita tk puas hati time bukit ni? senang kata nak undur balik buat balik?
Kalau berhenti tak masuk dalam garisan kuning dan tak berpuas hati tu mengundur segera ke belakang. Selagi mana kamu tak tekan hon dan angkat selagi itulah kamu boleh turun dan naik semula sehingga kamu berpuas hati meletakkan roda hadapan melebihi 50% di atas garisan kuning asalkan jangan lebih 3 minit.
Kalau sudah tekan hon dan angkat tangan, kamu kena pastikan kereta ke depan, jika kereta termengundur ke belakang dan mengakibatkan roda hadapan keluar kebelakangan melebihi 50% dari garisan kuning secara automatik gagal 😅
Hello, cikgu boleh sya tnya soalan?
Hello, boleh 😊
Tanya je ✌️☺️
Thanks ❤️❤️❤️
You are welcome 😊
Bukit rendah gler
suhana yussof nampak rendah tetapi bukit tersebut mengikuti spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ
cikgu..kalau nak turun semula lepas berhenti di bukit..perlu tak kita tekan minyak sikit untuk gerakkan kereta..?
soalan kamu tak berapa jelas
lepas berhenti kita perlu mendaki kemudian menuruni, ketika mendaki(bergerak ke depan) tekan pedal minyak dan apabila turun bukit lepas pedal pemecut.
kalau nak turun semula ke belakang, tekan klac dan kawal brek kaki, pedal pemecut tu jangan tekan
Doakan saya lulus 😭 aminnnnn
InshaaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus dalam ujian JPJ nanti 😊 Aaminn
Cikgu boleh tak kita keluarkan kepala kita masa kita naik bukit?atau kena keluar masa kita henti kat bukit?
Hello, selamat pagi, cikgu. Sila tanya saya mengawal clutch, lepas tu saya tahan clutch dan turunkan brek tangan tanpa tekan minyak untuk menuruni bukit, boleh tak? tolak markah atau gagal serta merta?
Ni mesti pakai kereta Axia kan? Kalau viva 660 mana mampu naik kalau tak tekan pedal PEMECUT. Kalau motokar tu mampu mendaki tanpa menekan pedal PEMECUT tu boleh lulus la, cuma penguji akan tolak markah kesalahan biasa sebab gagal mengawal pedal KLAC dan pedal PEMECUT.
Untuk makluman, teknik mengharapkan kuasa enjin yang sedia ada iaitu 1000RPM(tanpa menekan pedal PEMECUT) mungkin hanya mampu mendaki bukit yang sudutnya rendah seperti yang terdapat di institut memandu.
Macam mana kalau kamu diduga dengan bukit yang lebih tinggi sudutnya?
Jadi, kemahiran menggunakan pedal PEMECUT harus diperolehi, kamu harus mahir menggunakan pedal PEMECUT sebab pedal PEMECUT berfungsi meningkatkan kuasa enjin bagi memudahkan proses mendaki bukit yang lebih tinggi.
Nak pergi genting Highlands, Cameron Highlands macam mana kalau tak reti kawal pedal PEMECUT 😂 menangis nanti kereta tak naik naik bukit tinggi.
Saya tahu ada cikgu yang mengambil jalan mudah untuk ajar calon mendaki bukit tanpa menekan pedal PEMECUT.
Saya sedih sebab calon tak perolehi kemahiran yang sepatutnya😭
Nanti saya buatkan video tips mendaki bukit ya.
Ok, saya faham. Terima kasih cikgu
@@ooiwengwah5973 okay 👍 sama sama
Nih mcm dekat padang kerasak
Asalammualaikum.. Ckg blh bg setiap step. Contohnya kiri berapa kali.. Nk hafal step.. Tq ckg.
boleh tengok video terbaru saya, berkaitan tips memakir sisi
Assalamualaikum cikgu boleh x sya nak mintak cikgu buat vid tutorial parking 3 penjuru, selekoh Z dan S? Itu saja sekian. 😊
Nurul Syahirah Isnaini waalaikumussalam, video selekoh Z, memakir sisi, dan rutin sebelum memandu sudah saya upload di youtube. Bagi latihan/ujian Bahagian II Cuma tinggal lagi 4 video yang saya belum buat iaitu selekoh S, 3 penjuru, RPK, dan efaktif. InsyaaAllah dalam masa terdekat ni saya akan buat dan upload di youtube. Haritu kerja kerja merakam video tergendala berpunca dari saya yang menghadapi masalah kesihatan, batuk dan ketiadaan suara,huhu.
Jangan lupa subscrib Midin MS. Thanks for watching
Midin MS bila nk buat? =(
nal tanya mmg kena buat CITO ke sebelum naik bukit??
Kena buat rutin selamat memandu RSM. Rutin Selamat Memandu ni banyak kategori dan cara, contoh CITO, DADA, IPDA, COAST, dan pelbagai lagi.
Sebelum mendaki bukit kamu kena perhatikan keadaan sekeliling (guna cermin pandang sisi kiri/kanan /belakang, dan toleh kiri/ kanan / belakang) itu ja rutin selamat sebelum bergerak mendaki bukit.
CITO tu buat ikut kesesuaian lokasi contoh nak masuk selekoh z ke, selekoh s ke, parkir sisi ke, keluar masuk simpang ke. Tengok pada kesesuaian.
Macam di bukit tak sesuai la cito sebab bergerak lurus mana perlu bagi isyarat lampu pun😅
Kalau bg isyarat kanan kira gagal tak? Sebab cikgu tempat saya suruh on signal kanan jugak sebelum start bukit.
@@nurliyana9047 bagi Isyarat kanan nak pi mana? 😅 Bukit tu lorongnya lurus 🤣
Lampu signal tu adalah alat untuk berkomunikasi bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya yang lain berkaitan ke mana olah gerak / arah yang bakal kamu lakukan / tujui 😊
.
Kenapa bukit ni mcm rendah sikit... Dkt tmpt sy lg tinggi kot😅
faktor sudut kamera menampakkan ianya rendah padahal bukit tersebut memenuhi piawaian yang ditetap oleh JPJ
Ok
Cermin sisi pandang kanan tu nak kena sama dgn tiang mana satu ? Alamakk lupa . ..
Anis Naziera cermin padang sisi kanan tu selari dengan tiang penanda yang pertama. Kalau tiang penanda yang kedua tu tayar depan dah terkeluar dari garisan huhu
Kereta ape ni
mmg kena tekan hon ye kat bukit?
Ya, kena tekan hon dab angkat tangan apabila berjaya meletakkan kedua dua roda hadapan melebihi 50% dalam garisan kuning
Cikgu saya ada 2 soalan , setiap kali habis buat bukit, selekoh z dan s, 3 penjuru, parkir sisi kena tarik handbrek ke? Dan kalau masa naik bukit tak tekan minyak boleh tak, biarkan gear 1 je sebab saya takut terlajak garisan kuning nanti
Hidayah Rosli jawapan bagi soalan yang pertama kamu tu, handbrake berfungsi sebagai pengunci 2 roda belakang. Selain namanya yang dikenali sebagai brek tangan, ianya juga dikenali sebagai parking brake (brek parkir). Jadi waktu yang sesuai untuk kamu guna handbrek tersebut adalah apabila di parkir sisi (setelah berpuas hati meletakkan motokar selari dalam kotak parkir) tarik brek tangan, kemudian tekan hon dan angkat tangan.
Seterusnya, waktu yang sesuai bagi mengggunakan brek tangan adalah apabila kamu berhenti yang mana melibatkan brek kaki dilepaskan. Brek tangan adalah pengganti brek kaki terutama di kawasan jalan berbukit.
Jawapan bagi soalan nombor 2. Kamu perlu tekan pedal pemecut bagi meningkatkan kuasa enjin, kalau tak tekan nanti kereta mungkin tak mampu untuk mendaki.. tekan pedal pemecut berpada pada, jangan laju sangat.. ketepatan mengagak tempat untuk berhenti di atas bukit mesti 'accurate'.
Target side mirror selari tiang penanda pertama. Kamu boleh melakukannya in shaa Allah
terima kasih penerangan yg jelas di faham
JP check ke rutin sebelum memandu tu?
LongAgo semestinya penguji akan menguji Rutin Sebelum Memandu jika calon bertukar kenderaan bagi menyesuaikan kedudukan pemandu dan mengenalpasti komponen komponen berkaitan berfungsi dengan baik. Lagi pula memang di dalam borang pengujian bahagian II ada menyatakan bahawa rutin sebelum memandu perlu dijalankan, kalau tak buat rutin sebelum memandu maka calon tersebut akan ditolak markah. Harap maklum
Cikgu untuk bukit ada 2 kali percubaan kan ? Lagi satu memang kena tarik handbrake ke ?
Untuk ujian bukit tu tempoh masa yang ditetapkan adalah 3 minit. Kalau tidak tekan hon untuk menunjukkan tidak berpuas hati meletakkan kedua dua roda hadapan dalam garisan kuning, boleh cuba beberapa kali selagi masa 3 minit belum tamat. Jika anda menekan hon dan mengangkat tangan setelah berpuas hati meletakkan kedua dua roda hadapan dalam garisan kuning anda tidak dibenarkan mengundur keluar ke belakang dari garisan kuning, kalau termengundur keluar GAGAL.
Masa 3 minit itu mula dikira apabila bumper hadapan motokar selari dengan garisan permulaan, dan masa akan ditamatkan ketika bumper belakang motokar melepasi garisan kuning.
Sekian harap maklum.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus ujian JPJ nanti.
Hidayah Rosli brek tangan mesti ditarik sebagai pengganti brek yang berada di kaki tu.
Midin MS aminn ! esok jpj. Last praktis semalam 4 kali kereta terundur kebawah masa nak turun bukit padahal dah buat betul2 dh step yg ckgu saya ajar 😭😭😭
Hidayah Rosli semoga dipermudahkan segala urusan dan lulus ujian JPJ hari ni, aamin
Midin MS tq cikgu alhamdulillah dah lulus tadi 😁