HASIL JUAL BURGER HAMPIR RM5,000 SEBULAN!!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 вер 2024
  • HASIL JUAL BURGER HAMPIR RM5,000 SEBULAN!!
    Di Waqaf An-Nur kami sentiasa berusaha untuk membantu mereka yang ingin mengubah nasib mereka.
    Pelbagai program dan inisiatif kami perkenalkan dengan misi mengukuhkan ekonomi Ummah.
    Manfaat wakaf yang kami berikan ini untuk mereka gunakan secara berterusan, oleh itu konsep "Waqaf Tali Pancing" kami perkenalkan. Bukan hanya bantuan berbentuk kewangan semata, malah latihan untuk meneruskan kesinambungan bisnes mereka juga kami berikan.
    Kami mahu menjadikan mereka yang dahulunya penerima manfaat wakaf, kini menjadi seorang penyumbang wakaf dan berzakat.
    Alhamdulillah, Program Pembangunan Usahawan Asnaf Streetfood yang kami jalankan dengan Kerjasama Agrobank dan Aris Burger ini memberi impak positif kepada para peserta.
    Program bermula Februari 2024 ini telah berjaya membantu 10 orang peserta terlibat yang menjana jualan berkumpulan sebanyak RM128,387 dan ada dikalangan peserta telah berjaya mencapai purata jualan burger hampir RM5,000 sebulan.

КОМЕНТАРІ • 1