MASJLIS ADAT ISTIADAT PERLIMAU TAPAK DAN SENI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 січ 2024
  • MAJLIS ISTIADAT PERLIMAU TAPAK DAN SENI
    PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA (PSGSM) TERENGGANU DARUL IMAN
    KALI KE-1 TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN.
    27 Januari 2024, Kemaman - Alhamdulillah Majlis Istiadat Perlimau Tapak & Seni PSGSM Terengganu telah berjaya dilaksanakan di peringkat daerah Kemaman setelah sekian lama majlis istiadat ini tidak dilaksanakan di negeri Terengganu atas beberapa kekangan. Istiadat ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai Murid Gayong melalui Perlimau Tapak bagi ahli lelaki dan Perlimau Seni bagi ahli wanita. Majlis istiadat ini diadakan di Balai Raya Kg. Besut, Kemaman dan disempurnakan oleh Guru Ghazali bin Harun, Ahli Lembaga Waris Amanah Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia & Serantau selaku Wakil Perlimau Tapak & Seni dengan diiringi oleh Waris Beradat Cikgu Abdul Nasir bin Mohamad, Panglima Singa Malaya Cikgu Raizul Anuar bin Abd Rahim dan Panglima Pelangi Hitam Cikgu Ahmad Tarmizi bin Ghazali.
    Terima kasih atas sokongan daripada jawatankuasa PSGSM pusat dan negeri, para ibu bapa, penjaga, pemimpin tempatan, komuniti setempat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah kepada semua jawatankuasa program dan para pesilat yang bertungkus lumus melakukan persiapan bagi menjayakan majlis istiadat kali ini.
    Tujuh petala bumi,
    Tujuh petala langit,
    Dari gunung ke lembah curam,
    Dari sungai ke lautan bergelombang,
    Kembara adalah setia pada sumpah,
    Kemenyan dan setanggi adalah penyeri kehadiran kita,
    Warisan berkurun dari Dato Laksamana,
    DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG.
    #psgsm
    #gayongserantauterengganu

КОМЕНТАРІ • 3

  • @muhammadaiman670
    @muhammadaiman670 4 місяці тому

    Pok lee...is real fighter

  • @amukfighter5973
    @amukfighter5973 3 місяці тому

    Anak angkat poklee

  • @zaharahbintiharunzaharah5960
    @zaharahbintiharunzaharah5960 5 місяців тому +1

    KAMULAH IMAM MAHDI hanya kamu dapat selamatkan diri dan keluarga dengarlah ceramahnya SYAIFUL KARIM, Lakukanlah sunnahnya berkeluarga bersahabat bersaudaralah...