Pustaka Peringatan P. Ramlee | P. Ramlee Idola Sudirman | 05.12.2021

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 вер 2024
  • Subscribe : bit.ly/Sudirman...
    Lokasi : Pustaka Peringatan P. Ramlee, Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur
    Pengulas : Ramlan Md Isa (Presiden Kelab Peminat Sudirman)
    Menjejaki lokasi bersejarah bekas kediaman Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah dijadikan Pustaka Peringatan P. Ramlee (Memorial P. Ramlee) sejak tahun 1986. Pustaka Peringatan ini telah diberi nafas baru supaya kelihatan lebih menarik untuk dikunjungi.
    Pelbagai barangan bersejarah dan kronologi perjalanan seni Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta Puan Sri Saloma dipamerkan di sini termasuk Piala-Piala Festival Filem, pakaian-pakaian serta pelbagai barangan peribadi milik Seniman Agung dan Biduanita Saloma dijadikan bahan pameran.
    Amat besar harapan saya mewakili Kelab Peminat Sudirman agar inisiatif sama dibuat oleh pihak Arkib Negara Malaysia kepada Penghibur Legenda Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Semoga akan dibina Pustaka Peringatan Sudirman di bekas tapak rumah keluarganya di Kampung Bukit Tok Embun, Temerloh, Pahang untuk dijadikan tempat rujukan dan kunjungan pelbagai generasi termasuk generasi baru bagi mengetahui dengan lebih dekat sumbangan Allahyarham Sudirman dalam bidang seni suara.
    #MemorialPRamlee

КОМЕНТАРІ •

  • @salimbabeher3832
    @salimbabeher3832 2 роки тому

    Smoga almarhum dan almarhumah beserta keluarga besar alm P Ramli ditempatkan di tempat yg layak di sisi Allah subhanahu wata,ala Aamiin, hanya doa dari kami sekeluarga di Indonesia ( Salim bin Ali bin Husin Babeher) 🙏🙏🙏

  • @salimbabeher3832
    @salimbabeher3832 2 роки тому

    Dan Buat Datuk Sudirman smoga sehat dan slalu dlm lindungan Allah subhanahu wata,ala Aamiin.

    • @danialhakimi18
      @danialhakimi18 2 роки тому

      Sudirman hj arshad dah meninggal lama dh 1992