Tutorial Ganti Rack End | Tie Rod End Myvi 06-17 / Lagi Best / Extreme / Icon /Alza 09-21

Поділитися
Вставка

КОМЕНТАРІ • 189

  • @farokfakurdindiy1978
    @farokfakurdindiy1978 Місяць тому +1

    100% mudah faham... Tadi saja baru tukar rack end.tq bos. ❤❤

    • @lanautotech
      @lanautotech  Місяць тому +1

      @@farokfakurdindiy1978 sama2....share pada yg lain agar dapt dikembangkan ilmu x seberapa nih😇

  • @fizofaiz3865
    @fizofaiz3865 2 роки тому +12

    Saya suka cara abg sampai kn. Mudah n jelas raya yakin nak buat sendri....abg perbykan lg vidoe².....tkar minyak break...water pump...terbaik bang semoga abg selalu murah rezeki....amin...

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Alhamdulillah tq bang... Inshaa Allah saya akan usahakan perbanyakkan video dan perbaiki kekurangan... moga Allah murahkan rezeki abg n sahabat yg lain juga...

  • @nabillah141984
    @nabillah141984 3 місяці тому +1

    banyak-banyak video.. kau punya paling jelas bang ! ❤ lebiu lah 100 x

    • @lanautotech
      @lanautotech  3 місяці тому

      @@nabillah141984 tq support... moga segala urusan dipermudahkan

  • @ewetrading
    @ewetrading 8 місяців тому +1

    Bagus byk membantu dalam perkongsian

    • @lanautotech
      @lanautotech  8 місяців тому

      Terim kasih support bang...maaf video kurang memuaskan ...Inshaa Allah saya akan improved masa akan datang

  • @Fahmi-jv2fd
    @Fahmi-jv2fd 6 місяців тому +2

    Rack end kena ikat guna torque 100nm ke...boleh ikat ketat guna spanar biasa x?

    • @lanautotech
      @lanautotech  6 місяців тому +1

      Ye tuan 93nm(+-)15nm atau 100nm... Boleh tuan cuma jgn terlalu kuat nanti akan rosakkan thread di steering rack...jika tidak kuat rack end boleh longgar dan tercabut... Ada sesetengah alat ganti punya lock washer...

  • @03INEE
    @03INEE 2 роки тому +1

    Sangat bermanfaat...terima kasih Sharing 👍

  • @whykenneth
    @whykenneth 2 роки тому +1

    Mmg best tutorial ni. Jelas dan bermanfaat.

  • @amirulakmal6875
    @amirulakmal6875 Рік тому +1

    Mantap ilmu di terima

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Tq boss...teruskan support dgn share like subscribe😇✌️

  • @neff1182
    @neff1182 2 роки тому +1

    Terima kasih tuan bermanfaat utk semua

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Sama² tuan... tq support saya

  • @mohdnizammdrawi4562
    @mohdnizammdrawi4562 Рік тому +1

    Terbaik

  • @zulwawi
    @zulwawi Рік тому +3

    Bang kalau nak tambah grease dekat dalam boot getah tu boleh tak ingat kalau grease banyak sikit tahan la sikit

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Boleh sahaja bang tapi pastikan tiada pasir yg masuk

  • @faizalfaizal1246
    @faizalfaizal1246 Рік тому +1

    Salam bang, saya dah tukar semua kecuali rack end dan tie rod end. Kete saya pun ade masalah same macam video ni. Alignment tayar dah lebih 10 kali tapi tetap sama. Bawak kete rasa membuang ke kiri kanan jer.. harap abang notis saya . terima kasih

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Wasalam... abg cuba periksa komponen ini
      1. Steering rack bush
      2. Rack end
      3. Tierod end
      4. Lower arm
      5. Abs mounting
      6. Spring & absorber
      mohon abg untuk periksa keadaan s/rack bush kerana salah satu punca... jika keadaannya ok tanpa freeplay yg banyak abg boleh beralih ke no 2& 3... tetapi no 3 jarang bermasalah kecuali mengeluarkan bunyi... utk no 4 pula adalah yg terakhir sekali dan ianya tidak dapat dilihat dgn mata kasar terutama bush bahagian hadapan lower arm... no5 pula adalah paling akhir abg kena periksa dan masalah yg abg hadapi paling ketara jika abs mounting abg guna dr jenis original myvi.. bagi no 6 pula masalah akan datang _sekiranya_ abg guna spring jenis sport dan permasalahan akan ada jika spring terlari dari kedudukan asal..
      Harap membantu😇

  • @AbdulkdirAbdulkdir-u5b
    @AbdulkdirAbdulkdir-u5b 2 місяці тому +1

    Bli mna pembuka ball joint tu boss..ngat nk cri jgk.sllunya org ktuk kn nk psahkn ball joint tu tp tgk cra bos guna alat tu mcm bknn ...nama ape tu..

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 місяці тому +1

      Link kat description bang.... mohon abg refer kat link ye😇✌️

    • @AbdulkdirAbdulkdir-u5b
      @AbdulkdirAbdulkdir-u5b 2 місяці тому +1

      @@lanautotech okeyy 😁 tq

  • @todayis_saz89
    @todayis_saz89 7 місяців тому +1

    Salam bang,bru je tgk video abg, saya nk tnya, tie rod end ni klau bergoyang lpas tu bila bwak bunyi krek2 dn bila pusing stereng kiri kanan bnyi kruk2, ape msalahnye bang. Bru je lg tkar stabilizer link, lower arm, mounting absorber,. Klau jln ade bonggol ke bnyi krek2.

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Wasalam ye kena beralih kepada steering rack pula... bunyi ni bnyak berasal dr komponen yg bergerak... utk steering rack boleh mulakan dgn steering rack bush dahulu...kemudian rack end+tie rod... tetapi jgn terlepas pandang ada kes sya terkena customer baru ganti komponen stabilizer link tetapi berbunyi balik... mohon periksa semula komponen yg telah diganti sebelum teruskan ke komponen lain... tambahan boleh cuba minta foreman periksa ANTI ROLL BAR BUSH... komponen ini agak bermasalah jika longgar dan tidak dipasang dgn betul... punca bunyi halus

  • @mohdfirdaussariman8525
    @mohdfirdaussariman8525 2 роки тому

    Biasanya clearance banyak tapi Kat tempat Aku band triple five ni susah cari tapi pomen byk recomen brand ni

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Adusss....parah tu bang...tpi boleh cuba on9...

  • @angah965
    @angah965 26 днів тому +1

    salam tuan.. size rack end wrench tu nak beli yg saiz 27-42mm ka 33-42mm.. saya guna kereta alza saiz yg mana sesuai?

    • @lanautotech
      @lanautotech  26 днів тому

      @@angah965 wasalam... gunakan 27mm-42mm... ini paling sesuai

    • @angah965
      @angah965 25 днів тому +1

      @@lanautotech terima kasih.. semoga dimurahkan rezeki tuan...

    • @lanautotech
      @lanautotech  25 днів тому

      @@angah965 jazzakallah khair.... terima kasih atas doa tuan...moga Allah juga melimpahkan rezeki tuan...

  • @abangsayang6530
    @abangsayang6530 8 місяців тому +1

    Assalamualaikum bos,wrench 27-42mm blh pkai dekat myvi first model x 2007 x

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Wasalam boleh bos...cuma tgk pada alat ganti yg baru mcm model saiko sedikit kecil ukur lilitnya...

  • @amirsyammilaff1c489
    @amirsyammilaff1c489 9 місяців тому +1

    Special tools end rack ni abg pakai brand king toyo ke? Ada link ke?

    • @lanautotech
      @lanautotech  9 місяців тому

      Bukan tuan...link ada di description

  • @nafizhakimnafizhakim6200
    @nafizhakimnafizhakim6200 4 місяці тому +1

    salam bang , myvi g1 saya baru tukar rack end tierod end lower arm , lepas tukar rack end gi kedai tayar pekerjanya kata tak boleh aligtment sebab rack end dah ikat hujung hujung , abg ada solution tak mcm mana nak buat ? bila stering tegak tayar belah kiri tegak tapi belah kanan dia teralih ke kanan sikit , skrg bunga tayar dah makan dalam dah

    • @lanautotech
      @lanautotech  4 місяці тому

      Wasalam...ada beberapa hal dan komponen yg tuan perlu lihat dan nilai semula
      1. Tie rod & rack end
      2. Steering rack bush
      3. Lower arm
      1. Tie rod & rack end
      -tuan perlu periksa semula adakah komponen yg baru diganti adalah sama spesifikasi dgn yg lama iaitu panjang dimensi komponen... jika berbeza akan terjadi permasalahan yg tuan hadapi. Awas dgn penjual yg memberikan komponen yg mahu ditukar keran rack end dan tie rod tidak boleh sembarangan model dipasang kerana boleh timbul permasalahan sebegini...periksa semula dimensi spesifikasi iaitu panjang dan saiz komponen lama dan baru harus sama dan jangan dinilai dari kotak dan pembungkusan sahaja.
      2. Steering rack bush
      -jika tiada permasalahan di no 1 periksa steering rack bush.ini terjadi kerana bush yg kurang fit atau longgar sangat susah untuk melakukan penjajaran tayar kerana akan beralih atau bergerak semasa proses penjajaran dilakukan dan akan terjadi masalah seperti tuan hadapi..
      3.lower arm
      -apabila komponen yg 2 dan 3 selesai dan masih hadapi masalah yg sama, tuan boleh periksa bahagian lower arm terutama bush bahagian hadapan. Jika berlaku kehausan bush pada lower arm akan juga mendatangkan masalah pada penjajaran tayar.
      Masalah lain: (tambahan)
      - subframe (crossmember) yg bengkok akibat kemalangan atau kiat atau bengkok dan jangan dipandang remeh kerana kemungkinan tetap ada walaupun peratusan agak sedikit. Solusi adalah menukar kepada subframe yg baru.
      Harap membantu😇

  • @ahmadmustaqim2048
    @ahmadmustaqim2048 Рік тому +1

    Nak tanye bos, kalau kereta bergerak, even jalan tak rata pon, keluar bunyi tak tak tak sepanjang perjalanan, bahagian depan belah kiri kereta, steering rack jugak ke bos?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Kemungkinan tu ada bossku... tapi cuba periksa absorber link dan juga mounting absorber kedua komponen ini paling kerap menghasilkan bunyi... apabila kedua komponen ini tidak bermasalah barulah beralih ke steering rack dan komponen lain

  • @ahnafnajiy8281
    @ahnafnajiy8281 8 місяців тому +2

    Assalamualaikum tuan. nak tanya, saya dah tukar rack end, tie rod, absorber, absorber link, mounting absorber, lower arm, getah cover absorber, tapi steering masih lari ke kiri walau alignment dah buat. apa punca ya tuan? kalau jalan atas batu atau tak rata pun ada bunyi duk duk duk belah kiri. mohon jawab soalan saya

    • @lanautotech
      @lanautotech  8 місяців тому +2

      Wasalam Tuan jika dah tukar kesemua itu.... terakhir adalah dari masalah steering rack itu sendiri... kerana center rack sudah mula makn hingga sebabkan tiada tekann di dalam... perkara ini sangat kuat berlaku pada model yg gunakan EPS.... faktor lain adalah
      1. Steering rack bush
      2.penggunaan tayar & rim yg lebar atau besar dari asal
      3. Pernah mengalami ganguan cesi bahagian hadapan (kemalangan) yg sebabkan kedudukan anti roll bari sedikit lari dr kedudukan asal dan hal ini menggangu kedudukan alignment steering ketika bebanan iaitu semasa membelok....
      Mohon tuan periksa komponen steering rack semula dan kedudukan cesi bahagian hadapan iaitu tempt terletak anti roll bar... harap membantu

    • @ahnafnajiy8281
      @ahnafnajiy8281 8 місяців тому +2

      @@lanautotech terima kasih jawab soalan. lagi satu kereta saya memang pernah kemalangan. so kalau tukar steering rack kena tukar anti roll bar sekali ke? sebab anti roll bar memang ada bengkok sebelum kemalangan kali kedua

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому +1

      @ahnafnajiy8281 jika tukar bushh steering rack, xperlu tukar anti roll bar cuma bagi situasi abg jika boleh tukar sekiranya terlalu bengkok.... mohon jangan sesekali abg bakar anti roll bar untuk membetulkan keadaan kerana akan rapuh dan mudah patah...

    • @ahnafnajiy8281
      @ahnafnajiy8281 7 місяців тому +1

      @@lanautotech baik terima kasih perjelasan

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      @ahnafnajiy8281 sama²

  • @abai7951
    @abai7951 7 місяців тому +1

    Kalau rack end Dan tie rod dh rosak sebelah kanan,perlu tukar kiri kanan kh tuan,atau tukar yg sebelah rosak saja..

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому +1

      Sebaiknya tukar sepasang tuan krn akan berjangkit dan susah nak setting semasa alignment...

    • @abai7951
      @abai7951 7 місяців тому +1

      @@lanautotech ok tuan,terima kasih info

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Sama² tq support tuan

  • @AhmadSyahir-jf7ns
    @AhmadSyahir-jf7ns Рік тому +1

    اسلام tuan. Utk tool tie rod end size apa yg sesuai ya

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Saya guna 19mm tuan... mohon tuan cek di description video saya ada share link pembelian dan rujukan 😇😁

  • @Comelnya788
    @Comelnya788 7 місяців тому +1

    Myvi saya ada bunyi bahagian tayar bedengu bila kete slow atau jem, bengkel cakap punya red end ni betul ke

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Jika berdengung pada model myvi 2005-2017 selalunya bearing tayar... dan saya mohon utk lakukan pemeriksaan ke dua atau tiga workshop berlainan utk kepastian... utk kerosakan komponen ni selalunya akan kluar bunyi ketukan ketika membelok atau terlanggar jalan tidak rata

  • @asmihassan9498
    @asmihassan9498 8 місяців тому +1

    special tool untk buka rack end alza saiz apa ye.nk beli xtau pulk saiz

    • @lanautotech
      @lanautotech  8 місяців тому

      Saya ada kongsikan di video description dekat dengan tajuk tuan.... boleh check linknya😇✌️

  • @edy541
    @edy541 2 роки тому +1

    Salam tuan, mcm mana nk tau ke a tukar rack end shj, atau kena tukar 1 set steering rack?

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Waslam...ok tuan rack end sahaja akan berbunyi bila diperiksa semasa tayar di jack... kebnyakan akan rosak sebelah sahaja paling ketara sebelah kanan... steering rack pula apabila sudah ditukar rack end tetapi masih ada bunyi yang sama..... untuk model myvi 1st gen n alza akan ada leaking pada steering rack...kerosakan lain adalah shaft pinan sedikit haus n loose, alignment dibuat berulang kali namun hasil masih sama

    • @MySound01
      @MySound01 9 місяців тому +1

      terima kasih tuan atas pencerahan@@lanautotech

    • @lanautotech
      @lanautotech  8 місяців тому

      Sama² harap membantu

  • @seagull8888
    @seagull8888 Рік тому +1

    Salam bang..myvi lagi best ..mcm selekoh steering xnk balik..kaku..dah tukar motor eps,module eps,lower arm,absober,mounting absober..absober link ..masih sma
    Kedua,bila selekoh kanan je,akan ada bunyi gong gong ..straight atau selekoh kiri ..xda bunyi plak..
    Harap membantu bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Ok bang ini sekadar pendapat saya...
      Sila periksa keadaan komponen ini
      1. Tayar (saiz&bunga)
      Jika tayar dan rim melebihi 2" dari saiz asal kes abg myvi LB , ia akan mendatangkan kesan kepada masalah abang hadapi sekarang. Contonya tayar agak lebar dan bunga makan sebelah atau tidak rata punca steering tidak berfungsi dan akan punya masalah seperti tian sekarang
      2. Absorber mounting
      Adalah terbaik jika abg guna abs mounting jenis bearing (model alza) sangat membantu jika tayar dan rims saiz besar. Kiranya abg guna abs mounting asal myvi dr jenis rubber, pastikan bearing jenis plastik asal dalam keadaan baik dan di-greasekan dgn sempurna, sekiranya tidak ianya akan jammed dan sukarkan strut membelok.
      3. Spring
      Sekiranya abg guna spring potong atau spring lowered. Jika spring terlari dari kedudukan asal akan mendatangkan kesan juga.
      4. Spring bush & abs damper
      Sekiranya bushing center spring (abs damper) koyak ia akan sukarkan pergerakan spring dan strut abs semasa membelok.
      5. Penjajaran tayar
      Kiranya penjajaran tayar tidak sempurna (alignment+chamber) jika penjajran tayar tidak sempurna dan kemas, semasa pemanduan apabila membelok masalah yg sama akan dihadapi seperti tuan sekarang.
      6. Steering rack
      Sekiranya kesemua masalah diatas telah diperiksa dan dalam keadaan baik, masalah terakhir adalah steering itu sendiri.... ini adalah kerana steering jenis EPS adalah jenis rack pinion basic (seperti saga or kancil) tidak mempunyai bendalir seperti (wira & kelisa) dan jika berlaku kerosakan pada oilseal yg menahan grease koyak , grease akan keluar dan berlaku kekeringan pada shaft dalam steering rack... ini akan sebabkan shaft rack calar dan makan hingga sebabkan rack kesat dan jammed dan menjadi seperti masalah tuan hadapi sekarang... solusi adalah (tukar baharu)
      Lain2 masalah:
      - steering rack bush
      Jika tuan belum tukar sila periksa dan tukar
      -kerosakan chasis
      Amat2 jarang berlaku tetapi kemungkinan dan peratusan tetap ada...
      *kemalangan kecil
      Jika berlaku kemalangan kecil misalnya terbabas hingga sebabkan gangguan pada chasis atau subframe.
      *kerosakan alami subframe & chasis
      Jika berlaku pengaratan akibat air (a/c) atau lain2 hing sebabkan pereputan subframe di bahagian tapak steering rack dan mengganggu sistem steering rack.
      Harap membantu tuan😇

  • @bedjack4088
    @bedjack4088 Рік тому +1

    Bang...boleh repair kereta Sy???Myvi 2014

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Boleh ja bang kalau dekat...pm ig saya atau email arelanforeman@gmail.com

  • @keypadlock3989
    @keypadlock3989 7 місяців тому +1

    Tahan x ikat pakai cable tie cover tu?

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Tahan tuan selama saya guna tiada masalah... terbaik jika dapat guna clip besi

  • @muhammadhafizzalaluddin3829
    @muhammadhafizzalaluddin3829 Рік тому +1

    Myvi gen1 kena buang minyak power steering dlu ke? Atau boleh bukak terus rack end...mnyak nnti tak keluar ke

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Jika nak buka rack end xperlu buang minyak... kecuali seal shaft steering rack keras n leaking... kiranya tuan nak tukar rack end+ tie rod + steering boot tidak perlu buang minyak

    • @muhammadhafizzalaluddin3829
      @muhammadhafizzalaluddin3829 Рік тому +1

      @@lanautotech thanks boss

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      @@muhammadhafizzalaluddin3829 sama2

    • @muhammadhafizzalaluddin3829
      @muhammadhafizzalaluddin3829 Рік тому +1

      @@lanautotech tuan nk tnya pusing tierod end tu sama ke dgn myvi first gen... sbb tayar mcm tak staright

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@muhammadhafizzalaluddin3829 ye tuan sama sahaja... berapa kali pusingan dibuka, masa ikat ikut semula pusingan buka.... jumlah pusingan lain2 ikut jentera masing².... selepas pasang tayar TIDAK AKAN selari dengan steering...perlu buat penjajaran(alignment) semula... wajib
      Ini kerana ball joint di rack end haus terlalu kuat

  • @amirulazhar1729
    @amirulazhar1729 Рік тому +1

    Boss... Steering rack bush kna tkar skali x?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Tq bosku support.... nak cantik tukar sekali... tapi kereta dalam video ni buat steering bush dulu... baru ganti rack end dan tie rod

    • @amirulazhar1729
      @amirulazhar1729 Рік тому +1

      @@lanautotech beress

  • @haikalhakim6929
    @haikalhakim6929 Рік тому +1

    Bang beli kat mana Torque wrench mcm tuu ada link takk??

  • @abai7951
    @abai7951 7 місяців тому +1

    Saiz 27-42 mcm besa saja tuan ...atau sya salah beli. Utk myvilagi best

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      Kebanyakan saya guna saiz ini utk model perodua tuan... jika terlalu kecil atau besar berpunca dari model alat ganti sedikit berlainan... sya perna kena model saiko agak kecil dr asal.

  • @ridwanwan4607
    @ridwanwan4607 Рік тому +1

    Assalamualaikum bang,sbelah kiri pon sama jgak ke buka,saya punya blah kiri bila buka boot,dia punya ball join tu macam kedalam sikit,jadi tkde tempat nak masuk special tool tu..pening pikir camna nk buka..

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Sama je bang kiri dan kanan... ball joint utk rack end jika ke dalam dan susah utk gunakan special tool, abg boleh pusingkan steering ke kanan sedikt agar rack end sebelah kiri sedikit ke luar dan mudah utk melakukan kerja.... tetapi apabila dlm proses mengetatkan semula, abg perlu masukkan sedikit kerana jika terlalu keluar, rack boleh rosak semasa hendak mengetatkan semula... harap membantu😇✌️👌

    • @ridwanwan4607
      @ridwanwan4607 Рік тому +1

      @@lanautotech Ohh die blh keluar lagi bila kite main stering,patut saya tarik pkai tngan tk keluar,maklumlah pomen bru blajar buka kreta sndiri,trima kasih banyak bang bagi penerangan..

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Ye betul bang.... unlock steering ke on position pusing steering sedikit ke kanan, rack end kiri akan kluar... abg boleh buka rack end... TETAPI jangan terlalu kluar sebab nanti masa buka boleh rosakkan steering rack shaft pinion

  • @hanafieabdullah9510
    @hanafieabdullah9510 Рік тому +1

    Lepas tukar rack end ni perlu aligment balik tak?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Wajib alignment bang sebab dah usik rack end.... machine setup alignment dekat rack end... bila tukar walaupun dah adjust ikut asal tetapi clearence ikut rack asal yg rosak. Rack end baru agak fit jadi kena alignment semula

  • @ahmadfaiz-zc9gy
    @ahmadfaiz-zc9gy Рік тому +1

    Kalau steering rack passo boleh pakai tak rack end myvi bang?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Inshaa Allah tuan... paling cntik tuan ukur panjang rack end

    • @ahmadfaiz-zc9gy
      @ahmadfaiz-zc9gy Рік тому +1

      @@lanautotech ok bang..tq info, btw video terbaik & cukup detail 👍

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Terima kasih tuan... harap bermanfaat... maaf atas kekurangan... jika ada boleh betulkan..

  • @HatiInsaf
    @HatiInsaf Рік тому +1

    bang nk tanya.. rack end myvi 2005 first model sama ke dengan rack end myvi lagi best?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      X sama bang... yg lama x silap saya panjang sedikit

    • @HatiInsaf
      @HatiInsaf Рік тому +1

      @@lanautotech ouh yeke.. tersalah beli lah ni.. terima kasih ye bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@HatiInsaf sama2

  • @ahmadsyahmi351
    @ahmadsyahmi351 2 роки тому +1

    bang kalo nut tie rod end loose sebab overtighten, jadi masalah tak? ke ok sebab ada retainer pin?

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Jarang2 sangat terjadi nut overtighten walau ikat pakai impact wrench.... kalau loose tak ada retainer/cooter pin mmg bahaya.. nasihat saya bang secepat mungkin gantikan tierod yg loose...

  • @haendsrocks6501
    @haendsrocks6501 Рік тому +1

    mcmn nk tau rack end sj yg rosak atau sterring rack sebiji rosak bng

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Ada beberapa cara nak cek tetapi bergantung pada kemahiran sahabat2 semua di luar sana. Saya cuba kongsikan
      1. Semasa enjin dalam keadaan mati
      -pusing steering kiri kanan dengan laju. Jika ada bunyi pada bahagian enjin seperti besi berlaga, salah sa punca
      - minta bantuan seseorang untuk memgang tayar bagi memastikan bunyi gegaran atau ketukan kiri atau kanan
      2. Semasa enjin hidup
      - sama seperti enjin dimatikan tetapi agak sukar dikenalpasti jika kurang mahir
      3. Semasa kereta bergerak
      - jarak freeplay steering lebih dari keadaan biasa dan agak terasa jika memandu semasa hujan paling ketara jika langgar lopak air kereta seperti mahu terbabas walaupun tayar sangat baru.
      4. Semasa kereta tergantung( paling efektif)
      -jika keadaan tayar keempat empat tergantung iaitu semasa di atas hoist machine(workshop) atau jack stand. Pemerhatian dan pemeriksaan boleh dilakukan dengan teliti dan lebih jelas... pemeriksaan yg sama seperti enjin dimatikan cuma visual inspection boleh dilakukan on the spot dan pergerakan freeplay sgt jelas dapat dilihat...
      Tuan boleh rujuk video penggantian steering rack viva dalam channel saya kerana dlm video itu ada contoh keadaan rack end yg sudah haus.... penggantian sangat digalakkan jika freeplay melebihi 10mm..
      Risiko sangat tinggi (kemalangan) jika berlaku kerosakan atau kegagalan komponen ini....
      Link seperti di bawah.... harap membantu😇
      ua-cam.com/video/X3nVqXkzQe8/v-deo.html

    • @haendsrocks6501
      @haendsrocks6501 Рік тому +1

      @@lanautotech tq sudi menjawab dngn cukup details bng.. semoga murah rezeki sentiasa

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@haendsrocks6501 sama² tuann moga dapat menjadi rujukan buat sahabat² semua

    • @haendsrocks6501
      @haendsrocks6501 Рік тому +1

      @@lanautotech oya lupa tnya bos. kt rack end myvi tu ada plate besi utk lock tk?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@haendsrocks6501 pernah jumpa 2x... tetapi kebanyakan kenderaan baru tak guna sudah tuan dan digantikan dgn thread locker..., tetapi ada komponen gantian oem ada yg sediakannya...

  • @rajabadlishah1182
    @rajabadlishah1182 Рік тому +1

    Alza 2010.. berapa kos ganti steering rack ini?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Kos antara 150-350 bergantung lokasi dan jenis alat ganti....

  • @jeffldy
    @jeffldy Рік тому +1

    Nut 14mm tu ikut pusing dengan tread tie rod tu..mcm mna nak kasi ketat nut,.

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Baik tuan, soalan menarik...
      Tuan perlu gunakan besi,kayu,jack dan *tahan* di belakang tierod supaya tierod rapat ke knuckle.... ini bergantung kepada kedudukan tierod .... alternatif lain ialah gunakan playar paip atau impact wrench dan ketatkan tetapi dengan kekutan paling rendah.
      Info: sila berhati hati semasa mengendalikan jack dan tuil besi kerana komponen dalam keadaan tertekan dan jika salah aturan, ianya mendatangkan kecederaan...
      Harap membantu✌️

    • @jeffldy
      @jeffldy Рік тому +1

      @@lanautotech akan di cuba

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@jeffldy terbaik tuan... apa² boleh pm ig & email arelanforeman@gmail.com✌️

    • @jeffldy
      @jeffldy Рік тому +1

      @@lanautotech okey,.terima kasih ilmunya,sudah berjaya saya buka tie rod tu..

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@jeffldy terbaik tuan...👍👍✌️

  • @Ryan-ep8yp
    @Ryan-ep8yp Рік тому

    Helo tuan.. kalau Benda ni rosak, dia ada bunyi tak kalau langgar lubang & pusing steering..?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Helo...ye tuan terutama apabila mengambil selekoh dan selekoh punya jalan x rata..... steering juga akan ada rasa seperti bolt tercabut

  • @che_fadhlullah97
    @che_fadhlullah97 2 роки тому +1

    Salam bos. Bengkel dekat area mana ni?

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Wasalam...Belum lagi..buat konten sahaja sekarang

  • @muhammadfadzlan1672
    @muhammadfadzlan1672 Рік тому +1

    Salam..kalau tukar tie rod end dgn rack end ni biasa harga brpa ya?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Wasalam... tuan boleh semak harga parts pada online da n bergantung kepada jenis dan jenama... kos upah+ alignment+ camber adjusment 25-150 bergantung kepada lokasi tuan

  • @65rashid
    @65rashid 4 місяці тому +1

    Bro macamana pun lari alignment bro

    • @lanautotech
      @lanautotech  4 місяці тому

      Ye betul bro pasti akan lari.... cuma kurangkan tekanan pada rack end dan bunga tayar sebelum alignment dibuat

  • @slowrider8110
    @slowrider8110 6 місяців тому +1

    Kos smua brapa tuan?

    • @lanautotech
      @lanautotech  6 місяців тому

      Hampir $500 jika barang gred AAA termasuk upah...

  • @KharobaX
    @KharobaX 5 місяців тому +1

    Link special tools yg 1lg kat mna bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  5 місяців тому

      Maaf lupa update... Abg boleh check semula saya dah update😇

  • @mohammadsarju4086
    @mohammadsarju4086 Рік тому +1

    Pusingan tie rod kirikanan sama banyak ka bang?.

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      Tak semestinya...ada yg sama bnyak ada yang tak.... pusing ikut sama bnyak ikut yg lama

  • @hamediyeop-yc5gh
    @hamediyeop-yc5gh Рік тому

    Assalamualaikum,saya nak Tanya rubber bush atau silicon yg bagus.

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Wasalam tuan...saya lebih sarankan tuan gunakan rubber boot original kerana lebih tahan daripada aftermarket... tidak seperti steering rack bush silicon lebih tahan..

    • @hamediyeop-yc5gh
      @hamediyeop-yc5gh Рік тому

      @@lanautotech terima kaseh

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@hamediyeop-yc5gh sama²

  • @blilekmanlek3157
    @blilekmanlek3157 2 роки тому

    slm..Myvi sya tayar dpn sebelah kiri ada longgar skt ke kiri dan kanan, atas bawah ok. Adakah masalah rack end ka sahabat.

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Wasalam... ye bang kalau longgar kiri dan kanan tu memang masalah rack end.... tetapi abg juga kena pastikan tiada komponen lain rosak... *tie rod* dan *lower arm* juga perlu diperiksa bang... pastikan semasa pemeriksaan kereta di jack dan diletakkan *safety stand*
      Moga jawapan saya membantu ... jika sebarang pertanyaan lagi boleh komen...
      Like
      Share
      Subscribe 😇

  • @muhamadjai9326
    @muhamadjai9326 2 роки тому

    Kalau slow kereta pastu belok n langgar bongol ad bunyi....dia time slow je bunyi..tu punca rack end jgk ke

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Tq sebab bertanya... kemungkinan tuan...kena periksa dahulu... tetapi absorber mounting, link dan lower perlu diperiksa juga.... set caliper brek juga perlu

    • @JoanFortnite-jh1oz
      @JoanFortnite-jh1oz Рік тому +1

      @@lanautotech saya mempunyai masalah sama dengan brader kt atas ni..dan apa yang boss ckp semua saya dah tukar..cuma tie rod end dan rack end je blum tukar..poket dah koyak ni..berapa bajet tukar rack end dan tie rod belah kiri sahaja boss?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      @@JoanFortnite-jh1oz bro cuba tukar rack end... tie rod kemudian.... tapi periksa dahulu kerosakan kerana rack+ tie rod kerosakan menghasilkan bunyi hampir sama dengan kerosakan steering rack... jack kereta dahulu kemudian cuba ketuk dengan tangan jika ada semacam bunyi besi longgar ia berpunca dr steering rack shaft dan steering rack perlu diganti... jika rack end matikan enjin dan mainkan steering kiri dan kanan jika ada bunyi ianya berpunca dari rack freeplay...
      Rack end yg rosak buat alignment xdapat....
      Kos rack end + tie rod bergantung pada brand... contoh 555 berharga 70-110 per pcs (parts only)...
      Saranan saya jika bermasalah bro cuba ganti sepasang terutama jika rack end dan kereta bro direndahkan atau menggunakan rim bersaiz besar...harap membantu🙏✌️
      Info: myvi 1st gen dan alza menggunakan steering rack jenis fluid manakala myvi 2nd gen +facelift menggunakan steering rack eps dan harga parts juga berlainan....

    • @JoanFortnite-jh1oz
      @JoanFortnite-jh1oz Рік тому +1

      @@lanautotech terbaik boss.. terima kasih sangat² atas penerangan.. walhal saya buat semua suspension tu dekat 2k dah habis..kedai famous pulak tu kat internet..punca masalah bunyi masih ade..boss area kedai kat mana? Boleh bagi no contact

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Sama² bos... xpa bos setiap foreman punya resepi tersendiri untuk selesaikan masalah dan kos parts bergantung pada jenama yg boss guna.... boleh pm ig saya atau email areforeman@gmail.com

  • @FauziAhmad-r4m
    @FauziAhmad-r4m 8 місяців тому +1

    Bengkel kat mana bang?

    • @lanautotech
      @lanautotech  8 місяців тому

      Bengkel belum siap cuma bantu sahabat² dlu buat content...

  • @Egtwin_106
    @Egtwin_106 2 роки тому

    Asalammualaikum..
    Nk tya klau stering xlurus & stering ada free apa mslah dia ya?
    Time kona jg rasa xsdap.

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Wasalam bang... tq sebab bertanya...
      Abg boleh cuba cek step by step...
      Jika steering xlurus alingment bermasalah...boleh dilaraskan semula...
      Jika steering free terlalu banyak, steering rack kena dilaras atau ditukar...
      Boleh cek 1-6 dahulu
      1. Steering rack bush
      2. Rack end
      3. Tierod end
      4. Lower arm
      5. Absorber mounting
      6. Steering rack(last)
      Sekira nya 1-5 tiada maslah.... no 6 pasti punca...
      Harap membantu....😇

    • @Egtwin_106
      @Egtwin_106 2 роки тому

      Stering snget hampir ke arah jam 1😒
      Algment da buat lpas tkar lower arm drve shaft 5hr lpas..
      Yg lain tu blm cek lg sb sy tya pomen dia ckp stering rack rosak tp was2 jg sy sb xcek apa2 dia ckp stering rack kna tkar🥳

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      @@Egtwin_106 abg cuba buat alignment 2-3x tapi usahakan ke kdai lain..... jika masalah masih berlarutan, kena adjust steering rack freeplay atau last option...tukar.

    • @Egtwin_106
      @Egtwin_106 2 роки тому

      @@lanautotech
      Ok baik.. Trima kasih👍

  • @khairulredzuan3262
    @khairulredzuan3262 Рік тому +1

    Stereng bila belok jadi keras knp?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Steering jadi keras ada beberapa sebab...
      1. Mounting absorber rosak
      2. Ball joint knuckle lower arm rosak
      3. Motor eps rosak
      4. Ecu eps bermasalah
      5.Bateri kereta sudah lama +alternator
      6. Steering rack (pinan gear shaft) haus
      7. Power steering fluid kotor(myvi 1st gen)
      8. Pam power steering sumbat (myvi 1st gen)
      9. Steering rack leaking (myvi 1st gen)
      Salah satu atau dua komponen di atas mungkin bermasalah... perlukan pemeriksaan bang.. harap membantu 😇✌️.

  • @budakkampongchannels3825
    @budakkampongchannels3825 2 роки тому

    assalamualaikum..kalau rack end rosak,,kalau pusing streng kiri knn ada bunyi x? kuk2

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Wasalam bang..tq bang sebab bertanya.... ye betul ada bunyi... paling ketara.... bila abg matikan enjin dan pusingkan steering kiri dan kanan.... buat berulang kali... atau dalam keadaan enjin mati pusing steering kiri kanan dan letak kan tangan di tayar(sesorang yg lain) , akan rasa freeplay yg tinggi dan bunyi knocking yg kuat.... kiri dan kanan abg boleh lakukan...jika ada rack end atau tierod rosak...

    • @budakkampongchannels3825
      @budakkampongchannels3825 2 роки тому

      @@lanautotech yes bang..bila enjin mati.saya pusing kiri knn bnyk kali..bunyi free..lpastu mcm besi terhantuk..buat sorang so dpt dgr bunyi je,,klo ada org blh pgang tayar.kdai mna bang?

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      @@budakkampongchannels3825 yes confirm dah tu bang rack end...tapi elok tukar tierod skali... elok tukar sepasang kiri kanan.... tapi yang terbaik minta kawan atau sesiapa untuk pegang tayar sebagai langkah keselamatan sebab bunyi mcm tu steering rack bush boleh jadi atau coupling steering column longgar pun bunyi yg sama

    • @budakkampongchannels3825
      @budakkampongchannels3825 2 роки тому

      @@lanautotech ni kalau jek kreta.. pusing2 sambil tgk bwh memang cun.. kedai kat mana bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      @@budakkampongchannels3825maaf kedai belum siap lg bang... skrg buat content dulu..

  • @arsyadfullhouse4057
    @arsyadfullhouse4057 2 роки тому

    Salam..ape saiz special tols ?

  • @mejakrohaizat5599
    @mejakrohaizat5599 Рік тому

    Boleh ke tukar ball join lower arm sje bos?ada spare park ke?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Maaf bang myvi jenis weld pada lower arm...jika boleh tukar ia agak risiko tinggi untuk tercabut... dan jika tuan punya option untuk menggantikan, silalah kongsi pada sahabat² sedikit sebanyak membantu share ilmu sama²🙏🙏👍👍👍

  • @cendanaana874
    @cendanaana874 2 роки тому

    Berapa harga special tool tu?

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      $35...boleh periksa bahagian description.. saya letak detail😇

  • @azharabdullah4062
    @azharabdullah4062 2 роки тому

    Bengkel area mana boss

  • @awangbosi7136
    @awangbosi7136 2 роки тому

    Bengkel abg kat mana bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Masih in progress bang...

    • @awangbosi7136
      @awangbosi7136 2 роки тому

      Kalau nak hantar baikpulih kereta kat abg mcmana dan dimana sbb kebanyakkan pomen skrg amat mengeewakan dan tidak seteliti ko bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Alhamdulillah....jangan cakap macam tu bang...saya pun masih banyak kekurangan....tapi masih ada otai² dekat luar yang lebih mahir dan lebih teliti dari saya bang... abg boleh email saya di areforeman@gmail.com
      saya cuba bantu

  • @bunyaubali3466
    @bunyaubali3466 Рік тому +1

    Berapa saiz tool untuk buka rack end?

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому +1

      27mm-42mm saiz terbaik boss

    • @abangsayang6530
      @abangsayang6530 8 місяців тому +1

      Bos saiz 27-42mm blh pkai dekat myvi 2007 x

    • @lanautotech
      @lanautotech  7 місяців тому

      @abangsayang6530 Inshaa Allah boleh bang...

  • @stereophoniccc1118
    @stereophoniccc1118 2 роки тому

    Location kat mana bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому +1

      Buat masa ni saya buat content dulu bang...workshop belum buka lagi... pm ig atau email arelanforeman@gmail.com utk maklumat lanjut😅🙏

    • @stereophoniccc1118
      @stereophoniccc1118 2 роки тому

      @@lanautotech baik bang ada rezeki bleh hantsr kete kat abang🙌

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Baik bang... apa² pm saya untuk info ye🙏

    • @bedjack4088
      @bedjack4088 Рік тому +1

      Bro..jika berdekatan Sy nk guna khidmat bro...Sy di Bangi..

    • @lanautotech
      @lanautotech  Рік тому

      Boleh pm ig saya atau email arelanforeman@gmail.com

  • @bahriusicx7710
    @bahriusicx7710 2 роки тому

    bengkel kt mana bang

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Bengkel masih dalam proses bang☺

    • @bahriusicx7710
      @bahriusicx7710 2 роки тому

      @@lanautotech area mna tu.. klu dkt nk dtg support

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      Abg kalau tak keberatan email saya ye...
      arelanforeman@gmail.com.my

    • @bahriusicx7710
      @bahriusicx7710 2 роки тому

      @@lanautotech ig ke ape ade tak. blh pm kt situ

    • @lanautotech
      @lanautotech  2 роки тому

      @@bahriusicx7710 ig blom lagi😁