Malaysian Food Life:Lepat pisang atau belebat pisang ? Tak kisah yang penting rasanya sedap sangat‼️

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • Hari ni ita buat belebat pisang .. eh ada yang tak tau.. belebat pisang atau lepat pisang adakah kuih yang sama? Di Johor kuih ni lebih dikenali sebagai belebat pisang. Kalau belah utara mereka panggil lepat pisang.
    Tak kisahlah apa pun namanya .. ia adalah kuih yang sama dan rasanya sangat sedap ‼️
    Kuih tradisional yang semakin kurang di gemari anak muda sekarang..
    Alhamdulillah anak-anak ita suka kuih lama ni.. sekejap je dah habis
    Dan ada permintaan untuk di buat lagi.
    Kalau sebelah utara, kuih ini di letakkan inti kelapa di tengah. Tapi bagi kami orang selatan kelapa parut muda di gaul sekali dalam adunan
    Sedap bila makan dan tergigit kelapa muda yang lembut memang asyik ‼️
    Cara buat sangat mudah
    Ita suka guna pisang emas yang masak ranum kerana rasa manis datang dari pisang lebih sedap‼️
    Pisang di lenyek tapi ita tak lenyek halus, ita biarkan ada ketulan pisang supaya lagi asyik bila di nikmati
    Jom kita intai resepi mudah dan ringkas ni
    LEPAT PISANG / BELEBAT PISANG
    15-20 ulas pisang emas
    70 gm /2 ketul gula Melaka
    1/4 cawan gula
    1/2 cawan kelapa parut muda ambil bahagian putih sahaja
    1/2 sudu besar baking powder
    1 cawan membukit tepung gandum
    1 sudu teh garam
    Daun pisang, cuci bersih , layurkan dan potong 7 x 5 inc
    * cara buat rujuk video
    Kukus lepat hingga masak 15-20 minit

КОМЕНТАРІ • 78

  • @SEOGOLDENWin
    @SEOGOLDENWin 3 роки тому

    Membuat olahan pisang yg lezat mskasih sobat

  • @sitiradziah4396
    @sitiradziah4396 3 роки тому

    terimakasih syukur Alhamdulillah

  • @azilahabdulrashid8035
    @azilahabdulrashid8035 3 роки тому +18

    Setiap video puan akan ada sesuatu yg dh payah nk jumpa di zaman sekarang ni. Sy selalu tunjuk kpd anak2 sy apa yg pernah kita guna satu masa dulu yg dh x ada pd masa kini. Terima kasih kerana masih menyimpan khazanah2 lama yg sentiasa kita rindui...sy selalu merasa sebak...melepas rindu zaman kanak2 ketika bersama orang tua yg telah tiada.

  • @norfaezahbt5783
    @norfaezahbt5783 2 роки тому

    😍😍😍

  • @norazwarina
    @norazwarina 3 роки тому

    Cantik kebun puan, pisang pun elok. Kalau sini, habis makan dek lotong. 😅

  • @ooo8738
    @ooo8738 3 роки тому +2

    Firman Allah dalam Surah AI-Isra’ ayat 82:
    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
    ‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’
    😃

  • @azizahderani7930
    @azizahderani7930 3 роки тому

    Pakai tepong beras bubuh santan pekat lg sedap

  • @keri4621
    @keri4621 3 роки тому

    Lain macam video dia..

  • @zamirha08
    @zamirha08 3 роки тому

    Lps ni cuba Pn buat guna tepung beras....lebih sedap dari tepung gandum

  • @aznirindu
    @aznirindu 3 роки тому

    Aduh..lawa sgt videonya.. guna kamera ape ye ? Edit video guna software ape ye puan ?

  • @maizuraramlifamily7498
    @maizuraramlifamily7498 3 роки тому +5

    Sedap nyer..pkai nyioq kukoq lgi..Nak cuba buat jugak ler..

    • @PESANTOK
      @PESANTOK 3 роки тому

      Cuba jgn x cuba...ringkas ja..♥️

  • @JaliahSamani
    @JaliahSamani 3 роки тому +12

    Mula tertarik dengan video Puan Ita ni sebab muzik latar yang sangat Melayu menusuk jiwa.. Sekarang saya jadi penanti setia video seterusnya.. Belebat atau lepat sama je pada saya. Moga terus berkarya dengan pelbagai masakan dan lain lain .. ❤❤❤

    • @PESANTOK
      @PESANTOK 3 роки тому +1

      Mendayu jiwa kan...♥

  • @maklongfairuzdd8087
    @maklongfairuzdd8087 3 роки тому +6

    Sedapppnyaaa alahai lepat pisang

  • @zariqafsha
    @zariqafsha 3 роки тому +7

    Syahdu plak tgk video ni.. dgr background music lagu gurindam jiwa tu.. teringat arwah nenek. Masa zaman budak2 berebut dgn sepupu nk tlg nenek kukur kelapa sbb berangan mcm naik kuda😅 lps tu nenek upah 20sen.. btw, sedap lepat pisang tu. Tp sy suka lepat keledek.. apa2 Tq puan sbb share resipi

  • @linaabdkadir1151
    @linaabdkadir1151 3 роки тому +5

    Anak2 saya pun suka,maklum lee orang kampung,buah pisang pun ada di kebun.😋😋😆😆N9

  • @iis_iis
    @iis_iis 3 роки тому +8

    Buat menu minum petang ni kak ita. Sedapnya 😋😋. Sampai asyik lihat video kak ita dengan alunan lagu yang cukup menenangkan hati.

    • @PESANTOK
      @PESANTOK 3 роки тому

      Panas2 lak kan..♥

  • @udisalleh2693
    @udisalleh2693 3 роки тому +4

    Ita ni kak tengok ta Tau dok diam,rajin sungguh untung keluarga selalu mkn sedap2 😋

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 3 роки тому +1

    Alhamdulillah..
    sya share resepi nya
    Tkasih 🌹

  • @kamilahalias6583
    @kamilahalias6583 3 роки тому +3

    Aduh !! Sedapnya dah lama tak buat lepat pisang

  • @bondanorsulaiha4325
    @bondanorsulaiha4325 3 роки тому +2

    dh lama xmkn lepat pisang....

  • @floraros3887
    @floraros3887 3 роки тому +4

    Sedapnya 🤗 🤗

  • @lalithathiagarajah4309
    @lalithathiagarajah4309 3 роки тому +1

    My favourite kuih Melayu...terima kasih kongsi resipe. Saya pasti akan cuba. Love the background music and videography. Subscribed 👍🏽

  • @alamnanayu7789
    @alamnanayu7789 3 роки тому +2

    sedap nyerrrrrr

  • @nuriahyahya9180
    @nuriahyahya9180 3 роки тому +1

    Sedapnya lepat pisang dan asyiknya tgk video sis ditambah dgn alunan muzik yg syahdu. Tq for sharing

  • @maryamizzahjnajib4401
    @maryamizzahjnajib4401 3 роки тому +1

    Fav saya jugak lepat pisang 🤤

  • @khuzaimahcooking1169
    @khuzaimahcooking1169 3 роки тому +3

    Lepat pisang memang sedap makasih resepi nya 😍jemput hadir dapur bunda.

  • @zaradiharon4419
    @zaradiharon4419 3 роки тому +1

    Best je video .soothing.

  • @ejaothman9315
    @ejaothman9315 3 роки тому +1

    Videografi perfect

  • @nuruljannah3590
    @nuruljannah3590 3 роки тому +3

    Best ni kak ita semua fresh2. Best tengok last sekali happy ending. Minum ptg bersama yg tersayang. Such a lovely family❤️

  • @fiehafidzah4481
    @fiehafidzah4481 3 роки тому +2

    Bahagianya tgk video kt vlog akak, terasa rasa ada tiupan sepoi sepoi pokok kelapa.. rasa tenang giiteeww 😆

  • @rahimahrahman3916
    @rahimahrahman3916 3 роки тому +1

    org n. 9 .panggil ni , lopek pisang

  • @wifeykitchen3780
    @wifeykitchen3780 3 роки тому +1

    ’lm a indian and I dh jadi peminat kak Azlita nie memang best la video masakannya xde la ckp2 tunjuk style masakan cara kampung yg sngat best bila kita tengok . Buat lagi video bnyk2 yea . Diwali dh dekat buat la resepi biskut yg best kak 😁

  • @masyurilotek3584
    @masyurilotek3584 3 роки тому

    Terbaikkk video.. classic sgt

  • @norhafrizangatiman405
    @norhafrizangatiman405 3 роки тому

    Sedapnya lepat pisang... 💖❤️

  • @zulaikhamarani1578
    @zulaikhamarani1578 3 роки тому +2

    Kak ita...sedapnya...terasa2 di tekak sy saat melihat video ni.
    Sudu tembaga tu lejen...MIL guna utk senduk bahulu ke dalam acuan....
    Semoga Allah anugerahkan kesihatan yg baik utk terus berkarya. Aamiin...

  • @daffodil64
    @daffodil64 3 роки тому

    Yummy. Sedap

  • @azizahmohdtaib1845
    @azizahmohdtaib1845 3 роки тому +2

    Kegemaran suami..saya suka guna self rising flour bila kukus kuih tu jadi tembam2..🧕

  • @lizawahab1565
    @lizawahab1565 3 роки тому +1

    Always waiting for your new vid....love this vid n recipe too🤗

  • @rohayahibrahim5980
    @rohayahibrahim5980 3 роки тому +4

    Sedap nya orang lama buat belebat pisang ni rasa buat sekarang jugak 😂😜

    • @PESANTOK
      @PESANTOK 3 роки тому

      Mkn pnas2..♥️

  • @dapurnyumai1223
    @dapurnyumai1223 3 роки тому +1

    Terbaik lepat pisang Kak....

  • @rosekalass8054
    @rosekalass8054 3 роки тому

    sedapnyaa.suka sangat

  • @rajayatie7972
    @rajayatie7972 3 роки тому

    luasnya kawasan umah akak yer... suka tgk. semua boleh tanam... hihihii...

  • @nurhayati-dr1ju
    @nurhayati-dr1ju 3 роки тому

    Bahagia rasanye dpt tngok kak memasak..trima kasih banyak2..moga sehat dan bahagia selalu

  • @queen_qenit4563
    @queen_qenit4563 3 роки тому

    Sangat suka video akak. Direct to the point. Menenangkan dan penuh dgn ilmu. Selamat maju jaya😊

  • @norainiismail7816
    @norainiismail7816 3 роки тому +1

    Dah lama tak makan...

  • @mazm5376
    @mazm5376 3 роки тому +1

    Waa video yg best sis..
    Video tutorial kuih pau ade tak sis?

  • @norainiismail7816
    @norainiismail7816 3 роки тому

    Hari ni nak buat lepat pisang....harap harap jadi mcm lepat pisang kak ita...

  • @nadzmiyusof2713
    @nadzmiyusof2713 3 роки тому

    Tengok video ni terkenang semasa kecik2 dulu dok kampung Sri Pilah, pagi2 suboh dah bangun temankan arwah maklong buat kueh. Masa tu pakai dapur kayu lagi. Sebak pulak tengok video ni terkenang suasana kampung. Ribuan Terimakasih atas resepi lepat yang sedap ini dan video yang melambai kenangan..

  • @zalinahibrahim3722
    @zalinahibrahim3722 3 роки тому

    Slm Azlita, menu simple diangkat jadi juadah tmpak lazat enak.. Suka seni penghasilan video yg cntik dan segar. Tahniah. Teruskan usaha.

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 3 роки тому

    Lagu mndayu...dgn kurong johor nmpk ayu...kuih mlayu yg x jemu di mkn...sentiasa sedap di lidah kita...
    Saya cadangkn Kak ita klu guna mangkok ayan utk mngadun tu lg nmpk cantik n klasik....senduk guna senduk dr tempurong ....lg menarik...cwn n tekoh lama bunga kangkong....
    Saya msh ingat...Arwah mak dulu klu bt lepat pisang cmpor sedikit tepong pulut...jd lepat nya lembut hg ke petang....sedap kuih mak bt msh teringat2 hg sekrng...

  • @rosnahabdulhalim1919
    @rosnahabdulhalim1919 3 роки тому

    Sedappnya💙

  • @dapurtokmak8609
    @dapurtokmak8609 3 роки тому

    Tengok pisang tu pun dah sedap lagi kan lepat pisang😋😋👍

  • @ruzanakassim1858
    @ruzanakassim1858 3 роки тому

    Terbaikkk...

  • @komanderpencen980
    @komanderpencen980 3 роки тому

    Kak itaaaa love youu

  • @MegaEisya
    @MegaEisya 3 роки тому

    Teringat arwah mak 😭😭 Alfatihah 🤲🏻🤲🏻

  • @ypgcrew6088
    @ypgcrew6088 3 роки тому

    Sedapnya lepat pisang..buat pulak video cara nak proses pisang salai dn pisang apa pula yg sesuai utk buat pisang salai..salam sukses..😀

  • @tunteja______
    @tunteja______ 3 роки тому +1

    Like 40 💜

  • @crashcox
    @crashcox 3 роки тому +2

    Personally saya prefer Lepat Ubi, susah nak cari di Singapura ni, anyway good presentation as always 👍👍👍

  • @udaswoop
    @udaswoop 3 роки тому

    Nak request video 'Tepong Bungkos' bole? :)

  • @PESANTOK
    @PESANTOK 3 роки тому

    Ngammm....♥️♥️♥️

  • @jijiejijie2500
    @jijiejijie2500 3 роки тому

    Sedapnya kak..kak ita ni la contoh isteri yg layak 100 k hantaran..pndai masak serba serbi..
    Bkn 100 k pandai mekap aje 😅

  • @tintins.3694
    @tintins.3694 3 роки тому

    ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

  • @sitisaniyahmusa5262
    @sitisaniyahmusa5262 3 роки тому

    Dulu arwah bapak selalu buat pelepat pisang 😢

  • @akiramen9535
    @akiramen9535 3 роки тому

    👏👏👍⭐⭐⭐⭐⭐🔥

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 роки тому +3

    Salam petang sabtu
    Tanpa penat dan jemu terus bagi sokongan padu
    Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik
    AMEEN ya rabbbal alamin

  • @dianashah407
    @dianashah407 3 роки тому +2

    Memang sedap sangat ♥️

  • @ooo8738
    @ooo8738 3 роки тому

    Firman Allah dalam Surah AI-Isra’ ayat 82:
    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
    ‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’
    😃