Sidang Wanita Pulau Pinang 2023

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 жов 2024
  • 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟯
    Sejarah sekali lagi terlakar apabila 40 Perwakilan Sidang Wanita Pulau Pinang 2023 telah berjaya melunaskan tugas sebagai "Wakil Rakyat" di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
    Persidangan dibuka dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    Persidangan dipengerusikan oleh YB Dato' Law Choo Kiang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah menerima sebanyak 29 Soalan Lisan dan 58 Soalan Bertulis daripada para perwakilan dan telah sedia dijawab oleh barisan EXCO.
    Seramai 28 perwakilan mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan dengan pelbagai isu dan hujah termasuk pandangan serta cadangan penambahbaikan telah diketengahkan. Beberapa ‘isu panas’ turut mencuri perhatian dewan apabila berlakunya perdebatan antara Backbencher, Pembangkang dan barisan EXCO.
    Persidangan diakhiri dengan Pembentangan & Perbahasan Usul terkait berkenaan Ekonomi Penjagaan yang dibawa pihak kerajaan dan dibentang oleh EXCO seterusnya disambut baik oleh Dewan.
    Turut hadir adalah YB Puan Lim Siew Khim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan & Hal Ehwal Bukan Islam; YB Puan Heng Lee Lee, ADUN Berapit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Petugas Sidang Wanita Pulau Pinang 2023; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli Lembaga Pengarah PWDC dan Ahli-Ahli Majlis MBPP dan MBSP.
    YBhg Dato' Ong Bee Leng, Ketua Pegawai Eksekutif PWDC menyimpulkan dalam ucapan penutupnya bahawa kualiti perbahasan dan perbincangan yang diangkat perwakilan Sidang Wanita kali ini adalah kritikal dan bawa dimensi baharu bagi mengukuhkan agenda wanita.
    #PWDC #SidangWanita2023 #WEL

КОМЕНТАРІ •