Ini bukan ilmu, ini taraf sembang kedai kopi. Pusing2 akhirnya pening. Guru mursyid berpegang pd sunnah Nabi SAW selain Alquran. Guru mengarut ikut fikiran sendiri. AJK Masjid perlu muhasabah krn telah membawa masuk orang yg difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Kelantan.
Assalamualaikum,izinkan sya menjadi murid guru,mintk mf lah pda yg siapa2 yg x dpat mencapainya jgn cpat menghukum nanti kita dilknat Allah krna tdk ad yg lbeh kcuali Allah,hnya Allah yg maha tahu sgalanya2,!
Salam Semua sahabat-sahabat, setelah mendengar ceramah Tuan Guru ini dan membaca tulisan dalam websitenya, banyak perkara yang harus diteliti dan disemak kembali, yang dikatakan ajaran Makrifat Tok Kenali. Ajaran syariat dan makrifat atau ajaran zahir dan batin atau ajaran isi dan kulit ini, selalunya ilmu makrifat, ilmu batin atau ilmu isi banyak ditafsirkan ikut kepala Tok Guru sendiri tanpa apa-apa rujukan dari kitab-kitab yang sahih. Ilmu kulit, ilmu zahir atau ilmu syariat ini mudah sebab banyak bahan rujukan dan tulisan ulamak-ulamak yang muktabar, berbanding dengan ilmu batin, ilmu isi atau ilmu makrifat. Beberapa perkara yang dapat disimpulkan berdasarkan ajaran Tok Guru ini untuk perhatian kita. Sesat atau tidak Tuan dan Puan boleh fikir sendiri dan buat rujukan dengan kitab-kitab lain dan juga bertanya dengan Tok Guru lain. Tok Guru ini tidak banyak menggunakan dalil-dalil dari Alquran, kalau ada pun hanya petikan beberapa ayat tertentu sahaja yang ditafsirkan dan disesuaikan dengan ajarannya. Beliau tidak memberikan pengertian secara detail tafsiran dari ulamak-ulamak yang muktabar seperti Ibnu Khatsir ke, Al Azhar ke, Al Alusi ke, Fizilalil Quran ke atau kitab-kitab tafsir yang lain, dengan memberikan rujukanya. Bagaimana Tok Guru ini boleh memberikan ajaran Makrifat ini, sedangkan pengetahuan beliau dengan Alquran dan Bahasa Arab amat diragui. Mohon maaf atas komen tersebut. Amat penting sekali memahami Bahasa Arab untuk memberi tafsiran ayat-ayat Alquran, ayat Alquran bukan boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya, kita mesti ada sekurang-kurang 15 cabang ilmu dalam Bahasa Arab sebelum memberi tafsiran ayat-ayat Alquran berserta hadis dan Asbabul Nuzul nya ayat-ayat berkenaan. Nabi Kahar dari Kemensah pun pernah mengakui diri nya Nabi dari keturunan Melayu, berdasarkan ayat Alquran yang ditafsir mengikut tafsiran dan kefahaman kepala dia sendiri. Dan kini dah meletak jawatan Nabi dan meringkuk di Sungai Buluh. Tapi masih ada pengikut-pengkut yang percaya dengan dia yang kononya mereka dijamin oleh Kahar masuk syurga. Kenapa masyarakat kita ini terlampau jahil sangat sehingga percaya dengan benda-benda seperti ini?. Tok Guru ini juga tidak banyak menggunakan dalil-dalil dari Hadis Nabi Muhammad s.a.w. bagi membuktikan dan menguatkan ceramah dan ajarannya. Dan apabila disemak apa yang diucapkan bukan hadis pun, tetapi beliau katakanya hadis Nabi, ianya hanya merupakan kata-kata hukamah atau ahli sufi sahaja. Dan kita meragui kefahaman dan keilmuan Tok Guru ini dalam bidang hadis. Mohon maaf lah kalau saya tanya ilmu hadis Tok Guru ini, tentang sanad, matan, ilat syaz, tiqah, dhabit bagi setiap satu hadis itu? Kita jangan berbohong atau menipu di atas nama Nabi Muhammad s.a.w. ini hadis, maka bersedialah kita menempatkan diri didalam neraka nanti. Sifat 20, dan Tok Guru pernah menyatakan hanya cukup dengan tahu satu sifat iaitu sifat WUJUD, manakala 19 sifat yang lain boleh dibuang sebab HANYA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD. Tapi dalam masa yang sama Tok Guru sebut Laisakamislihi ….. juga, bukan ke itu salah satu dari sifat 20? Tok Guru ini juga tidak memggunakan sebarang kitab sebagai rujukan ajarannya, hanya banyak menggunakan kononnya KITAB MAKRIFAT TOK KENALI, mungkin ditulis semula oleh beliau dan dijual, Rujukan dengan KDN bahawa kitab ini telah diharamkan dan tidak dibenarkan dijual atau dicetak dan diedarkan. Apabila ditanya dengan KDN mereka menyatakan ianya bukan dari ajaran Tok Kenali sebenarnya, hanya menggunakan nama Tok Kenali sebagai pelaris buku. Apa tah lagi dengan kitab-kitab besar karangan iman-iman besar dari 4 mazhab seperti Al Umm, Al Risalah, Al Muatak, Ibanah dan lain-lain lagi. Keilmuan dan kefahaman beliau dalam 4 mazhab amat disangsikan, dan tidak pernah merujuk pendapat-pendapat dari iman-iman ini dalam ilmu makrifat ini. Tak logic kalau dikatakan imam-imam tak tahu atau bodoh dalam ilmu makrifat ini. Ajarannya tidak konsistent berputar-putar dan berbelit-belit kadang-kadang cakap TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, SEMUA YANG WUJUD HANYA ALLAH, lepas tu cakap kononya AURAT itu adalah SEMPADAN KITA DENGAN ALLAH. Macam mana timbulnya sempadan kalau semua yang wujud adalah Allah? Istilah DIRI YANG EMPUNYA DIRI atau JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI ini diantara dua istilah yang selalu digunakan oleh Tok-Tok Guru Makrifat. Perkataan DIRI yang tidak jelas, amat selalu digunakan dalam memberikan kekeliruan kepada anak murid-muridnya. Siapa sebenarnya diri itu? Siapa yang memiliki atau yang punya diri itu? Adakah diri itu dua diri atau hanya satu diri? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan kepada anak-anak murid tentang DIRI itu? Tidak dijelaskan dan kabur penjelasan Tok-tok Guru. Diri sapa yang takut terlihat itu? Kenapa takut terlihat? Siapa yang melihat diri itu? Diri mana yang dilihat itu? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Tok-tok Guru semuanya tak jelas dan kabur. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam tidak kabur, tidak berbelit-belit atau berputar-putar, ianya mudah, jelas dan terang diterima oleh para sahabatnya. Sebarang kekeliruan dan tidak faham mereka terus bertanya dengan Nabi. Adakah cara dan kaedah sebegini yang dilakukan oleh Nabi ketika menyampaikan Islam kepada para sahabat-sahabatnya? Ilmu Syariaat dan ilmu Makrifat ini seharusnya seiring dan berganding bahu antara satu sama lain, ilmu syariaat lah yang telah berjaya membangunkan asas yang kukuh kepada penganutnya, memberikan garis panduan kehidupan manusia dalam isu Halal dan Haram, Dosa dan Pahala, Sah dan Batal ibadat dan lain-lain. Tidak membezakan di antara SYARIAATUN atau HAKIKUTUN. Kalau usia anak baru 10 tahun tak kan nak ajar ilmu Makrifat, mesti lah ajar asas dulu sahadah, solat, puasa, zakat dan haji dll. Apa yang berlaku, orang-orang makrifat selalunya memperlekehkan, menghina dan memperolok-olokkan orang orang yang belajar syariaat? Sepertimana dalam buku Hakikat Insan karangan Haji Ahmad Laksamana orang-orang syariaat ini bermata ikan kering (kabur). Permusuhan dan kebencian kononya ilmu makrifat lebih tinggi dan terpuji dari ilmu syariaat, dan sudah mula ditanam diperingkat Tok-tok Guru ilmu Makrifat lagi. Adakah ini cara atau kaedah dari ajaran dari Nabi Muhammad s.a.w.? Ajaran makrifat ini tidak menjelaskan secara jujur perbezaan MAHLUK dan KHALIQ, manusia adalah mahluk, manakala Allah itu Khaliq (pencipta). Mahluk yang dicipta oleh Allah yang menyembah penciptanya iaitu Allah. Apabila perbezaan tidak dijelaskan secara jujur oleh Tok-tok Guru Makriat, seolah-olah tidak ada beza Mahluk dan Allah. Oleh itu siapa yang menyembah dan siapa yang disembah? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.? SOLAT LAH KAMU SEPERTI MANA AKU SOLAT ini hadis Nabi lengkap siap dengan rukun Qauli, Fikli dan Qalbi nya sekali. Apakah solat cara Nabi ini tidak sempurna atau tidal lengkap lagi, seperti mana yang Tok Guru ajarkan? Segala kaifiatnya diajar oleh Nabi melalui hadis-hadisnya dan juga para sahabat. Kenapa agama diajar secara berbelit-belit dan berputar-putar sehingga anak murid tidak faham? Kita sendiri pun tak faham apa sebenarnya ajaran Tok Guru ini, tak boleh sebut solat kena sebut ingat, apa semua ini? Kalau tidak keterlaluan saya tanya TOK GURU SOLAT 5 WAKTU KE? Bagaimana kaifiatnya atau solat Daim yang diakukan oleh Tok Guru? Setiap zahir ada batin, ini lebih kepada fahaman dan konsep batiniyah, setiap yang zahir akan dibatinkannya. Sepertimana yang pernah berlaku dalam satu gerakan ajaran sesat ada NIKAH BATIN, Tok Guru nikah batin dengan anak murid perempuan dalam satu majlis zikir dalam gelap sehingga anak murid perempuan melahirkan seorang anak dan kononya mendapat ANAK YANG SOLEH. Semudah itu anak-anak muridnya tertipu dengan Tok Guru. Selalunya ajaran seperti ini meletakkan syarat yang ketak, ANAK MURID TIDAK BOLEH MELAWAN, MENYANGGAH ATAU INGKAR apa yang diucapkan oleh Tok Guru kononya Musyrik. Ini memudahkan ajaran supaya anak murid TAKSUB dengan guru senang untuk di Tarik hidung. Banyak lagi persoalan-persoalan tapi cukuup sekadar ini dulu. Saya sekadar memberi peringatan dan pandangan kepada rakan-rakan seagama dengan saya, supaya kita lebih berhati-hati dengan ajaran seperti ini, kita rujuk kitab-kitab lain dan juga rujuk dengan Ustaz-ustaz yang lain juga. Saya pun ada buat rujukkan dengan Ustaz-ustaz yang lain supaya meninggalkan ajaran seperti ini, saya bukan anak muridnya sekadar mendengar ceramahnya sahaja dalam UA-cam. Dan supaya kita jangan mudah percaya dan mudah terpedaya dengan ajaran seperti ini, kelak di akhirat nanti kita sendiri yang rugi. Sungguh kesian amalan kita yang banyak tidak diterima dan ditolak oleh Allah nanti, kalau saya silap dalam pemahaman ini saya mohon ampun dan maaf dari Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya bersedia menerima sebarang kritikan dari Tuan-tuan dan Puan-puan. Wasalam Sekian.
Alhamdulillah tuan guru,terima kasih ilmunya.semoga tuan guru selalu sht sekeluarga Aamiin
Alhamdulillah ,,,syukur KPD Allah dan trmksh KPD t,g hj Shaari ,atas ilmu yg sangat payah mencari seseorg yg boleh menghuraikannya,,,dari pahang
TERIMA KASIH ATAS PENCERAHAN ILMUNYA..
Ini bukan ilmu, ini taraf sembang kedai kopi. Pusing2 akhirnya pening. Guru mursyid berpegang pd sunnah Nabi SAW selain Alquran. Guru mengarut ikut fikiran sendiri. AJK Masjid perlu muhasabah krn telah membawa masuk orang yg difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Kelantan.
Assalamualaikum,izinkan sya menjadi murid guru,mintk mf lah pda yg siapa2 yg x dpat mencapainya jgn cpat menghukum nanti kita dilknat Allah krna tdk ad yg lbeh kcuali Allah,hnya Allah yg maha tahu sgalanya2,!
Salam Semua sahabat-sahabat, setelah mendengar ceramah Tuan Guru ini dan membaca tulisan dalam websitenya, banyak perkara yang harus diteliti dan disemak kembali, yang dikatakan ajaran Makrifat Tok Kenali. Ajaran syariat dan makrifat atau ajaran zahir dan batin atau ajaran isi dan kulit ini, selalunya ilmu makrifat, ilmu batin atau ilmu isi banyak ditafsirkan ikut kepala Tok Guru sendiri tanpa apa-apa rujukan dari kitab-kitab yang sahih. Ilmu kulit, ilmu zahir atau ilmu syariat ini mudah sebab banyak bahan rujukan dan tulisan ulamak-ulamak yang muktabar, berbanding dengan ilmu batin, ilmu isi atau ilmu makrifat. Beberapa perkara yang dapat disimpulkan berdasarkan ajaran Tok Guru ini untuk perhatian kita. Sesat atau tidak Tuan dan Puan boleh fikir sendiri dan buat rujukan dengan kitab-kitab lain dan juga bertanya dengan Tok Guru lain.
Tok Guru ini tidak banyak menggunakan dalil-dalil dari Alquran, kalau ada pun hanya petikan beberapa ayat tertentu sahaja yang ditafsirkan dan disesuaikan dengan ajarannya. Beliau tidak memberikan pengertian secara detail tafsiran dari ulamak-ulamak yang muktabar seperti Ibnu Khatsir ke, Al Azhar ke, Al Alusi ke, Fizilalil Quran ke atau kitab-kitab tafsir yang lain, dengan memberikan rujukanya. Bagaimana Tok Guru ini boleh memberikan ajaran Makrifat ini, sedangkan pengetahuan beliau dengan Alquran dan Bahasa Arab amat diragui. Mohon maaf atas komen tersebut. Amat penting sekali memahami Bahasa Arab untuk memberi tafsiran ayat-ayat Alquran, ayat Alquran bukan boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya, kita mesti ada sekurang-kurang 15 cabang ilmu dalam Bahasa Arab sebelum memberi tafsiran ayat-ayat Alquran berserta hadis dan Asbabul Nuzul nya ayat-ayat berkenaan.
Nabi Kahar dari Kemensah pun pernah mengakui diri nya Nabi dari keturunan Melayu, berdasarkan ayat Alquran yang ditafsir mengikut tafsiran dan kefahaman kepala dia sendiri. Dan kini dah meletak jawatan Nabi dan meringkuk di Sungai Buluh. Tapi masih ada pengikut-pengkut yang percaya dengan dia yang kononya mereka dijamin oleh Kahar masuk syurga. Kenapa masyarakat kita ini terlampau jahil sangat sehingga percaya dengan benda-benda seperti ini?.
Tok Guru ini juga tidak banyak menggunakan dalil-dalil dari Hadis Nabi Muhammad s.a.w. bagi membuktikan dan menguatkan ceramah dan ajarannya. Dan apabila disemak apa yang diucapkan bukan hadis pun, tetapi beliau katakanya hadis Nabi, ianya hanya merupakan kata-kata hukamah atau ahli sufi sahaja. Dan kita meragui kefahaman dan keilmuan Tok Guru ini dalam bidang hadis. Mohon maaf lah kalau saya tanya ilmu hadis Tok Guru ini, tentang sanad, matan, ilat syaz, tiqah, dhabit bagi setiap satu hadis itu? Kita jangan berbohong atau menipu di atas nama Nabi Muhammad s.a.w. ini hadis, maka bersedialah kita menempatkan diri didalam neraka nanti.
Sifat 20, dan Tok Guru pernah menyatakan hanya cukup dengan tahu satu sifat iaitu sifat WUJUD, manakala 19 sifat yang lain boleh dibuang sebab HANYA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD. Tapi dalam masa yang sama Tok Guru sebut Laisakamislihi ….. juga, bukan ke itu salah satu dari sifat 20?
Tok Guru ini juga tidak memggunakan sebarang kitab sebagai rujukan ajarannya, hanya banyak menggunakan kononnya KITAB MAKRIFAT TOK KENALI, mungkin ditulis semula oleh beliau dan dijual, Rujukan dengan KDN bahawa kitab ini telah diharamkan dan tidak dibenarkan dijual atau dicetak dan diedarkan. Apabila ditanya dengan KDN mereka menyatakan ianya bukan dari ajaran Tok Kenali sebenarnya, hanya menggunakan nama Tok Kenali sebagai pelaris buku.
Apa tah lagi dengan kitab-kitab besar karangan iman-iman besar dari 4 mazhab seperti Al Umm, Al Risalah, Al Muatak, Ibanah dan lain-lain lagi. Keilmuan dan kefahaman beliau dalam 4 mazhab amat disangsikan, dan tidak pernah merujuk pendapat-pendapat dari iman-iman ini dalam ilmu makrifat ini. Tak logic kalau dikatakan imam-imam tak tahu atau bodoh dalam ilmu makrifat ini.
Ajarannya tidak konsistent berputar-putar dan berbelit-belit kadang-kadang cakap TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, SEMUA YANG WUJUD HANYA ALLAH, lepas tu cakap kononya AURAT itu adalah SEMPADAN KITA DENGAN ALLAH. Macam mana timbulnya sempadan kalau semua yang wujud adalah Allah?
Istilah DIRI YANG EMPUNYA DIRI atau JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI ini diantara dua istilah yang selalu digunakan oleh Tok-Tok Guru Makrifat. Perkataan DIRI yang tidak jelas, amat selalu digunakan dalam memberikan kekeliruan kepada anak murid-muridnya. Siapa sebenarnya diri itu? Siapa yang memiliki atau yang punya diri itu? Adakah diri itu dua diri atau hanya satu diri? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan kepada anak-anak murid tentang DIRI itu? Tidak dijelaskan dan kabur penjelasan Tok-tok Guru. Diri sapa yang takut terlihat itu? Kenapa takut terlihat? Siapa yang melihat diri itu? Diri mana yang dilihat itu? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Tok-tok Guru semuanya tak jelas dan kabur.
Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam tidak kabur, tidak berbelit-belit atau berputar-putar, ianya mudah, jelas dan terang diterima oleh para sahabatnya. Sebarang kekeliruan dan tidak faham mereka terus bertanya dengan Nabi. Adakah cara dan kaedah sebegini yang dilakukan oleh Nabi ketika menyampaikan Islam kepada para sahabat-sahabatnya?
Ilmu Syariaat dan ilmu Makrifat ini seharusnya seiring dan berganding bahu antara satu sama lain, ilmu syariaat lah yang telah berjaya membangunkan asas yang kukuh kepada penganutnya, memberikan garis panduan kehidupan manusia dalam isu Halal dan Haram, Dosa dan Pahala, Sah dan Batal ibadat dan lain-lain. Tidak membezakan di antara SYARIAATUN atau HAKIKUTUN. Kalau usia anak baru 10 tahun tak kan nak ajar ilmu Makrifat, mesti lah ajar asas dulu sahadah, solat, puasa, zakat dan haji dll. Apa yang berlaku, orang-orang makrifat selalunya memperlekehkan, menghina dan memperolok-olokkan orang orang yang belajar syariaat? Sepertimana dalam buku Hakikat Insan karangan Haji Ahmad Laksamana orang-orang syariaat ini bermata ikan kering (kabur). Permusuhan dan kebencian kononya ilmu makrifat lebih tinggi dan terpuji dari ilmu syariaat, dan sudah mula ditanam diperingkat Tok-tok Guru ilmu Makrifat lagi. Adakah ini cara atau kaedah dari ajaran dari Nabi Muhammad s.a.w.?
Ajaran makrifat ini tidak menjelaskan secara jujur perbezaan MAHLUK dan KHALIQ, manusia adalah mahluk, manakala Allah itu Khaliq (pencipta). Mahluk yang dicipta oleh Allah yang menyembah penciptanya iaitu Allah. Apabila perbezaan tidak dijelaskan secara jujur oleh Tok-tok Guru Makriat, seolah-olah tidak ada beza Mahluk dan Allah. Oleh itu siapa yang menyembah dan siapa yang disembah? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
SOLAT LAH KAMU SEPERTI MANA AKU SOLAT ini hadis Nabi lengkap siap dengan rukun Qauli, Fikli dan Qalbi nya sekali. Apakah solat cara Nabi ini tidak sempurna atau tidal lengkap lagi, seperti mana yang Tok Guru ajarkan? Segala kaifiatnya diajar oleh Nabi melalui hadis-hadisnya dan juga para sahabat. Kenapa agama diajar secara berbelit-belit dan berputar-putar sehingga anak murid tidak faham? Kita sendiri pun tak faham apa sebenarnya ajaran Tok Guru ini, tak boleh sebut solat kena sebut ingat, apa semua ini? Kalau tidak keterlaluan saya tanya TOK GURU SOLAT 5 WAKTU KE? Bagaimana kaifiatnya atau solat Daim yang diakukan oleh Tok Guru?
Setiap zahir ada batin, ini lebih kepada fahaman dan konsep batiniyah, setiap yang zahir akan dibatinkannya. Sepertimana yang pernah berlaku dalam satu gerakan ajaran sesat ada NIKAH BATIN, Tok Guru nikah batin dengan anak murid perempuan dalam satu majlis zikir dalam gelap sehingga anak murid perempuan melahirkan seorang anak dan kononya mendapat ANAK YANG SOLEH. Semudah itu anak-anak muridnya tertipu dengan Tok Guru.
Selalunya ajaran seperti ini meletakkan syarat yang ketak, ANAK MURID TIDAK BOLEH MELAWAN, MENYANGGAH ATAU INGKAR apa yang diucapkan oleh Tok Guru kononya Musyrik. Ini memudahkan ajaran supaya anak murid TAKSUB dengan guru senang untuk di Tarik hidung.
Banyak lagi persoalan-persoalan tapi cukuup sekadar ini dulu. Saya sekadar memberi peringatan dan pandangan kepada rakan-rakan seagama dengan saya, supaya kita lebih berhati-hati dengan ajaran seperti ini, kita rujuk kitab-kitab lain dan juga rujuk dengan Ustaz-ustaz yang lain juga. Saya pun ada buat rujukkan dengan Ustaz-ustaz yang lain supaya meninggalkan ajaran seperti ini, saya bukan anak muridnya sekadar mendengar ceramahnya sahaja dalam UA-cam. Dan supaya kita jangan mudah percaya dan mudah terpedaya dengan ajaran seperti ini, kelak di akhirat nanti kita sendiri yang rugi. Sungguh kesian amalan kita yang banyak tidak diterima dan ditolak oleh Allah nanti, kalau saya silap dalam pemahaman ini saya mohon ampun dan maaf dari Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya bersedia menerima sebarang kritikan dari Tuan-tuan dan Puan-puan.
Wasalam Sekian.
Boleh minta nomor hp tuan haji
Dekat internetvada bro ketik google
sembang jer mngaku dh hakikat mkrifat ...konon..dh lebur diri..klu mrendahkan syariat..itu tndanya..merapu jer...sbb syariat tu..adlh prentah dari Allah..Nabi SAW adlh pnegak syariat yg kuat..dan yg serius..