TRIVIA | PART 1 | BIOGRAFI SENIWATI MARIANI ISMAIL | LAGENDA FILEM MELAYU KLASIK

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 14 жов 2024
  • #Channel20sen
    Siti Mariam Ismail atau lebih dikenali sebagai Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.
    Anak pertama daripada dua orang adik beradik, hasil daripada perkahwinan di antara Ismail Osman dengan pasangannya Umi Kalsom Mahbon.
    Seniwati Mariani adalah kakak kepada Seniwati Saloma atau Salmah Ismail. Beliau dibesarkan di Singapura dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam, Singapura.
    Pada usia 17 tahun, Mariani memasuki pertandingan ratu cantik di Singapura dan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
    Kemenangan yang diraih dalam pertandingan ratu cantik peringkat amatur - Miss Singapore 1951 itu telah membuka jalan dan ruang untuknya melebarkan sayap dalam bidang lakonan.
    Percubaan Mariani menghadiri uji bakat itu telah membuahkan hasil apabila beliau ditawarkan berlakon oleh Shaw Brothers dalam filem Chemburu di bawah arahan S. Ramanathan pada tahun 1952.
    Mariani memegang pelbagai peranan dan watak sama ada pelakon utama mahupun pelakon pembantu.
    Namun, sepanjang penglibatan Mariani dalam lakonan, beliau sering menerima peranan sebagai wanita jahat, penggoda, penghasut, pisau cukur, perempuan kaberet dan juga perosak rumah tangga.
    Walaupun begitu, Mariani turut diberikan peranan sebagai wanita baik dalam beberapa buah filem. Antara watak yang dilakonkannya adalah seperti dayang, gundik istana, isteri yang lumpuh dan sakit.
    Pada usia 82 tahun, Seniwati Mariani disahkan meninggal dunia akibat kanser usus di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul pada hari Selasa, 1 Disember 2015 jam 7.32 malam.
    Walaupun tidak menerima pengiktirafan yang tinggi, namun itu tidak memadamkan semangat dan rasa cinta Mariani pada dunia seni yang menjadi darah dagingnya.
    Sehingga akhir hayatnya, Mariani masih terus aktif bergiat dan setia mengabdikan diri walaupun jasadnya dimamah usia.

КОМЕНТАРІ • 29

  • @Chang.-xl9kh
    @Chang.-xl9kh 11 місяців тому +1

    Klu liat felem bliau"ini.
    Trasa masih ada sampai detik ini..
    Alfatihah untuk almarhumah ..❤

  • @790825
    @790825 2 роки тому +6

    Cantikkkkk nya seniwati mariani...😍😍😍😍😍 kecantikkan melayu asli..artis² sekarang tak boleh lawan kejelitaan wajah dan rupa paras arwah mariani.

    • @truecamera4757
      @truecamera4757 2 роки тому

      Aku tetap dato siti nurhaliza

    • @PAnGLiMaBAniJaWi99
      @PAnGLiMaBAniJaWi99 2 роки тому

      @@truecamera4757 normal arr tue... ko mesti lebih kpd artis2 idola yg sezaman dgn ko kn.... mcm aq plk,aq geram tgk sarimah ibrahim...

    • @truecamera4757
      @truecamera4757 2 роки тому

      @@PAnGLiMaBAniJaWi99 tengok filem gelora

  • @Hpoppo-vi8tq
    @Hpoppo-vi8tq 2 місяці тому +1

    Hilangnya bintang vterian era 50 an hingga diahir perggalan beliau 2015, seniwati tergong Mariya Ismail 1 kehilangan sangat besar dimata rakyat Malaysia madani tak ada pergantian oleh ada manusia bernama seniwati Mariya Ismail tak sama caranya menhiburkan, dengan matanya cukup membuat rakyat Malaysia madani terpukur ,semoga roh seniwati Mariani Ismail ditempatkan disuaga milik Allah all Fatiah

  • @mrx-mc3do
    @mrx-mc3do 2 роки тому +1

    Arwah seniwati Siput Sarawak dulu pun walaupun dia buta huruf tapi bila diberikan skrip untuk watak dilakonkan memang menjadi sungguh.betapa hebatnya pelakon2 dahulu....

  • @johnjenin4065
    @johnjenin4065 2 роки тому +2

    Mariani
    Saloma
    Mimi Loma
    3 beradik yang memang cantik jelita dan berbakat besar.

    • @abdulrahimayob6807
      @abdulrahimayob6807 2 роки тому

      semua P. Ramlee amik jadi watak Adik Beradik dlm Ahmad Albab

  • @hakimanozz1974
    @hakimanozz1974 2 роки тому +4

    kedua dua cantik

  • @galeriborhanismail1937
    @galeriborhanismail1937 2 роки тому +1

    beautiful

  • @mrr4979
    @mrr4979 2 роки тому +3

    melissa saila pun cantik...keturunan cantik.

  • @mayatmiing765
    @mayatmiing765 2 роки тому +2

    She very beautiful

  • @muhdhadzir4253
    @muhdhadzir4253 2 роки тому +4

    Dia patut dapat DATO

    • @sallehderan
      @sallehderan  2 роки тому +3

      Ye seharusnya...

    • @atiqfitri3831
      @atiqfitri3831 2 роки тому +1

      @@sallehderan Nanti saudara cerita kan tentang ..siput Sarawak pulak

  • @azruljamaluddin5626
    @azruljamaluddin5626 2 роки тому +1

    Trpkir plk aq..cmna plk kisah dia brcinta ngan p ramlee pastu p ramlee x bg dia brlakon ek...

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 2 роки тому +2

    Rambut Mariani macam mak aku masa muda dulu2 pinggang ramping arwah abah tergila_gila Gan mak aku mak aku lawa maklumlah jandA anak satu 😒😒😒

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 2 роки тому +4

    Untuk makluman encik Chanel 20sen darus suami pertama Mariani adalah bapa kepada Mohd Fauzi darus @ Jay Jay penyanyi rindu bayangan tq

    • @napisahabidin8596
      @napisahabidin8596 2 роки тому +1

      Baru saya tahu

    • @abdulrahimayob6807
      @abdulrahimayob6807 2 роки тому

      maksudnya Jay Jay anak tiri Seniwati Mariani la kn?

    • @hafizunnaili7332
      @hafizunnaili7332 2 роки тому

      Ya Jay Jay memang anak tiri Mariani masa abang sulung Jay Jay umur tak salah lima tahun kakak Jay Jay tiga tahun bapa Jay Jay bercerai Gan ibu Jay Jay atas desakan Mariani bapa Jay Jay asal polis dia menyamar sebagai jurutera demi jaga keselamatan Mariani bila dapati tahu bapa Jay Jay bercerai Gan Mariani Mariani curang Gan lelaki lain Tidur sekatil bapa Jay Jay bawa Norani Normala balik Kedah bapa Jay Jay nikah ibu Jay Jay semula darus Rosminah kurniakan tujuh cahaya mata termasuk Jay Jay seorang lagi meninggal dunia umur Jay Jay tiga tahun Jay Jay sekeluarga pindah Kelantan sampai sekarang begitulah ceritanya Sya harap cik faham apa Sya kata tadi

    • @feaizulmohddin8093
      @feaizulmohddin8093 Рік тому +1

      @@hafizunnaili7332 tn,edit semula dgn meletakkn titik&koma utk lbh difahami.tq

  • @hariyantoafandi1658
    @hariyantoafandi1658 2 роки тому +1

    beliau berketuruna bawean (boyan)

    • @venomrunsdeep7654
      @venomrunsdeep7654 2 роки тому +1

      Ya sy suka makan sate boyan. Sate paling sedap dlm sate melayu yg lain.

    • @hakimnazir6998
      @hakimnazir6998 Рік тому +2

      Allahyarhamah Mariani berketurunan Banjar dari Tanjung Karang, Selangor