[[FFAM2024] [TOP20] KONGSI - KENER PRODUCTION - UPSI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 лип 2024
  • SINOPSIS:
    Malik, seorang pemuda yang diduga dengan pelbagai cabaran hidup, terutamanya dari segi kewangan. Bergelut untuk menyelesaikan hutangnya keliling pinggang dan dugaan yang berterusan, Malik mendapati dirinya hampir putus asa.
    Di tengah-tengah kemelutan hidup, Malik bertemu dengan Hamdan, seorang lelaki asing yang sangat bersikap positif yang menjadi sinar harapan di saat waktu kepahitan hidup Malik. Sementara Malik berhadapan dengan kesusahannya, Hamdan menghulurkan bantuan, menawarkan sokongan dan dorongan yang teguh walaupun Hamdan hanyalah seorang pemuda yang tidak dikenali dan datang secara tiba-tiba ke dalam kehidupan
    Malik.
    Mereka berkongsi detik-detik kelemahan dan ketabahan hidup. Pandangan positif Hamdan dalam menghadapi cabaran hidup mendorong Malik untuk terus maju, walaupun dugaan yang dilaluinya seolah-olah tiada penyelesaian.
    Melalui pengalaman yang mereka kongsi, Malik belajar pelbagai perkara mendalam tentang keikhlasan, ketabahan, dan kekuatan hubungan sesama ciptaan Tuhan di dalam hidup. Akhirnya, "Kongsi" adalah sebuah karya yang menyentuh hati tentang impak yang mendalam mengenai kebaikan dan kesabaran dalam mengatasi cabaran dalam kehidupan.

КОМЕНТАРІ •