TRIVIA | TAHUKAH ANDA ? | SENIMAN & SENIWATI FILEM MELAYU KLASIK | M. ZAIN & SERI DEWI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 вер 2024
  • #channel20sen
    SENIMAN M. ZAIN
    Seniman Mohd Zain Shariff atau lebih dikenali dengan nama M. ZAIN dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1921.
    Sebelum memasuki ke dunia perfileman pada tahun 1959, beliau terlibat dalam persembahan bangsawan dengan mengikuti rombongan bangsawan Dean Opera pada tahun 1936 dalam usia 15 tahun.
    Seniman M. Zain merantau ke seluruh pelusuk tanah air melalui persembahan bangsawan dengan banyak kumpulan termasuklah kumpulan Sri Noran Opera yang sangat popular ketika itu.
    Filem pertama M. Zain adalah Raja Laksamana Bintan, arahan Jamil Sulong menjadi asas kukuh untuk beliau berkembang sebagai pelakon layar perak.
    Filem keduanya, Singapura Di-Langgar Todak, arahan Omar Rojik dan filem terakhir beliau adalah Aksi Kuching juga arahan Omar Rojik dengan kemunculan dalam beberapa adegan sahaja kerana ketika itu beliau sedang berjuang dengan penyakit yang sedang dihadapinya.
    Nama M. Zain sebagai komedian yang natural dalam persembahan lakonan terserlah apabila P. Ramlee menjadikan beliau sebagai pasangan dalam filem Labu Labi dan Nasib Labu Labi.
    SENIWATI SERI DEWI
    Seniwati Seri Dewi atau nama sebenarnya Tengku Azizah Tengku Ariffin mula diperkenalkan oleh Tan Sri P. Ramlee ke dunia perfileman melalui Sumpah Orang Minyak pada tahun 1958.
    Bagi peminat filem Melayu, Seri Dewi menjadi popular setelah membintangi filem SUMPAH ORANG MINYAK yang mana beliau memegang watak sebagai Afidah, gadis manis dari Kampung Tualang Tiga yang menjadi idaman Si Bongkok.
    Kemudiannya, Seri Dewi diberi peranan sebagai Tuan Puteri dalam filem PUTERI GUNONG BANANG. Namun, ia adalah pilihan kedua bagi memegang watak Puteri Gunong Banang.
    Priscilla De Souza telah pun dipilih untuk memegang watak Puteri Gunong Banang.
    Namun, selepas beberapa hari penggambaran, Priscilla digugurkan dalam filem tersebut, ini disebabkan lakonannya yang hambar dan kaku.
    Maka pengarah DHIRESH GHOSH terpaksa mencari pengganti Priscilla dengan serta merta, dan Seri Dewi telah menjadi pilihan untuk memegang watak Puteri Gunong Banang.
    Selepas filem itu, nama Seri Dewi semakin popular dan beliau turut muncul dalam beberapa buah filem termasuk MAS MERAH dan BATU DURHAKA.

КОМЕНТАРІ • 109