JEJAK LOKASI FILEM | RAGAM P. RAMLEE - DAMAQ | BABAK DI TEPI SUNGAI & JAMBATAN KAYU

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 жов 2024
  • #channel20sen
    Pada episod kali ini, Jejak lokasi filem akan mencari dan melihat di mana lokasi salah satu babak daripada filem Ragam P. Ramlee iaitu cerita Damaq keluaran Studio Merdeka yang diterbitkan pada tahun 1965, arahan Tan Sri P. Ramlee.
    Filem Ragam P. Ramlee adalah filem kedua P. Ramlee samasa bertugas di Studio Merdeka.
    Di dalam cerita Damaq, babak yang dimaksudkan ialah babak terakhir dalam cerita tersebut. Babak itu memaparkan lokasinya di sebatang sungai berhampiran sebuah jambatan.
    Adegan itu di mana Damaq lakonan P. Ramlee berada di dalam perahu sedang menunggu Kenanga lakonan Kasma Booty di tepi tebing sungai, kemudian datang Gegala lakonan Mahmud June bersama anaknya di atas jambatan kayu.
    Lokasi di jambatan kayu itu turut digunakan pada babak lain, antaranya babak ketika rombongan keluarga Bujang pergi meminang Kenanga melalui jambatan tersebut.
    Selain itu babak Kenanga menunggu kepulangan Damaq turut dibuat di jambatan yang sama.
    Untuk pengetahuan anda, lokasi penggambaran babak tersebut telah dibuat di sungai Klang berhampiran Jalan AU3/1 Keramat Hulu Kelang, Selangor.

КОМЕНТАРІ • 189