Teknik Jigging Terungkap: Rahasia Mengagumkan dengan Daiwa BG 4k & 6k!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 жов 2024
  • Assalamualaikum..Apa khabar? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan aktiviti serta rutin harian.
    Pada trip kali ini kami menerima kunjungan rakan rakan angler dari Bukit Garam, Kinabatangan Sabah yang terdiri dari Saudara Nordin, Adli dan Ram. Kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menduga perairan Silam Lahad Datu dengan menggunakan teknik jigging
    Mereka tiba di Lahad Datu sekitar jam 6 pagi, setelah bersarapan kami terus menuju ke spot spot berhampiran menggunakan perkhidmatan bot sewa Saudara Muslan. Sahabat saya iaitu Saudara Lokman menjadi tekong untuk hari tersebut
    Cuaca adalah amat baik dari pagi hingga ke petang, arus juga cukup bersahabat. Setiba di spot Saudara Nordin terus mendapatkan sambaran seekor ikan GT dan diikuti beberapa ekor lagi ikan yang berjaya didaratkan oleh rakan rakan angler kita
    Ikuti aksi aksi yang sempat saya rakamkan. Kepada yang baru bergabung dengan @Umpan Besi Channel selamat datang dan semoga terhibur saya ucapkan. Bantu saya dengan View, Like, Comment, Sub dan Share video dan channel ini. Semoga dengan adanya komen komen dari anda semua dapatlah saya memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan channel ini, disamping menjadi motivasi kepada saya untuk memuat naik video video yang lebih berkualiti di masa hadapan.
    Saya juga menjemput anda semua untuk bergabung dengan Umpan Besi Channel di Facebook Page UBC & Tiktok (umpanbesichannel)
    Jangan lupa
    Watch,Like,Comment,Sub & Share ke seluruh dunia :-)
    Terima Kasih Sahabat/TQVM
    Set
    Daiwa BG SW 2023 4000D CXH
    Storm Gomoku Erito 0.8
    Daiwa J Braid #0.8
    FC Sufix #10
    Daiwa BG SW 2023 6000D H
    Zen Zagan ST
    Daiwa J Braid #4
    FC Kastking #10
    Assist Hook:
    Nizam Assist Hook 01136880405
    Bot Sewa:
    Muslan 0135440454
  • Спорт

КОМЕНТАРІ • 32