JETI BATU MARINA PD JENAHAK DAN DAUN BARU MAKAN MALAM

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 вер 2024
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera pada rakan rakan sehobi, kali ini kami memancing di tembok marina @ jeti pendek marina, bersama sahabat saya Zaidi dengan membawa isteri sebagai sokongan minat kami dalam hobi memancing, umpan yang kami gunakan adalah udang kopek pun pun bakau dan ulat pasir, kami mula menaiki jeti tersebut pada jam 5 ptg dalam keadaan air mula gerak pasang, awal awal petang tersebut kami beroleh ikan kapas dan anak anak daun baru serta ikan selar yang berlendir, yang mana ikan ikan ini memakan udang kopek dan pun pun bakau, strike strike ikan tersebut berlaku dalam keadaan air gerak pasang, lebih kurang jam 9 pm air beransur surut, ketika ini baru la ada sentapan yang agak ganas dari anak anak pari atau tetuka yang berumpankan pun pun bakau dan udang kopek, lebih kurang pada jam 930pm kedengaran joran diheret dan umpan ulat pasir telah memainkan peranan dengan menaikkan jenak yang agak saiz juga dalam 15 minit kemudian sekali lagi kedengaran joran diseret pada tembok dan tarikan agak terasa juga..sekali lagi umpan ulat pasir telah menaikkan ikan daun baru, dikira waktu itu ikan sedang rancak memakan umpan.
    Oleh kerana kami membawa isteri kami terpaksa pulang pada jam 10 pm, biasa la masa tu macam macam isteri kami nak setalkan, buang air dan makan, kami pun akur dan bukan takut bini tau.
    Sekiranya jika kami dengan gang gang pancing kemungkinan akan pulang awal pagi.
    Ok itu sahaja kali ini, terimakasih memberikan sokongan pada chennal YT saya dan kemaafan dipinta kerana ada satu dua video gambar kurang memuaskan kerana dirakam dengan menggunakan telefon oleh isteri kami, jumpa di video mendatang, sekian terimakasih

КОМЕНТАРІ • 34