Beza & Cara Guna Baja Sebatian NPK 15-15-15, NPK 16-16-16, NPK 17-17-17, NPK 18-18-18

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 жов 2024
  • Apakah perbezaan NPK 15-15-15, NPK 16-16-16, NPK 17-17-17 dan NPK 18-18-18? Bagaimana pula cara nak gunakannya? Jadi TAC cuba menerangkan persoalan-persoalan ini secara mudah. Hayati video ini...
    Penggunaan baja sering dipraktikkan oleh petani untuk menyuburkan tanaman. Antara baja yang biasa digunakan adalah baja NPK. Apakah itu baja NPK? Baja NPK adalah baja sebatian bukan organik yang digunakan oleh para petani untuk memperoleh hasil pertanian yang lebih baik. Penggunaan baja NPK pada kadar yang bersesuaian telah direkodkan mampu meningkatkan hasil tanaman seperti jagung, pisang, cili dan pelbagai tanaman lain.
    Penggunaan baja NPK mampu meningkatkan kesuburan tanah. Tanah yang lengkap dengan nutrien mampu meningkatkan aktiviti, penggandaan dan pembesaran sel untuk pertumbuhan yang subur. Pertumbuhan yang subur kesan dari penggunaan baja mampu meningkatkan penghasilan bahan kering kerana pokok berupaya menyerap lebih banyak tenaga daripada cahaya matahari dan nutrien untuk tumbesaran dan perkembangan.
    Apakah yang terkandung di dalam baja NPK? Seperti yang tertera pada namanya sendiri, NPK bererti baja ini mengandungi tiga unsur makronutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembagan pokok seperti Nitrogen (N), fosforus (P) dan Kalium (K).
    Nombor yang tertera pada pembungkusan baja NPK pula adalah peratusan unsur-unsur tersebut dalam sebatian baja. Sebagai contoh baja NPK 15:15:15 yang sering digunakan dalam penanaman cili bermaksud baja itu mengandungi 15% Nitrogen, 15% Fosforus dan 15% Kalium yang membawa kepada 45% sebatian baja. Selebihnya iaitu 55% lagi adalah bahan bahan lain seperti unsur micronutrient seperti Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Boron (B) dan sebagainya seperti unsur lengai (pasir, tanah atau media tanaman).
    Bahan bahan lain diperlukan untuk membentuk sebatian baja ini adalah penting untuk mengelakkan kesan buruk terhadap tanaman seperti melecur pada batang pokok. Semakin tinggi nombor baja, semakin pekat sebatian unsur makronutrien dalam sebatian tersebut.
    Petikan daripada 'Root Of Science'
    Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
    • ALL ABOUT DURIANS
    Maklumat asas:
    Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
    1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
    2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
    3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
    4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
    5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
    6 - D101 - Bangkok T16
    7 - D99 - Kop Kecil
    8 - MDUR 88 (D190)
    9 - D24 - Sultan
    10 - D145 - Beserah
    11 - Telur Buaya - Puangmanee
    12 - D214 - Tupai King, Tupai 226
    13 - Tekka
    Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹. Cara support saya ialah komen di video berkenaan atau video yg tajuknya hampir sama. Semua yg saya tahu & amalkan saya share dlm youtube. Klu ada soalan yg berkaitan video sy lebih selesa tanya kat situ terus. Ramai sahabat2 kita akan dpt manfaat bersama. Jika ingin ‘private message’ boleh juga like Facebook Tok Alang Channel & PM Messsenger kat situ. Insyaallah saya akan cuba balas pd masa yg bersesuaian.

КОМЕНТАРІ • 287

  • @caberawit3610
    @caberawit3610 3 роки тому +3

    Salam persaudaraan dr Banyumas Indonesia.
    Terimakasih ilmunya om 🙏
    Sangat bermanfaat.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Salam persaudaraan. Semoga bermanfaat & silaturrahim terjalin 🌹

  • @Putrabungsu83
    @Putrabungsu83 3 роки тому +2

    sangat berman faat bang.. teri kasih hadir memberi dungkungan....

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Tkasih atas sokongan kpd TAC👍🏾👍🏾👍🏾

  • @AbdulSamad-zn6bj
    @AbdulSamad-zn6bj 3 роки тому +2

    Semoga perkongsian ilmu memberikan manfaat...TKasih Tok.. Allah bless

  • @zroccfrod
    @zroccfrod 8 місяців тому +1

    terima kasih...atas perkongsian ini

  • @abduljalilabdullatif
    @abduljalilabdullatif Рік тому +1

    Alhamdulillah...
    T,kasih perkongsian ilmu yg bermanfaat... 👍👍👍

  • @awalmd5406
    @awalmd5406 3 роки тому

    Alhamdullilah terbaik pengkongsian..tk TAC..mantapp.

  • @MOHAMADASYRAFBINNORDIN
    @MOHAMADASYRAFBINNORDIN 3 роки тому +6

    Akhirnye👍👍👍 terima kasih tok alang. Lagi satu jgn lupa video foliar dan trace elements😅

  • @zaienkaman9641
    @zaienkaman9641 3 роки тому

    ✋wkmslm...
    🤝salam dari Sepang, Selangor DE.
    TQVM Tok Alang Channel diatas perkongsian dan tunjuk ajar.
    semoga Brader sekeluarga sihat2 walafiat sentiasa.

  • @asrolkhairy
    @asrolkhairy 5 місяців тому

    Terima kasih kongsi ilmu..agak detail tentang basic baja mudah utk sy faham..semoga tuan dimurahkan rezeki dan halalkan ilmu📍

  • @mathewsokong6532
    @mathewsokong6532 3 роки тому

    Terima atas penerangan cara² penggunaan baja NPK 👍👍

  • @rjvlogs-g3u
    @rjvlogs-g3u 3 роки тому

    dapat satu lagi ilmu tq bro..semoga sihat terus dan selalu murah rezeki senantiasa.

  • @2138aman
    @2138aman 3 роки тому +1

    terima kasih atas panduan, sokmo2 bermafaat

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Alhamdulillah. Tkasih atas sokongan 🌹

    • @2138aman
      @2138aman 3 роки тому +1

      mesti sokong... video yg sentiasa dinanti2😆😆😆😆

  • @zamrikhaled1638
    @zamrikhaled1638 3 місяці тому

    Mantap cikgu perkongsian sgt brmanfaat sy bdk baru belajar😊

  • @khairulfathi3412
    @khairulfathi3412 Рік тому +1

    Terbaik

  • @bujangtunggalchannel5391
    @bujangtunggalchannel5391 3 роки тому

    Betul caranya tu..terbaik..sy cangkul buat lubang keliling pokok supaya baja tak hanyut..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Cangkul buat lubang mmg terbaik👌🏾👌🏾👌🏾

  • @miziy5241
    @miziy5241 3 місяці тому

    Terbaik tuan, perkongsian yg sangat bermanfaat

  • @muhdfarid4355
    @muhdfarid4355 3 роки тому

    owh NPK tu untuk Nitrogen Cycle rupanya..Sama macam aquascape tok,cuma aquasscape ada tambah fert untuk Neutrace dan Neumax..tq tok atas ilmu💪💪

  • @tangaachannel2068
    @tangaachannel2068 2 роки тому +1

    Terbaik.Terima kasih dah kongsi ilmu

  • @kandardkanju729
    @kandardkanju729 3 роки тому

    Tkasih tuan, perkongsian terbaik👍😊

  • @yieumang9940
    @yieumang9940 Рік тому +1

    Terima kasih sudah kunsi kan pengatahuan

  • @meletopcafegarden
    @meletopcafegarden 3 роки тому

    Perkongsian Terbaikkkk & Bermanfaat

  • @soheng9131
    @soheng9131 3 роки тому +2

    AAA TERBAIK .

  • @SalmahMax-rp4ik
    @SalmahMax-rp4ik 4 місяці тому

    Terima kasih saudara diatas penarangan yang saya rasa betul2 iklas..

  • @hjasmawi2184
    @hjasmawi2184 3 роки тому

    Terbaik 👍

  • @RafiaiRafiai
    @RafiaiRafiai Рік тому

    Terima kasih tuan di atas info yg bermanafaat utk pekebun

  • @samsunguser-cw5js
    @samsunguser-cw5js 2 роки тому

    Terimakasih ...tunjuk ajar..moga d berkati

  • @mohdnorarif9598
    @mohdnorarif9598 2 роки тому

    Terbaik..suka dngr penjelasan abg..smoga dprmudahkn urusan..minta halalkn ilmu ya

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Tkasih. Cakap2 stail org kampung. Insyaallah kita share utk manfaat bersama.

  • @ramliabdullah4132
    @ramliabdullah4132 2 роки тому

    Info yg sudah lama dicari alhamdulillah terima kasih tuan.

  • @Milliam001
    @Milliam001 2 роки тому

    Terimakasih kongsi pengetahuan. 👍👍👍😃

  • @noor916channel6
    @noor916channel6 2 роки тому

    Terima kasih Tok Alang..satu pkongsian yg baik..

  • @mrkumpitai5400
    @mrkumpitai5400 3 роки тому

    Berkebun badan jd sihat...insyallah jauh dari kobid

  • @fjonnechaboye8979
    @fjonnechaboye8979 2 роки тому

    terbaik ilmunya admin

  • @fadhllanaziz
    @fadhllanaziz 2 роки тому

    Ni cikgu akuuu ni.. Mantap Cikgu!!!

  • @raygemilangchannel2529
    @raygemilangchannel2529 2 роки тому

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..alhamdulilah smga ilmu yg tuan bagikan dikira sebagai amal yang pahalanya terus mengalir..aamiin ya rabbal aalamiin🤲🤲🤲

  • @mohdjoharichannel
    @mohdjoharichannel 2 роки тому

    T. Kasih info bro. Bertuah ada ladang yg luas. Salam sukses drp Mohd Johari Channel.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Sama2. Tak luas pun, hanya 2 ekar. Rezeki dpt beli 25 tahun yg lps.

  • @aarflowers9066
    @aarflowers9066 2 роки тому

    Nyimak lagi terima kasih

  • @rizalosman5808
    @rizalosman5808 2 дні тому

    Untuk sayuran hijau macam sari bayam.sesuai tak...baja 15 15 15 ni...

  • @adilah6602
    @adilah6602 7 місяців тому

    Sangt² bagus perkonsian tok alang💪. Kadang² rasa pening jgk bab baja🤣. Padahal npk je, kadang² ada te. Tp, pening juga sbb bnyk jenama

  • @paulinebugup9480
    @paulinebugup9480 2 роки тому

    owh,sy fikir lagi cepat larut lagi bagus.sebab dia diresap oleh tanah😆terima kasih utk ilmu nya

  • @nursery5314
    @nursery5314 3 роки тому

    Waalaikummusalam..
    Tambah urea pulak.
    Biar daun laju n menghijau.. 🤭

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Ya betul. Sy mmg tambah urea sikit2 kat pokok yg tak berapa hijau.

    • @muhammadhafizi1446
      @muhammadhafizi1446 3 роки тому

      Buat perkongsian tentang baja urea pulak tok

  • @chhychheang3654
    @chhychheang3654 3 роки тому

    Good brother

  • @madetanu5306
    @madetanu5306 2 роки тому

    Mantaaaap 👍👍

  • @hafizzainol7168
    @hafizzainol7168 3 роки тому

    Just nk share tambahan....selain faktor cuaca,faktor raw material yang digunakan manufacture mempengaruhi solubality baja tersebut.Contohnya jika raw material Urea prill,Map,Dap yang digunakan akan mudah terlarut jika terkena kelembapan.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Ya betul tuan. Cuma konsep TAC mmg tak discuss benda2 teknikal secara terperinci & saintifik. Tkasih atas info, semoga ada sahabat2 yg dpt manfaat.

  • @khoddrichannel2202
    @khoddrichannel2202 3 роки тому +2

    Tok alang blh bust kusus tanaman durian di google meet.

  • @safieasnari9619
    @safieasnari9619 3 роки тому +3

    Assalamualaikum tok dalang. Saya ada tanam pokok durian juga..
    Ada beberapa pokok daunnya gugur semua..
    Tok dalang boleh share, apa sebabnya & apa perlu saya buat.?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Wassalam.
      1. Sy bkn Tok Dalang sbb dia tu yg buat show Wayang Kulit. Yg pegang patung2 wayang kulit tu lah Tok Dalang.
      2. Utk jwb soalan kena check
      - air
      - baja
      - cahaya
      - penyakit bawaan kulat / serangga
      3. Sy mohon lain kali soalan hendaklah ada kaitan dgn video sbb memudahkan sy & kwn2 yg lain utk discuss. Contohnya video ini mengenai baja NPK maka kita fokus kat situ.

    • @safieasnari9619
      @safieasnari9619 3 роки тому

      @@TokAlangChannel Hahaha... Sorry Tok Alang..😅
      Jap kene cari video yang ada kaitan ni..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      @@safieasnari9619 kan dah jwb = no.2 tu

  • @akmaldawson5187
    @akmaldawson5187 2 роки тому

    Thank you.

  • @othmanman9680
    @othmanman9680 3 роки тому

    Klu gna tinja ayam atau lembu babay atau biawak korek perdu pokok, npk ok, klu tmpt sya. Biar akar cri baja, tuan cari pokok 👍👍👍🤫🤫🤫

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Sbb tu sy tak guna baja organik berasaskan najis haiwan.

  • @sallehleh7409
    @sallehleh7409 3 роки тому +3

    Apa yg sy perhatikan.pkk durian yg tumbuh d kandan lembu.ada lg le pkk2 lain.batangnya cepat besar.mukin kandungan p lebih tingi.

  • @ruslanmuhammad5040
    @ruslanmuhammad5040 3 роки тому

    Assalamualaikum bos tq kerana bagi tunjuk ajar baja sebatian nok bubuh berapa bulan sekali bos

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Wassalam. Video ini mngkn dpt membantu 👉🏽ua-cam.com/video/wRy7cPAmllk/v-deo.html

  • @somepeople985
    @somepeople985 3 роки тому +3

    Baja kopi sesuai tk untuk ank pokok durian...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Sesuai. Tp video ini mengenai baja NPK 15x3 sehingga 18x3. Baja kopi ialah NPK 8-8-8.

  • @allanho9710
    @allanho9710 3 роки тому +3

    T kasih, Pak Guru. Tumpang tanya bolih ke tidak kami buat bulk grafting dari pokok durian yg berumur 2-3 tahun dan ada ke anak pokok itu akan berbuah bila umur nya nanti.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Boleh. Jika kita dah pasti klon/jenis durian apa, maka boleh sahaja. Jika ditanam & dijaga dgn betul, ia akan berbuah seperti biasa.

    • @allanho9710
      @allanho9710 3 роки тому

      T kasih banyak. 🙏🙏

  • @syakiryamin3402
    @syakiryamin3402 3 роки тому +1

    Assalammualaikum. Tok Alang, sya nak tnya tok alang. Bab racun serangga. R, kulat. Gam pelekat.dan forlia. Untuk sukatan tong 8 liter.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Wassalam. Salah tempat ni. Video ini mengenai Baja NPK. Soalan ni patut ditanya di video berkenaan dgnnya. 1 video 1 tajuk😊

  • @abdulaziz-op5wn
    @abdulaziz-op5wn 3 місяці тому

    Ada juga company yg tak campur barang legai atau clay, (tanah liat kot) 100 %. Chemical saja,,, “ tapi cuna patuh sikit biji2 nya,”

  • @mohdshahirshafei9602
    @mohdshahirshafei9602 3 роки тому

    assalamualaikum tok alang…kebun durian emak saya kat 15 tahun tngl…ni sy upah org bersih2 semua…tngl pokok durian & duku…baje ape yang molex…mntk kongsi ilmu skit…😊😊😊

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Wassalam. Mungkin video2 ini dpt membantu 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDeXWnBli2IFRzHu2CgpkFqK.html

    • @mohdshahirshafei9602
      @mohdshahirshafei9602 3 роки тому +1

      @@TokAlangChannel okok…mekasih

  • @norizanzakaria75
    @norizanzakaria75 2 роки тому +2

    Saya guna kan npk 12,12 17..dri awal tnm pokok mate kucing smpai skrg umur 10 tahun dh..pkk mate kucing.ping pong.skrg btg pkk dh besar sgt..
    saya akan kerat dahan2 bila abis bysh terus letak baja dlm 400 gram 1 pokk je.
    buahnya lebat.manis brbuah 4 ,5 x stahun..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Boleh rujuk video berkenaan 12 12 17 di TAC. Video yg puan komen ini mengenai baja fasa vegetatif. Video mengenai pruning pun ada di TAC.

  • @thelunatics6598
    @thelunatics6598 6 місяців тому +1

    kalau saya guna baja npk ke bayam esk , esk jgk boleh guna ke baja organik kulit pisang saya sejenis bancuh ngn air?

  • @khoddrichannel2202
    @khoddrichannel2202 3 роки тому

    Blh tak tok alang explain. Bila masa nk guna baja npk. Tempoh masa dr mula tanam.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Mungkin video2 ini dpt membantu 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @MS_1771
    @MS_1771 2 місяці тому

    maaf tnya tuan. Kalau pokok muda yg paras pinggan, anggaran sukatan brp sudu baja sesuai digunakan ?

  • @abdullahhussin9018
    @abdullahhussin9018 7 місяців тому

    Sifu. Pokok umur 2 tahun ..berapa gram NPK 16...d guna sepokok.

  • @hamdhamd4470
    @hamdhamd4470 3 роки тому +1

    kesuburan pokok bergantung
    70% kpd tanah 30% baja

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Video ini mengenai Baja NPK berkenaan. Mungkin dpt membantu sahabat2 kita memahami secara mudah.

  • @mohdmazlanmohdnoor87
    @mohdmazlanmohdnoor87 2 роки тому +1

    Assalamualaikum tok alang.. brand apa Baja beg kuning tu tok Dan sekiranya kita buat rendaman Baja td untuk dijadikan Baja foliar..adakah unsur² dalam tu ok @ berlawanan sesama sendiri bila dlm keadaan cecair...kot2 kalah salah satu..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wslm.
      1. Pada video ini lebih jelas baja beg kuning tu 👉🏽ua-cam.com/video/HMHlRpg-BcE/v-deo.html
      2. Sbb apa nak peningkan kepala? Foliar kan ada jual.

  • @MD_Dzaki
    @MD_Dzaki 3 роки тому +1

    Tok boleh tak memberikan furadan dan tricoderma bersamaan saat awal mula tanam?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      1- ini video mengenai NPK jd sepatutnya komen di video mengenai trichoderma 👉🏽 ua-cam.com/video/h9x47x6NWSg/v-deo.html
      2. tak digalakkan sbb kemungkinan furadan ‘membunuh’ trichoderma itu tinggi. Walllahua’lam.

  • @paklongmiechannel6289
    @paklongmiechannel6289 3 роки тому

    noted,

  • @nazruleffendi2951
    @nazruleffendi2951 3 роки тому +1

    Aslm tok alang..kalau baja air utk pokok durian yg mana sesuai..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Wassalam. Tuan maksudkan foliar? Di sini ada bbrp video sbg panduan 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDeQss40tBJpJRIEYkcDO2Vf.html

    • @nazruleffendi2951
      @nazruleffendi2951 3 роки тому

      @@TokAlangChannel ya tok alang..t.kasih

  • @sahared9262
    @sahared9262 3 роки тому +1

    Nisbah 1:1 ke yg Tok Alang campur tu?@ agak2 je?

  • @brozul3060
    @brozul3060 3 роки тому

    TEORI DLM PERTANIAN semudah ABC
    A=air
    B=baja
    C=cuaca

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +3

      C itu Cahaya bkn Cuaca
      ...dan D = Duit

    • @anak_jati_melayu
      @anak_jati_melayu 3 роки тому

      Hahaha

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      @@anak_jati_melayu 👌🏾

    • @ristonmakatam3309
      @ristonmakatam3309 2 роки тому

      @@TokAlangChannel pokok sawit yg tak dpt menerima cahaya matahari ada kah ia salah satu membuat buah sawit tak normal?buah cengkeh@landak.

  • @sahrulazmisidek1025
    @sahrulazmisidek1025 2 роки тому

    Assalamualaikum tok alang. Terima kasih ajar cara pembajaannya ni.
    Cuma paling mudah, brp kekerapannya? Adakah ia sebulan sekali? Atau camne?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wslm. Penerangan tentang pembajaan ada dlm bbrp video di sini 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @Vondereich
    @Vondereich 3 роки тому

    Jabatan pertanian bg untuk tanam anak pokok sampai umur 3 tahun slalu dia bg baja 555 dgn baja 15 15 15, dgn baja buah. Macam saya gilir2, bulan ni baja 555 bulan dpn 15 15 15..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Konsep TAC 1 video 1 tajuk. Yg tuan komen ni ada dlm video ni 👉🏽ua-cam.com/video/wRy7cPAmllk/v-deo.html

  • @rafienrazali
    @rafienrazali 5 місяців тому

    @TokAlangChannel
    Say cuma nk tanya, tanah pada pokok kecil minit 11.00 nampak seperti digemburkan. Tuan gembur atau tuan letak tanah lain? Saya ada tanam anak durian , tak bernai nak gembur takut rosak akarnya

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  5 місяців тому

      Cuba check ada satu / dua video sy gemburkan tanah. Tp maaf tak ingat judul video sbb dh lama. Boleh search dlm channel ni.

    • @hmppph
      @hmppph 5 місяців тому

      ​@@TokAlangChannel tq tuan

  • @Sabila_9597
    @Sabila_9597 3 місяці тому +1

    Baja 16-16-16 dan baja 15-15-15 ni blh guna untuk pokok bunga ros ke

    • @silverbullet3422
      @silverbullet3422 Місяць тому

      boleh. Saya guna baja 151515 ni untuk pokok keladi, ros, alovera, pokok bunga kertas. Berkembang subur banyak sulur. Baja buah pun ada juga guna untuk pokok keladi hiasan, dia suburkan tanah. Tapi macam rugi. Better guna 151515 je.

  • @ceutamelilla4826
    @ceutamelilla4826 3 роки тому +2

    Salam Tok Alang, boleh saya nak tau kebun berapa ekar dan keseluruhan ada berapa pokok? dan berapa harga tanah tu masa tok beli dulu? Sebab saya pun berminat nak tanam durian jugak nanti. Terima kasih banyak²🌹

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      2 ekar, 100 pokok, RM9000. Teruskan minat & usaha, insyaallah berjaya.

    • @mhztheme371
      @mhztheme371 3 роки тому

      @@TokAlangChannel rm9000 untuk 2 ekar pada cikgu? Pada waktu tahun 90an ke cikgu?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      @@mhztheme371 Ya. 2 ekar. 1996

    • @mhztheme371
      @mhztheme371 3 роки тому

      @@TokAlangChannel bestnyaaaa

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +3

      @@mhztheme371 Masa tu pinjam bank personal loan boleh 5k je maksima. 5 tahun nk boleh habis byr 😅

  • @ceutamelilla4826
    @ceutamelilla4826 3 роки тому

    Salam Tok Alang, baja kopi sesuai tak untuk pokok durian?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Wslm.
      Video penerangan tentang baja kopi 👉🏽ua-cam.com/video/wRy7cPAmllk/v-deo.html
      Semua video pembajaan 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @sematxiaomi1723
    @sematxiaomi1723 3 роки тому +1

    salam tok.foliar kristalon 181818 blh tak campur dgn chitosan?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Wassalam.
      1. Video ini bkn mengenai foliar. Jd tak brp sesuai soalan tuan kat sini. Ada video mengenai foliar 18-18-18 dlm TAC. 👉🏽ua-cam.com/video/e5V8HIWxmqk/v-deo.html

    • @ismirulazlan3945
      @ismirulazlan3945 3 роки тому

      Allahu tok alang follower tanya tu sporting la sikit. Jwb jeler mn pon..🤣😂🤣

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      @@ismirulazlan3945 Kalau tuan hayati, setakat ni sy cuba jwb semua soalan sahabat2 kita kat sini. Tak pernah miss. Cepat atau lambat je. Tp kalau tak ikut tajuk...kesian sy nk jwb jd caca marba. Takkan tak kesiankan sy...lgpun bkn sy tak jwb tp sy bg cadangan video yg bersesuaian. Utk video durian shj setakat ni dh ada 160 video. Itu pun tak sporting lg😆😆😆ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDfsGlmFofomtw3P2gMVMIrM.html

  • @apiezlanang
    @apiezlanang 3 роки тому

    👍💪

  • @amarfirdaus3613
    @amarfirdaus3613 3 роки тому +1

    Assalamualaikum....tok alang baja NPK sbulan berapa kali....

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Wassalam. Mungkin video2 pembajaan ini dpt membantu 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @jaya25channel
    @jaya25channel Рік тому +1

    Baja apa utk pokok mengeluarkan bunga tuan

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Standard baja durian 12 12 17. Ada video di channel ini.

  • @nasrulnaimramli9327
    @nasrulnaimramli9327 Рік тому

    Bos nk tnya law untuk pkok getah umur 5 thn ats blh pkai ke

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Sy tak pernah tanam getah. Kalau jwpn mudah, boleh je. Tp rasanya getah ada kandungan NPK tersendiri. Boleh tanya kpd yg lebih arif.

  • @sallehudinsamausizek5897
    @sallehudinsamausizek5897 2 роки тому

    Racun serangga jenis apa yg sesuai utk pokok durian

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Ini video tentang baja bknnya racun seranggan. 1 video 1 tajuk. Tentang racun di sini 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDfd05V7DZROrCORwp7uWr0s.html

  • @ahmadashra496
    @ahmadashra496 2 роки тому

    👍👍👍

  • @shaharuddinsamad6853
    @shaharuddinsamad6853 8 місяців тому

    berapa nisbah tuan guna untuk campurkan baja 151515 dan baja 181818 seperti dalam video ni?

  • @zahnitaibrahim89zahnitaibr5
    @zahnitaibrahim89zahnitaibr5 9 місяців тому

    encik nak tanya baja kimia ni boleh ke di gunakan berterusan tanpa baja organik.....sbb ada yg kata baja kimia ni x elok untuk tanak dan pokok sbb dia akan meninggalkan residue kimia pada tanah dan mebuatkam tanah lama lama jadi gersang dan x subuh.....jadi apa pandangan encik?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  9 місяців тому +1

      Boleh. Pakar2 baja dah buat & kaji. Sebaiknya selang selikan dgn baja organik. Unsur2 N P K dll diserap dlm bentuk kimia walaupun ia baja organik. Pokok tak serap tahi, kompos & sebagainya.

    • @zahnitaibrahim89zahnitaibr5
      @zahnitaibrahim89zahnitaibr5 9 місяців тому +1

      @@TokAlangChannel ok faham......tq.....

  • @arepsqwuier6222
    @arepsqwuier6222 3 роки тому +3

    Memang tak meletup ke tok kalau campur2 baje ni?😂

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +8

      Kena campur satu lg bahan baru meletup. Bahan tu rahsia. Kalau gi Palestin sy bgtahu 😁

    • @fitriex7775
      @fitriex7775 Рік тому

      ​@@TokAlangChannel baja mana yang elok untuk gemukan pokok dan lebat kan daun tolong bantu saya 😭

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      @@fitriex7775 Tuan kena faham konsep baja dulu. Apa itu NPK & lain2 unsur dahulu. Dah faham baru senang. Boleh rujuk video2 Pembajaan TAC, mngkin dpt membantu 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @SalmahMax-rp4ik
    @SalmahMax-rp4ik 4 місяці тому

    Saudara boleh ka kita membaja pokok kita yg berusia 6 bulan bagi pokok buahan2

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  4 місяці тому

      Pokok buah apa? Sila rujuk video2 pembajaan dlm channel ini.

  • @MohdZainalAbdullah40
    @MohdZainalAbdullah40 2 роки тому

    Assalamualaikum...pokok sawit sy 10 tahun x kena baja,buah xda,pokok byk dr buah,buah dh 500kg satu bln sekali ambik buah,kebun 4 hekar,so baja apa yg terbaik utk pulihkan pokok

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Wslm. Maaf puan, sy xde pengalaman menanam sawit 🙏🙏🙏

  • @mizimizi5818
    @mizimizi5818 3 роки тому

    Tok nk tabur baje brpe bulan sekali tok.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Mungkin video2 pembajaan ini dpt membantu ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @farithrosli9207
    @farithrosli9207 3 роки тому

    Tok alang,kalau pokok durian umur 4 bulan daun merimbun tapi tinggi x sampai 2 kaki,dahan dia pun rapat²,nak buat mcm mana ya nak bagi pokok naik lagi tinggi?Sebab daun terlampau banyak,daun elok² pulak tu hijau,tebal,cuma pokok ja xnak meninggi

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Mungkin pokok masih baru & akar tunjang belum ‘bergerak’ secara normal. Biar dulu sampai umur 6 bulan selepas itu buat pruning kawalan/penjarangan dahan.

    • @farithrosli9207
      @farithrosli9207 3 роки тому

      @@TokAlangChannel ouh baik2,terima kasih

    • @hamdhamd4470
      @hamdhamd4470 3 роки тому

      kalau guna baja Cirp pnggalak akar/ batang cepat besar ke

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      @@hamdhamd4470 1 video 1 tajuk tuan. Sy ada buat video psl CIRP.

  • @naharazamisaleh6936
    @naharazamisaleh6936 3 роки тому

    Tok mcmna nk atasi anak pokok durian yg daun jadi kuning? Pokok subur tapi daun kuning...

  • @afiqafnan915
    @afiqafnan915 4 місяці тому

    Kebun kat mana cikgu

  • @masbroo6274
    @masbroo6274 3 роки тому

    boleh ke kalau kita guna baja npk saja kedapa pokok kita...sorry saya baru nak belajar.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Boleh je tetapi lebih baik begini 👉🏽ua-cam.com/video/wRy7cPAmllk/v-deo.html
      Semua video pembajaan:
      👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @azizledang327
    @azizledang327 3 роки тому +1

    Baja la ni pun dah harga yahudi juga Tok....aduhai

  • @ismirulazlan3945
    @ismirulazlan3945 3 роки тому

    Salam tok alang..nk bertanya..pokok sy masih kecik baru tanam 5bulan lps..ms tanam pon baru sekaki tinggi nya..mgu lps sy ada siram baja 18,18,18..sekarang musim hujan seminggu hampir 3x hujan..selepas seminggu sy siram baja 18 tu..pokok2 sy kebanyakkan daun bertukar layu kekuningan..hampir keseluruhan pokok dr 50pokok😰😰..lps tu keluar pucuk baru keluar pd dahan..adakah akibat baja18 tu tak sesuai??mohon pencerahan..

    • @ismirulazlan3945
      @ismirulazlan3945 3 роки тому

      Utk lebih tepat..Baja 18-18-18 ni baja kristalone

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      1. Baja yg sy guna dlm video ini utk ditabur bknnya disiram.
      2. Kristalon utk pokok 5 bln kadarnya hanya 1g-2g shj bg setiap liter air. Ia mesti dispray ke daun, dahan & batang sbb ia foliar dan ia bknnya utk disiram.
      Mngkn tuan dh salah cara & kadar guna kristalon. Video lama ini mngkn membantu 👇🏼
      ua-cam.com/video/e5V8HIWxmqk/v-deo.html

  • @marinanordin9617
    @marinanordin9617 3 роки тому

    weedmat tu guna apa ya.. atau ada jual kat mana

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Weedmat 👉🏽 ua-cam.com/video/pJP1Pc9xFFI/v-deo.html

  • @azmiarman
    @azmiarman 3 роки тому

    Ada bukti kajian ke ...hujung akar bersamaan kanopi pokok.

    • @nursery5314
      @nursery5314 3 роки тому

      Lau ikut sifu lim dan kerjasama jabatan pertanian.lebih kurang Begitulah kejadiannya. Membaja hujung konopi pokok

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Maaf tuan. Sy bkn pakar nak buat kajian. Sy pun ikut ilmu org lain. Abaikan maklumat tu kalau tak betul. Sy hanya berkongsi pengalaman bknnya mengajar.

    • @azmiarman
      @azmiarman 3 роки тому

      @@TokAlangChannel maksud sy tok alang mungkin pernah terbaca kat mana2 fakta akar sama dgn kanopi..bukannya fakta dari mulut ke mulut sj. Sama mcm baja , kita baca info kat belakang guni baja ..tak lah dengar org bagitau saja

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Sudah tentu sy dpt maklumat dr sumber yg sy percayai. Cuma sy tak dpt nk refer kat mana. Tak ingat dah sumber info ini. 👌🏾 Cuma kwn kita Nur Sery kat atas ni ada bgtahu salah satu sumber yg beliau dpt maklumat tersebut.

    • @broa-jpublicgaming7868
      @broa-jpublicgaming7868 3 роки тому

      saya pernah gali pokok durian yang berumur 1 tahun enam bulan,akarnya di serang rayap,aku gali aku frudan kt dlm tanah ganti media tanah yang baru campur sekam padi.alhmdulilah hidup pokok tu,jdi berkenaan dengan akar yang mengikut kenopi pokok.itu betul sekali,macamna panjang lebar kenopi pokok itu lah panjang akarnya malah ada yang lebih panjang akarnya dari kenopi pokok.pengalam menggali durian.hehehe

  • @azmihussain1325
    @azmihussain1325 3 роки тому +1

    Saya baru tanam anak sawit. Saya baru ja beli baja 12 12 17.. saya tanya cina mahu baja anak sawit. Dia bagi 12 12 17.. bolih ke?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +2

      12 12 17 ialah baja utk fasa berbuah. Tak sesuai utk anak pokok.
      Semua video pembajaan TAC 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @wadiadiasfarinah5937
    @wadiadiasfarinah5937 3 роки тому

    tok aku mahu tnya,,klu bibit sawit msh kecil dlm 3bulan, baja apa yg sesuai?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому

      Sy xde pengalaman tanam sawit. Maaf🙏🙏🙏

  • @rafiehjisa5682
    @rafiehjisa5682 3 роки тому +2

    Berapa gram baja utk pokok umor satu tahun? Berapa kerap?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      100g setiap kali membaja & ikut jadual ini 👉🏽ua-cam.com/video/wRy7cPAmllk/v-deo.html

  • @azizisaim1886
    @azizisaim1886 Рік тому

    Huachang goldmas beli kat mana tu

  • @azmihussain1325
    @azmihussain1325 2 роки тому

    Bolih tanya tak. Kekerapan perlu baja anak sawit 1 tahun berapa lama?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Maaf tuan sy tak pernah tanam sawit 🙏🙏🙏

  • @jamalidris2733
    @jamalidris2733 Рік тому

    Assalamualaikum,sekiranya pokok buah-buahan yg sedia ada dan tak pernah dibaja apakah baja yang sesuai buat pertama kalinya!

  • @mhztheme371
    @mhztheme371 3 роки тому +1

    Boleh tak, guna baja 15-15-15, 16-16-16 dan 18-18-18 pada pokok yang usia dah belasan tahun, dah berbuah. Di waktu bila? Terima kasih cikgu

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  3 роки тому +1

      Jwpn ada dlm video ni 👉🏽ua-cam.com/video/HMHlRpg-BcE/v-deo.html
      Semua video pembajaan/rawatan pokok dewasa 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDeXWnBli2IFRzHu2CgpkFqK.html

    • @mhztheme371
      @mhztheme371 3 роки тому

      @@TokAlangChannel terima kasih cikgu