Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

VIDEO KORPORAT KOLEJ VOKASIONAL KLANG, SELANGOR

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 лип 2024
  • Kolej Vokasional Klang merupakan salah satu daripada 8 buah Kolej Vokasional di negeri Selangor yang terletak di Bandaraya Diraja Klang.
    Penubuhannya pada tahun 1978 telah menjadikan Kolej Vokasional Klang sebagai Sekolah Vokasional pertama di Negeri Selangor Darul Ehsan. Bangunan kolej didirikan di atas sebidang tanah dengan keluasan 25 ekar merangkumi pejabat pentadbiran, bilik kuliah, bengkel, kolej kediaman, kantin, surau, dan kemudahan-kemudahan lain.
    Banyak transformasi yang dilalui oleh Kolej Vokasional Klang ini, seiring dengan perubahan-perubahan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Bermula daripada Sekolah Menengah Vokasional, bertukar kepada Sekolah Teknik Klang dan seterusnya proses menaik taraf ke Kolej Vokasional Klang pada tahun 2013.
    Kolej Vokasional Klang sentiasa bergerak ke hadapan selaras dengan Visi sebagai Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional Yang Unggul dalam Misi Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui pelaksanaan Program yang berkualiti.
    Terdapat 8 Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Klang iaitu :
    1. Program Teknologi Elektrik
    2. Program Teknologi Elektronik
    3. Program Teknologi Pemesinan Industri
    4. Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    5. Program Teknologi Automotif
    6. Program Teknologi Kimpalan
    7. Program Teknologi Pembinaan
    8. Program Perakaunan
    Inilah Kolej Vokasional Klang yang akan terus menyuntik motivasi, menjana inspirasi dan mencipta inovasi seiring dengan “Think Beyond Skill” sebagai moto kami.

КОМЕНТАРІ •